PELAN STRATEGIK ICT (ISP) MPKu

 

Embed or link this publication

Description

PSICTMPKU

Popular Pages


p. 1

PELAN STRATEGIK ICT (ISP) MAJLIS PERBANDARAN KULAI [ 2016 – 2020 ] PELAN STRATEGIK ICT (ISP) i

[close]

p. 2

ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Perutusan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai Kata-kata Aluan Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai Ringkasan Eksekutif BAHAGIAN 1 : PENGENALAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KULAI 1.1 Latar Belakang Organisasi 1.2 Carta Organisasi 1.3 Fungsi Dan Peranan BAHAGIAN 2 : PENGENALAN KEPADA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 2.1 Latar Belakang ICT 2.2 Carta Fungsi Organisasi Semasa 2.3 Carta Organisasi 2.4Kemahiran Warga Kerja Bahagian Teknologi Maklumat BAHAGIAN 3 : SENARIO PERUBAHAN PERSEKITARAN 3.1 Cabaran Semasa 3.2 Trend ICT Terkini 3.2.1 Trend Teknologi ICT BAHAGIAN 4 : HALA TUJU STRATEGIK 4.1 Visi 4.2 Misi 4.3 Moto 4.4 Teras Strategik 4.5 Objektif Strategik 4.6 Pelan Tindakan Strategik ICT 4.6.1 Teras 1 - Pengukuhan Tadbir Urus ICT 4.6.2 Teras 2 - Pengukuhan Infra & Info Struktur ICT 4.6.3 Teras 3- Pengukuhan Kompetensi Warga Kerja 4.6.4 Teras 4- Pembudayaan dan Pemanfaatan ICT di kalangan Komuniti BAHAGIAN 5 : MEKANISME PELAKSANAAN/ PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 5.1 Kejayaan ICT 5.2 Elemen Penentu Kejayaan PENUTUP MUKA SURAT iii iv v 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 15 16 17 18 19 19 20 21 22 23 24 41 42 P E L A N S T R A T E G I K I C T ( I S P ) ii

[close]

p. 3

PERUTUSAN YANG DI PERTUA MAJLIS PERBANDARAN KULAI Assalamualaikum w.b.t, salam hormat dan salam muafakat Johor. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan taufik serta hidayahNya jua maka Bahagian Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Kulai telah berjaya menyiapkan PELAN STRATEGIK ICT (ISP) MAJLIS PERBANDARAN KULAI 2016-2020. Dengan adanya ISP ini, keupayaan sebenar jabatan dapat dilihat dalam melaksanakan perancangan dan penyusunan strategi yang lebih rasional dan berkualiti. Ia juga dapat mengukur sejauh mana pencapaian jabatan dalam merealisasikan segala perancangan yang telah dilakukan. Saya yakin dan sangat percaya bahawa Pelan Strategik ini akan menjadi satu dokumen penting ke arah pelaksanaan kerja yang lebih fokus, terancang, bersistematik dan mengutamakan kepuasan pelanggan. Melalui Pelan Strategik yang ini, pelbagai aspek penting telah diberi keutamaan iaitu Aspek Pelanggan, Aspek Kewangan, Aspek Perkhidmatan Perbandaran, Aspek Perancangan & Pembangunan dan Aspek Proses Dalaman. Semua aspek ini dikenali sebagai Objektif Strategik. Ia akan disokong oleh pelaksanaan tindakan dengan sasaran tertentu iaitu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang digubal bersama dan pihak pengurusan akan sentiasa memastikan setiap perancangan ini dipantau, disemak dan dikemaskini bagi memastikan Sasaran yang ditetapkan dapat dicapai. Warga kerja ICT hendaklah komited dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan Pelan Strategik ini kerana ia milik kita dan direncanakan bersama. Biarlah ia menjadi wadah untuk usaha keras kita dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada warga Kulai. Kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik ini adalah manifestasi kesungguhan kita ke arah mencapai Organisasi Berprestasi Kelas Pertama. “PERBANDARAN CEMERLANG, SEJAHTERA SEMUA” Sekian, terima kasih. ___________________________________ (TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN SALLEH) Yang DiPertua , Majlis Perbandaran Kulai P E L A N S T R A T E G I K I C T ( I S P ) iii

[close]

p. 4

KATA-KATA ALUAN SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN KULAI Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, Selawat dan Salam Ke atas Nabi Yang Tidak Ada Nabi Selepasnya; Nabi Kita Muhammad bin Abdullah serta ke atas keluarga dan juga sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya jua dokumen Pelan Strategik ICT (PSICT) ini dapat disiapkan mengikut jadual. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan terutama kepada Tuan Yang DiPertua, serta warga kerja Bahagian Teknologi Maklumat yang telah bersungguh-sungguh serta komited untuk menyiapkan Pelan Strategik 2016-2020 ini. Dengan penyediaan PSICT ini, saya percaya bahawa halatuju pembangunan ICT MPKu di bawah penyeliaan Bahagian Teknologi Maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Perancangan dan peruntukan kewangan lebih teratur berdasarkan kepada justifikasi setiap program yang dinyatakan di dalam Pelan Strategik ini. Semoga PSICT ini dapat digunakan sebagai garis panduan pembangunan ICT MPKu dengan mengambilkira keperluan daripada jabatan yang berkaitan sepanjang tempoh pelaksanaan ini. Akhir kata saya menyeru kepada seluruh warga kerja MPKu agar bersama-sama menjayakan perancangan ini dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan berintegriti serta iltizam yang tinggi. “PERBANDARAN CEMERLANG, SEJAHTERA SEMUA” Sekian, terima kasih. _____________________________ (PUAN NORLIYATI BINTI MD NOR) Setiausaha , Majlis Perbandaran Kulai P E L A N S T R A T E G I K I C T ( I S P ) iv

[close]

p. 5

RINGKASAN EKSEKUTIF Bengkel Pelan Strategik ICT (PSICT) Majlis Perbandaran Kulai telah diadakan pada 3 & 4 Mei 2016 dimana ia dijalankan secara dalaman dengan kerjasama khidmat perundingan dari Pasukan Perunding Strategik ICT Petaling Jayayang diketuai oleh Tuan Alwan Bin Wakimin. PSICT Majlis Perbandaran Kulai menggariskan halatuju strategik pelaksanaan ICT ke arah kecemerlangan pentadbiran kerajaan bersandarkan kepada kebolehupayaan ICT dalam usaha mendukung wawasan 2020 untuk tempoh lima tahun akan datang. Pelan ini merupakan pelan jangka panjang yang menetapkan halatuju perancangan, strategi pembangunan dan juga pelaksanaan projek-projek ICT bagi menyokong Pelan Strategik Majlis Perbandaran Kulai. Ia memberi penekanan kepada kecekapan, produktiviti dan inovasi ICT bagi tujuan mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Pelan ini akan dikaji semula secara berkala bersesuaian dengan perubahan perkhidmatan dan kehendak pelanggan. Pelan ini akan meneliti tahap penggunaan, mengenalpasti pelbagai isu, cabaran serta kelemahan dalam pembangunan ICT. Hasil analisis ke atas persekitaran semasa ICT, beberapa imperatif teras strategik telah disediakan bagi melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan selaras dengan rangka kerja bagi perancangan dan pembangunan ICT dengan sokongan tadbir urus ICT, sistem aplikasi, pembangunan sumber manusia dan teknologi iaitu: i. Pengukuhan Tadbir Urus ICT – Penyediaan Pelan, Pemantauan, Pemantapan Prosedur ICT, Manual / Latihan ii. Pengukuhan Aplikasi Infra & Info Struktur ICT yang Selamat dan Stabil iii. Pengukuhan Kompetensi Warga Kerja iv. Pembudayaan ICT dikalangan Komuniti Secara keseluruhannya pelan ini bertujuan untuk pelaksanaan sistem yang efisien dan efektif serta berkesan dari segi kos yang cekap dan lebih berinteraktif. Justeru itu, penggemblengan tenaga dan sumber yang efisien perlu diwujudkan disamping jalinan kerja yang unggul, strategik, cekap dan berinovasi bagi memastikan pelan strategik ini berjaya dilaksanakan. PELAN STRATEGIK ICT (ISP) v

[close]

p. 6

BAHAGIAN 1 PENGENALAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KULAI PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 1

[close]

p. 7

1.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan dan diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sejarah penubuhan MPKu bermula dengan penubuhannya yang diberi nama Majlis Tempatan Kulai,ditubuhkan pada tahun 1950. Pada tahun 1961,akibat perselisihan faham yang terjadi antara Malaysia dan Indonesia,Majlis Tempatan di seluruh Negara telah dibubarkan.Walau bagaimanapun pada 1 Januari 1976 nama Majlis Tempatan Kulai telah ditukar kepada nama Majlis Daerah Kulai.Ianya dibentuk daripada gabungan Sembilan (9) buah majlis tempatan iaitu Kulai,Senai, Kelapa Sawit,Seelong,Saleng,Sengkang,Ayer Bemban,Sedenak dan Bukit Batu.Kemudiannya Majlis Daerah Kulai (MDK) telah dinaik taraf kepada nama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) pada tahun 2004. Pada awal penubuhannya,Majlis Daerah Kulai (MDK) mempunyai keluasan kawasan seluas 123.336 km persegi merangkumi 40 rantai kiri dan kanan jalan raya Persekutuan utama bagi menuju ke Bandaraya Johor Bahru,Senai,Ayer Hitam dan Kota Tinggi. Pentadbiran MDK juga meliputi laluan bagi Keretapi Tanah Melayu yang menghubungkan perjalanan daripada Utara hingga ke Selatan, dan Singapura.Lokasi strategik Kulai yang mudah untuk di hubungi dari pelbagai arah telah menyebabkan ia dipilih sebagai Ibu Pejabat untuk mentadbir kawasan-kawasan yang berada di bawah pentadbirannya. MPKu juga telah menaik taraf Terminal Bas Kulai menjadi ‘Rural Transformation Centre (RTC),yang mana dulunya suram,kini menjadi tempat yang dapat memudahkan urusan penduduk sekitar di bawah kawasan pentadbiran MPKu untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan seperti Pejabat Imigresen,Pejabat Pendaftaran Negara,Klinik Satu Malaysia dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Pada tahun 2016 di bawah Program Persempadanan Semula Mpku telah menerima 6 kawasan baharu seluas 1,355.75 hektar dan menyerahkan kawasan Taman Teknologi dan sekitarnya seluas 2,430 hektar. MPKu komited memberikan perkhidmatan perbandaran untuk memenuhi keperluan semasa penduduk kawasan pentadbiran MPKu yang berkeluasan 74,700 hektar termasuk penambahan 6 kawasan baharu iaitu Taman Pulai Emas,Bandar Pulai Jaya,Bandar Baru Kangkar Pulai,Taman Ulu Choh,Kampung Baru Ulu Choh dan Kampung Bahagia Ulu Choh. Kini Bandar Kulai telah membangun dengan pesatnya dengan adanya tempat-tempat popular seperti Johor Premium Outlet (JPO) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di daerah Kulai ini yang menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar Negara.Di samping itu juga,kawasan pentadbiran MPKu telah dimasukkan ke dalam kawasan Iskandar Malaysia yang menjadi nadi dan tunggak pembangunan pesat Negeri. PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2

[close]

p. 8

1.2 CARTA ORGANISASI Majlis Perbandaran Kulai PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 3

[close]

p. 9

1.3 FUNGSI & PERANAN •Merancang dan Mengawal Pembangunan di kawasan MPKu melalui Pelan Struktur/Tempatan. •Menyelaras,merancang pembangunan pekan dan bandar serta mengawal bangunan,pengiklanan dan papan tanda. •Menyelenggara kerja-kerja pembersihan di kawasan pentadbiran Majlis. •Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan,Kawalan Makanan dan Kawalan Penyakit Berjangkit. •Mengurus dan Menyelenggara Aktiviti Pengindahan Kawasan Majlis. •Menyelaras dan Menyelenggara Sistem Pengangkutan Lalu Lintas. •Menyediakan Kemudahan Awam Seperti Gerai,Pasar,Kawasan Penjaja,Dewan Raya,Taman Rekreasi,Perpustakaan ,Terminal Bas/Teksi,Tandas Awam dan Lain-lain PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 4

[close]

p. 10

BAHAGIAN 2 PENGENALAN KEPADA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 5

[close]

p. 11

2.1 LATAR BELAKANG Unit Komputer telah diwujudkan pada Julai 2007 dibawah penyeliaan Jabatan Kewangan, Majlis Perbandaran Kulai. Penubuhan asal unit ini hanya terdiri daripada seorang kakitangan dari kumpulan Pengurusan & Profesional iaitu Pegawai Teknologi Maklumat (F41). Selaras dengan pengstrukturan semula organisasi dan penambahan kakitangan MPKu, Unit Komputer telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) efektif 1 Januari 2009 dimana BTM dibahagikan kepada tiga (3) unit iaitu : Perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Kulai Pembangunan & Penambahan Sistem Sokongan Aplikasi & Pangkalan Data Pentadbiran Emel & Laman Web Rasmi MPKu Bantuan Teknikal ICT Pengurusan Aset ICT Pengurusan Keselamatan ICT Pengurusan Pusat Data PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 6

[close]

p. 12

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 2.2 CARTA FUNGSI ORGANISASI ICT SEMASA UNIT PEMBANGUNAN & PENYELENGGARAAN SISTEM/PORTAL UNIT TEKNIKAL & OPERASI  Menganalisa, mengkaji dan mencadangkan sistem aplikasi ICT yang bersesuaian dengan kerjasama dari setiap jabatan MPKu bagi meningkatkan kecekapan mutu sistem penyampaian.  Proses reformasi manual kepada perkomputeran.  Membangunkan aplikasi dan menyediakan perkhidmatan multimedia dan persembahan korporat.  Membangun dan menyelenggara capaian intranet/internet, emel dan web/portal MPKu.  Menyediakan garis panduan dan latihan penggunaan komputer kepada setiap jabatan didalam MPKu.  Mengurus tadbir hal ehwal pengurusan dan pentadbiran Jabatan Teknologi Maklumat. UNIT PENTADBIRAN AM  Menyelenggara dan memastikan perkakasan komputer dan rangkaian komputer di setiap jabatan sentiasa berada didalam keadaan yang sempurna.  Menyediakan dan menyokong prasarana kemudahan ICT kepada kakitangan MPKu. PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 7

[close]

p. 13

2.3 CARTA ORGANISASI Bahagian Teknologi Maklumat PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 8

[close]

p. 14

2.4 KEMAHIRAN WARGA KERJA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Sesebuah jabatan atau bahagian sangat mendambakan pekerja yang berkualiti bukan sahaja dari segi disiplin tetapi juga yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang. Kakitangan yang berkemahiran dan menguasai bidang ICT amat diperlukan dalam mendokong usaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat amnya dan juga operasi dalaman khususnya. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkesan merupakan salah satu kunci utama ke arah mencapai aspirasi negara. Pada masa yang sama, pihak pengurusan MPKu akan memastikan warga kerja MPKu khususnya kakitangan ICT yang berkemahiran mengaplikasikan penggunaan ICT didalam perkhidmatan mereka. Kakitangan di Bahagian Teknologi Maklumat akan dilengkapi dengan kemahiran dalam bidang seperti berikut : KHIDMAT LATIHAN ICT KEPADA WARGA MPKu PENGURUSAN PROJEK ICT PEMBANGUNAN & PENGATURCARAAN APLIKASI PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT KEMAHIRAN PENYELENGGARAAN SISTEM APLIKASI REKABENTUK DAN KONFIGURASI SISTEM RANGKAIAN PENGURUSAN & REKABENTUK PANGKALAN DATA PENGURUSAN SERVER KONFIGURASI SISTEM PENGOPERASIAN PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 9

[close]

p. 15

BAHAGIAN 3 SENARIO PERUBAHAN PERSEKITARAN P E L A N S T R A T E G I K I C T ( I S P ) 10

[close]

Comments

no comments yet