Berita pasir Gudang Jun 2015

 

Embed or link this publication

Description

Berita pasir Gudang Jun 2015

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

sidang REDAKSI BERITA PASIR GUDANG PENASIHAT: Encik Md. Za’nal bin Haji Misran Yang Dipertua MPPG KETUA EDITOR: Encik Saipol Rahman bin Haji Amat Setiausaha PENOLONG KETUA EDITOR Tuan Haji Adnan bin Haji Abd. Gahni PENGARANG: Encik Nazarul bin Jaafar PENOLONG PENGARANG Encik Sharif bin Idros PEMBERITA: Puan Roslina bt Othman Encik Mohd. Syafiq Hanis bin Hamli Encik Abdul Malek bin Ab. Aziz Encik Mohd. Paudzi bin Sukami Puan Rosmahwati bt Kamardin Encik Mohd Hafiz bin Abd. Hamid Encik Anuar bin Abd. Ghani Puan Zanariah bt Basri Encik Nazry bin Arif Puan Nur Sriza bt Ghazali Encik Mohd. Asril Akhmal bin Abd. Aziz Cik Faradila bin Rosnan Puan Norfazilah bt Jamal Cik Riyana bt Rabu Cik Nuratiqah bt Ahmad JURUFOTO: Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut Perutusan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang SYUKUR kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita bertemu kembali dalam keluaran Jun ini. Sama ada sedar atau tidak, setengah tahun telah berlalu dan sudah tentu banyak perkara dan tanggungjawab kita laksanakan bagi menjayakan agenda pembangunan kerajaan yang sentiasa mengambil berat masalah rakyat. Dalam bulan ini kita juga menyambut kedatangan Ramadan yang sudah tentu mengajar semua supaya sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawab harian kerana semua maklum dalam keadaan dahaga dan lapar sedikit sebanyak menguji sejauh mana kita mampu melakukan tugasan dengan efisien. Pada Program Mesra Rakyat sesi pertama kali ini yang baru sahaja berlangsung, MPPG telah bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dalam memberi penerangan yang lebih menyeluruh tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang banyak diperkatakan masyarakat termasuk penjawat awam. Selain itu, wakil daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga diberi peluang menerangkan dengan terperinci tentang penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) supaya dapat difahami oleh sebahagian besar daripada mereka yang mewakili 24 Zon dalam kawasan pentadbiran MPPG. Isi Kandungan 3 MB Malam Amal 4 Sumbangan Kepada OKU 5 Sumbangan Ramadan 6 Yayasan Pasir Gudang Komited 7 Majlis Mesra Rakyat 8 LENSA 10 Lawatan Kerja PAGEMA 11 Penduduk Sg. Tiram 12 Sumbangan Dewan baharu Majlis Muafakat Belia India Johor 13 Program Local Agenda 14 Pasir Gudang Charity & Tourist Ride 2015 Agih Bubuh Lambuk 15 Motosikal Street Club 16 Sukan Anulae 2 Diharapkan penerangan yang diberikan oleh kedua-dua wakil tersebut dapat meningkatan kefahaman tentang dasar-dasar kerajaan yang menjadi pemacu bagi pembangunan negara, khususnya di Pasir Gudang. Kerajaan sebenarnya sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik, antaranya menyediakan kemudahan dan infrastruktur seperti jalan raya, premis perniagaan, hospital, pusat komersial, rekreasi, pendidikan dan sebagainya bagi memastikan hidup yang berkualiti dapat dikecapi oleh semua penuduk tanpa mengira kaum dan agama. Oleh yang demikian, perancangan MPPG bagi meningkatkan lagi kualiti hidup penduduknya perlu disokong untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berhemah, berdikari dan berwawasan serta mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Kesemua garis panduan untuk mencapai hasrat itu telah digariskan oleh MPPG, khususnya dalam Pelan Strategik 2015-2020 yang telah dilancarkan pada bulan lalu. Teras pertama yang perlu diberi perhatian adalah memperkukuhkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Justeru, saya menyeru supaya semua warga kerja MPPG menggembleng tenaga memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka kepada masyarakat supaya asas perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG akan sentiasa dikenang sebagai antara yang terbaik. Sempena keberkatan bulan Ramadan ini, saya menyeru supaya semua warga kerja terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Jumpa lagi dalam keluaran bulan depan. Sekian. MD. ZA’NAL BIN HAJI MISRAN YANG DIPERTUA MPPG

[close]

p. 3

Menteri Besar lancar Yayasan Pasir Gudang MAJLIS Makan Malam Amal dan Pelancaran Yayasan Pasir Gudang dihadiri lebih 600 jemputan termasuk diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Jemputan terdiri daripada pegawai kanan kerajaan negeri, pemimpin parti politik, pemimpin masyarakat serta pihak industri, khususnya yang mempunyai pejabat di Pasir Gudang. YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang turut melancarkan logo rasmi yayasan berkenaan pada majlis berkenaan. Beliau dalam ucapan meminta pihak berkuasa tempatan menjadi jambatan hubungan antara kerajaan dengan masyarakat. “Saya juga berharap semua jemputan industri yang hadir menjadikan Yayasan Pasir Gudang ini sebagai medium untuk melaksanakan tanggungjawab korporat sosial (CSR) masing-masing,” katanya. Hadir sama pada majlis itu ialah Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran. 3

[close]

p. 4

MPPG hulur sumbangan kepada 9 OKU Bekas Ahli Majlis MPPG, Datuk Abu Bakar Rashid (baju putih) bersama dengan YDP Pasir Gudang, Md. Za’nal bin Misran menyampaikan bantuan hamper dan kuih raya kepada OKU di Kampung Pasir Putih sempena Prohgram Ziarah dan Sumbangan Ramadan MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menghulurkan sumbangan duit raya dan kuih-muih kepada sembilan orang kurang upaya (OKU) yang menetap di Kampung Pasir Putih, di sini sempena Program Ziarah dan Sumbangan Ramadan baru-baru ini. Program tahunan yang mula diadakan sejak 2009 itu menyasarkan golongan kurang berkemampuan, khususnya OKU dan fakir miskin yang menetap di kawasan pentadbirannya. Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran berkata, program itu diadakan dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang yang bertujuan meringankan beban tanggungan mereka menjelang sambutan Aidilfitri ini. “Seramai empat OKU menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM1,500 setiap seorang, manakala lima yang lain menerima sumbangan berjumlah RM1,000 seorang berserta kurma dan kuih raya. “Kesemua penerima merupakan OKU sejak lahir dan salah seorang daripada mereka turut diberikan sebuah kerusi roda baharu,” katanya ditemui semasa program tersebut, di sini. Yang turut hadir, bekas Ahli Majlis MPPG, Datuk Abu Bakar Rashid. 4

[close]

p. 5

Bekas Ahli Majlis MPPG , Datuk Abu Bakar Rashid ( duduk dua dari kiri ) bersama YDP Pasir Gudang, Md. Za’nal bin Misran menyampaikan bantuan hamper dan kuih raya kepada OKU di Kampung Pasir Putih sempena Prohgram Ziarah dan Sumbangan Ramadan ‘Terima Kasih MPPG Sementara itu, bapa kepada seorang lagi penerima kerana bantu kami’ sumbangan, Abdul Rahman Salamon, 63, terharu dengan kunjungan dan sumbangan yang diberi MPPG sempena Ramadan tahun ini. BEBERAPA penerima sumbangan Ramadan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) “Sumbangan ini akan saya manfaatkan dengan bersyukur dan berterima kasih atas bantuan sebaik-baiknya dan terima kasih kepada semua yang dihulurkan bagi meringankan beban pihak yang terlibat,” katanya yang menggalas mereka. tanggungjawab menjaga anak bongsunya, Siti Nur Syazwani, 23, setelah kematian isteri kira-kira Ibu kepada dua penerima sumbangan tersebut, tiga tahun lalu. Nor Darimah Othman, 40, memberitahu, dua daripada enam anaknya merupakan OKU Sumbangan berupa duit raya dan kuih-muih itu yang menghidapi sakit saraf sejak dilahirkan. disampaikan oleh Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran. “Saya bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan ini kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga. “Wang yang diterima ini akan digunakan untuk membeli keperluan harian dua anak saya yang OKU, iaitu Azri Masri, 21, dan Putri Shakilah, 12, seperti makanan dan lampin pakai buang, selain sedikit persiapan Aidilfitri untuk menceriakan mereka,” katanya. Bekas Ahli Majlis MPPG, Datuk Abu Bakar Rashid (baju putih) bersama dengan YDP Pasir Gudang, Md. Za’nal bin Misran menyampaikan bantuan hamper dan kuih raya kepada OKU di Kampung Pasir Putih sempena Program Ziarah dan Sumbangan Ramadan 5

[close]

p. 6

Yayasan Pasir Gudang terus komited bantu golongan memerlukan YAYASAN Pasir Gudang sentiasa menjalankan pelbagai program termasuk menganjurkan kutipan dana untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti orang kurang upaya (OKU), pelajar, ibu tunggal dan masyarakat Orang Asli. Antara yang dilakukan yayasan berkenaan ialah mengadakan ‘Smart Food Programme’, iaitu bantuan sara diri kepada golongan yang kurang berkemampuan. Pelaksanaan program itu melibatkan Yayasan MyKasih, iaitu penggunaan sistem dan teknologi untuk diiplementasikan di dalam kawasan Pasir Gudang . YangAmat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang menandatangani banting sempena “Smart Food Programme ” di Pasaraya Econsave Taman Scientex Pasir Gudang Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang memberi sumbangan sempena “Smart Food Programme ” di Pasaraya Econsave Taman Scientex Pasir Gudang Setiap bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di pasar raya yang dilantik seperti Redmart, UO Superstore dan Econsave. Majlis penyampaian bantuan itu diadakan di Pasaraya Econsave Taman Scientex, Pasir Gudang oleh YangAmat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. Hadir sama Pengurus Operasi Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran dan Ahli Lembaga Pengarah Amanah Yayasan Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros. Seramai 100 keluarga terpilih menerima bantuan bulanan sebanyak RM80 bagi fasa pertama bermula bulan Jun hingga Disember tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM56,000. Pengurus Operasi Econsave Wilayah Selatan (kanan) menyampaikan mok cek kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sempena “Smart Food Programme ” di Pasaraya Econsave Taman Scientex Pasir Gudang 6

[close]

p. 7

Majlis Mesra Rakyat mampu erat hubungan Sebahagian daripada wakil penduduk di kawasan Pasir Gudang mendengar sesi taklimat daripada perwakilan dalam Program Mesra Rakyat di Menara Aqabah. KERJASAMA rapat antara Jawatankuasa Penduduk dengan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mampu mengeratkan dan meningkatkan lagi hubungan sedia terjalin sejak dahulu. Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran berkata, hubungan yang baik antara kedua-dua pihak akan memudahkan penyampaian dasar kerajaan kepada penduduk termasuk dalam pelaksanaan pembangunan di sesuatu kawasan. Justeru, beliau mengakui majlis pertemuan dengan wakil penduduk amat penting untuk menyampaikan mesej kerajaan bagi memaklumkan perancangan dan perkembangan terkini agenda pembangunan setempat yang dilaksanakan. “Sebagai contoh, jika kerajaan ingin membina sebuah dewan serbaguna atau jalan raya yang berkualiti, sudah tentu kerajaan akan melihat pelbagai aspek bagi mengukur tahap keutamaannya terlebih dahulu sebelum sesuatu projek dapat dilaksanakan seperti yang dilihat sekarang,” katanya pada sesi taklimat kepada perwakilan dalam Program Mesra Rakyat di Menara Aqabah, baru-baru ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Nusa Damai, Abdul Rashid Abdullah berkata, program seumpama itu dapat memberi peluang dan ruang masyarakat menyuarakan pandangan mereka tentang sesuatu perkara. “Dengan cara ini, hampir semua masalah yang dibangkitkan oleh perwakilan mendapat respons segera daripada pegawai yang hadir,” katanya. Majlis Mesra Rakyat berkenaan dihadiri lebih 250 wakil penduduk di kawasan Pasir Gudang dan wakil Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Sebahagian daripada wakil penduduk di kawasan Pasir Gudang sedang mendaftar pada sesi taklimat daripada perwakilan dalam Program Mesra Rakyat di Menara Aqabah. 7

[close]

p. 8

LENSA Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pasir Gudang, Datuk Maulizan Bujang menyampaikan duit raya kepada fakir miskin dan OKU di Menara Aqabah, Pasir Gudang Pasir Gudang Charity and Tourism Ride 2015 8

[close]

p. 9

JUN 2015 Sukan Anulae Majlis Muafakat Belia India Johor Smart Food 9

[close]

p. 10

Lawatan kerja PAGEMA ke Pulau Pinang PAGEMA Pasir Gudang melawat ke Pulau Pinang PASIR Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA) mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang baru-baru ini bagi mengetahui lebih lanjut peranan beberapa jabatan menangani kes-kes kecemasan. Pihak yang dilawati ahli rombongan PAGEMA ialah Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang serta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang bertujuan untuk mengetahui fungsi dan peranan Pasukan Tindakan Kecemasan (HAZMAT) dalam menangani kes tumpahan bahan kimia dan langkah-langkah mengawal bencana yang berlaku. Ahli rombongan seramai 69 orang terdiri daripada 10 jabatan kerajaan dan 19 industri itu turut diberikan taklimat oleh pegawai Majlis Perbandaran Seberang Perai tentang fungsi dan peranan pihak berkuasa tempatan itu menangani situasi kecemasan seperti memberi bantuan kepada mangsa banjir, kebakaran dan tanah tuntuh serta kes-kes kecemasan dalam kawasan industri. Rombongan PAGEMA bergambar beramai-ramai semasa mengadakan program lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang 10

[close]

p. 11

Penduduk Sg. Tiram diminta sedia terima perubahan YDP MPPG sedang menyampaikan ucapan di Program YDP dan Ahli Majlis MPPG bersama masyarakat di Sungai Tiram PENDUDUK Kampung Sungai Tiram, iaitu salah sebuah kampung tradisional yang terdapat dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) diminta bersedia menerima perubahan dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan di kawasan tersebut. Perkara itu telah diutarakan oleh Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran semasa menghadiri program YDP dan Ahli Majlis Bersama Masyarakat yang diadakan di kampung berkenaan baru-baru ini. “Menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menerusi MPPG yang berperanan sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan pembangunan minda dan fizikal setiap penduduknya diberikan keutamaan selaras dengan hasrat kerajaan yang sedang membudayakan program transformasi dalam semua aspek pentadbiran tanpa mengira tempat, penduduk atau pangkat seseorang,” katanya. Encik Md. Za’nal berkata, kawasan Sungai Tiram juga tidak terkecuali dalam menerima arus pembangunan pesat di negeri ini, lebih-lebih lagi ia berada dalam kawasan pentadbiran MPPG. Pada program tersebut, beliau turut menghadiri sesi dialog dengan penduduk bagi menerangkan dengan lebih jelas tentang dasar kerajaan seperti tujuan pelaksanaan cukai harta atau cukai taksiran di sesuatu kawasan, tanggungjawab kerjakerja penyelenggaraan dan lain-lain perkhidmatan masyarakat setempat. Para peserta yang hadir dalam program e-Kasih di Ahli Majlis Zon Sungai Tiram Selain itu, program YDP dan Ahli Majlis Bersama Masyrakat turut diserikan dengan pemeriksaan kesihatan percuma yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan daerah dan pendaftaran program e-Kasih bagi penduduk yang berkelayakan. Program tersebut dihadiri lebih 350 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kaum. Hadir sama, Ahli Majlis Zon Sungai Tiram, Hajah Norainee Ibrahim serta ketua jabatan MPPG. 11

[close]

p. 12

Taman Nusa Damai milik Dewan Serbaguna baharu MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) membina sebuah dewan serbaguna bagi kemudahan rakyat di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang. Dewan serbaguna yang terletak di Jalan Persiaran Damai Taman Nusa Damai itu dibina dengan kos RM2.8 juta dan siap sepenuhnya awal tahun ini. Berkeluasan 1,344 meter persegi, dewan serbaguna itu mempunyai sebuah dewan, tiga gelanggang badminton, ruang pejabat, bilik persalinan, Bilik VIP dan kemudahan asas yang lain. Majlis doa selamat dan penyerahan kunci dewan seberguna itu oleh pihak kontraktor, Permas Trading kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Roslan Yusof dan seterusnya diserahkan kepada Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran diadakan baru-baru ini. Hadir sama Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Haji Amat, ketua jabatan MPPG dan wakil penduduk Taman Nusa Damai. Majlis Muafakat Belia India Johor Para penderma darah di dalam Program Majlis JABATAN Perpaduan Negara dan Integrasi Muafakat Belia India Johor di Stadium Tertutup MPPG Nasional Negeri Johor dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menganjurkan Majlis Muafakat Belia India Johor di Stadium Tertutup Usaha itu juga bagi memperkasa generasi belia India supaya melibatkan diri dalam aktiviti positif yang membantu meningkatkan potensi mereka. MPGG, baru-baru ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Majlis yang dihadiri lebih 4,000 orang itu bertujuan (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk membantu kerajaan negeri menjalankan kajian terhadap keperluan, kecenderungan dan potensi belia India di negeri ini dalam tempoh lima dan turut dihadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R. Vidyanathan dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, 12 hingga 15 tahun akan datang. Datuk Zulkurnain Kamisan.

[close]

p. 13

Program Local Agenda Zon 1 Air Biru meriah Para peserta yang mengambil bahagian dalam program Local Agenda di Perjiranan 8, Taman AIr Biru, Pasir Gudang PROGRAM Local Agenda yang dianjurkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di pekarangan Dewan Terbuka Perjiranan 8 Taman Air Biru, Pasir Gudang baru-baru ini berlangsung meriah. Program dua hari anjuran MPPG dengan kerjasama UMNO Cawangan Perjiranan 8 dan Surau An Nur Perjiranan 8 itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan futsal, bola sepak, bola jaring, sukaneka, tilawah al-Quran, memasak dan karaoke serta pameran oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, Perkeso, SWM Environment Sdn. Bhd. Majlis perasmian program disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Yang Berhormat (YB) Hajah Normala Abd. Samad dan turut dihadiri Ahli Majlis Zon 1 Air Biru, Encik Dahari Hasan serta Pegawai Khas MPPG Zon 1 Air Biru, Encik Halim Nasaruddin. Setiausaha program, Puan Mariam Sagiman berkata, program yang dihadiri kira-kira 1,000 orang bertujuan meningkatkan kesefahaman, sokongan dan kerjasama antara komuniti dengan agensi kerajaan dan swasta. Kemuncak acara ialah persembahan dikir barat oleh kumpulan anak-muda Zon 1 Air Biru. 13

[close]

p. 14

Lebih 200 sertai Pasir Gudang Charity and Tourism Ride 2015 Para peserta yang mengambil bahagian dalam program Pasir Gudang Charity and Tourism 2015 LEBIH 200 orang menyertai program Pasir Gudang Charity and Tourism Ride 2015 yang dianjurkan Kelab Komuniti Sukan dan Rekreasi (SRCC) dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pasaraya Econsave, Hotel AB-Inn dan Motobina Sdn Bhd., baru-baru ini. Program tersebut bertujuan mengajak peserta mengamalkan gaya hidup sihat di samping menerapkan elemen pelancongan dengan mempermosikan produk pelancongan yang menarik di kawasan Pasir Gudang. Selain itu, kayuhan tersebut juga memberi peluang kepada peserta luar merasai dan melihat sendiri keindahan panorama di kawasan laluan yang menjadi tarikan pelancong seperti Bukit Layang-Layang, Kampung Pasir Putih dan Kampung Perigi Acheh. Program kayuhan sejauh 20 kilometer di sekitar Zon Tanjung Puteri itu diketuai Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran. Peserta kayuhan itu dilepaskan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Yang Berhormat (YB) Hajah Normala Abdul Samad. Program Agihan Bubur Lambuk En. Saipol Rahman mengadakan program gotong-royong membuat dan mengagih bubur lambuk kepada penduduk KRT Bersempena Bulan Ramadhan Al Mubarak 1436 Hijrah ,Gabungan KRT Taman Kota Telah Mengadakan Program Bubur Lambuk, Pada 21hb Jun 2015 bertempat di Balai Raya Jalan Delima, Aktiviti Gotong Royong Penduduk KRT Membuat Dan Menyediakan Bubur Untuk diagihkan kepada penduduk setempat. Agihan bubur lambuk disampaikan oleh Setiausaha Majlis Perbandar Pasir Gudang En. Saipol Rahman , Turut Hadir Mengagihkan Bubur Lambuk Ahli Majlis Kota Masai 3 MPPG Tn. Haji Herman Irmadi dan AJK KRT Taman Kota Masai. Bertempat di Bus Stand Taman Kota Masai Agihan Bubur Lambuk akan diberikan kepada warga Kota Masai bermula jam 3.00 Petang ,Sebanyak 1500 bungkus bubur lambuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat untuk juadah berbuka puasa. 14 Tn.Haji Herman Berkata ,program seperti ini dijalankan bagi memberi sedikit sebanyak pengalaman kepada warga KRT dalam penyediaan bubur lambuk diSamping mengeratkan lagi silatulrahim sesama penduduk di kawasan KRT Taman Kota Masai.

[close]

p. 15

Pertandingan Motosikal Street Cub jadi tumpuan Pengerusi Zon Kota Masai 3, Tn. Haji Herman Irmadi bersama para peserta yang mengambil bahagian dalam program Pertandingan Motosikal Street Cub sempena Hari Pekerja 2015 di Zon Kota Masai 3 SEMPENA Hari Pekerja 2015, Jawatankuasa Penduduk Zon Kota Masai 3 dengan kerjasama Aish Trading serta SC 167 Crew mengadakan pertandingan Piala Ahli Majlis Motosikal Street Cub Tercantik di pekarangan Kebayan Nenas, Taman Kota Masai. Pertandingan yang julung kali diadakan itu menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM2,000. Program tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan ‘busking’ dan mewarna. Dengan adanya pertandingan itu, masyarakat di sekitar Kota Masai berpeluang melihat secara dekat keunikan motosikal yang diubah suai. Kemunculan pelbagai motosikal yang menyertai kategori Kustom Terbuka, iaitu motosikal yang diubah suai secara ekstrem daripada bentuk asal berjaya menarik perhatian pengunjung. 15

[close]

Comments

no comments yet