Buletin MPPG Ogos 2016

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPG Ogos 2016

Popular Pages


p. 1

Pasir Gudang TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG OGOS 2016 MPPG lantik Rakan Taman dalam kalangan komuniti Lima saranan tingkat perkhidmatan PBT Malam Ambang Merdeka Peringkat Daerah Johor Bahru Berlangsung Meriah Di Dataran Al-Hamra

[close]

p. 2

Edisi OGOS 2016 PERUTUSAN Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang PENASIHAT Encik Hasrin Kamal Bin Hashim (Yang Dipertua MPPG) KETUA EDITOR Encik Saipol Rahman bin Haji Amat (Setiausaha MPPG) PENOLONG KETUA EDITOR Puan Rahamah binti Mahmood (Ketua Jabatan Kemasyarakatan) PENGARANG Encik Nazarul bin Jaafar PEMBERITA Encik Anuar bin Abd Ghani Puan Siti Zaleha binti Md Ghazali Encik Muhammad Hafiz bin Atan Encik Muhammad Iqbal bin Mohamed Cik Nur Lina binti Abd Karim Encik Muhammad Nor Azman bin Abdul Razak Encik Nur Salihin bin Salahuddin Encik Muhammad Shahrill Iqram bin Hishamuddin JURUFOTO Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut 3 Lima saranan tingkat perkhidmatan PBT 4 RM150,000 bina medan selera Kampung Pasir Gudang Baru 5 Jemaah haji diingatkan jaga kesihatan, keselamatan 6 MPPG tuan rumah Mesyuarat Pegawai Penilaian PBT 7 MPPG lancar Pelan Setara 8&9 Lensa MPPG Ogos 2016 10 Pertanian hidroponik mampu beri hasil lumayan 11 Malam Ambang Merdeka Peringkat Daerah Johor Bahru di Pasir Gudang Berlangsung Meriah 12 MPPG lantik Rakan Taman dalam kalangan komuniti 13 Semua pihak diminta jaga kebersihan 14 MPPG sediakan dewan untuk kegunaan masyarakat 15 Program kecemerlangan untuk calon UPSR, PT3, SPM, STPM 16 Pontian juara Piala Tunku Temenggong Johor Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG di talian h0u7bu-2ng5i4 7k7a7m7i atau hantar emel ke mppg@johor.gov.my Diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat ASSALAMULAIKUM wbt dan selamat sejahtera semua kepada peminat Berita Pasir Gudang (BPG) dan Alhamdulillah sekali lagi kita dapat berjumpa dalam edisi Ogos yang ditempuhi dengan berbagai cabaran da­ lam meningkatkan perkhid­ matan kepada orang ramai. Sudah tentu dalam bulan ini kita semua sedia maklum negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan  ke59  pada 31 Ogos  yang akan membawa seribu makna  kepada rakyat secara umumnya dan khususnya kepada bekas-bekas pejuang kemerdekaan  yang telah bertungkus-lumus membantu me­ merdekakan negara daripada penjajahan kuasa asing. Begitu juga dengan MPPG, dalam menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan  pelbagai program telah diatur oleh kerajaan dan antaranya ialah sambutan Malam Ambang Merdeka yang diadakan di Dataran Al-Hamra yang telah menarik minat hampir 6,000 pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat pengi­ sian-pengisian program bersempena bu­ lan kemerdekaan di Pasir Gudang. Beberapa pengisian yang dimasukkan di Malam Ambang Kemerdekaan seperti tayangan  filem patriotik, deklamasi sajak kemerdekaan,  upacara menaikkan Jalur Gemilang dan banyak lagi    berupaya un­ tuk mendidik masyarakat setempat supaya menghargai  erti kemerdekaan yang sebe­ narnya. Apa yang penting tujuan majlis tersebut adalah untuk mendidik generasi muda yang  lahir selepas merdeka mengetahui betapa sukarnya nenek moyang kita menga­lami kepayahan hidup semasa zaman penjajahan British dan segala kemajuan yang dikecapi pada hari ini adalah usaha getir para pem­ impin negara kita bertungkus-lumus untuk memakmurkan negara kita.  Pasir Gudang turut menerima arus pembangunan yang pesat hasil daripa­ da usaha-usaha kerajaan meningkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi dari semua sudut seperti meningkatkan aktiviti perindus­ trian, perniagaan, perumahan, komersial dan sosio budaya masyarakat setempat supaya taraf hidup penduduk di sini terus meningkat dari semasa ke semasa.  MPPG juga akan terus bergerak seiring dengan kerajaan untuk meningkatkan lagi 2 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG penguatkuasaan dalam pe­ runtukan undang-undang kecil bagi membanteras  ke­ giatan ceti haram atau pe­ minjam wang tanpa lesen. Usaha menurunkan pos­ ter-poster tersebut secara agresif  perlu dibuat tanpa kompromi dengan sesiapa yang cuba menghalang tinda­ kan kerajaan untuk memas­ tikan PBT yang ada bebas daripada tampalan-tampalan iklan peminjam wang tanpa lesen yang mengotorkan pe­ mandangan dalam sesuatu kawasan PBT. Di sini juga saya menyeru supaya semua pihak berganding bahu termasuk orang ramai untuk melaporkan  kepada pihak berkuasa jika terdapat iklan tidak  berlesen yang  boleh merendahkan imej  sesebuah pihak berkuasa tempatan. Selain daripada itu, pada bulan seterus­ nya  para pelajar sekolah akan menghada­ pi  peperiksaan awam yang akan bermula pada September ini bagi  menguji tahap atau aras akademik mereka.  MPPG telah mengorak langkah dengan mengadakan program-program perse­ diaan akademik untuk semua  peringkat seperti  UPSR, PT3, SPM dan STPM. Jangan lepaskan peluang keemasan yang disediakan oleh MPPG untuk mem­ bantu para pelajar di Pasir Gudang bagi meneruskan kecemerlangan akademik yang begitu dititikberatkan oleh kerajaan supaya generasi muda akan bersedia u­ ntuk memimpin apabila dewasa kelak dan menggunakan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi membangunkan lagi negara khususnya di Pasir Gudang. Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya menyeru supaya kita semua ‘memerdeka­ kan minda’ agar perkara  positif dapat dimasukkan dalam fikiran  kita semua yang secara tidak langsung mem­ bantu  menyemai semangat kemerdekaan  dalam diri masing-mas­ ing supaya lebih banyak perkara yang baik dapat dilaksanakan. Sehingga bertemu lagi dalam BPG ke­ luaran akan datang. Encik Hasrin Kamal Bin Hashim Yang Dipertua MPPG

[close]

p. 3

Edisi OGOS 2016 Lima saranan tingkat perkhidmatan PBT SEMUA Pihak Berkuasa Tem­ patan (PBT) di negeri ini diminta sentiasa berusaha meningkat­ kan kecekapan sistem penyampaian mereka supaya perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat lebih berke­ san, cepat serta terbaik. Justeru, Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menggariskan lima saranan utama untuk merealisasikan perkara berkenaan Menurut beliau, perkara pertama adalah pembangunan modal insan harus menjadi sasaran dalam se­ tiap perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia PBT. “PBT memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja rajin, berintegriti dan ikhlas malah mereka mestilah terdiri daripada golongan pekerja yang cekap, berkemahiran tinggi ser­ ta professional iaitu pekerja dalam kelas terbaik. “Mereka juga mestilah memiliki penguasaan bahasa yang baik dan mempunyai pendedahan di peringkat antarabangsa kerana mereka me­ rupakan barisan hadapan atau duta kecil sistem perkhidmatan kerajaan,” katanya semasa merasmikan Kon­ vensyen Ahli-ahli Majlis PBT Negeri Johor Sesi 2016/2017 dan Pelanca­ ran Hari Terbuka Pelan Transformasi PBT Negeri Johor, baru-baru ini. Yang kedua menurut YAB Menteri Besar, PBT perlu memberi fokus ter­ hadap peningkatan inovasi dan krea­ tiviti walaupun diakui bukan untuk mengubah, mencipta dan memper­ kenalkan citra baharu. Saranan ketiga, PBT harus mem­ punyai strategi pengukuhan ke­ wa­ngan sendiri yang mengetahui tentang potensi dan ruang untuk meningkatkan hasil pendapatan dan bukan semuanya diserahkan kepada kerajaan negeri. Menurut YAB Dato’ Mohamed Khaled lagi, saranan keempat ia­ lah PBT juga harus mewujudkan persekitaran yang les­tari dalam masyarakat dan sudah menjadi satu keperluan untuk mereka membuat perancangan dan pelan tindakan strategik masing-masing. Saranan terakhir, PBT juga harus mempunyai sistem komunikasi yang menyeluruh dan berkesan agar sega­ la hasrat, perancangan serta pelak­ sanaan kepada rakyat dapat disam­ paikan bagi membolehkan mereka memahami hala tuju pembangunan negeri. SEMUA PBT di negeri ini diminta meningkatkan tahap perkhidmatan supaya dapat memberikan yang terbaik dan berkesan kepada masyarakat. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

[close]

p. 4

­ Edisi OGOS 2016 RM150,000 bina medan selera Kampung Pasir Gudang Baru PENDUDUK Kampung Pasir Gu­ dang Baru yang kebanyakan mereka bekerja sebagai ne­ layan mendapat ‘suntikan semangat’ apabila Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi membina sebuah medan selera di situ dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka. Lebih manis, berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin se­ lepas merasmikan Pasar Nelayan di kampung berkenaan, baru-baru ini. YAB Menteri Besar memaklum­ kan, pembinaan medan selera terse­ but dijangka siap pada tahun depan dan merupakan projek serampang dua mata kerajaan iaitu bagi mem­ bantu golongan nelayan mening­ katkan pendapatan dan menjadi lokasi masyarakat setempat berbe­ lanja mendapatkan makanan laut pada harga munasabah. “Kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai kaedah baharu dalam usaha PEMBINAAN medan selera diharap dapat meningkatkan pendapatan penduduk Kampung Pasir Gudang Baru. 4 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG meningkatkan pendapatan masya­ rakat tempatan, termasuklah golo­ ngan nelayan. “Pembinaan medan selera ini akan melengkapkan usaha membantu golongan tersebut,” katanya. Mengenai Pasar Nelayan berke­ naan, YAB Dato’ Mohamed Khaled berkata, pasar tersebut dibi­ na dengan peruntukan sebanyak RM200,000. Menurut beliau, usaha tersebut juga selari dengan matlamat kera­ jaan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat (YB) Ahli Par­ limen Pasir Gudang, Dato’ Hajah Normala Abdul Samad; Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Johor, Encik Mohd. Farid Sharif, Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal Hashim dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan, Encik Azli Mohd. Aziz.

[close]

p. 5

Edisi OGOS 2016 JEMAAH haji dari negeri ini diingatkan bukan sahaja dapat menjaga kesihatan masing-masing malah mematuhi arahan yang diberikan sepanjang berada di Tanah Suci. Jemaah haji diingatkan jaga kesihatan, keselamatan KUMPULAN seramai 2,700 jemaah haji dari negeri ini di­ ingatkan supaya menjaga ke­ sihatan dan keselamatan diri serta sentiasa mematuhi arahan daripada pihak Lembaga Tabung Haji sepan­ jang berada di Tanah Suci. Yang Amat Berhormat (YAB) Men­ teri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin turut berpesan supaya mere­ ka juga perlu mengawal diri dan berdisiplin bersama-sama jemaah haji negeri lain untuk memastikan semua urusan serta ibadah tersebut berjalan lancar. “Apa yang lebih penting, jagalah hubungan kita sesama manusia. Jangan hanya kerana kita berada di Tanah Suci menjadi tetamu Allah maka terlupa bahawa kita ini kerdil dan terlupa menjaga hubungan se­ sama manusia. “Jangan kita terlalu mengikut perasaan atau mengasari sesiapa. Ingatlah betapa segala kesukaran dan ketidakselesaan yang mung­ kin tuan-tuan akan hadapi hanyalah sebahagian kecil daripada dugaan menjadi tetamu besar Allah,” ka­ tanya semasa merasmikan Program Perdana Haji Peringkat Negeri Jo­ hor di Stadium Tertutup Majlis Per­ bandaran Pasir Gudang (MPPG), ba­ ru-baru ini. YAB Menteri Besar turut meng­ ingatkan mereka supaya sentiasa bersabar selain bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual semasa mengerjakan ibadah tersebut. Beliau juga meminta mere­ ka melupakan sementara sega­ la urusan kerja, urusan keluarga atau urusan dunia yang tidak pen­ ting, sebalik­nya menghayati serta memberikan sepenuh perhatian menunaikan Rukun Islam kelima itu. “Tidak kiralah siapa pun kita, se­ kaya atau sefakir mana, berketuru­ nan hamba atau anak raja, berpang­ kat atau tidak bekerja. Kesemuanya harus menyarungkan telekung dan ihram yang sama warnanya. “Tiada perbezaan dan tiada penge­ cualian. Putih kesemuanya. Jadi ibadah haji ini mengajar tentang persaudaraan dan kesamarataan. Tentang nilai kebersamaan,” kata­ nya. Hadir sama pada majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz; Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Hajah Norma­ la Abdul Samad; Pengarah Lemba­ ga Tabung Haji Negeri Johor, Dato’ Mohammad Mokhzani Mukhtar dan Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji, Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

[close]

p. 6

Edisi OGOS 2016 MAJLIS Perbandaran Pa­ sir Gudang (MPPG) di­ pilih menjadi tuan rumah Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tem­ patan (PBT) Negeri Johor 2016, baru-baru ini. Mesyuarat tahunan tersebut bertujuan membincangkan se­ gala permasalahan melibatkan sektor penilaian yang berkait ra­ pat dengan cukai dan pengurusan harta. Selain itu, mesyuarat dua hari berkenaan juga menjadi platform bagi para pegawai berkongsi ilmu serta bertukar-tukar pandangan dan idea yang berkaitan penilaian harta. Peserta juga membincangkan tindakan undang-undang ter­ hadap pihak yang tidak melunas­ kan cukai harta bagi mengurang­ kan tunggakan di setiap daerah di MPPG tuan rumah Mesyuarat Pegawai Penilaian PBT negeri ini. Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal Hashim yang me­ rasmikan mesyuarat berkenaan berkata, majlis berkenaan juga menjadi medium terbaik bagi peserta mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan silatur­ rahim antara mereka. “Dengan adanya mesyuarat seperti ini, para pegawai dapat mengenali serta bersuai kenal antara para pegawai yang lama dan baharu serta merapatkan lagi ukhwah sesama pihak berkuasa tempatan,” katanya. HASIL mesyuarat pegawai penilai diharap dapat meningkatkan kutipan cukai di kawasan PBT masing-masing. 6 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 7

­ Edisi OGOS 2016 MPPG lancar Pelan Setara BAGI memberi panduan dan penentu undang-undang kepada masyarakat kepada yang ingin mengubahsuai bangu­ nan termasuk kediaman, Maj­ lis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) melancarkan Pelan Se­ tara, baru-baru ini. Majlis pelancaran pelan ber­ kenaan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Menara Aqabah, di sini. Pelan Setara berkenaan meru­ pakan lakaran pelan berserta ga­ ris panduan teknikal yang dibuku­ kan untuk menjadi rujukan kepada pembinaan kecil serta tambahan dan pengubahsuaian kediaman. Panduan berkenaan juga dise­ diakan bagi mengawal serta me­ ngurangkan kadar pengubah­ suaian kediaman tanpa kebenaran dan juga permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pada masa ini kadar penguba­ han dan pembinaan tanpa kebe­ naran semakin tinggi bagi oleh pemilik bangunan tanpa memikir­ kan implikasi yang akan datang kepada mereka serta orang awam. Dengan adanya Pelan Setara ini, penduduk dapat menjimatkan kos perumahan bagi pengubahsuaian kediaman serta penjimatan masa dengan menggunakan perkhid­ PdmEiheLanArgNaupbSmaeiteasnrujaaaidykai enpdgainaddmipuaeanrnkabetanagauilkpoarreanmnogliserhammMaasPiiPnyGga-nmg ainsgining. matan yang disediakan oleh MPPG. Hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Dato’ Maulizan Bujang, ADUN Tiram serta Ketua Whip MPPG, Tuan Haji Abdullah Bin ­Abdul Rahman. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

[close]

p. 8

Edisi OGO >>OGOS 2016 Jemaah haji diingatkan jaga kesihatan, keselamatan Program kecemerlangan untuk calon UPSR, PT3, SPM, STPM RM150,000 bina medan selera Kampung Pasir Gudang Baru Malam Ambang Merdeka MPPG berlangsung meriah 8 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 9

OS 2016 MPPG lancar Pelan Setara MPPG tuan rumah mesyuarat pegawai penilai PBT MPPG lantik Rakan Taman dalam kalangan komuniti Lima saranan tingkat perkhidmatan PBT MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

[close]

p. 10

Edisi OGOS 2016 PmEeRnTiAngNkIAatNkamnehnagsgilumnaaklaanh kmaeendaamh bhaidhrpopenondiakpbautaknanpasraahpaejatamnai.mpu Pertanian hidroponik mampu beri hasil lumayan SEKTOR pertanian sentia­ sa berkembang seiring de­ ngan peredaran zaman dan kini salah satu cara yang diberi penekanan ialah kaedah hidro­ ponik. Kaedah moden tersebut diya­ kini dapat membantu masyarakat, khususnya golongan petani nega­ ra ini untuk meningkatkan penge­ luaran, sekali gus menambah pendapatan keluarga dan negara. 10 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Hidroponik berpotensi besar menggantikan cara pertanian se­ cara tradisional. Antara syarikat yang melaksa­ nakan pertanian secara hidropo­ nik iaitu menggunakan baja cecair ialah Kazz Aggro Valley Sdn. Bhd. yang dipelopori oleh Encik Ahmad Yahya dan Puan Khadijah Surif. Mereka menggunakan med­ium cecair yang mengandungi nut­ rien lengkap untuk tumbesaran pokok tanpa menggunakan tanah serta bebas daripada racun dan makhluk perosak. Usaha itu juga dapat mengu­ rangkan kadar pengangguran dan kemiskinan hanya dengan menambah pendapatan melalui sektor pertanian moden. Pasangan tersebut ditemui pada majlis minum petang yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini.

[close]

p. 11

Edisi OGOS 2016 YB Dato’ Md. Jais dan Encik Hasrin Kamal bersama-sama orang ramai melaungkan ‘Merdeka’ sempena Malam Ambang Merdeka, baru-baru ini. Malam Ambang Merdeka Peringkat Daerah Johor Bahru di Pasir Gudang Berlangsung Meriah BAGI menyemarakkan sema­ ngat patriotik dalam kala­ ngan masyarakat, Majlis Per­ bandaran Pasir Gudang (MPPG) turut menganjurkan sambutan Malam Ambang Merdeka di Data­ ran Al-Hamra, baru-baru ini. Sambutan tersebut bertujuan mengingati ulang tahun ke-59 kemerdekaan negara daripa­ da penjajah British pada tahun 1957. Program di peringkat Daerah Johor Bahru itu berlangsung meriah dan orang ramai yang hadir dihiburkan dengan persembahan daripada artis terkenal tanah air, termasuk artis anak tempatan Johor. Sambutan Malam Ambang Merdeka itu turut dihadiri oleh Yang Berhormat (YB) Dato’ Md. Jais Sarday yang juga Pengerusi Jawatankua­ sa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor selaku wakil rasmi Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Hadir sama Pegawai Daerah Jo­ hor Bahru, Tuan Haji Mohd. Halim Hasbullah, YDP MPPG, Encik Hasrin Kamal Hashim serta para pegaw­ ai dan kakitangan MPPG. Tepat detik 12 ­tengah malam, YB Dato’ Md. Jais dan dif-dif kehormat bersama-sama orang ramai melaungkan perkataan ‘merdeka’ sambil me­ngi­barkan Jalur Gemilang dan disus­ uli oleh pertunjukan bunga api yang me­ warnai ruang angkasa Pasir Gu­ dang. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 11

[close]

p. 12

Edisi OGOS 2016 MPPG lantik Rakan Taman dalam kalangan komuniti MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) melantik Rakan Taman dalam kala­ ngan komuniti setempat mengen­ dalikan pengurusan kebersihan dan penyelenggaraan kawasan se­ lepas kerja-kerja pembi­ naan selesai. Rakan Taman merupakan ejen kepada MPPG bagi menjaga dan mempromosikan kawasan taman yang telah dibangunkan dari segi fasiliti 12 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG s­ ehingga ke pe­nganjuran aktiviti di kawasan sekitar perumahan ber­ kenaan. Justeru, MPPG telah mem­ peruntukkan hampir RM200,000 bagi projek pembangunan taman setiap tahun d­ engan hasrat mem­ bina sebuah taman di s­ etiap kawa­ san perumahan. Usaha mewujudkan Rakan Taman ini juga bertujuan men­ imbulkan rasa memiliki (sense of belonging) dalam kalangan komu­ niti terhadap taman berkenaan ker­ana kemudahan itu dibina un­ tuk kegunaan dan manfaat mere­ ka. Selain itu, usaha tersebut juga dapat menjadikan kawa­ san berkenaan lebih terjaga dan tidak rosak mahupun terbeng­ kalai kerana fasiliti sentiasa dipantau termasuk peralatan permainan serta tumbuh-tum­ buhan hiasan. Apa yang paling penting ia­ lah bagi mencapai matlamat MPPG iaitu menjadikan Pasir Gudang Bandar Sejahtera dan Tersohor.  PELANTIKAN Rakan Taman diyakini mampu memastikan kawasan taman terjaga dengan baik demi manfaat komuniti setempat.

[close]

p. 13

Edisi OGOS 2016 Semua pihak diminta jaga kebersihan ASPEK kebersihan dan kesi­ hatan merupakan salah satu elemen penting dalam kehidu­ pan. Ini kerana persekitaran yang bersih dan sihat akan meningkatkan lagi produktiviti komuniti setem­ pat selain menjamin kesejahteraan masyarakat. Jika persekitaran dan tahap kesi­ hatan terjejas, sudah pasti perkara tersebut akan memberi impak ter­ hadap kehidupan penduduk seperti penularan penyakit demam denggi dan penularan virus zika yang dise­ babkan oleh nyamuk aedes. Sebelum perkara itu memberi ancaman kepada nyawa penduduk, semua lapisan masyarakat dimin­ ta bekerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk membanteras pe­ nularannya. Oleh itu, Majlis Perbandaran Pa­ sir Gudang (MPPG) sentiasa komi­ted dan memainkan peranan pent­ing dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersi­ han di kawasan perumahan bagi memastikannya bebas daripada an­ caman serangga yang boleh mem­ bawa maut tersebut. MPPG turut berharap penduduk juga perlu memainkan peranan mereka dengan sentiasa mem­ bersih dan menyelenggara kawa­ san perumahan masing-masing termasuk menjalankan program g­ otong-royong. ORANG ramai diminta sentiasa memastikan kawasan kediaman dan premis mereka bersih supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 13

[close]

p. 14

KEMUDAHAN dewan yang disediakan MPPG memudahkan masyarakat menganjurkan pelbagai majlis atau program. Edisi OGOS 2016 MPPG sediakan dewan untuk kegunaan masyarakat Senarai Harga Senarai Dewan Hari Biasa Cuti Am/Umum (RM) (RM) Balairaya Taman Air Biru 300 300 Dewan Serbaguna Taman Cendana 500 700 Dewan Serbaguna Taman Kota Masai 500 700 Dewan Serbaguna Kg Kopok Baru 500 700 Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih 600 800 Dewan Serbaguna Taman Nusa Damai 600 800 Dewan Serbaguna Taman Scientex 600 800 Dewan Raya Masai 400 200 Dewan Raya Jalan Gunung, Seri Alam 600 300 Dewan Raya Jalan Suria, Seri Alam 400 200 Dewan Serbaguna Taman Rinting 300 200 MAJLIS Perbandaran Pasir Gu­ dang (MPPG) bukan sahaja sentiasa berusaha memberi­ kan perkhidmatan terbaik bagi ma­ syarakat, malah menyediakan pel­ bagai kemudahan untuk kegunaan dan keselesaan mereka. Antara yang disediakan ialah de­ wan-dewan untuk disewa oleh orang ramai bagi menjalankan pelbagai aktiviti, termasuk perkahwinan, ken­ duri-kendara dan majlis-majlis rasmi. Menerusi majlis atau aktiviti yang dianjurkan di dewan-dewan yang disediakan, MPPG berharap usaha itu dapat mengeratkan lagi hubu­ ngan dan perpaduan antara masya­ rakat berbilang kaum yang tinggal di kawasan Pasir Gudang. MPPG turut berharap, orang ramai atau penganjur sentiasa menjaga kemudahan yang disediakan dengan baik untuk kegunaan dan keselesaan semua pihak. Demi memenuhi keperluan pel­ bagai pihak, dewan-dewan ber­ kenaan turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti gelanggang badminton, pentas utama, ruang per­ siapan, pejabat, bilik VIP/mesyuar­ at, surau, tandas dan kawasan letak kenderaan. Kadar sewa dewan-dewan ber­ kenaan ditetapkan berdasarkan saiz dan kemudian yang disediakan. 14 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 15

Edisi OGOS 2016 Program kecemerlangan untuk calon UPSR, PT3, SPM, STPM DALAM usaha mempersiapkan para pelajar yang bakal men­ duduki peperiksaan utama pada tahun ini, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengan­ jurkan program kecemerlangan akademik di Dewan Serbaguna Taman Mawar, baru-baru ini. Program yang dihadiri pelajar yang bakal menduduki Ujian Pen­ capaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Si­ jil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) itu bertujuan memberi tips dan teknik menjawab soalan de­ ngan betul dalam usaha mencapai keputusan yang cemerlang. Program selama lima hari anju­ ran bersama dengan Yayasan Pasir Gudang (YPG) itu dikendalikan oleh SEMUA calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini dapat menggunakan tips yang diberikan oleh tenaga pengajar berpengalaman untuk mencapai keputusan cemerlang. guru-guru pembimbing yang ber­ pengalaman luas dalam mata pe­ lajaran yang disediakan. Selain itu, program berkenaan juga merupakan langkah yang idea­listik oleh MPPG bagi mera­ patkan lagi hubungan dengan pi­ hak sekolah kerana pendidikan merupakan asas utama pemba­ ngunan sesebuah negara. MPPG bukan sekadar menun­ jukkan keprihatinan terhadap para pelajar, malah mengharapkan masa depan yang cerah buat Pasir Gudang dengan kehadiran para pe­ mimpin yang berwibawa dan bijak­ sana dalam mentadbir negara. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 15

[close]

Comments

no comments yet