Info KETENGAH Oktober 2015

 

Embed or link this publication

Description

Info KETENGAH Oktober 2015

Popular Pages


p. 1

KE ARAH MASYARAKAT BERMAKLUMAT www.ketengah.gov.my OKTOBER 2015 BIL 178 BUBUR ASYURA ERAT SILATURAHIM SELANJUTNYA DI DALAM

[close]

p. 2

INFO KETENGAH | OKTOBER 2015 PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA KETENGAH 1437H MEMERIAHKAN HARI-HARI KEBESARAN ISLAM MERUPAKAN SALAH SATU CARA UMAT ISLAM MENGHORMATI HARI-HARI PENTING DALAM BULAN ISLAM. HARI ASYURA MERUPAKAN SALAH SATU HARI YANG DIRAIKAN DALAM BULAN MUHARAM. SINONIM DENGAN PENYEDIAAN BUBUR ASYURA DI BULAN MUHARAM INI, LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) DENGAN KERJASAMA RTC TERENGGANU, BANDAR AL-MUKTAFI BILLAH SHAH TELAH MENGANJURKAN PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PADA 27 OKTOBER 2015 BERSAMAAN 14 MUHARAM 1437H. Bertempat di RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah, sebanyak 47 kawah bubur asyura telah disediakan oleh 20 buah agensi dan NGO’s, serta 5 buah pusat pendidikan iaitu sekolah pusat pengajian tinggi. Kemeriahan penyediaan bubur asyura kali ini mendapat perhatian dan pujian daripada Yang Berhormat Tan Sri Haji Anuar bin Musa, Pengerusi MARA yang turut hadir memeriahkan program. Hadir sama ialah Dato’ Haji 1 2 Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH, Dato’ Hassan Mohd Amin, Ketua Pengarah KEMAS, Encik Mohd Jamalludin Kasbi, Setiausaha Bahagian (Kanan) Khidmat Pengurusan KKLW serta pegawai-pegawai kanan KETENGAH. Selain itu, kemeriahan penyediaan bubur asyura ini turut diserikan dengan penyampaian cabutan bertuah dan pertandingan penyediaan bubur asyura. Bagi pertandingan ini, Pusat Dalam Komuniti (PDK) AMBS telah muncul sebagai Johan diikuti oleh Taman Bakti. Naib johan dan Taman Indah (tempat ketiga). 3 1.  Anggota Bomba dan Penyelemat turut mengambil bahagian. 2.  YB Tan Sri Haji Annuar Musa tertarik dengan pameran resipi bubur asyura. 3.  YB Tan Sri Haji Annuar sempat menikmati bubur syura yang disediakan. 2

[close]

p. 3

BENGKEL PELAN INTEGRITI ORGANISASI KEPADA PENGURUSAN KETENGAH 1 2 PENGURUSAN KETENGAH SENTIASA KOMITED MENYAHUT HASRAT KERAJAAN MENERAPKAN NILAINILAI BUDAYA KERJA BERINTEGRITI DI SAMPING USAHA-USAHA MEMBANTERAS JENAYAH RASUAH DAN SALAH LAKU DI KALANGAN WARGANYA. KOMITMEN INI DIZAHIRKAN MELALUI PELBAGAI KEMPEN, KURSUS SERTA BENGKEL BERKAITAN MEMBUDAYAKAN INTEGRITI YANG DIADAKAN. Pada 2 hingga 4 Oktober 2015, bertempat di Hotel Marriot Putrajaya seramai 35 orang pegawai terdiri daripada pengurusan tertinggi bersama-sama pegawai kanan KETENGAH telah menghadiri Bengkel Pelan Integriti Organisasi (PIO) yang dilangsungkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM). Bengkel selama 3 hari 2 malam ini adalah untuk menyediakan satu pelan perancangan mengandungi program dan aktiviti yang akan dilaksanakan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018 ke arah membudayakan integriti dalam kerja seharian di KETENGAH. Pada bengkel ini, pihak pengurusan KETENGAH telah menetapkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam penggubalan Pelan Integriti Organisasi. Ianya memfokuskan kepada kategori Pelan Tindakan Institusi Pentadbiran yang menekankan kepada pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik serta peningkatan integriti jentera pengurusan dan pentadbiran. Pelan ini berasaskan 3 kepada 5 Teras Strategik utama di bawah pengkhususan pentadbiran iaitu : i) Memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik ii) Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan iii) Melaksanakan program kesedaran memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta meningkatkan integriti iv) Memantapkan pentadbiran sistem keadilan v) Memantapkan pengurusan sumber manusia Di akhir bengkel, setiap kumpulan yang dibentuk telah membentangkan draf cadangan Pelan Integriti Organisasi (PIO) dengan bantuan daripada pihak Institut Integriti Malaysia sebelum diserahkan kepada Pengurus Besar KETENGAH untuk dilaksanakan di agensi. 1.  Peserta-peserta bengkel bergambar kenangan selepas menamatkan sesi penyediakan PIO. 2 & 3.  Sesi perbincangan bagi menghasilkan PIO KETENGAH. 3 INFO KETENGAH | OKTOBER 2015

[close]

p. 4

INFO KETENGAH | OKTOBER 2015 KERAJAAN NEGERI ANJUR PESONA TERENGGANU DI DATARAN MERDEKA NEGERI TERENGGANU MERUPAKAN SEBUAH NEGERI YANG CUKUP TERKENAL DENGAN KEINDAHAN ALAMNYA YANG MEMPERSONAKAN DENGAN PANTAI DAN PULAUPULAUNYA YANG CANTIK SERTA TASIK KENYIR YANG TERBENTANG LUAS DAN MENJADI IKON PELANCONGAN ALAM SEMULAJADI. NEGERI TERENGGANU DIPASARKAN DENGAN TEMA NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK. 1 2 Karnival ini bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ia dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu. 3 Dalam usaha untuk memperkenalkan lagi negeri Terengganu ke seluruh negara, Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan satu karnival yang dikenali sebagai Pesona Terengganu pada 29 Oktober hingga 2 November 2015 bertempat di satu destinasi yang amat strategik dan bersejarah di Kuala Lumpur iaitu Dataran Merdeka. Karnival selama 5 hari ini menggabungkan 8 elemen iaitu Transformasi Terengganu Baharu (TTB), keusahawanan, pelancongan, pendidikan, pertanian, sumber dan sukan. Di dalam ucapannya YAB Dato’ Seri Ahmad Razif memberitahu “kita membawa wajah Negeri Terengganu ke Dataran Merdeka supaya pelancong dari dalam dan luar negara serta warga Kuala Lumpur terdedah dengan keunikan budaya dan keindahan Negeri Terengganu.” KETENGAH sendiri turut mengambil bahagian di dalam Pesona Terengganu dengan menampilkan Tasik Kenyir dengan pelbagai keunikannya yang tersendiri untuk menarik para pelancong ke destinasi pelancongan utama Terengganu pada masa ini. Di samping itu 8 orang usahawan bimbingan KETENGAH juga turut mengambil bahagian dengan menampilkan produk masingmasing. 1.  KDYMM Sultanah Terengganu berangkat melawat gerai KETENGAH. 2.  YAB Menteri Besar Terengganu melancarkan Pesona Terengganu. 3.  Persembahan kebudayaan turut diadakan bagi memperkenalkan seni dan budaya Terengganu. 4

[close]

p. 5

KG LANDAS TUAN RUMAH PROGRAM KETENGAH CAKNA KAMPUNG 1 2 HUBUNGAN ERAT ANTARA KETENGAH DENGAN PENDUDUK DIZAHIRKAN MELALUI PELBAGAI PROGRAM ATAU AKTIVITI YANG DILAKUKAN BERSAMA DALAM MERAPATKAN LAGI TALI SULATURAHIM DEMI FAEDAH BERSAMA. BERTEMPAT DI PADANG MARDI JERANGAU, KAMPUNG LANDAS, HULU TERENGGANU, PROGRAM KETENGAH CAKNA KAMPUNG 2015 TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA PADA 17 OKTOBER 2015. 3 4 Hampir 500 orang peserta telah menyertai program yang dianjurkan ini. Bermula jam 8.00 pagi, para penduduk bersama-sama pegawai dan kakitangan KETENGAH memulakan aktiviti bersama antaranya senamrobik, gotong royong memasak, membersihkan kawasan perkuburan, masjid, balairaya, mengecat serta membaikpulih rumah penduduk miskin. Turut dibina satu unit gazebo bagi memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk keselesaan bersama. Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar turut turun padang bersamasama penduduk kampung memeriahkan lagi program yang dianjurkan ini. Di samping aktiviti gotongroyong yang dilakukan bersama bagi mengeratkan lagi hubungan KETENGAH sebagai salah satu agensi di bawah KKLW dengan penduduk luar bandar, turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak tadika dan juga acara sukaneka bagi pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah serta acara cabutan bertuah. Hadir sama ke program ialah Encik Ahmad Rafiqi Firdaus Ramli, Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu. 1.  Dato’ Haji Wan Mat Amin turut bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan. 2.  Sukaneka kanak-kanak memeriahkan suasana. 3.  Acara senamrobik diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat. 4.  Kerja-kerja membaiki rumha penduduk miskin juga diadakan. 5 INFO KETENGAH | OKTOBER 2015

[close]

p. 6

INFO KETENGAH | OKTOBER 2015 KEJOHANAN SUKAN 4 PENJURU 2015 DALAM USAHA UNTUK MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN SILATURAHIM DI KALANGAN PEGAWAI DI NEGERI TERENGGANU SERTA MEWUJUDKAN JALINAN KERJA YANG LEBIH BERKESAN, KEJOHANAN SUKAN 4 PENJURU 2015 DI ANTARA PTN, PTD, PMINT, DAN KETENGAH TELAH DIADAKAN. 1 Kali ini ia telah diadakan dalam 2 fasa iaitu bagi acara Karom, Dart, Bowling Padang dan Futsal pada 23 - 24 Oktober 2015 manakala bagi acara Golf dan Tenpin Bowling telah diadakan pada 9 November 2015. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Haji Razif bin Abd. Rahman Menteri Besar Terengganu bertempat di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Di dalam ucapan penutupnya YAB. Menteri Besar telah menekankan pentingnya agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan bekerjasama dalam menjayakan program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan demi faedah rakyat. Beliau turut menekankan tentang agenda Transformasi Terengganu Baharu TTB yang perlu diberi perhatian oleh setiap kakitangan kerajaan. Ini kerana TTB bukanlah satu retorik tetapi satu wadah ikhlas kerajaan dalam membawa pembangunan dan kemajuan untuk rakyat. Dato’Seri Ahmad Razif kemudiannya telah menyampaikan hadiah acara serta hadiah keseluruhan kejohanan yang dimenangi oleh Pegawai Tadbir Negeri Terengganu. 2 3 1.  Dato’ Haji Wan Mat Amin menyampaikan cenderamata kenangan kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Razif. 2. Pegawai-pegawai KETENGAH yang hadir di Majlis Penututup Sukan 4 Penjuru 2015. 3.  Tuan Haji Omar menunjukkan kehandalannya bermain boling. 6

[close]

p. 7

1 MARA KETENGAH INTERNATIONAL COLLEGE DIRASMI PADA 27 OKTOBER 2015, MARA KETENGAH INTERNATIONAL COLLEGE ATAU MKIC YANG TERLETAK DI BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN TELAH DIRASMIKAN OLEH YB. TAN SRI HAJI ANNUAR MUSA, PENGERUSI MARA YANG MEWAKILI YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH DALAM SATU MAJLIS RINGKAS TETAPI PENUH BERMAKNA. 3 2 Hadir dalam majlis ini YB. Encik Roslee Daud Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Din bin Adam Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Ibrahim Ahmad Ketua Pengarah MARA dan Pengurus Besar KETENGAH, Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. MKIC merupakan sebuah kolej MARA yang dikendalikan oleh MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd (MEX) dan menawarkan program pengajian peringkat Cambridge A-Level bagi persediaan pelajar untuk kemasukan ke universiti. Ia menawarkan pengajian dalam tiga bidang iaitu seni bina, perakaunan dan ekomoni. Pada masa ini MKIC mempunyai 189 pelajar dalam tiga bidang tersebut. Di dalam ucapannya Tan Sri Haji Annuar Musa menjelaskan penubuhan institusi-institusi pengajian di bawah MARA dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan memberikan tumpuan yang besar terhadap bidang pendidikan sebagai satu cara untuk meningkatkan taraf hidup penduduk terutamanya di luar bandar. Justeru, beliau berharap penduduk memberikan tumpuan penuh kepada soal pendidikan anak-anak kerana ia merupakan satu elemen penting ke arah memperbaiki nasib penduduk. 1.  YB Tan Sri Haji Annuyar Musa mewakili YB Menteri KKLW bagi merasmikan Mara Ketengah International College. 2.  Sebahagian daripada jemputan yang hadir. 3.  YB Tan Sri Haji Annuar menyempurnakan gimik perasmian MKIC. 7 INFO KETENGAH | OKTOBER 2015

[close]

p. 8

INFO KETENGAH | OKTOBER 2015 JUDULBUKU : BIAR SEDIKIT ASAL DIBERKATI : FORMULA MENYELESAIKAN HUTANG DAN MENAMBAH WANG SIMPANAN PENGARANG :  WAN KAMARUL ARIFFIN PENERBIT : CETUSAN IDEA PUBLICATIONS PERANCANGAN KEWANGAN ADALAH SATU PROSES MEMENUHI MATLAMAT HIDUP MELALUI PENGURUSAN KEWANGAN YANG BETUL. MATLAMAT HIDUP TERMASUK MEMENUHI TUNTUTAN KELANGSUNGAN HIDUP SEPERTI MEMBELI RUMAH, KENDERAAN, MEMBAYAR PEMBIAYAAN, MENABUNG ATAU PUN MELABUR. SIAPA YANG MEMERLUKAN PERANCANGAN KEWANGAN? SEMUA ORANG PERLU MERANCANG KEWANGAN, BAIK YANG MISKIN, SEDERHANA MAHUPUN KAYA. Merancang kewangan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar atau pun kecil. Kesilapan kita dalam mengatur keutamaan keperluan kita dalam pengurusan kewangan menyebabkan kita sentiasa menghadapi masalah kewangan sama ada dalam bentuk hutang atau pun tiada wang simpanan untuk kegunaan masa depan. Kita boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja. Begitulah juga dalam aspek pengurusan kewangan kita di mana kita perlu mengutamakan yang utama dan mengetepikan yang tidak utama. Buku ini memberi anda formula untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui 12 bab yang diutarakan. Huraian bab diperincikan bagi membolehkan pembaca memahami tip-tip pengurusan kewangan secara berkesan. Antara kandungan yang menarik yang terdapat dalam buku ini adalah: •  Impak memberi nilai yang tinggi terhadap angka 1 sen ke atas pengurusan kewangan anda. •  Teknik menjana simpanan sehingga 6 angka dengan bekerja makan gaji. • 4 rukun membayar hutang untuk mencapai sifar hutang. • Salah faham mengenai PTPTN. •  Kuasa nilai wang RM100 dalam mempercepatkan bayar balik pembiayaan rumah anda. • Teknik memanjangkan jangka hayat kereta anda. Oleh itu, buku ini ditulis bagi membantu golongan berpendapatan sederhana dan juga rendah. Buku ini boleh dijadikan panduan dalam mengurus wang dengan lebih baik agar ia dapat diseimbangkan dengan keperluan rohani kita supaya rezeki yang diperolehi ini diberkati dan diredhai oleh ALLAH S.W.T. 8

[close]

p. 9

PROGRAM SALAM SILATURAHIM KE ARAH MENINGKATKAN PRESTASI DAN UKHWAH 1 2 BERSEMPENA DENGAN HARI SUKAN NEGARA YANG DISAMBUT SERENTAK DI SELURUH NEGARA PADA 10 OKTOBER 2015, KETENGAH TURUT SAMA MENJAYAKANNYA DENGAN MENGADAKAN PROGRAM SALAM SILATURAHIM KETENGAH 2015 BERTEMPAT DI KOMPLEKS SUKAN BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN TERENGGANU. 4 3 Program ini telah menghimpunkan semua warga KETENGAH termasuklah kakitangan syarikat anak KETENGAH. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH. Pelbagai acara diadakan dimulai dengan senamrobik, pertandingan memasak, cabutan bertuah dan sukan. Bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5 petang pegawai dan kakitangan telah mengambil bahagian dalam acara sukan. Di akhir acara pasukan Rumah Pengkalan Gawi (Merah) yang diketuai oleh Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud telah diisytiharkan sebagai juara keseluruhan. 5 1.  Dato’ Haji Wan Mat Amin menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada Tuan Haji Roslan. 2. Acara memancing di atas darat. 3.  Pengurus Besar dan isteri telah merasmikan majlis yang berjalan meriah. 4.  Acara senamrobik untuk semua yang hadir. 5. Acara terompah gergasi. 9 INFO KETENGAH | OKTOBER 2015

[close]

p. 10

INFO KETENGAH | OKTOBER 2015 PENGURUSAN KETENGAH LAWAT PROJEK DI KETENGAH JAYA BAGI MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG DILAKSANAKAN BERJALAN LANCAR, PADA 12 OKTOBER 2015 DATO’ HAJI WAN MAT AMIN BIN WAN DAUD, PENGURUS BESAR KETENGAH BERSAMA PENGURUSAN KETENGAH TELAH TURUN PADANG BAGI MEMANTAU PROJEK-PROJEK YANG TELAH DILAKSANAKAN DI BANDAR KETENGAH JAYA. 1 3 1 2 Lawatan ini merupakan kesinambungan lawatan turun padang bagi meninjau projekprojek yang dijalankan di semua perbandaran KETENGAH dalam usaha untuk melihat sendiri perkembangan yang berlangsung. Di antara projek yang dipantau ialah, pusat ternakan ayam pedaging sistem tertutup di Kg Durian Mentangau, pusat rekreasi dan projek perumahan di Bandar Ketengah Jaya. Dato’ Pengurus Besar juga mengadakan perjumpaan bersama pegawai dan kakitangan KETENGAH Pejabat Cawangan Bandar Ketengah Jaya. Dalam ucapannya beliau menekankan tentang Integriti dan disiplin dalam melakukan tugasan seharian serta meminta kakitangan menjadi duta kecil dalam mempromosikan program atau pembangunan yang dilaksanakan oleh KETENGAH. 4 1.  Pengurusan KETENGAH melawat pusat ternakan ayam di Durian Mentangau. 2 & 3.  Lawatan turun padang di sekitar Bandar Ketengah Jaya. 4.  Mesyuarat Pengurusan turut diadakan sempena lawatan turun padang. 10

[close]

p. 11

623 PENDUDUK TERIMA SUMBANGAN TABUNG AMANAH MASYARAKAT KETENGAH 1 2 MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN SEMEMANGNYA MENJADI SATU TUGAS YANG SENTIASA DIBERI PERHATIAN YANG MENDALAM OLEH KETENGAH. INI KERANA KETENGAH TIDAK MAHU ADA DI ANTARA PENDUDUKNYA HIDUP DALAM KEADAAN YANG DAIF DAN TIDAK MAMPU MENYEDIAKAN KEPERLUAN MASING-MASING. Justeru melalui Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH atau TAMK, KETENGAH telah menyalurkan bantuan kepada golongan yang telah dikenalpasti terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya serta mereka yang sakit melarat. Golongan ini telah diberi bantuan melalui kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing di wilayah Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah. Sumbangan telah disampaikan oleh YB. Tan Sri Haji Annuar Musa, Pengerusi MARA mewakili YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Hadir sama dalam majlis ini ialah Dato’ Haji Din Adam Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Dungun dan Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH 3 KETENGAH. Ia disampaikan dalam majlis yang diadakan khusus dengan tujuan mengenali dan mendekati golongan yang memerlukan. Sehubungan dengan ini juga seramai 623 orang penduduk miskin dan pelajar-pelajar sekolah daripada DUN Ajil, Paka dan Rantau Abang telah menerima bantuan masing-masing pada 27 Oktober 2015 bertempat di RTC 1.  YB Tan Sri Haji Annuar Musa berucap semasa merasmikan Majlis Bersama Warga KETENGAH. 2.  Penerima sumbangan TAMK beramah mesra dengan tetamu jemputan yang hadir. 3.  YB Tan Sri Haji Annuar menyampaikan sumbangan TAMK kepada para penerima. Jasamu Dikenang HAJI WAN OTHMAN BIN HAJI WAN MUDA Mula Berkhidmat : 2 Mei 1982 Jawatan : Pen. Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred JA29 Bersara pilihan : 1 Oktober 2015 PUAN JUNAIDAH BINTI HAMID Mula Berkhidmat : 2 Mei 1982 Jawatan : Pembantu Tadbir Gred N17 Bersara pilihan : 1 Oktober 2015 PENGURUSAN SERTA SELURUH WARGA KETENGAH MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KEDUA-DUA KAKITANGAN INI YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN BAKTI YANG AMAT BERNILAI SERTA MENUNJUKKAN PRESTASI CEMERLANG SEMASA BERKHIDMAT DENGAN KETENGAH. 11 INFO KETENGAH | OKTOBER 2015

[close]

p. 12

INFO KETENGAH | OKTOBER 2015 BELASUNGKAWA BUATMU (AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM DATO’ HAJI WAN NIK WAN ISMAIL) SIDANG PENGARANG Dialah bapa penerokaan dari keringat suci dan semangat murni menjulang bermula gigih menghayun cangkul amanah cekal bara memahat khazanah belantara lantas buminya menjadi padang jarak untuk diukir sebuah kota tamadun. Dialah bapa pemula dari tulang belakang yang mencetuskan tampuk peradaban di atas selirat akar dan redup rimbun rimba menghijau bersama para teknokrat mengerah segala daya kerak keringat fikir mencanai padang jarak lalu menancap monumen kemajuan maka menjelmalah lima bandar baharu yang bercahaya dan menyinari segenap ruang kota membuka ribuan pintu rezeki baru buat anak generasi lantas menyinari kembali halaman Darul Iman sekian lama redup dan kelam diheret kemarau silam yang kontang tatkala lenyapnya zaman keagungan permata bumi. Dialah bapa perwaris dari jiwa besar insan berpandangan jauh yang mewariskan kepada kita sebidang tanah pusaka dan mahligai lindungan di tengah sempadan kosmopolitan yang subur dan makmur inilah warisan leluhur harta dan maruah pertiwi bangsa kekal menjadi milik abadi buat selamanya yang mewariskan kepada kita ilmuan, cendekiawan dan usahawan terbilang hasilnya lihatlah sebahagian mereka di kala ini telah pun menikmati masa depan yang cemerlang. Tanggal Oktober tiba masanya dikau pergi jua pergi pasti tak kembali meninggalkan segala pengorbanan suci dan semangat cekal pergi bersama segala jasa, budi dan kerja keras yang tiada dua buat azimat untuk kita di kala ini sedang menghirup nafas waktu terus bertatih bersaing meneroka kemajuan di alaf baru di tanah tercinta ini. Sungguh pedihnya kenyataan ini bisanya sudah tentu menusuk menikam kalbu kesayuan salam perpisahan jua diucapkan pasti segala kenangan harum mewangi di segenap wilayah semoga dikau kan terus bahagia dibawah lindunganNya abadilah di sana buat selamanya. Wan Ruslie, Dungun, 15 Oktober 2015 1. Penaung 2. Penasihat  Dato’ Haji Wan Mat  Tn. Haji Omar Amin Wan Daud Ismail 3. Ketua Pengarang Rosli Haji Ngah 4. Penyelaras/ Jurugambar Mohd Salleh Ibrahim 5. Pengarang  Wan Salwadi Wan Sulong 6. Pengarang Norfarhana Maharudin 7. Pengarang 8. Pengarang  Hazrol Eizwal Jasni  Alias A. Rashid 9. Pengarang Ahmad Tarmizi Alang Salim 10. Pengarang Latiff Muhamad 11. Pengarang Norzaini A. Rahman 12. Pengarang Noarimi A. Majid 13. Pengarang Norshahira Said 12

[close]

Comments

no comments yet