Buletin MPPG Jun 2016

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPG Jun 2016

Popular Pages


p. 1

Pasir Gudang TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG JUN 2016 YPG salur hampir RM3 juta bantu penduduk sMweamPrPpisGeknbaaaknAittiuadniblgfaiatlrnui, 283 nelayan Pasir Gudang terima bantuan raya RM2,000

[close]

p. 2

Edisi JUN 2016 PERUTUSAN Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang PENASIHAT Encik Md. Za’nal bin Haji Misran (Yang Dipertua MPPG) KETUA EDITOR Encik Saipol Rahman bin Haji Amat (Setiausaha MPPG) PENOLONG KETUA EDITOR Puan Rahamah Binti Mahmood (Ketua Jabatan Kemasyarakatan) PENGARANG Encik Nazarul bin Jaafar PEMBERITA Encik Anuar bin Abd Ghani Puan Siti Zaleha binti Md Ghazali Encik Muhammad Hafiz bin Atan Encik Muhammad Iqbal bin Mohamed Cik Nur Lina binti Abd Karim Encik Muhammad Nor Azman bin Abdul Razak Encik Nur Salihin bin Salahuddin Encik Muhammad Shahrill Iqram bin Hishamuddin JURUFOTO Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut 3 Pembangunan Kampung Kuala Masai jadi projek perintis 4 YPG salur hampir RM3 juta bantu penduduk 5 Berbuka, berterawih bersama-sama penduduk 6 YPG beri bantuan Hari Gawai kepada 150 penerima 7 283 nelayan Pasir Gudang terima bantuan raya RM2,000 8&9 Lensa MPPG Jun 2016 10 MPPG bantu balu, waris kakitangan sempena Aidilfitri & MPPG rai wakil media berbuka puasa 11 Hampir 40 anak yatim dari Taman Rinting terima sumbangan raya & Golongan asnaf, anak yatim diraikan 12 Program ‘Si Cilik Celik Ramadhan ‘didik kanak-kanak beribadah & MPPG raikan Orang Asli dari 4 buah kampung 13 30 peniaga sertai kursus pengurusan makanan & Majlis berbuka puasa Taman Desa Rakyat Perdana meriah 14 Asingkan sampah ikut kategori & Zon Cahaya Baru Tanjung Langsat sumbang bubur lambuk kepada warga MPPG 15 Gotong-royong bersih kubur sempena Ramadhan 16 Beringin Rendang, UTM Pirates ungguli Liga Ragbi 2016 Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG di talian h0u7bu-2ng5i4 7k7a7m7i atau hantar emel ke mppg@johor.gov.my Diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA sekali lagi saya berpeluang menemui pembaca setia Berita Pasir Gudang dalam edisi Jun 2016. Saya berharap semoga pembaca semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dapat meneruskan tugasan seperti biasa. Sama ada secara kebetulan atau memang telah menjadi ketent­uan ­Ilahi, kita menyambut Ramadhan pada awal Jun. Saya berharap kedatangan Ramadhan kali ini akan menjadikan semua warga kerja terus bersemangat menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Ini adalah perkara yang sama sekali tidak boleh dikompromi oleh penjawat awam. Ini kerana puasa tidak menghalang seseorang daripada untuk terus meningkatkan produktiviti yang dilakukan dalam bulan Ramadhan. Sebagai contoh pada zaman Rasulullah SAW, Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah telah memberikan kemenangan kepada tentera Islam yang hanya berjumlah 313 orang. Sedangkan tentera musyrikin Quraisy yang menentang Islam pula seramai 1,000 orang. Ini bermaksud, dengan jumlah tiga kali ganda yang ada pada kekuatan musuh, tentera Islam berjaya mencapai kemena­ ngan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Oleh yang demikian, sekiranya kita boleh mengaplikasikan analogi tersebut dalam konteks melawan hawa nafsu dalam bulan Ramadhan ini, insya-Allah kita boleh dianggap berjaya apabila dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat. MPPG dengan kerjasama Jawatankuasa Zon (JKZ), serta badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta telah turut menyampaikan bantuan yang sewajarnya kepada golongan yang kurang bernasib baik se­ perti warga emas, ibu tunggal, fakir miskin, pesakit kronik, anak-anak yatim piatu dan lain-lain lagi yang dirasakan memenuhi kelayakan untuk menerima sumbangan serta bantuan yang telah diperuntukkan. 2 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Penglibatan Yayasan Pasir Gudang (YPG) dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan memang dinanti-nantikan. Malah kehadiran Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin selaku Pengerusi YPG menyampaikan sumbangan Aid­ ilfitri kepada hampir 200 pene­rima di Dewan Nusa Damai dan lain-lain tempat lagi sebenarnya memberi kesan yang begitu bermakna kepada para penerima. Semoga bantuan ini dapat membawa keberkatan pada bumi Pasir Gudang. Pada bulan ini juga, satu lagi perkara penting berlaku di Pasir Gudang, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah menggazetkan Kampung Kuala Masai yang berada dalam kawasan MPPG sebagai sebuah kampung tradisi, kekal dalam kepesatan pembangunan ekonomi di sebuah kawasan perindustrian yang tersohor seperti di Pasir Gudang. Kampung yang berusia 150 tahun itu antara 17 kampung yang terletak dalam kawasan Iskandar Malaysia dipilih bagi diperkenalkan sebagai pusat pelanco­ ngan berdasarkan sumbangan terbesar ekonominya agar dikunjungi oleh pelancong luar mahupun dalam negara. Selain itu, Zon Scientex 1 juga telah mencatat sejarah tersendiri apabila telah secara rasminya menyampaikan watikah pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) seramai 14 orang yang disempurnakan oleh saya sendiri dalam majlis sumbangan Aidilfitri dan berbuka puasa baru-baru ini. Semoga Pasir Gudang sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Sehingga bertemu lagi dalam keluaran akan datang. Sekian. MD. ZA’NAL HAJI MISRAN YANG DIPERTUA MPPG

[close]

p. 3

Edisi JUN 2016 Pembangunan Kampung Kuala Masai jadi projek perintis KAMPUNG Kuala Masai, Pasir Gudang terpilih sebagai projek perintis pembangunan 17 kampung tradisional yang akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin semasa melakukan lawatan kerja ke kampung berkenaan baru-baru ini. Malah menurut beliau, usaha berkenaan dan perancangan untuk mengekal dan membangunkan kampung tersebut sudahpun dimulakan sejak awal tahun ini. “Program ini akan diperkenal- kan di Kampung Kuala Masai terlebih dahulu sebelum diter­ uskan ke Kampung Pasir Gudang Baru dan kampung-kampung tradisional lain secara berperingkat-peringkat. “Pelan pembangunan yang dirancang akan berbeza-beza mengikut keunikan dan kele­ bihan setiap kampung tersebut,” Kampungkampung tradisional diharap dapat membangun seiring dengan pemodenan dan kemajuan pesat negeri ini. katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Kampung Kuala Masai, baru-baru ini. Hadir sama Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hajah Normala Abdul Samad; Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. YAB Datuk Mohamed Khaled yang juga Pengerusi IRDA berkata, kerajaan negeri menerusi IRDA berhasrat untuk menge­ kalkan dan membangunkan 17 kampung tradisional sedia ada dalam kawasan Iskandar Malaysia. Menurut beliau, usaha tersebut selari dengan Pelan Pembangunan Komprehensif Kedua yang memberi lebih fokus ter­ hadap pembangunan sosial masyarakat. YAB Menteri Besar berkata, IRDA berjaya melaksanakan pembangunan fizikal dan menjadikan Johor sebagai negeri dengan pelaburan tertinggi bagi tempoh tiga tahun berturut-turut dan kini lebih memberi fokus terhadap keperluan dan kehendak masyarakat. “Bagi tujuan itu, adalah penting untuk kita merancang pelan dan tindakan terbaik bagi memastikan penduduk kampung berkenaan tidak terus terpinggir dari­ pada arus pemodenan semasa,” katanya. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

[close]

p. 4

Edisi JUN 2016 Kewujudan YPG sejak 2013 telah terbukti berjaya membantu lebih 3,000 keluarga dan golongan kurang berkemampuan di Pasir Gudang. YPG salur hampir RM3 juta bantu penduduk Yayasan Pasir Gudang (YPG) terus menjadi entiti kerajaan negeri yang prihatin apabila sudah menyalurkan peruntukan hampir RM3 juta sejak 2013 hingga kini bagi membantu 3,000 golongan kurang bernasib baik di daerah ini. Menurut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin, sumbangan yang diberikan oleh MPPG adalah satu peratus dari pada hasil cukai dan bukan cukai MPPG. Beliau berkata, dana berkenaan merupakan hasil penda­ patan yang disumbangkan oleh MPPG kepada YPG bagi tujuan kebajikan dan untuk golongan yang memerlukan bantuan. YAB Datuk Mohamed Khaled yang juga Pengerusi YPG ber- kata, peruntukan tersebut disal­urkan menerusi prog­ ram-program jangka pendek dan panjang, antaranya dalam bidang pendidikan, kemahiran, keusahawanan, kesukarelaan serta kebajikan. “Sebelum ini banyak syarikat dan pihak industri di Pasir Gudang mahu membantu, tetapi tidak tahu cara dan bagaimana. Jadi YPG memainkan peranan­ nya kerana sebuah yayasan mempunyai banyak pengisian dan bergerak secara tersusun. “YPG membantu semua lapisan rakyat tanpa mengira fahaman agama, kaum dan politik,” kata­ nya selepas menyampaikan sumbangan Ramadhan dan Bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada hampir 300 penerima yang berkelay­ akan di Dewan Serbaguna Taman Nusa 4 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Damai baru-baru ini. Hadir sama Timbalan Pengeru- si YPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran yang juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Pengurus YPG, Sharul Akmal Johari. YAB Datuk Mohamed Khaled yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas berkata, menerusi bidang pendidikan contohnya, YPG menanggung kos tuisyen, tambang bas sekolah dan menyediakan kupon makanan untuk pelajar daripada keluarga miskin. Sumbangan RM1.4 juta telah diberikan khusus bagi tahun 2016 kepada penerima yang la­ yak termasuk bantuan sumbangan Ramadhan iaitu setiap seorang menerima duit raya dan barangan keperluan asas.

[close]

p. 5

Edisi JUN 2016 Berbuka, berterawih bersama-sama penduduk SETIAP kali tiba bulan Rama­dhan, pelbagai pihak mengadakan program untuk meraikan dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas. Sebagai pemimpin nombor satu negeri ini, Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin sering menyertai pelbagai program untuk berbuka dan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan serta berterawih bersama-sama umat Islam. Baru-baru ini, beliau turut menyertai majlis berbuka puasa, berterawih dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf seperti ibu tunggal dan saudara baharu di Masjid Muhajirin Masai. Sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban mereka untuk membuat persiapan bagi me­ nyambut Hari Raya Aidilfitri. Selepas itu, YAB Datuk Mohamed Khaled menyertai majlis moreh yang diadakan di Surau Sierra Perdana, Taman Rinting. Hadir sama pada majlis itu ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. YAB Datuk Mohamed Khaled sentiasa menghadiri program-program turun padang bagi menyelami hati nurani masyarakat berbilang kaum di negeri ini. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

[close]

p. 6

Edisi JUN 2016 YPG beri bantuan Hari Gawai kepada 150 penerima SEBANYAK 150 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik yang berasal dari Sa­ rawak menerima Bantuan Muafakat Hari Gawai daripada Yayasan Pasir Gudang (YPG), baru-baru ini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Encik Md. Za’nal Haji Misran yang juga Timbalan Pengerusi YPG bagi mewakili Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin. Setiap penerima mendapat sumbangan sebanyak RM150 merangkumi wang tunai dan barangan keperluan dapur bagi menyambut Hari Gawai. Selain dapat meringankan bebanan mereka, bantuan itu juga dapat membantu para penerima Walaupun berada di perantauan, namun masyarakat Dayak yang berasal dari Sarawak dan meraikan sambutan Hari Gawai turut diberi bantuan oleh MPPG. membuat persiapan menyambut Hari Gawai yang diraikan oleh kaum Dayak pada 1 Jun setiap tahun. Program itu juga merupakan satu inisiatif supaya rakyat dari kedua-dua negeri, iaitu Johor dan Sarawak dapat bersama-sama menyambut Hari Gawai dalam keadaan yang meriah. 6 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 7

Edisi JUN 2016 SERAMAI 283 nelayan di kawasan Pasir Gudang menerima bantuan Hari Raya berjumlah RM2,000 setiap seorang sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini. Bantuan daripada Tabung Yayasan Nelayan Johor itu di­ sampaikan oleh Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hajah Normala Abdul Samad, baru-baru ini. YB Hajah Normala memberi­ tahu, jumlah bantuan tersebut meningkat sekali ganda berbanding RM1,000 yang diberikan pada tahun lalu. “Diharap dengan bantuan ini, 283 nelayan Golongan nelayan di Pasir Gudang menerima bantuan sebanyak RM2,000 sebagai persediaan menyambut Hari Raya, baru-baru ini. Pasir Gudang terima bantuan raya RM2,000 sedikit sebanyak dapat meri­ ngankan beban mereka dalam membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya dan gunalah dengan bijak serta berbelanja secara berhemah,” katanya. Hadir sama pada majlis itu ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan, Datuk Mohamad Dolmat. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

[close]

p. 8

YPG beri bantuan Hari Gawai. Pembangunan Kampung Kuala Masai jadi projek perintis. YPG salur hampir RM3 juta bantu penduduk. Edisi JU >>JUN 2016 MPPG bantu balu, waris kakitangan sempena Aidilfitri. 8 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 9

UN 2016 Gotong-royong bersih kubur sempena Ramadan. 283 nelayan Pasir Gudang terima bantuan raya RM2,000. 30 peniaga sertai kursus pengurusan makanan. Pasaraya Mydin hulur sumbangan untuk anak yatim Taman Rinting. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

[close]

p. 10

Edisi JUN 2016 MPPG bantu balu, waris kakitangan sempena Aidilfitri MPPG sentiasa membantu dan menjaga kebajikan warga kerja dan waris mereka. SETIAP KALI menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) tidak pernah melupakan kakitangan, balu serta waris mereka yang memerlukan bantuan dengan menyumbangkan kuih-muih dan duit raya. Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran berkata, pada tahun ini seramai 19 keluarga terpilih menerima sumbangan berkenaan yang merupakan tradisi bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang telah dimulakan sejak tahun 2010. Menurutnya, pemberian sumba­ ngan itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada PBT tersebut, selain untuk berkongsi keceriaan menjelang kedatangan 1 Syawal. “Sumbangan ini diberi kepada kakitangan MPPG yang merupakan ibu atau bapa tunggal, selain kepada balu dan waris kakitangan yang telah meninggal dunia. “Selain bagi menceriakan pene­ rima, bantuan ini juga bagi memastikan hubungan silaturahim yang sedia terjalin kekal utuh, khususnya dengan waris bekas kakitangan,” katanya selepas merasmikan Majlis Ziarah dan Penyerahan Bantuan Menjelang Aidilfitri, baru-baru ini. Selain hamper, MPPG turut me­ nyampaikan duit raya kepada 17 kanak-kanak daripada keluarga penerima yang berusia di bawah 18 tahun. MPPG rai wakil media berbuka puasa BAGI menghargai peranan media negeri ini yang banyak membantu membuat liputan dan menyiar­ kan berita mengenai Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama wakil Kelab Media Johor (KMJ), baru-baru ini. Majlis yang diadakan di Restoran Sangkar Kristal itu diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran dan Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Amat. Hadir sama, Ahli-ahli Majlis MPPG yang diketuai oleh Ketua WHIP, Haji Abdullah Abdul Rahman. Encik Md. Za’nal berkata, majlis tersebut dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia MPPG mempunyai hubungan yang baik dan erat dengan wakill-wakil media di negeri ini. terjalin antara MPPG dan media negeri ini. Pada majlis tersebut, hadirin dijamu dengan pelbagai hidangan termasuk ayam penyet, soto, kambing panggang, kuih-muih, buah-buhan dan pelbagai minuman. 10 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 11

Edisi JUN 2016 Hampir 40 anak yatim dari Taman Rinting terima sumbangan raya JELAS terpancar kegembiraan pada wajah anak-anak yatim yang diraikan pada majlis berbuka puasa di Pasaraya Mydin, Taman Rinting, baru-baru ini. Selain dijamu de­ ngan pelbagai hidangan, anak-anak yatim dari sekitar Taman Rinting itu turut menerima sumbangan termasuk duit raya bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Saipol Rahman Amat. Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada anak-anak yatim serta bacaan kitab suci al-Quran. Kebajikan anak-anak yatim sentiasa diberi perhatian oleh pelbagai pihak terutamanya dalam bulan Ramadhan. Golongan asnaf, anak yatim diraikan KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah mereka yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila diraikan dalam majlis berbuka puasa sempena Ramadhan kali ini. Selain dijamu dengan pelbagai ­hidan­ gan, golongan asnaf, anak yatim dan pesakit kronik yang diraikan pada majlis yang diadakan di Surau As Sobirin,Taman Bukit Dahlia turut menerima sumbangan duit raya. Sumbangan yang dihulurkan merupa- kan derma daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu bagi membantu mereka membuat persiapan untuk me­ nyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini. Lebih bermakna, majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Saipol Rahman Amat. Selain dijamu dengan hidangan berbuka puasa, golongan asnaf, anak yatim dan pesakit kronik turut menerima sumbagan hari raya. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 11

[close]

p. 12

Edisi JUN 2016 Didikan agama mampu menjadikan generasi muda modal insan yang baik dan berkualiti. Program ‘Si Cilik Celik Ramadhan‘ didik kanak-kanak beribadah PENDIDIKAN agama yang baik amat penting bagi memastikan akidah dan pemantapan jiwa untuk generasi akan datang meng­ hadapi cabaran pada masa depan. Justeru, menyedari penting aspek keagamaan dan jati diri yang utuh, Jawatankuasa Zon Nusa Damai, Pasir Gudag telah menganjurkan program ‘Si Cilik Celik Ramadhan’ di Dewan Serbaguna taman berkenaan, baru-baru ini. Dalam program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi itu, peserta diajar cara membaca Al-Fatihah serta rukun-rukun dalam solat de­ ngan cara yang betul bagi membina keyakinan mereka dalam beribadah kepada Allah SWT. “Program seperti ini dilakukan bagi memberi dan meningkatkan penge­ tahuan yang betul terhadap keaga­ maan serta mengingatkan semula kepada mereka tentang cara beribadah,” Pengerusi Jawatankuasa Zon Nusa Damai, Hajah Haryati Ismail yang juga, Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Zon Nusa Damai, Encik Nooraizam Rowaji pula berkata, program seper­ ti ini seharusnya diadakan lebih ke­ rap kerana mampu memberi kesan positif terhadap kanak-kanak yang merupakan generasi Islam akan datang. “Mereka juga dapat menimba ilmu tentang keagamaan, sekali gus dap­ at mempersiapkan dan mendisiplinkan diri semasa mengharungi bulan Ramadhan, iaitu bulan yang mencabar bagi umat Islam,” katanya. Lebih bermakna, program berkenaan turut dirasmikan oleh Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Amat. MPPG raikan Orang Asli dari 4 buah kampung YAYASAN Pasir Gudang (YPG) meraikan masyarakat Orang Asli dari empat buah kampung dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian sumba­ ngan Hari Raya Aidilfitri di Surau Kampung Kuala Masai, baru-baru ini. Selain penduduk Kampung Kuala Masai, turut diraikan pada majlis berkenaan ialah warga Kampung Pasir Salam, Kampung Teluk Kabung dan Kampung Pasir Putih. Sumbangan yang bertujuan membantu meringankan beban para pe­ nerima untuk menyambut Aidilfitri kali ini disampikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. Masyarakat Orang Asli turut menerima bantuan bagi meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Selain barangan keperluan ha­ rian, para penerima turut menda­ pat sumbangan pakaian untuk me­ nyambut Hari Lebaran. Majlis yang turut dihadiri ketua-ke­ tua jabatan MPPG itu dimulakan dengan majlis bacaan tahlil. 12 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 13

Edisi JUN 2016 30 peniaga sertai kursus pengurusan makanan BAGI memastikan makanan yang dijual halal dan selamat untuk dimakan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama Principal Amity Management menganjurkan kursus pengurusan makanan di Dewan Serbaguna, Aras 1, Menara Aqabah, baru-baru ini. Kursus berkenaan disertai 30 peniaga yang ­men­ gusahakan bazar sempena bulan Ramadhan kali ini. Program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada para peniaga tentang cara yang betul bagi menjaga kebersihan semasa mengendali serta semasa membuat penyediaan makanan yang hendak dijual di Bazar Ramadhan kali ini. Selain itu, mereka turut di­ dedahkan dengan teknik yang­betul untuk mengen­ dalikan penyediaan makanan dari segi penyimpanan, tarikh luput barangan dan kebersihan diri. Bukan setakat memberi pendedahan dan mak- Para peniaga diingatkan sentiasa memastikan makanan dan minuman yang dijual bersih dan selamat dimakan. lumat tentang keburukan tidak me­ ngendalikan makanan den­ gan bersih, para peniaga juga mesti patuh kepada peraturan dan mereka akan dikenakan tindakan tegas sekiranya tidak menjaga kebersihan diri dan makanan yang dijual. Setiap peserta kursus hanya dikenakan barangan sebanyak RM50 dan layak mendapat sijil pengendalian makanan daripada penganjur. Majlis berbuka puasa Taman Desa Rakyat Perdana meriah SETIAP kali tiba bulan Rama­ dhan, pelbagai pihak me­ nganjurkan majlis berbuka puasa untuk meraikan Encik atau memberikan Md. Za’nal sumbangan kepa- menyampaikan sumbangan duit raya da golongan yang kepada golongan kanak- kurang bernasib kanak pada majlis berbuka baik seperti anak puasa di Taman Desa Rakyat Perdana, baru-baru ini. yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas. Tidak ketinggalan untuk memberikan sumbangan ialah Jawatankuasa Zon (JKZ) Taman Desa Rakyat Perdana yang dianjurkan di surau taman berkenaan, baru-baru ini. Majlis tersebut ditambah serin­ya dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran yang turut sertai moreh yang diadakan selepas itu. Nyata jelas terpancar senyuman kegembiraan pada wajah para pe­ nerima sumbangan yang terdiri dari­ pada fakir miskin, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal. Pada majlis tersebut, Encik Md. Za’nal turut menyampaikan watikah perlantikan ahli jawatankuasa Zon Taman Desa Rakyat Perdana yang baharu. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 13

[close]

p. 14

Edisi JUN 2016 Asingkan sampah ikut kategori SISA pepejal yang dibuang tanpa diasingkan mengikut kategori ditetapkan oleh pihak berkuasa bukan sahaja menyukarkan tugasan pengurusannya, malah akan menyebabkan penimbunan serta memendekkan jangka hayat tapak pelupusan sampah berkenaan. Ini kerana masih ramai isi rumah tidak mengasingkan sisa pepejal seperti tin, kertas dan plastik yang boleh di­ kitar semula. AHLI JKZ Scientex 1, Kumaravell a/l Krishna menerima sijil JKZ dan gembira menerima amanah dan tanggung jawab untuk sama-sama menjaga kebersihan zon. Menurut pegawai SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), Puan Nor Asyikin, orang ramai yang tidak men­ gasingkan sisa buangan mereka mengikuti kategori boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM1,000 dan boleh didakwa ke mahkamah sekiranya tidak membayar kompaun berkenaan. “Kompaun yang dikenakan bertujuan mendidik orang ramai supaya mengasingkan sampah berpunca di rumah supaya sisa pepejal itu dapat diuruskan dengan lebih baik,’ katanya. Pada majlis itu, penduduk Taman Scientex turut bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di Surau Ar Rahman, Jalan Camar yang dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran serta Ahli Majlis Zon Scientex 1, Encik Ong Kong Hong. Encik Md. Za’nal turut menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik serta menyerahkan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Zon Taman Scientex 1. Zon Cahaya Baru sumbang bubur lambuk kepada warga MPPG BUBUR lambuk merupakan salah satu juadah wajib pada bulan Ramadhan dan pelbagai pihak menghasilkannya untuk diagih-agihkan kepada orang ramai. Sempena bulan Ramadhan kali ini, Jemaah Masjid Tanjung Langsat turut tidak ketinggalan memberi sumbangan bubur lambuk kepada warga kerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Agihan berkenaan dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat MPPG di Dewan Serbaguna, Aras 1, Menara Aqabah. Nyata sumbangan berkenaan menceriakan warga kerja MPPG serta mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Kakitangan MPPG mengagih-agihkan bubur lambuk sumbangan Zon Cahaya Baru Tanjung Langsat, baru-baru ini. 14 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 15

Edisi JUN 2016 Gotong-royong bersih kubur sempena Ramadhan PENDUDUK di beberapa kawasan di sekitar Pasir Gudang mengadakan program gotong-ro­ yong membersihkan tanah perkuburan sempena kedatangan bulan Ramadhan kali ini. Program berkenaan turut disertai Setiausaha Maj­ lis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Saipol Rahman Amat yang turut melawat ke beberapa ta­ nah perkuburan berkenaan bagi meninjau keper­ luan di kawasan tersebut. Aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan telah dijalankan serentak di 10 buah tanah kubur di sekitar kawasan pentadbiran MPPG. Antaranya tanah perkuburan di Taman Cahaya Masai, Kampung Sungai Tiram, Kampung Kong-Kong Laut, Kampung Cahaya Baru Masai, Kampung Pasir Putih, Kampung Perigi Acheh, Kampung Tanjung Langsat dan Kampung Kuala Masai. Semasa lawatan berkenaan, Encik Saipol Rahman turut mendengar aduan dan cadangan daripada penduduk termasuk masalah bekalan air untuk digunakan semasa pengurusan jenazah, stor simpanan peralatan menggali liang lahad, pemasangan lampu limpah bagi meningkatkan pencahayaan semasa pengkebumian waktu malam dan pemasangan pagar bagi menghalang haiwan liar memasuki kawasan perkuburan. Orang ramai digalakkan menyertai pelbagai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. Selain itu, terdapat juga masalah pencemaran air di kawasan berhampiran tanah perkuburan Kampung Kuala Masai ekoran terdapat kawasan tanah pemaju yang menjadi kawasan pelupusan sampah yang turut memberi ancaman terhadap ternakan kupang yang diusahakan penduduk. Nyata program gotong-royong seperti ini diharap dapat lebih kerap dilaksanakan supaya segala masalah dapat diajukan dan diselesaikan dengan segera selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan antara masyarakat. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 15

[close]

Comments

no comments yet