Majalah Sekolah

 

Embed or link this publication

Description

SMKBS

Popular Pages


p. 1

JENTAYU 2015 1

[close]

p. 2

JENTAYU 2015 PIAGAM PELANGGAN Kami Guru-Guru Dan Staf Sokongan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau Berikrar Dan Berjanji Dengan Penuh Iltizam Untuk Menumpukan Segala Usaha Dan Tenaga Kami Memberi Perkhidmatan Berikut Dengan Sebaik-Baiknya,  Memastikan Murid-Murid Sekolah Ini Disediakan Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap Sebaik Sahaja Mereka Melaporkan Diri.  Menyediakan Semua Keperluan Pembelajaran, Kebajikan Dan Keselamatan Pada Masa / Waktu Persekolahan Dan Mereka Memperoleh Pengalaman Belajar Dalam Suasana Yang Gembira.  Membantu Waris Menyelesaikan Keperluan Pendidikan Anak-Anak Mereka Secepat Mungkin.  Memastikan Semua Murid Dapat Menduduki Semua Peperiksaan Dengan Penuh Yakin Dan Dalam Suasana Yang Kondusif.  Melayan Keperluan Semua Staf Di Sekolah Ini, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia Secara Profesional Dalam Tempoh Yang Ditetapkan. VISI  Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI  Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti  Untuk Membangunkan Potensi Individu  Bagi Memenuhi Aspirasi Negara MUTIARA KATA  Kepimpinan sekolah secara umunya bertanggungjawab membina budaya yang menjurus kepada kecemerlangan bukan saja akademik, malah kecemerlangan akal budi, mewujudkan semangat persaudaraan dan berpontesi mengerakkan peradaban tinggi bangsa. NILAI ETIKA SEKOLAH     Amanah Berbakti Bestari Terperi Cekal Teruji Pendidikan Terpuji 2

[close]

p. 3

JENTAYU 2015 WARNA DAN TAKRIF HIJAU Melambangkan kemakmuran iaitu pelajar-pelajar untuk memakmurkan diri, bangsa dan tanah air tercinta. KUNING Melambangkan ketaatsetiaan pelajar-pelajar kepada peraturan sekolah, guru dan pemimpin serta undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. PUTIH Melambangkan ketulusan dan keikhlasan pelajar-pelajar menimba ilmu yang diajar di sekolah dan mempraktikkannya demi kepentingan agama, bangsa dan negara. STRUKTUR / KOMPOSISI DAN TAKRIF Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau mempunyai lencana berbentuk PERISAI. Lencana ini diperkenalkan pada tahun 1984. BUKU Melambangkan ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan seseorang dan ilmu itu perlu diterokai oleh setiap pelajar sepanjang hayat. BUNGA PADI Melambangkan kesungguhan untuk berjaya dan pada masa yang sama pelajar-pelajar mempunyai sikap kasih sayang yang cukup tinggi. TIGA BULATAN BERCANTUM DI DALAM RODA Melambangkan semangat kesukanan dan perpaduan muhibah dalam kalangan pelajar sekolah. RODA Melambangkan budaya kreatif dan inovatif dalam pendidikan diajar kepada pelajar-pelajar sekolah. PUNCAK BUKIT Melambangkan semangat yang tinggi dan jitu untuk meraih kejayaan 3

[close]

p. 4

JENTAYU 2015 LAGU SEKOLAH Berilmu Beramal * Bukit selambau sekolah tercinta Menjana putera puteri bangsa Berilmu beramal serta berbakti Demi agama dan ibu pertiwi Ibu dan ayah tidak kulupa Guru bagai obor yang menyala Kami berikrar dengan semangat Kejayaan menjadi harapan Bukit selambau sekolah tercinta Menjana putera puteri bangsa Berilmu beramal serta berbakti Demi agama dan ibu pertiwi *Ulang 4

[close]

p. 5

JENTAYU 2015 IKRAR PELAJAR Bahawasanya Kami pelajar-pelajar SMK Bukit Selambau berikrar Akan berusaha bersungguh-sungguh Untuk meningkatkan prestasi dalam bidang kurikulum dan Kokurikulum serta mematuhi sepenuhnya peraturan sekolah dan mengamalkan nilai-nilai murni demi mengharumkan nama baik sekolah 5

[close]

p. 6

JENTAYU 2015 PELAN SEKOLAH 6

[close]

p. 7

JENTAYU 2015 SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) mula beroperasi pada tahun 1979 secara menumpang di Sekolah Menengah Tunku Sulong, Jeniang, Kedah Darul Aman. Pada awalnya sekolah hanya menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Satu sahaja. Selepas lima tahun beroperasi, bilangan pelajar telah bertambah dan merangkumi semua tingkatan, iaitu tingkatan satu, tingkatan dua, tingkatan tiga, tingkatan empat dan tingkatan lima. Setiap tingkatan terdiri daripada empat kelas dengan kapasiti pelajar di antara 40 - 45 orang. Pelajar-pelajar kebanyakannya berbangsa Melayu dan 10% daripadanya berbangsa Cina, India dan Siam. Pada tahun 1984 SMKBS telah berpindah ke premisnya sendiri di alamat yang ada se4karang. Bangunan SMKBS pada awalnya terdirinya daripada tiga blok bangunan dua tingkat dan dua blok bangunan satu tingkat dan sebuah kantin.Pada tahun 2000 SMKBS telah berjaya membina sebuah surau yang mampu menampung 200 jemaah pada satu-satu waktu. Pembinaan surau ini adalah hasil sumbangan waris pelajar, guru-guru, orang perseorangan dan sektor korporat. Pada 5 Mac 2003 sebuah bangunan baru empat tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran sekolah yang baru telah mula diduduki. Di bangunan ini juga ditempatkan sebuah pusat sumber dan sebuah bilik tayangan yang mampu memberi keselesaan kepada pelajar. Pada tahun berikutnya sebuah bangunan Makmal Komputer telah siap dibina dan mula digunakan pada tahun 2004. Pada 10 Januari 2004 2 blok bangunan asrama empat tingkat telah mula digunakan untuk menempatkan 120 orang relajar. Sebuah dewan makan juga disediakan untuk kemudahan pelajar. Hingga kini SMKBS mempunyai seramai 758 orang pelajar dan 48 orang guru serta 8 orang staf sokongan.Sekolah akan mendapat satu Blok baru empat tingkat dan mengandungi 6 bilik darjah pada tahun 2012. 7

[close]

p. 8

JENTAYU 2015 SIDANG REDAKSI JENTAYU 2015 Guru penasihat:Puan Asiah Binti Ahmat Ketua Editor:Nurul Iman Binti Fauzi AJK Majalah:Azad Fikri Bin Abdullah :Mohd Aidil Aiman Bin Ahmad :Nur Amalin Kamila Binti Mohd Ruslan 8

[close]

p. 9

JENTAYU 2015 kata Alu – Aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Assalamualaikum Warahmatillahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana memberikan ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Majalah Sekolah bagi Tahun 2015. Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang Redaksi Majalah Sekolah Mengah Kebangsaan Bukit Selambau yang telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah bagi Tahun 2015. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami satu perubahan yang amat drastik seiring dengan kemajuan pendidikan di peringkat global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, merupakan pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif dan holistik dalam membina modal insan yang mampan dan berdaya saing. Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak setipa modal insan. Amalan dengan memberi sapaan dan laluan juga menitikberat tentang kebersihan merupakan elemen yang perlu dipraktiskan oleh setiap anak didik sejak bangku sekolah rendah lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat ini perlu diberi fokus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah terpuji. Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan murid-murid untuk terus berusaha mencipta kejayaan. Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia berada di puncak kegemilangan Sekian, terima kasih 9

[close]

p. 10

JENTAYU 2015 kata Alu – Aluan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman Assalamualaikum Warahmatillahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga dan Sidang Redaksi majalah sekolah tahun 2015.Syabas juga diucapkan kerana telah berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dan semngat kerjasama yang jitudalam memeastikan majalah ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Sesungguhnya ,melihat kepada perkembangan pendidikan di negara ini,warga pendidik dan murid hendaklah berusaha membudayakan ilmu di sekolah untuk menjayakan citi-cita bagi membina sebuah negara yang maju,dinamik dan cemerlang.Bagi merealisasikan hasrat ini,Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM 2013-2025)telah dilaksanakan dengan harapan dapat mengupayakan usaha tranformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh.Perancangan dan inisiatif strategi disusun ke arah mewujudkan satu sisitem pendidikan yang menekan kekuatan ,kecekapan,kualiti,kelestarian dan serta kejayan yang mampu dicapai dalam masa yang singkat. Sehubungan itu,Jabatan Pendidikan Negeri Kedah amat komited bagi memastikan prestasi dan cabaran semasa dalam tranformasi sisitem pendidikan selaras dengan PPPM 2013-2015 dapat dihayati dan dilaksanakan sebaik yang mungkin oleh semua warga pendidikan negeri Kedah .Justeru ,motto “KEDAH TOP FIVE 2015”telah ditetapkan untuk menjadi aspirasi untuk meningkatkan pencapaian dan hala tuju pendidikan Kedah di semua peringkat.Oleh itu,sokongan padu dan positif daripada semua warga sekolah,PIBG dan komuniti setempat amat diperlukan untuk memastikan kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan dan seterusya dapat melonjakkan kecermelangan sekolah-sekolah negeri Kedah.Saya sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan,namun kerjasama yang mantap berserta semangat juang yang tinggi daripada semua pihak sama ada pihak pentadbiran ,guru-guru,para pelajar atau ibubapa,tidak mustahil kita mampu merealisasikan misi dan visi dalam dunia pendidikan negara. Akhir kata,marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggujawab yang diamanahkan.Semoga segala usaha dan pengorbanan yang kita curahkan dapat memacu kecermelangan dan menjana modal insan yang berkualiti dan mampu bersaing dipersada antarabangsa. Sekian,terima kasih. 10

[close]

p. 11

JENTAYU 2015 kata Alu – Aluan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda / Yan Assalamualaikum Warahmatillahi Wabarakatuhdan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Sidang Redaksi majalah SMK Bukit Selambau yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan dan tahniah saya ucapkan atas segala hasil usaha yang gigih sehingga berjaya menerbitkan majalah pada tahun ini. Penerbitan majalah sekolah menjadi satu kebanggaan kepada warga sekolah lebih-lebih lagi jika majalah itu tinggi mutunya dan baik dari segi isi kandunganya.Majalah sekolah adalah wadah kepada warga sekolah khususnya para pelajar untuk mengembangkan bakat penulisa melalui karya masing-masing.Majalah sekolah juga adalah perakam pelbagai rentetan yang peristiwa yan berlaku sepanjang tahundi sekolah. Untuk tampil sebagai sekolah yang cemerlang,pelbagai tunuttan dan harapan mesti dipenuhi dari semasa ke semasa.Sudah tentu pencapaian akademik yang tinggi,sahsiah pelajar yang dipuji,penglibatan pelajar dalam kokurikulum yang menonjol adalah kayu ukur kejayaan yang utama.Untuk menangani dam memenuhi semua tututan dan harapan ini,kepimpinan yang berwawasan,kesediaan untuk bekerja sebagai satu kumpulan,profesionalismedan komitmen yang tinggiharuslah ada pada pucuk pimpinan dan seluruh warga sekolah.Untuk mencapai matlamat sekolah ,semua aspek pengurusan disekolah seperti kurikulum,kokurikulum,sumber manusia,hal ehwal murid ,kewangan,infrastruktur dan lainlain mestilah diurus dengan cekap dan berkesan. Oleh itu,para pelajar haruslah mengejar kecermelangan akademik kerana dalam era globalisasi pada alaf ini,sesipa sahaja yang leka akan tenggelamdan taidak dapat tempat dalam masyarakat. Akhir kata marilah kita sama-sama berusaha lebih gigih lagi kearah melahirkan masyarakat berpendidikan cemerlang agar tercapai hasrat negara. 11

[close]

p. 12

JENTAYU 2015 kata Alu – Aluan Yang Dipertua PIBG Assalamualaikum warahmatuiiahi wabarakatuh dan salam sejahtera Segulung ucapan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah bagi kejayaan pihak sekolah menerbitkan majalah JENTAYU bagi tahun 2015.Saya percaya majalah ini telah merakamkan pelbagai peristiwa sekolah sepanjang tahun ini.Secara tidak langsung penerbitan majalah JENTAYU ini dapat memupuk daya kretiviti pelajar dan guru terhadap SMKBS. Bidang pendidikan yang kian mencabar menyebabkan bebanan terhadap guru-guru kerana ia merupakan bahagian daripada tugas dan tanggungjawab guru-guru SMKBS.Harapan negara dan masyarakat terhadap guru-guru menggunung tinggi.Ibu bapa pula sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Menyedari hal tersebut,PIBG SMKBS telah berganding bahu dengan pihak sekolah dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum untuk menjayakan program dan aktiviti sekolah dalam membantu meningkatkan imej dan pontensi sekolah. Dalam sarana Ibu Bapa,Jaya Waris merupakan antara program yang telah dilaksanakan bagi membincangkan permasalahan pelajar demi menigkatkan prestasi pelajar itu sendiri.Kerjasama ibu bapa dalam program dan aktiviti sekolah amat baik.Sehingga kini masalah disiplin dalam kalangan pelajar telah dapat dikurangkan.Kejayaan yang telah ditempa oleh sekolah telah menyebabkan tanggapan masyarakat terhadap sekolah semakin baik. Buat anak-anak SMKBS,kejayaan anda pada hari ini adalah penentu masa depan yang cemerlang pada masa akan datang.Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua dan warga sekolah kerana berjaya menerbitkan majalah JENTAYU.Terus berusaha untuk mencipta kecemerlangan berganda. KAMARUDIN BIN YOP Yang Dipertua PIBG, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau. 12

[close]

p. 13

JENTAYU 2015 kata Alu – Aluan Pengetua SMKBS Assalamualaikum warahmatuiiahi wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya Majalah Jentayu jilid ke-11 berjaya diterbitkan pada tahun 2015 ini.Sesungguhnya,dengan terbitnya majalah ini menunjukan kemampuan sekolah mengorak langkah menuju misi sekolah iaitu pendidikan berkualiti insane terdidik negara sejahtera. Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sidang Redaksi Majalah Jentayu 2015 kerana atas uasaha gigih mereka dalam menyusun dan berjaya menerbitkan majalah ini.Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang walaupun hanya untuk menitipkan seungkai kata sebagai alu-aluan saya dalam majalah ini. Walaupun usianya telah mencecah 13 tahun,namun penerbitan majalah Jentayu ini telah mencapai tahap kesempurnaan dan mendapat sokongan yang baik terutamanya dari para-para waris yang rata-rata menghargai usaha gigih pihak sekolah memuatkan gambar dan hasil penulisan anak-anakdalam majalah ini.Secara tidak langsung,para waris dapat mengetahui bakat dan keserlahan kebolehan yang ada pada anak-anak mereka. Pada asasnya,penerbitan majalah ini adalah untuk menampilkan bakat-bakat terpendam ank-anak didik di sekolah ini.Penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar menunjukkan sekolah walaupun berada di luar Bandar masih mampu menyerlahkan insan yang berbakat dalam semua bidang.Inilah yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan kita untuk melahirkan generasi yang cermelang,gemilang dan terbilang.Ditambah pula dengan usaha gigih dan sentuhan kreativitiSidang Redaksi menjadi majalah ini lebih menarik dan berwawasan. Akhirulkalam,saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Sidang Redaksi dan semua pihak yang terlibat dalam menerbitkan Mjalah Jentayu Jilid ke-11 ini.Semoga usaha ini dapat mentarbiahkan anak bangsa kita menuju wawasam 2020. Sekian,terima kasih. ENCIK BASREE BIN BAKAR Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau 13

[close]

p. 14

JENTAYU 2015 kata Alu – Aluan Ketua Editor ‘JENTAYU’ 2015 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah,syukur kehadrat llahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya ,dapat saya bersama-sama dengan ahli Sidang Redaksi menyiapkan dan menerbitkan JENTAYU bagi tahun 2015.Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat pihak pentadbiran dan jawatankuasa majalah sekolah kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk memegang jawatan editor majalah JENTAYU ini. Penerbitan JENTAYU bukan saja merakam peristiwa bahkan menjadi galeri sejarah yang membawa seribu satu memori yang tidak dapat dilupakan.Kejayaan JENTAYU sememangnya merupakan hasil usaha tenaga pelajar dan cetusan idea kreatif para guru.Harapan saya,semoga JENTAYU akan terus diterbitkan pada tahun-tahun akan datang. Akhir kata,saya mewakili Sidang Redaksi JENTAYU 2015 memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan yang tidak disengajakan.Semoga SMKBS terus berjaya melahirkan pelajar berilmu,mantap dari segi fizikal dan rohani,kreatif dan berinovasi serta bersahsiah tinggi dalam mengharumkan nama sekolah setanding sekolah-sekolah lain. Sekian,terima kasih NURUL IMAN BINTI FAUZI Ketua Editor, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau 14

[close]

p. 15

JENTAYU 2015 kata Alu – Aluan Ketua Pengawas Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan InayahNya,kita masih lagi dipanjangkan usia dan dibekalkan dalam iman dalam islam.Selamat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda.Tahniah dan syabas diucapkan pada sidang redaksi JENTAYU atas kejayaan komitmen yang penuh iltiham dan keazaman yang tinggi sehingga terhasilnya majalah Edisi ke-11 ini. Sebagai ketua pengawas,saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya para guru kerana memberi kepercayaan kepada saya memikul tanggujawab yang berat.Kenangan kerjasama dengan ahli-ahli pengawas yang lain juga merupakan kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan.Saya berasa bangga dapat bekerjasama dengan mereka dan atas kerjasama ini,pelbagai masalah disiplin dapat kami atasi. Akhir sekalisaya selaku ketua pelajar sekolah ini menyeru pelajar-pelajar agar meletakkan disiplin sebagai batu asas kepada perjuangan kita untuk mencapai kecermelangan akademik, kokurikulum dan sahsiah. Wassalam MOHD IKMAL BIN ABRI Ketua Pegawas 15

[close]

Comments

no comments yet