LAPORAN TAHUNAN PKB 2014

 

Embed or link this publication

Description

LAPORAN TAHUNAN PKB 2014

Popular Pages


p. 1

Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 1 KAMPONG BHARU PERBADANAN PEMBANGUNAN LAPORAN TAHUNAN 2014 © PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU Hak Cipta Terpelihara 2014 Penerbitan ini boleh diterbit semula keseluruhan dan sebahagiannya, bagi tujuan pendidikan atau tujuan-tujuan yang tidak memberi keuntungan tanpa persetujuan daripada pemilik hak cipta, dengan syarat penghargaan diberi kepada sumber berkenaan dan senaskhah terbitan yang menggunakan terbitan ini sebagai sumber di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, terbitan ini tidak boleh diterbitkan untuk jualan atau untuk apa-apa tujuan perniagaan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

[close]

p. 2

2 2 Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu KANDUNGAN 4 6 MESEJ PENGERUSI MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ISI

[close]

p. 3

Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 3 8 MAKLUMAT KORPORAT 52 64 78 82 86 87 88 89 90 91 10 Visi BAHAGIAN PENGURUSAN & KOMUNIKASI KORPORAT Misi 11 Latar Belakang Objektif Piagam Pelanggan 54 Pengurusan Tanah 59 Pewartaan Kawasan 12 KEPIMPINAN 14 Anggota Perbadanan 20 Majlis Penasihat 21 Pengurusan Tertinggi 22 24 33 41 49 Pembangunan Kampong Bharu Komunikasi Korporat Aktiviti Sepanjang Tahun 2014 Khidmat Pengurusan Laporan Kewangan - Pendapatan & Perbelanjaan - Prestasi Perbelanjaan Mesyuarat Jawatankuasa & Akaun (JPKA) Peringkat PKB Perolehan Aset Tetap Bajet Tahun 2014 Bajet Tahun 2015 Teknologi Maklumat BAHAGIAN PERANCANGAN & PEMBANGUNAN EKONOMI Perancangan Bandar Senibina Pengurusan Projek Pembangunan Pembangunan Ekonomi LAPORAN KEWANGAN 98 100 Laporan Ketua Audit Negara

[close]

p. 4

4 Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu PENGERUSI DATUK HAJI ASTAMAN ABDUL AZIZ MESEJ Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia. Saya Dengan Sukacitanya Membentangkan Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2014. Tahun 2014, Malaysia mencatat pertumbuhan KDNK 6.0 peratus berbanding 4.7 peratus pada tahun kewangan 2013. Menurut Bank Negara Malaysia, pencapaian itu memang sudah dijangka berikutan keupayaan kerajaan mengharungi pelbagai cabaran luaran. Konsistensi ekonomi dan polisi kerajaan yang berjaya mengawal sepenuhnya keadaan itu, menjadi Bajet 2014 disifatkan sebagai perancangan kewangan tahunan negara yang paling mencabar kepada kerajaan untuk terus menjana pertumbuhan kukuh dan menangani isu rakyat. perangsang kepada PKB untuk terus memperhebat usaha kami dalam pembangunan semula Kampong Bharu.

[close]

p. 5

Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 5 5 Melangkaui tahun 2020, PKB akan lebih agresif berusaha untuk melonjakkan nama Kampong Bharu sebagai destinasi pelaburan bernilai tinggi di ibu negara. Tahun 2014, merupakan titik tolak kepada pembangunan semula Kampong Bharu setelah Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) berjaya dimuktamadkan dengan kelulusan Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Disember 2014. Selaras hasrat kerajaan, PITPKB telah dilancarkan pada 15 Januari 2015 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Bagi pihak PKB, saya merakamkan setinggitinggi penghargaan diatas sokongan teguh dan kepercayaan oleh pelanggan, rakanrakan strategik, pelabur, kontraktor, perunding, dan pihak berkepentingan. Kepada rakan-rakan ahli Anggota PKB, terima kasih kerana sokongan setia dan dedikasi anda. Untuk pihak pengurusan dan kakitangan, saya menghargai kesetiaan, komitmen dan kerja keras anda selama ini. Terima kasih. DATUK HAJI ASTAMAN ABDUL AZIZ PENGERUSI PKB

[close]

p. 6

6 Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HAJI NAHARUDIN HAJI ABDULLAH 2014 merakam satu lagi detik bersejarah apabila Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) berjaya dimuktamadkan setelah melalui pelbagai proses yang amat ketat. Sepanjang tahun lalu, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) giat mengadakan siri-siri pertemuan strategik bersama pelabur berpotensi dari dalam dan luar negara demi untuk meluaskan sayap pelaburan di kawasan strategik ini. Selain konglomerat nasional, syarikat multinasional (MNC) dari Brunei Darussalam dan Arab Saudi juga mengakui pelaburan bernilai tinggi Kampong Bharu dan telah menyatakan kecenderungan untuk menyertai misi pembangunan ini. Walaubagaimanapun, kami di PKB juga akan terus memperkemas dan memperhebat usaha untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah di Kampong Bharu, agar perancangan pembangunan dapat berjalan lancar. Justeru, kami menyasarkan 3 kajian iaitu; Kajian Nilaian Hartanah Semasa dan Masa Hadapan, Kajian Model Kewangan Berdaya Maju dan Kajian Terperinci Perundangan Tanah akan dapat diselesaikan pada 2015. MESEJ

[close]

p. 7

Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 7 7 Justeru, kami menyasarkan 3 kajian iaitu; Kajian Nilaian Hartanah Semasa dan Masa Hadapan, Kajian Model Kewangan Berdaya Maju dan Kajian Terperinci Perundangan Tanah akan dapat diselesaikan pada 2015. Sekalipun persekitaran Bank Negara Malaysia menjangkakan dengan ekonomi yang mencabar pengenalan pelbagai langkah “menyejukkan pasaran” atau cooling measures seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai April 2015, sektor swasta masih dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan. Kami di PKB tetap memberi tumpuan kepada strategi pembangunan pelaksanaan semula PITPKB Kampong secara Bharu melalui Dipacu berperingkat. sentimen positif iklim ekonomi Malaysia yang dijangka berkembang 5.0 peratus pada tahun 2015, PKB optimis usaha untuk menarik lebih ramai pelabur ke Kampong Bharu mampu dicapai. Menjelang tahun 2020, Malaysia melalui INVESTKL menyasarkan untuk menarik penyertaan 100 syarikat multinasional (MNC) melabur di Greater Kuala Lumpur. Maka, PKB percaya dengan nilai strategik yang dimiliki Kampong Bharu, ia juga berupaya untuk menarik segmen pelaburan tersebut. Semoga tahun 2015 akan memberi lebih ruang kepada kami di PKB untuk terus gigih berusaha, menggalas tanggungjawab besar mentransformasi pembangunan semula Kampong Bharu selaras hasrat Program Transformasi Ekonomi (ETP). Terima kasih. HAJI NAHARUDIN HAJI ABDULLAH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB

[close]

p. 8

8 Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

[close]

p. 9

Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 9 9 Maklumat Korporat Latar Belakang Visi Misi Objektif Piagam Pelanggan

[close]

p. 10

10 Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Menjana Potensi Hartanah Dan Mentransformasi Ekonomi Ke Arah Peningkatan Kesejahteraan Hidup Yang Seimbang Dengan Pengekalan Nilai Sejarah, Ciri-Ciri Budaya Dan Warisan Melayu Kampong Bharu. Visi Tiada Pemilik Dan Pewaris Yang Akan Terpinggir Di Dalam Arus Pembangunan Semula Kampong Bharu Melangkaui Tahun 2020. Misi

[close]

p. 11

Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 11 Latar Belakang Pada 7 Disember 2011, Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 [Akta 733] telah diluluskan oleh Parlimen. Dengan termaktubnya Akta 733, maka Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) ditubuhkan pada 1 April 2012. PKB berperanan sebagai Agensi Penyelaras, Pemudah Cara dan Penggerak Utama dalam pembangunan semula Kampong Bharu. Pembangunan semula Kampong Baru dirancang berdasarkan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) dengan visi dan aspirasi untuk menjadikan Kampong Bharu sebagai ”Pusat Kebudayaan Melayu dan Enklaf Aktiviti Ekonomi Baharu Bandaraya Kuala Lumpur” pada tahun 2035. Objektif Bahagian Pengurusan & Komunikasi Korporat Maklumat Korporat Kepimpinan Bahagian Perancangan & Pembangunan Ekonomi Menjadi penggerak dan pemudah cara utama dalam melaksanakan dasar, arahan dan strategi yang cekap dan berkesan di dalam kawasan pembangunan semula Kampong Bharu; • • Menyediakan pelbagai inisiatif perkhidmatan pembangunan dan khidmat nasihat yang berdaya maju dalam pembangunan semula atau penambahbaikan kawasan Kampong Bharu; Memacu, merangsang dan menggalakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi, komersial dan perindustrian melalui kerjasama dan perkongsian strategik yang menguntungkan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu; Memastikan pengurusan secara profesional dalam pentadbiran pembangunan dan kewangan; dan Memastikan semua ciri-ciri pembangunan berteraskan pengekalan warisan, budaya Melayu dan kemuliaan Islam. • • Piagam Pelanggan Selaras dengan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu [Akta 733] dan peraturan yang berkuatkuasa maka: Kami warga kerja Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dengan penuh iltizam berjanji akan menyediakan sistem penyampaian berkualiti tinggi dan secara engagement dengan telus, profesional, berintegriti dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan pada bidang-bidang utama berikut: • Memastikan tiada pemilik dan pewaris terpinggir dan tertinggal dalam memajukan hartanah masingmasing selaras dengan peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu; Memberi bantuan khidmat teknikal: i. Tanpa analisis dalam tempoh dua (2) hari; ii. Dengan analisis dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. • • Memproses perolehan yang lengkap untuk membolehkan keputusan dibuat dalam tempoh (30) hari bekerja dari tarikh tutup iklan; Menjamin segala aduan yang diterima disiasat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan menyediakan maklumbalas kepada pengadu dan pengurusan atasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja; Memastikan semua urusan media untuk program berjadual PKB dikeluarkan notis dua (2) hari sebelum program berlangsung; Memastikan kandungan laman web PKB dikemaskini dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja; Mengemukakan keputusan mesyuarat yang diurusetia oleh PKB kepada stakeholders dan pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dikemukakan; dan Memastikan draf perjanjian yang dikemukakan oleh pelanggan disemak dan diluluskan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dikemukakan. • • • • •

[close]

p. 12

12 Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

[close]

p. 13

Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 13 13 KEPIMPINAN Anggota Perbadanan MAJLIS Penasihat Pengurusan Tertinggi

[close]

p. 14

14 Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Anggota Perbadanan Datuk Haji Astaman Abdul Aziz Pengerusi Anak watan Kampong Bharu ini telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu pada 18 Julai 2012. Lembaran kariernya bermula sebagai Jurutera di Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada tahun 1976 yang ketika itu masih dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara (LLN). Beliau kemudiannya menyertai sektor korporat dan pernah memegang jawatan Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa buah syarikat. Berumur 61 tahun, beliau kini menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan Skopwang Group of Companies. Datuk Haji Astaman juga merupakan Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT). Lulusan Kejuruteraan Mekanikal daripada King’s College, University of London, United Kingdom ini pernah bergelar Ahli Parlimen Titiwangsa pada 2004 hingga 2008. Perjalanan politik beliau diwarisi daripada ibunya, tokoh kebangsaan dan ahli politik veteran tersohor negara, Tan Sri Dr Aishah Ghani.

[close]

p. 15

Laporan Tahunan 2014 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 15 Dato’ Sri Matshah Safuan Timbalan Pengerusi Dilahirkan pada 06 April 1947, beliau merupakan lulusan Pentadbiran Perniagaan daripada Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) Melbourne, Australia. Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Safuan, sebuah konglomerat hartanah negara yang mula dibangunkan sejak 1965. Mengemudi tampuk kepimpinan Persatuan Anak-Anak Melayu Kampong Bharu (PAKAM) sebagai Pengerusi, hal ehwal Kampong Bharu memang tidak asing lagi buat beliau. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ahli Lembaga Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia YAPEIM (1989-1997), Ahli Jawatankuasa Panel Perumahan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (1984-1997)dan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur (1985-1992). Bahagian Perancangan & Pembangunan Ekonomi Maklumat Korporat Kepimpinan Haji Naharudin Haji Abdullah Setiausaha Dilahirkan pada 27 Julai 1955, beliau merupakan graduan Perhubungan Antarabangsa daripada Universiti Malaya pada 1978. Ketua Pegawai Eksekutif PKB ini juga merupakan Ketua Pasukan Interim Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) sejak dari awal penubuhannya lagi. Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Paris selama 5 tahun, beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian (Pengurusan Pembangunan) KWP. Haji Naharudin telah berperanan sebagai Setiausaha Perbadanan sejak 18 Julai 2012. Bahagian Pengurusan & Komunikasi Korporat

[close]

Comments

no comments yet