Buletin MPPG Mac 2016

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPG Mac 2016

Popular Pages


p. 1

Pasir Gudang TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG MAC 2016 Ilmu jadi ‘benteng’ hadapi cabaran masa depan Laman Ekstrem MPPG sasar untuk pelbagai aktiviti sukan lasak status 5 bintang

[close]

p. 2

Edisi MAC 2016 PENASIHAT Encik Md. Za’nal bin Haji Misran Yang Dipertua MPPG KETUA EDITOR Encik Saipol Rahman bin Haji Amat Setiausaha MPPG PENOLONG KETUA EDITOR Tuan Haji Adnan bin Haji Abd. Gahni PENGARANG Encik Nazarul bin Jaafar PENOLONG PENGARANG Encik Sharif bin Idros PEMBERITA Encik Mohd. Syafiq Hanis bin Hamli Encik Abdul Malek bin Ab. Aziz Encik Mohd. Hafiz bin Abd. Hamid Encik Nazry bin Arif Encik Mohd. Asri Akhmal bin Abd. Aziz Encik Aidizainudin bin Nasir Cik Riyana bt Rabu Cik Nuratiqah bt Ahmad JURUFOTO Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut 3 Ilmu jadi ‘benteng’ hadapi masa depan 4 Selamat bersara Aziz, Noradam 5 MPPG sasar status 5 bintang 6 Pusat Tuisyen Komuniti Taman Desa Rakyat 7 MPPG agresif baiki kerosakan jalan raya 8&9 Lensa Mac 2016 MPPG 10 Smart Food My Kasih ringankan beban hidup 11 Zon Kota Masai 1 aktif anjur gotong-royong 12 MPPG sambut baik laksana Town Hall 13 Pancaragam PGSB semakin popular 14 Kadar Sewa Kemudahan 15 MPPG komited tangani aduan orang ramai 16 Taman Ekstrem untuk pelbagai aktiviti sukan lasak Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke mppg@johor.gov.my PERUTUSAN Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang SYUKUR alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-NYA kita bertemu kembali dalam segmen Perutusan YDP dalam BPG Edisi Mac 2016 dan saya berharap semua peminat setia akan terus mengikuti perkembangan Pasir Gudang tidak kira di mana anda berada. Tahun 2016 telah memasuki suku tahun pertama dan dalam tempoh itu beberapa perancangan atau kerja yang perlu dilaksanakan harus dimulakan. Perkhidmatan kepada masyarakat (people centric) perlu menjadi teras supaya segala masalah yang dibangkitkan dapat diperhalusi dan diambil tindakan yang perlu. Fokus ini memerlukan MPPG melaksanakan ke arah corak pengurusan perkhidmatan yang lebih kreatif untuk menambah baik dan memurnikan sistem penyampaian ke arah memenuhi aspirasi dan harapan rakyat yang sentiasa meningkat menerusi pelan tindakan yang telah dirancang seperti yang termaktub dalam Pelan Perancangan Strategik MPPG 2015-2020. Dalam usaha untuk menjayakan fokus ini, peranan kita sebagai warga kerja MPPG amat penting dalam memberikan perkhidmatan yang tepat, menepati masa dan saksama kepada stakeholders. Menerusi pendekatan ini, ia memberi ruang untuk menghasilkan nilai tambah, keberhasilan dan impak yang positif kerana pendedahan kepada kejayaan atau sebaliknya boleh menjadi teladan dan iktibar kepada pihak lain. Justeru, sebarang usaha untuk memperkukuhkan penglibatan pelanggan akan diperbaiki agar komuikasi dua hala antara pihak pelanggan dengan MPPG berjalan dengan lancar. Pemuafakatan antara warga MPPG termasuk Ahli Majlis dan pelanggan terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan dapat memberi serta membantu mengatasi sebarang masalah yang timbul dengan efektif dan memuaskan hati. Saya penuh yakin dengan pembahagian zon-zon untuk Ahli Majlis bertugas adalah platform terbaik untuk mendekati rakyat dengan program-program yang boleh membina perpaduan dan keharmonian kaum. Secara tidak langsung, visi Pasir Gudang Bandar Sejahtera Tersohor bagi aspirasi jangka masa panjang untuk menjadikan kawasan pentadbiran MPPG sebagai sebuah Bandar Sejahtera yang dibangunkan secara mampan dengan ciri-ciri persekitaran bandar hijau serta mengutamakan sistem yang inklusif akan diberi keutamaan dalam hala tuju MPPG. Kita sebenarnya menyasarkan Pasir Gudang akan menjadi Bandar Tersohor bukan sahaja sebagai destinasi pelaburan, malah menjadi tarikan pelancongan dan penganjuran program-program bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Kesemua ini hanya boleh dicapai apabila warga kerja dan Ahli Majlis serta pengurusan berpadu tenaga bersama-sama untuk merealisasikan impian tersebut. Maka oleh yang demikian apabila terdapat programprogram turun padang oleh pihak pengurusan, inilah masa yang paling hampir untuk bertemu dan menyelesaikan masalah masyarakat. Penerangan dari semasa ke semasa sebenarnya dapat membantu memberi kefahaman terhadap agenda kerajaan untuk membangunkan rakyat dari semua aspek termasuk kerohanian dan fizikal. Maka saya sekali lagi menyeru supaya sasaran terhadap Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi setiap warga kerja dan Ahli Majlis dilipatgandakan lagi supaya berjaya mencapai sasarannya. Masa berlalu dengan cepat dan sudah pasti setiap detik yang berlalu lebih bernilai daripada selonggok emas yang bertaburan di depan mata. Justeru hanya dengan cara yang bijaksana dan kerja keras sahaja akan dapat memacu Pasir Gudang menjadi bandar raya tersohor suatu hari nanti. Sehingga berjumpa lagi pada keluaran akan datang. Sekian. MD. ZA’NAL HAJI MISRAN YANG DIPERTUA MPPG 2 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 3

Edisi MAC 2016 Ilmu jadi ‘benteng’ hadapi cabaran masa depan YANG Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ibu bapa mengasuh anakanak mereka dengan didikan ilmu yang mencukupi sebagai benteng menghadapi cabaran pada masa depan. Menurut beliau, anak-anak perlu menguasai ilmu kerana ia adalah ‘pagar’ paling mujarab dalam kehidupan untuk membentuk masyarakat yang berjaya dan dapat berbakti kepada bangsa, agama serta negara. “Ibu bapa perlu pastikan anakanak hadir ke sekolah dan mendapat didikan yang sempurna, terutamanya di peringkat sekolah rendah kerana peringkat ini adalah asas yang paling penting,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 2, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Pendidikan Negeri, Encik Aminuddin Adam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. Pada majlis tersebut, YAB Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas turut memaklumkan pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan pinjaman sebanyak RM1 juta kepada 54 penuntut yang melanjutkan pengajian ke luar negara termasuk Mesir, Indonesia, Jordan, Rusia dan India serta RM14.2 juta bagi 1,951 penuntut di dalam negara. Jumlah itu meningkat berbanding pinjaman sebanyak RM978,000 bagi 52 penuntut luar negara dan RM13.5 juta bagi 1,859 penuntut yang mengikuti pengajian dalam negara pada tahun 2015. Kpeenrdaidjiakaanndnaengekerimsaehnitriaasnagmoleonngguatnammaukdaan. aspek MMAAJJLLIISS PPEERRBBAANNDDAARRAANN PPAASSIIRR GGUUDDAANNGG 3

[close]

p. 4

Edisi MAC 2016 MPPG mendoakan Encik Aziz dan Encik Noradam dapat terus berjaya dan menjalani kehidupan yang baik selepas bersara daripada perkhidmatan mereka. Selamat bersara Aziz, Noradam SETELAH menyemai bakti sekian lama, dua kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tempat mereka mencari rezeki sebelum ini. Seperti kakitangan yang bersara sebelum ini, dua staf berkenaan, iaitu Encik Aziz Omar , 58, dan Encik Noradam Mohd. Shah, 56, turut diraikan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 di Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini baru-baru ini. Encik Aziz yang mula bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa N17 pada 17 Julai 1995 telah berkhidmat selama 21 tahun dengan MPPG. Beliau bersara pada 23 Februari lalu dengan menjawat jawatan sebagai Pembantu Penguat Kuasa N22. Encik Noradam pula sudah berkhidmat dengan MPPG selama 33 tahun mulai 1 November 1981 sebagai Buruh Penanda Sempadan D47. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara pada 19 Mac lalu ialah sebagai Pemandu Kenderaan H11. Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti mereka selama ini. Sijil penghargaan kepada mereka disampaikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Encik Abd. Wahab Riduan. 4 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 5

Edisi MAC 2016 Encik Md. Za’nal bergambar kenang-kenangan dengan kakitangan MPPG yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015. MPPG sasar status 5 bintang YANGDipertuaMajlisPerbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran meminta semua kakitangan supaya memberikan perkhidmatan berkualiti dan terbaik sebagai menyahut cabaran untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memperoleh status lima bintang. Beliau yakin sasaran itu mampu diperoleh pada tahun ini daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekiranya semua kakitangan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam semua aspek kepada pelanggan mereka, khususnya masyarakat di kawasan pentadbirannya. “Sekarang ini kita mendapat penarafan empat bintang dan tahun ini kita sasarkan untuk memperoleh lima bintang. Saya yakin kita dapat capai sasaran itu dengan syarat semua kakitangan MPPG perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP). “MPPG sebenarnya sudah ada platform yang baik termasuk infrastruktur dan kemudahan. Kita juga mahu mendekatkan masyarakat supaya mereka bukan sahaja merasai perkhidmatan yang diberikan, malah memahami serta tahu apa yang kita lakukan bagi menjadikan Pasir Gudang sebagai bandar yang gemilang, lestari dan sejahtera,” katanya pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPPG 2015, baru-baru ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Encik Ab. Wahab Ridwan di Dewan Serbaguna Taman Mawar. Pada majlis tersebut seramai 27 kakitangan daripada pelbagai jabatan menerima anugerah berkenaan, manakala 40 orang menerima sijil penghargaan serta dua orang kakitangan turut diraikan sempena persaraaan mereka pada tahun ini. Encik Md. Za’nal turut mengingatkan semua kakitangan MPPG supaya bekerja dengan ikhlas dan jujur dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat kerana tugas berkenaan juga merupakan satu ibadah. “Saya juga berharap supaya semua dapat meningkatkan kemahiran, ilmu dan pengetahuan dan kepakaran masing-masing seiring dengan perkembangan semasa agar dapat mengadaptasi dan mendepani cabaran yang semakin hebat,” katanya. MMAAJJLLIISS PPEERRBBAANNDDAARRAANN PPAASSIIRR GGUUDDAANNGG 5

[close]

p. 6

Edisi MAC 2016 Pusat Tuisyen Komuniti Taman Desa Rakyat SETELAHberjayameningkatkan tahap pendidikan golongan sasaran, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG) membuka sebuah lagi pusat tuisyen komuniti di Taman Desa Rakyat Perdana. Dengan kewujudan pusat berkenaan, kini jumlah pusat tuisyen komuniti yang berjaya ditubuhkan MPPG sebanyak lima buah yang memberi kelas tuisyen percuma bagi golongan memerlukan di kawasan pertadbirannya. YPG memperuntukkan sebanyak RM152,680 setahun bagi membiayai pusat tuisyen tersebut yang merangkumi bayaran tenaga kerja, utiliti dan alat bantu mengajar. Lima pusat tuisyen berkenaan memberi persiapan awal kepada pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru yang dikenal pasti mampu menggalas tugas mengajar dengan teknik pembelajaran terbaik, selain mempunyai komitmen tinggi dalam usaha meningkatkan tahap pelajaran pelajar tersebut. Program tuisyen percuma itu memberi fokus terhadap subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Lebih bermakna Pusat Tuisyen Komuniti Taman Desa Rakyat Perdana itu disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi YPG dan turut dihadiri Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran serta Ketua Whip MPPG, Haji Abdullah Abdul Rahman. INFO Lima Pusat Tuisyen Komuniti diwujudkan MPPG Pusat Tuisyen Komuniti Taman Cendana Pusat Tuisyen Komuniti Taman Air Biru Pusat Tuisyen Komuniti Kampung Pasir Putih Pusat Tuisyen Komuniti Sungai Tiram Pusat Tuisyen Komuniti Taman Desa Rakyat Perdana MPPG berharap mampu meningkatkan tahap pendidikan anak-anak golongan yang memerlukan menerusi skim tuisyen percuma yang disediakan. 6 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 7

Edisi MAC 2016 MPPG agresif baiki kerosakan jalan raya MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sentiasa bertindak proaktif menjalankan kerjakerja pembaikan jalan raya yang rosak supaya dapat memberi keselesaan kepada masyarakat. Bagaimanapun, dalam memenuhi tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja penyelanggaraan di sesuatu kleogrkiboaKaestsepradimer-kiljmjaoaanalksbaa-aajnakslikaklieahaayrnn.najnrdaagiya kawasan sudah tentu akan melibatkan banyak aspek yang perlu diambil kira bagi mengatasinya. Justeru, Jabatan Kejuruteraan MPPG perlu menangani masalah tersebut berdasarkan prosedur tertentu bagi melancarkan lagi kerja-kerja pembaikan tersebut. Jurutera MPPG, Nur Salihin kerosakan, jangkaan punca Salahuddin kerosakan, anggaran tempoh berkata, antara kerosakan telah berlaku dan punca kerosakan mengambil gambar serta sampel jalan raya lazimnya kerosakan bagi tujuan analisis, berpunca daripada katanya. wear and tear, kesan Seterusnya, perbincangan bebanan kenderaan dilaksanakan bagi melantik berat, pergerakan air, kontraktor untuk kerja-kerja pemeluwapan haba, struktur yang tidak kukuh dan hakisan oleh bahan kimia yang KddaeanlniPchaeanngtyegalinhenpbgeagrgaailrmaataeanmn-AapsseetritkaMalanPtakPnuGayklaietnibgnaydnaiygbauakniakan.knaynaobleerhsUifantit‘hIneddaiuvlusytldruiustyk’an,mkepeteuanmangbgajagmaiabkbraaialtnnan,dkikliboraasakjuektappyneaamnnddgbeaatnniekgglaaaanhnn, tumpah. kelulusan Yang Dipertua dan tempoh pembaikan dapat “Lazimannya, kos pembaikan kerosakan jalan raya diperhalusi sebelum pembaikan dijalankan. bergantung kepada tahap-tahap tertentu. Jika kerosakan “Pematuhan terhadap prosedur-prosedur yang telah yang kecil seperti lubang kecil tidak memerlukan kos ditetapkan oleh Standard Operasi Pembaikan kerja-kerja yang besar tetapi hanya membabitkan bawah RM10,000 penyelenggaraan jalan raya perlu diikuti bagi memastikan sahaja,” katanya. mutu kerja yang cemerlang dapat dihasilkan dan sekali Walau bagaimanapun, katanya, jika kerja-kerja gus jalan raya yang dibaiki mempunyai daya tahan yang penurapan jalan raya bagi jarak yang agak panjang dan lama. memerlukan penyewaan peralatan yang canggih seperti “Kita sedia maklum, mutu jalan raya di Pasir Gudang steamroll, lori dan lain-lain, kosnya boleh mencecah secara amnya berada dalam keadaan yang baik dan ratusan ribu atau jutaan ringgit. memuaskan kehendak penggunanya. Oleh yang demikian Sebelum kerja-kerja pembaikan dijalankan biasanya saya berharap mereka yang sering membuat aduan juruteknik penyelenggaraan jalan raya akan melakukan berkaitan kerosakan jalan raya dapat bersabar apabila penyiasatan yang merangkumi lokasi kerosakan, tahap menunggu tindakan daripada MPPG,” katanya. MMAAJJLLIISS PPEERRBBAANNDDAARRAANN PPAASSIIRR GGUUDDAANNGG 7

[close]

p. 8

Edisi MA 8 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 9

AC 2016 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

[close]

p. 10

Edisi MAC 2016 Program Smart Food My Kasih mampu meringankan bebanan kos hidup para penerima yang terdiri daripada golongan yang memerlukan. Smart Food My Kasih ringankan beban hidup BAGI meringankan beban golongan berpendapatan rendah, Yayasan Pasir Gudang (YPG) dan Yayasan My Kasih memperkenalkan program Smart Food My Kasih. Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, aspek keceriaan masyarakat di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan sahaja dalam bidang ekonomi, malah merangkumi semua perkara. Justeru, 14 yayasan di semua PBT di negeri ini telah menganjurkan pelbagai program dan telah dilaksanakan dengan berkesan, antaranya di wilayah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) seperti bantuan lampu LED, pusat tuisyen komuniti, subsidi tambang bas sekolah dan program Smart Food. Program Smart Food My Kasih ini menaja 120 buah keluarga pada tahun lepas dan diteruskan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM115,200 setahun bagi keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita RM350 ke bawah. Penerima pelbagai kaum ini terdiri daripada 80 keluarga dari kawasan Pasir Gudang dan 40 keluarga di Tebrau mendapat wang menggunakan cara elektronik menerusi kad yang diedarkan sebanyak RM80 sebulan dengan memberi barangan keperluan di pasar raya Redmart, Econsave dan IMCoop. Penerima bantuan juga secara automatik menjadi ahli IMCOORP dengan tajaan RM200 daripada kerajaan negeri. Dengan cara itu pihak kerajaan negeri akan memantau barang keperluan yang banyak digunakan oleh setiap keluarga dan memudahkan pihaknya untuk lebih proaktif membantu mereka. 10 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 11

Edisi MAC 2016 Zon Kota Masai 1 aktif anjur gotong-royong PENDUDUK di Zon Kota Masai 1 harus mendapat pujian kerana sentiasa aktif mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan perumahan mereka. Malah pada tahun lalu, hampir 8,000 penduduk di zon tersebut menyertai sebanyak 17 program gotong-royong dan mengumpulkan 38 tan metrik sampah-sarap bagi membersih dan menceriakan kediaman mereka selain memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyata amalan begini patut dijadikan teladan oleh semua pihak bagi memastikan kebersihan di tamantaman perumahan sentiasa terjaga dan bebas daripada kekotoran sampah-sarap. Menurut Ahli Majlis Zon Kota 1, Encik Lee Boon Chin, program gotong-royong yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada penduduk berbilang kaum. Hasilnya, kawasan paling aktif, iaitu Zon 5 yang bermula dari Jalan Ciku 28 hingga 33 telah meraih hadiah RM300 sebagai zon paling aktif di Kota Masai 1 dan diharapkan mampu mencetuskan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat, katanya dalam Program YDP dan Ahli Majlis Bersama-sama Masyarakat Zon Kota Masai 1, baru-baru ini. Program yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran itu dimeriahkan dengan kehadiran kia-kira 300 penduduk Kota Masai 1. Penduduk di kawasan pentadbiran MPPG sentiasa digalakkan menganjurkan aktiviti gotong-royong bagi memastikan taman perumahan mereka sentiasa bersih. MMAAJJLLIISS PPEERRBBAANNDDAARRAANN PPAASSIIMRRAGGJLUUIDDS AAPNNERGG- 11

[close]

p. 12

Edisi MAC 2016 Hubungan yang baik antara Pihak Berkuasa Tempatan dan masyarakat mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. MPPG sambut baik laksana Town Hall YANG Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran menyambut baik pelaksanaan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini. Menurut beliau, MPPG memang telah mengamalkan pendekatan seumpama itu sejak dua tahun lalu, iaitu program perjumpaan dengan tiga pihak utama, penduduk, pemain industri dan golongan peniaga di kawasan pentadbirannya. “Sesi Town Hall berserta enam teras dalam Pelan Transformasi PBT diyakini akan dapat meningkatkan hubungan dan persefahaman antara masyarakat setempat dan PBT. “Inisiatif sedemikian juga akan menimbulkan rasa kepunyaan (sense of belonging) terhadap penduduk, sekali gus membangkitkan rasa tanggungjawab dalam menjaga infrastruktur yang telah dibangunkan,” katanya. Beliau mengulas kenyataan YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang meminta PBT meningkatkan usaha mengatasi masalah masyarakat dengan mengadakan sesi Town Hall. 12 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 13

Edisi MAC 2016 Pancaragam PGSB semakin menyerlah PASUKAN Pancaragam Sekolah Menengah Pasir Gudang yang ditubuhkan hampir 10 tahun lalu semakin menyerlah dan sering diundang untuk membuat persembahan pada majlis-majlis rasmi termasuk acara perasmian sukan sekolah, pertandingan pancaragam dan majlis-majlis sekolah serta jabatan kerajaan. Nyata usaha hampir 60 pelajar gabungan empat buah sekolah menengah di Pasir Gudang, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3 dan SMK Taman Nusa Damai berbaloi apabila sering diundang untuk membuat persembahan di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru. Malah, baru-baru ini mereka turut diundang membuat persembahan pada Majlis Perasmian Sukan Intitusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2016) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Dikenali sebagai Pasir Gudang School Band (PGSB), mereka bertindak mengiringi perarakan masuk kontingen Majlis Sukan Universiti Awam (MASUM), Majlis Sukan Institusi Swasta (MASISWA), Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM), Partnership ASEAN Sports Council (PASC) dan lain-lain. Menurut Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Haji Adnan Abdul Gahni, PGSB diuruskan secara sistematik bagi memberi peluang kepada para pelajar Tingkatan 1 hingga 5 menunjukkan bakat dalam permainan alat muzik tertentu seperti saksofon, drum dan lain-lain. “Apa yang penting aktiviti yang dilakukan adalah sihat dan dapat membantu pelajar fokus terhadap perkara-perkara yang berfaedah. “Para pelajar yang menyertai PGSB juga dianggap sebagai menyertai kokurikulum sekolah dan tidak perlu lagi menyertai pasukan beruniform yang lain seperti kadet tentera, kadet bomba, pengakap, pandu puteri dan lain-lain kerana markah yang diberi sama seperti aktiviti lain,” katanya. Menurutnya, PGSB dilatih oleh jurulatih berpengalaman dalam pancaragama sekolah, iaitu Encik Sani Es Lee yang mempunyai pengalaman luas dalam pasukan pancaragam. Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Pasir Gudang sedang membuat persembahan di Majlis rasmi sekitar Pasir Gudang. MMAAJJLLIISS PPEERRBBAANNDDAARRAANN PPAASSIIRR GGUUDDAANNGG 13

[close]

p. 14

Edisi MAC 2016 Kadar Sewa Kemudahan Yang Disediakan Oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang Majlis Perbandaran Pasir Gudang bertanggungjawab menyedia dan mengurus Sewaan kemudahan Seperti Stadium tertutup Rumah Pangsa , Dewan Serberguna Dan Padang bola sepak. Berikut merupakan senarai Rumah Pangsa, Dewan Serbaguna, Stadium Tertutup Dan Padang Bola Sepak Berserta Kadar Harga yang disediakan oleh Pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang: KADAR SEWA RUMAH PANGSA BAGI INDIVIDU Jenis Unit Bayaran (RM) Sewa Bulanan Deposit Sewa (2 Bulan) Wang Proses Setem Hasil Rumah Pangsa Tmn Air Biru ( Blok 45-67) Dan ( Blok 25-44) 2 Bilik 230.00 460.00 50.00 4.00 2½ Bilik 280.00 560.00 50.00 8.00 3 Bilik 330.00 660.00 50.00 14.00 Rumah Pangsa Tmn Cendana ( Blok 13,16 & 19) 3 Bilik 330.00 660.00 50.00 Rumah Pangsa Tmn Mawar ( Blok 9) 3 Bilik 330.00 660.00 50.00 14.00 14.00 *Syarat –Syarat Penyewaan: Warganegara Malaysia Berumur 18 Tahun Ke atas. Berpendapatan tetap dan Bekerja. KADAR SEWAAN STADIUM PERBANDARAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Jumlah 744.00 898.00 1,054.00 1,054.00 1,054.00 KADAR SEWA RUMAH PANGSA BAGI SYARIKAT Jenis Unit Bayaran (RM) Setem Hasil Sewa Bulanan Deposit Sewa (2 Bulan) Wang Proses Rumah Pangsa Tmn Air Biru ( Blok 45-67) Dan ( Blok 25-44) 2 Bilik 320.00 2 ½ Bilik 380.00 3 Bilik 450.00 640.00 760.00 900.00 100.00 100.00 100.00 12.00 18.00 24.00 Rumah Pangsa Tmn Cendana ( Blok 13,16 & 19) 3 Bilik 330.00 660.00 50.00 14.00 Rumah Pangsa Tmn Mawar ( Blok 9) 3 Bilik 330.00 660.00 50.00 14.00 Jumlah 1,072.00 1258.00 1,474.00 1,054.00 1,054.00 *Dokumen yang Diperlukan: Surat Permohonan, Borang 49 & 24 Dan Salinan Kad Pengenalan (Ahli Lembaga Pengarah. Nota 1 & 2: Bayaran Deposit Eletrik & Air Adalah Urusan Sendiri. Deposit Eletrik Rm150.00( Bayaran Di TNB Pasir Gudang). Deposit Air Rm70.00 ( Bayaran Di SAJ Pasir Gudang ) LOKASI Stadium Perbandaran Pasir Gudang AKTIVITI Badminton , Sepaktakraw Bola Tampar, Bola Jaring Kawasan Paking ( Expo) Arena Tampa Hawa Dingin Arena Berhawa Dingin KADAR SEWA (RM) 1 jam – 12.00 1 jam – 15.00 1 Hari – 2,000,00 1 Hari – 1,500.00 1 Hari – 3,500.00 CAJ KEBERSIHAN (RM) Tiada Tiada 700.00 700.00 700.00 KADAR SEWAAN PADANG PERBANDARAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG LOKASI Padang Dataran Berhadapan Bomba Pasir Gudang MASA PENYEWAAN 2 Jam 1/2 Hari 1 Hari KADAR SEWA (RM) 80.00 125.00 250.00 DEPOSIT KEBERSIHAN (RM) Tiada Tiada 200.00 KADAR SEWAAN STADIUM PERBANDARAN & DEWAN SERBAGUNA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG LOKASI AKTIVITI Dewan Penyewaan Gelanggang Taman Mawar Penyewaan Dewan Dewan Taman Rinting Dewan Raya Seri Alam Jalan Suria Penggunaan Berbentuk Perniagaan Majlis Perkahwinan Penggunaan Berbentuk Perniagaan Penyewaan Gelanggang Majlis Perkahwinan KADAR SEWA HARI BIASA (RM) 1 Jam-18.00 1 Hari – 1,800.00 1 Hari - 400.00 1 Hari - 300.00 1 Hari – 700.00 1 Jam-6.00 1 Hari – 400.00 Dewan Raya Seri Alam Jalan Gunung Penggunaan Berbentuk Perniagaan Penyewaan Gelanggang Majlis Perkahwinan 1 Hari – 1000.00 1 Jam-6.00 1 Hari – 600.00 Dewan Raya Masai Penggunaan Berbentuk Perniagaan Penyewaan Gelanggang Majlis Perkahwinan Dewan Taman Cendana, Kg. Kopok Baru, Kota Masai Penyewaan Gelanggang Majlis Perkahwinan Dewan Taman Nusa Penyewaan Gelanggang Damai ,Scientex, Majlis Perkahwinan Tmn Pasir Putih Balai Raya Penyewaan Gelanggang Taman Air Biru Majlis Perkahwinan 1 Hari – 900.00 1 Jam-6.00 1 Hari – 400.00 1 Jam-8.00 1 Hari – 500.00 1 Jam-8.00 1 Hari – 600.00 1 Jam-8.00 1 Hari – 150.00 KADAR SEWA HARI CUTI AM / UMUM (RM) 1 Jam-20.00 1 Hari – 2,400.00 1 Hari - 400.00 1 Hari - 300.00 1 Hari – 700.00 1 Jam-6.00 1 Hari – 400.00 1 Hari – 1000.00 1 Jam-6.00 1 Hari – 600.00 1 Hari – 900.00 1 Jam-6.00 1 Hari – 400.00 1 Jam-10.00 1 Hari – 700.00 DEPOSIT DEPOSIT CAJ PERKHIDMATAN PENYEWAAN KEBERSIHAN KEBERSIHAN LANTAI/UTILITI (RM) Tiada 50% Dari Kadar Sewa 300.00 Tiada Tiada Tiada Tiada 500.00 50.00 Tiada Tiada Tiada 200.00 50% Dari Kadar Sewa Tiada 50% Dari Kadar Sewa 50% Dari Kadar Sewa Tiada 50% Dari Kadar Sewa 50% Dari Kadar Sewa Tiada 50% Dari Kadar Sewa Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada 200.00 50.00 Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada 115.00 Tiada 115.00 155.00 Tiada 155.00 125.00 Tiada 125.00 Tiada Tiada 1 Jam-10.00 1 Hari – 800.00 Tiada 1 Hari – 300.00 Tiada Tiada Tiada Tiada 300.00 Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada 200.00 Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada 14 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

[close]

p. 15

Edisi MAC 2016 SIAPA yang tidak pernah mendengar tentang aduan? Pasti semua orang pernah mendengar ataupun membuat aduan tentang perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati. Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) juga tidak terkecuali menerima pelbagai aduan daripada orang awam sama ada melibatkan perkhidmatan yang toMarnaPgnPagGnrikaamodmauiiatned diberikan secara langsung atau tidak kepada pelanggannya. Yang penting apabila aduan diterima, pihak pengurusan akan menangani masalah tersebut sebaik-baiknya supaya dapat memuaskan hati pihak pengadu. Secara keseluruhan sebanyak 1,637 aduan diterima oleh MPPG pada tahun 2015 dan daripada itu, 1,596 atau 97.49 peratus dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan antara dua hingga enam minggu dari tarikh aduan diterima kerana melibatkan prosedur dan kos tertentu yang perlu dipertimbangkan oleh pihak pengurusan MPPG. Baki sebanyak 41 aduan atau 2.51 peratus yang membabitkan agensi atau jabatan luar daripada MPPG mengambil tempoh untuk diselesaikan kerana melibatkanprosedurundang-undangdanpermohonan Berdasarkan analisis oleh MPPG, sebanyak 664 atau 40.6 peratus aduan diterima Pelbagai jenis aduan diterima oleh MPPg seperti masalah longgokan sampah dan anjing liar, pokok mati dan peruntukan tertentu bagi menyelesaikannya. Sebagai contoh, jika aduan tersebut berkaitan dengan masalah lampu jalan yang berada di bawah tanggungjawab agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), maka Unit Aduan Awam MPPG perlu mematuhi prosedur dengan memaklumkan kepada pihak berkenaan masalah yang dihadapi dan akan mengambil masa bagi menyelesaikan masalah tersebut. Tentu ramai yang tertanya-tanya, apakah jenis aduan yang sering diterima oleh MPPG? Untuk makluman, berkaitan dengan kejuruteraan, manakala melibatkan Jabatan Kesihatan Awam adalah 271 aduan atau 16.5 peratus serta berkaitan landskap sebanyak 211 kes atau 12.8 peratus. Aduan melibatkan penguatkuasaan meliputi 407 (24.8 %), Jabatan Kawalan Bangunan 22 (1.3 %), pengurusan harta dan penilaian 29 (1.7 %) manakala pengurusan am/pentadbiran sebanyak 33 (2.3 %). mereput di tepi jalan dan kegiatan Ah Long yan mengotorkan tempat awam dengan iklan haramnya yang menuntut MPPG mengambil tindakan bagi mengatasi masalah tersebut selepas mendapat aduan daripada orang awam. kebanyakan aduan tersebut melibatkan aspek Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aduan kejuruteraan, antaranya jalan rosak, tiang lampu jalan Awam & Pelanggan MPPG, Encik Saipol Rahman Haji rosak, masalah pengurusan septik tersumbat dan Amat, MPPG sentiasa komited dalam menyelesaikan lampu isyarat tidak berfungsi. aduan yang diterima kerana membabitkan imej korporat MPPG di mata orang ramai. “Kami mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali sebulan di peringkat MPPG dan sekali sebulan dengan Ahli-Ahli Majlis bagi menyelesaikan aduan tersebut. Saya berharap orang awam yang mengadukan sebarang masalah dapat bersabar kerana setiap aduan akan diteliti secara satu persatu bagi menyelesaikannya,” katanya. Masalah-masalah yang sering diadukan seperti jalan berlubang KIRI: Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan oleh Orang awam Maklumbalas Pelanggan MPPG bermesyuarat bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan berdasarkan aduan orang ramai yang dipengerusikan oleh En. Saipol Rahman Hj. Amat. MMAAJJLLIISS PPEERRBBAANNDDAARRAANN PPAASSIIRR GGUUDDAANNGG 15

[close]

Comments

no comments yet