Pelan Strategik MBJB 2016-2020

 

Embed or link this publication

Description

Pelan Strategik MBJB 2016-2020

Popular Pages


p. 1

Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari 1

[close]

p. 2

PELAN STRATEGIK MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 2016-2020 CETAKAN PERTAMA : 21 HB DISEMBER 2015 2 PELAN STRATEGIK Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020

[close]

p. 3

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Pembuka Kata Kata-kata Aluan daripada YAB Menteri Besar Johor Kata-kata Aluan daripada YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Johor Kata-kata Aluan daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Kata-kata Aluan daripada YBhg Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Roadmap Perancangan Strategik MBJB 2016-2020 Dokumen Rujukan Metodologi Ringkasan Eksekutif BAHAGIAN 1 PENGENALAN KEPADA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 1.1 Latar belakang Organisasi 1.2 Kawasan Pentadbiran 1.3 Carta Organisasi 1.4 Fungsi & Peranan 1.5 Falsafah Organisasi 1.6 Punca Kuasa 1.7 ‘Stakeholders’ Dan Pelanggan BAHAGIAN 2 ISU-ISU STRATEGIK 2.1 Isu-Isu Strategik 2.1 Isu-Isu Strategik : Memenuhi Ekspektasi Warga Kota 2.2 Isu-isu Strategik : Pembangunan Bandar Raya 2.3 Isu-Isu Strategik : Pembangunan Komuniti 2.4 Isu-Isu Strategik : Pengukuhan Organisasi Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari 7 8 9 10 11 13 14 15 17 20 21 22 23 26 27 28 30 31 33 41 45 3

[close]

p. 4

ISI KANDUNGAN BAHAGIAN 3 HALATUJU STRATEGIK MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 2016-2020 3.1 VISI 3.2 MISI 3.3 OBJEKTIF STRATEGIK 3.4 PETA STRATEGI 3.5 NILAI JAUHARI 3.6 ‘HOUSE OF QUALITY’ 3.6.a Objektif Strategik 1 3.6.b Objektif Strategik 2 3.6.c Objektif Strategik 3 3.6.d Objektif Strategik 4 3.6.e Objektif Strategik 5 3.6.f Objektif Strategik 6 3.6.g Objektif Strategik 7 3.7 PELAN TINDAKAN STRATEGIK MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 3.7.1 Senarai Rujukan Nama Singkatan Jabatan/ Bahagian - Objektif Strategik 1 - Objektif Strategik 2 - Objektif Strategik 3 - Objektif Strategik 4 - Objektif Strategik 5 - Objektif Strategik 6 - Objektif Strategik 7 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 83 103 125 153 175 185 4 PELAN STRATEGIK Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020

[close]

p. 5

ISI KANDUNGAN BAHAGIAN 4 FAKTOR-FAKTOR PENENTU KEJAYAAN BAHAGIAN 5 MEKANISME PELAKSANAAN & PEMANTAUAN 5.1 Delegasi Pelaksanaan 5.2 Kitaran Pelan Strategik 5.3 Perancangan, Pemantauan & Penilaian 5.4 Pelaporan & Pengukuran Prestasi 5.5 Semakan & Penambahbaikan Berterusan 5.6 Struktur Pengurusan Pelaksanaan LAMPIRAN MODEL PENGURUSAN BAKAT ORGANISASI MODEL EKOSISTEM KONDUSIF MODEL PENGURUSAN RISIKO ORGANISASI MODEL REKAYASA PROSES KERJA MODEL PENINGKATAN HASIL ORGANISASI MODEL FASILITASI PELABURAN MODEL PENGURUSAN LCS RUMUSAN 195 200 201 202 203 204 205 208 209 210 211 212 213 214 215 Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari 5

[close]

p. 6

6 PELAN STRATEGIK Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020

[close]

p. 7

Pembuka Kata Jauh direnung masa hadapan Untuk berbakti dibumi bertuah Naskah disembah buat tatapan Ampun dipohon mana yang lemah Merdu suara burung tekukur Berselang seli irama pantun Adat memimpin biar teratur Setiap langkah molek tersusun Hendak dulang diberi dulang Jangan dibiar di atas peti Hamba merancang tuan merancang Rancangan Allah jua yang pasti Jauh direnung masa hadapan Untuk berbakti dibumi bertuah Naskah disembah buat tatapan Ampun dipohon mana yang lemah Merdu suara burung tekukur Berselang seli irama pantun Adat memimpin biar teratur Setiap langkah molek tersusun Hendak dulang diberi dulang Jangan dibiar di atas peti Hamba merancang tuan merancang Rancangan Allah jua yang pasti Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari 7

[close]

p. 8

KATA-KATA ALUAN YAB MENTERI BESAR JOHOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor. Syabas dan tahniah kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di atas kejayaannya menghasilkan Pelan Strategik Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020 ini. Sebagai panduan dan perancangan kerja yang komprehensif, ianya pasti bersumberkan pelbagai hasil garapan idea dan sumbang saran semua pembina dan pencorak yang mahukan rekayasa bandar raya Johor Bahru yang lebih berdaya maju dan penuh keceriaan. Apa jua perancangan serta pembangunan yang diinginkan bagi bandar raya ini, merupakan cerminan komitmen Kerajaan Negeri untuk tidak hanya pembangunan aspek fizikal, ekonomi, pengurusan dan pentadbiran sesuatu organisasi, tetapi turut mencakupi spektrum sosio-budaya masyarakatnya. Justeru, saya percaya bahawa segala gerak kerja untuk menghasilkan pelan ini juga mengambil aspirasi Suara Hati Johor sebagai panduannya. Semoga MBJB akan terus melaksanakan segala tanggungjawab, amanah, berkesan dan berhemah. Saya mendoakan agar segala perancangan dan tindakan yang dilaksanakan ini, dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada Bangsa Johor sekalian. Sekian, terima kasih.     Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor 8 PELAN STRATEGIK Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020

[close]

p. 9

KATA-KATA ALUAN YB PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN JOHOR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam muafakat Johor.   Syabas dan tahniah diucapkan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru yang sentiasa konsisten di dalam menyediakan satu teras panduan, iaitu Pelan Strategik untuk tempoh 2016 sehingga 2020. Satu pendekatan yang pragmatik untuk melaksanakan satu transformasi perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.   Sebagai Pengerusi yang menerajui kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan negeri ini, saya sentiasa melihat perkembangan dan kemajuan MBJB sebagai penguasa tempatan yang proaktif menerima arahan dan melaksanakannya dengan efektif. Segala tanggungjawab yang diamanahkan mampu dilaksanakan dengan tuntas dan berkesan. Ini kerana keupayaan dan kecekapan pengurusan membentuk dan memainkan peranan penting di dalam membawa halatuju PBT ke arah yang diharapkan oleh semua pihak.   Saya percaya sinergi di antara kepimpinan pengurusan yang mantap dengan olahan fokus pelan kerja yang dirancang dengan rapi menghasilkan satu formula pengurusan yang mantap dan berkesan. Tidak hairanlah apabila MBJB sentiasa dijadikan rujukan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang lain, dari pelbagai aspek pengurusan, kepimpinan, serta sistem kerja yang dipraktiskan, namun pada masa yang sama tidak meminggirkan aspek sosio pembangunan komuniti setempat.   Apatah lagi, kedudukan bandar raya Johor Bahru yang strategik memangkinkan lagi kepada perkembangan pembangunan semasa, dirancakkan lagi dengan kemasukan pelaburan dari dalam dan luar negara, mencetuskan satu evolusi modenisasi Johor Bahru sebagai bandar raya yang bertaraf antarabangsa.   Sekali lagi, syabas dan tahniah diatas keterlibatan semua pihak di dalam menghasilkan buku Pelan strategik MBJB 2016-2020. Saya yakin dengan komitmen yang ditunjukkan akan memacu MBJB menjadi satu organisasi yang optimis dengan pola perancangan pembangunan yang mampan dan teratur. Akhir kata, organisasi yang tidak diatur dan dipimpin dengan baik, akan belayar tanpa haluan, dan kucar kacir dalam segala hal. Cuba kita fikir dan renungkan bersama. “Larik nipah susun diatur, Asam paya buahnya kelat, Perancangan disusun, strategi diatur, Menyatu muafakat, membawa berkat”   Sekian, terima kasih.   Datuk Haji Abdul Latif Bin Haji Bandi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari 9

[close]

p. 10

KATA-KATA ALUAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR Segala puji dan syukur dipanjat ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinan-Nya jua, dapat diberikan kesempatan untuk saya menyampaikan ucapan aluan untuk buku Pelan Strategik Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020. Sudah menjadi amalan MBJB untuk memastikan pembugaran dari segi perancangan kerja dikaji dan diperbaiki mengikut keperluan pengurusan dan pembangunan semasa.   Sebagai mantan yang pernah menerajui kepimpinan di MBJB, saya sememangnya mengakui Pelan Strategik ini adalah modul rujukan saya untuk memastikan apa yang dirancang akan dibuat, gerak kerja berada di landasan yang betul dan fasa pembangunannya mengikut hala tuju yang ditetapkan. Tidak ada perkara yang dibuat tanpa dikaji, dirujuk dan diperhalusi sebelum ia dilaksanakan. Apa yang jelas, Pelan Strategik MBJB adalah satu formulasi terbaik yang terhasil daripada gabungan pemikiran bersama, di antara pengurusan dan warga kerja MBJB yang sentiasa mencari pendekatan terbaik kepada pembangunan bandar raya Johor Bahru.   Bagi pihak Kerajaan Negeri, sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Ahli Majlis dan warga kerjanya yang sentiasa bertungkus lumus memastikan kelestarian Johor Bahru istiqomah mengikut peredaran dan perkembangan modenisasi negara.   Semoga dengan adanya buku Pelan Strategik MBJB 2016-2020 ini menjadi wadah kepada pemerkasaan PBT di mata rakyat. Apa yang pasti, corak dan kepimpinan MBJB di dalam menerajui PBT di negeri ini senantiasa ke hadapan dan dirancang dengan sebaik-baik perancangan kerana jika kita gagal merancang, seumpama kita merancang kegagalan.   Teruskan agenda memartabatkan kegemilangan MBJB. MBJB boleh!   Sekian, terima kasih.     Dato’ Haji Ismail Bin Karim Setiausaha Kerajaan Negeri Johor 10 PELAN STRATEGIK Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020

[close]

p. 11

KATA-KATA ALUAN YBHG DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, salam 1 Bandar raya dan Salam Muafakat Johor.   Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, dapat saya mencoretkan sepatah dua kata di dalam Manual Pelan Strategik Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020. Seumpama pucuk dicita ulam mendatang, bertepatan dengan kemasukan saya sebagai Datuk Bandar yang baru, dimana saya sendiri dapat membabitkan secara langsung untuk mengaspirasikan buku ini.   Bermatlamatkan visi, “Johor Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa, Lestari dan Berbudaya”, jelas memperincikan bahawa segala aspek pengurusan, pembangunan perancangan, penyediaan prasarana dan infrastruktur, kestabilan ekonomi dan kesejahteraan komuniti merupakan fokus-fokus utama yang diberi penekanandi dalam Pelan Strategik ini untuk mewujudkan sebuah bandar raya kondusif untuk untuk bekerja dan untuk didiami oleh semua.   Mengambilkira perkembangan semasa dan kedudukan strategik bandar raya Johor Bahru, tidak mustahil ia dapat direalisasikan menjadi sebuah sebuah bandar raya yang bertaraf antarabangsa dari pelbagai aspek samada pelaburan, peluang pekerjaan, kemantapan pembangunan fizikal dan kecanggihan prasarana berteraskan teknologi maklumat, melonjakkan Johor Bahru seiring dengan bandar raya antarabangsa yang lain.   Namun pada masa yang sama, aspek kelestarian dan berbudaya ini diberi sama penekanan yang seiring dengan aspek pembangunan lahiriah. Apa yang diimpikan adalah integrasi bersama diantara modenisasi pembangunan dengan amalan dan gaya hidup masyarakat timur yang bertoleransi, bersatu padu dan mengamalkan prinsip persepakatan bersama.   Apatah lagi, Pelan Strategik ini adalah cetusan idea bersama, di mana segala indikator-indikator, sasaran kerja yang akan dijalankan dibuat secara permuafakatan dan pendapat yang kolektif, dan bukannya hanya berdasarkan pendapat persendirian semata. Cukup jelas, pelan strategik ini cukup komprehensif, mencakupi kesemua jabatan dan bahagian di dalam MBJB dan pembabitan kesemua anggota.   Melalui penyediaan pelan strategik ini, kita semua perlu peka dan sentiasa memantau pelaksanaan tugas yang telah ditetapkan. Setiap fokus itu mempunyai kepelbagaian aktiviti dan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan pengurusan dapat mencapai sasaran.   Apa yang pasti, dengan adanya Pelan Strategik ini, kita dapat membuat perancangan dengan lebih awal, menyediakan kaedah pengagihan tugasan dan senarai semak bagi setiap anggota dan yang penting, bersedia dengan alternatif tindakan sekiranya wujud kekangan dan halangan yang tidak diduga. Waimahnya, setiap fokus yang disediakan ini adalah yang terbaik bagi kemantapan organisasi MBJB.   Bagi saya, gerak kerja bagi setiap fokus perlu dirancang dengan rapi bagi memastikan tugasan hakiki dapat disempurnakan dengan baik. Jadikanlah ia sebagai sebahagian daripada budaya kerja yang perlu disematkan di minda dan sanubari kita, warga Majlis Bandaraya Johor Bahru. Percayalah, semua yang dirancang ini bukanlah untuk menyusahkan, malahan untuk menyenangkan semua anggota. Yang penting, keterlibatan dan pembabitan semua pihak di dalam melaksanakan perancangan kerja yang telah ditetapkan amatlah diharapkan   Mudah-mudahan, dengan adanya Pelan Strategik MBJB 2016-2020 dapat menyuntik semangat yang baru ke arah memperkasakan perkhidmatan MBJB sebagai sebuah PBT yang lebih cekap, mantap dan berkompetensi yang tinggi. Insha allah.   MBJB – MESRA BERKHIDMAT JUJUR BERBAKTI Haji A.Rahim Bin HAJI Nin Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari 11

[close]

p. 12

Dan dia (Ya’kub) berkata, “Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berbeza; namun demikian aku tidak dapat mempertahankan kamu sedikit pun dari (takdir) Allah. Keputusan itu hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya pula bertawakkallah orang-orang yang bertawakkal”. (Surah Yusuf : ayat 67) Perancangan Dan Tawakal Kepada Allah s.w.t. 12 PELAN STRATEGIK Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020

[close]

p. 13

‘roadmap’ perancangan strategik MBJB 2016-2020 ‘Kick Off’ Kepimpinan Perdana “Halatuju Strategik Mbjb 2016-2020” (Ogos 2015) Semakan Draf Pelan Strategik Mbjb 2016-2020 Bersama Panel Yang Dilantik (November Disember) Penyeragaman Pelaporan Dan Pemantauan Secara Berkala Semakan Prestasi Pertengahan Tahun Di peringkat Mbjb Kajian Impak Pelaksanaan Pelan Strategik 2011-2015 (April-Mei 2015) Pelaksanaan Siri Bengkel Pembentukan PELAN Tindakan Strategik (Oktober-November 2015) Persidangan Akhir Tahun Untuk Penetapan Sasaran Baharu 2017 Dan Pindaan Pelan Strategik Untuk Tahun 2017 Pembentukan Skorkad Dan Kpi Bahagian Untuk Tahun 2016 Pembentangan Laporan Analisa Swot Dan Kajian Impak Perancangan Strategik Yang Lalu (Jun-Julai 2015) Taklimat Khas Kepada Warga Mbjb Berkenaan Halatuju Strategik Mbjb 2016-2020 (November 2015) Pelaksanaan Pelan Strategik Mbjb Bagi Tahun 2016 Semakan Prestasi Akhir Tahun Dan Kajian Impak Pelaksanaan Pelan Strategik Mbjb Untuk Tahun 2016 Intervensi Secara Fizikal Dan Maya Bersama Kelompok Sasar Untuk Memperolehi Maklumbalas Bagi Membentuk PELAN Tindakan Strategik (Ogos-Oktober 2015) Persidangan Khas Memuktamadkan Draf Pelan Strategik Mbjb 2016-2020 (Disember 2015) Inisiatif Penambahbaikan Bulanan Di Peringkat Jabatan Dan Bahagian Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari 13

[close]

p. 14

dokumen rujukan PELAN STRATEGIK MBJB 2011-2015 9 RTD JOHOR BAHRU 2020/ PELAN KORIDOR PEMBANGUNAN SELAT JOHOR 8 PELAN SUARA HATI JOHOR 7 6 BAJET NEGERI JOHOR 2016 PELAN PERTUMBUHAN STRATEGIK EKONOMI NEGERI JOHOR 5 BLUE PRINT I.M FLAGSHIP A – CDP V3 4 3 2 1 Bagi memastikan kewujudan sebuah pelan strategik yang benar-benar bernilai tambah dan berintegrasi, kesemua elemen strategik ini telah diambilkira dan dirujuk di dalam pembentukan Pelan Strategik MBJB 2016-2020 PELAN TRANSFORMASI PBT - KPKT RANCANGAN JOHOR LIMA TAHUN RANCANGAN MALAYSIA KE -11 14 PELAN STRATEGIK Majlis Bandaraya Johor Bahru 2016-2020

[close]

p. 15

metOdologi • Melaksanakan kajian literasi terhadap dokumen-dokumen strategik berkaitan untuk mengenalpasti halatuju dan ekspektasi ‘stakeholders’. • Menggunakan pelan-pelan induk di peringkat nasional dan negeri sebagai penanda aras di dalam membentuk halatuju strategik di peringkat bandar raya. KAJIAN LITERASI STRATEGIK • Membuka pelbagai saluran komunikasi dan interaksi bagi memperolehi maklumat dan maklumbalas berkenaan keutamaan yang harus diberi berdasarkan sudut pandang warga bandar raya demi memastikan perancangan ini bersifat inklusif dan menepati keperluan sebenar kumpulan sasar. MAKLUM BALAS DARIPADA KUMPULAN SASAR • Melakukan perbincangan demi perbincangan bersama pihak pimpinan tertinggi organisasi. Memahami kedudukan dan membentuk senarai keutamaan bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum di dalam rancangan yang dibangunkan. PERBINCANGAN STRATEGIK BERSAMA KUMPULAN PENGURUSAN • Mendengar dan memberikan ruang keterlibatan yang tinggi kepada warga kerja MBJB di peringkat pelaksana untuk samasama mencurahkan pandangan bagi memastikan rancangan yang dibentuk benar-benar mampu direalisasikan diperingkat pelaksana. BENGKEL-BENGKEL PERCAMBAHAN MINDA DI PERINGKAT KUMPULAN PELAKSANA Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari 15

[close]

Comments

no comments yet