Buletin MPPG Feb 2015

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPPG Feb 2015

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

sidang REDAKSI BERITA PASIR GUDANG PENASIHAT: Encik Md. Za’nal Haji Misran Yang Dipertua MPPG KETUA EDITOR: Encik Saipol Rahman Haji Amat Setiausaha PENOLONG KETUA EDITOR Tuan Haji Adnan Haji Abd. Gahni PENGARANG: Encik Nazarul Jaafar PENOLONG PENGARANG Encik Sharif Idros PEMBERITA: Puan Roslina bt Othman Encik Mohd. Syafiq Hanis bin Hamli Encik Abdul Malek bin Ab. Aziz Encik Mohd. Paudzi Sukami Puan Rosmahwati bt Kamardin Encik Mohd Hafiz Abd. Hamid Encik Anuar bin Abd. Ghani Puan Zanariah Basri Encik Nazry bin Arif Puan Nur Sriza bt Ghazali Encik Mohd. Asril Akhmal bin Abd. Aziz Cik Faradila Rosnan Puan Norfazilah bt Jamal Cik Riyana bt Rabu Cik Nuratiqah bt Ahmad JURUFOTO: Encik Khairul Anuar Muhamad Sayut ISI KANDUNGAN 3 Perasmian FLLSPG Ke-20 4 FLLSPG Ke-20 Cipta Rekod Baru FLLSPG Ke-20 lebih 5 200,000 pengunjung 6 FLLSPG sebagai Jenama Johor, Malaysia 7 Festival Makanan sempena FLLSPG 8 LENSA 10 Bengkel Wau 11 Pelayang Cina 12 Ceramah Agama sempena FLLSPG 13 Menteri Besar Johor rasmi Pertanian Bandar 14 Perpustakaan Awam Pasir Gudang 14 SAJH tawar khidmat 24 JAM 15 Tips Kebakaran 16 Keputusan FLLSPG Ke-20 Perutusan Yang Dipertua Majlis PerbandaranPasir Gudang SYUKUR Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam Perutusan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang( YDP MPPG) untuk Edisi Februari 2015 ini. Dua bulan telah berlalu dan sudah tentu kita ingin melaksanakan azam baharu yang telah kita sematkan dalam dada pada setiap awal tahun. Mudah-mudahan kita semua berjaya mencapai apa yang diinginkan oleh kerajaan kerana dalam era transformasi semuanya perlu disegerakan supaya KPI masing-masing tercapai. Sebagaimana semua maklum, pada bulan Februari kita menganjurkan program terbesar tahunan iaitu Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) kali ke-20 yang bertemakan ‘Mencorak Keharmonian’ yang berjaya membina satu jambatan perhubungan antara para pelayang yang terlibat sama ada pelayang antarabangsa dan tempatan. Tempoh 20 tahun bukanlah singkat, jika pasangan yang berkahwin sudah pasti mempunyai anak yang dewasa dan mampu berdikari, begitulah juga program-program seperti FLLSPG kali ke-20 berjaya membawa Pasir Gudang ke mercu antarabangsa telah mencapai tahap yang matang untuk diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. Kali ini FLLSPG memahatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) dengan penyertaan terbesar iaitu dari 49 negara dan 950 peserta tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian. Selain itu, pendekatan ‘turun ke padang’ bagi mendekatkan diri dengan penduduk adalah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah yang perlu diteruskan. Pengisian program dengan aktiviti gotong-royong, sukaneka, sesi dialog, lawatan tapak dan lain-lain sebenarnya membantu kedua-dua belah pihak untuk lebih memberikan kerjasama bagi memastikan Pasir Gudang lebih mantap dari segi perhubungan antara penduduk dan kerajaan. Kita semua sedia maklum bahawa perkembangan ekonomi dunia amnya tidak menentu sejak beberapa bulan yang lepas. Maka dengan itu, sudah tentu sedikit sebanyak suasana itu akan memberi kesan dari segi perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh kerajaan. Pasir Gudang juga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada kesan ekonomi yang tidak menentu. Walaupun apa yang terjadi, mutu perkhidmatan tetap perlu dipertingkatkan oleh setiap orang. Pada masa sekarang, bagi memastikan matlamat atau sasaran yang kita inginkan dapat diselesaikan, transformasi dalam melaksanakan perkhidmatan adalah penting dan tindakan yang efektif mampu menaikkan imej organisasi tersebut. MPPG tidak terkecuali daripada itu. Saya menggesa semua petugas menunjukkan komitmen yang tinggi dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan supaya apa yang ingin direalisasikan dapat dilaksanakan dengan baik. Seperkara lagi yang ingin saya tekankan, jalinan hubungan yang baik dengan sektor swasta perlu diperhebatkan agar kerjasama yang erat dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti melalui program Local Agenda 21 atau lebih dikenali dengan LA21 semasa program ‘masyarakat turun ke padang’ supaya kemantapan perhubungan antara kerajaan dan swasta dapat dipertingkatkan. Apa yang penting kerjasama yang erat antara kerajaan, sektor swasta dan rakyat adalah kunci utama untuk menjayakan sesuatu agenda. Hanya masa yang akan menentukannya. Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi dalam keluaran akan datang. Sekian. MD. ZA’NAL BIN HJ MISRAN YANG DIPERTUA MPPG 2

[close]

p. 3

Kehadiran Tunku Ismail Ibrahim merasmikan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-20 Perasmian berlangsung meriah Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang FLLSPG Ke-20 merupakan festival anjuran Kerajaan Negeri menerusi MPPG dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor dengan usahasama Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor. FESTIVAL Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-20 (FLLSPG) yang berlangsung di Bukit LayangLayang, Pasir Gudang berlangsung meriah, apatah lagi majlis perasmiannya diadakan pada waktu malam. Nyata pertunjukan bunga api, persembahan aksi lagak ngeri oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pertunjukan layang-layang berlampu menjadikan majlis tersebut berwarna-warni. Lebih manis, Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan festival tersebut. Turut berangkat ke majlis itu ialah isteri beliau Che’ Puan Khaleeda Bustamam; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar. Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Md. Za’nal Haji Misran. Pada majlis tersebut, Tunku Ismail turut menyampaikan Anugerah Layangkasa kepada 20 penerima terdiri daripada peserta tempatan dan antarabangsa yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang penganjuran festival berkenaan. Sementara itu, Encik Md. Za’nal memberitahu, penganjuran festival kali ini telah berjaya mencipta suasana harmoni antara peserta, khususnya membabitkan peserta tempatan dan antarabangsa selari dengan temanya iaitu ‘Mencorak Keharmonian’. “Kejayaan penganjuran festival ini sejak kali pertama dianjurkan pada 1995 adalah satu bukti bahawa industri layang-layang mampu menjadi jambatan perhubungan dan persahabatan sesama peserta,” katanya dalam ucapan pada majlis berkenaan. 3

[close]

p. 4

FLLSPG Ke-20 Cipta REKOD BARU FESTIVAL Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Ke-20 berjaya mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai penglibatan terbanyak dengan penyertaan daripada 49 buah negara. Sijil pengesahan rekod baharu MBR itu diserahkan oleh Penyelidik Kanan MBR, Encik Zulhairie Md. Zin kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur FLLSPG Ke-20, Encik Md. Za’nal Haji Misran yang juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada majlis penutupan festival ini di Stadium Tertutup Pasir Gudang. Detik bersejarah itu turut disaksikan Pengarah Pelancongan negeri, Dr. Badrul Hisham Kassim yang merasmikan penutupan festival selama lima hari itu. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Majlis Pelayang Malaysia (MPM), Tn. Hj. A. Rahim bin Haji Nin. Tn. Hj. A. Rahim bin Haji Nin bersama Yang Di Pertua MPPG, Mohd Za’nal Hj Misran menerima Anugerah Malaysia Book of Record sempena FLLSPG Sementara itu, Dr. Badrul Hisham menyifatkan rekod baharu berkenaan membuktikan acara tahunan itu mampu menarik kehadiran pelancong dari seluruh dunia untuk bersama-sama memeriahkannya. Beliau berkata, festival itu juga berjaya mewujudkan suasana yang amat harmoni selain merupakan satu perhimpunan berbentuk kesenian menerusi acara persembahan, pertandingan, pameran dan bengkel layang-layang. “Festival ini juga merupakan antara platform bagi memperkenalkan layang-layang tradisional Malaysia kepada masyarakat dunia selain terus memelihara warisan berkenaan,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan festival tersebut dengan meriah. 4

[close]

p. 5

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung Beberapa orang peserta sedang menerbangkan layang-layang masing-masing. FESTIVAL Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke20 (FLLSPG) yang diadakan selama lima hari di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang berjaya menarik kehadiran hampir 200,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur FLLSPG Ke-20, Encik Md. Za’nal Haji Misran berkata, festival yang bertemakan ‘Mencorak Keharmonian’ telah berjaya membina jambatan bagi hubungan persahabatan yang kukuh sesama peserta dan pengunjung. Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) berkata, festival tahun ini juga berjaya menarik lebih 250 pelayang antarabangsa dari 49 negara termasuk peserta baharu dari beberapa negara seperti Poland, Romania, Scotland, Myanmar, Mongolia, Maghribi dan Liechtenstein. “Festival Layang-Layang ini juga merupakan salah satu daripada acara yang terdapat di dalam Kalendar Pelancongan Malaysia sempena ‘Malaysia Year Of Festivals 2015’ (MyFest 2015),” katanya. Bagi memeriahkan festival berkenaan, khususnya semasa acara perasmian yang disempurnakan oleh Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, penganjur turut mengadakan persembahan aksi lagak ngeri oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pertunjukan bunga api dan layang-layang berlampu. Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang festival berkenaan termasuk pertandingan wau tradisi, bengkel membuat wau, pertandingan mewarna, persembahan kebudayaan, persembahan artis serta jualan gerai. 5

[close]

p. 6

“FESTIVAL ini juga merupakan antara platform bagi memperkenalkan layang-layang tradisional Malaysia kepada masyarakat dunia selain terus memelihara warisan zaman” Dr. Badrul Hisham Kassim Datuk Tee Siew Kiong bergambar bersama Tn Hj. A Rahim bin Hj Nin, En. Md. Za’nal Haji Misran dan Dr Badrul Hisham Kassim di FLLSPG Ke-20 FLLSPG satu jenama promosikan Johor, Malaysia FESTIVAL Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke20 (FLLSPG) merupakan satu jenama antarabangsa yang membantu mempromosikan Malaysia, khususnya Johor ke seluruh dunia. Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berharap pihak penganjur khususnya Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bertindak lebih proaktif dalam membangunkan lagi industri layang-layang di Pasir Gudang. Menurut beliau, kejayaan penganjur menarik lebih ramai pelayang, sekali gus mencipta rekod baharu, iaitu penyertaan terbanyak dengan 49 negara membuktikan festival berkenaan merupakan satu acara yang diiktiraf oleh peserta dari seluruh dunia. “Rekod yang tercipta ini memberi impak yang baik kepada festival layang-layang ini. Rekod sebelum ini dipegang oleh festival layang-layang di Perancis yang mencatatkan penyertaan antarabangsa daripada 45 buah negara. Namun kita berjaya mencatat rekod baharu dengan menarik penyertaan 49 negara,” katanya semasa melawat ke Bukit Layang-Layang, lokasi FLLSPG itu berlangsung. Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur FLLSPG Ke-20, Encik Md. Za’nal Haji Misran yang juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Presiden Majlis Pelayang Malaysia, Tn. Hj. A. Rahim bin Haji Nin. FLLSPG Ke-20 yang berlangsung selama lima hari itu dirasmikan oleh Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 6 REKOD bukti festival mampu tarik pelancong REKOD baharu dunia yang berjaya dicatatkan oleh Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Ke-20 membuktikan program tahunan itu mampu menarik kehadiran pelancong dari seluruh dunia untuk bersama-sama memeriahkannya. Pengarah Pelancongan Negeri Johor, Dr. Badrul Hisham Kassim berkata, festival itu juga telah mewujudkan suasana yang sangat harmoni selain turut merupakan satu perhimpunan berbentuk kesenian melalui acara persembahan, pertandingan, pameran dan bengkel layang-layang. Festival ini juga merupakan antara platform bagi memperkenalkan layang-layang tradisional Malaysia kepada masyarakat dunia selain terus memelihara warisan zaman. “Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur kerana FLLSPG tahun ini berjaya mencipta rekod dunia baharu dengan penyertaan sebanyak 49 buah negara antarabangsa termasuk Malaysia,” katanya pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah FLLSPG Ke-20 di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini baru-baru ini.

[close]

p. 7

SETIAP kali penganjuran Festival LayangLayang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), pasti penganjur tidak melepaskan peluang untuk mempromosi dan mempopularkan makanan tempatan. Pelancong asing turut mencuba hidangan tempatan yang disediakan Festival Makanan meriahkan lagi FLLSPG Pada penganjuran FLLSPG kali ini, Hotel Selesa Pasir Gudang yang menjadi pusat penginapan rasmi peserta turut melancarkan Festival Makanan ‘Taste of One Malaysia’ dengan menyediakan sebanyak 250 sajian untuk hidangan tetamu, pelayang dan orang ramai yang menjamu selera di situ. Hidangan yang disajikan merupakan makanan terkenal dari seluruh negara, antaranya asam pedas Melaka, mi bandung Muar, mi kolok Sarawak, char kuey teaw Pulau Pinang, ayam masak lemak cili padi Negeri Sembilan dan daging bakar Kelantan. Festival makanan berkenaan dilancarkan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Encik Saipol Rahman Amat. Pengurus Besar Hotel Selesa Pasir Gudang, Encik Roslan Ab. Rahman berkata, sebanyak 50 jenis masakan disediakan setiap hari dan menunya adalah berbeza-beza. Selain disajikan dengan pelbagai hidangan tempatan, pelanggan turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan permainan rakyat sebagai salah satu acara memeriahkan penganjuran FLLSPG Ke-20 pada tahun ini. Encik Saipol Rahmat Amat melihat hidangan yang disajikan kepada pengunjung sempena FLLSPG baru-baru ini. 7

[close]

p. 8

LENSAKFeebmrsueemaprreiniaa2h0a1n5 FLLSPGKe-20 8

[close]

p. 9

9

[close]

p. 10

BENGKmEeLriaWhAkaUn TRADISIONAL FLLSPG Golongan muda turut tidak melepaskan peluang membuat layang-layang BAGI memeriahkan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), pihak penganjur turut mengadakan pelbagai program sampingan termasuk bengkel membuat wau tradisional. Seorang urusetia bengkel, Muhammad Syauqi Irfan Abdullah berkata, seramai 48 peserta yang terdiri daripada wakil pihak berkuasa tempatan menyertai bengkel tersebut dan mereka didedahkan dengan cara pembuatan serta teknik menaikkan wau. Encik Md Za’nal Hj Misranmenyaksikan seorang peserta membuat layang-layang “Ini merupakan kali keempat kami menyertai bengkel ini yang banyak memberi pengetahuan tentang permainan wau. Dari tahun ke tahun kami diajar mengenai kepelbagaian jenis wau tradisional yang sekian lama menjadi khazanah warisan bangsa,” katanya. “Bengkel ini juga menjadi tarikan terutamanya Wakil Majlis Daerah Yong Peng, Rodzahan bagi pelancong asing untuk melihat dengan Urif pula berkata, program berkenaan lebih dekat cara pembuatan wau dari seharusnya diperluaskan bagi menarik pembentukan rangka sehinggalah proses minat lebih ramai pengunjung menyaksikan mencorakkannya,” katanya. FLLSPG. Bagi peserta Majlis Perbandaran Johor Bahru “Penganjuran FLLSPG wajar diteruskan Tengah (MPJBT), Al-Imran Ariffin, bengkel tersebut supaya dapat mempromosikan permainan memberi pendedahan terhadap kehalusan berkenaan terutamanya bagi golongan seni pembuatan wau yang tidak diketahui oleh muda agar tidak luput ditelan zaman,” orang ramai. katanya. 10

[close]

p. 11

PELAYANG CINA WAU BULAN turut tarik pelayang berketurunan Cina WALAUPUN wau bulan merupakan permainan tradisional bagi kaum Melayu, namun tidak menghalang masyarakat berketurunan Cina untuk bersamasama menghidupkan permainan tersebut. Seorang peserta Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-20, Tan Cheng Hai, 49, dia amat meminati wau bulan tradisional kerana merupakan suatu tradisi tempatan yang harus dikekalkan. Cheng Hai yang merupakan Ketua Kontinjen Kelantan bagi Pertandingan Peringkat Sekolah Menengah Kategori Wau Bulan Tradisional telah melibatkan diri dengan aktiviti membabitkan wau bulan sejak berusia 13 tahun. “Walaupun berketurunan Cina, namun saya percaya wau bulan ini adalah salah satu daripada warisan tradisional Malaysia yang harus dikekalkan untuk generasi akan datang. “Penyertaan kami ke festival ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk Tan Cheng Hai, 49 mencari generasi pelapis yang akan memastikan industri wau bulan di negara . . . . . . . . . . . . . . . . .in.i t.e.ru.s .su.b.u.r,”.k.a.ta.n.y.a.. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Seorang pelajar, Foo Shiawsir, 17, daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pai Chee, Mersing memberitahu, dia mula meminati permainan wau bulan sejak setahun lalu apabila diperkenalkan oleh gurunya di sekolah. “Pada mulanya saya tertarik dengan rekaan wau bulan yang amat unik selain kepelbagaian warna dan corak yang digunakan untuk menghias wau tersebut. “Namun kini saya lebih bersemangat untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti membabitkan wau bulan kerana merupakan satu daripada warisan negara yang harus dipelihara,” katanya yang sudah menyertai FLLSPG sejak tahun . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .lalu. Foo Shiawsir, 17 SENARAI NEGARA YANG TURUT SERTA FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KALI KE-20, 2015 1. Australia 2. Austria 3. Belgium 4. Bhutan 5. Brazil 6. Brunei 7. Kemboja 8. Kanada 9. China 10. Curacao 11. England 12. Perancis 13. Georgia 14. Jerman 15. Ghana 16. Hong Kong 17. India 18. Indonesia 19. Itali 20. Jepun 21. Laos 22. Lebanon 23. Leichtenstein 24. Macau 25. Maghribi 26. Myanmar 27. Nepal 28. Belanda 29. New Zealand 30. Filipina 31. Poland 32. Romania 33. Rusia 34. Scotland 35. Singapura 36. Slovenia 37. Afrika Selatan 38. Korea Selatan 39. Sweden 40. Switzerland 41. Syria 42. Taiwan 43. Thailand 44. Turki 45. Ukraine 46. Amerika Syarikat 47. Vietnam 48. Zambia 49. Malaysia 11

[close]

p. 12

CERAMAH AGAMA di Masjid An Nur dapat sambutan RAMAI SEMPENA Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Ke20 baru-baru ini, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) turut menganjurkan ceramah agama di Masjid An Nur, Jalan Bandar Pasir Gudang. Program tahunan sempena FLLSPG pada tahun-tahun sebelum ini dianjurkan di Astaka Taman Bukit Layang Pasir Gudang. En Saipol Rahman Amat bergambar bersama Ustaz Ebit dan jawatankuasa masjid sempena ceramah agama FLLSPG Nyata program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutamanya penduduk di kawasan sekitar. Ceramah agama yang bermula 9 malam itu disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew dan turut dihadiri Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman Amat. Usai majlis kira-kira jam 10.30 malam, orang ramai turut mengambil peluang bergambar dengan Ustaz Ebit 12 Ceramah agama yang dianjurkan mendapat sambutan meriah

[close]

p. 13

MENTERI BESAR JOHOR Permtearasnmiikaann Bandar YAB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan Buku Panduan Pertanian sempena majlis perasmian pertanian bandar. KERAJAAN negeri bercadang memperluaskan Projek Pertanian Bandar ke seluruh daerah, sekali gus membantu meningkatkan pengeluaran makanan dan meringankan kos sara hidup penduduk di negeri ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pada masa ini, seramai 50 penduduk dari Taman Cendana, Pasir Gudang menjadi perintis bagi projek berkenaan. Beliau berkata, mereka akan mendapat bimbingan dan kepakaran daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta bantuan daripada sebuah syarikat dari Taiwan, All Cosmos Industries Sdn. Bhd. “Menerusi projek ini, peserta boleh menghasilkan bekalan makanan sendiri seperti sayur, ulam dan buah-buahan segar yang ditanam menggunakan ‘greenkit’ dan ‘self watering pot’ yang dihasilkan oleh MARDI. “Justeru, kita akan melihat sejauh mana projek ini mampu memberi manfaat kepada penduduk bandar dan sekiranya berjaya, kita akan memperluaskannya ke kawasan lain pula,” katanya selepas melancarkan Projek Pertanian Bandar di Taman Cendana, baru-baru ini. YAB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat tanaman yang ditanam sempena majlis perasmian Pertanian Bandar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencatas tanaman sayur sempena gimik pelancaran perasmian Pertanian Bandar Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Encik Md. Za’nal Haji Misran; Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif Haron; Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Tn. Hj. A. Rahim bin Hj. Nin dan Ketua Pegawai Eksekutif All Cosmos Industries Sdn. Bhd., Datuk Tony Peng Shih Hao. Menteri Besar berharap komuniti yang terlibat dalam projek itu dapat menubuhkan koperasi supaya pengurusan pemasaran tanaman dan kebajikan peserta dapat diurus secara sistematik. Beliau berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memberi bantuan yang diperlukan bagi memastikan projek tersebut dapat dijalankan secara berterusan pada masa depan. 13

[close]

p. 14

PERPUSTAKAAN AWAM sedia pelbagai aktiviti untuk komuniti Pasir Gudang PERPUSTAKAAN Awam Pasir Gudang yang terletak di L1-11, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang bukan sahaja sekarang menjadi ‘gedung ilmu’, malah menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti setempat. Selain menjadi pusat untuk menyemai sikap rajin membaca dalam kalangan masyarakat termasuk kanak-kanak dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman pelbagai genre buku, perpustakaan berkenaan turut menganjurkan banyak program lain. Antara program yang dianjurkan, khususnya bagi golongan kanak-kanak adalah aktiviti melukis, mewarna dan bercerita dari semasa ke semasa. 14 Menurut seorang Pustakawan, Roslina Othman, pelbagai aktiviti yang dianjurkan itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai, pelajar dan kanakkanak menjadi ahli perpustakaan tersebut, sekali gus mendidik mereka cintakan ilmu. “Memanglah benar apabila sebut sahaja perpustakaan, secara automatik ramai yang menggambarkan sebagai tempat membuat kerja sekolah dan rujukan atau membaca tetapi dengan adanya aktiviti-aktiviti sampingan yang diadakan, program tersebut pasti menggembirakan komuniti Pasir Gudang,” katanya. Menurutnya, pada tahun ini sebanyak 10 aktiviti telah dirancang termasuk pertandingan congkak, melukis dan mewarna dengan melibatkan lebih 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pada masa ini, perpustakaan berkenaan mempunyai 70,000 buah buku yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti ekonomi, sastera, sains dan teknologi, budaya, masakan, gubahan, seni, sukan dan umum serta 90 jenis majalah tempatan dan luar negara. info SAJH Pusat Info SAJH tawar perkhidmatan 24 jam SYARIKAT Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) menyediakan kemudahan kepada orang ramai khususnya warga Pasir Gudang untuk menjelaskan bil utiliti itu dan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Telekom Malaysia. Selain kemudahan tersebut, orang ramai juga boleh mengemukakan sebarang masalah tentang air di Pusat Info SAJH yang dibuka 24 jam dengan menghubungi talian 1-800-88-7474. Bagi mereka yang ingin mengemukakan masalah secara bertulis, boleh menghantar aduan itu dan dialamatkan kepada SAJH Holdings Sdn. Bhd. di No. 9, Jalan Bandar, Bangunan Pusat Perdagangan, 81700 Pasir Gudang. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi SAJH Pasir Gudang di talian 07-2542885 dari jam 8.30 pagi - 5.30 petang.

[close]

p. 15

KEBAKARAN merupakan bencana yang bukan TIPS KEBAKARAN sahaja menyebabkan kerugian harta benda, malah mampu mengorbankan nyawa. Justeru, orang ramai mengambil langkah- langkah perlu untuk mencegah daripada berlakunya kebakaran. Antara Jabatan Bomba dan 4 tips Penyelamat Malaysia yang diberikan adbc.d.e.aLt.Sui.PupPKsmejPalmkeueainaepsienasertarranigmnksanpeunypeeytsegmenmsiamellkaaaldkealgbaanknanamaeesmuyunalkarknaehasasasnantealetknatdnkdkpgabalmeadilinaaaannsiearrutgdiiatwidahrkmdgiriaaareniaaaninnnrdhagtb dbaaairaanilag titiikp s 10 kaedah mencegah kebakaran a. Pastikan dapur bersih dan mempunyai pengudaraan yang sempurna b. Pastikan alat pemanas di rumah diletakkan pada jarak satu meter dari objek yang mudah terbakar c. Pastikan perkakas perokok bebas daripada bahan yang menyebabkan mudah terbakar d. Pastikan bahan yang mudah terbakar diletakkan di tempat selamat dan jauh daripada kanak-kanak e. Gantikan wayar elektrik yang telah rosak f. Pastikan lilin diletakkan jauh dari objek yang mudah terbakar dan tiupan angin g. Jika boleh pasang alat untuk mengesan asap h. Lakukan pemeriksaan berkala terhadap sistem pendawaian dan sistem pengesan asap i. Lakukan perancangan menyelamatkan diri sekiranya kebakaran betul-betul terjadi j. Merangkak pada jarak 30-60 sentimeter dari aras lantai sekiranya asap tebal Mencegadhakpeubr akaran die.dmkcmPb.ebe.aamPs.terePeud.atPdmeaarhtPaaslaimatasaaamsitpkktprsidukiautuketaaikskanurlleoenmeasdnfbkkbkinpakueadatiarhselstnaiakeknandamptatngaiaruaulaginkpartrpnauueirspupnensaddeusandaies.mstudaauplieamuannaukstprnbtasua.rauiesJtktbtureirlkuisedrtreaeaabrpelskertgaeinuihrdkugarrrtaainrradnielnkaaynakgkastana eaa rnsnbnt eaabd la-gai m ig ai t Mencegah kebakaran di rumah a. Pastikan tiada kebakaran terutamanya di dapur b. Jauhkan sebarang objek yang mudah terbakar dari kawasan yang terdedah dengan panas seperti dapur c. Simpan/jauhkan alat seperti mancis dan pemetik api daripada kanak- kanak d. Pastikan semua suis ditutup sekiranya tidak digunakan e. Guna adaptor yang sesuai jika perlu bagi penggunaan barang elektrik 15

[close]

Comments

no comments yet