Berita pasir Gudang Mei 2015

 

Embed or link this publication

Description

Berita pasir Gudang Mei 2015

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

sidang REDAKSI BERITA PASIR GUDANG PENASIHAT: Encik Md. Za’nal Haji Misran Yang Dipertua MPPG KETUA EDITOR: Encik Saipol Rahman Haji Amat Setiausaha PENOLONG KETUA EDITOR Tuan Haji Adnan Haji Abd. Gahni PENGARANG: Encik Nazarul Jaafar PENOLONG PENGARANG Encik Sharif Idros PEMBERITA: Puan Roslina bt Othman Encik Mohd. Syafiq Hanis bin Hamli Encik Abdul Malek bin Ab. Aziz Encik Mohd. Paudzi Sukami Puan Rosmahwati bt Kamardin Encik Mohd Hafiz Abd. Hamid Encik Anuar bin Abd. Ghani Puan Zanariah Basri Encik Nazry bin Arif Puan Nur Sriza bt Ghazali Encik Mohd. Asril Akhmal bin Abd. Aziz Cik Faradila Rosnan Puan Norfazilah bt Jamal Cik Riyana bt Rabu Cik Nuratiqah bt Ahmad JURUFOTO: Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut Perutusan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang SYUKUR kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita bertemu kembali dalam keluaran Mei 2015. Diam tidak diam masa berlalu dengan cepat dan tanpa sedari kita akan memasuki pertengahan tahun tidak lama lagi. Semua sedia maklum telah banyak program dan agenda yang dirancang oleh MPPG dilaksanakan dengan baik setakat lima bulan pertama ini. Pelbagai program kemasyarakatan seperti gotong-royong, sukaneka, sesi dialog dengan penduduk, acara berbasikal bersama komuniti, program YDP dan Ahli Majlis Bersama Masyarakat dan banyak lagi telah dijalankan. Ini semua menggambarkan satu perkara, iaitu untuk mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan dengan rakyat bagi memastikan maklumat yang tepat dapat disalurkan menerusi platform yang telah dinyatakan di atas. Pelancaran Pelan Strategik MPPG 2015-2020 oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Datuk Haji Abd. Latif Haji Bandi di Hotel Selesa, Pasir Gudang menandakan MPPG berada pada landasan yang betul untuk melonjakkan kemajuan Pasir Gudang ke arah pembangunan mampan dan sejahtera untuk penduduknya. Isi Kandungan 3 MPPG Pelan Teras 4 Mesyuarat Pengarah Malam Amal 5 MB- Rumah 6 Anugerah Inovasi 7 Australia - Hijau 8 LENSA 10 YDP turun padang 11 Kursus Peniaga 12 Karnival Pekerja 13 Gotong-royong Nusa Damai Cegah Denggi Jalan Tembikai 14 Tangkap Anjing 15 Perpustakaan 16 Penalty Kick Antara tujuh teras strategik yang digariskan oleh MPPG dalam memacu Pasir Gudang ke arah masa depan yang lebih gemilang ialah:- i. Memperkukuhkan perkhidmatan teras yang berkualiti tinggi ii. Membangunkan modal insan yang berkualiti dan kompetitif iii. Pengukuhan kedudukan kewangan iv. Memartabatkan Pasir Gudang di persada antarabangsa v. Merealisasikan Program Pembangunan Mampan vi. Mewujudkan persekitaran kehidupan yang kondusif vii. Meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan Menerusi tujuh perkara di atas, saya yakin MPPG akan dapat terus bersaing secara kompetitif dangan mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan yang lain ataupun pihak swasta dalam sama-sama menyumbang ke arah pembangunan negara. Apa yang digagaskan dalam Pelan Strategik MPPG 2015-2020 mampu dicapai dengan usaha yang akan dilaksanakan oleh kita semua dan secara tidak langsung dilihat seiring dengan Wawasan 2020 ditetapkan oleh kerajaan yang ingin melihat Malaysia menjadi negara maju pada masa itu. Justeru, saya mohon supaya apa yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan seperti yang dikehendaki. Oleh itu, kita semua sebagai penjawat awam perlu bersedia menjadi agen transformasi yang mampu menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan dengan lebih berkesan ke arah menjayakan agenda transformasi negara. Jumpa lagi dalam keluaran bulan depan. Sekian. MD. ZA’NAL BIN HAJI MISRAN YANG DIPERTUA MPPG 2

[close]

p. 3

your text here Pelan Strategik garis 7 teras utama 01 03 STAGE STAGE 02 STAGE 04 STAGE 05 STAGE MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menggariskan tujuh teras utama dalam Pelan Strategik MPPG 2015-2020 memantapkan lagi perkhidmatan dan pengurusannya, sekali gus mencapai visi menjadikan Pasir Gudang Bandar Sejahtera dan Tersohor. Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran berkata, tujuh teras tersebut adalah memperkukuhkan perkhidmatan teras yang berkualiti tinggi, membangunkan modal insan yang berkualiti dan kompetitif, pengukuhan kedudukan kewangan dan memartabatkan Pasir Gudang di persada antarabangsa. Selain itu, pelan strategik berkenaan turut menggariskan usaha merealisasikan program pembangunan mampan, mewujudkan persekitaran hidup kondusif serta meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan. “Pelan Strategik MPPG 2015-2020 dihasilkan menerusi kajian semula terhadap Pelan Strategik MPPG 2011-2020 melalui penilaian impak yang dilaksanakan mengikut zon Ahli Majlis dengan mengambil kira pandangan dan input daripada masyarakat di sekitar Pasir Gudang,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 dan Pelancaran Pelan Strategik MPPG 20152020 di Hotel Selesa Pasir Gudang, di sini baru-baru ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi yang mewakili Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Seramai kira-kira 60 kakitangan MPPG yang cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun lalu turut diraikan pada majlis tersebut. Md. Za’nal yakin ketujuh-tujuh teras tersebut mampu meletakkan Pasir Gudang di persada dunia yang sememangnya terkenal dengan pelbagai aspek termasuk pelancongan dan pembangunan. “Kita mahu menjadikan Pasir Gudang sebuah bandar yang dikenali dunia yang dibangunkan secara mampan bercirikan bandar hijau menerusi sistem sosial yang inklusif. Penglibatan masyarakat diutamakan serta mengambil pandangan mereka dalam menjalankan sesuatu perancangan,” katanya. Datuk Abd. Latif Bandi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri mewakili Menteri Besar Johor merasmikan Buku Pelan Strategik MPPG 2015 - 2020 3

[close]

p. 4

Menteri Besar pengerusikan mesyuarat YPG YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempengerusikan mesyuarat YPG YANG Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang (YPG) kali pertama bagi tahun 2015, baru-baru ini. Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Yang Berhomat (YB) Datuk Maulizan Bujang; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran dan Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Haji Amat. Menteri Besar Johor bergambar bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang Mesyuarat tersebut membincangkan pelbagai program yang akan dijalankan sepanjang tahun ini, antaranya Program Penukaran Lampu LED yang bertujuan untuk memberi penjimatan elektrik bagi 113 penerima program e-Kasih dan ‘Smart Food Programme’ iaitu bantuan berbentuk bantuan sara diri kepada 100 keluarga kurang berkemampuan. Turut hadir, Encik Muhammad Razif Ahmad, Puan Mariaton Ibrahim, Encik Azleen Ambros, Kapten (B) Kamaruddin Atan, Encik Sharul Akmal Johari, Dr. Mohd. Adnan Sulaiman, Dr. Lambak Tompang, Tuan Haji Omar Salleh dan Tuan Haji Adnan Abd. Gahni. YPG juga membuka Pusat Tuisyen Komuniti Sungai Tiram di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiram dan sedang berusaha untuk melancarkan laman sesawang yang dijangka diadakan pada bulan Jun ini. Majlis makan malam kumpul dana bangunkan kuil Orang ramai yang menghadiri majlis Makan Malam Amal di Pasir Gudang baru-baru ini HAMPIR 400 orang menghadiri Majlis Makan Malam Amal bagi mengumpul dana pembangunan Kuil Shree Maha Mariamman, Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), baru-baru ini. Majlis tersebut turut dihadiri Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Presiden MIC, Yang Berhormat Datuk Seri S. Subramaniam dan bekas Pengerusi Perhubungan MIC negeri, Datuk K.S. Balakrishnan. 4 Pihak penganjur, Encik S. Aadhayan berharap sumbangan yang dikumpul pada majlis itu dapat membantu mempercepatkan pembangunan kuil tersebut. Selain dijamu dengan pelbagai hidangan, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian.

[close]

p. 5

“KALAU tidak kita, siapa lagi yang dapat membela nasib rakyat yang telah meletakkan kepercayaan kepada kerajaan hari ini” 1,420 Rumah Mampu Milik dibina di Taman Scientex YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melakukan gimik perlancaran Rumah Mampu Milik di Taman Scientex Pasir Gudang SEBANYAK 1,420 unit Rumah Mampu Milik akan dibangunkan Scientex Bhd., di Taman Scientex Pasir Gudang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM184 juta dan dijangka siap menjelang tahun 2017. Daripada jumlah itu, 873 unit yang berkeluasan 115 meter persegi dijual dengan harga RM150,000 seunit, manakala 496 kediaman dengan keluasan 79.89 meter persegi berharga RM80,000 seunit. Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri komited mencapai sasaran 42,000 unit rumah mampu milik pada tahun 2018. “Pembinaan rumah mampu milik memberi peluang kepada mereka berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri. Kalau tidak kita, siapa lagi yang dapat membela nasib rakyat yang telah meletakkan kepercayaan kepada kerajaan hari ini,” katanya semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Rumah Komuniti Johor di Taman Scientex, Pasir Gudang baru-baru ini. “Kerajaan negeri komited ke arah memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi. Hasil kajian Pelan Suara Hati Johor mengesahkan bahawa lebih 50 peratus responden mahu memiliki rumah mampu milik mereka sendiri. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Yang Berhormat Datuk Abdul Latif Bandi; Pengerusi Scientex Bhd., Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim; Pengarah Urusan Scientex Bhd., Lim Peng Jin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. YAB Menteri Besar turut meminta kerajaan Pusat dan Bank Negara mengkaji semula polisi pemberian pinjaman perumahan terutamanya melibatkan pembelian rumah mampu milik bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri. YAB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membuat sidang media bagi menerangkan lebih lanjut Rumah Mampu Milik Beliau berkata, majoriti daripada 85,000 pemohon RMMJ memaklumkan mereka menghadapi masalah mendapatkan pinjaman berkenaan dan isu itu perlu diatasi segera. 5

[close]

p. 6

ANUGERAH INOVASI 34 pasukan sertai Pameran Inovasi dan Kreativiti Penganjur Pameran Inovasi & Kreativiti mampu melahirkan pekerja yang inovatif & berkemahiran tinggi SEBANYAK 34 pasukan yang mewakili pelbagai jabatan mengambil bahagian dalam Pameran Inovasi dan Kreativiti 2015 anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) baru-baru ini. Menerusi pameran itu, pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak MPPG dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat telah dizahirkan dengan jayanya. 6 Majlis tersebut turut dihadiri oleh delegasi panel penilai inovasi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar), Datuk Halimi Abdul Manaf. Rombongan tersebut dibawa melawat ke tapak pameran untuk melihat lebih dekat program-program yang dilaksanakan seperti Program Pusat Tuisyen Komuniti Percuma dan Program Pengkomposan Baja.

[close]

p. 7

MPPG belajar teknologi hijau di Australia Kunjungan ahli majlis dan pegawas majlis MPPG ke Sydney mampu menjana idea baru untuk memperbaharui pengurusan sisa pepejal di Pasir Gudang PEGAWAI Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengadakan kunjungan ke Sydney, Australia baru-baru ini bagi mempelajari dengan lebih dekat teknologi hijau yang lebih mesra alam di negara berkenaan. Rombongan seramai 35 orang yang diketuai oleh Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran itu turut disertai Ahli Majlis MPPG untuk melibat sendiri bagaimana konsep teknologi hijau diguna pakai di Australia, terutamanya dalam proses mengitar semula bahan buangan yang dapat dimanfaatkan oleh manusia. Nyata Majlis Bandaraya Sydney telah mengplikasikan teknologi kitar semula yang berkesan bagi pengasingan sisa pepejal dan matlamat MPPG adalah ingin mencapai 65 peratus kitar semula sisa buangan menjelang 2025. Tempat pembuangan sampah secara berasingan bagi bahan kaca, kertas dan plastik disediakan di tempat awam bagi memastikan kebersihan persekitaran Pasir Gudang yang sememangnya terkenal dengan kegiatan perindustrian yang mempunyai lebih 400 buah kilang pelbagai saiz dalam industri minyak dan gas, pembuatan, pengangkutan, oleokimia dan lain-lain yang sudah pasti menghasilkan bahan sisa buangan berskala besar. Justeru, MPPG merancang melaksanakan strategi baharu bagi membangunkan teknologi mesra alam di Pasir Gudang yang boleh memberi faedah kepada 300,000 penduduknya dan kepada lebih 80,000 pekerja di kawasan perindustriannya. 7

[close]

p. 8

L E N S A APMhraloisgNMyruaaasrjmlaaiskYDabDatemPdrsiadaZiamonna ObreuarcnkagepnraaanmamnaieRdnuJatmoetahrainohbgrMemsaaemrnpJduoehnMogirlaikr JMMoeahnkotareAnrdmiiMBaMaelalsajalmirs MRaujMlmisialiPhkeMJraoashmmopriaun 8

[close]

p. 9

Pe“rPtaEnNdAiLnTgYan sempenKaIChKa”ri buruh PerpdPuialsastwiparekaGlataiuajrdanaarmAnwgaiam royAokntgivcitei ggaohtodnegn-ggi m e i 2 0 1 5 MPPG ke Sydney, Australia 9

[close]

p. 10

Program YDP & Ahli Majlis Bersama Masyarakat Encik Saipol Rahman Haji Amat melakukan gimik pelancaran dengan mengecat tempat letak kenderaan pada program YDP dan Ahli Majlis bersama masyarakat di Zon Nusa Damai. BAGI mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) meneruskan Program Yang Dipertua dan Ahli Majlis Bersama Masyarakat di kawasan pentadbirannya. Yang terbaru, program itu diadakan di pekarangan Masjid Nusa Damai dan disertai Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Haji Amat yang mewakili Yang Dipertua (YDP), Encik Md. Za’nal Haji Misran. Encik Saipol Rahman yang menyertai aktiviti gotong-royong mengakui program itu amat penting dalam usaha mencapai pembangunan yang mampan, berkualiti dan seimbang. “Aktiviti sebegini juga dapat menyuntik semangat perpaduan antara berbilang kaum dan agama, sekali gus lebih menyemarakkan perasaan muhibah sesama jiran tetangga dan komuniti setempat,” katanya yang turut meluangkan masa melawat kawasan sekitar taman berkenaan. Turut hadir dalam program itu ialah Ahli Majlis Zon Nusa Damai, Encik Ong Kong Hong; Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Nusa Damai, Yang Mulia Tengku Daeng Imran Tengku Ibrahim serta beberapa ketua jabatan MPPG. 10 Encik Saipol Rahman Haji Amat dan JKP Nusa Damai bergambar bersama pasukan bola sepak Nusa Damai

[close]

p. 11

KURSUS PEMANTAPAN MINDA 25 sertai Kursus Pemantapan Minda Peniaga yang terpilih sedang mengikuti kursus bagi meningkatkan taraf kehidupan keluarga DALAM usaha meningkatkan taraf Seramai 25 orang mengikuti kursus tersebut termasuk enam hidup golongan yang memerlukan, penerima kiosk bergerak yang dipilih pada tahun ini. pelbagai usaha dilakukan Majlis Perbandaran Pasir Gudang Para peserta didedahkan dengan konsep perniagaan yang (MPPG) termasuk mengadakan teratur dan mempunyai matlamat jelas oleh Encik Syamsul Rijal Kursus Pemantapan Minda dan Jamil daripada Syamsul Management Consultancy. Peningkatan Jati Diri Peniaga e-Kasih. Kursus baru-baru ini yang diadakan di Dewan Serbaguna MPPG itu bertujuan membantu peniaga e-Kasih yang telah terpilih dan berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 11

[close]

p. 12

Karnival Hari Pekerja Parlimen Pasir Gudang meriah YB Normala (tengah) bergambar kenangan bersama para peserta yang menyertai Karnival Hari Pekerja Parlimen Pasir Gudang PEJABAT Parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menganjurkan Karnival Hari Pekerja Parlimen Pasir Gudang sempena sambutan Hari Pekerja 2015. Karnival selama dua hari yang berlangsung di Dataran Al-Hamra Pasir Gudang yang terletak di sebelah Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang turut mendapat kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang, Perbadanan Produktiviti Negara (MPC) dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia. Dianggarkan lebih 2,000 orang mengunjungi karnival berkenaan yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti gerai jualan, pameran oleh agensi kerajaan, pertandingan futsal, boling, karaoke dan larian amal. Pengunjung, khususnya golongan pencari kerja juga berpeluang mendapatkan maklumat lanjut bagi mengisi kekosongan jawatan yang 12 ditawarkan oleh pelbagai pihak. Pada malamnya, orang ramai diberi ‘santapan minda’ dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kapten (B) Datuk Haji Mohd. Najmuddin Elias Al–Hafiz. Karnival berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dan dihadiri Ahli Parlimen Pasir Gudang, Yang Berhormat Normala Abdul Samad.

[close]

p. 13

Gotong-royong Perdana Taman Nusa Damai KIRA-KIRA 300 orang menyertai program Gotong-royong Perdana di Taman Nusa Damai yang melibatkan kawasan Sejahtera, Sentosa, Kiara, Harmoni, Tenteram dan Riang baru-baru ini. Program yang berlangsung serentak di semua kawasan tersebut mulai jam 8 pagi itu diadakan sempena Program YDP Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Ahli Majlis Bersama Masyarakat. Penganjurannya diharap bukan sahaja untuk membersihkan kawasan persekitaran, malah bagi mengeratkan hubungan pihak MPPG dengan penduduk setempat serta menyemai kesedaran tentang peri pentingnya aspek kebersihan dalam kehidupan, mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan diri serta keluarga. Orang ramai diharap dapat menjaga kebersihan di kawasan masing-masing Antara aktiviti gotong–royong diadakan termasuk menyapu sampah di kawasan hadapan dan belakang rumah, membersihkan longkang yang tersumbat, menebang pokok, memotong rumput dan mengutip sampah-sarap di tepi jalan utama. Program gotong-royong tersebut selesai kira-kira jam 12 tengah hari dan penganjur berharap semua pihak sentiasa menjaga kebersihan di kawasan masing-masing selepas ini. CEGAH DENGGI JALAN TEMBIKAI Kerjasama erat penduduk dapat memastikan persekitaran sentiasa bersih JELAS terpancar kerjasama erat antara penduduk di Jalan Tembikai 26, 27 dan 28, Taman Kota Masai yang bersama-sama bergantung bahu membersihkan kawasan persekitaran taman mereka pada program gotong-rotong cegah denggi yang diadakan baru-baru ini. Lebih 100 penduduk menyertai program itu yang turut disertai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Zon Kota Masai, Tuan Haji Herman Irmadi Ismail. Penduduk berganding bahu bersih kawasan taman Tuan Haji Herman Irmadi berharap program seperti itu harus dijalankan setiap bulan kerana turut dapat membantu mengukuhkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat dan pada masa sama dapat menjaga kebersihan kawasan taman perumahan serta menghindari daripada penularan wabak denggi. “Ini merupakan usaha murni yang perlu diteruskan oleh setiap lapisan masyarakat dalam sesebuah komuniti. Dengan adanya aktiviti seperti ini, masyarakat dapat membersihkan kawasan perumahan mereka bagi mencegah dan membasmi wabak denggi serta memberi kesedaran kepada penduduk setempat,” katanya. 13

[close]

p. 14

Penduduk diminta memaklumkan dengan segera sekiranya melihat kehadiran anjing liar di kawasan masing-masing Operasi Tangkap ANJING LIAR pastikan keselamatan penduduk ANJING tidak bertuan atau anjing liar jika terdapat di kawasan sesebuah taman perumahan sudah pasti menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk. Haiwan tersebut ditangkap secara berhemah dan berperikemanusiaan dengan menggunakan tali, pancang dan penjerut. Itulah yang berlaku di beberapa kawasan perumahan yang terdapat di sekitar Pasir Gudang sejak lima bulan kebelakangan ini. Justeru, operasi menangkap kumpulan anjing liar dilakukan untuk menjaga keselamatan penduduk daripada serangan haiwan berkenaan, termasuk yang terbaru di sekitar Taman Nusa Damai, Taman Sceintex dan beberapa taman lain. Tiada ubat pelali digunakan dan selepas ditangkap haiwan tersebut akan dibawa ke pusat pengumpulan anjing liar bagi tujuan penghapusan. Dari Januari hingga Mei ini, sebanyak 351 ekor anjing liar telah ditangkap manakala pada tahun 2014, sebanyak 1076 ekor anjing tidak bertuan atau tidak berlesen turut ditangkap. 14

[close]

p. 15

Perpustakaan Awam MPPG jadi tumpuan masyarakat Perpustakaan Awam MPPG menyediakan pelbagai bahan bacaan untuk semua peringkat umur PERPUSTAKAAN Awam Baru Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) terus menjadi tumpuan orang ramai sejak dibuka pada akhir tahun lalu. Berdasarkan rekod, lebih 5,000 orang telah mengunjungi dan menggunakan khidmat perpustakaan tersebut hingga kini. Malah, sekolah dan Taman Didik Kanak-kanak (Tadika) turut mengadakan lawatan ke perpustakaan berkenaan yang menempatkan puluhan ribu bahan bacaan untuk semua peringkat umur. Antara sekolah dan tadika yang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke perpustakaan berkenaan ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Masai, Tadika Hanis, Tadika Bijak Si Kecil, Tadika Seri Nesa dan Tadika Kemas Permata. Sempena lawatan itu, murid-murid dan kanak-kanak berkenaan turut menjalankan aktiviti membaca sambil berhibur seperti menyusun keratan bergambar dengan bantuan kakitangan perpustakaan itu. Kanak-kanak Tadika membuat aktiviti membaca dan mengulangkaji di Perpustakaan Awam Pasir Gudang Kanak-kanak Tadika sedang menjalankan pertandingan mewarna di Perpustakaan Awam Pasir Gudang 15

[close]

Comments

no comments yet