Koridor MPK Edisi Ogos 2016

 

Embed or link this publication

Description

Koridor MPK Edisi Ogos 2016

Popular Pages


p. 1

1 2016 SOirig2os http://mpk.terengganu.gov.my E-mel : mpk@mpkemaman.gov.my :M/S :M/S D2r4af Rancangan Tempatan Kemaman 4 Panel Penilai :M/S Anugerah Inovasi 13 Taklimat Rasionalisasi Skim Persekutuan di Bawah SSM Sehingga 2035 Perkhidmatan Awam (Penggantian) Pihakberkuasa Tempatan (AIPBT) 2016 20 Jun. : Pejabat Kesihatan Kemaman dan Majlis Perbandaran Kemaman merupakan dua agensi teras dalam kempen kebersihan & keselamatan makanan di bazar ramadan daerah Kemaman. Kesempatan bulan Ramadan tahun ini, agensi ini yang diketuai Pegawai Kesihatan Daerah & Yang Dipertua MPK meneruskan program mereka bagi memastikan Kemaman bebas daripada sebarang ancaman penyakit khususnya kes keracunan makanan yang melibatkan bazar ramadan. YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman merasmikan program ini di Bazar Ramadan Jalan Padang Cukai, Kemaman. Turut hadir bersama ialah En. Osman b. Ab. Bakar, Yang Dipertua, MPK, Dr. Hj. Mohammad b. Omar, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Dalam program ini, setiap peniaga diberikan sarung tangan dan apron secara percuma. YmkBeesrDealaantmgok’aaAtaphnmAmhaldai kPShaaanrblaienmredynaCnhKebeemuklaa, mnMeaknnetsederididaaanralaPnmedrtepanrnogiggarinasmdemaknpeeImnndpaueRsntarkmi eAabsdaearssnTiha2an0ni16dan

[close]

p. 2

Ruangan Berita Semasa 2 En. Osman b. A. Bakar Yang Dipertua, MPK pMearjsleisfamheanmaanndaatnatnagraanMiPmKedmeonrgaannduUPmM Prof Dato’ Dr. Mohd Azmi b. Mohd Laila Tim. Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM, Serdang 21 Julai : Memorandum persefahaman yang ditandatangani antara UPM Serdang dengan Majlis Perbandaran Kemaman bertujuan membenarkan pihak UPM menjalani penyelidikan terhadap haiwan yang ada di Taman Rekreasi & Zoo, Kemaman. Ia bagi memastikan pemeliharaan aset-aset haiwan yang ada, yang bernilai tinggi itu sesuai dengan kaedah penjagaannya. Pengalaman UPM diharap bagi penyediaan pakar dalam bidang tersebut dan membawa para pelajar mereka dalam urusan berkaitan di TRMZ. MPK juga berharap disamping kesihatan dan penjagaan haiwan, rundingcara dan nasihat turut dibekalkan kepada MPK. Pihak MPK diwakili oleh En. Osman b. A. Bakar, Yang Dipertua, MPK, Haji Anuar b. Awang, Setiausaha MPK dan YBhg. Dato’ Mohamad Shahul b. Hamid manakala pihak UPM pula diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi b. Mohd Laila, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Putra Malaysia. Program menandatangani memorandum ini disaksikan oleh sebahagian Ahlimajlis dan ketua jabatan, MPK dan wakil-wakil dari pihak UPM dan pensyarah kanan. Penyampaian cenderahati kepada En. Wan Ahmad Fazli b. Wan Kamis, Setiausaha, MPKangar oleh Pengarah Jabatan Perbandaharaan MPK Wakil MPK dalam sesi perbincangan berkaitan sistem kewangan Lawatan Kerja Majlis Perbandaran Kangar 16 Ogos : Satu lawatan kerja Majlis Perbandaran Kangar, Perlis (MPKangar) telah diterima oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPKemaman). Lawatan tersebut diketuai oleh Tuan Setiausaha MPKangar sendiri iaitu En. Wan Ahmad Fazli b. Wan Kamis. Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Haji Suhaimi b. Lebai Abas, Pengarah Jabatan Perbendaharaan, En. Mohamad b. Ismail, Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, En. Mohd Faizal b. Abdul Razak, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan En. Mohamad Faizal b. Ahmad, Ketua Bahagian Audit Dalam. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk meninjau dan mendalami sistem berkomputer yang ada di MPKemaman terutamanya Sistem Pengurusan Kewangan dan Sistem Penilaian. En. Abdul Hadi b. Haji Wahab, Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat dijemput bagi menyampaikan ucapan aluan mewakili Tuan Yang Dipertua dan Setiausaha, MPKemaman yang tidak dapat bersama di dalam lawatan tersebut. Taklimat berkenaan Sistem Pengurusan Kewangan telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perbandaharaan, YM Puan Che Ku Daylah bt Che Ku Abdullah. Manakala sesi perbincangan dan soal jawab diadakan bersama-sama wakil jabatan dari MPKemaman iaitu Puan Norlaili bt. Dagang dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, En. Mohd Nazir b. Matulidi dan Puan Noor Yani b. Baharum dari Bahagian Akaun dan Hasil serta Puan Kamsiah bt. Mohd dari Jabatan Teknologi Maklumat. Pada akhir lawatan, rombongan telah dibawa ke Kaunter Bersepadu, Bahagian Akaun dan Hasil, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Bahagian Kewangan bagi melihat secara lebih dekat operasi sistem-sistem tersebut secara realiti. Peserta rombongan dari Majlis Perbandaran Kangar Pengarah, Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat, MPK mempengerusikan mesyuarat

[close]

p. 3

3 KEadtaKitoetrua KatKaetua Editor 3 Ogos 2016#Majlis Penyampaian Naskah AlQuran# kepada peserta Tadarus Al-Quran 2016# oleh En. Abdul Hadi Haji Wahab, Pengarah JKPM# Assalamualaikum WBT dan “Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2016” S2ida0ng16Red-ak2si 017 PENASIHAT En. Osman bin A. Bakar Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kemaman ydp@mpkemaman.gov.my KETUA EDITOR Haji Anuar b. Awang Setiausaha, Majlis Perbandaran Kemaman su@mpkemaman.gov.my PEN. KETUA EDITOR En. Abdul Hadi b. Haji Wahab Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat ahadi@mpkemaman.gov.my SIDANG EDITOR Encik Zulkifli b. Tahar ztahar@mpkemaman.gov.my Encik Mohd Khairul Maswan b. Mohd Redzuan khairul@mpkemaman.gov.my Encik Muhammad Hilmi b. Awang hilmi@mpkemaman.gov.my Puan Suraida bt. Mohd Ghazali suraida@mpkemaman.gov.my Puan Nor Rasyidah bt. Awang nrasyidah@mpkemaman.gov.my Puan Siti Rahayu bt. Mamat rahayu@mpkemaman.gov.my Haji C.W Zahari b. C.W Ahmad cwzahari@mpkemaman.gov.my Encik Mohd Noor b. Ali mnoor@mpkemaman.gov.my Encik Roslan b. Abdullah roslan@mpkemaman.gov.my FOTOGRAFI, REKABENTUK GRAFIK, PERUNDING/PENULIS BERITA Encik Nor Saeran b. Abd Wahab saeran@mpkemaman.gov.my JURUFOTO Encik Hafiz b. Mahari hafizmahari@mpkemaman.gov.my KoridorMPK merupakan buletin yang diuruskan oleh Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat untuk Majlis Perbandaran Kemaman. Sumbangan artikel amat dialu-alukan. Sila hantar sumbangan kepada:KoridorMPK d/a:Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kemaman, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman. atau sila Emel kepada : nsaeran@gmail.com.my Suatu masa dahulu, kita dihidangkan dengan pelbagai slogan seperti “Bersih, Cekap & Amanah”, “Cintailah Bahasa Kita”, “Bahasa Jiwa Bangsa”, Kepimpinan Melalui Teladan”, “Masyarakat Madani”, “Wawasan 2020”, “Berkhidmat Untuk Negara” dan mutakhir ini di peringkat kebangsaan, kita diwar-warkan dengan slogan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Manakala di peringkat negeri pula tidak kurang hebatnya bermula slogan “Islam Hadhari, Terengganu Bestari” diikuti oleh slogan “Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan” dan terbaharu slogan “Transformasi Terengganu Baharu - Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Rakyat”. Semua itu bermula di era kepimpinan Perdana Menteri ke 4 negara dan masih diteruskan sehingga kini. Hatta sambutan kemerdekaan dan Maal Hijrah saban tahun pun pasti slogan turut berubah misalnya “Sehati Sejiwa” dan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Sesetengah slogan, ada yang masih kekal dan ada pula yang telah berlalu pergi mengikut saf kepimpinan yang bersara. Perubahan kepimpinan tidak lengkap jika tidak berubah slogannya. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke 4 ia memberi maksud : kata-kata keramat yang dijadikan pegangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’. Tanyalah “Google” untuk setiap soalan kalian. Dari mana dan siapa yang mengulas erti slogan, ia tidak penting untuk kita ketahui, tetapi kita teringat pada slogan awal negara. Satu slogan yang cukup lama yang jarang diperkatakan. Ia lahir seawal penubuhan Persekutuan Malaysia. Ia bertujuan menyatukan halatuju dan produktiviti 14 buah negara dalam Persekutuan Malaysia. Tidak lain ialah slogan yang berbunyi “Bersekutu Menambah Mutu”. Cogan kata ini terpahat pada JATA negara. 30Jun2016#KetuaEditor#dalam Program Menyampaian Hadiah Cemerlang#di Hari Inovasi 2016, Peringkat Majlis Perbandaran Kemaman • Mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu. • Meminta orang lain agar mahu melakukan suatu hal. • Memotivasi orang lain agar senantiasa bersemangat. • Menyedarkan orang lain akan sesuatu yang berbahaya. Ruangan ini sekadar untuk mengajak pembaca meneliti dan menghayati slogan yang pernah digunakan oleh negara. Sejauh mana ia membawa kesan kepada hati pembaca, apakah pembaca dapat berubah dengan slogan-slogan yang ada atau untuk siapakah ia ditujukan? Apakah sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan hari ini, betul-betul terlaksana dengan adanya slogan tersebut? Berbalik kepada slogan MPK, semua itu pasti tertolak, andai kita sebagai pembaca masih gagal menganalisis setiap makna tersirat menepati kehendak dan falsafah slogan. Hari ini saya mengajak warga MPK memahami garapan slogan kita iaitu “KEMAMAN IDAMAN” moga ia difahami dan kalian berada di landasan yang betul dalam usaha merealisasikannya. “Selamat Hari Kebangsaan 2016” “Merdeka!!, Merdeka!!, Merdeka!!” Dicipta sesebuah slogan atau cogan kata, tentu bukan tanpa sebab, slogan memiliki tujuantujuan tertentu. Inilah beberapa tujuan slogan yang perlu kita ketahui antaranya: • Menyampaikan suatu informasi kepada khalayak ramai. Haji Anuar bin Awang, Setiausaha, Majlis Perbandaran Kemaman. su@mpkemaman.gov.my

[close]

p. 4

Ruangan Berita Semasa 4 Panel Penilai Anugerah Inovasi Pihakberkuasa Tempatan (AIPBT) 2016 YBhg. Dato’ Dr. Ab. Rahman b. Awang, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan dan Panel penilai ditunjukkan projek KIK - Tong sampah ‘1R oleh En. Osman b. A. Bakar, Yang Dipertua, MPK 19 Mei : Panel penilai Anugerah Inovasi AIPBT disambut oleh Yang Dipertua dan Setiausaha, MPK. Dalam ucapan alu-aluan En. Osman b. Abu Bakar, Yang Dipertua MPK, mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan panel ini bagi menilai hasil inovasi yang dipertandingkan pihak MPK. Ucapan selamat datang kepada YBhg. Dato’ Dr. Ab. Rahman b. Awang, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Datin Seri Dato’ Shamsiah bt. Hj. Daud, Ketua Audit Dalam, Bahagian Audit Dalam, Puan Normi bt. Nordin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Inspektorat, Encik Abdul Latif bin Ismail, Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Maklumat dan En. Aidil Azli b. Wahit, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kewangan dan Perolehan. YBhg. Dato’ Dr. Ab. Rahman b. Awang, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dalam ucapannya menyatakan tujuan kedatangan rombongan ini bagi melihat sendiri secara lebih dekat setelah MPK terpilih dalam 8 PBT disenaraipendekkan untuk anugerah AIPBT. Tujuan pertandingan ini ialah bagi menterjemahkan aspirasi kerajaan bagi melihat perkhidmatan awam berbudaya inovasi dan memenuhi aspektasi rakyat. Kecekapan mengurus dalam menepati kehendak dan aspektasi masyarakat yang serba moden pada hari ini, beliau menjelaskan peranan PBT telah berubah dari perkhidmatan asal seperti sampah, longkang dan jalan kepada menawarkan perkhidmatan kepada rakyat seperti menyediakan keadaan perbandaran yang selamat, kondusif, selesa, senang dihuni, bersih, sihat dan sejahtera. Dengan ‘Kor bisnis’ MPK kini menawarkan perkhidmatan perbandaran dalam aspektasi rakyat di era ICT maklumat dihujung jari. Di abad millennium ini masyarakat mengharapkan produk-produk yang cepat, kos efektif, mudah dan kualiti produk & produk yang menepati citarasa masyarakat, maka suka tidak suka zaman millenium ini kakitangan awam kena kreatif dalam bentuk perkhidmatan, material, sosial, ekonomi dan sebagainya, perlu diurus oleh PBT dengan sebaik mungkin. Adunan pengalaman baharu dan lama perlu dalam penyediaan kemudahan untuk rakyat. Sedia maklum PBT merupakan barisan hadapan kerajaan dalam menghadapi rakyat dan memberi perkhidmatan. Kedatangan panel ini untuk melihat dari aspek-aspek inovasi harus menepati kor bisnis mempengaruhi masa, time dale,menghasilkan perkhidmatan, kualiti ‘output’ dan ‘outcome’ dan ‘value for money’. Beliau memaklumkan penilaian kami menentukan organisasi mana yang layak dinobatkan samada sebagai juara atau tangga ke 2 seterusnya. Tetapi yang penting menepati kehendak rakyat dan kerajaan, samada kerajaan persekutuan, negeri atau tempatan. Panel ke tapak melihat projek KIK - Pemasangan papan tanda jalan ‘ID Sign’ Panel penilai turun ke tapak melihat projek KIK - Smart F1 Panel penilai melihat projek KIK eKompos- Proses membuat baja Kompos oleh ketua kumpulan GC Mesyuarat Penuh MPK Kali 7/2016 Haji Anuar b. Awang Setiausaha, MPK En. Osman b. A. Bakar Yang Dipertua, MPK 29 Jun : Mesyuarat Penuh MPK Kali ke 7/2016 telah diadakan di Resort World, Kijal, Kemaman. Kesemua Ahlimajlis telah hadir pada mesyuarat tersebut bagi memutuskan agenda-agenda yang akan dilaksanakan seterusnya.

[close]

p. 5

5 Ruangan Berita Semasa 30 Mei. : Zoo Fit 101 yang diadakan di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman merupakan sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan TRMZ. Tujuan program ialah untuk menarik pengunjung ke TRMZ, antara aktiviti yang disediakan oleh penganjur ialah senamrobik dan pemeriksaan kesihatan percuma daripada Pejabat Kesihatan Kemaman. MPaejnlias mRiangtakans LMaertaiihkaann Pratikal 9 Jun. : Puan Normayanna bt. Ismail, merupakan Pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Beliau menjalani latihan pratikal selama 20 minggu bermula daripada 25 Januari sehingga 12 Jun 2016. Sepanjang tempoh tersebut beliau telah berjaya menamatkan tugasan yang diberi dengan cemerlang. Potensi dan bakatnya begitu menyerlah apabila tugasan sebagai pengerusi majlis di program yang telah diadakan pada 29 - 31 Mei 2016 bertempat di Hotel Grand Putri, Kuala Terengganu baru-baru ini. Puan Normayanna bt. Ismail diraikan di dalam majlis ringkas (pada 9 Jun jatuh pada bulan Ramadhan) sempena penamatan pratikalnya oleh En. Nasran b. Abd Halim, Pengarah Jabatan serta kakitangan Jabatan Khidmat Pengurusan, MPK.

[close]

p. 6

Ruangan Berita Semasa 6 Perasmian Mesyuarat Agung KWKMPKB En. Osman b. A. Bakar Yang Dipertua, MPK merasmikan mesyuarat agung dan perasmian kedai KWKMPKB En. Abdul Hadi b. Haji Wahab, Pengerusi KWKMPKB 18 Julai. : KWKMPKB telah didaftarkan sebagai koperasi pada awal tahun 2011 setelah pelbagai dugaan dihadapi oleh jawatankuasa penaja. KKWMPKB mendapat suntikan modal awal tahun 2015 daripada MPK sebanyak RM100 ribu bagi memulakan operasinya. Bermula dari tempoh tersebut koperasi ini telah melangkah kehadapan dengan merekodkan sedikit kemajuan perniagaan dengan mendapat tender pembekal gris scred bagi Bandar Baru Kijal. Koperasi juga akan menjadi pengedar kepada produk-produk KIK dan bahan makanan haiwan bagi Taman Rekreasi & Mini Zoo, Kemaman. Pihak KWKMBPK turut mengenalpasti pelaburan baharu antaranya pengurusan Dewan Berlian dan tempat letak kereta. Bagi manfaat ahli pula pihak koperasi akan memperkenalkan permohonan pinjaman yang berbeza daripada amalan kelab kebajikan. Koperasi hanya bergantung kepada projekprojek di MPK sahaja, kerana koperasi tidak sama sekali dibenarkan menyertai tendar di peringkat negeri dan persekutuan. Majlis seterusnya dirasmikan oleh YBhg. En. Osman b. A. Bakar, Yang Dipertua, MPK. MMeasjlyiusaPreartbAagnudnagraKnoKpeermaasimWaanrga Kerja 18 Julai. : Mesyuarat Agung KWKMPKB Kali 1/2016 dirasmikan oleh En. Osman b. A. Bakar, Yang Dipertua, MPK. Mesyuarat Agung Kali Pertama ini dipantau oleh wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bahagian Audit Koperasi Negeri Terengganu iaitu En. Basharuddin b. Badrul. Kemuncak mesyuarat ini pemilihan barisan sebelasan ALK baharu 2016/2017 diadakan.

[close]

p. 7

7 Ruangan Berita Semasa Sambutan Anugerah Inovasi 2016 Ucapan oleh En. Abd. Halim b. Mamat mewakili warga kerja MPK Pemeriksaan Kawad oleh Yang Dipertua di iringi oleh Setiausaha dan Pegawai Penguatkuasa, MPK Ucapan perasmian dan penyampaian anugerah cemerlang 2016 oleh En. Osman b. A. Bakar, Yang Dipertua, MPK. 30 Jun. : Program Sambutan Anugerah Inovasi 2016 dirasmikan oleh En. Osman b. A. Bakar, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kemaman. Pengisian program ini dimulakan dengan pemeriksaan Perbarisan oleh para anggota penguatkuasa, MPK, bacaan doa selamat, nyanyian lagu ‘Negaraku’, ‘Perkhidmatan Awam‘ dan ‘TTB’, Ikrar Perkhidmatan Awam, yang dibaca oleh Puan Noriani bt. Ismail, Pen. Pengarah, Jabatan Perancang Bandar MPK, mewakili kakitangan MPK. ucapan alualuan daripada wakil warga kerja MPK yang diketuai oleh En. Abd. Halim b. Mamat, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MPK intipati ucapan beliau ialah menyeru agar dapat warga MPK bekerja dengan lebih efisien, menghayati ‘team works’, dinamik, telus dan berwawasan. Berusaha keras dan gigih bekerja untuk menempatkan diri dalam senarai pekerja cemerlang pada masa hadapan, ucapan perasmian oleh En. Osman b. A. Bakar, Yang Dipertua, MPK, Intipati ucapan YDP, MPK ialah mengharapkan perkhidmatan yang terbaik daripada warga kerja MPK untuk warga Kemaman seterusnya beliau merasmikan acara Sambutan Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan tayangan ‘montaj’ yang pernah ditayangkan kepada Panel Penilai Anugerah Inovasi PBT 2016 yang lalu. BNPaoecrraiaaannnciaIbkntrg.aIBrsamPneadrikal,hr,PidMemnP.aKPtmeannegwAawarakahiml,i JwoalaebrhagtPaaunManPK Kemuncak sambutan ialah penyampaian sijil dan saguhati kepada bakal-bakal pesara seramai 7 orang, para peserta cemerlang tahunan dan bulanan seramai 54 orang dan kakitangan yang berkhidmat selama 30 tahun seramai 4 orang. Taklimat & Pembentangan LA21 3 Ogos : Bengkel Local Agenda 21 ini di bawah Jawatankuasa Kebersihan dan Alam Sekitar. Bengkel yang diadakan di Dewan Berlian Utama, MPK bertujuan untuk membentuk dan merangka pelan tindakan pelaksanaan program keindahan dan kebersihan pantai Kemaman. Bengkel ini juga turut diselitkan dengan taklimat dan pembentangan pengenalan dan tujuan Local Agenda 21 oleh En. Mohd Shukri bin Ariffin, Pengarah, Jabatan Perancang Bandar, MPK merangkap Pengerusi LA21 Kemaman, peserta terdiri daripada pelbagai agensi/pejabat kerajaan, syarikat swasta, bank-bank, pertubuhan dan NGO. En. Mohd Shukri b. Ariffin, Pengerusi LA21, Kemaman

[close]

p. 8

Ruangan Pelawat Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di MPK MPK 8 19 Julai : Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ini telah dijalankan oleh pasukan audit Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu. Tujuan audit adalah untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja terjamin. En. Nasran b. Abd. Halim, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan mempengerusikan sesi audit tersebut. Taklimat audit dibuat oleh Puan Siti Rahayu bt. Mamat, naib setiausaha j/k keselamatan pasukan audit keselamatan MPK. DBKL : Meninjau Tandas Awam MPK 20 Julai : Siri lawatan 45 orang pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi meninjau beberapa buah tandas awam PBT di pantai timur termasuk Majlis Perbandaran Kemaman. Kumpulan ini di bawa meninjau sebuah tandas yang memperolehi Anugerah Emas Tandas Awam 2015 peringkat kebangsaan. Tandas yang terletak di perkarangan pasar besar tersebut menjadi pilihan delegasi ini kerana tandas awam di pasar-pasar, paling sukar untuk mengekalkan standard kebersihan, tetapi berlainan dengan tandas Pasar Cukai ini. MPK berjaya mengekalkan kebersihan tandas ini walaupun menjadi kegunaan ramai terutamanya diwaktu puncak setiap hari. Peserta rombongan DBKL dan pegawai Majlis Perbandaran Kemaman bergambar kenangan bersama Tuan Idzawi bin Raja Ismail, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

[close]

p. 9

9 En. Nasran b. Abd.Halim Pengarah JKP, MPK Ruangan Berita Semasa Lawatan Majlis Daerah Pasir Putih, Kelantan 11 Ogos : Lawatan Majlis Daerah Pasir Putih, Kelantan bertujuan berkongsi maklumat pelesenan industri minyak di Kemaman Supply Base (KSB) dan Kawasan Perindustrian Kerteh. Lawatan tersebut dihadiri oleh Setiausaha, Ketua-ketua unit serta kakitangan di MDPP. Perkongsian ilmu tersebut merangkumi bidang pelesenan, percukaian premis dan hal ehwal yang berkait dengan akta perancangan bandar dan desa yang digunapakai oleh MPK untuk kawasan industri. Taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Pelesenan, pihak MDPP diberi maklumat berkenaan permohonan, industri minyak, cara-cara pemeriksaan, pengiraan untuk mengenakan bayaran lesen, jenis-jenis lesen yang dikeluarkan, selok-belok pengurusan termasuk prosedur kerja dan pengurusan bermula dari penerimaan permohonan, proses kelulusan, pematuhan syarat lesen dan pembatalan fail di Bahagian Pelesenan MPK. PCaebralraanwBaonwlainng PMPeKr-sMaDhPPabdiaMteasnra Mall, Kerteh, Kemaman SPuerkmanateaka20T1a6ska 26 Mei. : Acara tahunan ini, merupakan antara aktiviti yang sentiasa diadakan oleh ahli jawatankuasa Taska Majlis Perbandaran Kemaman. Aktiviti ini turut melibatkan ibu bapa dan pendidik bagi mengeratkan silaturahim. PTMPSMreaaPeonmsnKggkgpraa&gaasmuhPiKnneegCarmmaeknrpaainetana1R 26 Mei. : Program ini diketengahkan seawal usia kanak- kanak bagi mendidik dan menyesuaikan diri dengan amalan pengasingan sampah di punca dengan menggunakan tong sampah 1R. Di samping itu juga program ini memperkenalkan satu lagi amalan mesra alam dengan menggunakan baja organik bagi tanaman. Program ini dihadiri oleh Pengerusi Kelab Keluarga Taska Permata MPK iaitu E. Ahmad Sheikh b. Abd. Rahim serta para ibu bapa kanak-kanak tersebut.

[close]

p. 10

Sudut Agama Ceramah Ramadan Siri 1 16 Jun : Ceramah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Hasan b. Hadi, Imam Masjid Kerteh, Kemaman. Memulakan ceramah dengan sepotong ayat yang bermaksud “wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu puasa, sebagaimana orang dahulu berpuasa....”, seterusnya beliau menjelaskan perbezaan puasa orang-orang Islam dengan bukan Islam. Apabila datangnya ramadan, pintupintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan semua syaitan di ikat di dalam neraka...” serta ayat yang bermaksud “diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu...” alfadhil ustaz menghuraikan ayat-ayat tersebut bagi ingatan hadirin sekalian. Beliau berharap agar setiap orang yang berpuasa dapat menilai puasa masing- masing sebelum ia diangkat kepada Allah Azzwajalla. Begitu juga beliau mengingatkan hadirin yang hadir agar dapat juga memperbaiki solat masing-masing, kerana ada satu neraka bernama ‘Wail’ bagi orang yang lalai dalam solat. Berbalik kepada puasa, pesanan ustaz agar tidak ditinggalkan dua perkara antaranya tidak meninggalkan solat sunat tarawih 2 rakaat walau sesibuk mana pun dan jangan tinggalkan sunat witir walaupun 1 rakaat sepanjang bulan ramadan. Lakukan ibadat tersebut dengan istiqomah andai jatuhnya lailatulqadar besarnya ganjaran yang akan diperolehi. Ceramah Ramadan Siri 2 23 Jun : Ceramah siri ke 2 yang diadakan pada 18 Ramadan berkait dengan NuzulQuran. Al-Fadhil Ustaz Hasan, Imam Masjid Kerteh, Kemaman. Menceritakan tentang turunkannya AlQuran, Musailamah Al-Kazab yang mengaku nabi dan penciptaan hadis palsu sebagai bukti pembohongan golongan ini. Selanjutnya diceritakan pengumpulan helaian-helaian quran menjadi mushaf, apabila perjuangan jihad yang melibatkan 70 orang para hafaz quran pada masa itu gugur syahid, Khalifah Sayidina Umar r.a. memutuskan untuk membukukannya. Alfadhil ustaz menghuraikan fadhilat dan kelebihan penghafal Quran, diterangkan tentang Al-Quran tidak lari daripada alHadis sebagai sumber penjelasan yang datang daripada Nabi Muhammad s.a.w. Mengulangi 3 jenis amalan orang yang puasa agar tergolong di dalam puasa kategori ‘berlumba-lumba mengerjakan kebaikan’. Ceramah Ramadan Siri 3 30 Jun : AL-Fadhil Ustaz Hasan memulakan ceramahnya dengan ungkapan doa agar setiap hadirin pendengar mendapat rahmat dari umur yang panjang dan kesihatan yang baik anugerah Allah Taala. Tajuk terakhir penutup ramadan ialah mencari lailatul qadar dari 10 malam yang terakhir ini. Menceritakan dengan nas solat Isyak dan Subuh berjemaah umpama beribadat sepanjang malam dan solat Tarawih dan Witir adalah amalan yang disebut oleh Iman Ghazali berkaitan asas Qiammulail. Pencarian lailatul qadar adalah perlu oleh setiap umat Islam kerana fadhilat 1000 bulan yang dijanjikan Allah Taala. Beliau mengingatkan untuk pratikal amalan seharian. Cari titik persamaan dan agar tidak ditinggalkan solat sunat tasbih, walau sekali amalkan sikap berlapang dada dalam isu-isu yang berbangkit seumur hidup yang merupakan selemah-lemah amalan masyarakat mutakhir ini. Beliau berharap, moga ramadan solat sunat tasbih. Jika mampu lakukan setiap hari atau berbaki itu dihabiskan dengan amalan-amalan baik seperti sebulan sekali atau setahun sekali mengikutkan apa yang menderma walaupun sedikit tetapi istiqamah sepanjang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada sahabat bulan. Amalan sedekah berkekalan itu lebih baik daripada baginda Muaz b. Jabal. Berbalik kepada nuzulQuran sekali walaupun banyak. Jangan biarkan ramadan yang yang berkaitan dengan lailatul qadar diceritakan berbaki itu berlalu tanpa pengisian sewajarnya. Akhirnya tanda-tanda malam lailatul qadar apabila siangnya alFadhil ustaz membandingkan puasa ular dan puasa ulat, redup sehingga tengahari tanpa matahari, bintang dan ular selepas bertukar kulit tetap mengekalkan tabiat dan hujan. Merujuk aplikasi washapp bagaimana pengguna perangainya yang asal, tetapi ulat apabila bertukar menjadi ‘forward’ maklumat berkaitan agama, pesan berpesan rerama yang cantik tidak lagi mengekalkan perangai ulatnya jika bertembung antara matan melayu dan matan arab, yang sentiasa memakan daun sebaliknya menghidupkan hendaklah didahulukan matan arab sebagai sumber sistem pendebungaan pokok. Begitulah juga puasa kita sahih agama, agar sumber hukum terus terpelihara moga puasa itu merubah diri kearah kebaikan. 10

[close]

p. 11

11 Majlis Jamuan Aidilfitri Peringkat Majlis Perbandaran Kemaman 2016 Sudut Agama Julai : Majlis Jamuan Aidilfitri 2016 diadakan di Dewan Berlian Utama MPK pada tarikh berbeza, Jamuan pertama peringkat Majlis Perbandaran Kemaman diraikan pada tarikh 21 Julai, manakala Majlis Jamuan Aidilfitri peringkat Taska, Tadika, Kafa dan Anak-anak Transit Tadika ke Taska telah diadakan pada tarikh 28 Julai 2016. Kedua-dua majils tersebut, telah menggerakkan jawatankuasa tersendiri bagi menjayakan majlis tersebut. Bagi jamuan peringkat MPK, jawatankuasa induk dan sambutan dianggotai oleh para pengarah dan pegawai kumpulan profesional yang bernaung di bawah teraju Yang Dipertua dan Setiausaha, MPK, manakala majlis jamuan peringkat taska, tadika, kafa dan Transit pula menggerakkan ahli jawatankuasanya yang dipengerusikan oleh Pengerusi Taska, Tadika & Kafa 2015-2017, iaitu En. Ahmad Sheikh b. Ab. Rahim selaku Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat, MPK. Jamuan Taska ini turut mengadakan sambutan hari lahir anak-anak yang lahir sepanjang bulan Julai. Majlis Jamuan Aidilfitri Peringkat Taska, Tadika, Kafa & Transit, MPK 2016

[close]

p. 12

Ruangan Berita Semasa TPaekrilnimgkaat tJaMwaajltiasnPkeurabsaandPaernadnudKuekm(aJmKPa)n 12 En. Osman b. A. Bakar Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kemaman menyampaikan watikah perlantikan kepada Pegawai JKP 17 Mei. : Taklimat ini dipengerusikan oleh En. Osman b. A. Bakar, Yang Dipertua, MPK. Penubuhan JKP ini melibatkan 18 Zon mengikut 18 kawasan kawalan Ahlimajlis, MPK. Dalam taklimat tersebut, penekanan diberikan kepada memahami bakal ahli JKP dari sudut peranan utama ahlimajlis, objektif, hubungan JKP dengan MPK, peranan dan fungsi JKP serta carta organisasi JKP dan tanggungjawab setiap ahli JKP dalam membantu MPK dalam mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada penduduk setempat. Dua (2) tanggungjawab utama ahlimajlis dalam pengurusan JKP ialah bertanggungjawab ke atas sesuatu keputusan yang akan mempengaruhi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial sesebuah bandar dan mempengerusikan Jawatankuasa Penduduk (JKP) bagi pengurusan isu dan permasalahan masyarakat setempat. Taklimat CRM 2.0 MPK dengan kerjasama SPRM Putrajaya 1 Jun : MPK ke arah memantapkan integriti di segenap lapisan warganya. Selaras dengan itu satu taklimat Pengurusan Risiko Rasuah (CRM 2.0) telah diadakan dan disampaikan oleh En. Ahmad Ariff b. Haji Mahiddin, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Putrajaya. Sesi taklimat ini merupakan langkah pertama untuk memperbaharui CRM sediada disamping memberikan pencerahan kepada Ketua Jabatan MPK. SPkeeempnaypademanapPaeAitiaudngilafHistarPmi e2pm0e1br6ersihan 29 Julai : Program penyerahan saguhati kepada kakitangan yang bertugas pada hari raya kedua Aidilfitri 1437H telah disempurnakan oleh En. Zulkifli b. Tahar, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar. Pihak pengurusan Majlis telah bersetuju memberikan sumbangan berbentuk wang tunai dan hamper barangan dapur kepada 33 orang kakitangan yang bertugas pada hari raya kedua. Kakitangan yang terlibat adalah pemandu lori sampah, kakitangan Unit Tindakan Khas dan penyiram pokok bunga.

[close]

p. 13

13 Ruangan Kursus Dalaman dTPaiekrbklaihmwidaamht RaSaitsastineomnAwaSlaaismraasaPineSkrMsiaemklauytsuiaan 18 Mei. : Pihak Anulae Kawasan Kemaman mengambil inisiatif di bawah pengerusinya Haji Mohd Rozali bin Sulong, menjemput En. Adnan b. Mat, Timbalan Presiden Anulae Semenanjung Malaysia, menerangkan keseluruhan isu berkait ‘Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia’ ini di Dewan Seri Geliga, MPK, untuk pemahaman warga MPK. Ucapan beliau merujuk 252 skim perkhidmatan sebelum ini. Pada keseluruhannya beliau berpandangan selepas meneliti impak skim terhadap kakitangan awam ialah sebahagian mendapat lebih dan sebahagian mendapat kurang, tetapi tiada yang rugi. Ia susulan daripada kekeliruan terhadap skim baharu ini. Beliau turut mengingatkan kata-kata YAB Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2015, bahawa penjawat awam adalah agen transformasi paling hadapan di antara rakyat dan kerajaan. Kita perlu meneruskan usaha tanpa henti bagi memastikan proses transformasi ini berjalan lancar ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020” En. Adnan b. Mat, Timbalan Presiden Anulae Semenanjung Malaysia Skim baharu ini dianggap menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemas kini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa. Urusan rasionalisasi ini juga bertujuan untuk memperluaskan peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu. Hasil kajian menyeluruh terhadap kesemua 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa, terdapat skim-skim perkhidmatan yang ditambah baik, dijumud dan dimansuhkan. Terdapat juga skim perkhidmatan yang dikekalkan kerana masih relevan dan menepati keperluan perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah skim perkhidmatan pada tarikh kuatkuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah sebanyak 240 skim perkhidmatan sahaja Selaras dengan langkah-langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini, Kerajaan turut bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada kadar RM1,200 sebulan adalah satu rekod perjuangan CUEPACS dan penambahbaikkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM). Pegawai awam turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu. Urusan penyeragaman gred jawatan/kod gaji di gred lantikan bagi skim perkhidmatan berkelayakan SPM atau setaraf, dan STPM/diploma atau setaraf, termasuk skim perkhidmatan jumud di bawah SSM melibatkan pindaan gred jawatan/kod gaji pegawai turut dikupas. Lawatan Sambil Belajar Majlis Daerah Besut 16 Ogos : Lawatan ini diketuai oleh Puan Nursyuhaidah bt. Ad. Rahman, Penolong Pegawai Penilaian, Majlis Daerah Besut, Terengganu. Rombongan seramai 6 orang ini bertujuan mempelajari proses perjalanan ’Operasi Sita Pegangan’ yang gagal menjelaskan tunggakkan cukai taksiran. Taklimat awal sebelum operasi diadakan di Bilik Sri Intan, MPK. Taklimat disampaikan ialah Puan Normaiza bt. Idris, Pegawai Penilaian (Bahagian Penilaian) Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MPK. Di samping mempelajari kaedah dan tatacara perjalanan sebelum sita dijalankan, kumpulan ini juga diberi peluang mengikuti operasi di tapak untuk melihat secara pratikal tatacara operasi sita pegangan dilakukan. Operasi sita kali ini melibatkan 12 pegangan jenis kediaman dan 32 buah pegangan jenis perniagaan terlibat dalam operasi sita bulan Ogos 2016. Operasi sita diketuai oleh Puan Normaiza bt. Idris dan dianggotai oleh Pen. Pengarah Jab. Perundangan, Pegawai Penguatkuasa, Pen. Pegawai Penilaian (Kanan 1) Pembantu Penilaian Kanan, 8 Orang anggota penguatkuasa , 2 orang pemandu lori tipper dan 2 orang anggota polis untuk tujuan keselamatan. Kumpulan ini hanya hanya melihat secara dekat operasi ini dijalankan. Sepanjang operasi ini dijalankan, pemilik bersetuju untuk menjelaskan bayaran, sebelum tindakan sita diambil ke atas mereka.

[close]

p. 14

Bengkel & Kursus Puan Alijah Mohd Noor KOnsultant Effective Learning pertama asas mengawal stres mengendalikan di tempat kerja slot Kursus SPA Minda 14 Dr. Ahmad Ezanee Mansor mreeflnegkesnoldoagliik‘taenrasplouttikke’dduaalabmermaseanskgaanwal tekanan 18 Mac : Kursus SPA Minda Siri II ini diadakan pada 15 - 17 Mei 2016, di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Kursus ini terbahagi kepada dua slot. Slot pertama, membincangkan faktor dalaman membentuk stres dan slot kedua, kaedah urutan refleksologi boleh membantu mengurangkan masalah stres. Kursus menerangkan 6 objektif antaranya mendedah pemahaman asas konsep tekanan dan kesihatan, memberi penjelasan pengertian menguruskan tekanan secara menyeluruh, mengenalpasti punca-punca tekanan, memahami segeala kesan gangguan kesihatan berpunca dari tekanan dan cara mencegahnya, menjelaskan konsep pengurusan dan kawalan tekanan di tempat kerja dan mengajar teknik dan strategi meningkatkan diri berhadapan dengan tekanan. Stres adalah satu situasi di mana seseorang itu merasakan yang mereka tidak mampu melakukan apa yang diminta/diharapkan oleh seseorang, sesuatu atau keadaan. Kelas ini juga didedahkan beberapa faktor dalaman yang membentuk faktor stres antaranya keinginan melakukan yang terbaik, tiada keyakinan diri, putus asa, terlalu menjaga kepentingan orang lain, masalah kewangan dan lainlain faktor. Seterusnya diajar 27 tip-tip berkesan mengurangkan stres. Kursus ini adalah antara jenis yang santai dan menyeronokkan dalam mencapai objektif sesuatu organisasi, suatu kaedah menangani stres sebelum berlaku dalam sesuatu organisasi. Peserta bergambar kenangan dengan pengajar dan urusetia

[close]

p. 15

15 Bengkel & Kursus Kursus Pra Persaraan En. Mohd Sabre b. Salim Juruperunding MDV Management Sdn Bhd penceramah sepenuh masa Kursus Asas Pra Persaraan 24 Mei : Majlis Perbandaran Kemaman menjemput En. Mohd Sabre b. Salim, Juruperunding MDV Management Sdn Bhd berperanan sebagai juruperunding dan penceramah untuk Kursus Pra Persaraan. Kursus ini berlangsung di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu yang diadakan pada 24 - 26 Mei 2016. Mengumpulkan kakitangan yang akan bersara sebelum tahun 2021. Kursus yang amat padat dengan sesi pagi, petang dan malam antara 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Dimulakan dengan sesi suaikenal antara penceramah dan peserta. Intipati kursus ini menceritakan ‘PERSARAAN’ merupakan fasa penting dalam kehidupan seorang pekerja untuk terus menjalani kehidupan selepas bersara. Tempoh persaraan memerlukan perancangan rapi kerana ia melibatkan keluarga dan masyarakat, agar ia tidak menjadi bebanan dan mempengaruhi kualiti kehidupan. Faedah dari kursus ini, peserta turut memahami proses peralihan daripada alam pekerjaan kepada alam persaraan, menilai kesediaan untuk bersara, membuat perancangan awal sebelum bersara dan memilih corak kehidupan semasa di alam persaraan. Turut didedahkan ialah pandangan dan proses persaraan mengikut kaca mata agama yang turut disampaikan oleh YBhg. Ustaz Kamalruldin b. Omar, Pegawai Agama kepada Menteri Besar Terengganu. Keseluruhan kursus ini mendedahkan proses ini dari sudut kesihatan, ekonomi, sosial, persekitaran, keyakinan diri dan kerohanian. Program ditamatkan dengan majlis penyampain sijil dan sesi bergambar antara peserta, urusetia dan perunding. Turut disentuh ialah persaraan dari aspek masa lapang dan psikologi dan pelan tindakan perancangan bagi memikirkan strategi perlaksanaan, dapat meneroka potensi diri, mencari alternatif peranan, menentukan keutamaan aktiviti dan dapat mengambarkan arah tuju seseorang pesara. Peserta bergambar kenangan dengan pengajar dan urusetia

[close]

Comments

no comments yet