Buletin MPPG April 2015

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPG April 2015

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

sidang REDAKSI BERITA PASIR GUDANG PENASIHAT: Encik Md. Za’nal Haji Misran Yang Dipertua MPPG KETUA EDITOR: Encik Saipol Rahman Haji Amat Setiausaha Perutusan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita berjumpa sekali lagi dalam segmen ini untuk edisi bulan April 2015. Dalam diam tanpa kita sedari satu per tiga daripada tahun ini telah berlalu. PENOLONG KETUA EDITOR Tuan Haji Adnan Haji Abd. Gahni PENGARANG: Encik Nazarul Jaafar PENOLONG PENGARANG Encik Sharif Idros PEMBERITA: Puan Roslina bt Othman Encik Mohd. Syafiq Hanis bin Hamli Encik Abdul Malek bin Ab. Aziz Encik Mohd. Paudzi Sukami Puan Rosmahwati bt Kamardin Encik Mohd Hafiz Abd. Hamid Encik Anuar bin Abd. Ghani Puan Zanariah Basri Encik Nazry bin Arif Puan Nur Sriza bt Ghazali Encik Mohd. Asril Akhmal bin Abd. Aziz Cik Faradila Rosnan Puan Norfazilah bt Jamal Cik Riyana bt Rabu Cik Nuratiqah bt Ahmad JURUFOTO: Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut Tentu banyak perkara dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh kita kepada masyarakat khususnya di Pasir Gudang. Saya percaya dan yakin semua warga kerja MPPG sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya kesannya dapat dinikmati bukan sahaja bagi organisasi, malah masyarakat setempat di Pasir Gudang. Usaha tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan persepsi positif dalam perkhidmatan awam yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara. Kerjasama erat dengan pihak swasta akan diteruskan seperti biasa kerana untuk memberi perkhidmatan yang baik dan cemerlang, keduadua pihak perlu menggembleng tenaga bagi memastikannya berjaya. Sejak kebelakangan ini negara secara amnya memberikan penekanan tentang konsep hijau atau teknologi hijau yang menggambarkan pendekatan baharu mesra alam bagi memastikan keadaan persekitaran yang sentiasa bersih dan mempunyai keseimbangan ekologi. Pasir Gudang memang sinonim dengan kawasan perindustrian, iaitu memiliki lebih 400 kilang yang terlibat dalam sektor minyak dan gas, oleokimia, biodiesel, pembuatan, elektrik, tenaga dan lain-lain. Sudah pasti kita memerlukan satu bentuk pengurusan teknologi hijau yang dapat terus mengekalkan keceriaan alam semula jadi yang bersih supaya penduduk terus dapat menghirup udara segar dan menjalani kehidupan yang sihat di sini. Isi Kandungan 3 YAYASAN MPPG 4 KOMUNITI MPPG 5 Kem Solat Berkualiti 6 Dialog Penduduk 7 MPPG - JBL 8 LENSA 10 Taklimat basmi miskin 11 Taklimat KRT Sentosa Nusa Damai 12 Gotong-royong Zon Dahlia 13 Teater Wira Samudera 14 Explore Race 15 Bola Jaring 16 Bola Kunjungan rombongan pengurusan MPPG bersama-sama Ahli-Ahli Majlis ke Sydney, Australia baru-baru ini untuk mempelajari dengan lebih dekat pelaksanaan teknologi mesra alam yang mampu meningkatkan tahap kebersihan alam semula jadi, khususnya di kawasan perindustrian seperti Pasir Gudang. Justeru, kita harus meningkatkan pengetahuan tentang proses kitar semula yang mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana bahan-bahan seperti plastik, kertas, tin, kaca dan sisa pepejal sebenarnya mampu memberi pulangan kepada kerajaan jika diuruskan dengan baik. Sebagai contoh, bahan buangan berasaskan kertas seperti surat khabar lama, kertas tisu dan lain-lain sebenarnya boleh diproses semula menjadi kertas dan mampu mendatangkan hasil apabila dijual semula. Begitu juga dengan kaca dan besi buruk dapat membantu mengurangkan risiko pencemaran alam semula jadi, khususnya di Pasir Gudang. Bagi memastikan supaya MPPG menuju ke arah tersebut, kita telahpun meletakkan tong-tong pembuangan sampah kitar semula mengikut kategori yang dikhaskan untuk kertas, kaca dan plastik untuk memudahkan proses kitar semula dijalankan. Diharapkan kunjungan ke tempat yang lebih efisien dari segi pengurusan teknologi mesra alam, maka Pasir Gudang akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Insya-Allah perkara itu boleh dilaksanakan oleh MPPG. Ibarat pepatah Melayu ‘Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Akhir kata mudah-mudahan hasrat kerajaan ingin memastikan ekosistem di negara kita bersih dan bebas daripada pencemaran dapat dijayakan kerana saya yakin sebagai penjawat awam yang mempunyai visi dan misi sudah pasti perkara yang terbaik dapat dilaksanakan. Sehingga berjumpa dalam edisi yang akan datang. Salam muhibah dan salam muafakat Johor daripada saya. MD. ZA’NAL BIN HAJI MISRAN YANG DIPERTUA MPPG 2

[close]

p. 3

YAYASAN MPPG komited bantu masyarakat Orang Asli Datuk Maulizan melancarkan program Tuisyen Komuniti Orang Asli baru-baru ini MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) terus komited membangunkan modal insan dan komuniti setempat termasuk memberi fokus terhadap pendidikan Orang Asli di tiga buah kampung. Bagi menjayakan perkara tersebut, MPPG memperkenalkan Tuisyen Komuniti Orang Asli Pasir Gudang yang melibatkan kirakira 100 anak Orang Asli di Kampung Pasir Salam, Kampung Pasir Putih dan Teluk Kabung. Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran berkata, program komuniti yang dilaksanakan Yayasan Pasir Gudang (YPG) itu berlangsung selama 10 bulan di Pusat Tuisyen Komuniti Orang Asli Kampung Parit Salam pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 hingga 10 pagi. “Program ini bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab sosial MPPG dalam memberikan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan bagi mengikuti kelas tambahan pendidikan akademik secara lebih teratur. Md. Za’nal berkata, tenaga pengajar bagi program berkenaan disediakan oleh beberapa jabatan yang terlibat secara langsung termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Tenaga pengajar akan dipilih dalam kalangan guru yang berpengalaman dan berkupayaan mengajar lebih daripada satu subjek serta mempunyai komitmen dalam membantu menaik taraf mutu pelajaran peserta yang terlibat. “Semua pelajar Orang Asli yang terlibat akan diajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti membaca, mengira, kebersihan diri, penampilan dan tatacara bercakap,” katanya. “Program ini juga untuk memupuk budaya pembelajaran yang efektif dan sihat bagi para pelajar komuniti Orang Asli untuk jangka masa panjang,” katanya selepas majlis perasmian program tuisyen itu yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Yang Berhormat Datuk Maulizan Bujang, di sini baru-baru ini. 3

[close]

p. 4

‘Terima kasih MPPG’ Salman Ento, 11 Datuk Maulizan Bujang merasmikan Program Tuisyen Komuniti Orang Asli Pasir Gudang anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Robert Wong Hon Fatt, 14 PROGRAM Tuisyen Komuniti Orang Asli Pasir Gudang anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama beberapa pihak mendapat sambutan baik daripada penduduk Orang Asli. Program selama 10 bulan itu melibatkan kirakira 100 kanak-kanak Orang Asli di Kampung Pasir Salam, Kampung Pasir Putih dan Teluk Kabung. Program komuniti di bawah Yayasan Pasir Gudang (YPG) itu dijalankan di Pusat Tuisyen Komuniti Orang Asli Kampung Parit Salam pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 10 pagi. Bagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Salman Ento, 11, program tersebut amat dinantikan kerana boleh menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai subjek dan kemahiran. Dia yang menetap di Teluk Kabung mengakui amat teruja untuk belajar bersama-sama rakanrakan, terutamanya tentang penampilan diri dan melakukan aktiviti secara berkumpulan. “Rasa gembira dan teruja. Saya rasa banyak benda boleh belajar seperti bagaimana jaga kebersihan dan penampilan diri,” katanya. Rakannya, Robert Wong Hon Fatt, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort turut gembira, khususnya ada aktiviti yang boleh dilakukan pada cuti hujung minggu. “Program sebegini juga bagus kerana mampu meningkatkan keupayaan diri masyarakat Orang Asli dalam pelbagai bidang dan kemahiran,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada MPPG yang membantu mereka. 4

[close]

p. 5

Mantapkan Iman dan bentuk sahsiah diri sejak kecil Peserta Kursus Kem Solat Berkualiti tekun mendengar penerangan yang diberi- kan oleh Ustaz Zulkiflee Sulong Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hjh Normala Samad (tengah) menyampaikan cenderahati kepada peserta kursus Solat Berkualiti di Masjid Jamek Zon Program Solat Berkualiti yang diadakan di Masjid Nusa Damai Jamek Zon Nusa Damai dilihat mampu memantapkan iman dan membentuk sahsiah kanak-kanak atau remaja muslim sejak kecil lagi kerana itulah tuntutan sebenar yang dianjurkan oleh islam. Program ini sangat berguna kerana ianya memberi keyakinan untuk kita menunaikan solat dengan betul sebagaimana yang dituntut oleh islam Seramai 60 peserta yang terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Zon Nusa Damai telah menyertai program ini yang bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. ‘Bacaan-bacaan yang tepat dengan tajwid yang betul telah diterangkan dengan jelas supaya dapat menambah keyakinan dalam mendirikan solat Terdapat banyak pengisian yang telah dikongsi bersama-sama anak Nusa Damai mengenai kaedah solat yang betul sebagaimana yang telah diajar oleh rasululllah S.A.W lebih 1400 tahun yang lalu. Beliau menyatakan, peserta diberi pendedahan secara teori dan praktikal dalam melaksanakan solat dengan betul seperti dari segi bacaan dan perbuatannya. ‘Latihan dalam kumpulan juga diberikan supaya mereka yakin dengan perbuatan mereka sehari-hari adalah tepat dan mengikut sebagaimana yang diajar oleh baginda rasulullah s.a.w. ‘Yang penting mereka kena tahu apa tujuan solat iaitu untuk mengesakan diri terhadap Allah S.W.T dan menjadi insane yang mematuhi perintahnya dan meninggalkan larangannya,’ katanya Semangat yang ditunjukkan oleh peserta dalam kursus ini amat baik untuk melaksanakan amal ibadat khususnya solat yang diwajibkan kepada kita semua sebagai muslimin dan muslimat. Semasa majlis penutupan, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hjh Normala Abd. Samad telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada yang semua yang terlibat. Hadir sama ialah Pengerusi Masjid Jamek Nusa Damai, En. Abdul Rashid Abdullah, Naib Ketua Wanita UMNO PasirGudang, Pn. Hjh Che Nooriah Ismail dan ibu bapa perserta 5

[close]

p. 6

Dialog penduduk Taman Flora Heights Dialog antara penduduk dan pihak berkuasa amat digalakkan untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit PENDUDUK Taman Flora Heights mengadakan dialog dengan pihak polis di Pos Polis Komuniti taman berkenaan baru-baru ini yang membincangkan pelbagai isu termasuk aspek keselamatan, kebersihan, infrastruktur dan isu semasa. Majlis itu dipengerusikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Puan Tea Huan Tian dan dihadiri Pegawai Zon Taman Flora Heights, Encik Norfakaruddin Razi Sa’ari dan Ahli Jawatankuasa Penduduk yang diketuai oleh Puan Chua Tian Cha dan Puan Rohaini Abdullah. Dalam perjumpaan itu, Ketua Balai Polis Seri Alam, Inspektor Mohd. Shabir Aling yang menjadi tetamu kehormat meminta penduduk setempat yang melihat orang mencurigakan atau menyaksikan kegiatan jenayah supaya menghubungi hotline polis di talian 07-3871422 atau 999 supaya tindakan segera dapat diambil. Masyarakat juga boleh mendapat bantuan di Pos Polis Komuniti Taman Flora Heights pada bila-bila masa jika diperlukan. 6 Selain itu, Inspektor Mohd. Shabir juga meminta penduduk yang ingin meninggalkan rumah khususnya semasa musim perayaan supaya menyertai ‘Program Rumah Selamat’ supaya pengawasan berkala terhadap rumah mereka dapat dilakukan. Menurutnya, program tersebut telah mendapat maklum balas yang baik, malah seorang penduduk yang baru berpindah ke Taman Flora Heights mengakui rumahnya telah dironda dan diawasi pihak berkuasa semasa beliau tidak berada di rumah dalam masa yang lama. Mengenai aduan berkaitan penyelenggaraan, kebersihan dan kesihatan juga dibangkitkan, Puan Tee Huan Tian berjanji pihak majlis akan mengambil perhatian dan tindakan segera menanganinya.

[close]

p. 7

MPPG Komited jadikan Pasir Gudang kekal kondusif MPPG berusaha memberi persekitaran yang kondusif untuk masyarakat setempat MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) komited untuk menjadikan Pasir Gudang sebagai sebuah kawasan yang mempunyai persekitaran kehidupan yang kondusif seiring dengan program Johor Bersih dan Lestari. Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran berkata, antara langkah yang diambil pihaknya termasuk merancang penubuhan sebuah unit khas yang akan memastikan kebersihan dan infratsruktur di MPPG berada dalam keadaan terbaik. Beliau berkata, dua fokus utama unit khas tersebut adalah untuk memastikan kebersihan alam sekitar sentiasa terpelihara serta semua infrastruktur awam berada dalam keadaan terbaik untuk kemudahan masyarakat. “Dalam usaha memberikan yang terbaik kepada penduduk Pasir Gudang, adalah penting bagi kami untuk memastikan persekitaran hidup yang bukan sahaja sihat, tetapi juga sejahtera. “Selain melibatkan tugas pemantauan dari semasa ke semasa, unit khas itu akan menerima aduan pengguna dan mengambil langkah proaktif dalam usaha menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya. Menurutnya, program Bersih dan Lestari yang merupakan cetusan idea Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertujuan memupuk kesedaran serta mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian. Encik Md. Za’nal mengakui cabaran yang dihadapi MPPG tidak sama seperti yang dialami pihak berkuasa tempatan (PBT) lain kerana Pasir Gudang bukan sahaja sebuah kawasan kediaman dan perniagaan, malah turut menjadi tumpuan perindustrian. “Cabaran utama MPPG adalah memastikan persekitaran kehidupan yang sihat dari segi kualiti alam sekitar, khususnya air dan udara kerana di sini menempatkan pelbagai kilang. “Antara langkah yang diambil termasuk penubuhan Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (Pagema) dan pemantauan berkala terhadap mutu udara dan air di sekitar Pasir Gudang,” katanya. 7

[close]

p. 8

LENSA APRIL 2015 Teater Muzikal Explore Race Johan BoHlSaOeSbTeeplaFahkCSembilan 8

[close]

p. 9

Peserta Keselamatan KRT Sentosa Peserta Kursus Kem Solat Berkualiti tekun mendengar penerangan yang diberikan oleh Ustaz Zulkiflee Sulong di PusPatrTouainPgsjayurserainarmnGKYouamTdyauuannsigaistniyOeranng Asli 9

[close]

p. 10

MPPG bantu basmi kemiskinan Penerima bantuan E-Kasih diharap dapat terus gigih berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat setempat meningkatkan taraf hidup khususnya bagi mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Baru-baru ini, Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran dan Ahli Majlis Zon Air Biru 3 turut turun padang menyertai Taklimat Pembasmian Kemiskinan Bancian e-Kasih dan Penerangan Yayasan Pasir Gudang di Balai Raya Taman Air Biru. Taklimat tentang usaha pembasmian kemiskinan dan bancian e-Kasih disampaikan oleh Pengurus Yayasan Pasir Gudang, Encik Sharul Akmal Johari. Yayasan Pasir Gudang turut membuka kaunter pendaftaran e-Kasih bagi memudahkan masyarakat yang layak mendaftar menyertai program berkenaan. Majlis tersebut dihadiri lebih 150 penduduk berbilang kaum. 10

[close]

p. 11

Keselamatan penduduk setempat sentiasa menjadi keutamaan dan bagi memastikan tahap kesedaran penduduk sentiasa berada di tahap yang baik pada Rukun Tetangga Sentosa, Nusa Damai (KRT Sentosa) telah berkerjasama dengan IPD Cawangan Seri Alam bagi mengadakan program keselamatan penduduk. KRT Sentosa peka keselamatan penduduk Kes-kes samun, rompakan, pecah masuk rumah dan berbagai lagi jenis jenayah semakin menjadi-jadi berlku di sekitar taman perumahan masing-masing. Justeru untuk memastikan ianya tidak berlaku terhadap diri kita atau ahli keluarga masingmasing, setiap orang perlu peka terhadap keselamatan di sekitar tempat tinggal. Pengerusi KRT Sentosa Nusa Damai, En. Hasan Ali, berkata, objektif utama program ini diadakan adalah untuk memastikan keselamatan diri dan ahli keluarga terjamin daripada unsur-unsur jenayah disekeliling kita. ‘Jenayah boleh berlaku bila-bila masa atau dengan tiba-tiba sahaja dan penduduk termasuk diri saya sendiri kena tahu bagaimana tindakan yang sesuai untuk mengelakkan daripada berlaku. Melalui taklimat ini, saya berharap semua akan dapat meningkatkan kawalan keselamatan dan jangan mengharapkan KRT atau pihak berkuasa seperti PDRM sahaja kerana diri kita sendiri boleh membantu mencegah jenayah. Sementara itu, ACP Pn Maznah Hj Mamisan, menjelaskan kawalan keselamatan atau rondaan oleh KRT adalah salah satu contoh untuk memastikan sesuatu kawasan dijagai dengan baik. Orang ramai melihat pameran aktiviti Rukun Tetangga Sentosa, Nusa Damai Beliau menambah, pemasangan alat penggera, kamera litar, lampu limpah, pengesan objek dan mungkin membela haiwan yang peka dengan kehadiran orang tidak dikenali sebenarnya membantu menjaga keselamatan sesebuah kediaman. ‘Sebagai contoh, missal kata saya ingin balik kampong semasa cuti perayaan saya boleh memaklumkan kepada balai polis berhampiran mengenai rumah saya yang kosong untuk tempoh empat hari dan pemasangan grill tambahan adalah salah satu alternatif untuk keselamatan penduduk. ‘Saya berharap akan lebih banyak program-program seumpama ini dapat diadakan kerana ia secara tidak langsung dapat memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk kita yang semakin menipis dari sehari ke sehari,’ katanya yang bertugas di sebuah kilang minyak di Pasir Gudang. Program Taklimat Keselamatan ini telah diadakan oleh KRT Sentosa dengan kerjasama Jiran Wanita Sentosa Nusa Damai dengan kerjasama PDRM IPD Cawangan Seri alam di bangunan PRT Sentosa Nusa Damai yang dihadiri oleh hampir 50 penduduk Jalan Sentosa. Turut diadakan ialah pameran keselamatan oleh KRT Sentosa dan PDRM IPD Seri Alam untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. 11

[close]

p. 12

KRT Zon Dahlia anjur gotong-royong cegah AEDES Acara senamrobik turut memeriahkan program gotong-royong Taman Bukit Dahlia KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Zon Dahlia dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk dan masyarakat di Jalan Sejambak 1 hingga 18 Taman Bukit Dahlia menganjurkan program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran bagi membenteras pembeiakan nyamuk aedes. Hadir sama menjayakan program tersebut ialah ahli-ahli jawatankuasa dan masyarakat setempat serta kakitangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Penduduk menyertai pertandingan mencari jentik-jentik Program tersebut dimulakan dengan acara senamrobik dan diikuti taklimat tentang bahaya wabak denggi dan cara pencegahannya yang disampaikan oleh pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Selepas itu, peserta membersihkan kawasan persekitaran secara bergotong-royong sambil menyertai pertandingan mencari jentik-jentik. Acara kemuncak program ialah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut dan majlis berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari. 12

[close]

p. 13

Teater Muzikal Wira Samudera diserbu orang ramai Teater Muzikal Wira Samudera mengisahkan kehebatan pahlawan bugis TEATER Muzikal Wira Samudera yang berlangsung tiga malam berturut-turut di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang mendapat sambutan hangat daripada penduduk negeri ini. Setiap malam lebih 3,000 orang yang datang dari seluruh daerah tidak melepaskan peluang menyaksikan teater muzikal tentang kehebatan pahlawan dan pemimpin ulung Bugis yang berhijrah ke Tanah Melayu pada abad ke-18 itu dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam sistem pentadbiran negeri hingga kini. Teater tersebut turut dijayakan oleh 20 pemuzik dan kumpulan koir daripada Yayasan Warisan Johor (YWJ). Pementasan teater itu diadakan sempena sambutan Hari Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan tiket adalah percuma. Teater muzikal arahan Onn Jaafar itu menampilkan gandingan hebat para pelakon, antaranya Ungku Ismail Aziz, Maya, Wan Maimunah, Jalil Hamid, Hadi Tahir dan Bandi Amuk. Ribuan penduduk menyaksikan pementasan Teater Wira Samudera 13

[close]

p. 14

‘MPPG Fun Explorace ’erat hubungan antara kakitangan Encik Md. Za’nal menyampaikan hadiah kepada pasukan pemenang pertandingan Explorace WALAUPUN sibuk dengan tugasan harian di pejabat, namun Biro Sosial Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sempat menganjurkan ‘MPPG Fun Explorace 2015’ untuk warga kerjanya baru-baru ini. Seramai 124 orang yang mewakili 26 pasukan terdiri daripada ketua jabatan, pegawai dan kakitangan mengambil bahagian dalam dua kategori, iaitu ‘outdoor’ dan ‘indoor’ yang dipertandingkan. Bertemakan ‘sukan dan pelancongan’, semua pasukan yang mewakili jabatan masing-masing diberi kad pembayang serta perlu menyempurnakan cabaran berbentuk menguji minda dan ketahanan fizikal. Bagi kategori ‘indoor’ pasukan daripada Jabatan Landskap muncul johan, manakala naib johan diraih pasukan daripada Jabatan Perancang Bandar. Tempat ketiga dan keempat, masing-masing dimenangi Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pelesenan serta Jabatan Penguasaan. Kategori ‘outdoor’ pula diungguli Unit Industri & Penyelenggaraan Aset, manakala naib johan dimenangi Jabatan Kemasyarakatan dan tempat ketiga serta keempat, masing-masing diraih Jabatan Landskap dan Jabatan Bangunan & Teknologi Makklumat. Hadiah keseluruhan yang ditawarkan berjumlah RM4,000 dan hamper. Program berkenaan dianjurkan bertujuan meningkatkan tahap kecergasan minda serta mengekalkan tahap kesihatan di samping memperkasakan semangat kekitaan dan mengeratkan jalinan ukhwah dalam kalangan warga kerja MPPG. 14 Pasukan pemenang gembira bersama hadiah masing-masing

[close]

p. 15

Mitec PG johan Bola Jaring AKSI final pertandingan Bola Jaring sempena sambutan Hari Kemahkotaan Sultan Johor antara pasukan Mitec PG dan Air Biru 1 berlangsung sengit. Bagaimanapun, perlawanan itu diungguli Mitec PG yang mewakili Zon Pasir Gudang Baru dengan jaringan 14-12. Tempat ketiga dimenangi Taman Kota Masai 3 yang menewaskan pasukan Flower Power dengan jaringan 14-5. Dengan kemenangan itu, Mitec PG membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, manakala Air Biru 1 berpuas hati dengan RM700. Taman Kota Masai 3 pula meraih hadiah wang tunai RM500 dan Flower Power memperoleh RM300. Sebanyak 11 pasukan menyertai pertandingan berkenaan. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. Hadir sama Ahli Majlis Zon Kota Masai 3, Haji Herman Irmadi Ismail; Ahli Majlis Zon Cahaya Masai, Hajah Ilhazarah Mohd. Yusof; Ahli Majlis Zon Flora Height, Puan Tea Hua Tian dan Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Hj. Amat. Pasukan Mitec PG menjuarai pertandingan Bola Jaring pada tahun ni 15

[close]

Comments

no comments yet