Info KETENGAH JUN 2015

 

Embed or link this publication

Description

Info KETENGAH JUN 2015

Popular Pages


p. 1

KE ARAH MASYARAKAT BERMAKLUMAT www.ketengah.gov.my JUN 2015 BIL 174 FESTIVAL KENYIR 2015 TARIK 90,306 PENGUNJUNG SELANJUTNYA DI DALAM

[close]

p. 2

INFO KETENGAH | JUN 2015 FESTIVAL KENYIR 2015 TARIK 90,306 PENGUNJUNG 1 2 ACARA TAHUNAN FESTIVAL KENYIR 2015 TELAH DIADAKAN DI PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR PADA 31 MEI HINGGA 6 JUN 2015. IA MERUPAKAN USAHA BERSAMA DI ANTARA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DAN KETENGAH. FESTIVAL INI TELAH DIRASMIKAN OLEH YB DATO’ HAJI MOHD JIDIN SHAFIE PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI DALAM SATU MAJLIS YANG MERIAH PADA 1 JUN 2015. 3 4 Pengurus Besar KETENGAH Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud ketika bercakap kepada Info KETENGAH melahirkan kegembiraannya di atas kejayaan ini. Menurut beliau, ini dengan jelas menunjukkan bahawa Tasik Kenyir telah menjadi satu destinasi yang semakin popular di mana pelbagai tarikan yang ada sudah diketahui ramai. Beliau yakin dengan pembukaan beberapa kemudahan baru seperti taman air Kenyir Water Park, KH Shoppe dan juga pakej-pakej pelancongan, Tasik Kenyir akan terus menarik lebih ramai pengunjung pada masa hadapan terutamanya apabila beroperasinya zon bebas cukai di Pulau Bayas pada awal tahun hadapan. Lebih daripada 20 acara yang dikumpulkan bagi menjayakan festival ini merangkumi aktiviti pameran, jualan, kesenian dan hiburan, keagamaan, sukan rakyat dan aktiviti lasak telah berjaya menarik sejumlah 90,306 pengunjung dalam tempoh tujuh hari. Jumlah ini nyata melebihi sasaran yang diletakkan iaitu 70,00 orang. Hasil jualan sepanjang festival pula mencecah RM1.9 juta berbanding sasaran RM1.5 juta. KULIT :  YB DATO’ HAJI MOHD JIDIN MEMUKUL GONG MENANDAKAN PERASMIAN FESTIVAL KENYIR 2015. 1. Tram digunakan untuk mengangkut pengunjung ke tapak Festival. 2.   Tarian Selamat Datang dipersembahkan oleh para penari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Terengganu. 3.   Acara ‘memancing botol’ merupakan salah satu acara sukan rakyat yang dipertandingkan. 4.   Sebahagian daripada orang ramai yang hadir semasa majlis perasmian di Pengkalan Gawi. 2

[close]

p. 3

1 LAWATAN NAZIRAN ICU JPM KE KETENGAH KETENGAH TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA UNIT PENYELARASAN DAN PELAKSANAAN (ICU), JABATAN PERDANA MENTERI PADA 25 JUN 2015. ROMBONGAN DIKETUAI OLEH OLEH ENCIK MOHD SUFIAN BIN HASSAN, TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN BADAN BERKANUN & PEMBANGUNAN INSTITUSI SEKTOR PUSAT TRANSFORMASI PENYAMPAIAN, ICU. 2 3 Tujuan lawatan tersebut adalah bagi meneliti aspek-aspek pengurusan, menilai prestasi dan penilaian ‘out come’ programprogram pembangunan yang dilaksanakan oleh KETENGAH serta semakan kepada pematuhan pekeliling-pekeliling yang telah diedarkan. Rombongan telah disambut oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi)KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail. Sesi taklimat ringkas berhubung pematuhan KETENGAH ke atas senarai semak yang disediakan oleh ICU, telah disampaikan oleh Encik Mohd. Radzi bin Md. Noor, Pengurus Pemantauan dan Penilaian KETENGAH bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat KETENGAH. Rombongan turut dibawa melawat projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh KETENGAH di sekitar Bandar Bukit Besi. 1.  Rombongan Naziran melawat projek Gerai Bistro Tasik Puteri. 2.  Rombongan diberikan penerangan mengenai projek tapak lot kedai di Bukit Besi. 3.  Sesi penerangan dan perbincangan berlangsung di Bilk Gerakan. 3 INFO KETENGAH | JUN 2015

[close]

p. 4

INFO KETENGAH | JUN 2015 1 2 KOPERASI UMUM DIVIDEN 10 PERATUS KEPADA AHLI BAGI 2014 PENGUMUMAN DISUARAKAN DALAM UCAPAN PENGERUSI KOPERASI 3K DATO’ HAJI WAN MAT AMIN WAN DAUD MENDAPAT REAKSI DAN TEPUKAN GEMURUH DARIPADA AHLI-AHLI KOPERASI 3K BERHAD APABILA 10 PERATUS DIVIDEN AKAN DIBAYAR MENJELANG AIDILFITRI INI. BELIAU BERUCAP SEMASA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI 3K BERHAD KE-33 PADA 21 JUN 2015 BERTEMPAT DI BALORA BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. Menurut Pengerusi Koperasi 3K itu lagi, bagi tahun kewangan 2014 Koperasi 3K Berhad telah mencatat keuntungan sebanyak RM1,079,002.00. Dalam ucapannya juga beliau turut memaklumkan bahawa koperasi terus bersikap proaktif di dalam menjalankan perniagaan. Ini bermakna banyak peluang-peluang akan akan diterokai termasuk stesen minyak baru di LPT berhampiran dengan R & R Perasing sekiranya mendapat kelulusan oleh LLM. Sementara itu YB Encik Roslee Daud Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali ini mengucap tahniah dan syabas kepada Koperasi 3K Berhad kerana muncul sebagai sebuah koperasi yang berada di tempat pertama di antara koperasi-koperasi yang ada di negeri Terengganu. 1 3 Beliau berharap Koperasi 3K Berhad terus melaksanakan projek-projek baru yang boleh membawa keuntungan kepada ahli di samping dapat bekerjasama dengan koperasi-koperasi kecil yang ada dalam wilayah KETENGAH bagi membantu mereka mempertingkatkan perniagaan masing-masing. Hadir sama di majlis tersebut ialah Encik Mahmud bin Kadar Pengarah SKM Negeri Terengganu. Mesyuarat agung diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama ahli Koperasi 3k di pekarangan BALORA Bandar Al Muktafi Billah Shah. 1. 2. 3. YB Encik Roslee Daud berucap merasmikan mesyuarat agung. Sebahagian daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi 3K Bhd. Ahli-ahli yang hadir mengikuti ucapan perasmian. 4

[close]

p. 5

1 2 1 KKLW JAYAKAN KCSR DI HULU TERENGGANU 3 SERAMAI 42 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH TELAH BERGANDING BAHU BERSAMA PIHAK PENGURUSAN KETENGAH DAN PENDUDUK KAMPUNG PASIR DULA DAN KAMPUNG BASUNG, HULU TERENGGANU MENJAYAKAN PROGRAM KKLW COMMUNITY SOCIAL RESPONSIBILITY (KCSR) SIRI 3 PADA 13 DAN 14 JUN 2015. Program ini merupakan agenda tanggungjawab kemasyarakatan kelolaan pihak Kementerian untuk turun padang mendampingi masyarakat kampung sekaligus meninjau pembangunan yang berlaku khususnya di kawasan luar bandar. Program yang menumpukan kepada aktiviti gotong-royong ini berlaku serentak di kedua-dua kampung berkenaan. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan urusan kerja dilakukan. Antara aktiviti gotong-royong yang dilaksanakan di Kampung Pasir Dula ialah membersih kawasan masjid, membina dan mengecat wakaf, mengecat balai raya, menanam pokok serta memasak jamuan untuk hidangan tengah hari. Di Kampung Basung pula, peserta bertumpu di kawasan perkuburan melakukan aktiviti memotong rumput, membersih pokok tumbang, menanam pokok serta mengecat surau kampung tersebut. Pada program ini juga, pihak KKLW telah mewakafkan dua unit mesin rumput untuk kegunaan kedua-dua kampung tersebut. YB Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu dalam ucapan aluannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KKLW di atas usaha yang dibuat dan memilih Kampung Pasir Dula dan Kampung Basung sebagai lokasi program untuk kali ini. Selesai aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung, rombongan telah menuju ke Pengkalan Gawi untuk acara membina dan mengecat wakaf serta menanam pokok di sekitar tasik. Rombongan kemudiannya dibawa melawat sekitar Tasik Kenyir dan bermalam di Petang Island Resort. Hadir sama sepanjang program ini ialah Dato’ Haji Ahmad Zubir bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKLW, Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH, Timbalan Pengurus Besar serta pihak pengurusan KETENGAH yang lain. 1.  Rombongan KKLW dan KETENGAH bergambar kenangan di Kenyir Elephant Conservation Village. 2. YB Dato’ Haji Rozi menyerahkan sebuah mesin rumput kepada wakil penduduk. 3.  Dato’ Haji Ahmad Zubir & pegawai kanan KKLW mengecat wakaf di Pengkalan Gawi. 5 INFO KETENGAH | JUN 2015

[close]

p. 6

INFO KETENGAH | JUN 2015 6 1

[close]

p. 7

7 INFO KETENGAH | JUN 2015

[close]

p. 8

INFO KETENGAH | JUN 2015 1 PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KE 5/2015 PADA 16 JUN 2015 BERTEMPAT DI DEWAN TINGKAT 3, BLOK D IBU PEJABAT KETENGAH, PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KE 5/2015 TELAH DIADAKAN. SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH TERMASUK UNIT PENGURUSAN PROJEK WILAYAH KETENGAH (UPPWK) DAN SYARIKAT ANAK KETENGAH HADIR DALAM PERHIMPUNAN INI. 2 3 Memulakan majlis, sesi pengenalan diri oleh pegawai yang baru lantik iaitu Encik Mohd Kamil bin Ramli sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa dan ditempatkan di Bahagian Teknik KETENGAH telah diadakan. Majlis juga diikuti dengan tayangan video yang memaparkan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Mei 2015. Pengurus Besar KETENGAH Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud semasa berucap mengingatkan semua kakitangan KETENGAH termasuk UPPWK dan juga Syarikat Anak KETENGAH supaya bekerja bersungguh-sungguh dan memberi sepenuh perhatian dan tumpuan kepada tugastugas yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun ini. Menurut beliau tahun 2015 merupakan satu tahun yang penting kerana ia adalah tahun terakhir sebelum bermulanya Rancangan Malaysia ke-11 di mana pelbagai projek akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat. Justeru, beliau berharap pegawai dan kakitangan KETENGAH dapat memberi tumpuan yang menyeluruh terhadap tugas yang telah diamanahkan. Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah pekerja cemerlang bulanan bagi semua kategori termasuk UPPWK dan Syarikat Anak KETENGAH. 1. 2. 3. Kakitangan baharu memperkenalkan diri kepada Pengurusan KETENGAH. Tayangan video mengenai aktiviti bulanan ternyata menarik minat kakitangan. Dato’ Haji Wan Mat Amin menyampaikan hadiah Kakitangan Cemerlang Bulanan. 8

[close]

p. 9

KETUA PESURUHJAYA SPRM LAWAT TASIK KENYIR 1 2 TASIK KENYIR MENERIMA KUNJUNGAN KETUA PESURUHJAYA, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) TAN SRI ABU KASSIM BIN MOHAMED PADA 2 JUN 2015. Ketibaan rombongan seramai 15 orang ini disambut oleh Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad kira-kira jam 10:00 pagi di Pusat Penerangan Kenyir. Beliau kemudiannya telah menyampaikan taklimat Pembangunan Tasik Kenyir kepada rombongan. Rombongan turut dibawa melawat keberapa projek dan tempat menarik di Tasik Kenyir. Turut sama mengiringi rombongan ialah Encik Hasri Omar Pengurus Kewangan dan Belanjawan KETENGAH. Tan Sri Abu Kassim dan rombongan juga telah berkesempatan mengunjungi Santuari Kelah di mana rombongan telah merasai sendiri keunikan bermain dengan ikan-ikan kelah yang telah berjaya dijinakkan di dalam habitat asalnya tanpa sebarang gangguan. 1. 2. Tan Sri Abu Kassim dan pegawai-pegawai SPRM bergambar kenangan di Santuari Kelah. Bermain dengan ikan-ikan kelah yang jinak sungguh mengasyikkan. MASJID SULTAN MAHMUD ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA 2 1 1.  YB Timbalan Menteri menyampaikan sumbangan banjir kepada Pengurus Besar untuk kakitangan KETENGAH Sempena meraikan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, pengurusan Masjid yang terlibat banjir. Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah telah mengadakan majlis 2.  Sebahagian daripada pegawai dan kakitangan yang hadir. berbuka puasa pada 29 Jun 2015 bersamaan 12 Ramadhan 1436H 3.  YB Datuk Timbalan Menteri diiringi oleh bertempat di dewan serbaguna Masjid. Ia bertujuan untuk merapatkan Datuk Seri KSU dan timbalan-timbalan KSU. lagi hubungan silaturrahim di antara masyarakan serta penduduk sekitar Bandar Al Muktafi Billah Shah di samping memeriahkan lagi kedatangan Ramadan. Seramai kira-kira 500 orang jemputan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Hadir sama ialah pengurus-pengurus bahagian KETENGAH serta pegawai dan kakitangan KETENGAH. Majlis dimulakan dengan bacaan ayatayat suci Al Quran dan diikuti dengan tahlil. 1&2. Berbuka puasa beramai-ramai mengeratkan persaudaraan. 9 INFO KETENGAH | JUN 2015

[close]

p. 10

INFO KETENGAH | JUN 2015 1 2 LAWATAN CEO GIATMARA KE KETENGAH PADA 11 JUN 2015, KETENGAH TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF GIAT MARA MALAYSIA DATO’ MOHD ROSDI ISMAIL BESERTA ROMBONGAN YANG TERDIRI DARIPADA PEGAWAIPEGAWAI GIAT MARA KE IBU PEJABAT KETENGAH, BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. 1 Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan jalinan hubungan dengan KETENGAH di samping meninjau projek-projek baru yang boleh dilaksanakan oleh Giat Mara di Wilayah KETENGAH. Sehubungan dengan ini wilayah KETENGAH akan mendapat beberapa faedah melalui jalinan dan kerjasama dengan Giat Mara yang akan membangunkan beberapa kemudahan di Bandar Al Muktafi Billah Shah. 1 2 3 Taklimat mengenai maklumat korporat dan pembangunan KETENGAH telah disampaikan oleh Pengurus Besar KETENGAH, Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud. Ini diikuti dengan perbincangan dan halatuju mengenai aspek pembangunan di wilayah KETENGAH terutamanya aspek pendidikan selaras dengan hasrat KETENGAH menjadikan Bandar Al Muktafi Billah Shah sebagai hab pendidikan. Rombongan juga telah melawat tapak cadangan bagi pembinaan beberapa kemudahan yang akan dibangunkan oleh MARA. 1.  Dato’ Rosdi diiringi Dato’ Haji Wan Mat Amin melawat bangunan RTC Terengganu. 2.  Tanda mata daripada Pengurus Besar KETENGAH kepada CEO Giat Mara. 3.  Lawatan juga didakan ke Pusat Giat AMBS. Jasamu dikenang ENCIK MANSOR BIN MOHD mula berkhidmat di KETENGAH pada tahun 6 Jun 1978 sebagai Buruh Am seterusnya Pengawas Bandar sebelum dinaikkan ke jawatan Pembantu Tadbir (O) Gred N17. Beliau bersara wajib pada 26 Jun 2015. Pengurusan KETENGAH merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas jasa bakti beliau selama di KETENGAH. Info KETENGAH mengucapkan Selamat Maju Jaya. 10

[close]

p. 11

36 PEGAWAI HADIRI BENGKEL PEMANTAPAN KIK 2015 1 2 SATU BENGKEL PEMANTAPAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KETENGAH 2015 TELAH DIADAKAN PADA 13 HINGGA 14 JUN 2015 BERTEMPAT DI TABUNG HAJI (TH) HOTEL & CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan mengenalpasti masalah-masalah para peserta KIK yang melibatkan pegawai dan kakitangan KETENGAH. Seramai 36 peserta telah menghadiri bengkel tersebut. Turut serta bersama bengkel ini adalah Kumpulan KIK daripada Kolej Ketengah dan Syarikat Anak Ketengah. 3 Bengkel Pemantapan KIK ini mempunyai peranan yang besar dalam memantapkan lagi persembahan kumpulan KIK di KETENGAH yang menampilkan pelbagai idea untuk diketengahkan. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Sesi bengkel pemantapan KIK ini telah dikendalikan oleh Senior Consultan, iaitu Encik Nik Faizal bin Nik Ahmad dan Encik Rashid bin Kancil daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) sebagai pembimbing dalam memastikan setiap sesi dan aktiviti mendapat kefahaman peserta, bermanfaat dan berjalan dengan lancar. 1.  Peserta-peserta bengkel merakam kenangan bersama Tuan Haji Omar Ismail, TPB (Operasi) KETENGAH. 2. Penyampaian sijil kehadiran bengkel oleh Tuan Haji Omar Ismail. 3. Sesi bengkel sedang berlangsung. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN… ENCIK MOHD KAMIL BIN RAMLI Dilantik Sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 pada 1 Jun 2015 INFO KETENGAH MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS. 11 INFO KETENGAH | JUN 2015

[close]

p. 12

INFO KETENGAH | JUN 2015 1 2 RAMADHAN BULANYANG BERKAT… TIBANYA DIRINDUI SIDANG PENGARANG WAKTU MAGHRIB 18 JUN 2015 MAKA BERMULALAH 1 RAMADHAN 1436 HIJRAH. BULAN YANG MEMILIKI PELBAGAI KEMULIAAN, DIJANJIKAN GANDAAN GANJARAN SERTA DILIMPAHI DENGAN PELBAGAI RAHMAT DAN KEBERKATAN DARI YANG MAHA ESA. BERSYUKUR DAN BERBAHAGIALAH INSAN YANG MASIH DIBERI KESEMPATAN BERSUA DENGAN BULAN RAMADHAN KALI INI. Ramadhan adalah bulan madrasah yang mampu mendidik jiwa insan menjadi hamba yang lebih beriman kepada Yang Maha Pencipta. Kedatangannya adalah hadiah dan nikmat yang terbesar bagi umat Islam. Pelbagai tawaran mega disediakan sepanjang bulan ini khusus untuk para hamba-Nya. Setiap detik segala amalan dan yang dilakukan bakal dilipatgandakan oleh Allah SWT. 1. Penaung 2. Penasihat  Dato’ Haji Wan Mat  Tn. Haji Omar Amin Wan Daud Ismail 3. Ketua Pengarang Rosli Haji Ngah 4. Penyelaras/ Jurugambar Mohd Salleh Ibrahim 5. Pengarang Wan Salwadi Wan Sulong 6. Pengarang Norfarhana Maharudin INFO KETENGAH MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DENGAN DOA SEMOGA RAMADHAN KALI INI ADALAH YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA. Bulan ini juga memberi peluang untuk kita muhasabah diri mencari ruang keampunan yang dijanjikan Allah di setiap pintu yang dibuka selusa-luasnya. Sesungguhnya beruntunglah barang siapa yang menyiapkan diri menyambut Ramadhan dan menghayati segala amalan untuk diamalkan pada bulanbulan yang mendatang. 7. Pengarang 8. Pengarang  Hazrol Eizwal Jasni Alias A. Rashid 9. Pengarang Ahmad Tarmizi Alang Salim 10. Pengarang Latiff Muhamad 11. Pengarang 12. Pengarang Norzaini A. Rahman Noarimi A. Majid 13. Pengarang Norshahira Said 1.  Masjid menjadi tumpuan sepanjang bulan Ramadhan. 2.  Bubur lambuk merupakan pilihan utama. 3.  Majlis-majlis berbuka puasa mempertemukan setiap lapisan masyarakatt atas dasar persaudaraan Islam. 3 12

[close]

Comments

no comments yet