Buku Citra Unggul - Etika Kerja MBJB

 

Embed or link this publication

Description

Etika Kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru

Popular Pages


p. 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU MESRA BERKHIDMAT JUJUR BERBAKTI

[close]

p. 2

SLIP AKUAN TERIMA UNTUK DITANDATANGANI OLEH ANGGOTA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU BERKENAAN DENGAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ORGANISASI Nama : No. Kad Pengenalan : Jawatan Hakiki : Bahagian : Jabatan : Perakuan Anggota: “Saya telah membaca dan memahami serta mematuhi isi kandungan buku Citra Unggul ini dan akan melaksanakan semula kewajipan terhaadap organisasi, memelihara nilai-nilai unggul, mematuhi Etika Kerja serta mengamalkan Amalan Positif Pengurusan dan mematuhi panduan perkhidmatan agar berada di landasan yang betul dan bergerak seiring dengan visi dan misi orgasnisasi.” Tandatangan : Tarikh : 1 CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 3

KANDUNGAN 1. Pendahuluan 2. Kewajipan Terhadap Organisasi 3. Nilai-Nilai Unggul 4. Etika Kerja 5. Amalan Positif Pengurusan dan Anggota Lain 6. Amalan Komunikasi Unggul 7. Amalan Kebajikan 8. Melunaskan Hak Kepada Yang Berhak 9. Penutup Lampiran A-Z Amalan-amalan Murni 3 4 8 9 20 22 25 31 32 33 2 CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 4

“ Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepada mu.” (QS Al An’am: 165) 1. PENDAHULUAN CITRA UNGGUL merupakan Kod Etika Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang member garis panduan mengenai perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh warga kerja MBJB. Sebagai penjawat awam, setiap warga kerja MBJB perlu mengetahui serta mengamalkan nilai-nilai, kelakuan dan etika kerja serta panduan tentang perilaku penjawat awam semasa dan selepas menjalankan tugas bahkan dalam kehidupan seharian mereka. Garis panduan yag mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan larangan-larangan yang perlu dihindari oleh warga MBJB ini amat penting dalam usaha untuk membentuk sebuah pasukan MBJB yang memiliki keperibadian dan jati diri yang teguh serta mengamalkan nilai-nilai murni yang dikongsi bersama. Semua perkara yang terkandung dalam CITRA UNGGUL ini adalah untuk memastikan warga kerja MBJB sentiasa berprestij tinggi, berkualiti dan beretika mulia serta dihormati oleh semua pihak. Justeru, kerjasama dan sokongan seluruh warga kerja MBJB amat diharapkan dalam menghayati serta mengamalkan semua nilai bagi menentukan kejayaan dan kecemerlangan MBJB setiap masa. MESRA BERKHIDMAT JUJUR BERBAKTI 3 CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 5

“ Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi ‘Katakanlah: Jika kamu benarbenar mencintai Allah, Ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa- dosanya, Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyeyang’.” (QS Ali-Imran: 31) 2. KEWAJIPAN TERHADAP ORGANISASI Semua warga kerja MBJB perlu mengetahui dengan jelas semua perkara yang berkaitan dengan MBJB. Semua anggota tanpa mengira pangkat mempunyai peranan yang penting untuk meningkatkan mutu perkhimatan MBJB. 2.1 VISI Johor Bahru Bertaraf Antarabangsa Berbudaya dan Lestari. 2.2 MISI 1. Mengukuhkan peranan organisasi sebagai pemacu dan pemudah cara strategik untuk semua pihak berkepentingan 2. Memastikan pembangunan bandar raya yang mampan, sejahtera dan makmur serta tinggi jati diri budaya 3. Menyediakan sistem penyampaian yang cekap, tadbir urus berkredibiliti tinggi, pengurusan sumber yang berkesan dan teknologi berinovasi untuk manfaat warga bandar raya. 2.3 OBJEKTIF 1. Tadbir urus berkualiti, berintegriti tinggi dan modal insan yang kompeten 2 Pengukuhan kewangan dan kemampanan pertumbuhan ekonomi Bandar Raya 3. Menerapkan penggunaan teknologi baru melalui inovasi berterusan 4. Perkhidmatan, kemudahan dan infrastruktur yang berkualiti 5. Sejahtera dan makmur berteraskan nilai-nilai kerohanian & kemasyarakatan yang tinggi 4 6. Memacu penyertaan awam yang interaktif dan inklusif di dalam memperkasa pembangunan 7. Keseimbangan pembangunan dan kelestarian alam sekitar CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 6

2.4 FUNGSI 5 CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 7

2.5 SLOGAN “MESRA BERKHIDMAT JUJUR BERBAKTI” MESRA BERKHIDMAT Warga kerja MBJB sentiasa mengamalkan sikap mesra, bersopan santun, senyum, bertimbang rasa, menyayangi dan menghormati dalam melaksanakan kerja, usaha serta kemudahan dalam menabur bakti untuk kepentingan orang ramai antara warga kerja dan pelanggan. JUJUR BERBAKTI Ketulusan dan keikhlasan hati dalam memberikan perkhidmatan yang baik demi untuk kepentingan orang ramai. 2.6 DASAR KUALITI MBJB komited untuk meningkatkan kesejahteraan warga kota melalui perkembangan ekonomi yang seimbang, pembangunan yang terancang dan pengurusan sumber yang efisien. MBJB akan memastikan supaya kehendak pelanggan dipenuhi selaras dengan perundangan melalui pelaksanaan penambahbaikan yang berterusan berasaskan MS ISO 9001. 2.7 NILAI BERSAMA MBJB telah membentuk Nilai Bersama yang terkandung dalam perkataan JAUHARI. Nilai-nilai tersebut perlu diamalkan serta dihayati oleh seluruh warga kerja. 6 CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 8

JAUHARI membawa maksud: JUJUR Ketulusan dan keikhlasan hati dalam melaksanakan tugas sentiasa menjadi keutamaan warga kerja MBJB. AMANAH Warga kerja MBJB menpunyai cirri-ciri yang boleh dipercayai dalam setiap tanggungjawap yang diberikan. UKHUWAH Warga kerja MBJB ibarat sebuah keluarga besar yang sering bertolak ansur dan menjalin tali persaudaraan demi kejayaan MBJB. HEMAT Warga kerja MBJB sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati, teliti, cermat dan bijaksana dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. AKAUNTABILITI Warga kerja MBJB sentiasa bertanggungjawap terhadap sesuatu tindakan atau keputusan serta sedia memberikan penjelasan yang diperlukan RESPONSIF Segera atau mudah member kerjasama atau reaksi terhadap sesuatu perkara menjadi amalan setiap warga kerja MBJB. INOVATIF Warga kerja MBJB sentiasa didorong untuk mencipta sesuatu yang 7 baru demi meningkatkan mutu perkhidmatan. CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 9

‘Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan bertanggugjawab terhadap kepimpinannya.’ Sabda Rasulullah 3. NILAI-NILAI UNGGUL 3.1 PEKERJAAN SEBAGAI IBADAH 3.1.1 Setiap warga kerja MBJB perlu berpegang teguh bahawa setiap pekerjaan adalah suatu amanah yang perlu dilunaskan dengan ikhlas dan jujur. Dimulai dengan nawaitu yang betul, setiap pekerjaan menjadi: a. Sebagai pengabdian kepada Allah b. Sebagai sumber rezeki untuk menyara kehidupan diri dan keluarga c. Sebagai sumbanganku kepada umat, masyarakat dan Negara 3.1.2 Pekerjaanku adalah pekerjaan yang baik dan bermanfaat serta dibenarkan oleh syarak, bukan pekerjaan yang buruk dan diharamkan. 3.1.3 Melakukan pekerjaan dengan sebaik yang termampu bukan dengan sambil lewa dan tidak berkualiti. 3.1.4 Sentiasa menjaga batas dan larangan Allah, tidaj berlaku zalim, penganiayaan mahupun menyalahguna harta dan kuasa. 3.1.5 Pekerjaan ini tidak sekali-kali menghalangku daripada melakukan kewajipan terhadap Allah. 3.2 KEPIMPINAN YANG UNGGUL Ciri-ciri kepimpinan yang baik adalah: a. Adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. b. Bijaksana di dalam menimbangkan sesuatu perkara. c. Tenang apabila berhadapan dengan masalah. d. Istiqamah di dalam melakukan kebaikan. e. Sabar menghadapi rintangan dan dugaan. f. Tawakal kepada Allah setelah mengambil keputusan terbaik yang mampu. 8 g. Sentiasa muhasabah diri untuk mengenalpasti kelemahan dan kelebihan diri sendiri. h. Merendah diri dan tidak takbur atau bermegah. i. Tidak memungkiri janji yang diberikan. j. Tabah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 10

4. ETIKA KERJA Beberapa perkara penting mengenai etika penjawat awam telah diringkaskan untuk panduan warga kerja MBJB. Bagaimanapun, setiap warga kerja MBJB perlu sentiasa merujuk kepada Perintah-Perintah AM, Arahan Perkhidmatan dan lain-lain Pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Setiausaha kerajaan Johor dan pihak MBJB sendiri. 4.1 KESELAMATAN 4.1.1 Keselamatan Fizikal (i) Keselamatan Terperingkat Ketua-ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah leselamatan yang perlu, termasuk mengeluarkan arahan-arahan keselamatan bagi kawasan terperingkat jika ada, atau dan kawasan terperingkat tersebut hendaklah diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan atau Tempat Larangan iaitu dengan: a. Mengadakan pagar dan lampu keselamatan serta menghadkan pintu keluar masuk; b. Menyediakan pengawal keselamatan yang dilengkapi dengan alat-alat keselamatan; c. Mengadakan papan-papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi menunjukkan kawasan atau tempat itu adalah Kawasan Larangan atau Tempat Larangan; dan d. Mewujudkan sistem Pas Keselamatan atau Kad Pengenalan Jabatan. (ii) Keselamatan Bangunan Langkah-langkah keselamatan sesebuah bangunan hendaklah diambil bertujuan untuk menghalang orang-orang yang tidak dibenarkan daripada memerhati, mendengar dan memperoleh perkara-perkra terperingkat dari luar atau dalam dengan memasuki pejabat secara haram. Langkah-langkah tersebut adalah dengan:- a. Mewujudkan perkhidmatan pengawalan keselamatan; 9 b. Melantik Pegawai Bertugas Keselamatan bagi setiap jabatan/ bahagian/ unit; c. Menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat; CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 11

d. Memperketatkan kawalan agar tidak dicerobohi oleh orang awam; e. Merekodkan kedatangan bagi anggota MBJB yang tidak hadir ke pejabat pada bukan waktu pejabat; f. Menyediakan atau memperkukuhkan tingkap-tingkap dan pintupintu dengan kunci-kunci keselamatan; g. Menyediakan ruang keluar khas jika berlaku kebakaran; h. Tidak dibenarkan merokok di dalam pejabat atau premis bangunan dan i. Menghadkan jalan keluar masuk dan mengadakan kaunter bagi tujuan tersebut. 4.1.2 Keselamatan Dokumen Terperingkat a. Perkara terperingkat hendaklah diperingkatkan dengan salah satu daripada peringkat keselamatan iaitu Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad dan ditandakan di sebelah luar kulit hadapan dan belakang fail. b. Kulit-kulit fail terperingkat adalah diberi warna tertentu iaitu kulit fail Rahsia Besar berwarna kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang; kulit fail Rahsia berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kuli hadapan dan belakang; kulit fail Sulit berwarna hijau; dan kulit fail Terhad berwarna putih. 4.1.3 Keselamatan dan Kerahsiaan Maklumat Warga kerja MBJB perlu mematuhi arahan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan Kerajaan iaitu; a. Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Jabatan atau pihak polis ke atas sebarang percubaan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan sebarang rahsia; b. Menentukan semua maklumat dan dokumen terperingkat sentiasa terpelihara dan di simpan di tempat yang selamat; 10 c. Berkelakuan sewajarnya supaya tidak membahayakan keselamatan atau menyebabkan terdedahnya kerahsiaan sesuatu maklumat atau dokumen terperingkat; CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 12

d. Menyerahkan semua dokumen terperingakt yang ada didalam simpannya kepada Ketua Jabatan apabila bersara; e. Sentiasa memelihara kerahsiaan maklumat dasar-dasar yang masih belum diputuskan oleh Kerajaan dan memusnahkan maklumat terperingkat yang tidak diperlukan dengan cara yang betul; f. Sentiasa peka terhadap keselamatan fizikal anggota ketika bekerja di pejabat; g. Tidak dibenarkan membuat penyataan palsu yang bertujuan untuk mendapatkan kebenaran untuk mendapatkan akses ke atas dokumen atau teks rahsia Kerajaan; h. Tidak dibenarkan mendedehkan apa-apa rahsia kepada negara asing atau luar untuk faedah mereka sendiri dan i. Tidak dibenarkan mendedahkan apa-apa maklumat terperingkat dengan apa cara sekalipun kepada sesiapa yang tidak berhak memperolehinya semasa berada di dalam perkhidmatan kerajaan. 4.2 TATAKELAKUAN ANGGOTA a. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Negara, Kerajaan Dan Pihak Berkuasa Tempatan. b. Seseorang pegawai tidak boleh membelakangakan kewajipan awamnya kerana kepentingan persendiriannya. c. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara yang tidak mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa ia telah membiarkan kebenaran persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam atau ia telah menggunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendirian. d. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara hingga menjatuhkan reputasi perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan atau menghilangkan kepercayaan terhadap perkhidmatannya. 11 e. Seseorang pegawai tidak boleh kurang kecekapan atau kesusahan. f. Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur. CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 13

g. Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab. h. Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau mencuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan sama ada tuntutan itu adalah tuntutan secara perseorangan atau tuntutan lain-lain anggota perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. i. Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah (cuai dalam menjalankan tugasnya). j. Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam menjalankan tugasnya. Seseorang pegawai dianggap telah cuai dalam menjalankan tugasnya apabila memandu kenderaan kerajaan dengan terlalu laju sehingga menyebabkan kemalangan, disaman atau kesilapan pegawai dalam menandatangani dokumen rasmi kerajaan sehingga mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian atau kegagalan dalam melaporkan kepada pihak-pihak berkenaan mengenai pemberhentian pembayaran gaji bagi pegawai yang meletakkan jawatan. 4.3 GANGGUAN SEKSUAL Warga kerja MBJB tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain iaitu dengan membuat cubaan merapati atau meminta layanan seksual dan perbuatan bersifat seksual yang menyebabkan seseorang tersinggung terhina dan terugut. 4.4 PEKERJAAN LUAR Warga kerja MBJB tidak dibenarkan membuat sebarang pekerjaan luar yang memberikan pendapatan berbentuk kewangan semasa masih menjawat jawatan sebagai kakitangan awam tanpa kelulusan ketua jabatan. Kebenaran bertulis boleh diberi dengan syarat pekerjaan tersebut tidak boleh dilakukan semasa wakt pejabat, pekerjaan tersebut tidak mengahalang pegawai menjalankan atau melaksanakan tugas rasminya di luar waktu pejabat apabila diarah berbuat demikian dan pekerjaan tersebut tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan. 12 CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 14

4.5 MENYELENGGARA TARAF KEHIDUPAN MELEBIHI PENDAPATAN RASMI Warga kerja MBJB tidak dibenarkan untuk menyelenggara kehidupannya melebihi pendapatan rasminya. Ketua Jabatan boleh meminta penjelasan secara bertulis daripada mana-mana anggota MBJB yang menunjukkan gaya hidup (termasuk penguasaan dan pemilikan harta benda) di luar kemampuannya dari segi pendapatan atau emolument rasminya tentang bagaimana anggota mendapat sumber-sumber kewangan untuk menyara gaya hidup tersebut. 4.6 PENYALAHGUNAAN DADAH Warga kerja MBJB tidak boleh menggunakan atau mengambil dadah berbahaya kecuali dengan preskripsi pegawai perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 serta sama sekali tidak boleh menyalahguna atau menagih dadah berbahaya. 4.7 KEBERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS DAN MEMINJAM WANG a. Warga kerja MBJB tidak dibenarkan menyebabkan dirinya berada didalam keterhutangan kewangan yang serius iaitu jumlah hutang yang melebihi 60% emolument bulanannya; b. Warga kerja MBJB disifatkan berada dalam keterhutangan yang serius sekiranya agreget hutang dan liabiliti yang tidak bercagar melebihi sejumlah sepuluh kali emolumen bulanan anggota; c. Pegawai seorang penghutang penghakiman iaitu arahan mahkamah telah dikeluarkan supaya menjelaskan hutang tersebut dalam tempoh tertentu; d. Pegawai seorang yang muflis atau bankrap; e. Warga kerja MBJB tidak dibenarkan meminjam wang dari institusi yang tidak disahkan oleh kerajaan atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam melalui institusi yang tidak disahkan oleh kerajaan ataupun dengan apa cara sekalipun dengan meletakkan dirinya di bawah satu obligasi kewangan. 4.8 MEMBUAT PERNYATAAN AWAM a. Warga kerja MBJB dilarang membuat, menghebah atau menerbitkan apa-apa penyataan awam berhubung dengan apa-apa penyataan awam berhubung dengan apa-apa desar, 13 program dan keputusan kerajaan tanpa kebenaran ketua jabatan; CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

p. 15

b. Warga kerja MBJB tidak dibenarkan untuk menerbitkan apa-apa buku, majalah atau maklumat terperingkat secara bertulis atau lisan sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan. 4.9 KEGIATAN POLITIK a. Warga kerja MBJB hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepad mana-mana parti politik atau memakai mana-mana lambing sesuatu parti politik; b. Pegawai dalam kumpulan pengurusan dan professional adalah dilarang mengambil bahagian secara aktif di dalam aktiviti politik; c. Pegawai dalam kumpulan sokongan dibenarkan bertanding atau memegang jawatan atau lantikan ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah mendapat kelulusan secara bertulis dari ketua perkhidmatan awam atau ketua jabatan. 4.10 KEHADIRAN BERTUGAS a. Warga kerja MBJB hendaklah mematuhi arahan berkenaan rekod kehadiran bertugas dengan mengimbas jari melalui sistem biometrik atau mengetik sendiri kad perakam waktu. b. Mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi penggunaan Buku Keluar/Masuk bagi setiap pergerakan ke luar untuk menjalankan tugas-ugas rasmi atau urusan peribadi. c. Mengganti semula waktu bekerja yang telah digunakan untuk urusan peribadi. d. Mematuhi jadual waktu bekerja (WP) dan memaklumkan kepada bahagian atau seksyen atau unit jika terdapat kelewatan ke tempat bekerja atau kecemasan. e. Menggunakan masa rehar dengan sewajarnya dan tidak keluar rehat ketika waktu bekerja. f. Menghadiri perhimpunana bulanan bersama Datuk Bandar. g. Menepati masa ketika menghadiri majlis dan tugas rasmi. h. Kad perakam yang tidak diketik atau dating lewat atau balik awal 14 hendaklah dicatatkan sebabnya dan dipersetujui serta ditandatangani oleh penyelia. i. Mengetik kad perakam waktu anggota lain adalah dilarang sama sekali. CITRA UNGGUL | ETIKA KERJA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

[close]

Comments

no comments yet