Buletin MPPG Mac 2015

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPG Mac 2015

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

sidang REDAKSI BERITA PASIR GUDANG PENASIHAT: Encik Md. Za’nal Haji Misran Yang Dipertua MPPG KETUA EDITOR: Encik Saipol Rahman Haji Amat Setiausaha PENOLONG KETUA EDITOR Tuan Haji Adnan Haji Abd. Gahni PENGARANG: Encik Nazarul Jaafar PENOLONG PENGARANG Encik Sharif Idros PEMBERITA: Puan Roslina bt Othman Encik Mohd. Syafiq Hanis bin Hamli Encik Abdul Malek bin Ab. Aziz Encik Mohd. Paudzi Sukami Puan Rosmahwati bt Kamardin Encik Mohd Hafiz Abd. Hamid Encik Anuar bin Abd. Ghani Puan Zanariah Basri Encik Nazry bin Arif Puan Nur Sriza bt Ghazali Encik Mohd. Asril Akhmal bin Abd. Aziz Cik Faradila Rosnan Puan Norfazilah bt Jamal Cik Riyana bt Rabu Cik Nuratiqah bt Ahmad JURUFOTO: Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut Isi Kandungan 3 SKOR A 4 MUAFAKAT 5 KIOS PENJAJA KIOSK PENERIMA 6 MAULUD BISTARI MAULUD TMN AIR BIRU 7 TAHUN BARU CINA 8 LENSA 10 AL-FATIHAH 11 AUDIT LAWATAN MBMB 12 FOCUS GROUP 13 SANITARY LANDFILL 14 SARANG BUAYA 15 SWEET CAFE 16 KEJORA FC Perutusan Yang Dipertua Majlis PerbandaranPasir Gudang ALHAMDULILLAH dengan izin Allah SWT sekali lagi kita dapat bertemu kembali bagi Edisi Mac 2015 ini. Semua dapat merasakan masa cepat berlalu dan kita telah mengharungi suku yang pertama tahun ini. MPPG juga tidak terlepas dengan pelbagai program besar yang telah kita laksanakan seperti FLLSPG pada bulan lepas, program Skor A Terminal Sejahtera, Pelancaran CCTV dan pelbagai program kemasyarakatan di zon-zon yang terdapat di Pasir Gudang seperti gotong-royong, sukaneka dan lain-lain lagi. Kesemua program yang dianjurkan ini sebenarnya adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan kita semua. Sebagai sebuah agensi kerajaan sudah tentu orang di sekeliling kita mahu melihat apa yang telah dilaksanakan di sini dari semasa ke semasa dan apa impaknya kepada mereka. Maklum balas yang diterima daripada penduduk sebenarnya amat berguna kerana ia adalah ‘first hand info’ yang kita sebagai pentadbir dapat mengetahui secara terus tanpa melalui halangan daripada pihak lain. Mereka sebenarnya secara tidak langsung telah menjadi mata dan telinga kita bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang berbangkit. Memang tidak dinafikan bukan semua masalah dapat diselesaikan 100 peratus dalam tempoh yang ditetapkan kerana terdapat faktor-faktor lain seperti kos, logistik, bekalan, kepakaran, perhubungan dan banyak lagi. Namun kita sebagai penjawat awam yang berkhidmat kepada masyarakat perlu mengambil inisiatif bagi menyegerakan penyelesaian tersebut. Apabila kita bertindak dengan pantas secara tidak langsung ia akan memberi kesan positif dan menaikkan imej kita dalam memberikan perkhidmatan awam yang baik kepada mereka. Ketika inilah kita rasa gembira kerana usaha yang dilaksanakan dihargai oleh masyarakat sekeliling. Penghargaan ini sebenarnya lebih bernilai daripada nilai wang ringgit yang biasa kita terima apabila mendapat penghargaan kerana ia sentiasa diingati oleh masyarakat. Program turun padang yang diadakan di setiap zon adalah platform terbaik untuk berjumpa dengan komuniti setempat. Pelbagai pengisian diadakan kerana kita boleh melihat sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Pengisian seperti gotong-royong, tinjauan setempat, sukaneka dan sukan rakyat, sesi dialog dan lain-lain sebenarnya merapatkan lagi hubungan antara kerajaan dengan rakyat. MPPG selaku pihak berkuasa tempatan yang sentiasa berhubung dengan masyarakat sebenarnya mempunyai peluang keemasan untuk menerangkan dasar-dasar transformasi dan hasrat kerajaan bagi memastikan kelestarian dan kesejahteraan penduduk di sini. Kesejahteraan penduduk bukan sahaja dilihat dari segi fizikal, tetapi juga diihat dari segi kerohanian. Ini kerana apa gunanya pembangunan fizikal yang pesat tetapi masyarakat hidup dalam ketakutan dan keresahan yang membataskan perhubungan sesama sendiri. Kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku kepada masyarakat di sini. Oleh yang demikian peranan MPPG mendekatkan diri dengan rakyat harus diteruskan, malah memberi keuntungan kepada semua pihak. Sayugia, saya juga menyeru supaya jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan yang terdapat di Pasir Gudang diperkasakan dari semasa ke semasa khususnya dalam melakukan programprogram untuk masyarakat. Misalnya, jika ada aduan berkaitan masalah kesihatan akibat penyakit berjangkit yang boleh menjadi wabak jika tidak dikekang seperti taun, tibi dan demam denggi sudah pasti kita memerlukan agensi-agensi lain seperti Pejabat Kesihatan Daerah untuk bersama-sama membantu menanganinya. Maka saya menggesa semua jabatan dalam MPPG meningkatkan hubungan supaya satu jaringan yang mantap dapat dilihat, sekali gus memantapkan lagi Pasir Gudang supaya terus bergerak, berubah dan berdinamik untuk masyarakat sekeliling. Kemantapan dan perhubungan yang baik dapat memacu Pasir Gudang yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia untuk bersama-sama meneruskan pembangunan kerajaan negeri. Jumpa lagi dalam keluaran akan datang. Sekian. 2 MD. ZA’NAL HAJI MISRAN YANG DIPERTUA MPPG

[close]

p. 3

SKOR A Yayasan Pasir Gudang taja 240 pelajar Yang Dipertua MPPG, En. Md. Za’nal Hj Misran menyampaikan replika cek bernilai RM41,160.00 kepada Pengarah Projek Edata Network Sdn Bhd, En. Mohd Farid Abd. Ghani semasa majlis pelancaran Slor A YAYASAN Pasir Gudang menaja seramai 240 pelajar untuk menyertai program Skor A Terminal Sejahtera yang memberi peluang pendidikan berteraskan pembelajaran secara online bermula April ini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Encik Md. Zainal Haji Misran berkata, pelajar berusia 12 hingga 17 tahun itu dipilih daripada 19 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan Pasir Gudang. “Ini merupakan usaha pihak Yayasan Pasir Gudang dalam membantu golongan keluarga miskin dengan memberikan peluang pendidikan secara interaktif kepada pelajar yang terpilih. “Program Skor A memberi fokus terhadap pembelajaran secara online terutamanya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya selepas melancarkan Program Skor A Terminal Sejahtera, di sini baru-baru ini. Para yang pteerblaajaikr yang mengikuti program ini berikrar melakukan Encik Md. Zainal berkata, Yayasan Pasir Gudang memperuntukkan sebanyak RM75,000 bagi menampung kos pembelajaran bagi tempoh setahun termasuk kos penyelenggaraan serta penyediaan keperluan belajar. Menurutnya, seorang penyelia akan dilantik bagi memantau sesi pembelajaran selama dua jam yang diadakan dua kali seminggu. “Latihan serta ujian yang dijalankan di pusat tuisyen ini akan diserahkan kepada ibu bapa dan guru bagi menilai prestasi pelajar tersebut dari semasa ke semasa,” katanya. 3

[close]

p. 4

MUAFAKAT TAMAN MAWAR Aktiviti riadah erat silaturahim Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menandatangani plak merasmikan Muafakat di Taman Mawar, Pasir Gudang AKTIVITI riadah dalam kalangan komuniti setempat bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan seseorang, malah secara tidak langsung mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Justeru, kemudahan awam seperti gelanggang futsal dan balai komuniti yang terdapat di kawasan perumahan masingmasing perlu digunakan sebaik-baiknya oleh penduduk untuk menganjurkan aktiviti kemasyarakatan itu. Kos pembinaan yang mencecah jutaan ringgit bukanlah persoalannya kerana kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan sosial penduduk untuk melakukan aktiviti yang mampu memberi impak positif dalam pembinaan sahsiah sesebuah masyarakat. Maka dengan adanya gelanggang futsal, balai komuniti dan dewan berbumbung sudah pastinya memberi kemudahan serta perlu dimanfaat oleh masyarakat. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat pameran selepas merasmikan Muafakat di Taman Mawar, Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyepak bola merasmikan gelanggang futsal di Taman Mawar, Pasir Gudang Dalam majlis Muafakat Penduduk Taman Mawar baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut merasmikan Gelanggang Futsal UMNO dan Bilik Gerakan UMNO cawangan Taman Mawar. Hadir sama pada majlis itu ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Encik Md. Za’nal Haji Misran; Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Amat dan pemimpin komuniti serta hampir 200 penduduk taman tersebut. 4

[close]

p. 5

KIOSK PENJAJA SERAMAI enam orang menerima kiosk Penjaja Bergerak daripada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bernilai RM90,000 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Pejabat Daerah Johor Bahru di sini barubaru ini. Kiosk berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran di Menara Aqabah, Pasir Gudang. Enam terima kiosk penjaja bergerak Enam penerima bertuah itu ialah Puan Rahimah Shamsudin, Encik Mazlan Mohammed, Puan Siti Suhaila Mohammed, Encik Nausad Abu, Encik Shamsudin Nan dan Encik Abdul Karim Mohamed yang masing-masing berasal dari sekitar Pasir Gudang dan Masai. Setiap seorang menerima kiosk bernilai RM10,000, bantuan peralatan RM4,500 dan kursus RM500 yang kesemuanya berjumlah RM15,000. Menurut Encik Md. Za’nal, bantuan yang diberikan itu bertujuan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah golongan penerima supaya mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan yang membelenggu selama ini. “Bantuan ini tidak berhenti setakat ini sahaja, malah pada masa akan datang insya-Allah kerajaan negeri akan menambah lagi senarai penerima bantuan mengikut peruntukan yang akan disalurkan dari semasa ke semasa. “Perkara ini akan diperhalusi oleh MPPG melalui Yayasan Pasir Gudang (YPG) dan juga dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru bagi memastikan peserta yang menerima bantuan skim ini dapat meningkatkan pendapatan mereka menerusi perniagaan makanan ringan yang diusahakan oleh mereka,” jelas beliau selepas mesyuarat pengurusan bulan Mac lalu. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Whip Ahli Majlis MPPG, Haji Abdullah Rahman dan Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Amat. KIOSK PENERIMA Penerima kiosk yakin mampu tambah pendapatan BEBERAPA penerima Kiosk Penjaja Bergerak menyifatkan bantuan daripada kerajaan itu mampu meningkatkan lagi pendapatan keluarga mereka. Seorang penerima, Nausad Abu, 41, mengakui amat gembira dengan bantuan yang diberikan dan berharap perniagaan kecil-kecilan dengan menjual sarapan yang diusahakannya semakin mendapat sambutan daripada penduduk di sekitar Masai dan Pasir Gudang. “Dengan adanya kiosk ini, lebih mudah bagi saya menjual sarapan ke beberapa kawasan di sekitar Taman Kota Masai ini,” katanya yang telah empat tahun mengusahakan perniagaan itu untuk menyara keluarga. Seorang lagi penerima bantuan, Puan Rahimah Shamsudin, 47, turut berharap kiosk bergerak itu memudahkannya menjual pelbagai juadah sarapan di Taman Cendana, Pasir Gudang. “Selama ini pendapatan saya tidak tetap disebabkan ketiadaan tempat yang betul-betul strategik untuk menarik pelanggan. “Saya terpaksa berniaga di depan jalan raya sebelah Blok 43, Taman Cendana tetapi dengan adanya kiosk ini saya berharap rezeki akan terus bertambah untuk menampung keperluan keluarga,” katanya. 5

[close]

p. 6

MAULUD BESTARI Haji Adnan Abd. Gahni yang mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang tilawah al-quran. SAMBUTAN Maulidur Rasul Zon Bestari Perdana yang diadakan di Surau Al-Ghufran, Bandar Bestari Perdana disambut dengan meriah. Program yang bermula pukul 7.30 pagi itu turut dihadiri Haji Adnan Abd. Gahni yang mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi Zon Bestari Perdana, Encik Rangasamy Balan; Pengerusi Surau Al-Ghufran, Encik Abdul Rahman Saari serta Imam Surau Al-Ghufran, Haji Othman Ismail. Sambutan berkenaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Haji Othman. Haji Adnan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang tilawah al-Quran dan sumbangan kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Acara kemuncak majlis tersebut adalah ceramah agama yang disampaikan oleh Datuk Kiyai Haji Suhaili Solihin. Haji Adnan Abd. Gahni menyampaikan ucapan di dalam majlis tersebut MAJLIS sambutan Maulidur Rasul anjuran Perjiranan 8 Taman Air Biru dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Air Biru 1, UMNO Cawangan Perjiranan 8 dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan berkenaan baru-baru ini berlangsung meriah. MAULUDAIR BIRU Program yang diadakan di pekarangan Surau An Nur Perjiranan 8 itu dihadiri lebih 1,000 orang dan dirasmikan Pegawai Kewangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Halim Nasarudin yang mewakili Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran. Nyata kerjasama erat antara penduduk di taman berkenaan berjaya melancarkan persiapan dan perjalanan majlis termasuk aktiviti rewang menyediakan juadah pada hari sebelum sambutan berlangsung. 6 Bagi memeriahkan sambutan, penduduk turut mengadakan perarakan dan selepas itu menghadiri ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Razee Jamaladin yang dijemput khas daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

[close]

p. 7

SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA cmYinBeamDbaetrui ksMumaublaiznagnanBuajnagnpga(uADsUemNpTeInRaAMsa)mbbeurstaanmatahYuDnP MPPG baharu MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) meraikan 20 keluarga kaum Tionghua yang kurang berkemampuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Selain diraikan, MPPG menerusi Yayasan Pasir Gudang turut memberikan sumbangan barangan keperluan dan angpau untuk meringankan bebanan mereka semasa menyambut perayaan berkenaan. Sumbangan dan angpau itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Yang Berhormat Datuk Maulizan Bujang. Hadir sama Yang Dipertua MPPG, Encik Md. Za’nal Haji Misran; Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Haji Amat dan Ketua Whip MPPG, Haji Abdullah Abd. Rahman. Encik Md. Za’nal dalam ucapannya berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu dan meringan beban masyarakat Cina yang kurang berkemampuan untuk meraikan Tahun Baharu Cina kali ini. “Ini juga menunjukkan bahawa hubungan antara pemimpin, warga kerja MPPG dan penduduk tidak terbatas kepada perkhidmatan dan perniagaan semata-mata, tetapi juga boleh melibatkan pelbagai aktiviti lain termasuk yang berbentuk kemasyarakatan. “Semua rakyat di Malaysia tanpa mengira fahaman agama, kaum dan politik berhak menikmati apa yang dinikmati oleh orang lain dan perasaan hormat-menghormati antara kaum juga perlu disemai agar semua pihak dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni,” katanya. 7

[close]

p. 8

MLAECN2S01A5 Stor sedang di audit oleh Audit dari MPC HbPjenMrRgiaserhraainmk adharSiphaamdasuYdainngmDeinpeerritmuaaMrePpPlGic,aEkni.oMskdpZean’njaajla IHmkaeajsimedBIasemrasaanrilbMeatMaspujidhaapNmeemngtaainrdgan, yTmaanebmaSrcbi aeDaraintuAckl-eSFrahaatmihikaahhh k(aYMakPintPagGng),DainpEeMnrctPuiPkaG MdMadal.ajlimsZamP’neaarjblilsaAnHld-aFajairtaihnMaihsrPaBanesirrsabnGearusddaamnag Aksi gelecek dari pemain Kejora FC pasukan Seramai 240 oranmgapjlieslaSkjaorr berikrar A sempena 8

[close]

p. 9

MMeanwtearri, Besar Pasir GJouhdoarnbgersama YDP MPPG melihat pameran di majlis Muafakat Taman Penyampaian hadiah kepada para pemenang Piala Sumbangsih oleh YDP MPPG. ADUN TIRAM bersama YDP MPPG bergambar bersama-sama 20 perayaan Tahun Baharu Cina orang 2015 penerima sumbangan sempena 9

[close]

p. 10

Al-Fatihah Bersanad bantu mantapkan solat Al-Fatihah PROGRAM Bacaan Al-Fatihah Bersanad yang disertai hampir 200 penduduk di sekitar Pasir Gudang mampu memantapkan lagi solat seorang mukmin kerana bacaan Al-Fatihah yang tepat dan mengikut mahraj serta tajwidnya yang betul. Bacaan berkenaan yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Datuk Shaikh Haji Ismail Muhammad amat berguna kerana memberi kesedaran betapa pentingnya bacaan Al-Fatihah yang tepat semasa solat setiap hari bagi memantapkan lagi sahsiah seseorang mukmin. Terdahulu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran bersyukur kerana program anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MPPG itu mampu melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa terhadap agama Islam. Azrae Mahmood, 45, turut mengakui program itu dapat memberi kesedaran kepada umat Islam supaya berhati-hati dalam bacaan Al-Fatihah memandangkan surah itu adalah salah satu rukun yang perlu dipatuhi. Seorang peserta kursus, Aidi Zainudin, 30, mengakui dapat mempelajari dan membaca surah Al-Fatihah dengan tepat supaya salah satu rukun dalam solat yang dilakukan menjadi sah. Menurutnya, ramai yang keliru bagaimana bacaan yang harus dipanjang atau dipendekkan, sama ada boleh dilagukan atau tidak semasa solat. “Saya perlu membaca panjang dan pendek pada ayat-ayat Al-Fatihah dengan tepat dan tahu di mana patut berhenti dan sambung. Tunjuk ajar daripada Imam Besar Masjid Negara sangat berguna kepada saya,” katanya. 10 “Dengan adanya program seumpama ini, peserta boleh memanjangkan kepada ahli keluarganya apa yang boleh diamalkan untuk kebaikan bersama,” katanya.

[close]

p. 11

AUDIT MPC puas hati perkhidmatan MPPG MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah berjaya memperoleh pengiktirafan dan pensijilan ISO sejak 2011. Dalam tempoh tersebut pelbagai usaha dilaksanakan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan masyarakat setempat. Sejak itu, Amalan 5S yang diamalkan oleh MPPG dan dalam tempoh itu pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan telah menjalani audit sebanyak tiga kali. Baru-baru ini, MPPG turut diaudit oleh juruaudit daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Nyata MPC turut berpuas hati dengan pelaksanaan dan tahap perkhidmatan yang dilaksanakan oleh MPPG serta bersetuju untuk menyambung persijilan sehingga akhir tahun 2015. MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH MBMB adakan lawatan ke MPPG BEBERAPA pegawai daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) barubaru ini. Lawatan berkenaan bertujuan mengenali lebih dekat tentang peranan dan perkhidmatan yang diberikan MPPG kepada komuniti setempat. Ia juga merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan itu dan berkongsi pengalaman antara satu sama lagi bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan masing-masing. Rombongan daripada MBMB itu diberi taklimat tentang struktur dan peranan MPPG oleh Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MPPG, Encik Sharif Idros. 11

[close]

p. 12

FOCUS GROUP Jana idea tingkat kehidupan masyarakat MAJLIS Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatannya kepada masyarakat. Dalam usaha memantapkan idea-idea inovasi di MPPG, satu bengkel Focus Group telah diadakan baru-baru ini di Wisma Pelaut, Pasir Gudang. Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk menyenaraikan idea-idea kreatif yang dapat menyumbang kepada projek inovasi. Perbincangan berkenaan disertai seramai 30 warga kerjanya. Justeru, idea-idea yang diperoleh akan digunakan untuk memantapkan lagi mutu perkhidmatan MPPG kepada komuniti setempat. 12

[close]

p. 13

T A PA K PELUPUSAN SAMPAH Tapak pelupusan sampah Tg. Langsat mampu digunakan hingga 2020 SEMUA orang tahu apa itu sampah dan ke mana ia dibuang. Tetapi adakah kita tahu bagaimana sampah-sarap yang dibuang setiap hari dilupuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada kehidupan manusia? Jawapannya boleh ditemui di ‘Tanjung Langsat Sanitary Landfill’, iaitu pusat pelupusan sampah yang terdapat di kawasan Pasir Gudang yang mampu digunakan hingga tahun 2020. Di tapak pelupusan itu, semua jenis sampah yang dibuang orang ramai ke dalam tong sampah dikumpulkan untuk dilupuskan. Jika tidak diurus dan dilupuskannya dengan cara yang betul, sudah pasti sampah-sarap itu akan menjejaskan kesihatan penduduk di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat. Menurut Ketua Jabatan Pelesenan dan Perkhidmatan Perbandaran MPPG, Encik Mohd. Yusof Abd. Wahab, sampah perlu dilupuskan secara sistematik dan berkesan supaya pencemaran yang menjejaskan kesihatan dapat dielakkan daripada berlaku dan kaedah yang diguna pakai di situ adalah ‘sanitary landfill’ atau mengambus sampah-sarap berkenaan dengan tanah. Proses melupuskan sampah-sarap itu tidak berakhir dengan mengambus sahaja, tetapi berterusan sehingga ke peringkat ‘rawatan air’ di kolam-kolam yang disediakan. Air daripada sampah yang telah dimendapkan di tapak pelupusan disalirkan ke tiga buah kolam, iaitu kolam anaerobik, aerobik dan pemendapan bagi tujuan penguraian bakteria dan akan dilepaskan ke sungai berdekatan apabila telah dirawat. Bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar, sisa cecair tersebut dilupuskan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan setiap kolam akan menyahtoksinkan bahan-bahan berbahaya seperti Bio Oxygen Demand (BOD), Chemical Oxygen Demand (COD) dan Amonikal Nitrogen. “Tujuan kita menyahtoksinkan bahan-bahan tersebut untuk mengelakkan bahan itu merosakkan alam sekitar menerusi pelepasan gas atau bahan bertoksik yang boleh memberi kesan negatif kepada penduduk dan haiwan peliharaan,” katanya. Akhir sekali ‘air sampah’ dari kedua-dua kolam itu akan akan disalirkan ke kolam pemendapan yang merupakan tempat persinggahan terakhir sebelum melalui sebuah ’wetland’ dan disalirkan ke sungai. “Memang tidak dinafikan proses melupuskan sisa pepejal agak rumit dan untuk memastikan Pasir Gudang dan Tanjung Langsat bersih serta bebas daripada pencemaran, MPPG terpaksa menanggung kos penyelenggaraan sebanyak RM125,000 sebulan atau RM1.5 juta setahun,” katanya. 13

[close]

p. 14

sarang BUAYA Sarang Buaya terus jadi tumpuan penyelidik SARANG Buaya Pasir Gudang terus menjadi tumpuan penyelidik khususnya penuntut universiti untuk melakukan kajian tentang reptilia berkenaan. Terbaru, seorang penuntut antarabangsa yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Cik Hajar Moujib turut melakukan kajian tentang perilaku buaya tembaga yang dipelihara di situ. Kajian tersebut merupakan susulan bagi kajian perilaku buaya yang telah dijalankan di Sarang Buaya Pasir Gudang pada tahun 2013 oleh seorang penuntut UMT. Hajar dijadualkan memulakan kajian berkenaan mulai pertengahan Jun hingga Julai ini. Keluarga Hajar yang berasal Maghribi kini menetap di Amerika Syarikat. Sementara itu, pembentangan Projek Reproduktif Buaya Jantan di Sarang Buaya Pasir Gudang oleh Encik Wan Nor Fitri Wan Jaafar telah dianugerahkan sebagai pembentangan terbaik bagi hasil kajiannya. Pembentangan oleh penuntut tahun akhir di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga telah mendapat sambutan dan kritikan positif daripada pihak UPM. Hajar sedang mengenali cara pengecaman individu dan anatomi anak buaya . Dalam pada itu, UPM turut bersetuju untuk meneruskan kolaborasi bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada masa akan datang. 14 Persiapan terakhir pembentangan dibantu oleh Pengurus Sarang

[close]

p. 15

SWEET KAFE MINATNYA terhadap perniagaan menjual makanan mendorong EncikAjmi Surip membuka kedai makanan di lot L2-K4 Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang sejak 15 tahun lalu. Berbekalkan pengalaman kerja makan gaji dalam bidang peruncitan, gerai makanan dan kerja di kilang industri semasa remaja dan atas dasar ingin berdikari serta minat terhadap perniagaan makanan lahirlah sebuah restoran yang diberi nama Sweet Kafe. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pengunjung untuk memilih pelbagai aneka menu yang ditawarkan di kafe beliau. Sokongan daripada ahli keluarga terutamanya isteri, Puan Siti Mariam dan ibu bapa serta lapan orang pekerja berjaya membawa Sweet Kafe terus bertahan hingga kini. Apabila ditanya mengapa memilih perniagaan makanan dan tidak bidang lain, beliau menjelaskan tidak mahu melihat perniagaan menjual makanan halal dikuasai oleh peniaga bukan Islam. Antara menu yang disediakan di Sweet Kafe bagi memenuhi selera pelanggan termasuk Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam, Soto Madura, makanan ala carte, teh ais dan banyak lagi yang boleh didapati pada harga yang berpatutan. Resipi istimewa itu dipelajari daripada keluarga dan rakan-rakan yang telah menjadi warisan turun-temurun keluarganya. Bagi memastikan keperluan harian dipenuhi, beliau memerlukan kira-kira 50 kilogram (kg) beras sehari, 40 ekor ayam, 30 tin susu, 10 gula Melaka dan hampir 35 kg bahan mentah lain bagi memastikan operasi harian berjalan lancar. “Dalam dunia perniagaan tidak kira apa juga bisnes kita kena tabah dan bersedia menghadapi kerugian. Bak kata pepatah ‘kita tak akan bangun selagi tidak jatuh’ kerana selepas jatuh kita akan bangkit untuk menjadi lebih baik,” katanya. Selama 15 tahun berniaga, cabaran yang paling getir untuk beliau tangani ialah masalah bekalan makanan yang tidak konsisten dan kekurangan tenaga kerja dalam penyediaan makanan bagi mengekalkan operasi harian. Nasihatnya kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan supaya mempunyai sifat berdaya saing, disiplin yang tinggi dan jujur dalam perniagaan. Beliau yang mempunyai empat orang anak bercita-cita ingin menambah cawangan kafe tersebut di luar Pasir Gudang pada masa akan datang. 15

[close]

Comments

no comments yet