Koridor MPK Edisi April 2016

 

Embed or link this publication

Description

Koridor

Popular Pages


p. 1

1 r 6 Ap 201 Siri 1 il http://mpk.terengganu.gov.my E-mel : mpk@mpkemaman.gov.my M/S : Mesy. JK Eksekutif MALA Sambutan Pemasyhuran 2016 Pelancaran Zon Utama Premis Makanan Gred A 5 M/S : 6&7 M/S : 8 M/S : Syarahan Dr Zakir Naik Di Cukai, Kemaman 19-21 13 Feb. : Kemaman adalah antara daerah yang berjaya melaksanakan ilham spontan YAB Menteri Besar Terengganu bagi mewujudkan ‘Fruit Station’ di perbandarannya. YAB Menteri Besar Terengganu turun padang bagi meninjau sendiri sambutan komuniti bandar pada ‘fruit station’. Beliau berharap idea-idea baru bagi merancakkan lagi perniagaan di kawasan bandar diketengahkan bagi faedah peniaga-peniaga khususnya yang terlibat dengan jualan buah-buahan dan peniagapeniaga kecil. CUKAI DI BANDAR ‘FRUIT STATION’ PELAKSANAAN Mohd. Razif b. Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu, meninjau idea Lawatan YAB Haji perniagaan ‘Fruit Station’ di Bandar Cukai.

[close]

p. 2

Ruangan Pelawat 2 BANDAR MBKT KE MPKEMAMAN LAWATAN DATUK Kaunter Bersepadu di Majlis Perbandaran Kemaman Meninjau Pelaksanaan 20 Jan. : Deligasi lawatan pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (Bandaraya Warisan Persisir Air), yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Kamil b. Othman, Datuk Bandar MBKT ke Majlis Perbandaran Kemaman. En. Rosman b. Roslan, Yang Dipertua, MPK beserta pengarah-pengarah jabatan Majlis Perbandaran Kemaman turut hadir meraikan deligasi ini. Lawatan Sambil Belajar MBKT Meninjau Projek Perintis Zon Premis Makanan Gred A, Taman Cukai Utama, Kemaman 24 Apr. : Lawatan daripada Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi meninjau projek perintis premis makanan Gred A, Majlis Perbandaran Kemaman yang dilancarkan di Taman Cukai Utama. Kumpulan ini hadir bagi mendapatkan gambaran tentang program yang dilaksanakan oleh MPK dari peringkat awal sehingga majlis pelancaran program ini oleh Haji Suhaili, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia. Projek perintis ini terdiri daripada 25 buah premis makanan di Taman Cukai Utama yang dikenalpasti pada peringkat permulaan hanyalah 3 buah memenuhi kriteria gred A dan selebihnya diberi garis panduan untuk menjayakan projek ini. Sesuai dengan objektifnya iaitu mewujudkan zon premis makanan gred A yang diberi penarafan dan pengiktirafan bersama antara MPK dan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman. Kumpulan yang seramai 16 orang ini di bawa melawat ke zon tersebut pada sebelah petangnya, bagi melihat sendiri keadaan di tapak projek.

[close]

p. 3

3 20 April 2016 Ruangan Am Mesyuarat Bersama Pengurusan Kijal Resort Worlds Kata Ketua Editor Assalamualaikum WBT Bercakap tentang masa.....#ia selalu mencemburui kerjaya kita# apa tidaknya, dari sebuah Majlis Daerah Kemaman dinaik taraf ke Majlis Perbandaran Kemaman#tahun ini MPK menyambut ulangtahun ke 14 usianya#pantas masa itu berlalu, rasanya semalam berakhirnya sambutan 02.02.02 pemasyhurannya. Berbicara tentang anugerah yang dimenangi terbaharu, Anugerah Tandas Peringkat Kebangsaan misalnya. Kita yakin #nakhoda bersama kru-kru yang ada ini#mampu menempuh badai gelombang ke destinasi masa#dengan gandingan tua dan muda warga MPK. Tapi ia satu cabaran yang getir sebenarnya#sebabnya, era MDK terlalu banyak anugerah yang diperolehi#kita sedia maklum 1983 - 2002#19 tahun usia MDK#rasanya tidak mampu ditandingi dalam masa terdekat ini#2002 - 2016#14 tahun kini#cuba hitung...sedang ketika itu pegawai gred A hanya YDP dan SU & pegawai gred B senang diingati#jika mahu#usaha mesti digandakan#kalau tidak waallahhua’lam. Berharap tentang kejayaan#organisasi kita ini menaruh harapan agar warga MPK menyedari hakikat bahawa kita tidak harus mengalah dan kecewa#peluang-peluang menuju kejayaan perlu direbut dengan matlamat menjadikan #Kemaman suatu #Idaman warganya. Bercerita tentang kemajuan dan globalisasi# Kemajuan dan globalisasi itu perlu #diintai dan #dipinang sekalipun ia bergelar.... #moga iltizam itu melahirkan generasi yang cemerlang#konsep ‘rebut peluang’, ‘membuah keemasan’#moga ia membawa kemajuan negara bernama ‘Malaysia’ serta dalam lingkungan negeri bernama ‘Terengganu’. Kita sebagai anak-anak Terengganu, mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia. Nasihat saya sebolehnya berfikir menolak sentimen, hanya menunjukkan 26Feb2016#KetuaEditor#di Program Bersama Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, Kijal, Kemaman contoh, tentang orang-orang hebat kelahiran Terengganu, kita tidak harus menafikan insan-insan seperti tokoh pendidikan Terengganu yang mencetuskan ‘FENOMENA UPSR’ (Terengganu terbaik sehingga kini peringkat kebangsaan, arwah mantan YB Dato’ Haji Razali Ismail (namanya disemadikan pada Institut Pendidikan Guru/IPG Seberang Takir) era Tun Mahathir Mohamad bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu sekaligus dilantik menjawat jawatan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamed Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan pakar dalam agama, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, pakar perubatan (mata) yang juga seorang motivator ulung, begitu juga kehebatan individu lain kelahiran Terengganu di bidang politik dan hal ehwal dunia Islam dan antarabangsa, di bidang seni seperti Eman Manan, Saleem dan Zizan Razak.... mereka semua kelahiran Terengganu. Itulah buktinya, pepatah melayu berkata “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”, kita tidak seharusnya rasa malu dan rendah diri, apa-apa pun kita tidak seharusnya berundur kebelakang. Menyentuh tentang harapan#sudah berbuih mulut berbicara#sudah penat deria digerakkan#di hadapan aset-aset yang berharga ini, #yakni kita, #jangan tidak diedahkan, #takut nanti kita tidak kemana, #organisasi menjadi gerhana. #mari kita menyimpan azam untuk melihat masa hadapan MPK #digilap cemerlang #diasah gemilang, #bukan pada bahu-bahu insan lain, #tetapi pada bahu sendiri#moga carta MPK meletakkan kita #sebagai aset paling berharga pada sisi organisasi ini#fikir fikirlah!! si 17 dak2 e R 0 g n Sida 6 201 PENASIHAT En. Osman bin A. Bakar Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kemaman ydp@mpkemaman.gov.my KETUA EDITOR Haji Anuar b. Awang Setiausaha, Majlis Perbandaran Kemaman su@mpkemaman.gov.my PEN. KETUA EDITOR En. Abdul Hadi b. Haji Wahab Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat ahadi@mpkemaman.gov.my SIDANG EDITOR Encik Zulkifli b. Tahar ztahar@mpkemaman.gov.my Encik Mohd Khairul Maswan b. Mohd Redzuan khairul@mpkemaman.gov.my Encik Muhammad Hilmi b. Awang hilmi@mpkemaman.gov.my Puan Suraida bt. Mohd Ghazali suraida@mpkemaman.gov.my Puan Nor Rasyidah bt. Awang nrasyidah@mpkemaman.gov.my Puan Siti Rahayu bt. Mamat rahayu@mpkemaman.gov.my Haji C.W Zahari b. C.W Ahmad cwzahari@mpkemaman.gov.my Encik Mohd Noor b. Ali mnoor@mpkemaman.gov.my Encik Roslan b. Abdullah roslan@mpkemaman.gov.my FOTOGRAFI, REKABENTUK GRAFIK, PERUNDING/PENULIS BERITA Encik Nor Saeran b. Abd Wahab saeran@mpkemaman.gov.my JURUFOTO Encik Hafiz b. Mahari hafizmahari@mpkemaman.gov.my KoridorMPK merupakan buletin yang diuruskan oleh Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat untuk Majlis Perbandaran Kemaman. Sumbangan artikel amat dialu-alukan. Sila hantar sumbangan kepada:KoridorMPK d/a:Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kemaman, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman. atau sila Emel kepada : Haji Anuar bin Awang, Setiausaha, Majlis Perbandaran Kemaman. su@mpkemaman.gov.my nsaeran@gmail.com.my

[close]

p. 4

Ruangan Berita Semasa 4 Gotong Royong Di Bandar Baru Kijal 11 Feb : Satu gotong royong anjuran Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat, MPK telah diadakan di sekitar bangunan baharu pejabat Bahagian Kesejahteraan Bandar. Pejabat ini diwujudkan untuk menyelaraskan aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan program JPP di daerah Kemaman, khususnya bagi zon utara. Kursus Sehari Sistem Pelesenan 15 Feb : Pembangunan Sistem Pelesenan yang baharu sedang giat dijalankan. Kesemua kakitangan Bahagian Pelesenan terlibat menghadiri kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan sesi soal jawab dalam mendengar keperluan mereka terhadap untuk sistem ini. Pihak pembekal sistem ini turut hadir bagi mendapat gambaran dan keperluan kemaskini sistem ini dalam ruang lingkup kerja-kerja pelesenan di Majlis Perbandaran Kemaman.

[close]

p. 5

5 Ruangan Berita Semasa Pelancaran Zon Utama Premis Makanan Gred A 17 Feb. : Pelancaran Zon Utama Premis Makanan Gred A telah dilancarkan di Taman Cukai Utama, Cukai, Kemaman. Pelancaran program oleh Haji Suhaili, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia. Hadir sama En. Rosman b. Roslan, Yang Dipertua, Haji Anuar Awang, Setiausaha, MPK, Haji Mohd Anuar Abd. Rahman, Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman dan En. Azil Azwa b. Asha’ari, PSU Pentadbiran dan Operasi, SUK, ahlimajlis-ahlimajlis, pengarah-pengarah jabatan MPK, pengusaha-pengusaha premis dan orang awam. Projek perintis ini terdiri daripada 25 buah premis makanan di Taman Cukai Utama yang dikenalpasti untuk dinaiktaraf sebagai premis makanan gred A. Lokasi ini dipilih kerana ia merupakan komuniti bandar yang paling pesat dengan kemudahan perbankan, pertumbuhan pesat perniagaan dan pasaraya serta bangunan perhotelan. Sesuai dengan objektifnya iaitu mewujudkan zon premis makanan gred A yang diberi penarafan dan pengiktirafan bersama antara MPK dan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman. Langkah-langkah penjagaan premis makanan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan & Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi menghindari penyakit serta menepati keceriaan premis. Lawatan Para Pelajar UITM Dungun 22 Feb. : Lawatan akademik para pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur ke Majlis Perbandaran Kemaman. Para pelajar bersama pensyarah diberi taklimat oleh wakilwakil dari Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan. Tujuan lawatan mereka ialah untuk menggalakkan idea-idea kreatif dalam menaiktaraf pelabuhan bersaiz sederhana di Malaysia dan mendedahkan para pelajar dengan kehendak, keperluan dan prosedur pembangunan pelabuhan. Di samping itu juga lawatan ini bertujuan untuk menilai rekabentuk, teknologi, kos dan impak ekonomi projek. lan Bangunan ngarah Jabatan Kawa un En. Manain Harun, Pemata kepada pensyarah UITM Dung era menyampaikan ced

[close]

p. 6

Sambutan Bulan Pemasyhuran MPK Tahun Ke 14# 2002 - 2016 6 Solat Hajat & Tahlil 1 Feb. : Solat Hajat dan bacaan Yaasiin merupakan satu program wajib bagi meraikan program pemasyhuran oleh Majlis Perbandaran Kemaman. Tahun-tahun yang lalu MPK biasanya akan mengadakan program sebegini di masjid pilihan di sekitar Cukai atau Dewan Berlian Utama, tetapi kali ini pengurusan MPK memilih Dewan Seri Amar, sebagai lokasi pembuka tirai sambutan pemasyhuran MPK 2016. Bayi Pemasyhuran MPK 2016 2 Feb. : Program ‘bayi pemasyhuran’ juga merupakan program yang biasa diadakan oleh pihak MPK bersama Hospital Daerah Kemaman, fokus untuk merekodkan bayi-bayi yang dilahirkan pada hari pemasyhuran MPK setiap 2 tahun sekali. Program di bawah Jabatan Perundangan ini memilih ahli majlis wanita untuk menyerahkan cenderahati kepada ibu-ibu yang bersalin pada tarikh tersebut, yang bertempat di wak bersalin Hospital Kemaman. Forum Perdana 11 Feb. : Forum Perdana, merupakan program utama pemashyuran MPK setiap tahun. Kali ini forum perdana menghimpunkan Sahibus Samahah Dato’ Dr. Hj. Zulkifly b. Hj. Muda, Mufti Negeri Terengganu dan Ustaz Kamaruldin b. Omar, Pegawai Khas Agama kepada YAB Menteri Besar Terengganu sebagai panel dan Ustaz Hj. Muhammad Ramli b. Noh sebagai moderator.

[close]

p. 7

7 Tahun Ke 14# 2002 - 2016 Sambutan Bulan Pemasyhuran MPK S amb u t an Pe ma s yhu ran M Bers ama SK M era ga Beris PK 25 Feb. : Program Cintai Buku diteruskan pada tahun 2016 dengan Sek. Keb. Meraga Beris, Kijal menjadi pilihan pihak Majlis Perbandaran Kemaman. Majlis Penyerahan Buku, Penajaan Akhbar Pendidikan Tutor dan Pelancaran Program Nilam pihak sekolah telah diadakan dengan jayanya dengan dihadiri oleh Yang Berbahagia, Yang Dipertua, En. Rosman b. Roslan, Setiausaha, Haji Anuar b. Awang, Guru besar, Puan Aminah bt. Ismail, Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, J/K PIBG Sekolah serta kakitangan MPK. Sejumlah 1000 buah buku untuk menaik taraf pusat sumber sekolah telah diserahkan kepada pihak sekolah. MPK juga menaja sejumlah 2460 naskhah Akhbar Tutor untuk rujukan UPSR 2016. Majlis juga meraikan kanak-kanak pendidikan khas di sekolah tersebut. Program Cintai Buku tahun 2016 diadakan bersempena ulang tahun pemasyhuran MPK ke 14. Semoga program mendekati rakyat seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan. Pert andingan Fotografi Sempena Pemasyhuran MPK 23 Feb. : Sesi penapisan pemenang hadiah pertandingan fotografi MPK sempena pemasyhuran MPK tahun 2016.

[close]

p. 8

Ruangan Pelawat 8 Tuan Rumah 2016 : Mesyuarat JK. Eksekutif MALA 23 Feb. : Majlis Perbandaran Kemaman menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat JK. Eksekutif MALA (Malaysian Association of Local Authorities). Ditubuhkan pada 20 Oktober 2000 dengan keahlian awal PBT di Malaysia sebanyak 67 buah. Wakil-wakil PBT di kalangan ahli MALA sentiasa bersidang pada setiap tahun dengan membincangkan berkaitan 9 strategi teras yang terkandung dalam objektifnya. YBhg. Dato’ Maimunah bt. Mohd Sharif, Datuk Bandar, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang Selaku Presiden MALA bersidang dan bersetuju menubuhkan beberapa biro bagi tujuan memperkemaskan strateginya ke arah penyediaan sistem banchmarking PBT, Local Agenda 21 dan Sistem Kualiti ISO dibincang bersama. biro-biro yang ditubuhkan adalah Biro Komunikasi Korporat, Biro Sukan dan Rekreasi, Biro Kebajikan dan Sosia, Biro Transformasi & Inovasi dan Biro Perhubungan Antarabangsa. Persidangan kali ini berharap agar 149 PBT yang berada di Malaysia dapat digabungkan sebagai ahli MALA bagi membawa PBT Malaysia bertaraf “World Class”. Kunjungan Kerja Universiti Putra Malaysia 25 Feb. : Deligasi daripada UPM diketuai oleh Timbalan Naib Censelor (Penyelidikan & Inovasi) Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi bin Mohd Lila. Kumpulan ini sedang membuat penyelidikan yang ada kaitan pengurusan dan haiwan di atas kerjasama di antara Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman dengan pihak UPM. Kumpulan ini diraikan oleh En. Rosman b. Roslan, Yang Dipertua, MPK dan Haji Anuar b. Awang, Setiausaha, MPK. Turut hadir ialah En. Abd. Halim b. Mamat, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, selaku pengurus Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman, serta para pegawai TRMZ.

[close]

p. 9

9 Ruangan Pelawat Lawatan Sambil belajar YDP, Majlis Daerah Jerantut 24 Feb. : Kehadiran tetamu istimewa terdiri daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Pegawai Tadbir dan Ketua Pembantu Tadbir, Majlis Daerah Jerantut, Pahang ke Majlis Perbandaran Kemaman. Kunjungan ini bagi meninjau dan mempelajari selok belok perjalanan mesyuarat penuh peringkat Majlis Perbandaran Kemaman yang diadakan pada tarikh tersebut. Yang Dipertua dan Setiausaha, MPK bergambar kenangan bersama Yang Dipertua dan pegawai, Majlis Daerah Jerantut, Pahang Kunjungan Santai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Dungun 25 Feb. : Kunjungan Hj. A. Rahman b. Che Ali, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Dungun, Puan Mazlifah bt. Mohamad, Pegawai Undang-Undang dan En. Ahmad Afiq ke Majlis Perbandaran Kemaman. Rombongan tersebut dibawa melawat lokasi kaunter bersepadu MPK yang terletak di tingkat 1, oleh Puan Suraida bt. Mohd Ghazali, Pegawai Tadbir, Korporat & Pembangunan Masyarakat mewakili Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat. En. Rosman b. Roslan, Yang Dipertua, MPK sempat hadir meraikan rombongan ini di akhir lawatan mereka, walaupun sibuk dengan program jabatan.

[close]

p. 10

Jasamu Selalu Dikenang 10 Majlis Pertukaran Mantan Yang Dipertua, MPK 8 Mac : Majlis pertukaran mantan Yang Dipertua, MPK, En. Rosman b. Roslan telah diadakan di Dewan Seri Geliga, MPK. Beliau berharap sekiranya bertembung di mana-mana, antara beliau dan kakitangan MPK, salam kemesraan dan tegur sapa dapat diteruskan walau pun beliau tidak lagi berjawatan sebagai Yang Dipertua. Beliau mengingatkan pertukaran ini tidak bermakna hubungan dengan MPK telah tamat, tetapi sebenarnya beliau masih sebahagian daripada MPK mengikut posisi sebagai ahli majlis, Majlis Perbandaran Kemaman bagi sesi 2016/2017. ‘Mengetip Jari’ terakhir sebagai Yang Dipertua, MPK 3 Mac : En. Rosman b. Roslan bertugas sebagai Yang Dipertua, MPK pada 17 Mei 2015 - 3 Mac 2016. Berperwatakan mudah mengukir senyuman. Beliau antara Yang Dipertua paling singkat berkhidmat di Majlis Perbandaran Kemaman. Sebaik sahaja mengambil alih tugas sebagai Yang Dipertua, beliau mengisytihar & mengamalkan prinsip “Ikrar Integriti Korporat (CIP)” di mana dalam prinsip ini terbinanya amalan POLISI TIADA HADIAH dan POLISI WHISTLEBLOWING Semua itu dilakukan beliau agar sistem penyampaian perkhidmatan menjadi efisien dan berintegriti serta mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap gejala rasuah dan sogokan. Alhamdulillah, sepanjang menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua beliau berjaya melakukannya dengan baik dengan memastikan pegawai dan kakitangan di bawah tanggungjawabnya seiring dengan prinsip beliau. Suatu Pencapaian yang amat dibanggakan oleh warga Kemaman. TAHNIAH!!! an En. Rosman Rosl i Daerah Kemaman ran tan sebagai Pegawa da wa Beliau menjawat jalantik sebagai AhliMajlis, Majlis Perban di h la te ng pi di sam 2016-2017 Kemaman penggal

[close]

p. 11

11 Tunas Baharu Program Penerimaan Jawatan MPK 1 Mac : Program penerimaan jawatan ini di adakan di Bilik Seri Intan, Tingkat 1, Bangunan MPK. Proses ini dimulai dengan ujian saringan air kencing. Turut diadakan ialah ikrar penerimaan jawatan di hadapan Yang Dipertua & Setiausaha MPK iaitu En. Rosman b. Roslan dan Haji Anuar b. Awang. Penyediaan scan eJARI untuk merekod kehadiran kerja sepanjang perkhidmatan di MPK. Seramai 41 orang kakitangan baharu bertaraf tetap dan kontrak ambilan Mac 2016, terlibat di dalam pengambilan ini. Program Kecerdasan Untuk Penjawat Awam Baharu MPK 1 Mac : Program sebegini sering dirangka oleh MPK bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam baharu di organisasinya. Program kecerdasan yang diadakan untuk penjawat awam baharu Majlis Perbandaran Kemaman ini bukan sekadar program berbentuk kenal mesra dan merapatkan hubungan antara mereka, tetapi juga untuk mendedahkan mereka semua ke suatu tahap kerjasama dalam menjalani sesuatu aktiviti, yang memerlukan komitmen bersama sepanjang masa. Mereka juga diuji dan dinilai di atas kesanggupan dalam menjalani ujian lasak berbentuk mental dan fizikal sebelum benar-benar melangkah ke alam pekerjaan yang mencabar di MPK. Selain itu mereka semua turut diperhati bagi melihat sejauh mana ego dan hubungan antara mereka mengatasi sempadan gred masing-masing ketika beriadah bersama. Semua itu dilakukan oleh MPK bagi memastikan kemurnian budi pekerti pegawai dan kakitangan baharu ambilan 2016 memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan khususnya MPK.

[close]

p. 12

Ruangan Berita Semasa 12 Majlis Pengakuan Penerimaan Jawatan AhliMajlis 2016 En. Osman b. A. Bakar Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kemaman menerima watikah perlantikan daripada YAB Menteri Besar Terengganu 20 Sept. : Program yang dirasmikan oleh YAB Haji Mohd. Razif b. Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu, yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Perlantikan ahli majlis-ahli majlis, Majlis Perbandaran Kemaman bagi sesi 2016-2017 diadakan bersekali dengan perlantikan ahli majlis-ahli majlis seluruh peringkat PBT di Negeri Terengganu. Taklimat Kerja Untuk Kontraktor Kutipan Sampah MPK 27 Feb. : Taklimat spesifikasi kerja-kerja kontrak kutipan sampah taman perumahan bagi sesi 2016 - 2018 telah disampaikan oleh Puan Siti Rahayu bt. Mamat, Penolong Pengarah, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, MPK. Objektif program ini ialah bagi memberi penjelasan yang terperinci mengenai spesifikasi jadual kerja, disiplin dan denda. Sebagaimana spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak MPK. Taklimat ini dihadiri oleh 63 orang peserta terdiri daripada Pembantu Kesihatan Awam MPK, Kontraktor, Pemandu dan Kelendan lori. Puan Rahayu bt. Mamat Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, MPK menyampaikan taklimat

[close]

p. 13

13 Ruangan Kursus Dalaman A Beng k el SP 20 Sept. : Seramai 39 orang kakitangan MPK yang berjawatan Pembantu Tadbir (N17) telah menghadiri Bengkel Pengurusan Tekanan “SPA MINDA” telah diadakan di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu pada 19 - 21 Feb. 2016. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat bagaimana menguruskan tekanan dalam kehidupan seharian. Peserta juga didedahkan dalam mengenali apa itu tekanan, bagaimana tekanan berlaku dan kaedah atau mekanisma mengendalikan tekanan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh konsultan yang dilantik iaitu Syarikat Efective Learning Management. Min a k e T n a s u r d a /Peng u nan Kursus Asas Penyelam Air Terbuka (Open Water Dive) Bagi Penyelamat (Search, Rescue & Recovery Team) 22 Feb. : Kursus Penyelam Asas Penyelam Air Terbuka ( Dive Open Water) yang dikendalikan oleh Kelab Renang L’ummber Kemaman. Kursus selama 4 hari bermula pada 22 - 25 Februari ini melibatkan penyelaman di laut dengan 3 peringkat iaitu 5 meter, 10 meter dan 20 meter, di lokasi Teluk Batik, Pulau Perhentian Kuala Terengganu. Pengiktirafan ini bertaraf antarabangsa dan sijil peserta dikeluarkan oleh Professional Association Of Diving Instructurs (PADI).

[close]

p. 14

Ruangan Berita Semasa 14 i s a m r o f ns a r T l a v rni an 2016 a K i d PK Kemam M i a r e G ng Mud a O ra 18 Mac : Program anjuran Pejabat Daerah Kemaman, UMNO Bahagian Kemaman dan Pejabat Parlimen Kemaman ini telah diadakan di ‘Kemaman Waterfront’. Lokasi karnival yang terletak di pinggir bandar Cukai ini, dipenuhi pelbagai aktiviti. Perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif b. Abd. Rahman dimulaikan dengan program senamrobik berirama, sementara perasmian penutup pada 21 Mac pula dilakukan oleh YB. Datuk Ahmad Shabery b. Cheek, Menteri Pertanian dan Asas Tani. Taklimat Berkaitan Cukai barang dan Perkhidmatan (GST) Taklimat oleh En. Mohmad Khaizaiddi b. Mohd Nor, Penguasa Kastam/Cawangan Kawalan Kemudahan dan Fasilitasi, Kuala Terengganu 18 Mac : Taklimat khas berkaitan perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah diadakan di Bilik Seri Nilam, MPK. Pihak kastam diwakili oleh En. Aladi b. Arifin, Ketua Kastam Kemaman, En. Gan Trong Lian, Ketua Operasi Kastam, En. Zulkefli b. Mohamed, Pen. Pengarah Kastam/GST Kemaman. Taklimat ini disampaikan oleh En. Mohmad Khaizaiddi b. Mohd Nor, Penguasa Kastam/Cawangan Kawalan Kemudahan dan Fasilitasi, Kuala Terengganu. Pegawai-pegawai MPK yang hadir di taklimat khas tersebut mewakili Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, Jabatan Landskap, Bahagian Letak Kereta dan Bahagian Hasil & Kewangan. En. Kamarulzaman b. Abd. Aziz, Pen. Peg. Tadbir, Jabatan Khidmat Pengurusan, mewakili YDP/SU mempengerusikan taklimat khas ini.

[close]

p. 15

15 Ruangan Berita Semasa GOTONG ROYONG DI TASKA PERMATA MPK 28 Jan. : Gotong royong ini membuka tirai kepada aktiviti yang dirancang oleh Jawatankuasa Taska Permata 2016. Ia bertujuan untuk memastikan persekitaran bangunan taska terhindar daripada gejala penyakit khususnya wabak denggi yang menular di negeri Terengganu kini. Kehadiran ibu bapa ini memberi suntikan semangat untuk aktiviti seterusnya. Kursus Penyakit Berjangkit di kalangan kanak-kanak Anjuran Taska MPK 23 Feb : Kursus penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak ini telah diadakan di Dewan Sri Amar yang telah diilhamkan oleh Jawatankuasa Taska MPK. Seramai 60 orang ibu bapa yang telah menghantar anak mereka terlibat dalam kursus ini. Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan kepada itu bapa dalam memastikan anakanak mereka bebas dari penyakit berjangkit. Taklimat telah disampaikan oleh En. Rosli b. Wahab, Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Puan Umi Kalsom bt. Majid, Pegawai Sains Pemakanan, penceramah dari Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.

[close]

Comments

no comments yet