Laporan Tahunan 2016 Pejabat Pendaftar

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan 2016 Pejabat Pendaftar

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

2

[close]

p. 3

3

[close]

p. 4

4

[close]

p. 5

5

[close]

p. 6

(Pendidikan Tinggi) (PPPM PT). Perkembangan pesat sistem pendidikan global telah menjadikan institusi pendidikan tinggi pada masa kini lebih berdaya saing. Peningkatan enrolmen mahasiswa (terutamanya mahasiswa antarabangsa), penyelidikan, penerbitan, komersialisasi dan jaringan industri menjadi agenda penting dalam menentukan kedudukan ranking sesebuah universiti. Bagi sistem pendidikan tinggi di Malaysia, kerajaan telah merencanakan arah tuju yang jelas melalui 10 lonjakan utama di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Bagi memastikan kelangsungan UTM, Pelan Global UTM 2012-2020 (PGU) telah digaris dan disejajarkan dengan PPPM PT melalui tujuh (7) key focus area (KFA). Sebagai custodian kepada sistem penyampaian berprestasi tinggi, Pejabat Pendaftar telah menggariskan pelbagai inisiatif strategik dalam usaha memastikan KFA kelima ini dapat dijayakan. Pejabat Pendaftar berusaha keras untuk menjadi role model yang boleh dijadikan ikutan terbaik oleh bahagian lain melalui amalan terbaik. Pengurusan kualiti yang mantap di Pejabat Pendaftar telah menjadi antara penyumbang kepada pelbagai pengiktirafan yang diterima sepanjang tahun 2016. Kejayaan demi kejayaan ini adalah bukti bahawa Pejabat Pendaftar sememangnya komited dalam usaha menjayakan sistem penyampaian berprestasi tinggi. 6

[close]

p. 7

Kejayaan yang paling signifikan adalah di mana UTM telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik 2016 Universiti Awam dengan penarafan lima (5) bintang oleh Arkib Negara Malaysia. Nama Pejabat Pendaftar juga amat sinonim dengan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Universiti. Pejabat Pendaftar merupakan satu-satunya Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berupaya mengekalkan kedudukan sebagai finalis selama tujuh (7) tahun berturut-turut dengan tiga (3) darinya adalah sebagai pemenang (tahun 2010, 2011 dan 2016). Lebih bermakna lagi pada tahun 2016, Pejabat Pendaftar telah diberi penarafan lima (5) bintang dengan markah keseluruhan sebanyak 900.00. Ini merupakan satu bentuk pengiktirafan yang amat bermakna buat Pejabat Pendaftar dan menjadi penanda aras yang tinggi untuk diikuti oleh PTJ lain. 1 Penerima Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik 2016 Universiti Awam dengan penarafan lima (5) bintang oleh Arkib Negara Malaysia 2 Kejayaan menjadi finalis Anugerah Kualiti Pengurusan (AKP) bagi tujuh (7) tahun berturut-turut dengan tiga (3) darinya adalah sebagai pemenang (tahun 2010, 2011 dan 2016) 3 Melalui inisiatif penjanaan, mengelakkan pembaziran, penjimatan dan kawalan perbelanjaan, sebanyak RM 1,381,316.77 telah berjaya diusahakan 4 Kejayaan mengekalkan pensijilan ISO dari tahun 2004 hingga 2016 dan pensijilan (3) tahun bagi pensijilan 5S (2014, 2015 dan 2016) 5 Mengungguli 21 pingat emas diterima dari jumlah keseluruhan 42 pingat yang diperolehi di Konvensyen KIK pelbagai peringkat 6 Inovasi yang berjaya direalisasikan adalah sebanyak 19 inovasi pada tahun 2016 dengan jumlah kumulatif sebanyak 59 inovasi dari tahun 2013 hingga 2016 7

[close]

p. 8

Pejabat Pendaftar juga sentiasa mencari peluang untuk menambah baik sistem perkhidmatan melalui pembudayaan inovasi. Sebanyak 19 inovasi telah dihasilkan pada tahun 2016 dengan jumlah kumulatif sebanyak 59 inovasi dihasilkan dari tahun 2013 hingga 2016. Pembudayaan inovasi Pejabat Pendaftar juga diperhebat melalui pelaksanaan pengurusan kejat dan penyertaan di dalam kumpulan inovatif dan kreatif (KIK). Kejayaan kumpulan KIK Pejabat Pendaftar mengungguli konvensyen KIK di pelbagai peringkat sememangnya terbukti apabila 21 pingat emas diterima dari jumlah keseluruhan 42 pingat yang diperolehi. Selain itu, Pejabat Pendaftar juga bergerak proaktif dalam mendukung aspirasi kelestarian kewangan Universiti. Melalui empat (4) inisiatif yang dilaksanakan iaitu penjanaan, mengelakkan pembaziran, penjimatan dan kawalan perbelanjaan sebanyak RM 1,381,316.77 telah berjaya diusahakan. Pembudayaan amalan kualiti sememangnya telah menjadi DNA yang tertanam di dalam diri seluruh warga Pejabat Pendaftar. Pejabat Pendaftar menjadi satu-satunya PTJ di UTM yang beroperasi di bawah piawaian Quality Management System (MS ISO) dan Quality Environment System (QE/ 5S). Pejabat Pendaftar berjaya mengekalkan pensijilan ISO dari tahun 2004 hingga 2016 manakala empat (4) tahun bagi pensijilan 5S dengan peningkatan markah audit pada setiap tahun pensijilan. Warga Pejabat Pendaftar turut aktif dan hebat di dalam lapangan sukan. Ini terbukti melalui kilauan pingat yang berjaya diraih di dalam sukan Universiti menerusi acara olahraga. Sebanyak 10 pingat emas, 9 pingat perak dan 6 pingat gangsa berjaya diraih bagi tahun 2016. Dalam kesibukan mengejar pencapaian, kebajikan dan penghargaan kepada staf tidak dilupakan. Majlis Penghargaan Staf Pejabat Pendaftar telah dijadikan acara tahunan yang diadakan bagi menghargai usaha dan mengiktiraf pencapaian seluruh warga Pejabat Pendaftar. Penghargaan kepada staf juga diberikan melalui pelbagai majlis yang diadakan dan antara anugerah yang diberikan adalah Anugerah Jasa Bakti (2 orang staf), Anugerah Jasa Setia (19 orang staf), Anugerah Jasa Abadi (8 orang staf) dan Anugerah Khidmat Cemerlang (31 orang staf). 8

[close]

p. 9

PENGIKTIRAFAN/PENGHARGAAN Anugerah Perkhidmatan Cemerlang [31 orang] Anugerah Jasa Bakti [2 orang] Anugerah Jasa Setia [19 orang] Anugerah Jasa Abadi [8 orang] Pejabat Pendaftar melabuhkan tirai 2016 dengan kesinambungan kecemerlangan. Sinergi Teras Kualiti yang menjadi moto Pejabat Pendaftar telah memberikan gambaran keseluruhan melalui pencapaian yang berjaya diraih. Besar harapan saya agar keutuhan silaturrahim dan kerjasama erat seluruh warga Pejabat Pendaftar dapat diteruskan demi memacu kecemerlangan Pejabat Pendaftar sebagai nadi utama kepada sistem penyampaian berprestasi tinggi Universiti. 9

[close]

p. 10

10

[close]

p. 11

11

[close]

p. 12

12

[close]

p. 13

13

[close]

p. 14

PENSIJILAN QMS ISO 9001:2008 PEJABAT PENDAFTAR UTMJB OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD No. Siri 2231 Tarikh Persijilan : 20 Ogos 2004 Sah Sehingga : 19 Ogos 2007 No. Siri 2960 Tarikh Persijilan : 27 Jun 2007 Sah Sehingga : 19 Ogos 2010 No. Pensijilan Tarikh Persijilan : 19 Oktober 2010 AR 3346 Sah Sehingga : 19 Ogos 2013 No. Pensijilan Tarikh Persijilan : 26 September 2013 AR 3346 Sah Sehingga : 19 Ogos 2016 No. Pensijilan Tarikh Persijilan : 16 Disember 2016 AR 3346 Sah Sehingga : 14 September 2018 14

[close]

p. 15

Aktiviti Tahun 2016 QMS ISO 9001:2008 15

[close]

Comments

no comments yet