Panduan Kemudahan Pesara Universiti Teknologi Malaysia

 

Embed or link this publication

Description

Buku Panduan Kemudahan Pesara 2016 Universiti Teknologi Malaysia

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

BUKU PANDUAN KEMUDAHAN BAGI PESARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PENGENALAN Buku Panduan Pesara ini diterbitkan hasil dari maklumbalas yang diterima daripada para pesara UTM. Buku ini mengandungi maklumat berkaitan semua jenis kemudahan dalaman yang boleh diberikan kepada para pesara selepas mereka menamatkan perkhidmatan di UTM. Adalah diharapkan supaya maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memudahkan para pesara untuk mendapatkan kemudahan/perkhidmatan yang diperlukan dari mana-mana Jabatan/Bahagian yang berkaitan dalam kampus UTM. Bahagian Pengurusan Organisasi Pejabat Pendaftar Oktober 2016 KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM 1

[close]

p. 3

ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1.0 Kemudahan Kad Pesara UTM 2.0 Kemudahan Pelekat Kenderaan Pesara 3.0 Kemudahan ICT 4.0 Kemudahan Perubatan Pesara UTM 5.0 Kemudahan Perpustakaan UTM 6.0 Kemudahan Sukan 7.0 Kemudahan Sewaan Ruang Utama UTM 8.0 Kemudahan UTM Equine Park 9.0 Kemudahan Sewaan Ruang Kolej 10.0 Kemudahan Penginapan Scholars Inn 11.0 Maklumat Persatuan Pesara UTM 3 6 8 11 15 20 24 41 44 48 50 2 KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM

[close]

p. 4

1.0 KAD PESARA UTM Kad Pesara UTM dikeluarkan kepada staf UTM yang menamatkan perkhidmatan di UTM. Kemudahan ini mula diperkenalkan kepada bekas kakitangan UTM bermula tahun 2012. Kemudahan kad Pesara ini dikeluarkan oleh Pejabat Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Pejabat Pendaftar. Kemudahan Kad Pesara UTM boleh digunakan di jabatanjabatan seperti Perpustakaan UTM, Pejabat Harta Bina, Scholar’s Inn, Pusat Sukan, Pejabat Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan UTM dan lain-lain bahagian di UTM yang diperakukan oleh pihak Pengurusan Universiti. Kategori staf yang layak memohon/menerima kad Pesara UTM ini adalah: i. Telah mencapai had umur pesaraan (bersara Wajib). ii. Bersara pilihan. KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM 3

[close]

p. 5

iii. Besara atas sebab kesihatan. iv. Bersara atas sebab jawatan yang disandang dihapuskan. v. Bersara kerana penyusunan organisasi. vi. Bersara atas sebab penswastaan agensi awam. vii. Bersara ketika dipinjamkan ke agensi lain. Staf yang tidak layak mendapat kemudahan kad pesara adalah: i. Staf yang meletak jawatan di UTM (berhenti kerja). ii. Staf yang diberhentikan atas sebab tindakan tatatertib. iii. Staf yang memperoleh kewarganegaraan asing / dilucutkan kewarganegaraan Permohonan kali pertama adalah percuma kepada Pesara UTM. Namun, bagi penggantian semula kad, terdapat caj yang dikenakan kepada pemohon/pemegang kad pesara. 4 KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM

[close]

p. 6

KADAR CAJ KAD PESARA STATUS CETAKAN Baru - kali pertama Penukaran maklumat Rosak / Patah / Lusuh KADAR BAYARAN PERCUMA RM 10.00 RM 10.00 CATATAN Kemukakan kad pengenalan staf. Bawa bersama kad lama dan resit bayaran. Bawa bersama kad lama dan resit bayaran. Hilang RM 20.00 Kemukakan resit bayaran. Borang permohonan kad pesara boleh diperoleh dari Bahagian Pengurusan Organisasi atau melalui laman web: http://registrar.utm.my/bpo/. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:- Unit Kad Matrik, Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia. No. Telefon: 07-5530442 No. Faksimili : 07-5545755 KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM 5

[close]

p. 7

2.0 PELEKAT KENDERAAN BAGI PESARA Bahagian Keselamatan merupakan salah satu bahagian di bawah Pejabat Pendaftar yang dipertanggungjawab oleh pihak berkuasa Universiti mengenai pengurusan keselamatan kampus dengan menguatkuasa semua pekeliling / peraturan yang digunapakai oleh Universiti. Perkhidmatan yang diberikan kepada pesara UTM adalah pelekat kenderaan pesara (Warna Coklat). Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti sekiranya para pesara ingin memohon pelekat kenderaan: i. Para pesara hendaklah mengisi Borang Permohonan Pelekat Kenderaan (Pesara UTM) yang boleh didapati di Bahagian Keselamatan. ii. Para Pesara perlu menghantar semula Borang yang telah lengkap, satu salinan Kad Pesara UTM beserta bayaran sebanyak RM2.00 bagi setiap pelekat ke Kaunter Lalulintas. 6 KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM

[close]

p. 8

Kelayakan Permohonan pelekat adalah 2 Buah Kereta dan 2 Buah Motosikal sahaja. Sebarang kemusykilan mengenai pelekat kenderaan boleh menghubungi Unit Lalulintas di talian berikut; a) Kaunter Lalulintas : 07-5530532 b) Hotline Bahagian Keselamatan : 07-5530014 (24 jam) c) Laman Web: http://registrar.utm.my/security/ d) Facebook: https://www.facebook.com/Bkesutm KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM 7

[close]

p. 9

3.0 KEMUDAHAN ICT Pengenalan Jabatan/Bahagian Pusat Teknologi dan Komunikasi Maklumat atau Centre for Information and Communication Technology (CICT) telah ditubuhkan pada 1975. Pada tahun tersebut, ia lebih dikenali sebagai Pusat Komputer sehinggalah pada 2004 kemudiannya ditukar kepada CICT. Fungsi CICT ialah menyediakan kemudahan infrastruktur ICT, membangunkan berbagai sistem maklumat dan aplikasi, menyediakan khidmat sokongan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, perkhidmatan pengguna dan sokongan teknikal, perkhidmatan ‘video conferencing’, ‘digital signage’ dan laman web serta memastikan keselamatan pangkalan data UTM. Perkhidmatan yang boleh diberikan kepada pesara Walau pun skop fungsi dan tanggungjawab CICT begitu luas, namun perkhidmatan yang sesuai yang dapat disediakan untuk manfaat pesara UTM ialah penggunaan Makmal Komputer Pelajar (Pusat Perkhidmatan ICT Pelajar @ PPICTP) dan Student Multimedia & Content Authoring Production Lab (SMAL). a) Makmal Komputer Pelajar Kemudahan ini sesuai untuk sesi kelas dan bengkel berbentuk aktiviti kemahiran ICT. Makmal ini boleh memuatkan maksimum seramai 150 orang pengguna dalam satu-satu masa. Ia dilengkapi dengan kemudahan 8 KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM

[close]

p. 10

komputer desktop, akses internat/wifi, perisian untuk kegunaan umum (Microsoft Office), sistem siaraya, projektor LCD dan skrin. Waktu operasi dari hari Ahad hingga Rabu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala waktu operasi pada hari Khamis pula bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. b) Student Multimedia & Content Authoring Production Lab (SMAL) Kemudahan ini sesuai digunakan untuk aktiviti, kelas dan bengkel produksi multimedia. Makmal ini dilengkapi dengan 10 unit MacPro Workstations yang mempunyai perisian multimedia bagi tugas pengeditan dan persembahan, rakaman audio dan video, perkhidmatan internet, sistem siaraya serta HD DLP projektor dan skrin. Waktu operasi dari hari Ahad hingga Rabu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala waktu operasi pada hari Khamis pula bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM 9

[close]

p. 11

KADAR BAYARAN KEMUDAHAN ICT a. Makmal Komputer Pelajar RM50.00 seorang untuk sehari/per unit komputer dan internet (minimum 30 orang) b. Student Multimedia & Content Authoring Production Lab (SMAL) i. Video/Audio Recording (Whsiper Room): RM200.00 ii. Chroma Key & set kamera: RM 200.00 iii. MacPro Workstation (pengeditan dsb) per unit: RM 60.00 iv. Kelas MacPro Workstation (10 unit): RM 500.00 Sebarang pertanyaan atau keperluan berkaitan boleh menghubungi sepertimana butiran berikut: Unit Customer Relationship Management (CRM) Pusat Teknologi dan Komunikasi Maklumat (CICT) Aras 1, Blok D07 Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Johor Bahru Johor Darul Takzim. Telefon : 07-5532626 Email: crm@utm.my 10 KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM

[close]

p. 12

4.0 KEMUDAHAN PERUBATAN BAGI PESARA Pesara berpencen layak menerima kemudahan perubatan sepertimana digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan, pesara kerajaan layak menerima kemudahan perubatan seperti berikut: A. Kemudahan Perubatan Di Hospital Kerajaan B. Kemudahan Rawatan Di Hospital Swasta C. Kemudahan Rawatan Di Luar Negara D. Kemudahan Rawatan Di Institut Jantung Negara (IJN) E. Kemudahan Rawatan Di Hospital Mata Tun Hussein Onn F. Kemudahan Rawatan Buah Pinggang G. Kemudahan Rawatan Di LPPKN H. Kemudahan Rawatan Di Pusat Kesihatan Universiti Untuk maklumat lanjut mengenai Kemudahan Perubatan Pesara sepertimana digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009, sila hubungi Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar di talian 07-5530130 atau layari laman web Pejabat Pendaftar registrar.utm.my KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM 11

[close]

p. 13

KEMUDAHAN PUSAT KESIHATAN UTM Dibawah Skim Perkhidmatan Perubatan UTM, pesara yang berkelayakan, pasangan atau balu pesara layak mendapatkan kemudahan rawatan pesakit luar di Pusat Kesihatan Universiti, UTM Johor Bahru atau Pusat Kesihatan Universiti, UTM Kuala Lumpur. Pesara dan/atau pasangan perlu membawa bersama Kad Pesara UTM untuk mendapatkan rawatan. Waktu operasi Pusat Kesihatan adalah seperti berikut: PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UTM SKUDAI HARI Ahad - Rabu Khamis Jumaat & Sabtu Cuti Am MINGGU AKADEMIK 8.00 pagi – 10.00 malam 8.00 pagi – 10.00 malam 8.30 pagi – 12.30 t/hari Tutup CUTI SEMESTER 8.00 pagi – 5.00 petang 8.00 pagi – 3.30 petang 8.30 pagi – 12.30 t/hari Tutup Nota: Rawatan kecemasan 24 jam. Talian Kecemasan 07-5530999 (samb. 30999) Klinik Ante-natal : Selasa Klinik Kanak-kanak : Rabu Klinik Laluan Pantas: Ahad, Isnin dan Khamis 12 KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM

[close]

p. 14

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UTM KUALA LUMPUR HARI Isnin – Jumaat Sabtu /Ahad/Cuti Am MASA 8.00 pagi – 5.00 petang Tutup KEDIAMAN SISWA JAYA (KSJ) UTM KUALA LUMPUR HARI Selasa & Khamis MASA 5.30 petang – 10.00 malam RAWATAN PERGIGIAN PKU UTM Pusat Kesihatan UTM juga menyediakan perkhidmatan rawatan pergigian. Pesara UTM boleh mendapatkan rawatan pergigian di Pusat Kesihatan Universiti dengan bayaran rawatan seperti di Jadual. KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM 13

[close]

p. 15

KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI BIL. PERKARA 1. Pemeriksaan & nasihat doktor Tampalan tetap : 2. -Amalgam -Composite -sementara 3. Penskaleran 4. Cabutan 5. Rawatan Endodontik 6. Pembedahan Kecil Mulut 7. X-ray intar oral 8 *Gigi Palsu : -Sebahagian/impresi . -Penuh/impresi 9. *Inlay 10. *Crown 11. *Bridge 12. Ubatan khusus dental HARGA (RM) 10.00 – 15.00 20.00- 300.00 25.00-35.00 10.00-15.00 20.00 – 30.00 20.00 – 30.00 30.00 – 40.00 50.00 – 70.00 10.00 – 15.00 50.00 – 60.00 60.00 – 70.00 60.00 – 70.00 70.00 – 80.00 70.00 – 80.00 20.00 – 50.00 Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kesihatan UTM, sila hubungi talian 075537227 atau layari laman web www.utm.my/healthcenter 14 KEMUDAHAN BAGI PESARA UTM

[close]

Comments

no comments yet