Info KETENGAH November 2015

 

Embed or link this publication

Description

Info KETENGAH November 2015

Popular Pages


p. 1

KE ARAH MASYARAKAT BERMAKLUMAT www.ketengah.gov.my NOVEMBER 2015 BIL SELANJUTNYA DI DALAM 179 MoU KETENGAH - UNISZA TERMETERAI

[close]

p. 2

INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015 KETENGAH DAN UniSZA TANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) DAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) TELAH MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UNTUK MENJALANKAN KERJASAMA STRATEGIK DI DALAM BIDANGBIDANG YANG BERKAITAN PADA 25 NOVEMBER 2015 BERTEMPAT DI WISMA DARUL IMAN KUALA TERENGGANU. 1 2 tenaga, kepakaran, sumber dan potensi di antara pelbagai pihak. Memorandum Persefahaman yang ditandatangani ini merangkumi enam skop iaitu: 1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) 2.  Latihan Industri, Mobiliti dan Sangkutan 3. Pengajaran dan Pembelajaran 4.  Pembangunan Modal Insan dan Latihan 5. Pembangunan Agro Pelancongan 6.  Bidang-bidang lain yang dipersetujui bersama. Sehubungan dengan itu juga pihak UniSZA telah membuat permohonan tanah seluas 100 ekar yang terletak di Zon Institusi di Tasik Kenyir bagi membangunkan sebuah Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Komuniti UniSZA. Kerajaan Negeri secara dasarnya telah bersetuju meluluskan permohonan ini bagi membolehkan pusat ini dibangunkan untuk memberikan manfaat kepada pembangunan negeri Terengganu dan juga rakyat. KETENGAH dan UniSZA yakin kolaborasi ini akan melahirkan impak yang positif ke arah melonjakkan lagi pembangunan sosio-ekonomi di wilayah KETENGAH. Ia juga selari dengan usaha-usaha di bawah Transformasi Luar Bandar sebagaimana yang telah dilancarkan oleh YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 20 November 2015. KETENGAH dan UniSZA yakin usaha-usaha ini dapat memberi sumbangan yang besar kepada Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya sebagai penyokong Transformasi Terengganu Baharu atau TTB. 1.  Datuk Dr. Yahaya Ibrahim dan Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud menandatangani MoU disaksikan YAB Dato’ Seri Ahmad Razid Abd Rahman dan YB Dato’ Haji Osman Muda. 2.  Pihak UniSZA dan KETENGAH bertukar-tukar dokumen perjanjian. 3.  YAB Menteri Besar bercakap kepada para pemberita selesai acara menandatangani MoU. 3 MoU ini telah ditandatangani oleh Profesor Datuk Dr. Yahaya Ibrahim, Naib Canselor UniSZA dan Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH. Hadir bagi menyaksikan majlis bersejarah ini ialah YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi KETENGAH. Kedua-dua pihak telah menyingkap potensi untuk mengadakan kerjasama strategik selari dengan Strategi Lautan Biru (NBOS) yang menyarankan penggemblengan 2

[close]

p. 3

HARI PSIKOLOGI KKLW 2015 1 AKRAB MEMBAWA MAKSUD AMANAH, KOMITMEN, RASIONAL, AKHLAK DAN BESTARI. IA MERUPAKAN EJEN PENGGERAK KEPADA PELAKSANAAN BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM. IA DIWUJUDKAN DENGAN OBJEKTIF BAGI MENYEDIAKAN PERANTARAAN UNTUK MEMBERI PELUANG PEGAWAI BERFUNGSI SECARA EFEKTIF DALAM USAHA MEMBANTU PENGURUS SUMBER MANUSIA PERKHIDMATAN AWAM. 2 3 Pada 17 hingga 18 November 2015 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Hari Psikologi AKRAB 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Aras B1 KKLW Putrajaya dengan mengadakan pameran AKRAB di aras tersebut. Program yang berlangsung selama dua hari bermula jam 8.00 pagi ini telah memberi impak yang besar dengan kehadiran penceramah jemputan yang berkaliber seperti Dr.Tengku Mohamad Asmadi bin Mohamad yang menyampaikan ceramah bertajuk “Musibah”, “Hamba” oleh Leftenan Madya Maritim Khairil Anuar dan sesi ketiga bertajuk “Trauma”. Pada hari kedua penceramah motivasi yang tidak asing lagi iaitu Encik Kamal Affandi Hashim tampil dengan tajuk “TRAGEDI”. AKRAB KETENGAH telah disertai seramai 30 orang ahli kesemuanya. Agensi-agensi lain yang turut menyertai ialah KEJORA,KEDA, RISDA, KEMAS, INFRA, KESEDAR dan KKLW sendiri. Jabatan lain yang turut mengambil bahagian ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hadir sama di Majlis Penutup Hari Psikologi KKLW 2015 ialah Dato’ Mohd Arif bin Ab. Rahman Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diiring oleh Encik Mohd Jamalludin bin Kasbi Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) KKLW, Ketua-ketua agensi dan jabatan serta pegawai dan kakitangan kementerian. 1.  Dato’ Mohd Ariff Ab Rahman Ketua Setiausaha KKLW melancarkan Hari Psikologi KKLW 2015. 2.  Dato’ KSU turut melawat gerai pameran KETENGAH. 3.  Antara kakitangan KETENGAH yang hadir. 3 INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015

[close]

p. 4

INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015 YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI LANCAR TRANSFORMASI LUAR BANDAR SEMPENA GENAP 100 HARI MENERAJUI KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH, YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB TELAH MELANCARKAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR DENGAN TEMA MEMBANDARKAN LUAR BANDAR. IA DISEMPURNAKAN DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KHAS KKLW PADA 20 NOVEMBER 2015 BERTEMPAT DI KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH, PUTRAJAYA. Berucap pada majlis tersebut, YB Dato’ Sri Ismail Sabri menjelaskan bahawa Membandarkan Luar Bandar bermaksud menjadikan kawasan luar bandar yang kondusif dengan pelbagai aksesibiliti dan kemudahan seperti yang dinikmati oleh penduduk di bandar. Ia juga memberi penekanan kepada kemajuan masyarakat luar bandar melalui perubahan sikap dan mindset, peningkatan ilmu serta kemahiran. Ia penting dalam usaha untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui penglibatan swasta, peningkatan aktiviti ekonomi, keusahawanan dan pewujudan peluang pekerjaan. Beliau menegaskan bahawa pencapaian matlamat ini penting bagi menjadikan luar bandar kawasan yang benar-benar menarik untuk didiami dan pada masa yang sama dapat menggalakkan generasi muda untuk terus tinggal dan membina masa hadapan di luar bandar. 1 Transformasi Luar Bandar mempunyai enam Fokus Utama iaitu: 1. Prasarana Luar Bandar 2.  Pembangunan Belia Luar Bandar 3. Ekonomi 4. Keusahawanan 5. Modal Insan 6. Sistem Penyampaian Bagi menyokong dan menjayakan gagasan yang cukup besar dan penting ini, YB Menteri telah menggariskan 19 transformasi yang akan dilaksanakan berdasarkan Fokus Utama di mana ia merupakan tindakan dan pelan bertindak yang akan membolehkan luar bandar melonjak pencapaiannya serta menjadi penyumbang utama kepada pembangunan negara ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Justeru, penduduk luar bandar perlu memahami gagasan besar YB Menteri ini dan mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran serta keazaman untuk sama-sama menjayakannya. InsyaaAllah dengan kerjasama dan komitmen semua pihak Transformasi Luar Bandar bertemakan “Membandarkan Luar Bandar” ini akan mencapai kejayaan dan luar bandar akan benar-benar bertukar wajah dan menjadi satu tarikan yang tersendiri. 1.  YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. 4

[close]

p. 5

SAMBUTAN HARI INOVASI KKLW TAHUN 2015 1 SAMBUTAN HARI INOVASI BERTUJUAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN NILAI-NILAI BUDAYA INOVASI, KREATIVITI DAN KUALITI DALAM SESEBUAH ORGANISASI DI SAMPING MEMBERI PENGIKTIRAFAN DAN MEMPERBAHARUI KOMITMEN KAKITANGAN DAN PENGURUSAN KEPADA USAHA-USAHA YANG DIJALANKAN OLEH AGENSI KE ARAH PENINGKATAN KUALITI DAN INOVASI. 3 2 Lantaran itu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi KKLW pada 23 November 2015 bertempat di Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Ia telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Di dalam ucapannya YB Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengingatkan pegawai dan kakitangan KKLW agar memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap usaha pembangunan yang dijalankan oleh kementerian. Ini penting dalam usaha untuk memastikan Trasformasi Luar Bandar dengan tema “Membandarkan Luar Bandar” yang merangkumi 6 teras utama dan 19 transformasi berjalan dengan lancar dan memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat. Pada majlis tersebut, YB Menteri KKLW turut menyampaikan anugerah dan hadiah bagi kategori-kategori Anugerah Inovasi yang dipertandingkan bagi tahun 2015. Di akhir majlis YB Menteri sempat melawat gerai-gerai pameran Inovasi yang disertai oleh KKLW, dan agensi-agensi di bawahnya termasuk KETENGAH. 1.  YB Dato’ Sri Ismail Sabri melawat gerai KETENGAH dan disambut oleh Dato’ Haji Wan Mat Amin dan Tuan Haji Omar. 2.  YB Menteri bersama hadirin menyanyikan lagu Negaraku. 3.  YB Menteri menyampaikan anugerah inovasi kepada Tuan Haji Omar Ismail. 5 INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015

[close]

p. 6

INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015 1 KOLEJ KETENGAH CATAT SEJARAH ADAKAN KONVOKESYEN PERTAMA KOLEJ KETENGAH YANG MERUPAKAN SEBUAH SYARIKAT ANAK KETENGAH TELAH MENGADAKAN MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA KEPADA SERAMAI 288 GRADUAN YANG MENERIMA IJAZAH SARJANA, DIPLOMA, SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAN SIJIL LATIHAN KEMAHIRAN (PROGRAM LATIHAN DAN KERJAYA). Pada 28 November 2015 bertempat di BALORA Bandar Al Mukktafi Billah Shah, Terengganu, Pengerusi Kolej Ketengah Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud yang juga Pengurus Besar KETENGAH berkata “majlis konvokesyen tersebut merupakan satu titik sejarah yang amat penting bagi KETENGAH kerana ini dapat membuktikan kemampuan kolejnya melahirkan graduan-graduan yang berwibawa. “Hari ini sangat bermakna buat KETENGAH kerana berjaya melahirkan graduan dalam pelbagai bidang termasuk Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Aplikasi Multimedia, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Sijil Pembantu Tadbir Sistem Maklumat, dan Sijil Perakaunan Berkomputer”. “Untuk makluman, jumlah pengambilan pelajar ke Kolej Ketengah juga meningkat dari semasa ke semasa dan ini menunjukkan bahawa Kolej Ketengah sentiasa menjadi pilihan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang menawarkan kursus-kursus yang relevan dengan keperluan industri,” katanya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Omar bin Ismail Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, dan Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa Pengurus Korporat Ketengah Holding Sdn Bhd, pengurus-pengurus bahagian KETENGAH, pegawai-pegawai kanan serta ibu bapa pelajar. Di samping itu pelbagai program turut diatur sempena Hari Konvokesyen Kolej Ketengah yang berlangsung di RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. 2 3 1.  Dato’ Haji Wan Mat Amin menyampaian ijazah MBA kepada Encik Ibrahim Yusof. 2.  Sebahagian daripada graduan menuggu giliran untuk menerima ijazah masing-masing. 3.  Pegawai-pegawai dan tenaga pengajar Kolej Ketengah. 6

[close]

p. 7

55 HADIRI MAKMAL TRANSFORMASI PEMBANGUNAN KETENGAH 1 MAKMAL TRANSFORMASI PEMBANGUNAN KETENGAH BAGI BAJET RMKE-11(RP1) TAHUN 2016 TELAH BERLANGSUNG PADA 15 HINGGA 17 NOVEMBER 2015, BERTEMPAT DI MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA . MAKMAL INI TELAH DISERTAI SERAMAI 55 PESERTA YANG TERDIRI DARIPADA 18 PENGURUS BAHAGIAN DAN KETUA UNIT, 28 PENOLONG PENGURUS TERMASUK PEGAWAI BAJET BAHAGIAN, 4 PENOLONG PEGAWAI TADBIR PERBANDARAN DAN 5 KETUA UNIT DI UNIT PENGURUSAN PROJEK WILAYAH KETENGAH. 2 3 Majlis perasmian dan ucaptama bengkel telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH. Objektif makmal ini adalah untuk memperincikan perancangan pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan untuk dilaksanakan bagi tahun 2016, meliputi subprojek, kos pelaksanaan, tatacara perolehan, kaedah pelaksanaan, ‘timeline’ pelaksanaan dan unjuran fizikal serta belanjawan. Makmal ini juga memberi perhatian kepada isu-su yang boleh mempengaruhi pelaksanaan projek seperti kelewatan memulakan projek, halangan-halangan yang timbul semasa pelaksanaan dan juga kelewatan tuntutan bayaran. Sehubungan itu, dalam memastikan setiap projek yang telah diluluskan bagi tahun 2016 dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang, komitmen dan perhatian yang tinggi amatlah dituntut daripada Pengurus dan Pegawai-pegawai di setiap bahagian. 1.  Dato’ Pengurus Besar turut hadir dan sama-sama berbincang bagi mendapatkan idea terbaik. 2.  Para peserta serious mengikuti pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan. 3.  Salah satu kumpulan tekun menyediakan pembentangan. 7 INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015

[close]

p. 8

INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015 KETENGAH JAYAKAN PROGRAM KCK PEMBANGUNAN YANG DIJALANKAN OLEH KETENGAH TIDAK TERHAD KEPADA PEMBANGUNAN FIZIKAL SEPERTI PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR, BANGUNAN DAN SEBAGAINYA KERANA IA TURUT MELIBATKAN PEMBANGUNAN INSAN. INI PENTING KERANA KETENGAH PERCAYA KESEIMBANGAN DI ANTARA PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PEMBANGUNAN MANUSIA AMAT PERLU DALAM MEWUJUDKAN SEBUAH WILAYAH YANG AMAN, MAKMUR DAN HARMONIS. 1 2 3 Oleh yang demikian program yang menjurus ke arah pembangunan insan telah diadakan dari semasa ke semasa mengikut perancangan dan keperluan. Ini termasuklah satu program yang dikenali sebagai KETENGAH Cakna Kampung yang lebih dikenali sebagai KCK. Program KCK ini bertujuan mendekati masyarakat di wilayah KETENGAH bagi mengesan masalah dan keperluan mereka, di samping mengeratkan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan KETENGAH dengan penduduk kampung yang mereka bangunkan selama ini. Program KCK 2015 siri kedua telah dilaksanakan di Kg. Batu 14, Kuala Tayor, Kemaman pada 14 November 2015. Pelbagai program telah diatur seawal jam 7 pagi dimulai program senamrobik, gotong royong dan acara sukan rakyat disertai lebih 500 penduduk dan kakitangan KETENGAH. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Operasi ) KETENGAH. Hadir sama ialah pengurus-pengurus bahagian KETENGAH serta kepimpinan Kg. Batu 14 yang sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan masjid, mengecat astaka dan mengecat, membaiki rumah penduduk miskin. 1.  Tuan Haji Omar Ismail menyampaikan hadiah kepada seorang kanak-kanak. 2.  Kerja-kerja hiasan taman di sekitar Masjid Kg Batu 14. 3.  Tuan Haji Che Zakaria turut mengecat rumah seorang penduduk miskin. 8

[close]

p. 9

KUMPULAN TAMAN ORKID JUARA KENYIR FISHING CHALLENGE 2015 1 GANDINGAN MANTAP BAHAGIAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI BERSAMA BAHAGIAN PEMANTAUAN & PENILAIAN DALAM ACARA KENYIR FISHING CHALLENGE 2015 PADA 20 HINGGA 21 NOVEMBER 2015 BERTEMPAT DI TASIK KENYIR TELAH BERJAYA MENJUARAI PERTANDINGAN TERSEBUT. PERTANDINGAN YANG JULUNG KALI DIADAKAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMUPUK SIKAP KERJASAMA, BERTOLERANSI, KERJA BERPASUKAN DAN MERAPATKAN SILATURAHIM ANTARA WARGA KETENGAH. 2 3 ucapannya beliau menegaskan “Kita semuanya adalah pemenang. Ini kerana semangat kerjasama dan saling berganding bahu ini amat penting kepada KETENGAH dalam memastikan segala perancangannya berjalan dengan lancar “ tegas beliau. Berikut merupakan keputusan penuh Kenyir Fishing Challenge 2015:1. Juara :  Kumpulan Taman Orkid (ICT bersama Pemantauan dan Penilaian) 2. Kedua :  Kumpulan KECV (Pelancongan & Pembangunan Tasik Kenyir) 3. Ketiga Sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu pertandingan memancing, memasak dan karaoke. Setiap pasukan terdiri daripada 12 orang pegawai dan kakitangan yang membentuk sebanyak 13 pasukan keseluruhannya. Upacara pelepasan disempurnakan oleh Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH. Dalam :  Kumpulan Taman Burung (Kewangan & Belanjawan) 4. Keempat :  Kumpulan Gua Bewah (Kesejahteraan Rakyat) 5. Kelima :  Kumpulan Gua Taat (Pembangunan Insan & Pendidikan) 1.  Dato’ Haji Wan Mat Amin bergambar bersama pemenang pertama iaitu Kumpulan Taman Orkid. 2.  Pertandingan berjalan dengan meriah dan penuh ukhuwah di antara kakitangan. 3.  Tuan Haji Omar melepaskan pertandingan. 9 INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015

[close]

p. 10

INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015 PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KE-10, 2015 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KE-10/2015 TELAH DIADAKAN PADA 29 NOVEMBER 2015 DI BALAI ORANG RAMAI (BALORA) BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. PERHIMPUNAN YANG DIHADIRI OLEH SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH, UNIT PENGURUSAN PROJEK WILAYAH KETENGAH DAN KETENGAH HOLDINGS INI DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN KETENGAH BERSAMA MEMBANGUN DIIKUTI DENGAN BACAAN DOA DAN TAYANGAN VIDEO AKTIVITI KETENGAH SEPANJANG BULAN OKTOBER HINGGA NOVEMBER 2015. Pengurus Besar, Y. Bhg. Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud mengucapkan tahniah kepada Kolej KETENGAH dan KETENGAH Holding kerana telah berjaya mengadakan Konvokesyen Pertama Kolej KETENGAH pada 28 November 2015. Pengurus Besar dalam ucapan beliau mengulas berkaitan bajet RMke-11 yang telah dibentangkan oleh kerajaan berjumlah RM167.2 billion untuk peruntukan Pembangunan Tahun 2016 yang bertemakan 1 2 Mensejahterakan Kehidupan Rakyat. Beliau mengingatkan bahawa semua kakitangan perlu bekerjasama dalam penyampaian perkhidmatan awam selari dengan program transformasi kerajaan. Pengurus Besar juga mengajak kakitangan merenung 6 pesan imam Al-Ghazali iaitu i)  Yang paling dekat di dunia adalah KEMATIAN ii)  Yang paling jauh di dunia adalah MASA LALU iii)  Yang paling besar di dunia adalah NAFSU iv)  Yang paling berat di dunia adalah AMANAH v)  Yang paling ringan di dunia adalah MENINGGALKAN SOLAT vi)  Yang paling tajam di dunia adalah LIDAH MANUSIA Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada 3 Kumpulan KIK yang telah memenangi Anugerah Emas 3 Bintang dalam Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan 2015 dan insentif kepada anak kakitangan yang cemerlang dalam UPSR 2015. 3 1.  Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH 2.  Pegawai dan kakitangan mengikuti tayangan video yang memaparkan aktivti Lembaga. 3.  Sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. 10

[close]

p. 11

KETENGAH PASTIKAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN SIHAT 1 2 PADA 29 NOVEMBER 2015 BERTEMPAT DI DATARAN RTC TERENGGANU BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH BERMULA JAM 8.00 PAGI PROGRAM SENAM ROBIK TELAH DIADAKAN MELIBATKAN SEMUA KAKITANGAN KETENGAH, UNIT PROJEK WILAYAH KETENGAH DAN SYARIKAT ANAK KETENGAH. 3 Program ini dikendalikan oleh pasukan kecergasan dari Kuala Terengganu. Tujuan program ini diadakan bertujuan dan mempastikan seluruh pegawai dan kakitangan KETENGAH sihat minda dan fizikal bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH dan Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Operasi) serta barisan penguruspengurus bahagian turut serta dalam senam robik ini. 1. Pengurus Besar turut serta. 2 & 3.  Otak yang cerdas datang dari badan yang cergas. Justeru … bersenamlah untuk kesihatan yang baik. Jasamu Dikenang PENGURUSAN SERTA SELURUH WARGA KETENGAH MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA BELIAU YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN BAKTI YANG AMAT BERNILAI SERTA MENUNJUKKAN PRESTASI CEMERLANG SEMASA BERKHIDMAT DENGAN KETENGAH. MUSTAFA AFIFIFI BIN ABDULLAH Jawatan : Pekerja Am Gred H11 Mula bertugas di KETENGAH : 2 Jun 1984 Bersara Wajib : 19 November 2015 11 INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015

[close]

p. 12

INFO KETENGAH | NOVEMBER 2015 3 PASUKAN KIK KETENGAH RAIH ANUGERAH SIDANG PENGARANG ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2015 ANJURAN MALAYSIAN PRODUCTIVITY CORPORATION (MPC) TELAH DIADAKAN PADA 2 - 4 NOVEMBER 2015 BERTEMPAT DI SUNWAY PYRAMID CONVENTION CENTRE. KETENGAH TELAH MENGHANTAR 3 PASUKAN KIK UNTUK MENYERTAI APIC 2015 IAITU:i) Kumpulan Bazar - (Teknikal) ii) Kumpulan Wakaf - (Teknikal) iii) Kumpulan Inovasi Insan - (Teknikal) APA YANG SANGAT MEMBANGGAKAN IALAH KETIGA-KETIGA KUMPULAN KIK KETENGAH INI TELAH BERJAYA MENGGONDOL ANUGERAH TERTINGGI 3 BINTANG YANG MEMBUKTIKAN PROJEK MEREKA ADALAH RELEVAN, PRAKTIKAL DAN BERMANFAAT. TAHNIAH…. 1. Penaung 2. Penasihat  Dato’ Haji Wan Mat  Tn. Haji Omar Amin Wan Daud Ismail 3. Ketua Pengarang Rosli Haji Ngah 4. Penyelaras/ Jurugambar Mohd Salleh Ibrahim 5. Pengarang  Wan Salwadi Wan Sulong 6. Pengarang Norfarhana Maharudin 7. Pengarang 8. Pengarang  Hazrol Eizwal Jasni  Alias A. Rashid 9. Pengarang Ahmad Tarmizi Alang Salim 10. Pengarang Latiff Muhamad 11. Pengarang Norzaini A. Rahman 12. Pengarang Noarimi A. Majid 13. Pengarang Norshahira Said 12

[close]

Comments

no comments yet