Buletin MPPG April 2016

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPG April 2016

Popular Pages


p. 1

Pasir Gudang TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG APRIL 2016 Tabung Haji buka YPG bantu keluarga Zon Seri Alam 1 & 2 cawangan di Pasir Gudang Transformasi Pekan Masai

[close]

p. 2

Edisi APRIL 2016 PERUTUSAN Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang PENASIHAT Encik Md. Za’nal bin Haji Misran (Yang Dipertua MPPG) KETUA EDITOR Encik Saipol Rahman bin Haji Amat (Setiausaha MPPG) PENOLONG KETUA EDITOR Hajah Rahamah binti Mahmood (Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat) PENGARANG Encik Nazarul bin Jaafar PEMBERITA Encik Anuar bin Abd Ghani Puan Siti Zaleha binti Md Ghazali Encik Muhammad Hafiz bin Atan Encik Muhammad Iqbal bin Mohamed Cik Nur Lina binti Abd Karim Encik Muhammad Nor Azman bin Abdul Razak Encik Nur Salihin bin Salahuddin Encik Muhammad Shahrill Iqram bin Hishamuddin JURUFOTO Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut 3 Transformasi Pekan Masai 4 Tabung Haji buka cawangan di Pasir Gudang 5 YPG bantu keluarga Zon Seri Alam 1 & 2 6 Tinjauan pastikan khidmat Bas Muafakat Johor lancar 7 MPPG sasar jadi Bandar Hijau 8&9 Lensa MPPG April 2016 10 Pameran Busana Muslimah jadi tumpuan ramai 11 Pihak industri punca pencemaran Sungai Masai 12 Karnival Usahawan Kreatif dan Inovatif meriah 13 Penuntut UiTM Puncak Alam ‘berguru’ dengan MPPG 14 Penduduk Jalan Tembikai bergotong-royong bersih kawasan 15 Fast Fit Feast berlangsung meriah 16 Sukaneka 1Malaysia, futsal meriah sukan lasak Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG di talian h0u7bu-2ng5i4 7k7a7m7i atau hantar emel ke mppg@johor.gov.my Diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat DENGAN lafaz Bismillahi­ rahmanirahim saya mu­ lakan bicara kali ini dan Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia Allah SWT, maka sekali lagi saya dapat menco­ retkan sesuatu untuk pembaca setia BPG edisi April 2016. Teruskan minat anda untuk membaca BPG kali ini kerana segala paparan mengenai ke­ majuan dan perkembangan di Pasir Gudang akan dimaklum­ kan dari semasa ke semasa supaya setiap orang dapat mengetahuinya. Kedatangan bulan April secara tidak langsung bermaksud satu pertiga tahun ini telah berlalu dan sudah tentu banyak tuga­ san dan aktiviti yang dijalankan di sini bagi memastikan Pasir Gudang terus relevan de­ ngan perkembangan semasa. Kursus penyelanggaraan landskap se­ perti melibatkan cantasan pada dahan-dahan pokok yang dianjurkan oleh MPPG baru-baru ini merupakan salah satu program yang baik untuk memberi pendidikan dan menanam rasa kebertanggungjawaban kepada ma­ syarakat dalam penjagaan pokok-pokok yang ditanam di sekitar kawasan perbandaran. Ini kerana dengan adanya kawasan hijau yang lebih banyak secara tidak langsung oksigen yang lebih akan dihasilkan di Pasir Gudang dan berharap masyarakat yang sen­ tiasa sihat walafiat yang ingin kita lihat suatu hari nanti. Itulah sedikit sebanyak pengharapan di se­ balik menyebarkan ilmu berkaitan penjagaan pokok-pokok yang ditanam bagi memastikan sistem ekologi atau ekosistem khususnya di Pasir Gudang terus menceriakan kawasan pentadbiran MPPG. Justeru dalam memperkasakan perkhid­ matan yang diberikan kepada masyarakat se­ tempat dan untuk menjaga sebuah kawasan yang luasnya hampir 36 kilometer persegi atau 35,957 hektar dengan penduduk hampir 360,000 orang bukannya mudah. Perkhidmatan hakiki seperti menyelanggara jalan raya, menyediakan kemudahan awam, perkhidmatan kebersihan, perkhidmatan ko­ muniti dan sosial serta lain-lain memerlukan kaedah pengurusan yang cekap dan teratur serta komunikasi dua hala antara MPPG dan orang awam. 2 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Ini disebabkan MPPG dan ma­ syarakat setempat di bawah pen­ tadbirannya saling melengkapi antara satu sama lain. Justeru program ‘Walkabout YDP dan Ahli Majlis’ yang diadakan di Seri Alam awal bulan ini sebenarnya memberi gambaran awal MPPG sebenarnya peka dengan per­ masalahan yang timbul di kawa­ san pentadbirannya. Usaha itu juga merupakan langkah proaktif pihak penguru­ san untuk mengenal pasti perkara-perkara yang boleh diselesaikan dengan cara yang teratur dan seterusnya memberikan kepua­ san kepada pelanggannya. Isu-isu berkaitan perkhidmatan yang di­ bangkitkan akan diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memastikan kesejahteraan pen­ duduk sesuai dengan matlamat MPPG untuk mencapai taraf bandar raya suatu hari nanti. Oleh yang demikian, peranan pelantikan Ahli Maj­lis adalah untuk mengetuai sesebuah zon dan mejadi jambatan yang menghubung­ kan masyarakat di sesuatu kawasan dengan MPPG. Secara tidak langsung akan menjadi peng­ hubung bagi menyampaikan hasrat kerajaan untuk memaklumkan agenda-agenda pem­ bangunan supaya lebih berkesan dan efektif. Saya berharap Pasir Gudang akan te­ rus bergerak seiring dengan peredaran za­ man yang semuanya bergerak pantas dalam membangunkan aspek kerohanian, mentaliti, fizikal, sikap, daya usaha dan lain-lain supaya kita dapat berdiri sama tinggi dengan lainlain perbandaran yang telah menca­ pai taraf bandar raya. Sehingga bertemu kembali dalam edisi akan datang. Sekian. MD. ZA’NAL HAJI MISRAN YANG DIPERTUA MPPG

[close]

p. 3

Edisi APRIL 2016 Transformasi Pekan Masai PEKAN Masai bakal berubah wajah menjadi sebuah bandar satelit dalam tempoh tujuh tahun men­ datang dengan pembinaan projek Bandar Alam Masai yang giat diban­ gunkan ketika ini. Kedudukan Masai berhampiran ka­ wasan perindustrian menjadikannya pili­ han tepat untuk muncul sebagai bandar baha­ ru yang menjadi pelengkap kepada Pasir Gudang. Projek pembangunan di kawasan seluas 208 hek­ tar itu merangkumi 3,000 unit kediaman termasuk Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Rumah Komuniti serta bangunan komersial dan kawasan rekreasi. Majlis pelancaran projek pembangunan Bandar Alam Masai telah disempurnakan oleh Yang Amat Projek Bandar Alam Masai bakal melonjakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan serta mampu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat. Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd. Latiff Bandi; Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hajah Normala Abdul Samad; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran dan Pengarah Urusan Era Universe Development Sdn. Bhd., Encik Zulkifli Jafar. Projek pembangunan bercampur tersebut mem­ punyai nilai anggaran pembangunan kasar seba­ nyak RM4.2 bilion. YAB Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, projek pembangunan Bandar Alam Masai diyakini mampu mengatasi beberapa masalah di Pekan Masai, ter­ utamanya pembangunan secara ad hoc, kese­sakan lalu lintas, kekurangan tempat letak kendera­an serta sistem saliran. Beliau berkata, antara komponen yang turut dicadangkan adalah memindahkan terminal pe­ ngangkutan dan pasar awam sedia ada yang se­ ring menyebabkan kesesakan lalu lintas ke Bandar Alam Masai yang ternyata memberi faedah kepada penduduk Masai dan Pasir Gudang. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

[close]

p. 4

Edisi APRIL 2016 Tabung Haji buka cawangan di Pasir Gudang SATU lagi kemudahan disediakan kerajaan apabila berjaya ‘memujuk’ Lembaga Tabung Haji (TH) membuka cawangannya di Pasir Gudang, baru-baru ini. Lebih bermakna, cawangan TH yang ke-13 di negeri ini dirasmikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hadir sama pada majlis bersejarah itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail; Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hajah Normala Abdul Samad; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut; Pengarah TH Johor, Haji Mohd. Nasir Mohd. Yusoff dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. YAB Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, pembukaan cawangan itu dapat memenuhi pendeposit TH di kawasan Parlimen Pasir Gudang. Menurut beliau, jumlah pendeposit TH di negeri ini hampir mencecah sejuta orang dan seramai 100,000 merupakan pendeposit dari Pasir Gudang. “Menerusi Tabung Haji ini, tabungan orang Islam yang miskin mahupun yang kaya dapat diurus dengan baik dan menghasilkan pulangan sampingan. Dengan pulangan sampingan itu membolehkan mereka menjadi tetamu Allah,” katanya. Pembukaan pejabat cawangan Tabung Haji pasti memberi banyak kemudahan kepada umat Islam di kawasan Pasir Gudang. 4 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 5

Edisi APRIL 2016 Encik Md. Za’nal menyampaikan sumbangan kepada adik Mohd. Azril Mikhail, baru-baru ini. YPG bantu keluarga Zon Seri Alam 1 & 2 YAYASAN Pasir Gudang (YPG) telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga di Zon Seri Alam 1 dan 2, baru-baru ini. Sumbangan berupa keperluan dapur itu disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perb­andaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal­ Haji Misran. Hadir sama pada program itu ialah Pengurus YPG, Encik Sharul Akmal Johari dan Ketua Jabatan Pembangunan Masya­ rakat MPPG, Haji Adnan Abd. Gahni dan beberapa pegawai MPPG. Rombongan berkenaan turut mengunjungi adik Mohd. Azril Mikhail yang mengalami pe­ nyakit kulit sejak dilahirkan. Encik Md. Za’nal turut me­ nyampaikan sumbangan seba­ nyak RM1,000 dan barangan keperluan dapur bagi meri­ ngan beban keluarganya. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

[close]

p. 6

Edisi APRIL 2016 Selain meringankan beban sara hidup, perkhidmatan Bas Muafakat Johor mampu menarik lebih ramai rakyat negeri ini menggunakan pengangkutan awam. Tinjauan pastikan khidmat Bas Muafakat Johor lancar BAGI memastikan perkhidmatan Bas Muafakat Johor berjalan lancar di empat kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) mengadakan tinjauan mesra ke Terminal Bas Pasir Gudang di Masai, baru-baru ini. Program tinjauan berkenaan diketuai Naib Presiden Kanan Pembangunan Projek dan Perkhidmatan PAJ, Encik Azman Yahya dan turut disertai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. Encik Azman berkata, perkhid­ matan bas itu melibatkan kerjasama empat pihak berkuasa tempatan, iaitu MPPG, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). Menurutnya, sebanyak 30 buah bas disediakan yang merupakan salah satu usaha kerajaan nege­ ri membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup. Bas tersebut yang beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari turut menyediakan kemudahan perkhidmatan WiFi secara percuma selain dilengkapi kamera rakaman litar tertu­ tup. Setakat ini sebanyak 3,204 Kad Muafakat Johor telah dijual kepada orang ramai yang akan menggunakan perkhidmatan bas secara percuma di bandar raya ini dan jumlah itu dijang- 6 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG ka meningkat memandangkan seramai 10,100 orang sudah mendaftar secara dalam talian bagi mendapatkan kad berkenaan. “Orang ramai yang ingin mendapatkan Kad Muafakat Johor itu hanya dikenakan caj tahunan, iaitu RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan kanakkanak berusia tujuh hingga 17 tahun. Sementara itu, kanakkanak berusia enam tahun ke bawah adalah percuma,” kata­ nya.

[close]

p. 7

Edisi APRIL 2016 Encik Encik Md. Za’nal bergambar kenang- kenangan dengan para peserta , baru-baru ini. MPPG sasar jadi Bandar Hijau MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) berhasrat untuk menjadikan Pasir Gudang sebagai Bandar Hijau yang berkarbon rendah menjelang tahun 2020. Yang Dipertuanya, Encik Md. Za’nal Haji Misran berkata, usaha tersebut bukan perkara baharu dan beberapa langkah sudahpun diambil bagi memastikan MPPG terus maju ke depan. Selain usaha meningkatkan bilangan serta menyelenggara pokokpokok dan mencantikkan landskap, MPPG juga bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menjalankan kajian bagi merealisasikan hasrat berkenaan. “Kajian tersebut bertujuan untuk mengenal pasti spesies pokok yang boleh menyerap banyak karbon, sesuai dengan kawasan Pasir Gudang yang merupakan sebuah kawasan perindustrian. “Antara pokok yang dikenal pasti dan ditanam bagi mencapai tujuan itu termasuk pokok hujan-hujan, tekoma dan marawan siput jantan,” katanya selepas menutup Kursus Pengurusan Penyelenggaraan Landskap 2016 di Hotel Selesa Pasir Gudang, baru-baru ini. Hadir sama Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Haji Amat; Ketua Whip MPPG, Haji Abdullah Abdul Rahman dan ketua-ketua jabatan MPPG. Seramai 95 peserta dari seluruh negara mengambil bahagian dalam kursus selama dua hari itu. Encik Md. Za’nal yakin usaha MPPG untuk mencapai status Ban- dar Hijau berada pada landasan yang betul setelah pihaknya mene­ rima beberapa pengiktirafan di pe­ ring­kat kebangsaan. “Terbaru, MPPG menerima pengiktirafan daripada Institut Landskap Arkitek Malaysia sebagai sebuah bandar hijau menerusi Taman Rekreasi Sungai Buluh dan sebelum itu di Taman Bandar. “Bahagian Landskap MPPG juga telah mencipta alat bantuan mencantas dan pembancuh baja kompos yang juga diiktiraf di peringkat kebangsaan,” katanya. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

[close]

p. 8

Edisi APR Tinjauan khidmat Bas Muafakat Johor Tabung Haji buka cawangan di Pasir Gudang Sukaneka 1Malaysia dan Kejohanan Futsal Piala Kancil >>APRIL 2016 Karnival Usahawan Kreatif dan Inovatif 8 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG PAMERAN Busana Muslimah

[close]

p. 9

RIL 2016 Kursus Pengurusan Penyelenggaraan Landskap Karnival Usahawan Kreatif dan Inovatif Pelancaran Projek Bandar Alam Masai Sukaneka 1Malaysia dan Kejohanan Futsal Piala Kancil MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

[close]

p. 10

Edisi APRIL 2016 Pjaadmi teurmanpBuaunsarnama Maiuslimah JdrjIhuomkuha(TtihaYon-SaabuuPlbonBMnenusraarSp.)prMualPmryAei2katjmuaeull0anheimbrnssi1najlrniaailik6ehapliigPndmaamn,emaagaeitnanabirentendyRhlejefrguniaeunemirdaJardmsastgaanohaeyeeknpnhhekpcnbepaonhaaaPMulPeirrn,taetladias2bnnppdsajtpa0alegeaiihniamr1gsrlumamKa6GatarbPdah.oeiuukeuinemraassdrtrddahaaecaabpiinannsnnrndalaroedggniHhbassrkaa,daeaimesHnntanrrmmeairltgjPkrpauaajpuamauaneanuMtshnsrglalrdaPaaPisNnsmanotgauPuaorlasn2aPekkiGriap0ghrhmaa,nap,sngEGdsaeYoiendruoealarrarcadlranaoGaeitnAagnkgarihunabagyZdpwgapBdnaaaerneungea(annrMnlgrksmribghScliaePmu,laoAaammPJsrbrmileaaiiGmaaband.bnai-)ani-.aaa-d-t­. Pameran Busana Muslimah berjaya menampilkan fesyen terkini, khususnya bagi wanita berhijab. 10 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 11

Edisi APRIL 2016 ksPeuipdhaaaylakamtinidsdauuknsgmtraieidmyiambnuignamtnagelensbiyseiahbkbaibelakrtnaagnndpgaegnnucnteogmkjasawikraabn air. Semua pihak diminta jaga kebersihan sungai SEMUA pihak termasuk orang ramai dan industri diminta tidak membuang sampah-sarap dan air bagi memastikan pelepasan air kumbahan tersebut mematuhi piawa­ ian ditetapkan pihak Jabatan Alam Se­ ditetap berdasarkan Garis Panduan Sungai Kelas III oleh JAS. Menurutnya, Sampel A, B dan C, bahan toksik ke dalam sungai bagi kitar (JAS). masing-masing diambil di Kuala mengelakkan masalah pencemaran. “MPPG dan pihak berkaitan juga Sungai Masai, Jeti Kampung Pasir Yang Dipertua Majlis Perbandaran sentiasa berusaha meningkatkan Gudang Baru dan di bawah Jamba­ Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. kesedaran masyarakat tentang tan Lebuh Raya Pasir Gudang di­ Za’nal Haji Misran meminta semua pencemaran sungai untuk melahir­ analisis setiap bulan oleh Bahagian pihak memainkan peranan mas­ kan masyarakat yang bertanggung­ Alam Sekitar MPPG. ing-masing supaya tidak menjejas­ jawab,” katanya. “Selain itu MPPG juga akan terus kan kualiti kehidupan masyarakat, Dalam pada itu beliau mene­ mengadakan kempen kesedaran khususnya golongan nelayan yang gaskan bahawa berdasarkan ujian dan bekerjasama dengan penduduk bergantung hidup dengan hasil makmal terhadap sampel yang di­ dan pihak swasta untuk mengada­ tangkapan sungai. ambil di beberapa lokasi di Sungai kan gotong-royong membersihkan Baru-baru ini Encik Md. Za’nal Masai mendapati kualiti air sungai sungai bagi mengelakkan pencema­ mengetuai rombongan membuat berkenaan mematuhi piawaian yang ran,” katanya. tinjauan ke Sungai Masai setelah mene­ rima laporan dari­ pada penduduk me­ PARAMETER GARIS PANDUAN SG. MASAI A SG. MASAI B SG. MASAI C SG. MASAI A SG. MASAI B SG. MASAI C SG. KELAS III JANUARI JANUARI JANUARI FEBRUARI FEBRUARI FEBRUARI 2016 2016 2016 2016 2016 2016 ngenai pencemaran BOD 6.0 2 10 9 6 5 3 yang berlaku di su­ (mg/l) ngai berkenaan dan mendapati masalah itu bukan berpunca daripada pelepasan NH3-N 0.9 <0.1 <0.1 <0.1 <0.1 <0.1 <0.1 (mg/l) Pepejal 150.0 13 25 18 16 26 18 Terampai (mg/l) air kumbahan dari­ pH 5.0-9.0 7.2 7.4 7.4 7.0 6.9 6.7 pada Loji Kumbahan Taman Bukit Dahlia. Menurutnya, MPPG juga akan sentiasa mengambil contoh air dari loji tersebut yang menggunakan kaedah rawatan kumbahan secara biologi, iaitu penggunaan mikro­ organisma untuk me­ PARAMETER GARIS PANDUAN SG. MASAI A SG. MASAI B SG. MASAI C SG. MASAI A SG. MASAI B SG. MASAI C SG. KELAS III MAC 2016 MAC 2016 MAC 2016 APRIL 2016 APRIL 2016 APRIL 2016 BOD 6.0 4 4 4 3 2 4 (mg/l) NH3-N 0.9 <0.1 <0.1 <0.1 5.7 <0.1 <0.1 (mg/l) Pepejal 150.0 26 26 26 28 24 16 T erampai (mg/l) pH 5.0-9.0 6.5 7.5 7.5 7.7 7.3 7 ngurai dan merawat jadual bacaan indeks Sungai Masai adalah terkawal daripada pencemaran. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 11

[close]

p. 12

Edisi APRIL 2016 Karnival Usahawan Kreatif dan Inovatif meriah KARNIVAL Usahawan Muda Kreatif dan Inovatif yang diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat, khususnya penduduk di Pasir Gudang. Program dua hari tersebut dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama-sama persatuan-persatuan di bawah naungan KBS. Karnival tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran dan idea kreatif serta memupuk budaya inovasi dalam kalangan golongan muda di negeri ini, khususnya ke arah penghasilan kejayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat dengan matlamat melahirkan Masyarakat Berinovatif. Kumpulan sasaran prog­ ram meliputi semua lapisan masyara­kat seperti orang kurang upaya (OKU), wanita, belia, pelajar sekolah, komuniti, penduduk bandar dan luar bandar, penyelidik, badan bukan kerajaan dan pihak swasta. Bertemakan ‘Usahawan Muda Kreatif dan Inovatif’, program berkenaan dimeriahkan de­ ngan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan motosikal kreatif, jualan menerusi food truck, sole­ kan kreatif dan pameran. Karnival tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Warisan Johor, Yang Berhormat (YB) Datuk Zul­ kurnain Haji Kamisan. Karnival Usahawan Muda Kreatif dan Inovatif berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. 12 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 13

Edisi APRIL 2016 Penuntut UiTM Puncak Alam ‘berguru’ dengan MPPG BAGI memahami dengan lebih terperinci mengenai kaedah dan pelaksana­ an pengurusan perancangan bandar yang berkesan, seramai 46 orang penuntut Universiti Tek­nologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Shah Alam, Sela­ngor mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), baru-baru ini. Rombongan tersebut dihadiri oleh Pengarah Fakulti Pengurusan Seni Bina dan Perancangan Ukur, Profesor Madya Saniah Ahmad Zaki serta penuntut semester 8 fakulti berkenaan. Lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk membantu para penuntut membuat kajian, penilaian serta mendapat idea bagi mencetuskan kreativiti dalam cadangan memban­gunkan peranc­angan yang lebih berke­ san, inovatif dan memenuhi kriteria yang diperlukan dalam pengurusan. Taklimat berkaitan peranca­ ngan dan pembangunan kawasan pentadbiran MPPG kepada rombongan tersebut disampaikan oleh Pegawai Perancang Bandar MPPG, Encik Norfakaruddin Razi Sa’ari. Turut dibincangkan masalah-masalah dalam aspek pembangunan dan pengurusan yang perlu diselesaikan supaya mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan serta hala tuju MPPG dalam melaksanakan tugas seiring dengan arahan dan dasar kerajaan dari semasa ke semasa. Turut Hadir memberi penera­ ngan tentang perancangan perbandaran ialah Ketua Jabatan Perancang Bandar MPPG, Encik Nor Rahman Mustaffar. KipdueemnajbkuarennaggtuiafnndaankleabmaMnPkdaPalrGayndaginhaganrlpaeepbnimhunabmtauikpt uUdiamTnMeimnuobnvetaurtikifd.manermanecnacnegtuskan MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 13

[close]

p. 14

Edisi APRIL 2016 Aktiviti gotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan kawasan persekitaran, malah mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Penduduk Jalan Tembikai bergotong-royong bersih kawasan KIRA-KIRA 60 penduduk di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan bagi memusnahkan tempat yang berpotensi menjadi pembaikan nyamuk aedes. Program tersebut turut disertai Ahli Majlis Zon Kota Masai 3, Haji Herman Irmadi yang berharap usaha murni seperti itu perlu diteruskan oleh setiap lapisan masyarakat di sebuah komuniti. Sambil mengucapkan tahn­iah kepada penduduk yang turut serta, Haji Herman yakin program seperti itu dapat memberi kesedaran kepada penduduk setempat betapa pentingnya usaha mencegah penularan wabak denggi. Beliau turut berharap para penduduk sentiasa memberikan kerjasama kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam menjayakan program seumpama itu dan dapat dilaksa­ nakan setiap bulan kerana turut membantu mengukuhkan hubungan silaturahim antara mereka. “Tahniah dan terima kasih kepada MPPG atas kerjasama dan menjayakan program ini,” kata­ nya. 14 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 15

Edisi APRIL 2016 FbaesrtlaFnitgFseuansgt meriah BAGI memeriahkan sambutan Hari Keputera­an Sultan Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama penuntut Semester 5 Diploma Pen­ gurusan Majlis, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) me­nganjurkan program Fast Fit Feast di Aras 3, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, baru-baru ini. Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan seper­ Program Fast Fit Feast dapat menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Pasir Gudang. ti futsal, b o l a ja­ring, badminton dan memanah yang menawarkan ha­ diah lumayan berupa wang tunai, medal dan hamper. Turut diadakan jualan oleh food truck, car boot dan vendor selain pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Pasir Gudang. Nyata aktiviti yang dianjurkan mendapat sambutan baik daripada penduduk apabila acara futsal diser­tai 51 pasukan, 15 pasukan berentap dalam pertandin­ gan bola jaring, 24 regu acara badminton dan ramai yang mencuba bakat dalam acara memanah yang di­ jalankan secara walk in. Majlis penutupan program di­sempurnakan oleh Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti MPPG, En­ cik Syafiq Hanis Hamli dan Pemangku Ketua Jabatan Pelanco­ngan dan Hospitaliti PIS, Puan Zaiton Sarman. YDP rasmi Mesyuarat Agung Pertubuhan Khairat Kematian Taman Kota Masai PEGAWAI dan kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bukan sa­ haja sentiasa memberikan perkh­ idmatan terbaik, malah berusaha mengeratkan lagi hubungan de­ ngan semua lapisan masyarakat. Terbaru, Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran turut dijemput oleh Pengerusi Pertubu­ han Khairat Kematian Taman Kota Masai, Encik Aznan Sanip untuk merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-15 pertubuhan itu di Pusat Komuniti Jalan Ciku 13. Hadir sama dalam program yang bermula jam 8 pagi itu ialah Ketua Jabatan Pembangunan Masya­ rakat MPPG, Puan Hajah Ra­ hamah Mahmood dan Encik Anuar Abd. Ghani. Kesudian Encik Md. Za’nal me­ nerima jemputan tersebut nyata mendapat pujian penduduk yang turut memaklumkan tentang masalah yang dihadapi masyara­ kat di kawasan berkenaan. Encik Md. Za’nal dalam uca­ pan perasminan beliau berharap hubungan baik antara MPPG dan penduduk dapat dipertingkatkan dan berjanji pihaknya akan mem­ berikan khidmat yang terbaik. Encik Md. Za’nal bergambar kenangkenangan dengan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Khairat Kematian Taman Kota Masai, baru-baru ini. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 15

[close]

Comments

no comments yet