Buletin MPPG Mei 2016

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPG Mei 2016

Popular Pages


p. 1

Pasir Gudang TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG MEI 2016 Karnival Hari Pekerja Parlimen Pasir Gudang meriah Liga Bola Sepak Persahabatan berlangsung meriah Perasmian Perpustakaan Awam Pasir Gudang

[close]

p. 2

Edisi MEI 2016 PERUTUSAN Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang PENASIHAT Encik Md. Za’nal bin Haji Misran (Yang Dipertua MPPG) KETUA EDITOR Encik Saipol Rahman bin Haji Amat (Setiausaha MPPG) PENOLONG KETUA EDITOR Puan Rahamah Binti Mahmood (Ketua Jabatan Kemasyarakatan) PENGARANG Encik Nazarul bin Jaafar PEMBERITA Encik Anuar bin Abd Ghani Puan Siti Zaleha binti Md Ghazali Encik Muhammad Hafiz bin Atan Encik Muhammad Iqbal bin Mohamed Cik Nur Lina binti Abd Karim Encik Muhammad Nor Azman bin Abdul Razak Encik Nur Salihin bin Salahuddin Encik Muhammad Shahrill Iqram bin Hishamuddin JURUFOTO Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut 3 Karnival Hari Pekerja Parlimen Pasir Gudang Meriah 4 Majikan diminta tawar gaji lebih tinggi 5 Program pendidikan kewangan untuk golongan wanita 6 Perasmian Perpustakaan Awam Pasir Gudang 7 YPG taja 400 akaun Tutor 8&9 Lensa MPPG Mei 2016 10 Lawatan ke tapak perkuburan bersepadu 11 80 orang sertai Kursus Penyembelihan Halal 12 Tapak Bazar Ramadan dapat sambutan hebat daripada peniaga 13 Platun MPPG jalani latihan menembak 14 Program gotong-royong eratkan hubungan silaturahim 15 30 pelajar terima watikah daripada YDP MPPG 16 Liga Bola Sepak Persahabatan berlangsung meriah Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG di talian h0u7bu-2ng5i4 7k7a7m7i atau hantar emel ke mppg@johor.gov.my Diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat SYUKUR Alhamdulillah kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-NYA sekali lagi dapat saya meneruskan perutusan bulanan BPG edisi Mei 2016 ini yang sentiasa mendapat perhatian pembaca setia bagi mengetahui perkembangan dan informasi di Pasir Gudang dan kawasan di bawah pentadbirannya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kerja MPPG yang telah terlibat dengan majlis-majlis rasmi yang dianjurkan di Pasir Gudang sepanjang bulan ini kerana dengan komitmen yang tidak berbelah-bahagi sahaja yang dapat menjayakan pelbagai program yang diadakan. Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta pihak swasta juga telah memilih Pasir Gudang sebagai destinasi atau tempat untuk mengadakan program yang dilihat mampu memberikan impak positif dalam mensejahterakan rakyat. Contohnya, Karnival Hari Pekerja peringkat Parlimen Pasir Gudang yang berlangsung dengan meriah pada 6 hingga 8 Mei lalu mampu memberi maklumat yang berguna kepada pengunjung tentang potensi-potensi yang ada di sekitar Pasir Gudang, khususnya dalam bidang industri yang mampu memberi peluang dan ruang untuk mereka meningkatkan kerajaya masing-masing. Pembabitan beberapa buah kilang, agensi dan jabatan kerajaan dalam pameran, sesi temuduga dan pelbagai acara dilihat mampu menarik orang ramai khususnya golongan belia atau Gen Y untuk terus menimba penge­ tahuan dan merasakan kepentingan ilmu dan sahsiah diri yang mantap sebelum menempuh alam pekerjaan. Selain itu, Penubuhan Jawatankuasa Zon (JKZ) di Pasir Gudang yang diketuai oleh Ahli Majlis sebagai Pengerusi dan ahli-ahlinya yang terdiri daripada biro-biro yang dilantik dalam kalangan pemimpin-pemimpin masya­rakat adalah untuk memantapkan lagi pentadbiran MPPG dengan penduduk supaya hubungan yang rapat dapat diwujudkan bagi tujuan membangunkan dan menyalurkan aspirasi kerajaan kepada rakyat. Saya yakin JKZ merupakan medium yang amat sesuai untuk penduduk menyalurkan 2 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG idea yang bernas supaya dap­at dibantu oleh Ahli Majlis untuk membawanya ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan sangat berhati-hati dalam menjaga kepentingan rakyat dengan setiap perkara yang dilaksanakan akan diperhalusi bagi memastikan tindakan yang diambil dapat mensejahterakan semua pihak selaras dengan dasar kerajaan untuk melihat semua golongan mendapat faedahnya. Pada bulan ini juga menyaksikan program YDP MPPG dan Ahli Majlis Bersama Masyara­ kat bermula secara rasminya di Nusa Damai dan saya yakin 23 zon lagi akan menyusul mengadakan program tersebut seperti yang telah dijadualkan sepanjang tahun ini. Pelbagai pengisian akan dapat kita lihat apabila setiap zon mengadakan program seperti gotong- royong, sukaneka atau sukan rakyat, walkabout, pameran, jualan, sesi dialog, sumbangan dan lain-lain lagi. Ini semua mencerminkan bahawa penduduk mampu menjana idea kreatif dalam menghasilkan sesuatu sebelum melaksanakan program-program yang dirancang. Sebelum saya mengakhiri amanat kali ini, saya sekali lagi menyeru supaya semua warga kerja MPPG terus memberikan komitmen 100 peratus terhadap tugasan yang diberi dan melaksanakannya dengan jayanya serta dapat memberi perkhdimatan terbaik kepada masyarakat. Kita sekarang sedang bergerak ke arah untuk mencapai taraf bandar raya pada 2017 nanti. Ayuh teruskan langkah dan lipatgandakan usaha untuk terus maju dan membina Pasir Gudang setaraf dengan bandar-bandar lain di negara kita. Sehingga bertemu kembali pada edisi yang akan datang. Sekian. MD. ZA’NAL HAJI MISRAN YANG DIPERTUA MPPG

[close]

p. 3

Edisi MEI 2016 YAB Datuk Seri Mohamed Khaled meminta semua rakyat memberikan komitmen jitu untuk bersamasama membangunkan negeri dan negara. Karnival Hari Pekerja Parlimen Pasir Gudang meriah KARNIVAL Hari Pekerja Parlimen Pasir Gudang yang dianjurkan selama tiga hari di Dataran Al-Hamra, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, baru-baru ini berlangsung meriah dengan pelbagai acara diadakan. Antara aktiviti yang diadakan termasuk sukaneka, se­ namrobik gerai jualan, kayuhan basikal, Kindness Market , cera­ mah agama dan kem motivasi yang berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung. Program edisi kedua itu di­ sertai 35 agensi kerajaan dan swasta termasuk Kementerian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang, JobsMalaysia, Econsave, PGEO Edible Oils Sdn. Bhd. dan CCM Berhad. Karnival tersebut dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan dihadiri Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hajah Normala Abdul Samad. Hadir sama ialah Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Encik Jack Meredu a/k Ko dan Ketua Whip MPPG, Haji Abdullah Abdul Rahman. YAB Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, negara tidak akan dapat mencapai kejayaan dan kesejahteraan tanpa dedi­ kasi, komitmen dan iltizam yang jitu daripada seluruh warga pe­ kerjanya. “Tanpa sokongan dan komitmen warga pekerja yang mempunyai daya produktiviti, daya saing, keanjalan kemahiran dan pengetahuan tinggi, gagasan Johor Berkemajuan tentu sukar direalisasikan,” katanya. Sementara itu, YB Hajah Normala berkata, penganjuran karnival berkenaan untuk menghargai warga kerja Pasir Gudang di samping membantu orang ramai memohon peluang pekerjaan yang ditawarkan. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

[close]

p. 4

Edisi MEI 2016 Majikan diminta tawar gaji lebih tinggi MAJIKAN di negeri ini diminta menawarkan gaji lebih tinggi seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kini. Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa membuat saranan berkenaan turut menjelaskan, sekiranya golo­ngan majikan dapat memberikan gaji yang lebih ‘ideal’, maka langkah tersebut dapat mengurangkan jumlah rakyat negeri ini untuk bekerja di Singapura dan Kuala Lumpur. Menurutnya, pada masa ini gaji yang ditawarkan majikan di neger­i tertinggi lebih rendah berband­ ing yang diberikan di kedua-dua tempat berkenaan, khususnya negara jiran, Singapura. “Saya berharap pihak majikan dan industri dapat memberikan gaji yang lebih ideal supaya tak wujud jurang terlalu besar antara gaji yang ditawarkan di sini dengan Kuala Lumpur dan Singapura. “Saya berharap perkara ini diberi perhatian oleh pihak majikan dan juga di peringkat kerajaan Pusat. Harap majikan dapat lebih bertimbang rasa kerana kos hidup terutamanya di kawasan Iskan- dar Malaysia ini tinggi,” katanya selepas merasmikan Karnival Hari Pekerja Parlimen Pasir Gudang, baru-baru ini. Hadir sama Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hajah Normala Abdul Samad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. Penawaran gaji yang lebih tinggi mampu mengurangkan jumlah rakyat negeri ini berhijrah ke Kuala Lumpur dan Singapura. 4 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 5

Edisi MEI 2016 Program pendidikan kewangan untuk golongan wanita BAGI meningkatkan kesedaran tentang keperluan peranca­ ngan kewangan untuk hari tua, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Citi Foundation menganjurkan program Pendidikan Kewangan Bagi Wanita Matang denga­ n kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), baru-baru ini. Program tersebut mempunyai lima siri dengan setiap siri mempunyai modul berlainan yang dikendalikan oleh pensyarah UPM berpe­ ngalaman.­ Program tersebut juga bertujuan mengenal pasti keperluan dan kepentingan aspek pe­rancangan kewangan masa kini dan bagi meng­ hadapi keperluan masa akan datang. Program sehari itu disertai oleh golongan wanita di kawasan Pasir Gudang yang berumur antara 30 hingga 65 tahun. Siri pertama program merupakan Para peserta kursus Pendidikan Kewangan bagi Wanita Matang diharap dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan yang diberikan untuk menghadapi cabaran masa depan. sesi pengenal­an ke arah tinjauan prog­ram dan diagnosis serta kewangan kendiri. Selain itu, penceramah memberi pendedahan untuk memahami proses penuaan dan cara untuk menghadapi masa depan. Akhir sekali, peserta diharap da­ pat memahami kedudukan kewa­ ngan dan membezakan antara penilaian, matlamat, strategi, masalah dan penyelesaian kewangan. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

[close]

p. 6

Edisi MEI 2016 Perasmian Perpustakaan Awam Pasir Gudang PERPUSTAKAAN Awam Pasir Gudang yang terletak di Aras 3, Kompleks Pusat Majlis MPPG dan ketua-ketua jabatan MPPG. Md. Za’nal berkata, kira-kira Bandar Pasir Gudang telah di­ RM500,000 diperuntukkan untuk rasmikan oleh Yang Berhormat perpustakaan baharu tersebut (YB) Ahli Dewan Undangan Ne­ yang bukan sahaja menempat- geri (ADUN) Tiram, Datuk Mauli- kan YPG Online Centre, malah zan Bujang, baru-baru ini. menyediakan taman asuhan Hadir sama Yang Dipertua Ma- kanak-kanak (Taska), khusus­ jlis Perbandaran Pasir Gudang nya bagi anak-anak warga kerja (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji MPPG. Misran; Setiausaha MPPG, Encik Menurutnya,perpustakaan Saipol Rahman Amat, Ahli-ahli tersebut yang telah diwujudkan pada tahun 1986 Penduduk setempat diminta dapat memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Awam Pasir Gudang. merupakan salah satu sumbangan sosial MPPG kepada masyarakat di Pasir Gudang dan kawasan di sekitarnya. Sejajar de­ ngan matlamat penubuhannya, masyarakat yang tinggal berham­ INFO Perpustakaan beroperasi setiap hari kecuali cuti umum: Sabtu-Rabu • 8.30 pagi – 4.30 petang Khamis • 8.30 pagi – 3.00 petang Jumaat • 8.30 pagi – 12.15 tengah hari • 2.45 petang – 4.30 petang Selain itu, terdapat beberapa kemudahan turut disediakan di perpustakaan ini, antaranya perkhidmatan fotokopi, wi-fi dan komputer. piran dapat memanfaatkan ke­ mudahan ini dan menjadikannya sebagai desa galeri bagi mendapatkan buku serta menjadi pintu gerbang yang dapat memperluaskan ilmu dalam memahami pelbagai bidang. Ini juga membuktikan komitmen tinggi kerajaan dalam memb­antu seluruh masyarakat dengan memberikan kemudahan yang baik. Pada 1 Disember 2014 perpustakaan itu telah berpindah ke lokasi baharu di Aras 1, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. 6 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 7

Edisi MEI 2016 Penajaan Tutor.com.my diharap dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam UPSR, PT3 dan SPM. YPG taja 400 akaun Tutor YAYASAN Pasir Gudang (YPG) menaja sebanyak 400 akaun Tutor.com.my keluaran Utusan Melayu (M) Berhad kepada pelajar terpilih di Pasir Gudang dalam usaha membantu meningkatkan kecemerlangan, terutamanya mereka yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini. Penajaan bahan pembelajaran dalam talian itu akan memberi manfaat kepada 100 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 150 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan 150 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG, Datuk Maulizan Bujang berkata, Tutor merupakan bahan rujukan alternatif yang akan membantu mereka dalam beberapa mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah. “Pembelajaran secara dalam talian ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempunyai akses terhadap pembelajaran yang lebih komprehensif dan efisien. “Selain itu memupuk nilai pembelajaran bukan sahaja di dalam bilik darjah dan buku teks, malah menerusi bahan dalam talian yang boleh digunakan sepanjang masa dan di setiap tempat,” katanya semasa me­ lancarkan YPG Online Learning, YPG Online Centre dan penye­ rahan tajaan Tutor.com.my, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis ber­ kenaan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran dan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor. Maulizan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tajaan Tutor.com.my tersebut merupakan kerjasama antara pihak YPG dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia untuk memastikan pelajar terlibat memperoleh pencapaian akademik yang baik. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

[close]

p. 8

Karnival Hari Pekerja Parlimen Pasir Gudang Edisi ME Kursus Penyembelihan Halal >>MEI 2016 Prog­ram Gotong-royong Perdana di Kampung Su­ngai Tiram Latihan menembak Platun MPPG 8 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 9

EI 2016 Program pendidikan kewangan untuk golongan wanita Liga Bola Sepak Persahabatan Super Friend (bawah 12 tahun) Pengundian tapak Bazar Ramadan 30 pelajar terima watikah daripada YDP MPPG Program Milo Breakfast Day MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

[close]

p. 10

Edisi MEI 2016 Lawatan ke tapak perkuburan bersepadu MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan bebera­ pa pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta Jabatan Agama Johor (JAJ) me­ngadakan lawatan ke tapak cadangan tanah perkuburan bersepadu di Bandar Seri Alam, baru-baru ini. Turut serta dalam lawatan ber­ kenaan ialah para pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pihak Berkuasa Wilayah Pemba­ ngunan Iskandar (IRDA) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Menurut Penasihat MAINJ, Datuk Nooh Gadot lot kawasan perkuburan sedia ada hampir penuh dan ada juga kawasan yang telah penuh se­ perti di Bukit Alif, Mahmoodiah dan lain-lain disebabkan oleh pembangunan. Justeru, satu kertas cadangan untuk dijadikan tapak perkuburan yang baharu telah dicadangkan di kawasan Bandar Seri Alam. Pihak pemaju mencadangkan ta­ nah seluas 3.2 hektar untuk dijadikan tapak perkuburan bersepadu Iskandar Malaysia tetapi kawasan MAINJ mencadangkan supaya tanah seluas 20 hektar di Seri Alam dijadikan tanah perkuburan bersepadu bagi menampung keperluan masa depan. tersebut masih tidak mencukupi. Datuk Nooh mencadangkan su- paya kawasan itu ditambah, ia­ itu­menjadi seluas 20 hektar bagi menampung keperluan jangka masa panjang. Oleh itu, pihak pemaju akan membentangkan usul tersebut dalam mesyuarat mereka dalam masa terdekat ini. 10 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 11

Edisi MEI 2016 80 orang sertai Kursus Penyembelihan Halal SERAMAI 80 orang menyertai Kursus Penyembelihan Halal anjuran Biro Agama Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Masjid An-Nur, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, baru-baru ini. Para peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, wakil agensi kerajaan dan swasta serta ahli jawatankuasa masjid dan surau di sekitar Pasir Gudang. Kursus tersebut bertujuan memberikan pendedahan mengenai cara penyembelihan yang betul mengikut syarak di samping memberi peluang mempraktikkan ilmu berkaitan dan meningkatkan serta memantapkan ilmu pengetahuan agama. Taklimat mengenai teknik dan cara yang betul mengenai penyembelihan telah disampaikan oleh pegawai JAJ dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor. Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran yang merasmikan kursus tersebut menegaskan bahawa isu makanan halal tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh dan dipandang secara sambil lewa. “Ini kerana mencari makanan yang halal merupakan tuntutan oleh kita sebagai umat Islam,” katanya. Peserta kursus penyembelihan halal diharap dapat mempraktikkan ilmu yang diberikan dalam kehidupan mereka. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 11

[close]

p. 12

Edisi MEI 2016 Para peniaga Bazar Ramadan diharap memastikan juadah yang dijual sentiasa bersih dan selamat dimakan. Tapak Bazar Ramadan dapat sambutan hebat daripada peniaga PROSES pengundian tapak Bazar Ramadan yang diadakan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) baru-baru ini mendapat sambutan hebat daripada golongan peniaga. Program berkenaan yang di- adakan di Aras 3, Menara Aqabah dijalankan selama dua hari berturut-turut. Seperti tahun-tahun lalu, tawaran berkenaan diberikan kepada para peniaga wargenegara yang beragama Islam sahaja dan berumur 18 tahun ke atas. Setiap peniaga hanya diberi satu tapak bazar sahaja. Antara lokasi bazar yang disediakan seperti di Jalan Pasar Awam, Taman Air Biru; Jalan Bacang 36, Taman Kota Masai; Jalan Intan, Taman Cahaya Masai; Tempat Letak Kenderaan Blok 5, Taman Mawar; Jalan Pelanduk dan Taman Scientex. Para peniaga berharap agar gerai jualan mereka mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan dan luar. 12 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 13

Edisi MEI 2016 Platun Sukarelawan MPPG diberi tunjuk ajar tentang cara-cara yang betul dan selamat menggunakan senjata api. Platun MPPG jalani latihan menembak SERAMAI 29 pegawai sukarelawan Platun Majlis Perbandaran Pasir Gudang menjalani Ujian Menembak Rela yang diadakan di Lapang Sasar Johor Clay Target, Kulim (Malaysia) Berhad, Ladang Ulu Tiram, Kota Tinggi baru-baru ini. Program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada para pegawai berkenaan me­ ngenai cara-cara mengendali- kan senjata api, panduan serta kefahaman berkaitan tatacara mengurus tadbir aktiviti serta latihan mengikut modul-modul yang telah ditetapkan. Latihan tersebut menggunakan senjata Colt M-16 dan pistol Glock 9 mm dan para peserta dibimbing oleh pegawai-pegawai Rela negeri Johor dan petugas di pusat latihan Rela. Tumpuan utama latihan ada- lah untuk mengajar menggunakan senjata api dengan cara yang betul dan menggunakan bagi tujuan keselamatan apabila ada keperluan. Penganjuran program seum­ pama itu diharapkan dapat di­ teruskan dari semasa ke semasa bagi memberi peluang kepada sukarelawan Platun MPPG dan anggota Rela menonjolkan bakat masing-masing untuk ­diketen­ gahk­ an ke peringkat yang lebih tinggi. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 13

[close]

p. 14

Edisi MEI 2016 Penduduk di kawasan pentadbiran MPPG diminta sentiasa memastikan persekitaran kediaman dan premis perniagaan mereka bersih serta selamat. Program gotong-royong eratkan hubungan silaturahim BAGAI aur dengan tebing. Itulah pepatah yang se­ suai bagi menggambarkan Prog­ram Gotong-royong Perdana yang diadakan di Kampung Su­ngai Tiram, baru-baru ini. Program anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama Jabatan Kesi­ hatan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) itu turut disertai penduduk setempat dan para pelajar Sekolah Agama Kampung Sungai Tiram. Mereka membersihkan kawasan persekitaran Tadika Kemas, Masjid Kampung Sungai Tiram dan Sekolah Agama Kampung Sungai Tiram bertujuan bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Para peserta membersihkan kawasan semak, tempat air bertakung dan mencantas dahan-dahan pokok. Penduduk kampung turut menyampaikan segala permasalahan yang dihadapi termasuk tentang sekolah kepada wakil MPPG yang turut serta dalam program berkenaan. Pada akhir program berkenaan, Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Haji Amat turut menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. 14 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 15

Edisi MEI 2016 Ribuan warga Pasir Gudang meriahkan Milo Breakfast Day RIBUAN penduduk, khususnya warga Pasir Gudang menyertai program Milo Breakfast Day yang dianjurkan di Padang Dataran Pasir Gudang, baru-baru ini. Program berkenaan dianjurkan bertujuan mening­ katkan kecerdasan dan kecergasan orang ramai bagi mengharungi hari-hari yang mencabar sebagai se­ orang yang aktif dan pastinya usaha itu bermula den­ gan penjagaan kesihatan dalaman termasuk mengamalkan minuman Milo setiap hari. Program yang bermula jam 6 pagi itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti larian dengan jarak 3 hingga 5 kilometer, pemberian sarapan dengan produk Milo secara percuma, persembahan, pemeriksaan kes­ihatan dan cabutan nombor bertuah. Pasir Gudang dipilih menjadi destinasi pihak pe­ Program Milo Breakfast Day yang dianjurkan di Padang Dataran Pasir Gudang baru-baru ini berlangsung meriah dan mendapat sambutan hangat daripada ribuan penduduk setempat. nganjur untuk meneruskan siri jelajah program Milo Breakfast Day yang diadakan di setiap negeri di negara ini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran melepaskan para peserta larian Milo Breakfast Day tersebut. 30 pelajar terima watikah daripada YDP MPPG MAJLIS Pelantikan Unit Beruniform, Kelab dan Rumah Sukan serta Unit Hal Ehwal Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Masai berlangsung lebih meriah tahun ini apabila diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. Pada majlis yang diadakan di dataran sekolah berkenaan, ser­amai 30 pelajar menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Encik Md. Za’nal. Hadir sama pada majlis yang dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli lagu kebangsaan dan lagu negeri Johor tersebut ialah Pengetua SMK Kota Masai, Puan Hajah Jamiah Kechut. Menurut Puan Hajah Jamiah, pelantikan para pelajar tersebut telah melalui proses pemilihan yang rapi supaya mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan Encik Md. Za’nal menyampaikan watikah pelantikan kepada 30 pelajar SMK Kota Masai, baru-baru ini. tinggi untuk membimbing rakan-rakan mereka. “Kita juga berharap para pelajar berkenaan dapat membantu guru-guru dalam me­laksanakan tanggungjawab mereka memberikan pendidikan yang berkuali­ti,” kata­ nya. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 15

[close]

Comments

no comments yet