Laporan Tahunan 2011

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan MPM 2011

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

ISI KANDUNGAN | CONTENTS 3 11 23 31 39 55 59 73 81 87 95 99 105 135 151 169 Perutusan Pengerusi Chairman’s Statement Latar Belakang MPM Background of MEC Maklumat Korporat Corporate Information Tadbir Urus Korporat Corporate Governance Struktur Organisasi Majlis Organisational Structure of the Council Mesyuarat Utama Pengurusan Top Management Meetings Kawalan Dalaman dan Jaminan Kualiti Pengurusan Internal Control and Management Quality Assurance Jaminan Kualiti Quality Assurance Urus Setia Secretariat Laporan Pencapaian Performance Reports Mesyuarat Peringkat Urus Setia Secretariat Level Meetings Inisiatif Baharu New Initiatives Laporan Peperiksaan Examination Reports Peningkatan Profesionalisme Modal Insan Professional Development of Human Capital Penyata Kewangan Financial Statements Badan Kebajikan, Kebudayaan, dan Sukan Kakitangan (BKKSK), dan PUSPANITA Staff Welfare, Culture and Sports Body (BKKSK) and PUSPANITA

[close]

p. 3

PERUTUSAN PENGERUSI Chairman’s Statement

[close]

p. 4

4 laporan tahunan 201 1 annual report

[close]

p. 5

laporan tahunan 201 1 annual report 5 PERUTUSAN PENGERUSI Chairman’s Statement Assalamualaikum dan salam sejahtera Assalamualaikum and greetings. B agi pihak Majlis, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Penyata Kewangannya yang telah diaudit bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih atas perlantikan saya sebagai Pengerusi MPM yang kesembilan. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan khas kepada Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak yang telah tamat perkhidmatan daripada jawatan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), sekali gus juga tamat perkhidmatannya daripada jawatan Pengerusi MPM. Selain daripada itu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Haji Omar bin Abu Bakar yang telah tamat perkhidmatannya daripada jawatan Ketua Eksekutif MPM pada 18 Disember 2011. Dalam masa yang sama, saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Y. Bhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah, bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM); Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah binti Ayob, bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan Tuan Haji Sufa’at bin Tumin, bekas Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, atas sumbangan yang telah diberikan semasa menganggotai Majlis. Saya juga mengalu-alukan kehadiran Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi, Naib Canselor UPM; Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria bin Kasa, Naib Canselor UPSI; Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Omar bin Osman, Naib Canselor USM; dan Y. Bhg. Dr. Naimah binti Ishak, Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, sebagai Ahli Majlis yang baharu. O n behalf of the Council, it is my pleasure to present the Annual Report and the Audited Financial Statements of the Malaysian Examinations Council (MEC) for the financial year ended 31 December 2011. First and foremost, I would like to take this opportunity to express gratitude for my appointment as the 9th Chairman of MEC. My appreciation and thanks are also dedicated to Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak who had completed his term of service as the Vice Chancellor of Universiti Sains Malaysia, and thus, also ended his term as the Chairman of MEC. In addition, I would like to express my heartfelt gratitude to Tuan Haji Omar bin Abu Bakar, who had completed his term of service as Chief Executive on 18 December 2011. I would also like to express my gratitude and thanks to Y. Bhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah, former ViceChancellor of Universiti Putra Malaysia (UPM); Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah binti Ayob, former Vice-Chancellor of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); and Tuan Haji Sufa’at bin Tumin, former Director of Examinations, Examinations Syndicate, for their contributions when they were members of the Council. I also would like to welcome Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi, ViceChancellor of UPM; Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria bin Kasa, Vice-Chancellor of UPSI; Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Omar bin Osman, Vice-Chancellor of USM; and Y. Bhg. Dr. Naimah binti Ishak, Director of Examinations, Examinations Syndicate, as new members of the Council.

[close]

p. 6

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN DAN UJIAN TAHUN 2011 Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana semua peperiksaan dan ujian yang dipertanggungjawabkan kepada MPM pada tahun 2007 telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Untuk itu, saya ucapkan syabas kepada semua warga MPM atas kejayaan mengendalikan peperiksaan ini. Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan ini kepada semua pihak yang telah membantu MPM dalam urusan pengendalian peperiksaan, terutamanya kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Tanpa kerjasama yang erat dan bersepadu dari pihak-pihak yang berkenaan, tidak mungkin MPM dapat mengendalikan peperiksaan dan ujian berkenaan dengan begitu sempurna. Dari segi prestasi peperiksaan dan ujian berkenaan, ternyata prestasi calon amat membanggakan saya. Untuk itu, saya mengucapkan tahniah kepada semua calon peperiksaan yang berjaya. Saya percaya kejayaan ini tercapai hasil gabungan usaha gigih calon, guru, dan pihak pentabiran sekolah, di samping galakan dan doa restu daripada ibu bapa calon. Syabas sekali lagi daripada saya kepada semua yang terlibat. ADMINISTRATION OF TESTS AND EXAMINATIONS IN 2011 I am grateful to Allah S.W.T. upon his blessings, MEC was able to shoulder its responsibilities to conduct the 2007 tests and examinations efficiently and successfully. Congratulations to all MEC staff on the success of managing these tests and examinations. In addition, I also wish to express my gratitude to all who have helped MEC in the administration of the tests and examinations, especially to the State Education Departments and District Education Offices. Without the close cooperation and rapport from these parties, MEC would not have been able to conduct the administration of the tests and examinations efficiently. I am proud of the candidates’ performance in the tests and examinations. Congratulations to all successful candidates. I believe their success is achieved due to the combined efforts and diligence of the candidates, teachers, and school administrators, as well as the encouragement and prayers from candidates’ parents. My congratulations once again to everyone involved. TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN Selaras dengan aspirasi Program Transformasi Pendidikan, MPM akan melakukan penjenamaan semula sistem pentaksiran STPM. Usaha ke arah ini bermula pada tahun 2006 dengan cadangan untuk merombak sistem peperiksaan STPM yang sedia ada kepada sistem pentaksiran baharu STPM. Cadangan ini, Insya Allah, akan dilaksanakan mulai sesi pengambilan pelajar Tingkatan Enam Bawah 2012. Perubahan ini dianggap sebagai satu anjakan paradigma yang perlu dilakukan dalam usaha 6 laporan tahunan 201 1 annual report EDUCATIONAL RESPONSIBILITY In line with the aspiration of the Education Transformation Programme, MEC will be rebranding the STPM assessment system. The efforts began in 2006 with the proposal to revamp the current STPM system to the new STPM assessment system. God willing, this proposal will be implemented beginning from the 2012/2013 Lower Six student intake. This change is considered a paradigm shift which has to be carried out to enhance the form six education programme, in line with its status as pre-university education serving to

[close]

p. 7

laporan tahunan 201 1 annual report 7 untuk memperkasakan program pendidikan tingkatan enam selaras dengan statusnya sebagai pendidikan prauniversiti yang berperanan memperlengkapkan pelajar untuk menuntut ilmu dalam persekitaran institusi pengajian tinggi. Perubahan sistem pentaksiran ini juga diharapkan akan dapat mengangkat martabat pengajian prauniversiti di tingkatan enam supaya lebih berkualiti dan menarik serta dapat mentransformasikan pentaksiran dan penilaian peperiksaan STPM yang lebih holistik. prepare students for studies in institutions of higher learning. The change in assessment system is aimed to raise the status of form six studies, for it to be of better quality, to be more appealing and to transform STPM assessment and evaluation for it to be more holistic in nature. PEMBANGUNAN MODAL INSAN Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan dalam bidang pentaksiran dan penilaian, MPM sedar akan kesan pembangunan modal insan terhadap kejayaan sesuatu organisasi. Dengan demikian, MPM telah menerapkan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang menetapkan setiap penjawat awam perlu mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh hari dalam setahun. Hasilnya, hampir keseluruhan warga MPM telah menjalani latihan purata sebanyak 13 hari. Selain latihan dan kursus dalaman, MPM juga turut menghantar warganya mengikuti latihan dan kursus di luar yang diusahakan oleh agensi lain. Selain menyediakan ruang latihan untuk warga sendiri, MPM juga turut menerima penjawat awam dari jabatan dan agensi lain, termasuk dari luar negara, melalui lawatan dan program khas. Kehadiran mereka ini untuk menjadikan MPM sebagai penanda aras dan mempelajari pengalaman MPM dalam bidang pentaksiran dan penilaian. Di samping itu, MPM juga telah menaja beberapa orang warganya mengikuti pengajian yang lebih tinggi, iaitu di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran. Sebanyak lima orang warga MPM menerima tajaan Skim Hadiah Latihan MPM. HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT As an agency responsible for assessment and evaluation, MEC is aware of the importance of human capital development towards the success of the organisation. Thus, MEC adopts the Public Sector Human Resources Training Policy which makes it compulsory for civil servants to attend courses for a minimum of seven days in a year. As a result, almost the entire MEC staff have undergone courses for an average of 13 days. Besides training and in-house courses, MEC also sends its staff for external courses organised by other agencies. Besides providing training for its staff, MEC had visits from civil servants from other departments and agencies as well as those from abroad. These visits set MEC as a benchmark to benefit from MEC’s experience in the field of assessment and evaluation. In addition, MEC also sponsored a few staff to pursue higher degrees at the bachelors, masters and doctoral levels. A total of five staff have received sponsorship through MEC’s Training Reward Scheme.

[close]

p. 8

PRESTASI KEWANGAN Perspektif pengurusan kewangan tahun 2011 mencatatkan prestasi baik. Hasil daripada pengurusan kewangan yang cekap dan berhemat serta langkah penjimatan yang diamalkan oleh urus setia MPM sepanjang tahun 2011, MPM telah memperoleh lebihan pendapatan bagi tahun 2011 sebanyak RM8,108,094. Pendapatan keseluruhan yang diperoleh pada tahun 2011 adalah sebanyak RM39,298,694, iaitu menurun pada kadar 15% berbanding dengan tahun 2010. Sebanyak RM31,190,600 telah dibelanjakan untuk membiayai kos operasi pada tahun 2011, iaitu penurunan sebanyak 18% berbanding dengan tahun 2010. Secara keseluruhannya, faktor utama kepada penurunan pendapatan dan perbelanjaan adalah disebabkan oleh pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Dengan demikian, saya berasa bangga dengan pengurusan kewangan MPM yang berlandaskan perbelanjaan berhemat hasil daripada usaha berterusan untuk mengawal perbelanjaan. FINANCIAL PERFORMANCE The 2011 financial management perspective recorded good performance. As a result of prudent and efficient financial management, and austerity measures adopted by the MEC secretariat in 2011, MEC acquired a surplus income amounting to RM8,108,094 for 2011. The total income earned in 2011 amounted to RM39,298,694, a decrease of 15% compared to 2010. A total of RM31,190,600 was spent to cover operation costs in 2011, a decrease of 18% compared to 2010. Overall, the main factor for the reduction of income and expenses is due to the abolition of the Competency Level Assessment (PTK) examination. Thus, I am proud of the financial management of MEC which is based on discretionary spending as ongoing efforts to control expenses. PROSPEK MASA DEPAN Pengenalan sistem pentaksiran baharu STPM adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian negara agar lebih holistik. Sistem ini menitik beratkan pendidikan berasaskan hasil (outcome based) yang lebih berpusatkan pelajar. Dengan ini juga, saya yakin pendidikan tingkatan enam akan lebih menarik dan ramai pelajar akan lebih berminat memasuki tingkatan enam dan mengambil peperiksaan STPM. Selain daripada itu, selaras dengan Program Transformasi Pendidikan yang memberi fokus FUTURE PROSPECTS The introduction of the new STPM assessment system is in line with the objective of the Ministry of Education Malaysia (MOE), to make the nation’s assessment and evaluation system more holistic. This system emphasises outcome based learning, which is more studentcentred. With this, I am confident that the form six education will be more attractive and that more students will enrol for form six and take the STPM examination. In accordance with the Education Transformation Programme which focuses on the quality and 8 laporan tahunan 201 1 annual report

[close]

p. 9

laporan tahunan 201 1 annual report 9 kepada kualiti dan kompetensi pelajar, MPM akan terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatannya dalam bidang pentaksiran pendidikan. MPM akan terus berusaha mencari kaedah dan amalan yang terbaik dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. competency of students, MEC will strive to improve its quality of service in the area of educational assessment. MEC will continue to seek the best methods and practices to carry out the tasks entrusted and prepare for future challenges. PENGHARGAAN Pada keseluruhannya, saya amat berpuashati dengan pencapaian dan kejayaan MPM sepanjang tahun 2011. Saya percaya, pencapaian, serta kejayaan yang dikecapi ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa kerjasama, sokongan padu, dan semangat yang jitu daripada seluruh kepemimpinan dan warga MPM. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis atas kerjasama dan nasihat yang diberikan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga MPM atas perkhidmatan mereka yang dedikasi dan usaha yang berterusan untuk mempertingkatkan perkhidmatan sehingga ke hari ini. Saya memohon dan berharap agar sokongan penuh mereka ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Selain daripada itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama kepada MPM, terutama KPM, JPN, PPD, universiti-universiti tempatan, dan pihakpihak lain atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang tahun 2011. Sekian, terima kasih. Wassalam. APPRECIATION On the whole, I am very satisfied with the achievements and the success of MEC in the year 2011. I believe the success and achievements would not have been possible without the cooperation and high morale close support, of the staff of MEC and its leaders. I would also like to take this opportunity to express my appreciation and gratitude to all members of the Council for the cooperation and advice given. I would also like to thank all MEC staff for their dedication and continuous efforts to enhance their services up to the present. I hope that they will continue to give their full support in the years to come. In addition, I would like to express gratitude to all who have given their cooperation to MEC, especially the Ministry of Education, State Education Departments, State District Education Departments, local universities and other parties for their cooperation and support throughout 2011. Thank you. Wassalam. PROF. DATO’ DR. MOHD. NOH BIN DALIMIN Pengerusi/ Chairman Majlis Peperiksaan Malaysia/ Malaysian Examinations Council

[close]

p. 10



[close]

p. 11

LATAR BELAKANG MPM Background of MEC

[close]

p. 12

Latar Belakang MPM | Background of MEC Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu Y. B. Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980. Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaanpeperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES). Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan STPM. Selain itu, penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan pra universiti, iaitu tingkatan enam. Di samping itu, pihak UCLES sendiri yang tidak dapat mengendalikan peperiksaan HSC/ STP di Malaysia berikutan dengan perubahan dasar penggunaan bahasa pengantar telah menyebabkan perlunya sebuah badan peperiksaan, iaitu MPM, ditubuhkan untuk mengambil alih fungsi UCLES itu. Selepas beberapa siri rundingan dengan KPM, pihak UCLES telah menyerahkan tanggungjawab kepada KPM untuk mengendalikan peperiksaan tersebut sepenuhnya mulai tahun 1982. Selepas 29 tahun berlalu, MPM masih 12 laporan tahunan 201 1 annual report The Malaysian Examinations Council (MEC), which was established on 1 February 1980 under the Malaysian Examinations Council Act (Act 225), is a statutory body which operates under the aegis of the Ministry of Education. It was officially launched on 22 April 1980 by the then Minister of Education, Dato’ Musa bin Hitam. The objectives of the establishment of MEC are to conduct specified examinations and all other matters necessary or related to such examinations. The examinations gazetted are the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), which was first implemented in 1982 to replace the Higher School Certificate (HSC) and Sijil Tinggi Persekolahan (STP) examinations which were conducted by the University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES). After the takeover of the STP and HSC examinations by MEC, the names of these examinations were changed to STPM. MEC was also established to realise the aim of conducting the examination wholly in the Malay language. This is in line with the implementation of the policy to use Malay language as the medium of instruction in the national education system from the primary level to the pre-university level, namely the sixth form. In addition, UCLES was not able to conduct the HSC/STP examination in Malaysia following the change in the medium of instruction, thus necessitating the establishment of an examination body, MEC, to take over the functions of UCLES. After a series of negotiations with the Ministry of Education, UCLES handed over the responsibility of conducting the examination to the Ministry of Education with effect from 1982. 29 years have passed and MEC still maintains close relations and co-operation with UCLES in the form of consultancy services for the setting of STPM standards.

[close]

p. 13

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang mengekalkan hubungan kerjasama dengan UCLES, iaitu dalam bentuk khidmat nasihat bagi penetapan standard STPM. ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. The Malaysian Examinations Council (MEC), which was established on 1 February 1980 under the Malaysian Examinations Council Act (Act 225), is a statutory body which operates under the aegis of the Ministry of Education. Keanggotaan Majlis MPM diurus oleh lembaga pengelola yang disebut “Majlis”. Keahlian Majlis terdiri daripada semua naib canselor universiti awam tempatan, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Peperiksaan, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, dan lima orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pengerusi Majlis dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan naib canselor. Keanggotaan Majlis kini berjumlah 28 orang. Pada tahun 1980, terdapat lima buah universiti yang naib canselornya dilantik sebagai ahli Majlis, iaitu Naib Canselor Universiti Malaya, Y. M. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid; Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Hamdan bin Sheikh Tahir; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Y. Bhg. Dato’ Prof. Awang Had bin Salleh; Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Membership of the Council MEC is managed by a board of governors called “the Council”. Members of the Council consist of the vicechancellors of all local public universities, the SecretaryGeneral of the Ministry of Education, the Director-general of Education, the Director of Examinations, the Chief Executive of MEC and five members appointed by the Yang di-Pertuan Agong. The chairman of the Council is appointed by the Yang di-Pertuan Agong from among the vice-chancellors. At present the membership of the Council totals 28. In 1980, vice-chancellors from five universities were appointed as members of the Council, namely the Vice-Chancellor of Universiti Malaya, Royal Prof. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid; the Vice Chancellor of Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dato’ Haji Hamdan bin Sheikh Tahir; the Vice-Chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Prof. Awang Had bin Salleh; the Vice-

[close]

p. 14

Since its establishment, the MEC’s scope of responsibilities has expanded from its initial function of conducting only the STPM examination bidang tugas MPM yang pada mulanya hanya mengendalikan peperiksaan STPM telah diperluas Malaysia (UPM), Y. Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Rashdan bin Haji Baba; dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Y. Bhg. Tan Sri Ainuddin bin Abdul Wahid. Selain naib canselor universiti tempatan, terdapat tiga orang lagi ahli ex-officio yang lain, iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Haji Othman bin Abdul Malik; Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Murad bin Mohd. Noor; dan Pengarah Peperiksaan, Encik Omar bin Mohd. Hashim. Untuk memenuhi kehendak Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Y. M. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid, Naib Canselor Universiti Malaya, sebagai Pengerusi Majlis yang pertama pada 1 Februari 1980. Beliau memimpin MPM hingga 27 Februari 1988. Jawatan Pengerusi seterusnya disandang oleh Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia, sebagai Pengerusi Majlis yang kedua dari 28 Februari 1988 hingga 4 Jun 1994. Pengerusi yang ketiga ialah Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Musa bin Mohamad, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (5 Jun 1994 hingga 30 September 1995), Pengerusi yang keempat ialah Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Sham bin Mohd. Sani, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (1 Oktober 1995 hingga 25 Mac 1998), Pengerusi yang kelima ialah Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (26 Mac 1998 hingga 25 Mac 2001), Pengerusi yang keenam ialah Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Anuwar bin Ali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (26 Mac 2001 hingga 31 Mei 2003), Pengerusi yang ketujuh ialah Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Prof. Dr. Abu 14 laporan tahunan 201 1 annual report Chancellor of Universiti Pertanian Malaysia (now Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Prof. Dr. Mohd Rashdan bin Hj Baba; and the Vice-Chancellor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri Ainuddin bin Abdul Wahid. Apart from the vice-chancellors from local universities, there were three other exofficio members, i.e. the Secretary-General of the Ministry of Education, Dato’ Hj Othman bin Abdul Malik; the Director-General of Education, Tan Sri Dato’ Haji Murad bin Mohd Noor; and the Director of Examinations, Encik Omar bin Mohd Hashim. To fulfil the requirements of the Malaysian Examinations Council Act 1980, the Yang diPertuan Agong gave his consent to appoint Royal Prof. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid, Vice-Chancellor of Universiti Malaya, as the first Chairman of the Council on 1 February 1980. He led MEC until 27 February 1988. The position was later held by Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin, ViceChancellor of Universiti Pertanian Malaysia, from 28 February 1988 until 4 June 1994. The third Chairman was Tan Sri Dato’ Musa bin Mohamad, Vice-Chancellor of Universiti Sains Malaysia (5 June 1994 until 30 September 1995). The fourth Chairman was Prof. Dato’ Dr. Mohd Sham bin Mohd Sani, Vice-Chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia (1 October 1995 until 25 March 1998). The fifth Chairman was Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Vice-Chancellor of Universiti Putra Malaysia (26 March 1998 until 25 March 2001). The sixth Chairman was Prof. Datuk Dr. Anuwar bin Ali, Vice-Chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia (26 March 2001 until 31 May 2003). The seventh Chairman was Tan Sri Datuk Seri Panglima Prof. Dr. Abu Hassan bin Othman, Vice-Chancellor of Universiti Malaysia Sabah (1 June 2003 until 17 March 2005). The eight Chairman was Prof

[close]

p. 15

Hassan bin Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (1 Jun 2003 hingga 17 Mac 2005), Pengerusi yang kelapan ialah Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (17 Mac 2005 hingga 27 September 2011), dan Pengerusi Majlis yang kesembilan ialah Y. Bhg. Prof. Dato' Mohd. Noh bin Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (mulai 9 Disember 2011). Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, ViceChancellor of Universiti Sains Malaysia (17 March 2005 until 27 September 2011) and the ninth Chairman is Y. Bhg. Prof. Dato' Mohd. Noh bin Dalimin, Vice-Chancellor of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (since 9 December 2011). Urus Setia Majlis Operasi MPM dilaksanakan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada Majlis. Urus Setia Majlis diketuai oleh Ketua Eksekutif (sebelum tahun 2002 digelar Setiausaha Agung) yang menjadi ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai pentadbir, dan ketua pegawai akademik. Setiausaha Agung MPM yang pertama telah disandang oleh Y. Bhg. Dato’ Syed Abu Bakar bin Dato’ Syed Ahmad Barakbah dari 1 Ogos 1980 hingga 3 April 1995. Beliau telah digantikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd. Ali sebagai Setiausaha Agung yang kedua dari 12 Jun 1995 hingga 11 Jun 1997. Y. Bhg. Dato’ Haji Termuzi bin Hj. Abdul Aziz telah menjadi Setiausaha Agung/Ketua Eksekutif MPM yang ketiga dari 12 Jun 1997 hingga 31 Mac 2005, manakala Tuan Haji Omar bin Abu Bakar menjadi Ketua Eksekutif MPM yang keempat dari 1 April 2005 hingga 19 Disember 2011. Ketua Eksekutif MPM yang kelima (mulai 28 Disember 2011) ialah Puan Maziyan binti Hamzah. Council Secretariat The operations of MEC are carried out by the Secretariat which is responsible to the Council. The Secretariat is headed by the Chief Executive (prior to 2002, known as the Secretary-General) who is the chief executive, chief administrative and chief academic officer. The first SecretaryGeneral of MEC was Dato’ Syed Abu Bakar bin Dato’ Syed Ahmad Barakbah from 1 August 1980 until 3 April 1995. He was replaced by Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd Ali, who held the post from 12 June 1995 until 11 June 1997. Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz was the third Secretary-General/ Chief Executive of MEC from 12 June 1997 until 31 March 2005, while Tuan Haji Omar bin Abu Bakar was the fourth Chief Executive of MEC from 1 April 2005 until 19 December 2011. The fifth Chief Executive of MEC is Mrs Maziyan binti Hamzah (from 28 December 2011). laporan tahunan 201 1 annual report 15

[close]

Comments

no comments yet