Buletin MPPG Julai 2016

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPG Julai 2016

Popular Pages


p. 1

Pasir Gudang TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG JULAI 2016 Hasrin Kamal dilantik YDP MPPG yang baharu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Permas ‘diserbu’ rakyat

[close]

p. 2

Edisi JULAI 2016 PERUTUSAN Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang PENASIHAT Encik Hasrin Kamal Bin Hashim (Yang Dipertua MPPG) KETUA EDITOR Encik Saipol Rahman bin Haji Amat (Setiausaha MPPG) PENOLONG KETUA EDITOR Puan Rahamah binti Mahmood (Ketua Jabatan Kemasyarakatan) PENGARANG Encik Nazarul bin Jaafar PEMBERITA Encik Anuar bin Abd Ghani Puan Siti Zaleha binti Md Ghazali Encik Muhammad Hafiz bin Atan Encik Muhammad Iqbal bin Mohamed Cik Nur Lina binti Abd Karim Encik Muhammad Nor Azman bin Abdul Razak Encik Nur Salihin bin Salahuddin Encik Muhammad Shahrill Iqram bin Hishamuddin JURUFOTO Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut 3 Hasrin Kamal dilantik YDP MPPG yang baharu 4 YDP baharu tekad lonjak imej MPPG 5 Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Permas ‘diserbu’ rakyat 6 YPG rancang wujudkan 3 lagi pusat tuisyen komuniti 7 Bangunan LPJ jadi mercu tanda baharu Pasir Gudang 8&9 Lensa MPPG Julai 2016 10 Karnival Alpinia berlangsung meriah 11 Kolej Komuniti Pasir Gudang lahirkan ramai usahawan 12 Gotong royong cegah denggi di Taman Kota Masai 13 Kira-kira 100 orang sertai gotong-royong di Taman Scientex & Penubuhan JKZ tingkat perkhidmatan MPPG 14 Jalan pintas hadiah istimewa untuk masyarakat Pasir Gudang & MPPG sentiasa peka terhadap aduan, masalah 15 Bazar Seni pamer identiti bangsa, negara 16 Aksi pemain ragbi ‘gegar’ Pasir Gudang Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG di talian h0u7bu-2ng5i4 7k7a7m7i atau hantar emel ke mppg@johor.gov.my Diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat Coretan kali ini saya akan memulakannya dengan ucapan Bis­ millahirrahmanirrahim dan semoga Allah SWT mem­ berikan yang terbaik kepada seluruh warga Pasir Gu­ dang, khususnya dan juga para pengunjung Pasir Gu­ dang secara umumnya. Memikul amanah yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri adalah satu perkara yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Saya akan menerus­ kan kesinambungan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh mantan YDP MPPG, Tuan Md. Za’nal Haji Misran yang berjaya membawa MPPG ke arah satu landasan yang tepat untuk membangun­ kan Pasir Gudang secara bersepadu. Pertukaran yang berlaku dalam pen­ tadbiran negeri adalah untuk meman­ tapkan lagi dan memberikan suntikan baharu terhadap sesebuah kawasan su­ paya agenda pembangunan dapat dite­ ruskan lagi. Perpindahan mantan YDP, Tuan Md. Za’nal Haji Misran ke Daerah Kulai se­ bagai Pegawai Daerah yang baharu ada­ lah satu pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap beliau. Bulan ini juga kita meraikan Syawal yang jatuh pada minggu pertama Ju­ lai dan mudah-mudahan muslimin dan muslimat semua dapat menyambut ke­ datangan Syawal dengan penuh keama­ nan, keharmonian dan kesejahteraan. Bulan Syawal ini juga diharapkan kita saling bermaafan bagi memperbaiki hubungan silaturahim kepada yang lebih baik. Ini membuktikan bahawa perpa­ duan sesama rakyat semakin kukuh yang merupakan salah satu elemen penting bagi keteguhan sesebuah negara. Selepas Ramadhan yang merupakan bulan di mana umat Islam memperting­ katkan ibadah, saya berharap warga ker­ ja MPPG membawa semangat yang ba­ haru kerana kembalinya fitrah seorang 2 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG manusia di muka bumi ini berserta azam dan iltizam bagi meningkatkan prestasi dalam menyelesaikan tuga­ san dan amanah yang telah diberikan. Apa yang saya harapkan ialah seluruh warga ker­ ja MPPG melipatgandakan prestasi dalam menggalas tugas yang telah diberikan dan menyediakan perkhid­ matan kepada pelanggan dengan penuh komited agar visi dan misi yang telah dirancang dapat dicapai serta dapat juga kita meningkatkan lagi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang menunjuk­ kan prestasi kita dari semasa ke semasa. Dengan limpahan ekonomi yang mem­ berangsangkan kesan daripada pengu­ rusan yang cekap dan efisien, maka kita dapat lihat pembangunan yang pesat di kawasan Pasir Gudang. Mudah-mudahan suatu hari nanti Pa­ sir Gudang menjadi sebuah kawasan pembangunan yang serba lengkap dari sudut fizikal dan kerohaniannya kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi Pasir Gudang. Sebelum mengakhiri perutusan saya dalam Berita Pasir Gudang edisi Julai 2016, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Ba­ tin kepada pembaca setia BPG, seluruh warga kerja MPPG dan juga pen­ duduk Pasir Gudang secara amnya. Sehingga ber­ temu di edisi BPG yang akan datang. Hasrin Kamal Bin Hashim Yang Dipertua MPPG

[close]

p. 3

Edisi JULAI 2016 Hasrin Kamal dilantik YDP MPPG yang baharu ENCIK Hasrin Kamal Hashim yang sebelum ini merupakan Penolong Pegawai Daerah de­ ngan memulakan perkhidmatan pada 2 Disember 2014 di Pejabat Tanah Kulai kini meneruskan perkhidmatannya menerajui pucuk kepimpinan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menggantikan Encik Md. Za’nal Haji Misran. Beliau juga yang sebelum ini merupa­ kan bekas Yang Dipertua Maj­lis Daerah Kota Tinggi dipercayai ramai dengan pengalaman yang dimi­ liki beliau supaya legasi Encik Md. Za’nal di Pasir Gudang dapat diteruskan dan dibangunkan dari semasa ke semasa. Majlis penyerahan tugas antara mere­ ka diadakan di Me­ nara Aqabah dan ber­ langsung agak ‘beremosi’ apabila para pegawai dan kakitangan MPPG bukan sahaja bersalaman, malah ada yang berpelukan sambil me­ ngucapkan maju jaya kepada En­ cik Md. Za’nal yang memang terkenal dengan sikap mesranya. Encik Hasrin Ka­ mal yang sebelum ini berpengala­ man bertugas di beberapa pi­ hak berkuasa ENCIK Hasrin Kamal bersalaman dengan Encik Md. Za’nal pada majlis serah terima tugas YDP MPPG di Menara Aqabah, baru-baru ini. tempatan (PBT), antaranya Majlis Daer­ah Yong Peng, Labis dan Kota Tinggi bertekad untuk memberikan perkhidm­ atan terbaik kepada MPPG dan warga Pasir Gudang. “Kita akan teruskan usaha-usa­ ha yang telah dibawa oleh Encik Md. Za’nal dan akan menambah baik bagi meningkatkan perkhidmatan supaya menjadikan MPPG terus Gemilang, Tersohor dan Sejahtera,” katanya. Sementara itu, Encik Md. Za’nal sebelum ini merupakan Setiausaha Sulit kepada Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan bekas Pengarah Pelancongan Johor. Beliau yang mula menerajui MPPG pada 2014 berjaya melonj­akkan nama PBT berkenaan dengan pen­ dekatan mesra masyarakat serta membantu pelbagai pihak khususnya golo­ ngan kurang berkemam­ puan mener­usi Yayasan Pasir Gudang (YPG) yang ditubuh­kan. Encik Md. Za’nal dalam ucapan beliau mem­inta Ahli Majlis dan para pegawai MPPG memberikan kerjasa­ ma padu kepada Encik Has­ rin Kamal bagi meningkatkan lagi perkhidmatan dan imej MPPG. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

[close]

p. 4

Edisi JULAI 2016 YDP baharu tekad lonjak imej MPPG ENCIK Hasrin Kamal Hashim yang dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang baha­ ru berazam melonjakkan lagi imej pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, khususnya dalam meningkat­ kan tahap perkhidmatan kepada ma­syarakat. Selain itu, beliau yang merupa­ kan bekas Pentadbir Tanah Ku­ laijaya bertekad untuk melihat PROFIL dengan lebih mendalam, khusus­ nya memudahkan lagi proses HTTaearmiskphralitalnhaihrK:ir1:a1Tm/e9n/ga1l9ul7M2HearsisnghJiomhor. pembangunan kediaman teruta­ ma Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang dibina di kawasan tersebut. A••kSSaeedkke..mKMeiekbn:a.nKgesbaaanngsTeanagnluM,eMrseirnsgin. g1.918967-91-918998.5. “Saya berharap lebih ramai masyarakat di Pasir Gudang ini dapat memiliki RMMJ bagi me­ ••S•SIeKjTPajePazebarMnaahonh1Slgo9aPs9nrae1jgaar-nnkP1ah9eM9niMda2tluma.addyaabstiiKaare,nTpSaPuenjesaiaighn9a2BwE/ak9ato6uin.ToPamadhib,aiUrtnJivoehrosirt:i ning­katkan lagi taraf hidup dan keselesaan mereka. 1/1/98-31/12/2003. • Penolong Setiausaha SUK Pentadbiran •••1S1S/Ke/1e2et/ti/2tai2ua0u0au0s04sPa7-ahe-1h3na/a12oM//lM12oa20anj/0ljg2li7si0sP.0DeD7ag.aeaerwraaahhiYDToaanneggraPkheankLge1d/1a/n2g008-1/6/2010. •••1PPY/Pe6eDennP2not0talMa1od0dnab-bgjil1riirP/sT6aTeD/ang2anaa0eahw1rh1aDa.hKiaDeuKraloaaethirjaaaKTyheaincK1igel/gcL1iia2l1b/L/2i6as0/b112i4/0s6-1//3P32/e-061n1//21o10-l2o11//n626.g0/210413. ENCIK Hasrin Kamal meletakkan thumb print sebagai tanda memulakan tugas sebagai Yang Dipertua MPPG di Menara Aqabah, baru-baru ini. 4 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG “Selain daripada itu, saya juga akan berbincang dengan para pegaw­ai untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dibina dataran. “Dataran ini penting supaya Pasir Gudang mempunyai lokasi yang sesuai untuk mengadakan pelbagai program, khususnya yang berskala besar pada masa akan datang,” katanya selepas majlis serah terima tugas dengan bekas Yang Dipertua MPPG yang terdahulu, Encik Md. Za’nal Haji Misran di Menara Aqabah, ba­ ru-baru ini. Dalam pada itu, Encik Hasrin Kamal berharap semua pegawai dan kakitangan MPPG memberi kerjasama dan berganding bahu de­ngan beliau untuk meningkat­ kan lagi perkhidmatan mereka kepada ma­syarakat.

[close]

p. 5

Edisi JULAI 2016 MAJLIS Rumah Terbuka Aidil­ fitri Peringkat Dewan Un­ dangan Negeri (DUN) Per­ mas yang dianjurkan di Stadium Tertutup Pasir Gudang, baru-baru ini berlangsung meriah. Majlis anjuran Ahli Dewan Un­ dangan Negeri (ADUN) Permas, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor itu dihadiri oleh lebih 20,000 rakyat berbilang kaum di negeri ini. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Permas ‘diserbu’ rakyat Para hadirin dijamu dengan pelbagai juadah seperti ren­ dang, ketupat, lemang, nasi impit, buah-buahan dan pelbagai minu­ man sejuk dan panas. Sambil menjamu sele­ ra, orang ramai dihibur­ kan dengan persembahan bacaan marhaban dan se­ lawat. YAB Dato’ Mohamed Khaled turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam, khususnya rakyat negeri ini. Beliau berharap Bangsa Jo­ hor yang terdiri daripada pel­ bagai kaum terus bersatu dan ­sali­ ng hormat-menghormati serta ­me­nguk­ uhkan perpaduan. RUMAH terbuka Aidilfitri DUN Permas berlangsung meriah dengan dihadiri rakyat berbilang kaum baru-baru ini. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

[close]

p. 6

Edisi JULAI 2016 PUSAT Tuisyen Komuniti yang diwujudkan MPPG diharap dapat meningkatkan tahap pendidikan para pelajar yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan. YPG rancang wujudkan 3 lagi pusat tuisyen komuniti ASPEK pendidikan sentiasa diberi tumpuan oleh pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Justeru, MPPG menerusi Yaya­ san Pasir Gudang (YPG) merancang membuka tiga lagi Pusat Tuisyen Komuniti di Taman Rinting pada ta­ hun ini bagi membantu para pelajar daripada keluarga kurang berke­ mampuan mendapatkan pendidi­ kan tambahan percuma. Lebih bermakna, berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Be­ sar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi YPG semasa merasmikan Pusat Tuisyen Komu­ niti Bandar Seri Alam, iaitu pusat tuisyen keenam diwujudkan YPG, baru-baru ini. “Kerajaan negeri sentiasa me­ rangka pelbagai cara untuk mem­ bantu meringankan beban rakyat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan dan salah satu as­ pek yang kita beri perhatian adalah pendidikan. “Ini merupakan Pusat Tuisyen Komuniti keenam dan tahun ini kita merancang untuk membu­ ka tiga lagi di Taman Rinting, iaitu di Balau, Gelam dan Meranti yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM200,000 setahun,” katanya. Selain merasmikan pusat tuisyen berkenaan, YAB Dato’ Mohamed Khaled turut menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran MPPG yang diadakan di Gelanggang Futsal Jalan Tasek 21, Bandar Seri Alam. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua MPPG yang ba­ haru, Encik Hasrin Kamal Hashim. YAB Menteri Besar berkata, se­ gala kos pusat tuisyen yang diwu­ judkan oleh YPG itu ditanggung oleh MPPG sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial ke­ pada masyarakat. Selain pusat tuisyen tersebut, lima lagi pusat seumpamanya telah diwujudkan oleh YPG, iaitu Pusat Tuisyen Komuniti Taman Cenda­ na, Kampung Pasir Putih, Taman Air Biru, Sungai Tiram Tebrau dan Desa Rakyat Perdana bagi pelajar tahun enam hingga tingkatan lima. 6 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 7

­ Edisi JULAI 2016 BANGUNAN baharu LPJ boleh dijadikan model bagi pembinaan bangunan pada masa depan yang mesra alam. Bangunan LPJ jadi mercu tanda baharu Pasir Gudang BANGUNAN Lembaga Pelabu­ han Johor (LPJ) yang terser­ gam indah dan kini menjadi salah satu mercu tanda baharu di Pasir Gudang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat (YAB), Dato’ Mohamed Khaled Nordin, ba­ ru-baru ini. Berkonsepkan kapal di atas darat, bangunan unik ini memiliki fasiliti yang mesra alam dengan aspek pencahayaan semula jadi serta haba dapat dikawal dengan cermin bangunan yang memiliki teknologi moden. Dibina dengan kos RM49.23 juta, bangunan tersebut mendapat penarafan bangu­ nan hijau tiga bintang daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Justeru, kewujudannya mampu menjadi model dan contoh bagi jabatan dan agensi lain di nege­ ri ini untuk terus menerapkan konsep mesra alam dalam usaha mengurangkan pencemaran. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan, Da­ tuk Seri Liow Tiong Lai; Pengerusi LPJ dan Lembaga Pelabuhan Tan­ jung Pelepas (PTP), Datuk Abdul Rahim Ramli dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Dr. Ir. Roslan Md. Taha. YAB Dato’ Mohamed Khaled da­ lam ucapan beliau berkata, Johor sebagai sebuah negeri maritim yang mempunyai kawasan laut luas perlu membongkar potensi sebenar supaya mampu menjadi kuasa maritim berkepentingan global di rantau Asia. “Perkara itu dapat dilakukan dengan pelbagai cara dan pen­ dekatan seperti meningkatkan tahap kecekapan dan kecang­ gihan sistem pelabuhan kita kerana menjadi pilihan sebagai pintu masuk utama berbanding perkhidm­ atan kargo udara dan kereta api. “Jika dilihat, setakat ini 98.5 pe­ ratus daripada jumlah pengang­ kutan kargo di negara kita adalah melalui jalan laut, iaitu kira-kira 8.5 peratus lebih tinggi berban­ ding dengan negara-negara lain,” katanya. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

[close]

p. 8

Edisi JUL Coretan YDP (1 Mei 2014-2 Julai 2016) 8 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 9

LAI 2016 >>JULAI 2016 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

[close]

p. 10

Edisi JULAI 2016 Dewan Serbaguna Jalan Kijang dimiliki komuniti SEBELUM ini, semua dewan serbaguna di kawasan Pasir Gudang di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Dari segi penyelenggaraan termasuk kebersihan, aspek tersebut dibawah tanggung­ jawab MPPG pada sebelum ini. Kini Dewan Serbaguna di Jalan Kijang telah diserahkan kepada penduduk sepenuhnya sekaligus menjadikannya merupakan dewan yang pertama diserahkan kepada komuniti. Ini membuktikan bahawa pem­ bangunan yang telah dilakukan oleh pentadbir, akhirnya akan di­ serahkan kepada rakyat. Dengan penyerahan dewan serbaguna tersebut kepada komu­ niti sepenuhnya, tanggungjawab juga telah berpindah kepada pen­ duduk. Bagi menghargai penyerahan dewan tersebut, komuniti hendak­ lah menjaga kemudahan tersebut dengan sebaiknya agar segala fasiliti yang telah diserahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dapat digunakan dalam jangka masa panjang. Penyerahan dewan tersebut adalah salah satu usaha PBT bagi menimbulkan rasa ‘sense of belonging’ atau menimbulkan rasa memiliki segala kemudahan yang telah disediakan dalam diri penduduk di kawa­ san Pasir Gudang. Majlis penyerahan Dewan Serbaguna Jalan Kijang tersebut disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Men­ teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin kepada wakil pen­ duduk semasa berlangsungnya Karnival Alpinia di dewan terse­ but, baru-baru ini. Pelbagai aktiviti dianjur­ kan semasa karnival itu ber­ langsung, antaranya taklimat kesihatan, permainan congkak, pertandingan pakaian beragam, wayang pacak, zumba, pertandi­ ngan mewarna dan tayan­gan perlawanan akhir Pial­a FA 2016 menerusi layar gergasi. KARNIVAL Alpinia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk. 10 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 11

Edisi JULAI 2016 Kolej Komuniti Pasir Gudang lahirkan ramai usahawan Majlis sambutan ulang tahun ke-10 Kolej Komu­ niti Pasir Gudang (KKPG) yang diadakan serentak dengan Jamuan Aidilfitri baru-baru ini berlangsung meriah dengan di­ hadiri kira-kira 2,000 tetamu. Lebih bermakna sambutan sedekad penubuhannya dirasmi­ kan oleh Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Ha­ jah Normala Abdul Samad. Menurut Pengarah KKPG, Nor­ din Sariju, setakat ini KKPG mem­ punyai kira-kira 350 penuntut yang mengikuti pengajian dalam lima bidang, iaitu Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Terapi Kecantikan dan Spa, Sijil Pengoperasian Per­ niagaan, Sijil Dandanan Rambut dan Sijil Teknologi Maklumat. Beliau berkata, sejak diwu­ judkan pada tahun 2006, KKPG telah melakar banyak kejayaan termasuk melahirkan ramai job c­ reator dalam pelbagai bidang seperti fesyen dan pakaian, dan­ danan rambut, kecantikan dan spa serta makanan. “Selain melahirkan job creator, KKPG juga telah berjaya melatih KOLEJ Komuniti Pasir Gudang diharap terus cemerlang membantu memberi pengetahuan dan kemahiran kepada orang ramai, khususnya masyarakat setempat. 25,000 peserta kursus jangka pen­ dek,” katanya. Sementara itu,YB Dato’ Hajah Normala yang juga Penasihat KKPG meminta masyarakat mere­ but peluang dengan menyertai pelbagai program, terutama­ nya kursus jangka pendek untuk mendapatkan kemahiran yang disediakan kolej berkenaan. “Selain telah melahirkan ramai usahawan berjaya, KKPG juga telah membantu golongan suri ru­ mah menghasilkan pelbagai pro­ duk dari rumah, sekali gus berjaya menambah pendapatan keluar­ ga,” katanya. Selain dijamu dengan pelbagai juadah, para tetamu turut dihibur­ kan dengan persembahan nya­ nyian dan pertunjukan fesyen oleh penuntut kolej tersebut. Hadir sama memeriahkan maj­ lis tersebut tiga bekas Pengarah KKPG, iaitu Roslina Lapanditah, Zainal Othman dan Jahabar Jainul Abideen Shahul Hameed serta Encik Anuar Abd. Ghani yang me­ wakili Maj­lis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 11

[close]

p. 12

Edisi JULAI 2016 Gotong royong cegah denggi di Taman Kota Masai USAHA memerangi penular­ an wabak denggi di kawa­ san panas lokaliti wabak kes seperti di Taman Kota Masai 2 sentiasa diperhebatkan meneru­ si Operasi  Denggi Masuk Rumah. Operasi dijalankan di kawasan perumahan itu yang disenaraikan sebagai lokasi wabak denggi tegar disertai pelbagai agensi kerajaan bermula dengan memasuki ru­ mah terbiar di taman berkenaan. Hasil pemeriksaan oleh Jaba­ tan Kesihatan,  beberapa notis dan kompaun telah diberikan kepada penduduk yang kawasan kedia­ man mereka didapati positif men­ jadi pembiakan nyamuk aedes. Bagi menangani penyakit deng­ gi daripada t­erus mereb­ak, pihak Majlis Per­ bandaran Pasir Gudang (MPPG) dan agensi yang berkaitan terus gigih men­ganjurkan program go­ tong-royong membersihkan kawa­ san persekitaran. Pihak MPPG berharap semua penduduk termasuk pemilik ru­ mah yang tidak dihuni supaya sen­ tiasa menjaga kebersihan kawasan persekitaran agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Semoga dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, Taman Kota Masai akan bebas wabak denggi dan masya­ rakat dapat hidup dengan sihat dan se­ jahtera. PROGRAM gotong-royong yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi berkaitan serta penduduk setempat bukan sahaja mampu menangani penularan wabak denggi, malah berjaya mengeratkan lagi kerjasama antara mereka. 12 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 13

Edisi JULAI 2016 PROGRAM mendapat sgaomtobnugt-arnoyboanikg oalnejhurpaennMduPdPuGksseentetimaspaat. Kira-kira 100 orang sertai gotong-royong di Taman Scientex Demi menjamin kebersihan kawasan tempat tinggal dan persekitaran, penduduk Taman Scientex mengadakan prog­ ram gotong-royong, baru-baru ini. Program anjuran bersama Maj­lis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pejabat Kesihatan Johor Bahru dan SWM Environment Sdn. Bhd., dan penduduk berlangsung dengan lan­ car serta mampu mengeratkan lagi hubungan antara mereka. Program tersebut bertujuan men­ didik golongan muda supaya le­bih peka terhadap pen­yakit demam denggi, sekaligus men­gukuhkan hubungan silaturrahim sesama penduduk dan merupakan satu ibadah kerana agama Islam amat mement­ ingkan kebersihan. Aktiviti gotong-royong berkenaan juga untuk mengindahkan lagi ka­ wasan persekitaran di kawasan tersebut. Kira-kira 100 orang menyertai ak­ tiviti gotong-royong berkenaan yang diadakan di kawasan Jalan Merbah dan Persiaran Casea yang melibat­ kan 200 unit kediaman. Penubuhan JKZ tingkat perkhidmatan MPPG BAGI meningkatkan tahap perkhidmatan kepada ma­ syarakat, khususnya menangani segera aduan dan masalah yang dihadapi, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah menubuhkan Jawatankuasa Zon (JKZ). Nyata penubuhannya berperanan penting menjadi p­en­gant­ara antara penduduk dengan MPPG bagi mera­ patkan hubungan antara kedua-dua belah pihak, khusus­ nya untuk mengatasi masalah atau isu berbangkit di kawa­ san masing-masing. JKZ juga berperanan dan berfungsi selaras dengan ke­ perluan untuk mengukur Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Ahli Majlis yang telah ditetapkan. Ini bermakna, setiap ahli JKZ merupakan pentadbir bagi setiap zon agar menjadikan prosedur dan aliran kerja zon bergerak secara sistematik dan teratur. Selain menjadi ‘ejen’ kepada MPPG bagi mempromosi­ kan pentadbiran MPPG, JKZ juga memainkan peranan sebagai ketua bagi zon tersebut untuk menyatupadukan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Baru-baru ini berlangsung majlis penyampaian watikah pelantikan Ahli JKZ Taman Scientex 1 di Surau Ar Rahman, PENUBUHAN JKZ diharap mampu meningkatkan tahap perkhidmatan kepada penduduk Pasir Gudang Jalan Camar di Taman Scientex. Watikah pelantikan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran (mantan YDP MPPG). Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik iaitu ­gol­­o­ngan fakir miskin dan orang kurang upaya (OKU). MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 13

[close]

p. 14

Edisi JULAI 2016 Jalan pintas hadiah istimewa untuk masyarakat Pasir Gudang SATU hadiah paling besar bagi penduduk Pasir Gudang daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gu­ dang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran sebelum be­ liau bertukar menjadi Pegawai Daerah Kulai adalah dengan siapnya projek pembinaan jalan pintas dari Taman Nusa Da­ PEMBINAAN jalan pintas bukan sahaja memendekkan masa perjalanan dari Nusa Damai ke Bandar Seri Alam, malah dapat meningkatkan keselesaan orang ramai. mai ke Bandar Seri Alam. Projek pembinaan tersebut yang telah diusahakan oleh beliau semasa dilantik sebagai Setiausaha MPPG sebelum ini dan dengan kerjasama MPPG, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Kerajaan Negeri Johor menjadikan projek itu satu r­ ealiti. Projek tersebut merupakan salah satu langkah kerajaan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Taman Kota Masai, Taman Nusa Damai dan Masai bagi mereka yang menuju ke Johor Bahru. “Selama ini, jalan yang digunakan oleh penduduk Pasir Gudang bagi menuju ke Johor Bahru adalah dengan meng­ gunakan Lebuhraya Pasir Gudang bagi mengelakkan kese­ sakan lalu lintas,” kata Encik Md. Za’nal. Kini penduduk mampu menikmati jalan yang baharu dibina dengan hanya mengambil masa kurang lima minit dari Taman Nusa Damai untuk ke Bandar Seri Alam dan jalan alternatif un­ tuk ke Bandar Seri Alam itu lebih selesa untuk dilalui. “MPPG sentiasa komited bagi membangunkan Pasir Gu­ dang sejak tertubuhnya PBT Pasir Gudang pada bulan Julai 1977,” katanya semasa merasmikan jalan pintas tersebut baru-baru ini. MPPG sentiasa peka terhadap aduan, masalah MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sentiasa berusaha sece­ pat mungkin untuk menyelesai­ kan setiap aduan atau masalah yang dihadapi masyarakat di kawasan pen­ tadbirannya. Justeru, para pegawai dan kaki­ tangannya sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan segera apa­ bila menerima aduan daripada orang ramai termasuk mengenai kerosakan kemudahan awam. Walaupun menyedari ada kekangan kerana kawasan pentadbiran MPPG yang luas, iaitu meliputi hampir 36,000 hektar, namun ia bukan alasan untuk tidak memberikan yang terbaik demi keselesaan masyarakat. Seperti aduan daripada orang ramai mengenai kerosakan lampu di Jalan Se­ jahtera 2, Taman Nusa Damai, baru-ba­ ru ini telah diambil tindakan segera, iai­ tu selepas beberapa jam aduan diterima pihak MPPG, Nyata tindakan pantas telah diambil pada hari yang sama dan kemudahan itu dapat berfungsi semula selepas dibaiki. Tindakan berkenaan menunjukkan bahawa MPPG sangat peka dan mem­ berikan komitmen 100 peratus terhadap segala permasalahan tidak mengira apa sahaja jenisnya yang berkaitan dengan kawasan Pasir Gudang demi kebaikan orang awam dalam usaha menjadikan Pasir Gudang sebuah bandar sejahtera dan tersohor suatu hari nanti. ANGGOTA MPPG sentiasa berusaha secepat mungkin menangani masalah atau aduan yang diterima daripada orang ramai. 14 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 15

Edisi JULAI 2016 GENERASI muda diharap tidak melupakan pelbagai permainan dan kuih-muih tradisional walaupun ‘disajikan’ dengan banyak permainan dan kuih- muih moden. Bazar Seni pamer identiti Bangsa, Negara DALAM era ledakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini, banyak permainan serta makanan tradisional sema­ kin dilupakan oleh masyarakat. Lebih menyedihkan, ada gene­ rasi muda yang tidak pernah me­ lihat, mengenali atau merasainya. Justeru, menyedari penting khazanah tinggalan nenek moyang itu terus dijaga dan dipertahan­ kan, Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah me­ nganjurkan program Bazar Seni di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gu­ dang, baru-baru ini. Dengan tema ‘Ibu, Kaulah Ratu Hatiku’, pelbagai aktiviti dijalan­ kan antaranya jualan barangan kraf tangan, persembahan kese­ nian seperti tarian zapin, pertandingan dam aji, congkak, batu seremban serta gubahan bunga dan kek. Terdapat juga peniaga yang menjual kuih-muih tradisional yang sukar didapati pada masa ini seperti cakar ayam dan kuih rose. Nyata program berkenaan bukan sahaja dapat mengenang kembali zaman silam, malah memberita­ hu generasi muda kini bahawa itu adalah kuih-muih tradisional yang dihasilkan oleh nenek moyang ter­ dahulu. Permainan dan kuih-muih tra­ disi itu juga bukan sahaja lam­ bang bagi sesebuah negara, malah sebenarnya mampu menarik lebih ramai lagi pelancong luar berkun­ jung ke negara ini. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 15

[close]

Comments

no comments yet