Laporan Tahunan Pejabat Pendaftar 2015

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan Pejabat Pendaftar 2015 UTM

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

2

[close]

p. 3

3

[close]

p. 4

4

[close]

p. 5

5

[close]

p. 6

Cabaran intelektual di kalangan institusi pengajian tinggi pada hari ini kekal sebagai salah satu cabaran monumental yang menuntut perubahan paradigma di kalangan staf bagi memastikan institusi tersebut sentiasa mempunyai kelebihan berdaya saing. Di mana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak terlepas daripada menghadapi cabaran seumpama ini. Oleh yang demikian, Pejabat Pendaftar yang bertindak selaku pusat tadbir urus utama Universiti perlu beroperasi dengan cekap dan cemerlang meliputi pelbagai proses pengurusan dari aspek strategi, kaedah pelaksanaan, outcomes dan impak keberkesanan hasil secara berterusan. Tahun 2015 menyaksikan banyak perancangan Pejabat Pendaftar yang digubal dan dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya: Kejayaan menjadi finalis Anugerah Kualiti Pengurusan (AKP) bagi 1 empat tahun berturut-turut iaitu tahun 2012, 2013, 2014 dan 2015 2 Penjanaan pendapatan oleh Pejabat Pendaftar tahun 2015 ialah sejumlah RM 788,525.00 Berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus dan overhead 3 Pejabat Pendaftar bagi tahun 2015 sebanyak 43.53% berbanding tahun 2014 dengan nilai pengurangan sebanyak RM8,314,550.00 Pejabat Pendaftar berjaya mengurangkan penggunaan kertas 4 sebanyak 6.44% berbanding tahun 2014 (pengurangan 121 rim kertas bersaiz A4) 5 Sebanyak 700 kilogram kertas telah dijual bagi tujuan kitar semula 6 Inovasi yang berjaya direalisasikan adalah sebanyak 12 inovasi (11 inovasi pengurusan, 1 inovasi pengurusan) 6

[close]

p. 7

Selain itu, Pejabat Pendaftar juga tidak pernah lupa untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya berdasarkan pencapaian staf sepanjangan tahun 2015. Antaranya; PENGIKTIRAFAN/PENGHARGAAN Anugerah Perkhidmatan Cemerlang [31 0rang] Anugerah Jasa Bakti [3 orang] Anugerah Jasa Setia [4 orang] KENAIKAN PANGKAT Timbalan Pendaftar KP52 [1 orang] Pegawai Tadbir N54 [2 orang] Pegawai Tadbir N52 [2 orang] Pegawai Tadbir N48 [3 orang] Pegawai Tadbir N44 [2 orang] Pegawai Keselamatan KP44 [2 orang] Penolong Pegawai Keselamatan KP32 [1 orang] KENAIKAN PANGKAT FLEKSI Pegawai Tadbir N44 [8 orang] MAJLIS ANUGERAH PERMATA GEMILANG Anugerah Kecemerlangan Staf [58 orang] Anugerah Sukan [4 orang] Anugerah Khidmat Masyarakat [3 orang] Anugerah KIK [3 kumpulan] Anugerah Penerbitan [3 kumpulan & 3 individu] Anugerah OSHE [3 bahagian] Anugerah Inovasi [3 kumpulan] Anugerah 5S [3 bahagian] 7

[close]

p. 8

Ledakan teknologi dan revolusi digital menyaksikan perubahan dalam proses penyampaian dan pemantauan prestasi sesebuah institusi. Anjakan teknologi ini membawa kepada penggunaan kaedah Balance Score Card (BSC) yang memberi impak yang besar kepada sistem pemantauan pelaksanaan strategi dan pengurusan di Pejabat Pendaftar. Sebanyak 21 Key Amal Indicator (KAI) di dalam empat (4) perspektif telah dikenal pasti sebagai KAI Pejabat Pendaftar bagi tahun 2015 yang mana 2 daripadanya adalah menyumbang secara langsung kepada KAI Universiti. Secara keseluruhannya, KAI Pejabat Pendaftar telah berjaya mencapai sasaran pada tahun 2015 dan ini menggambarkan prestasi cemerlang Pejabat Pendaftar pada tahun 2015, di mana kejayaan ini dijadikan dorongan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik pada tahun ini. Kejayaan Pejabat Pendaftar pada tahun 2015 dapat dilihat melalui pengiktirafan yang diperoleh sama ada secara individu atau organisasi. Kepercayaan yang diberikan staf dalam memartabatkan pemikiran secara kreatif dan kritis telah membantu Pejabat Pendaftar untuk menghasilkan sebanyak 12 inovasi baharu sepanjang tahun 2015 untuk membuktikan kewujudan pembudayaan tadbir urus yang sentiasa ditambah baik. Staf Pejabat Pendaftar juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mendapat pengiktirafan di dalam dan luar UTM dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh pencapaian Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang berjaya mengharumkan nama Pejabat Pendaftar sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan perlu diakui sebagai salah satu pencapaian yang sangat membanggakan. Sementara itu, prestasi kewangan Pejabat Pendaftar juga adalah berlandaskan instrumen belanjawan operasi yang cekap dan efektif bagi perbelanjaan pada tahun 2015. Pejabat Pendaftar telah berjaya menjana pendapatan sendiri sebanyak RM788,525.00 hasil daripada jumlah kutipan/bayaran saman, penganjuran kursus awam, penjualan pelekat kenderaan Universiti, pas kontrak, penyewaan ruang dan perundingan latihan. Selain itu, sebagai langkah dalam membantu hasrat Universiti untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah, Pejabat Pendaftar juga giat melaksanakan penjimatan dalam semua urusan penyampaian perkhidmatan sehingga berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus dan overhead Pejabat Pendaftar bagi tahun 2015 sebanyak 43.53% berbanding tahun 2014 dengan nilai pengurangan sebanyak RM8,314,550.00. 8

[close]

p. 9

Transformasi merupakan salah satu cabaran kepada seluruh warga Universiti tidak terkecuali Pejabat Pendaftar. Kebijaksanaan untuk menanganinya juga adalah satu cabaran. Kejayaan menjayakan transformasi tidak datang dari usaha seorang tetapi dari usaha dan kerjasama berpasukan. Maka, Pejabat Pendaftar telah mengambil pelbagai inisiatif dalam memastikan transformasi Universiti dapat dijayakan contohnya melalui pelaksanaan HR Blueprint UTM 2013-2020. Selain itu, seluruh warga Pejabat Pendaftar juga sedang berusaha dengan lebih gigih dalam merealisasikan Pelan Global UTM 2012-2020 terutama yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan Pejabat Pendaftar. Oleh itu, semua warga pejabat pendaftar juga ditagih menjadi ejen pengubah (change agent) dan menjadi rakan kongsi strategik (Strategic Partner) dengan semua pemegang taruh yang berkaitan bagi menjamin kejayaan perancangan program transformasi Universiti. Sebagai kesimpulan pencapaian dan prestasi Pejabat Pendaftar pada tahun 2015 berada pada tahap yang membanggakan. Peranan Pejabat Pendaftar terus relevan dan banyak membantu Universiti mencapai matlamatnya. Semoga pada masa hadapan Pejabat Pendaftar akan terus berjaya dan cemerlang. Tahniah dan syabas buat semua warga Pejabat Pendaftar kerana sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh komited untuk memastikan kecemerlangan Pejabat Pendaftar. 9

[close]

p. 10

10

[close]

p. 11

11

[close]

p. 12

12

[close]

p. 13

13

[close]

p. 14

PENSIJILAN QMS ISO 9001:2008 PEJABAT PENDAFTAR UTMJB OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD Tarikh Persijilan : Sah Sehingga : No. Siri : 20 Ogos 2004 19 Ogos 2004 2231 Tarikh Persijilan : Sah Sehingga : No. Siri : 27 Jun 2007 19 Ogos 2010 2960 Tarikh Persijilan : Sah Sehingga : No. Pensijilan : 19 Oktober 2010 19 Ogos 2013 AR 3346 Tarikh Persijilan : Sah Sehingga : No. Pensijilan : 26 September 2013 19 Ogos 2016 AR 3346 14

[close]

p. 15

Aktiviti Tahun 2015 QMS ISO 9001:2008 15

[close]

Comments

no comments yet