Pelan Strategi MPKu

 

Embed or link this publication

Description

PELAN STRATEGI MPKu

Popular Pages


p. 1

Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua 1

[close]

p. 2

2 PELAN STRATEGIK Majlis Perbandaran Kulai 2016-2020

[close]

p. 3

ISI KANDUNGAN Perutusan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai Kata-kata Aluan Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai Ringkasan Eksekutif BAHAGIAN 1 : PENGENALAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KULAI 1.1 Latar Belakang Organisasi 1.2 Carta Organisasi 1.3 Fungsi Dan Peranan 1.4 Punca Kuasa 1.5 ‘Stakeholders’ Dan Pelanggan BAHAGIAN 2 : SENARIO PERUBAHAN PERSEKITARAN BAHAGIAN 3 : HALA TUJU STRATEGIK 3.1 Visi 3.2 Misi 3.3 Moto 3.4 Nilai-nilai Bersama 3.5 Objektif Strategik 3.6 Peta Strategik MUKA SURAT 5 6 7 10 12 13 14 15 18 22 22 22 23 24 25 Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua 3

[close]

p. 4

ISI KANDUNGAN 3.7 Pelan Tindakan 3.7.1 Objektif Strategik 1 - Memperkasakan Pengurusan Kewangan dan Aset Serta Pertumbuhan Ekonomi MPKu 3.7.2 Objektif Strategik 2 - Memantapkan Struktur Tadbir Urus Berkualiti dan Modal Insan Yang Kompeten Melalui Penggunaan Teknologi Berinovasi 3.7.3 Objektif Strategik 3 - Memantapkan Infrastruktur dan Fasiliti Awam 3.7.4 Objektif Strategik 4 - Meningkatkan Tahap Kesejahteraan Komuniti 3.7.5 Objektif Strategik 5 - Memastikan Pembangunan Yang Mampan dan Lestari 3.7.6 Objektif Strategik 6 - Memantapkan Pematuhan Undang-Undang dan Peraturan MUKA SURAT 26 32 37 42 45 49 BAHAGIAN 4 : MEKANISME PELAKSANAAN/ PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 4.1 Elemen Penentu Kejayaan 4.2 Mekanisme Pelaksanaan 4.3 Selangkah Ke Hadapan 54 57 59 PENUTUP 60 4 PELAN STRATEGIK Majlis Perbandaran Kulai 2016-2020

[close]

p. 5

Perutusan YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KULAI Assalamualaikum w.b.t, salam hormat dan salam muafakat Johor. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik serta innayahNya jua maka Majlis Perbandaran Kulai telah dapat menyediakan dan seterusnya menyiapkan PELAN STRATEGIK MAJLIS PERBANDARAN KULAI 2016-2020. Saya penuh percaya bahawa Pelan Strategik ini akan menjadi satu dokumen penting ke arah pelaksanaan kerja yang lebih fokus, terancang, bersistematik dan mengutamakan kepuasan pelanggan. Melalui Pelan Strategik yang digubal ini, pelbagai aspek penting telah diberi keutamaan iaitu Aspek Pelanggan, Aspek Kewangan, Aspek Perkhidmatan Perbandaran, Aspek Perancangan & Pembangunan dan Aspek Proses Dalaman. Semua aspek ini dikenali sebagai Objektif Strategik. Ia akan disokong oleh pelaksanaan tindakan dengan sasaran tertentu iaitu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang digubal bersama. Warga kerja MPKu hendaklah komited dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan Pelan Strategik ini kerana ia milik kita dan direncanakan bersama. Biarlah ia menjadi wadah untuk usaha keras kita memberi perkhidmatan terbaik kepada warga Kulai. Kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik ini adalah manifestasi kesungguhan kita ke arah mencapai Organisasi Berprestasi Kelas Pertama. Sekian, terima kasih.   TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN SALLEH Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua 55

[close]

p. 6

Kata-kata Aluan SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN KULAI Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, Selawat dan Salam Ke atas Nabi Yang Tidak Ada Nabi Selepasnya; Nabi kita Muhammad Bin Abdullah serta ke atas keluarga dan juga sahabat baginda. Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya jua dokumen Pelan Strategik ini dapat disiapkan mengikut jadual: setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan terutama kepada Tuan Yang Dipertua, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan Unit, semua warga kerja MPKu yang telah bersungguh-sungguh serta komited untuk menyiapkan Pelan Strategik 2016-2020. Proses penyediaan Pelan Strategik ini bukanlah sesuatu yang baru kepada MPKu kerana sebelum ini kita telah mempunyai pelan yang dilaksanakan sehingga tahun 2015. Pelan Strategik kali ini mempunyai sedikit perbezaan dari segi pendekatan dan terma yang diguna pakai. Walau apa pun hasratnya tetap sama iaitu mencapai matlamat yang disasarkan sehingga tahun 2020. Kesungguhan semua pihak menggubal dan memperhalusi Penyediaan Pelan Strategik 2016-2020, dan Pengesahan Deraf Pelan Strategik oleh Pengurusan Atasan sangat dihargai. Kesemua gerak kerja ini tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya semua warga kerja MPKu tidak dapat menghayati seterusnya merealisasikan Pelan Strategik ini. Akhir kata saya menyeru kepada seluruh warga kerja MPKu, bersama-sama menjayakan perancangan ini dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan integriti serta iltizam yang tinggi. Sekian, terima kasih.   ZAINOR BIN ADANI Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai 6 PELAN STRATEGIK Majlis Perbandaran Kulai 2016-2020

[close]

p. 7

RINGKASAN Eksekutif Pelan Strategik Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) 2016-2020 adalah kesinambungan daripada Pelan Strategik sebelumnya yang digubal untuk tahun 2011-2015. Pelan Strategik ini dirangka hasil inisiatif MPKu bagi melaksanakan agenda pemerkasaan dan transformasi perkhidmatan berkualiti bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan daya saing Negara dalam menerajui perubahan ke arah yang lebih cemerlang. Pelan Strategik ini merumuskan dan menggariskan enam Objektif Strategik dan diterjemahkan dalam pelan tindakan khusus yang mampu memperkukuhkan dan meningkatkan keupayaaan serta kompetensi perkhidmatan di samping berupaya merealisasikan agenda pembangunan negara sejajar dengan Tema Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) iaitu berpaksikan rakyat dengan mengambil kira rakyat sebagai tonggak pembangunan negara. Enam Objektif Strategik telah disedia bagi melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu strategik dalam merealisasikan Visi, Misi yang ditetapkan iaitu: i. Memperkasakan Pengurusan Kewangan ii. Memantapkan Struktur Tadbir Urus Berkualiti dan Modal Insan Yang Kompeten Melalui Penggunaan Teknologi Berinovasi iii. Memantapkan Infrastruktur dan Fasiliti Awam iv. Meningkatkan Tahap Kesejahteraan Rakyat v. Memastikan Pembangunan Yang Mampan dan Lestari vi. Memantapkan Pematuhan Undang-Undang dan Peraturan Kekuatan yang ada dari segenap segi dan diadun dengan pegangan nilai-nilai bersama, Pelan Strategik ini akan berjaya dilaksanakan di samping jalinan budaya kerja yang unggul, strategik, cekap serta berinovasi melalui penggemblengan tenaga dan sumber yang efisien serta kolaborasi bersama stakeholders dan pelanggan. Fasa perancangan pelan ini tentunya tidak memadai jika tidak disertakan dengan tindakan yang efisien dan efektif. Pemantauan secara berterusan dan kajian impak dari semasa ke semasa merupakan pendekatan yang proaktif dalam memastikan Pelan Strategik ini bersifat dinamik, inovatif dan relevan serta keberkesanan tindakan diambil berdasarkan perubahan persekitaran yang kompleks dan cabaran yang akan mendatang. Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua 7

[close]

p. 8

8 PELAN STRATEGIK Majlis Perbandaran Kulai 2016-2020

[close]

p. 9

BAHAGIAN 1 PENGENALAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KULAI Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua 9

[close]

p. 10

10 PELAN STRATEGIK Majlis Perbandaran Kulai 2016-2020 1.1) LATAR BELAKANG ORGANISASI Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan dan diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sejarah penubuhan MPKu bermula dengan penubuhannya yang di beri nama Majlis Tempatan Kulai , ditubuhkan pada tahun 1950. Pada tahun 1961, akibat perselisihan faham yang terjadi antara Malaysia dan Indonesia, Majlis Tempatan di seluruh Negara telah dibubarkan. Walau bagaimanapun pada 1 Januari 1976 nama Majlis Tempatan Kulai telah ditukar kepada nama Majlis Daerah Kulai. Ianya dibentuk daripada gabungan Sembilan (9) buah majlis tempatan iaitu Kulai, Senai, Kelapa Sawit, Seelong, Saleng, Sengkang, Ayer Bemban, Sedenak dan Bukit Batu. Kemudiannya Majlis Daerah Kulai telah dinaik taraf kepada nama Majlis Perbandaran Kulai pada tahun 2004. Pada awal penubuhannya, Majlis Daerah Kulai (MDK) mempunyai keluasan kawasan seluas 123.336 km persegi merangkumi 40 rantai kiri dan kanan jalan raya Persekutuan utama bagi menuju ke Bandaraya Johor Bahru, Senai, Ayer Hitam dan Kota Tinggi. Pentadbiran MDK juga meliputi laluan bagi Keretapi Tanah Melayu yang menghubungkan perjalanan daripada Utara hingga ke Selatan, dan ke Singapura. Lokasi strategik Kulai yang mudah untuk di hubungi dari pelbagai arah telah menyebabkan ia dipilih sebagai Ibu Pejabat untuk mentadbir kawasan-kawasan yang berada di bawah pentadbirannya.

[close]

p. 11

PENGENALAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KULAI MPKu juga telah menaik taraf Terminal Bas Kulai menjadi ‘Rural Transformation Centre’ (RTC), yang mana dulunya suram, kini menjadi tempat yang dapat memudahkan penduduk sekitar di bawah kawasan pentadbiran MPKu untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan seperti Pejabat Imigresen, Pejabat Pendaftaran Negara, Klinik Satu Malaysia dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Pada tahun 2016 di bawah Program Persempadanan Semula MPKu telah menerima 6 kawasan baharu seluas 1,355.75 hektar dan menyerahkan kawasan Taman Teknologi Johor dan sekitarnya seluas 2,430 hektar. tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Di samping itu juga, kawasan pentadbiran MPKu telah dimasukkan ke dalam kawasan Iskandar Malaysia yang menjadi nadi dan tunggak pembangunan pesat Negeri Johor dan juga Malaysia. PELAN PERSEMPADANAN TERBARU KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN KULAI MPKu komited memberikan perkhidmatan perbandaran untuk memenuhi keperluan semasa penduduk, kawasan pentadbiran MPKu yang berkeluasan 74,700 hektar termasuk penambahan 6 kawasan baharu iaitu Taman Pulai Emas, Bandar Pulai Jaya, Bandar Baru Kangkar Pulai, Taman Ulu Choh, Kampung Baru Ulu Choh dan Kampung Bahagia Ulu Choh. Kini bandar Kulai telah membangun dengan pesatnya dengan adanya tempat-tempat popular seperti Johor Premium Outlet (JPO) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di daerah Kulai ini yang menjadi tempat Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua 11

[close]

p. 12

BAHAGIAN 1 1.2) CARTA ORGANISASI MAJLIS PERBANDARAN KULAI YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KULAI SETIAUSAHA JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN JABATAN KEWANGAN JABATAN KESIHATAN AWAM JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN LANDSKAP JABATAN KEJURUTERAAN JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN HASIL BAHAGIAN KESIHATAN BAHAGIAN PERANCANGAN BANDAR BAHAGIAN PEMBANGUNAN BAHAGIAN PENILAIAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BAHAGIAN BELANJAWAN BAHAGIAN PELESENAN BAHAGIAN LANDSKAP BAHAGIAN KEJURUTERAAN BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIT KORPORAT DAN KHIDMAT MASYARAKAT UNIT AUDIT DALAM UNIT PERHUBUNGAN AWAM 12 PELAN STRATEGIK Majlis Perbandaran Kulai 2016-2020 UNIT UNDANG-UNDANG UNIT TUNGGAKAN CUKAI UNIT PENGURUSAN KONTRAK CAWANGAN PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) UNIT PUSAT SEHENTI (OSC) PROGRAM PEMBANGUNAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) SKP BIL P74 ( 2007 ) SUMBER SKP BIL P14 TAHUN (2009) RM BIL 222 / 2007 RM BIL 18/2011 MMK BERTARIKH 24/9/2008 UNIT BARU DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

[close]

p. 13

1.3) FUNGSI DAN PERANAN PENGENALAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KULAI 01 Merancang dan Mengawal Pembangunan di kawasan MPKu melalui Pelan Struktur/ Tempatan 02 Menyelaras, merancang pembangunan pekan dan bandar serta mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda 03 Menyelenggara kerja-kerja pembersihan di kawasan pentadbiran Majlis 04 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan, Kawalan Makanan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 05 Mengurus dan Menyelenggara Aktiviti Pengindahan Kawasan Majlis 06 Menyelaras dan Menyelenggara Sistem Pengangkutan Lalu Lintas 07 Menyediakan Kemudahan Awam Seperti Gerai, Pasar, Kawasan Penjaja, Dewan Raya, Taman Rekreasi, Perpustakaan, Terminal Bas/ Teksi, Tandas Awam dan Lain-Lain 08 Menyelenggara Dan Membaiki Kemudahan Asas Serta Meningkatkan Taraf Prasarana Bagi Menggalakkan Kegiatan Ekonomi Dan Sosial Yang Berdaya Maju Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua 13

[close]

p. 14

BAHAGIAN 1 1.4) PUNCA KUASA SENARAI AKTA DAN UNDANG-UNDANG DIGUNA PAKAI • Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta171) • Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) • Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) • Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) • Perintah-Perintah Am Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2010 > Undang-Undang Kecil Pasar-Pasar (Majlis Daerah Kulai) 1982 > Undang-Undang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan, Perindustrian Dan Profesyen (Majlis Daerah Kulai) 1982 > Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Daerah Kulai) 1982 > Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembangunan Dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Daerah Kulai) 1985 > Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (Majlis Daerah Kulai) 1982 > Undang-Undang Kecil Iklan Pilihan Raya (Majlis Daerah Kulai) 1990 > Undang-Undang Kecil Gunting Rambut Dan Pendandan Rambut (Majlis Daerah Kulai) 1987 > Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Daerah Kulai) 1982 > Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Daerah Kulai) 1987 > Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Daerah Kulai) 1995 > Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan (Majlis Daerah Kulai) 1987 > Perintah Lalu Lintas (Peruntukan Tempat-Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah Kulai) 2003 > Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Meletak Kereta Persendirian (Majlis Daerah Kulai) 1988 > Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Daerah Kulai)1987 > Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing (Majlis Daerah Kulai) 1991 > Undang-Undang Kecil Pasar Malam / Sehari (Majlis Perbandaran Kulai) 2004 > Undang-Undang Kecil Vandalisme (Majlis Perbandaran Kulai) 2004 > Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Majlis Perbandaran Kulai) 2004 14 PELAN STRATEGIK Majlis Perbandaran Kulai 2016-2020

[close]

p. 15

1.5) STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN PENGENALAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KULAI MAJLIS PERBANDARAN KULAI • Kerajaan Negeri Johor • Kerajaan Persekutuan • KPKT • Ahli Majlis STAKEHOLDERS • Penduduk • Kakitangan Kerajaan dan Swasta • Pemilik Kediaman/ Premis Perniagaan • NGO • Komuniti Perniagaan • Syarikat Konsesi PELANGGAN Perbandaran Cemerlang, Sejahtera Semua 15

[close]

Comments

no comments yet