Info KETENGAH September 2015

 

Embed or link this publication

Description

Info KETENGAH September 2015

Popular Pages


p. 1

KE ARAH MASYARAKAT BERMAKLUMAT www.ketengah.gov.my SEPTEMBER 2015 BIL 177 SELANJUTNYA DI DALAM PM RASMI KUD 2015

[close]

p. 2

INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015 1 YAB PERDANA MENTERI RASMI KUD 2015 PRESINT 3 PUTRAJAYA 4 SEPTEMBER 2015 KARNIVAL USAHAWAN DESA ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KUD 2015 TELAH DIRASMIKAN OLEH YAB. PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK DI PRESINT 3 PUTRAJAYA PADA 4 SEPTEMBER 2015. LEBIH 700 USAHAWAN DESA DARIPADA PELBAGAI SEKTOR MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KARNIVAL USAHAWAN DESA KALI INI YANG MENGUMPULKAN USAHAWAN DESA DARI SELURUH TANAH AIR DI BAWAH ANJURAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH. 2 Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 berlangsung selama lima hari bermula 2 hingga 6 September 2015 mempamer serta memasarkan produkproduk usahawan dari seluruh negara selain daripada pameran dari agensi-agensi di bawah KKLW seperti KETENGAH, MARA, KESEDAR, RISDA JAKOA, KEMAS, INFRA, KEJORA, FELCRA, KEDA dan KKLW sendiri. Dalam ucapannya YAB Perdana Menteri menegaskan kerajaan sentiasa memberi perhatian berat kepada agenda pembangunan luar bandar terutamanya dalam memajukan usahawan-usahawan kecil dan sederhana. “Walaupun negara berhadapan kemelut ekonomi dunia yang mencengkam nilai mata wang dan pendapatan negara, pembangunan luar bandar tetap menjadi keutamaan bagi kerajaan” tegas beliau. YAB Perdana Menteri juga telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang Rural Busines Challenge bagi tahun 2015. Hadir sama pada majlis ini ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan dua timbalannya YB. Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan YB. Datuk Alexander Nanta Linggi serta Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Ibrahim Muhamad. KETENGAH sendiri telah membuat pameran jabatan yang memaparkan tugas dan peranannya dalam membangunkan sektor luar bandar terutamanya di dalam pembangunan usahawan. Sementara itu sejumlah 57 usahawan daripada wilayah KETENGAH turut serta membuat jualan produk masing-masing pada KUD kali ini. 3 4 1.  YAB Dato’ Sri Najib menyampaikan hadiah Pertandingan RBC. 2.  Dato’ Haji Wan Mat Amin bertanyakan sesuatu mengenai produk yang dipamerkan di gerai KETENGAH. 3 & 4.  Antara produk yang dipamerkan di gerai KETENGAH. 2

[close]

p. 3

KARNIVAL PEKAN BUDAYA HULU TERENGGANU DAN DAERAH DUNGUN DAPAT SAMBUTAN 1 DALAM USAHA MEMPROMOSIKAN DAERAH HULU TERENGGANU DAN DAERAH DUNGUN, KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MELALUI PEJABAT DAERAH SENTIASA MENGETENGAHKAN PELBAGAI ASPEK PEMBANGUNAN DARI SEGI FIZIKAL DAN PEMBANGUNAN INSAN YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBAWA KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT. 2 Pada 2 – 8 September 2015 Pekan Budaya Hulu Terengganu berlangsung di hadapan Pasar Kuala Berang dan telah dirasmikan oleh Dato’ Wan Mohamad bin Ibrahim Pegawai Daerah Hulu Terengganu manakala perasmian penutup pula disempurnakan oleh YB Tengku Putera bin Tengku Awang Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Terengganu. Sepanjang karnival berjalan ribuan pengunjung membanjiri pada setiap hari. Pada masa yang sama KETENGAH juga menyertai Pekan Budaya Daerah Dungun yang berlangsung selama seminggu bermula 4 – 10 September 2015 bertempat di Pantai Teluk Lipat Dungun. Pekan Budaya Daerah Dungun ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Din bin Adam Pegawai Pembangunan Daerah Dungun. Salah satu elemen penting di dalam Pekan Budaya ini ialah pameran jabatan kerajaan serta pelbagai pihak lain. Sebagaimana biasa KETENGAH telah mengambil 3 peluang untuk mempamerkan aspek-aspek pembangunan yang dijalankan termasuklah di bidang pelancongan khususnya di Tasik Kenyir yang kini giat dibangunkan sebagai sebuah destinasi pelancongan utama Terengganu. 1.  Orang ramai mengunjungi gerai KETENGAH. 2.  Pemandangan gerai KETENGAH di Pekan Budaya Hulu Terengganu. 3.  Bahagian dalam gerai KETENGAH memaparkan gandingan flora dan fauna serta gambar-gambar. 3 INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015

[close]

p. 4

INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015 200 HADIRI SEMINAR PEMERKASAAN JKKK & PENGGERAK WILAYAH KETENGAH 2015 JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG SEBAGAI INSTITUSI KEPIMPINAN DI PERINGKAT KAMPUNG MEMERLUKAN INFORMASI TERKINI MENGENAI INISIATIF SEMASA YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN MAHUPUN TANGGUNGJAWAB MEREKA DALAM MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN MASYARAKAT SETEMPAT. PENGGERAK PULA BERPERANAN MEMBANTU JKKK DARI ASPEK MEMBERIKAN MAKLUMAT DAN PANDUAN SERTA MEMBIMBING JKKK UNTUK MERENCANA PEMBANGUNAN DAN KESTABILAN KAMPUNG MASING-MASING. Sehingga kini terdapat 966 orang penggerak di bawah agensi-agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang menyelia 15,895 JKKK / JKKP. Di wilayah KETENGAH sendiri terdapat empat orang penggerak yang membantu 87 buah JKKK. Menyedari hakikat ini, KETENGAH telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar Pemerkasaan JKKK dan Penggerak Wilayah KETENGAH 2015 pada 19 September, 2015 bertempat di Mara Ketengah International College (MKIC), Bandar Al Muktafi Billah 1 2 Shah. Seramai 200 orang yang terdiri daripada pengerusi dan setiausaha JKKK di wilayah KETENGAH telah menghadiri seminar ini. Objektif seminar ini ialah memperkasakan peranan JKKK dan Penggerak sebagai ejen Transformasi Luar Bandar bagi melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin serta meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam program bersama agensi Kerajaan. Antara pengisian seminar pula ialah Taklimat Gerakan Daya Wawasan (GDW) 3.0 serta Taklimat Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Wilayah KETENGAH 2015. Majlis Perasmian Seminar ini telah disempurnakan oleh YB Encik Roslee Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu. Hadir sama ialah Tuan Haji Omar Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. 3 1.  YB Encik Roslee Daud berucap merasmikan Seminar. 2.  Sebahagian daripada peserta yang menghadiri seminar. 3.  Turut hadir ialah Tuan Haji Omar ismail Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan wakil Pegawai Daerah Dungun. 4

[close]

p. 5

KUD PUTRAJAYA CYCLETON 2015 1 2 BERSEMPENA PROGRAM KARNIVAL USAHAWAN DESA 2015 YANG DIADAKAN DI PRESINT 3 PUTRAJAYA, KETENGAH TELAH DIBERI KEPERCAYAAN SEBAGAI PENGANJUR ACARA KUD PUTRAJAYA CYCLETON 2015 IAITU ACARA BERBASIKAL DI SEKITAR PUTRAJAYA. SERAMAI 1,000 ORANG PESERTA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM ACARA CYCLETON YANG BERJALAN DENGAN PENUH KEMERIAHAN. Program ini disertai oleh para jemputan khas dan ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, agensi-agensi kerajaan di Putrajaya, badan-badan bukan kerajaan, pelajar IPT, pelajar sekolah serta penduduk sekitar Putrajaya. 3 Pelepasan disempurnakan oleh Encik Mohd Jamalludin Kasbi Setiausaha Bahagian Kanan Khidmat Pengurusan KKLW kirakira jam 8.00 pagi di Presint 3. Ia dipecahkan kepada 2 kategori iaitu kategori VIP sejauh 6 km dan kategori terbuka sejauh 21 km mengelilingi Putrajaya. Di akhir acara sebanyak 100 cabutan bertuah telah diadakan bagi memeriahkan suasana. Dato’ Haji Ahmad Zubir Abd. Ghani Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKLW diiringi Pengurus Besar KETENGAH Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud telah menyampaikan hadiah-hiadiah cabutan bertuah kepada para peserta. 1.  Peserta-peserta bergambar sebelum memulakan kayuhan. 2.  Dato’ Haji Ahmad Zubir menyampaikan hadiah cabutan bertuah. 3.  Sebahagian peserta bersedia untuk memulakan kayuhan. PROGRAM SENAMROBIK Penjagaan kesihatan di kalangan pegawai dan kakitangan amat penting dan sentiasa mendapat perhatian daripada Pengurusan KETENGAH. Ini kerana, amanah besar yang dipikul tidak mampu dilaksanakan sekiranya pegawai dan kakitangan bergelut dengan masalah kesihatan. Kakitangan yang sihat dan cergas akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah menjayakan matlamat KETENGAH yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di wilayah ini. Oleh yang demikian pengurusan KETENGAH telah merancang dan melaksanakan beberapa program yang bertujuan meningkatkan kecergasan dan kesihatan kakitangan termasuklah senamrobik. Yang terakhir diadakan ialah pada 7 September 2015 bertempat di pekarangan Ibu Pejabat KETENGAH. Program ini telah diuruskan oleh dihadiri oleh semua pegawai dan Kakitangan KETENGAH, Unit Pembangunan Projek Wilayah KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn Bhd. Hadir sama ialah Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH dengan turut disertai oleh Pengurus-pengurus bahagian KETENGAH. 1 4 2 1 & 2.  Pegawai dan kakitangan mengambil bahagian di dalam senamrobik. 5 INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015

[close]

p. 6

INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015 PENGURUSAN KETENGAH TURUN PADANG KE BANDAR SERI BANDI SEJAJAR DENGAN HASRAT UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH DEKAT PERJALANAN PROJEK DAN JUGA PERKEMBANGAN DI SELURUH WILAYAHNYA, PENGURUSAN KETENGAH TELAH MENGADAKAN SIRI MESYUARAT PENGURUSAN DI PEJABAT-PEJABAT PERBANDARAN. IA MERUPAKAN PENDEKATAN TURUN PADANG YANG BERTUJUAN MEMANTAU DENGAN LEBIH DEKAT DI SAMPING MENYELESAIKAN MASALAH PEMBANGUNAN YANG TIMBUL DI BANDAR-BANDAR KETENGAH. 1 2 3 Pada 21 September 2015 Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud mengadakan Mesyuarat Pengurusan di pejabat perbandaran Seri Bandi. Sebelum itu Pengurusan telah melawat Pusat Penetasan Puyuh Seri Bandi untuk melihat sendiri perkembangannya. Di dalam perjumpaan dengan pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat perbandaran Seri Bandi, Pengurus Besar telah menekankan tentang pentingnya kakitangan mempunyai integriti dan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas seharian. Menurut beliau, ini penting dalam usaha memastikan segala perancangan berjalan mengikut jadual serta dapat memberi manfaat kepada rakyat. Beliau yang turut mendengar permasalahan kakitangan di sini, berjanji memberi perhatian yang sewajarnya serta mencari penyelesaiannya dengan seberapa segera. Sempena lawatan ini juga Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud sempat menyempurnakan majlis Penyerahan Kunci Dewan Serbaguna kepada Pengerusi JKK Kampung Sungai Ibok iaitu Tuan Haji Mohamad Abu Halim. 1. Pengurusan KETENGAH bergambar kenangan bersama JKKK Sungai Ibok di hadapan Dewan Serbaguna kampung tersebut. 2.  Dato’ Haji Wan Mat Amin menyampaikan ucapan semasa perjumpaan dengan kakitangan KETENGAH di Bandar Seri Bandi. 3.  Lawatan ke Pusat Penetasan Puyuh Seri Bandi. 6

[close]

p. 7

PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KE-8/2015 1 2 PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KE-8/2015 TELAH DIADAKAN PADA 1 SEPTEMBER 2015 DI DEWAN UTAMA BLOK D IBU PEJABAT KETENGAH BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. PERHIMPUNAN DIHADIRI OLEH SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH, UNIT PENGURUSAN PROJEK WILAYAH KETENGAH DAN JUGA KETENGAH HOLDING. 3 Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku sebaik sahaja ketibaan Pengurus Besar KETENGAH diiringi oleh Pengurus-Pengurus Bahagian. Ini diikuti bacaan doa, diikuti tayangan video aktivitiaktiviti KETENGAH sepanjang bulan Julai hingga Ogos. Dalam ucapannya Pengurus Besar KETENGAH, Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam semua aktiviti dan acara yang disertai oleh KETENGAH. Beliau berharap agar kerjasama sebegini dapat diteruskan di masa akan datang dan menyeru agar semua kakitangan memberi komitmen kepada tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan. Beliau juga turut menggariskan beberapa perkembangan terbaru yang akan berlangsung di wilayah KETENGAH di dalam usahanya untuk menjadikan sebuah wilayah yang dapat memberikan kehidupan yang sempurna kepada rakyat. Pengurus Besar juga menyeru semua kakitangan untuk mengamalkan integriti dan mempunyai kebertanggungjawaban sebagai penjawat awam. Semua kakitangan adalah bertanggung jawab untuk merealisasikan perbelanjaan dan strategi pembangunan yang dirangka dalam RMKe-11 bagi melaksanakan Transformasi Luar Bandar. Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada 4 kumpulan KIK yang telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat Wilayah dan sumbangan kepada kakitangan yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. 1.  Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud – Pengurus Besar KETENGAH. 2 & 3 .  Pegawai dan kakitangan KETENGAH mengikuti ucapan Pengurus Besar. 7 INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015

[close]

p. 8

INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015 JUDULBUKU : INTEGRITI PENINGKATAN KUALITI ORGANISASI PENGARANG :  MUMTAZ BEGAM ABDUL KADIR PENERBIT :  UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS BUKU INTEGRITI : PENINGKATAN KUALITI ORGANISASI INI MEMBINCANGKAN MENGENAI KONSEP, TEORI DAN PENDEKATAN DALAM PEMBENTUKAN SESEBUAH ORGANISASI YANG BERKUALITI DAN BERINTEGRITI. BUKU INI MENITIKBERATKAN PENGAMALAN ELEMEN INTEGRITI DALAM PENGURUSAN ORGANISASI. Aspek Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) berdasarkan konsep TQM dimensi kemanusiaan yang melihat kepada dimensi tingkah laku atau sosial yang terdapat di setiap organisasi juga difokuskan dalam buku ini. Prinsip-prinsip ini tidak berkait dengan pengurusan formal organisasi tetapi lebih kepada perasaan dan kepercayaan peribadi yang dipercayai oleh skop organisasi informal. Seterusnya, kupasan secara terperinci menjurus kepada elemen-elemen TQM dimensi kemanusiaan yang terdiri daripada pembentukan visi, misi dan matlamat, kepimpinan, latihan, budaya, pembentukan pasukan, komunikasi dan pengiktirafan. Setiap topik dan subtopik yang dikemukakan turut didukung dengan model teori dan hujah para cendekiawan dunia. Di samping itu, terdapat dua instrument kajian yang disertakan oleh penulis yang boleh digunakan oleh pembaca untuk membuat penilaian kendiri terhadap organisasi mereka iaitu “Instrumen Budaya Kerja Beretika” dan “Instrumen Iklim Proses Organisasi”. Melalui dua instrument ini pembaca dengan mudahnya dapat menilai budaya kerja dan iklim kerja organisasi yang sedia ada di organisasi mereka dan seterusnya mengambil langkahlangkah yang dicadangkan bagi mempertingkatkan kualiti dan organisasi mereka. Bab pertama buku ini menerangkan konsep integriti iaitu dari aspek etika dan nilai yang boleh diamalkan dalam peningkatan integriti organisasi. Integriti organisasi tercermin dalam pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada arahan terbaik yang dapat dilakukan dengan mengamalkan pengurusan yang berkualiti. 8

[close]

p. 9

KPSB RAI DATUK SERI IBRAHIM 1 2 SYARIKAT ANAK KETENGAH IAITU KETENGAH PERWIRA SDN. BHD. TELAH MENGADAKAN SATU MAJLIS BAGI MERAIKAN DATUK SERI IBRAHIM MOHAMAD YANG TELAH BERSARA SEBAGAI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MULAI 9 SEPTEMBER 2015. MAJLIS TELAH DIADAKAN PADA 19 SEPTEMBER 2015 BERTEMPAT DI HOTEL MARRIOT, PUTRAJAYA. 3 Hadir pada majlis ini ialah Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH selaku Pengerusi Ketengah Holding Sdn.Bhd., timbalantimbalan Pengurus Besar KETENGAH, ahli-ahli Lembaga Pengarah Ketengah Perwira Sdn.Bhd. serta penguruspengurus bahagian KETENGAH. Di dalam ucapannya, Datuk Seri Ibrahim Muhamad menyifatkan dirinya beruntung kerana dapat berkhidmat sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan seterusnya sebagai Timbalan Pengerusi KETENGAH serta Pengerusi Ketengah Perwira Sdn. Bhd. Beliau berharap pegawai dan kakitangan KETENGAH dapat meneruskan kecemerlangan dalam setiap kerja yang dilaksanakan kerana hasilnya akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat. Beliau turut mengingatkan bahawa di bahu kita semua terdapat satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas dan berintegriti. Sebelum itu pada sebelah petangnya satu pertandingan golf telah diadakan dalam suasana yang penuh persaudaraan. Keputusannya pasukan Datuk Seri Ibrahim telah berjaya mengalahkan pasukan Dato’ Rahim Abu Bakar Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan). Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud telah menyampaikan hadiah kepada para pemain. 4 1 & 2.  Dato’ Haji Wan Mat Amin menyampaikan cenderamata kepada Datuk Seri Ibrahim. 3.  Datuk Seri Ibrahim menyampaikan ucapan ringkas kepada pegawaipegawai yang hadir. 4.  Para pemain golf bergambar kenangan sebelum memulakan pertandingan. 9 INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015

[close]

p. 10

INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015 NEW HOPE GROUP LAWAT TASIK KENYIR TASIK KENYIR TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARI NEW HOPE GROUP, CHINA PADA 26 SEPTEMBER 2015 (SABTU) SEMPENA LAWATAN KUMPULAN TERSEBUT KE NEGERI TERENGGANU PADA 26-28 SEPTEMBER 2015. ANTARA LAIN LAWATAN INI BERTUJUAN UNTUK MENINJAU PELUANG-PELUANG PELABURAN DI NEGERI TERENGGANU KHUSUSNYA DI TASIK KENYIR. ROMBONGAN INI DIKETUAI OLEH MR. LIU YONG HAO, PENGASAS DAN PRESIDEN NEW HOPE GROUP. 1 YB. Tengku Putera bin Tengku Awang Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Terengganu turut mengiringi rombongan ini yang tiba di Pusat Penerangan Kenyir (PPK) kira-kira jam 9:00 pagi dan disambut oleh pegawai-pegawai di Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir. Taklimat Pembangunan Tasik Kenyir telah disampaikan oleh Encik Ahmad Khamsa bin Deraman, Penolong Pengurus (Promosi dan Pelaburan). Seterusnya, peserta rombongan menikmati sarapan pagi di Danau Bay Café dan dibawa ke Jeti Utama, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir untuk menaiki bot ke Zon Industri Akualkultur (ZIA) di Sungai Como serta meluangkan masa beberapa jam di sana. Rombongan ini seterusnya bertolak ke Kuala Berang bagi melawat Pusat Inovasi dan Pembiak bakaan Bebiri Dopper di Tersat, Hulu Terengganu. 1 & 2  Rombongan New Hope mengadakan lawatan ke ZIA di Sungai Como, Tasik Kenyir. Salam Baitullah BAHAROM BIN MOHAMED MAZLAN BIN MOHD NORLIDA BINTI ABDUL RASHID BAGI MUSIM HAJI 1436 HIJRI, TIGA ORANG KAKITANGAN KETENGAH IAITU ENCIK BAHAROM BIN MOHAMED, ENCIK MAZLAN BIN MOHD DAN PUAN NORLIDA BINTI ABDUL RASHID TELAH BERNASIB BAIK TERPILIH MENJADI TETAMU ALLAH DI TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH. Bagi mengiringi keberangkatan mereka, Pengurusan KETENGAH mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat pada 1 September 2015 bertempat di Surau Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah. Info KETENGAH mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali dengan mendapat haji yang mabrur. 10

[close]

p. 11

KETENGAH ADAKAN LATIHAN CEGAH KEBAKARAN 1 2 PADA 28 SEPTEMBER 2015 KETENGAH DENGAN KERJASAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH TELAH MENGADAKAN LATIHAN MENGHADAPI KEBAKARAN. SIREN KECEMASAN DIBUNYIKAN DI SETIAP SUDUT BANGUNAN PEJABAT KETENGAH SERTA ARAHAN DARI PEGAWAI BERTUGAS AGAR SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH MENINGGALKAN TEMPAT KERJA DAN BERKUMPUL DI TEMPAT LETAK KERETA DI PEKARANGAN PEJABAT. Semua pegawai dan kakitangan termasuklah Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Operasi) segera berkumpul di Assembly Point dan mengikuti segala arahan yang dimaklumkan oleh para pegawai bomba yang bertugas bagi mengelakkan tragedi serta membolehkan Bomba mengambil tindakan yang sewajarnya. Pasukan Bomba telah memberi penerangan tentang langkahlangkah yang perlu dilaksanakan jika berlaku kebakaran. Pada sesi ini juga demonstrasi memadam kebakaran telah dibuat di mana beberapa orang kakitangan sendiri turut mencuba menggunakan alat pemadam api. 1.  Pegawai Bomba memberikan penerangan mengenai apa yang patut dibuat semasa berlakunya kebakaran. 2. Latihan memadam api turut diadakan. 14 EKOR LEMBU DIKORBANKAN DI AMBS SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 1436H, SEBANYAK 14 EKOR LEMBU KORBAN TELAH DISEMBELIH PADA HARI RAYA PERTAMA YANG JATUHNYA PADA 24 SEPTEMBER 2015 BERTEMPAT DI MASJID SULTAN MAHMUD BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. Kerja-kerja telah dijalankan secara gotong-royong oleh penduduk bandar dan ini telah menunjukkan suasana yang meriah di dalam semangat persaudaraan Islam. Acara ini sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh penduduk kerana ia merupakan satu hari gotong royong perdana yang dapat mempertemukan penduduk dari berbagai lapisan masyarakat. Hadir sama menjayakan ibadah korban pada kali ini ialah Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Che Zakaria Che Awang Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) serta pengurus-pengurus bahagian dan kakitangan KETENGAH. 1 2 1 & 2  Kerja-kerja menyembelih dan melapah dilakukan secara bergotong royong. 11 INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015

[close]

p. 12

INFO KETENGAH | SEPTEMBER 2015 CALON PT3 DIBERI PERHATIAN SIDANG PENGARANG KEPRIHATINAN KETENGAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN DITERUSKAN DENGAN PENGANJURAN PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PT3 2015. PROGRAM YANG DIADAKAN SEBANYAK 2 SIRI INI TELAH DIADAKAN PADA 10 SEPTEMBER 2015 HINGGA 12 SEPTEMBER 2015 BERTEMPAT DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) TERENGGANU KAMPUS DUNGUN. SIRI KEDUA PULA DIADAKAN PADA 17 SEPTEMBER 2015 HINGGA 19 SEPTEMBER 2015. Selari dengan hasrat KETENGAH untuk memajukan serta meningkatkan lagi taraf pendidikan pelajar dalam wilayahnya, program yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar PT3 dalam wilayah dengan corak soalan dan teknik menjawab mengikut kehendak soalan dengan tepat. Selain itu, ianya bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar kepentingan teknik belajar dan pengurusan masa serta penjadualan belajar yang berkesan. Program ini turut memberi dorongan dan motivasi yang bersepadu dalam pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Seramai 200 orang pelajar PT3 dari 16 buah sekolah menengah dalam wilayah terlibat bagi penganjuran siri 1. Program Kecemerlangan Pendidikan PT3 yang diadakan ini melibatkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di mana modul, penceramah dan tenaga pengajar dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Dungun yang mana tenaga-tenaga pengajar yang terlibat adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam menggubal soalan dan merupakan pemeriksa kertas soalan peperiksaan. 1. Penaung 2. Penasihat  Dato’ Haji Wan Mat  Tn. Haji Omar Amin Wan Daud Ismail 3. Ketua Pengarang Rosli Haji Ngah 4. Penyelaras/ Jurugambar Mohd Salleh Ibrahim 5. Pengarang  Wan Salwadi Wan Sulong 6. Pengarang Norfarhana Maharudin 7. Pengarang 8. Pengarang  Hazrol Eizwal Jasni  Alias A. Rashid 9. Pengarang Ahmad Tarmizi Alang Salim Jasamu Dikenang PENGURUSAN SERTA SELURUH WARGA KETENGAH MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA BELIAU YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN BAKTI YANG AMAT BERNILAI SERTA MENUNJUKKAN PRESTASI CEMERLANG SEMASA BERKHIDMAT DENGAN KETENGAH. HAJI WALID BIN ISMAIL Jawatan: Penolong Jurutera Gred JA 29 Mula bertugas di KETENGAH: 17 Julai 1976 Bersara Wajib: 4 September 2015 10. Pengarang Latiff Muhamad 11. Pengarang Norzaini A. Rahman 12. Pengarang Noarimi A. Majid 13. Pengarang Norshahira Said 12

[close]

Comments

no comments yet