Laporan Tahunan 2015

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan 2015

Popular Pages


p. 1

2015 Laporan Tahunan Annual Report

[close]

p. 2

2015 Annual Report Laporan Tahunan

[close]

p. 3

Prakata Menasihati Penggubal Dasar ms O O O O O 04 06 08 13 40 Mengenai Kami Titipan dari Presiden Memperkasa Komuniti Saintifik KANDU

[close]

p. 4

Wacana Perancangan Hadapan Maklumat Lanjut O O O O O 75 79 85 173 187 Keahlian Laporan Kewangan NGAN

[close]

p. 5

Kami Menjadi peneraju pemikir 1 berusaha, Misi Menjadi Badan Penasihat Apex dalam hal berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Menjadi penggalak yang efektif terhadap kesedaran dan pemahaman awam tentang STI Menjadikan STI sebagai asas bagi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat 04 Menjadi Peneraju Pemikir yang diiktiraf bagi isu berkaitan sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi. 2 Memupuk kecemerlangan dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi (SET) untuk kebaikan masyarakat keseluruhannya. Fungsi • Menasihati Kerajaan berkenaan hal STI yang berkepentingan kepada negara dan antarabangsa • Memupuk budaya kecemerlangan SET di Malaysia • Membantu meningkatkan keupayaan teknologi sektor industri di Malaysia • Menggalakkan kesedaran dan pemahaman umum • Menjalin jaringan dan kerjasama antarabangsa • Penerbitan saintifik mengenai kepentingan STI dalam kehidupan seharian

[close]

p. 6

Aktiviti kAmi • Malaysia 2050 • Sosio Ekonomi • Penjelmaan Teknologi Baru • Kelestarian Sains Strategi Memanfaatkan pemikiran saintifik untuk menentukan hala tuju STI negara Memupuk budaya kecemerlangan STI Memberikan input STI yang berwibawa dan tepat pada masanya Menggalakkan penggunaan dan aplikasi sains untuk kesejahteraan rakyat Memudahcara pelaksanaan strategi ekonomi berasaskan inovasi Laporan Tahunan Kajian Strategik STI Pihak Berkepentingan Dalaman • Felo • Associates • Ahli Young Scientists Network (YSN-ASM) • Pengurusan ASM Program Strategik STI • Pembangunan Modal Insan • Pengantara • Konsortium Sains • Fora Perundingan Luaran • Jabatan Perdana Menteri dan Agensi Pusat • MOSTI dan agensinya • Kementerian lain dan agensi berkaitan • Industri • Institusi penyelidikan • Institusi pengajian tinggi • Badan profesional S&T • Organisasi Antarabangsa STI • Komuniti bandar dan luar bandar • Memberi khidmat 4 teras Piagam Pelanggan nasihat yang bebas, boleh dipercayai berasaskan data yang tepat pada masanya • Komited dalam mewujudkan program yang berkualiti ke arah pembangunan asas STI negara yang kukuh • Mewakili Malaysia dan komuniti saintifiknya di arena antarabangsa • Menyebarkan pengetahuan saintifik 05

[close]

p. 7

Prakata Saya amat berbesar hati atas penghormatan yang diberi kepada saya untuk berkongsi pandangan mengenai Laporan Tahunan Akademi Sains Malaysia (ASM) 2015 sempena sambutan ulang tahun ke-20 ASM. ASM harus berbangga di atas usaha gigih dan sumbangannya terhadap perkembangan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara. Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ASM telah mencapai kejayaan signifikan dalam mengukuhkan ekosistem STI melalui kajian perdana yang dijalankan, promosi program berkaitan sains dan teknologi (S&T) serta kerjasama antarabangsa. Saya berharap agar ASM akan terus berusaha memberikan sumbangan intelek yang menarik dalam bidang berkaitan STI dan memberikan cadangan dasar yang teguh kepada kerajaan. Melalui kajian flagship seperti Science Outlook dan Envisioning Malaysia 2050 Foresight Initiative, ASM dapat memberikan data STI yang tepat dan boleh dipercayai bagi penggubalan dasar. Ini dapat membantu agensi yang berkaitan mengkaji semula dasar dan pendekatan semasa mereka. Laporan Science Outlook yang pertama telah menerima pengiktirafan Kerajaan melalui National Science Council (NSC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Isu dan cadangan yang diketengahkan di dalam laporan ini telah menggesa agar tindakan tertentu diambil seperti syor NSC untuk membentuk Pelan Tindakan STEM Nasional bersepadu yang melibatkan MOSTI, Kementerian Pelajaran (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Di samping itu, kerajaan Malaysia akan terus menyediakan platform untuk International Science, Technology and Innovation Centre (ISTIC) dan International Council for Science (ICSU) bagi menerajui intervensi STI di peringkat antarabangsa, terutamanya di kalangan negara-negara membangun. MOSTI, melalui ASM, memainkan peranan penting dalam menyokong ‘Dasar untuk STI’ dan ‘STI untuk Dasar’, yang merupakan teras utama Dasar 06 Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) dalam membina ekosistem yang mapan untuk pembangunan sosioekonomi negara. STI untuk Dasar mengambil kira keperluan semua dasar di Malaysia yang mengandungi unsur STI. Melalui pendekatan ini, kita mampu mengintegrasikan elemen STI dalam semua dasar negara dan menempatkan STI dalam rantaian pelaksanaan secara keseluruhan. Dengan ini, STI tidak lagi dianggap sebagai intervensi yang berasingan, tetapi dapat bergabung dengan bidang ekonomi & kewangan, geopolitik, masyarakat dan budaya untuk proses penjanaan idea yang mapan ke arah transformasi sosio-ekonomi. Saya amat berbangga kerana ASM telah diiktiraf sebagai entiti bebas bagi rakyat Malaysia melibatkan diri dalam perbincangan intelektual berkaitan isuisu utama dalam STI. ASM adalah penting kepada Kerajaan dalam memberikan input dan inisiatif strategik yang berkaitan dengan dasar STI sama seperti badan pemikir lain seperti Institute of Strategic and International Studies Malaysia (ISIS) bagi dasar sosial dan antarabangsa serta Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bagi dasar ekonomi. Saya berharap agar Science Outlook diinstitusikan sebagai sumber rujukan dalam hal berkaitan lanskap STI negara setanding dengan Malaysian Economic Outlook. YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Laporan Tahunan

[close]

p. 8

Prakata Laporan Tahunan 2015 mengandungi keterangan mengenai pencapaian ASM yang terserlah melalui wacana intelek, seminar, bengkel, persidangan dan kajian berkaitan STI. Hasil kajian yang dijalankan telah diterbitkan dan menjadi bahan rujukan berguna bukan sahaja di kalangan pembuat dasar, tetapi juga kepada pihak berkepentingan lain seperti komuniti saintifik, ahli ekonomi dan pengamal industri. Kajian yang dijalankan merangkumi pelbagai bidang seperti Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), nadir bumi, foresight 2050, ekosistem STI negara dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). ASM dalam Laporan Science Outlook 2015 telah mengutarakan penemuannya dan memberi cadangan penting, perspektif yang tepat dengan penandaan aras serta hala tuju penyelesaian ke arah pembaharuan STI yang inklusif dan bersepadu dalam bidang kritikal untuk meningkatkan pertumbuhan dan daya saing negara. Sumbangan ini telah menyumbang ke arah usaha transformasi MOSTI dalam memacu agenda STI negara dengan berpandukan DSTIN. Walaupun beberapa kejayaan telah dicapai terutamanya dari segi penerokaan, pembangunan dan penggunaan STI bagi penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk memanfaatkan potensi STI sepenuhnya. Tumpuan dan usaha yang berterusan perlu diberikan dalam mengukuhkan keupayaan STI negara, menangani cabaran atau isu asas, membina keupayaan dan akhirnya muncul sebagai model kecemerlangan STI serantau. Dalam hal ini, kualiti pendidikan STEM, kesedaran yang berimpak, orientasi STI di kalangan belia negara ini, infrastruktur STI yang lebih baik, profesional STI terlatih, objektif STI yang tertumpu dan penetapan sasaran yang praktikal, mencabar dan realistik menjadi prasyarat. Saya berharap ASM terus berusaha untuk memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu ini. Komitmen yang kuat dan dedikasi serta semangat Felo dan kakitangan Akademi terbukti dalam Laporan ini. Oleh itu, saya ingin merakamkan penghargaan yang tinggi kepada profesionalisme dan sumbangan mereka. Laporan Tahunan Dato’ Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 07

[close]

p. 9

Titipan dari Laporan Tahunan Presiden Tahun ini merakamkan detik yang bersejarah kerana ia merupakan ulangtahun ke-20 Akademi Sains Malaysia (ASM) sejak penubuhannya sebagai badan berkanun di bawah Akta Parlimen 1995. Tempoh 20 tahun ini telah mencatatkan perjalanan ASM dari permulaan yang sederhana ke arah pembangunan yang signifikan dan berimpak. Ini jelas dengan adanya kajian dan program ASM yang meluas, mendalam dan berpengaruh. ASM sebagai Peneraju Pemikir berusaha untuk menyampaikan output yang bebas, boleh dipercayai, relevan serta nasihat dan advokasi saintifik yang tepat pada masanya. Jaringan, Hubungan dan Aspirasi Kepakaran ASM Tenaga penggerak ASM terdiri daripada jaringan kepakaran dan hubungan strategik antara pelbagai platform nasional dan antarabangsa yang efektif. Jaringan kepakaran dan inisiatif strategik, kajian dan program ASM telah berkembang sebanyak lima kali ganda sejak dua dekad yang lalu. Bermula dengan 50 Felo asas, kini ASM mempunyai jaringan kepakaran yang terdiri dari tujuh Felo kehormat, 26 Felo kanan, 278 Felo, 28 Associates, 57 ahli Young Scientists Network dan 110 Top Research Scientists Malaysia. 08

[close]

p. 10

TRSM 110 Ahli YSN-ASM 57 Laporan tahunan ini merakamkan dan menyampaikan kajian, program dan inisiatif ASM. Saya berharap laporan ini bukan sahaja menunjukkan aktiviti ASM sepanjang tahun 2015 tetapi juga dapat menyampaikan mesej utama dalam pelbagai bidang fokus dan aspirasi ASM. ASM sebagai sebuah akademi sains yang masih muda bertekad untuk membezakan ASM dengan akademi-akademi sains sedunia lain yang kaya dengan legasi bijak pandai dengan cara menggabungkan komitmen dan semangat yang jitu. Kami komited untuk menerajui pembangunan STI negara dan daya saing global tanpa jemu. Dengan ini, jelas menunjukkan inisiatif yang dijalankan oleh ASM mengatasi disiplin S&T konvensional dan mampu meningkatkan keperluan sains sosial, kemanusiaan dan perspektif ekonomi untuk dipertimbangkan di dalam perbincangan kita. Ini merupakan berita baik kepada rakan kerjasama dari luar bidang STI. Terdapat banyak peluang untuk kita bekerja dan menyumbang bersama. ASM menerima pakai pendekatan inklusif untuk menggalakkan penggabungan sains dengan ekonomi & kewangan, geopolitik serta masyarakat & budaya. Walaupun STI penting dalam menangani cabaran global yang menjejaskan penghuni bumi, namun kita tidak boleh bekerja secara sendirian. Adalah mustahak untuk kita menguna pakai pendekatan berbentuk transformatif dan integratif. 7 Felo Kehormat 26 Felo Kanan 51 Disiplin Sains Perubatan dan Kesihatan 38 Disiplin Matematik, Fizik dan Sains Bumi Felo Felo Dilantik sehingga kini 309 278 65 Disiplin Kejuruteraan dan Sains Komputer 31 Disiplin Sains Kimia 63 31 Disiplin Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar Disiplin Pembangunan S&T dan Industri Menyampaikan Input STI Tahun ini, ASM telah menyiapkan lapan kajian yang mempunyai kepentingan nasional, manakala, 11 kajian lagi masih berjalan. Kajian strategik ASM dibahagikan kepada empat tema iaitu Malaysia 2050, penjelmaan teknologi baru, kelestarian sains dan sosio-ekonomi. Aspek asas ekosistem, keupayaan dan sumber S&T di teliti dalam setiap kajian bagi memastikan cadangan yang diberi membawa pandangan yang holistik. 28 Associates 73 Staf 09 Laporan Tahunan

[close]

p. 11

Pelancaran laporan Science Outlook 2015 yang diterbitkan julung kalinya telah menyumbang kepada satu detik bersejarah ASM dalam kajian perdana ASM. Science Outlook membentangkan pandangan bebas berkaitan trend utama STI di Malaysia. Barangkali terdapat beberapa perkara yang ditekankan dalam laporan Science Outlook merupakan isu yang sedia ada tetapi buat pertama kalinya terdapat data dan dokumen sokongan bagi menyokong kenyataan tersebut turut disertakan bersama cadangan untuk menanganinya secara efektif. Ini telah mendapat banyak perhatian dan menimbulkan perbincangan di kalangan pihak berkepentingan. ASM berharap untuk menerbitkan Science Outlook setiap dua tahun sekali untuk digunakan sebagai bahan rujukan bagi membolehkan keputusan dibuat berdasarkan maklumat. Satu lagi kajian flagship ASM yang dikenali sebagai Malaysia 2050 merangkumi Kajian Mega Sains dan Foresight. Kajian ini meramal kedudukan Malaysia pada tahun 2050, membincangkan peneraju perubahan sosial, ekonomi dan geo-politik selain membuat cadangan ekosistem yang perlu dibangunkan dan pelaburan STI yang perlu diberi keutamaan untuk memastikan kejayaan di masa hadapan. Kajian Mega Sains memberi gambaran masa hadapan yang diinginkan secara keseluruhan dan menggabungkannya dengan sektor ekonomi yang spesifik. Kajian ini kemudian membincangkan bagaimana STI dapat digunakan untuk mencapai masa hadapan yang diinginkan. Tahun ini, fasa ketiga Mega Sains melibatkan lima sektor industri iaitu Perabot, Automotif, Kreatif, Pelancongan serta Plastik dan Komposit. Buat pertama kalinya, ASM telah membawa lima badan pemikir dan institusi negara untuk mewujudkan pakatan foresight untuk menjalankan kajian di bawah ‘Envisioning Malaysia in 2050 Foresight Initiative’. Kajian inter-disiplin ini meramal kedudukan Malaysia berdasarkan empat komponen iaitu S&T, masyarakat & budaya, ekonomi & kewangan dan tadbir urus. Kajian ini akan memberikan cadangan dan mengenalpasti bidang strategik utama selain menggalakkan penggunaan foresighting sebagai DNA dalam perancangan 10 Laporan Tahunan strategik kebangsaan. Malaysia boleh menggunakan kekuatan semasa untuk merangka kejayaan masa hadapan melalui aktiviti foresight. Apa yang penting adalah kita perlu bertindak sekarang untuk memastikan kualiti hidup rakyat yang mampan, terhubung, makmur, aman dan harmoni terjamin di masa hadapan setaraf dengan trend global. Laporan ASM Foresight Initiative dijangka siap pada tahun 2016. ASM sentiasa berusaha untuk menangani isu utama negara melalui perspektif STI. Contoh terbaik adalah kajian air ASM yang telah dijalankan sejak 2008 dan kini ianya diiktiraf dan menjadi rujukan pelbagai pihak berkepentingan dari kementerian dan agensi Kerajaan dan juga badan bukan kerajaan. Kejayaan ini adalah hasil dari laporan kajian air ASM yang menyeluruh serta kepimpinan yang berwawasan didokong oleh Jawatankuasa Air ASM serta penglibatan kepakaran pelbagai disiplin dan antara sektor. Dengan berpaksikan kepada Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) sebagai teras, jawatankuasa ini telah membentuk IWRM 11 sub-tema berasingan berdasarkan aplikasi praktikal dalam konteks Malaysia. Kajian menyeluruh dijalankan bagi setiap sub-tema ini di mana pelan strategi atau laporan nasihat dihasilkan bagi pertimbangan dan pelaksanaan agensi yang bertanggungjawab. Tahun ini, kajian bagi sub-tema Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, Pengurusan Permintaan Air serta Bekalan dan Pengurusan Sisa Air telah disempurnakan. Dalam bidang tenaga pula, kajian ASM difokuskan kepada penghasilan tenaga hijau melalui teknologi. Malaysia telah bertindak

[close]

p. 12

Menerajui Bakat STEM Sebahagian penting fungsi ASM adalah untuk menyumbang ke arah membangun dan mengekalkan tenaga kerja saintifik negara yang mantap dari pelbagai bidang. Oleh itu, ASM menerajui pengembangan bakat dan pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Inisiatif ini dipantau oleh Jawatankuasa Pendidikan Sains ASM yang komited. Young Scientists Network (YSN-ASM) menghimpunkan saintis muda Malaysia yang cemerlang di bawah satu jaringan dan menyediakan landasan bagi saintis muda ini menerajui beberapa inisiatif yang signifikan. Sebagai pelapis kepada pemimpin masa hadapan, kumpulan saintis muda ini digerakkan untuk menjalankan program STEM di sekolah seluruh Malaysia, menyampaikan STI dengan efektif selain menggalakkan Pelaksanaan Penyelidikan Beretika (RCR) di kalangan komuniti saintifik. Melalui YSN, ASM dapat berhubung dengan generasi muda secara efektif dan memberi gambaran STI yang positif melalui saintis muda yang dilihat sebagai role model yang kontemporari dan cemerlang. Melalui usaha ini, lima saintis muda telah diberi peluang untuk menemui Pemenang Hadiah Nobel tahun ini dengan menghadiri Mesyuarat Tahunan Lindau di Jerman. Selain itu, saintis muda juga telah terpilih untuk menghadiri Young Physician Leaders Programme anjuran InterAcademy Medical Panel, European Organization for Nuclear Research (CERN) Summer Student Programme (CSSP) dan Young Scientists Summer Programme anjuran International Institute for Applied Systems Analysis (IIASA). 11 Laporan Tahunan untuk menangani krisis keselamatan tenaga dan risiko perubahan iklim dengan mempelbagaikan sumber tenaga yang merangkumi sumber tenaga boleh diperbaharui dan tenaga alternatif serta membangunkan teknologi tenaga hijau untuk masa hadapan. Berikutan dengan itu, tahun ini ASM telah menghasilkan tiga laporan nasihat iaitu Penggunaan dan Kecekapan Tenaga dalam Pengangkutan, Tenaga Bebas Karbon dan Industri Sel Bahan Api di Malaysia. ASM turut memfokuskan pembangunan budaya kecemerlangan STI dengan memberi penekanan kepada tiga elemen utama iaitu bakat, jaringan dan pengiktirafan. Sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan budaya kecemerlangan STI ialah, ASM memudahcara kolaborasi dan pertukaran kepakaran dengan pusat kecemerlangan antarabangsa dan institusi STI. Tujuan utama usaha ini adalah untuk menjadi pemangkin bagi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang STI selain untuk membangunkan saintis Malaysia yang berkaliber yang mampu meraih pengiktirafan antarabangsa. ASM turut berperanan sebagai rakan pemudahcara antara institusi Malaysia dan pusat kecemerlangan antarabangsa bagi tujuan kerjasama penyelidikan dan pembangunan modal insan yang mampu mendokong usaha kerajaan bagi membina keupayaan dan kapasiti STI negara.

[close]

p. 13

Meletakkan Malaysia dalam Arena STI Global ASM juga memainkan peranan dalam membantu komuniti saintifik Malaysia melalui pelbagai platform untuk berhubung dengan komuniti saintifik global bagi membuka peluang perkongsian ilmu, pembinaan kepakaran serta mengukuhkan kapasiti dan keupayaan STI dalam konteks pembangunan sains dan teknologi global. Laporan Tahunan Penghargaan ASM sangat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Kerajaan, memandangkan semua kajian dan program ASM pada tahun 2015 telah melibatkan sebanyak 20 kementerian. Khususnya, ASM bekerja rapat dengan MOSTI dan kami berhasrat untuk terus menyokong inisiatif MOSTI ke arah pencapaian hasil yang positif. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institut penyelidikan, penggiat industri dan sektor korporat yang telah bekerjasama dengan ASM melalui pelbagai platform untuk merealisasikan objektif bersama. Tanpa kerjasama dan kolaborasi penting ini, ASM dan Felo tidak mungkin dapat menjadi peneraju pemikir STI negara. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada semua pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa, Badan Bertindak dan Kumpulan Kerja ASM yang telah menyumbangkan kepakaran dan meluangkan masa mereka secara sukarela. Selain itu, terima kasih diucapkan kepada kumpulan pengurusan dan kakitangan ASM yang rajin dan berdedikasi yang telah menyumbang ke arah pelaksanaan program yang dirancang dengan jayanya. Kita perlu terus memanfaatkan STI dan mengambil peluang berlandaskan paradigma pengetahuan sepenuhnya serta berinovasi untuk terus bersaing dan kekal relevan. Bagi mencapai matlamat ini, ASM terus bersemangat untuk mengarusperdanakan STI untuk transformasi sosio-ekonomi negara. ASM terus menunjukkan komitmennya di arena STI antarabangsa melalui keahlian strategik dalam jaringan pelbagai hala, bergiat aktif dalam tadbir urus jaringan ini serta mengambil bahagian dalam interaksi saintifik global penting iaitu Konsortium Sains serta Newton-Ungku Omar Fund (NUOF), program kerjasama antara Kerajaan UK dan Malaysia. Global R&D Leaders and CEOs Forum merupakan fora utama ASM yang telah dianjurkan pada tahun 2015. Bertemakan “Injecting Soul into R&D”, fora ini bersandarkan kepada idea untuk menggerakkan P&P manjangkaui tekanan pengkomersialan dan perniagaan yang memberi impak dan keuntungan yang nyata kepada komuniti. Fora ini telah menghimpunkan golongan pemimpin P&P dan KPE, visionaries, perintis perubahan dan aktivis sosial untuk merancang hala tuju bagi memenuhi keperluan golongan miskin tegar. Pelancaran Network of ASEAN Science Academies (Net-ASA) yang telah diketuai oleh ASM merupakan satu lagi acara utama bagi tahun ini. Net-ASA merupakan platform bebas bagi akademi-akademi sains negara ASEAN untuk memberi saranan yang boleh dipercayai bagi pembentukan dasar dalam pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Platform ini dapat memastikan suara ASEAN yang sepadu diterima oleh pemimpin sedunia selain mengukuhkan kapasiti dan keupayaan STI di semua lapan negara ahli ASEAN. Penubuhan Net-ASA ini juga bertepatan dengan penubuhan ASEAN Economic Community (AEC). Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali FASc 12

[close]

p. 14

Sebagai badan penasihat utama dalam perkara berkaitan STI, ASM berusaha untuk memberi nasihat saintifik berdasarkan bukti melalui platform kajian strategik. Kajian strategik ASM dikategorikan kepada empat tema iaitu ramalan Malaysia 2050, kemunculan teknologi baru, kelestarian sains dan sosio-ekonomi. Aspek asas ekosistem, keupayaan dan sumber S&T diteliti dalam setiap kajian bagi memastikan cadangan yang diberi mempunyai pandangan yang holistik. Ia bertujuan untuk memastikan nasihat saintifik adalah bebas, munasabah, relevan dan tepat pada masanya terhadap isu STI yang berkaitan. 13 Laporan Tahunan Nasihat STI kepada Negara

[close]

p. 15

SCIENCE OUTLOOK Bertindak Ke arah Wawasan Laporan Science Outlook 2015 membentangkan analisis bebas dan laporan menyeluruh berkenaan pembangunan dan kecenderungan utama STI di Malaysia. Science Outlook menunjukan kedudukan semasa enam teras strategik dalam DSTIN iaitu Urustadbir STI, Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (P,P & P), Modal Insan STI, Pengiatan dan Pencergasan Industri, Pembudayaan STI, dan Hubungan Strategik Antarabangsa. STI memainkan peranan penting dalam memangkinkan pembangunan berasaskan pengetahuan. Oleh itu, kajian ini mensyorkan 18 cadangan untuk menggerakkan tindakan dalam beberapa bidang kritikal. Cadangan ini adalah kritikal untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi negara yang berhasrat untuk menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Science Outlook 2015 diharapkan dapat memberi sumbangan bernilai ke arah mewujudkan ekosistem STI yang mempunyai fungsi menyeluruh dan unik untuk Malaysia. 01 Tadbir Urus STI 1 Mengukuhkan Kitaran Pengurusan STI 3 Menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen 4 Enakmen Akta Sains 2 Menubuhkan Satu Badan STI Berpusat 04 Pengiatan & Pencergasan Industri 10 Perhubungan Awam-Swasta yang Rasmi dan Teratur Laporan Tahunan 11 Penghebahan Agenda STI di kalangan Pengiat Industri 12 Pusat Data STI 02 P,P&P 5 Memberi Mandat kepada Badan Penyelaras Berpusat 6 Penggunaan Efektif Perbelanjaan Kasar P&P dalam Negara (GERD) 05 Pembudayaan STI 13 Pendedahan Awal kepada Sains 14 Peranan Pengiat Utama dalam Mempopularkan Sains perlu dikenalpasti 15 Penglibatan Orang Awam Melalui Pelbagai Medium 03 Modal Insan STI 7 Perancangan dan Pembangunan yang Sistematik 8 Merapatkan Jurang antara Dasar dan Situasi Semasa 9 Mengekalkan Modal Insan STI 16 Membangunkan Indeks Pembudayaan Sains usul Science Outlook 2015 18 14 06 Hubungan Strategik Antarabangsa 17 Meningkatkan Kerjasama Antarabangsa yang Berfokuskan STI 18 Menempatkan Keupayaan STI Malaysia sesuai dengan keupayaan Rakan Strategik

[close]

Comments

no comments yet