Ucapan Bajet Negeri Melaka 2016

 

Embed or link this publication

Description

Ucapan Bajet Negeri Melaka 2016

Popular Pages


p. 1

UCAPAN BAJET NEGERI MELAKA TAHUN 2016 DENGAN TEMA ‘MEMAKMUR NEGERI, MENGUTAMAKAN RAKYAT’ Oleh YAB DATUK SERI Ir. HJ IDRIS BIN HJ HARON KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2016) 2015 DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA 16 NOVEMBER 2015

[close]

p. 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 753 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, Saya mohon mencadangkan supaya rang Undang-undang bertajuk “Suatu Enakmen Perbekalan (2016) 2015 untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2016” dibaca bagi kali kedua. YANG BERHORMAT DATUK WIRA SPEAKER; MUQADDIMAH 1. Saya mulakan ucapan ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama menjulang kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, dapat saya membentangkan Bajet Negeri Melaka Tahun 2016 di Dewan yang mulia ini. 2

[close]

p. 3

2. Di kesempatan ini, saya bagi pihak Kerajaan Negeri ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena Hari Jadi Tun yang ke-77 pada 9 Oktober 2015. 3. Kami akan sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berganjak dan kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi kepada Tuan Yang Terutama Tun dan mengharapkan nasihat, panduan dan pedoman Tun berterusan demi kesejahteraan, keamanan rakyat dan pembangunan negeri ini. 4. Semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina binti Kassim seisi keluarga mendapat magfirah dan lindungan Allah SWT serta sihat sejahtera sepanjang masa untuk terus memayungi Negeri Melaka. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker; 5. Hasrat Kerajaan Negeri untuk mengembalikan kegemilangan Melaka atau The Glory of Melaka seperti yang pernah dilakar lebih 600 tahun dahulu semakin menjadi kenyataan dengan termeterainya beberapa memorandum Republik persefahaman China (MoU) pada 21 dengan Wilayah lalu Guangdong, Rakyat September di hadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. ‘Umpama dayung sudah di tangan, perahu sudah di air’, ‘sekali 6. mendayung lima pulau berlangsung’. 3

[close]

p. 4

7. Memorandum ini merupakan pemangkin rancangan membuka semula laluan Sutera Maritim Abad ke-21 melibatkan perdagangan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan hartanah, industri halal, pelancongan dan perubatan yang dijangka membawa pelaburan melebihi 20 bilion ringgit. Kehadiran Perdana Menteri Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Keqiang pada 22 November 2015 ini dilihat bakal mempererat hubungan dua hala yang sedia terjalin. 8. Sesungguhnya, sebagai rakyat Negeri Melaka, kita bertuah kerana dapat mengecapi kemakmuran ekonomi, keseimbangan sosial dan kestabilan politik hasil daripada kebijaksanaan kepimpinan yang ada sehingga banyak kejayaan dapat dilakar. 9. Kehadiran bintang filem Tamil terkenal Rajinikanth ke Negeri Melaka untuk penggambaran filem berjudul “Kabali” adalah bukti bahawa negeri ini semakin dikenali dunia. 10. Kita juga bersyukur dengan segala nikmat pemberian Allah SWT sehingga dapat hidup selamat aman makmur sehingga ke hari ini. Kita dapat merayakan semua perayaan besar seperti sambutan Hari Deepavali yang jatuh pada 10 November 2015 lalu dengan penuh keharmonian. 11. Pemilihan Negeri Melaka sebagai tuan rumah sambutan Rumah Terbuka Krismas Peringkat Kebangsaan sekali lagi pada 27 Disember 2015 membuktikan penghargaan kepada seluruh rakyat Negeri Melaka yang bersatu padu. 4

[close]

p. 5

Bajet Negeri Melaka Tahun 2016 12. Bajet Negeri Melaka 2016 yang bertema “Memakmur Negeri, Mengutamakan Rakyat' telah dirangka dengan memberi tumpuan yang menyeluruh dalam usaha memakmur negeri dan mensejahtera kehidupan rakyat. Semoga segala strategi dan cadangan Kerajaan Negeri dalam Bajet 2016 yang akan saya bacakan sebentar lagi dapat dicapai sesuai dengan firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Isra’, ayat 30, bahawa: “Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hambahambaNya”. Yang Berhormat Datuk Wira Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, SENARIO EKONOMI NEGERI 13. Ketika ini dunia sedang berhadapan krisis ekonomi yang harga minyak dan nilai mata wang mengalami menyaksikan ketidaktentuan di pasaran menyebabkan pengamal ekonomi dan para pelabur berada dalam keadaan berjaga-jaga. Negeri Melaka memerlukan lebih banyak nilai pelaburan dan berharap ketidakpastian ekonomi global ini tidak menjejaskan usaha merangsang kegiatan dan pertumbuhan ekonomi bagi menampung pelbagai keperluan rakyat. 5

[close]

p. 6

14. Ekonomi Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan yang sederhana iaitu pada kadar 5.1% dalam suku pertama tahun ini dan 4.9% pada suku kedua. Sektor perkhidmatan terus menjadi pemangkin utama dengan sumbangan sebanyak 53.5% kepada KDNK negara. Ini dibantu oleh prestasi baik bidang pembuatan iaitu sebanyak 23.0% serta sektor pertanian dan perlombongan, masing-masing menyumbang sebanyak 9.2% dan 9.0%. 15. Ekonomi Negeri Melaka pula mencatat pertumbuhan yang baik di mana kadar pertumbuhan KDNK bagi tahun 2014 adalah pada kadar 5.8%. Sektor perkhidmatan terus unggul sebagai penyumbang utama ekonomi negeri Melaka iaitu pada kadar 45.8%, diikuti dengan sektor pembuatan sebanyak 39.4%. Manakala sektor pertanian dan pembinaan menyumbang sebanyak 11.4% dan 3.3%. 16. Kadar Pengangguran bagi suku pertama tahun 2015 bagi negeri ini ialah 1.2% berbanding 3.1% di peringkat nasional. Kadar ini juga adalah yang terendah berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. 17. Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, nilai pelaburan yang oleh Lembaga Pelaburan Industri Malaysia (MIDA) diluluskan di peringkat nasional ialah sejumlah 49.5 bilion ringgit atau bersamaan 388 buah projek, di mana pelaburan asing berjumlah 13.1 bilion ringgit manakala pelaburan domestik berjumlah 36.4 bilion ringgit. 18. Daripada jumlah itu, 6.2 bilion ringgit adalah nilai pelaburan di Negeri Melaka, yang merangkumi sejumlah 1.5 bilion ringgit bagi pelaburan asing dan sejumlah 4.7 bilion ringgit bagi pelaburan domestik. Ini merupakan nilai pelaburan yang tertinggi pernah diperolehi 6

[close]

p. 7

oleh Negeri Melaka. Jumlah pelaburan ini tidak mengambil kira pelaburan yang bakal diterima dari wilayah Guangdong, Republik Rakyat China. Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMKe-11) 19. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) akan melabuhkan tirainya pada penghujung tahun 2015. Sepanjang pelaksanaan RMKe-10 tersebut, Negeri Melaka telah menerima peruntukan sejumlah 1.952 bilion ringgit daripada Kerajaan Persekutuan terdiri daripada 290 buah projek di mana 232 buah projek telah siap dilaksanakan manakala baki 58 buah projek masih dalam pelaksanaan. Sehingga 12 Oktober 2015 sejumlah 1.653 bilion ringgit atau 85.34% telah dibelanjakan. 20. Negeri Melaka akan terus menyahut aspirasi nasional dalam setiap agenda pembangunan bertunjangkan menggarapkan kesejahteraan rakyat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Kerajaan Negeri Melaka telah menetapkan beberapa dasar bagi komposisi pertumbuhan pembangunan di negeri ini supaya ianya seimbang dan mampu memenuhi kehendak golongan sasar. 21. Hala Tuju Pelan Strategi Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2016-2020 untuk Negeri Melaka adalah ke arah Negeri Maju Berpendapatan Tinggi, Melahirkan Modal Insan yang Berkualiti dan Membudayakan Teknologi Hijau. 22. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan awalan sejumlah 110 juta ringgit untuk tujuan pembangunan bagi tahun 2016 hingga 2017. Manakala untuk keseluruhan tempoh RMK-11 ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan siling peruntukan sejumlah 681 juta 7

[close]

p. 8

ringgit bagi melaksanakan projek-projek pembangunan yang meliputi pembinaan jalan raya, jambatan, masjid dan sebagainya. Peruntukan ini tidak mengambil kira peruntukan yang bakal diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam RMK-11 kepada Negeri Melaka. 23. Kerajaan Negeri akan terus memberi fokus utama kepada projek-projek infrastruktur asas yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat di samping menyediakan kemudahan infrastruktur fizikal dan sosial yang mantap. Program-program pembangunan yang dirancang ini akan membawa impak yang tinggi dan memberi hasil yang positif dan berfaedah kepada seluruh rakyat di Negeri ini. 24. Bagi memastikan prestasi ekonomi di Negeri Melaka kekal berdaya maju dan berdaya saing, Kerajaan Negeri telah merangka 3 strategi utama dalam Bajet 2016 bagi memastikan pembangunan yang lebih dinamik dan dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Melaka. STRATEGI BAJET NEGERI MELAKA 2016 Yang Berhormat Datuk Wira Speaker, 25. Di Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana berjaya merangka bajet yang mantap demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Bajet 2016 yang bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" telah menggariskan lima (5) keutamaan, iaitu: 8

[close]

p. 9

Pertama Kedua : Memperteguh Ketahanan Ekonomi Negara : Meningkatkan Produktiviti, Inovasi dan Teknologi Hijau Ketiga Keempat Kelima 26. : Mempersiaga Modal Insan : Memperkasa Agenda Bumiputera : Meringankan Kos Sara Hidup Rakyat Bajet 2016 yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Dewan Rakyat pada 23 Oktober yang lalu merupakan belanjawan yang berteraskan keseimbangan di antara Capital Economy dan People Economy. 27. Dalam Bajet 2016 itu, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sejumlah 225.7 bilion ringgit, iaitu peningkatan sejumlah 3.2 bilion ringgit berbanding tahun 2015. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah 215.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan mengurus dan sejumlah 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membentangkan bajet yang realistik, merangkumi segenap keperluan masyarakat tanpa menghiraukan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini. 28. Sehubungan itu, Bajet Negeri Melaka Tahun 2016 dengan tema Negeri, Mengutamakan Rakyat’ adalah dirangka ‘Memakmur berlandaskan kepada tiga strategi utama :- 9

[close]

p. 10

Pertama : MEMAKMUR DAN MEMPERKUKUH EKONOMI NEGERI Kedua Ketiga : MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT : MEMANTAPKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN MEMPERHEBAT AWAM NEGERI PERUNTUKAN BAJET NEGERI MELAKA 2016 29. Bajet 2016 akan menyediakan peruntukan sejumlah 327.08 juta TRANSFORMASI PERKHIDMATAN ringgit di mana 317.62 juta ringgit adalah untuk perbelanjaan mengurus seperti di dalam Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2016) 2015 dan 9.46 juta ringgit untuk perbelanjaan tanggungan. Daripada jumlah itu, 105.46 juta ringgit adalah bagi perbelanjaan emolumen, 127.57 juta ringgit bagi perkhidmatan dan bekalan, 3.28 juta ringgit bagi pembelian aset dan sejumlah 89.71 juta ringgit bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala baki sejumlah 1.06 juta ringgit pula disediakan untuk lain-lain perbelanjaan. 30. Perbelanjaan bagi perkhidmatan dan bekalan adalah komponen terbesar dalam Bajet 2016 yang menyediakan peruntukan sejumlah 127.57 juta ringgit bagi menampung kenaikan kos bekalan, bil utiliti dan kenaikan emolumen kakitangan kontrak. Kerajaan Negeri akan terus menyediakan peruntukan sejumlah 89.71 juta ringgit untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap bagi menampung caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri sejumlah 37.86 juta ringgit serta pemberian dan sumbangan sosial kepada rakyat. 31. Manakala peruntukan bagi emolumen dijangka akan terus meningkat kerana penjawat awam menikmati kenaikan gaji pada setiap tahun di samping kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) daripada RM180.00 kepada RM300.00 untuk pegawai gred 41 dan ke bawah mulai 1 November 2015. 10

[close]

p. 11

32. Peningkatan perbelanjaan mengurus pada setiap tahun adalah tidak dapat dielakkan dan bukan juga disebabkan kurangnya kawalan oleh kerajaan negeri tetapi adalah kerana perolehan barang dan perkhidmatan serta bayaran penyelenggaraan dan utiliti sentiasa meningkat mengikut pasaran. Namun begitu, peningkatan tersebut adalah terkawal selaras dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan perbelanjaan yang dilaksanakan adalah ‘value for money’ dan benar-benar perlu. 33. Peruntukan pembangunan pula ialah sejumlah 55.00 juta ringgit iaitu 14.23 juta ringgit bagi penyediaan infrastruktur, 11.70 juta ringgit untuk kemajuan masyarakat, 13.97 juta ringgit bagi pembangunan ekonomi, 9.3 juta ringgit untuk keagamaan, 2.0 juta ringgit untuk pembangunan veterinar dan pertanian serta 3.8 juta ringgit untuk pentadbiran dan sosial. 34. Hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 dianggar berjumlah 327.25 juta ringgit yang terdiri daripada Hasil Cukai berjumlah 116.15 juta ringgit, Hasil Bukan Cukai berjumlah 154.51 juta ringgit dan Terimaan Bukan Hasil berjumlah 56.59 juta ringgit. Kutipan hasil dijangka menokok 24.33 juta ringgit atau 8.03% lebih tinggi berbanding anggaran kutipan tahun 2015. 35. Dengan mengambil kira jumlah hasil melebihi jumlah perbelanjaan, Kerajaan Negeri sekali lagi membentangkan bajet lebihan (surplus) di dewan yang mulia ini. Bajet Lebihan 2016 ini menunjukkan Kerajaan Negeri terus berusaha untuk memperkukuh kewangan negeri dengan memantapkan kutipan hasil sambil menguatkuasakan perbelanjaan yang berhemah. 11

[close]

p. 12

Yang Berhormat Datuk Wira Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, STRATEGI PERTAMA: MEMAKMUR DAN MEMPERKUKUH EKONOMI NEGERI Memakmur Negeri 36. Di dalam Bajet 2016, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan dalam usaha untuk terus memakmur dan melestarikan alam sekitar demi kelangsungan generasi akan datang. Di antara langkah-langkah yang sedang dan telah diambil dalam usaha untuk memakmurkan negeri adalah seperti berikut :PERTAMA : Negeri Teknologi Hijau (Green Technology State) 37. Kerajaan Negeri terus komited menjadikan Negeri Melaka sebuah negeri teknologi hijau dan mencapai sasaran 40 peratus bebas karbon menjelang tahun 2020 sejajar dengan komitmen Kerajaan Persekutuan. Bagi mencapai status bandaraya hijau, 7 bidang utama, 21 inisiatif hijau dan 170 indikator yang ditetapkan oleh United Nations Urban Environmental Accords (UN-UEA) akan dijadikan platform oleh Kerajaan Negeri untuk diiktiraf sebagai bandaraya mampan dan mengurangkan impak perubahan iklim oleh manusia. KEDUA : Melaka Green City Action Plan (MGCAP) 38. Melaka Green City Action Plan iaitu pelan jangka panjang mengurangkan intensiti karbon, meningkatkan kualiti persekitaran dan persaingan ekonomi. Kerajaan Negeri Melaka turut bekerjasama rapat dengan Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT), Asean Development Bank (ADB) serta Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam mewujudkan Melaka Green City Action Plan. 12

[close]

p. 13

KETIGA : Inventori Karbon Melaka Bersama International Council For Local Eviromental Initiatives (ICLEI) 39. Negeri Melaka bersama Pusat Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan International Council For Local Eviromental Initiatives (ICLEI) akan mewujudkan inventori pertama pelepasan gas rumah hijau peringkat negeri. Negeri Melaka telah diterima menganggotai ICLEI pada bulan November tahun lepas dan melalui keanggotaan tersebut, negeri ini boleh menjalin hubungan dengan lebih 1,000 bandar raya yang berusaha untuk menjadi bandar raya mampan dan lestari. 40. Pihak ICLEI kini sedang membantu Negeri Melaka bagi menyediakan laporan inventori gas rumah hijau ataupun Green House Gases (GHG) bagi peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan. Laporan ini bakal menentukan jumlah sebenar pelepasan Green House Gases di negeri ini seterusnya membolehkan Kerajaan Negeri melaksana langkah adaptasi dan mitigasi yang efektif bagi mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar. Laporan ini akan dibentangkan pada Persidangan United Nations Framework Convention Of Climate Change (UNFCCC) – Conference Of Parties (COP) 21 di Paris, Perancis pada bulan Disember tahun ini. 41. Di dewan yang mulia ini, saya ingin memaklumkan bahawa Negeri Melaka telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan Resilient Cities Asia Pacific 2016 (RCAP 2016) yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 Mac 2016. Persidangan ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Melaka dan ICLEI. 13

[close]

p. 14

KEEMPAT : Program Hari Tanpa Beg Plastik 42. Selepas akhir tahun 2015, tiada lagi penggunaan beg plastik di semua premis perniagaan di Negeri Melaka. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik telah bermula 1 Januari 2015 iaitu pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Program ini dijalankan secara berperingkat sebagai satu komitmen Kerajaan Negeri melestari Melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau. KELIMA : Melaka Bebas Polisterin 43. Kerajaan Negeri turut melaksana program ‘Melaka Tanpa di semua kafe bangunan Kerajaan, premis makanan Pihak Polisterin’ Berkuasa Tempatan dan sekolah bermula 15 Mei 2015. Malah semua pihak adalah digalak menggunakan bekas makanan jenis biodegradasi. Fasa pertama bagi program berkenaan telah dikuatkuasa sepenuhnya September tahun ini sebelum diperluas ke semua premis makanan di seluruh Melaka termasuk di bangunan swasta. Memperkukuh Ekonomi Negeri 44. Dalam usaha merealisasi matlamat Negeri Melaka Maju Fasa II, Kerajaan Negeri mensasarkan pendapatan perkapita sejumlah USD15 ribu dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang perlu dicapai adalah 7% setahun. Melaka terus melangkah laju ke hadapan bagi mencapai sasaran Negeri Berpendapatan Tinggi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. 14

[close]

p. 15

Potensi Industri Halal 45. Industri halal semakin mendapat perhatian bukan sahaja kepada negara Islam tetapi juga bukan Islam seperti Jepun, Republik Korea, Republik Rakyat China dan Perancis. Kesemua negara ini yakin akan potensi pasaran halal yang amat besar dan luas. Malah menjadikan Malaysia sebagai negara contoh. Penekanan konsep “halalan toyyiban” iaitu yang halal, bersih, selamat dan berkhasiat untuk semua golongan masyarakat telah memberi impak dalam pembangunan industri halal di negara kita. 46. Kejayaan yang dikecapi dalam Pensijilan Halal dan pembangunan standard harus digalakkan supaya dapat mewujudkan pembekal terbesar produk dan perkhidmatan berkaitan halal di peringkat global. Kerajaan Persekutuan telah mengambil pelbagai inisiatif menggalakkan penglibatan lebih ramai usahawan tempatan dalam industri halal. Pada tahun 2014, terdapat 251 buah syarikat yang diluluskan Sijil Halal bagi Negeri Melaka. Sejumlah 110 syarikat adalah milik Bumiputera yang kebanyakannya merupakan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana. 47. Negeri Melaka turut membangunkan hub halal iaitu Melaka Halal Hub di Serkam dengan jumlah keluasan 134.68 ekar. Setakat Disember 2014, sejumlah 45 syarikat telah beroperasi dengan anggaran perolehan tahunan melebihi 100 juta ringgit. Daripada 45 syarikat yang beroperasi, sejumlah 10 syarikat telah mula mengeksport produk halal mereka ke luar negara. 15

[close]

Comments

no comments yet