Minda Sinergi Vol 30

 

Embed or link this publication

Description

Buletin Pejabat Pendaftar Tahun 2010

Popular Pages


p. 1

EDISI JANUARI –JUN 2010 VOL.30/PEJ.PENDAFTAR/UTM Majlis Citra Karisma 2010 Majlis Citra Karisma UTM 2010 telah diadakan pada 15 Julai 2010 yang lalu bertempat di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Johor Bahru. Majlis tahunan Universiti ini bagi memberi penghargaan kepada staf yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan. Majlis ini juga turut menganugerahkan beberapa penghargaan kepada staf yang cemerlang dalam penyelidikan, pengajaran, penerbitan disamping penyampaian Anugerah Kualiti Naib Canselor. Secara keseluruhannya sebanyak 14 kategori anugerah telah disampaikan pada hari tersebut kepada staf. Anugerah lain termasuk beberapa orang Alumni Universiti telah disampaikan penghargaan. Mereka ini merupakan tokoh lepasan UTM yang menonjol dalam bidang masing-masing samada disektor kerajaan,swasta mahupun perniagaan. Kemuncak kepada majlis Citra Karisma ialah penentuan pemenang Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC). Anugerah yang menerima hadiah trofi dan wang bernilai RM20,000.00 ini begitu teruja dinantikan lebih-lebih lagi oleh finalis yang disenaraikan. Pada penghujung majlis tersebut Fakulti Kejuruteraan Awam telah diisytiharkan sebagai pemenang AKNC tahun 2010.

[close]

p. 2

Hari Keluarga UTM 2010 Pada 31 Julai 2010 yang lepas UTM telah mengadakan Hari Keluarga peringkat Universiti yang di urusetiakan oleh Pejabat Pendaftar. Program ini sebenarnya telah hampir 4 tahun tidak dapat diadakan atas sebab tertentu. Majlis pada hari itu diadakan dalam suasana yang meriah dan ceria walaupun padang agak lecak kerana hujan lebat hari sebelumnya. Program dihadiri lebih 2,000 orang termasuk staf dan ahli keluarga. Tujuan utama hari keluarga ini adalah untuk menyambung wadah mengeratkan silatur rahim dan saling kenal mengenal sesama staf dan ahli keluarga. Bagi menambahkan lagi tarikan program, sebanyak 130 cabutan bertuah yang mempunyai tarikan tersendiri yang berjaya menambat semua hadirin hingga ke akhir program. Pada permulaan program Y.Berhormat Pro Canselor, Dato Dr. Muhd. Ridzuan bin Salleh telah turut hadir dan merasmikan hari keluarga. Berbagai acara diadakan termasuk sukaneka untuk staf, keluarga dan anak staf. Sukaneka untuk VIP turut menarik perhatian hadirin pada hari tersebut. Disamping itu hadirin telah dijamu dengan jamuan minum pagi yang dipek khas oleh pihak Pejabat Bendahari. MINDA SINERGI BULETIN PEJABAT PENDAFTAR EDISI JANUARI - JUN 2010 MUKA 2

[close]

p. 3

Mesyuarat Pemantauan Majlis Bersama Jabatan Seramai 40 orang Pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) telah berada di UTM Johor Bahru pada 8 hingga 9 Ogos yang lalu kerana menghadiri mesyuarat pemantauan Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Kementerian Pengajian Tinggi. Mesyuarat ini adalah bagi melihat pelaksanaan MBJ disemua IPTA dan menyemak isuisu penting yang diketengahkan di IPTA masing-masing. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha KPT, En. Md. Sani bin Latif. Semasa berada di Johor Bahru, ahli-ahli mesyuarat ini berkesempatan dibawa melawat Tanjung Piai pada 8 Ogos 2010 sebelum bermesyuarat di UTM Johor Bahru pada 9 Ogos 2010. Bilangan Kursus/Latihan Dari Januari - Jun 2010 Konvokesyen UTM ke 45 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menjalankan Majlis Konvokesyen ke-45 pada 25 – 28 September 2010. Majlis yang dijangkakan akan berlangsung selama 4 hari (7 sesi) akan dilangsungkan di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Proses penghantaran surat jemputan graduan telah dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, sebarang maklumat hebahan untuk graduan boleh dilayari dalam laman sesawang www.utm.my/convocation/. Bersama -samalah kita menjayakan Konvokesyen ke 45 yang akan berlangsung. MINDA SINERGI BULETIN PEJABAT PENDAFTAR EDISI JANUARI - JUN 2010 MUKA 3

[close]

p. 4

Wanita Pejabat Pendaftar Naib Juara Badminton Pejabat Pendaftar tahun ini telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Badminton Antara Jabatan yang berlangsung pada Mac 2010. Prestasi pemain wanita tahun ini merupakan yang terbaik sejak ketandusan pemain kebelakangan ini. Latihan yang dijalankan oleh pemain wanita setiap minggu telah membuahkan hasil apabila berjaya menundukkan beberapa fakulti/bahagian yang handal. Manakala pemain lelaki Pejabat Pendaftar tewas pada peringkat awal lagi. Diharapkan pemain lelaki dapat meningkatkan prestasi pada tahun hadapan. Sukan Antara Jabatan (Petong) Penyampaian Hadiah Pertandingan Badminton Berpasangan Kelab Mutiara BPPO MINDA SINERGI BULETIN PEJABAT PENDAFTAR EDISI JANUARI - JUN 2010 MUKA 4

[close]

p. 5

Audit Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2009 Bengkel Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Di Balik Tabir Majlis Citra Karisma 2010 Di Balik Tabir Hari Keluarga UTM 2010 MINDA SINERGI BULETIN PEJABAT PENDAFTAR EDISI JANUARI - JUN 2010 MUKA 5

[close]

p. 6

Tahun ini Pejabat Pendaftar telah berjaya memperolehi pensijilan semula MS ISO 9001-2008. Pensijilan kali ini juga merupakan peralihan dari versi 9001-2000 kepada versi 9001 -2008. Peralihan sijil adalah selaras dengan arahan kerajaan melalui surat Ketua Pengarah MAMPU, bil.MAMPU.BTSA.607-1/1(68). Walaupun telah beralih kepada versi baru tetapi pensijilan masih mengekalkan 8 kaedah prinsip seperti di dalam versi sebelumnya dengan beberapa penambahbaikan. Umumnya selepas 3 hari program pengauditan oleh pihak SIRIM Bhd. yang diketuai oleh En. Mani Maaran Krishnan dan ahli Cik Norizah bt Yahaya, pihak SIRIM telah bersetuju memperaku dan meluluskan pensijilan semula untuk tempoh tiga tahun lagi sijil MS ISO 9001-2008 Pejabat Pendaftar. Enrolmen Keseluruhan Pelajar Semester 1 Sesi 2010/2011 Mengikut Fakulti Dan Program Pengajian Rujukan: Diploma & Sarjana Muda; Unit Kemasukan & Rekod, BPA, Pejabat Pendaftar; Diploma Pendidikan, Sarjana & PHD, Sekolah Pengajian Siswazah; Dikemaskini pada 10/08/2010 MINDA SINERGI BULETIN PEJABAT PENDAFTAR EDISI JANUARI - JUN 2010 MUKA 6

[close]

p. 7

Ihsan Dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam Rakyat Didahulukan OLEH DATO’ DR ISMAIL IBRAHIM APAKAH DEFINISI IHSAN? 1. Ihsan kesempurnaan (Perfection/Excellence) penghayatan dari Iman (keyakinan dalaman) yang menjelma dalam tindakan dan amalan, yang mempunyai hubungan rapat dengan tanggung jawab sosial yang berdasarkan komitmen agama dan ketuhanan (God fearing/ God consciousness). bermakna 2. Rasulullah SAW dalam Hadith yang terkenal dengan nama Hadith Jibril, telah menjelaskan hal ini secara peribadi, iaitu Ihsan bermakna Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. -Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim. 3. Ihsan dalam pengertian ini ialah ``melakukan sesuatu yang baik`` dan merupakan salah satu dari tiga dimensi dasar agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Islam menekankan tentang ``apa yang anda mesti lakukan``, Iman ``kenapakah seorang harus melakukan`` maka ihsan secara prinsipnya adalah tindakan yang dilakukan dengan ``niat`` yang keluar dalam hati. 4. Ihsan merangkumi semua sifat baik menurut istilah agama seperti taqwa, iman, amanah, syukur, sabar dan ikhlas, dan merangkumi istilah moden seperti integriti, benar, telus, bijaksana, adil, rajin, tekun dan lain-lain sifat kecemerlangan insan. 5. Allah SWT berfirman yang bermaskud Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan ihsan, dan memberikan hak kaum keluarga, dan (Dia) melarang (kamu) daripada melakukan keburukan dan kemungkaran serta kezaliman. Dia mengingatkan kamu semoga kamu mengambil pelajaran. - Surah Al-Nahl ayat 90. MINDA SINERGI BULETIN PEJABAT PENDAFTAR EDISI JANUARI - JUN 2010 MUKA 7

[close]

p. 8

Gotong Royong Perdana UTM 2010 Sesuai dengan transformasi Universiti kearah kegemilangan, satu program gotong royong perdana telah diadakan pada 5 Julai 2010 yang lalu. Program gotong royong ini antara lain atas saranan pihak YBhg. Dato Naib Canselor yang ingin melihat suasana kampus yang bersih, nyaman dan selesa kepada warganya serta kepada pelawat yang sering datang ke UTM. Ini juga untuk menjadikan matlamat UTM menjadi kampus eco-pelancongan akan tercapai dengan sempurna. Dari segi pelaksanaan gotong royong, semua warga staf dan pelajar telah bekerjasama ditempat masing-masing samada membersihkan kawasan luar dan dalam bangunan fakulti/ bahagian. Semua gotong royong telah mengikut konsep tidak melibatkan kos seperti tiada pembelian topi/tee shirt khas. Malah ada antara fakulti dan bahagian dengan sukarela menanam pokok bagi menghijaukan lagi suasana kampus. Pihak buletin merasakan usaha-usaha sebegini wajar diadakan dari masa kesemasa walaupun kontraktor pembersihan telah ada. Semangat kerjasama dari gotong royong tanpa mengira pangkat amat baik di praktikkan untuk manfaat Universiti. Gotong - Royong Perdana I dan II Semua Bahagian di Pejabat Pendaftar telah menyahut seruan aktiviti UTM dengan mengadakan aktiviti Gotong-royong Perdana UTM yang telah dijalankan pada 5 Julai 2010. Zon-zon dibahagikan mengikut fakulti dan bahagian masing-masing. Aktiviti yang julung kali diadakan ini turut melibatkan siswa & siswi yang baru mendaftar di UTM. Kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat amat baik dan program ini dilihat sebagai berkesan dan membawa impak yang baik bagi memupuk sikap cinta kepada UTM. Pihak BPA juga telah mengambil inisiatif tambahan dengan mengadakan Gotong – Royong Perdana II yang diketuai oleh En Mohd Isfareen Bin Isnin bagi melancarkan lagi proses pembersihan bahan-bahan untuk pelupusan. Aktiviti ini diteruskan pada 7 Julai 2010 bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Setiap unit dalam BPA termasuk Unit Peperiksaan & Pengijazahan, Unit Pembangunan & Kualiti, Unit Senat, Unit Konvokesyen dan Unit Kemasukan Dan Rekod (UKR) telah bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut.

[close]

Comments

no comments yet