Info KETENGAH MEI 2015

 

Embed or link this publication

Description

Info KETENGAH MEI 2015

Popular Pages


p. 1

KE ARAH MASYARAKAT BERMAKLUMAT www.ketengah.gov.my MEI 2015 BIL 173 KETENGAH NAIB JOHAN BECA BERHIAS 2015 SELANJUTNYA DI DALAM

[close]

p. 2

INFO KETENGAH | MEI 2015 PERTANDINGAN BECA BERHIAS: KETENGAH NAIB JOHAN 1 2 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU YANG KE-53, KERAJAAN NEGERI TERENGGANU TELAH MENGADAKAN PERTANDINGAN KENDERAAN BERHIAS BAGI MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN INI. PERTANDINGAN TELAH DIADAKAN PADA 4 MEI 2015 BERMULA DARI DATARAN SHAHBANDAR HINGGALAH KE PANTAI BURUK. Bagi kategori Kereta Berhias, sebanyak 8 penyertaan iaitu daripada pejabat-pejabat daerah telah mengambil bahagian manakala 13 agensi pula mengambil bahagian di dalam pertandingan Beca Berhias di mana setiap agensi telah menghantar 3 buah beca yang dihias indah. KETENGAH turut mengambil bahagian di dalam kategori Beca Berhias dengan menampilkan konsep pelancongan. Ia menggabungkan elemen sejarah iaitu kepala keretapi lombong besi di Bukit Besi dan keindahan alam semulajadi dengan flora dan fauna Tasik Kenyir yang diserikan dengan lampu-lampu berwarna warni. Setelah mengadakan perarakan bagi mempamerkan ciptaan masing-masing keputusan pertandingan telah diumumkan. Bagi kategori Kereta Berhias johan ialah 3 Pejabat Daerah Kemaman, diikuti Pejabat Daerah Dungun di tempat kedua manakala Pejabat Daerah Setiu mnemenangi tempat ketiga. Bagi kategori Beca Berhias KETENGAH telah diumumkan sebagai naib johan , manakala tempat pertama ialah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu manakala tempat ketiga ialah EPIC. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah berangkat hadir dan mengurniakan hadiahhadiah utama kepada para pemenang. Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH telah menerima hadiah untuk KETENGAH. 1.   Dato’ Haji Wan Mat Amin bergambar bersama pegawai dan kakitangan KETENGAH yang terlibat. 2&3.  Beca berhias yang dihias oleh KETENGAH mengambil bahagian di dalam perarakan. 2

[close]

p. 3

1 SUK TERENGGANU LAWAT TASIK KENYIR YB DATO’ HAJI OSMAN MUDA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU TELAH MENGADAKAN LAWATAN KERJA SEHARI KE TASIK KENYIR PADA 10 MEI 2015. ROMBONGAN BELIAU DISERTAI OLEH KIRA-KIRA 20 ORANG PEGAWAI DARI PELBAGAI JABATAN. MENYAMBUT DAN MENGIRINGI KETIBAAN BELIAU DI PENGKALAN GAWI IALAH DATO’ HAJI WAN MAT AMIN WAN DAUD, PENGURUS BESAR KETENGAH SERTA PEGAWAIPEGAWAI KETENGAH. Antara lain tujuan lawatan rombongan ini ialah untuk meninjau perkembangan terkini projek-projek pembangunan yang sedang berjalan di Tasik Kenyir selari dengan kedudukan Tasik Kenyir yang kian popular sebagai sebuah destinasi pelancongan utama di Negeri Terengganu. Antara destinasi yang telah dikunjungi oleh rombongan ini ialah pembangunan kawasan Zon Bebas Cukai di Pulau Bayas yang akan menjadi tarikan utama di Tasik Kenyir apabila dibuka nanti. YB Dato’ Haji Osman juga telah melawat Santuari Kelah di Sungai Petang dan tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri keunikan serta bermain dengan ikanikan kelah di sini. 2 3 Rombongan SUK ini diraikan dengan jamuan tengah hari di Petang Island Resort sebelum berlepas balik ke Pengkalan Gawi. Kenyir Elephant Conservation Village merupakan destinasi terakhir dikunjungi oleh rombongan sebelum pulang ke Kuala Terengganu. 1.  YB Dato’ Haji Osman Muda (dua kanan) meninjau projek kompleks perniagaan di Pulau Bayas. 2.  YB Dato’ SUK dan rombongan mengambil peluang untuk mencuba sendiri pengalaman bermesra dengan ikan kelah di Santuari Kelah, Sungai Petang. 3.  Rombongan bergambar kenangan di Taman Tropika. 3 INFO KETENGAH | MEI 2015

[close]

p. 4

INFO KETENGAH | MEI 2015 1 2 KETENGAH SERTAI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2015 KETENGAH TELAH MENYERTAI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2015 YANG DIADAKAN PADA 21–23 MEI 2015 BERTEMPAT DI DATARAN GEMILANG PUTRAJAYA. KETENGAH DAN AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MENYERTAI PAMERAN YANG DIKENDALIKAN OLEH BIRO HAL EHWAL LUAR BANDAR (H.E.L.B). 1 3 HELB Hub Centre adalah medan untuk para usahawan desa dan bandar khususnya golongan belia yang sedang berusaha untuk berkembang melalui gerbang jalinan usahawan yang disediakan. Bagi mengisi ruang pameran, KETENGAH telah mempamerkan produk pelancongan Tasik Kenyir dan demonstrasi serta jualan batik Terengganu daripada salah saorang usahawan batik dalam wilayah KETENGAH. Selain daripada itu KETENGAH juga mempromosikan Festival Kenyir 2015 yang akan berlangsung pada 31 Mei hingga 6 Jun 2015, Perasmian bagi pameran ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan YB. Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 24 Mei 2015 jam 3.00 petang. Beliau sempat melawat gerai-gerai pameran agensi kerajaan di bawah KKLW. 4 1.  Pengusaha batik daripada wilayah KETENGAH membuat demonstrasi mencanting batik. 2. Gerai KETENGAH turut memaparkan gambar-gambar flora dan fauna di Tasik Kenyir. 3.  YB Encik Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan menerima cenderamata ketika melawat gerai KETENGAH. 4.  Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan informasi semasa karnival berlangsung. 4

[close]

p. 5

1 KENYIR WATERPARK DIBUKA 2 TASIK KENYIR KINI MEMPUNYAI SATU LAGI TARIKAN TERBAHARU IAITU TAMAN TEMA AIR TASIK KENYIR ATAU KENYIR WATER PARK (KWP) YANG MULA DIBUKA KEPADA UMUM PADA 31 MEI 2015. IA TERLETAK DI ATAS PULAU POH IAITU PULAU PALING HAMPIR DI HADAPAN PENGKALAN GAWI DAN MERUPAKAN FASA PERTAMA DARIPADA 3 FASA PEMBANGUNAN YANG DIRANCANG. 3 KWP ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti bilik air, bilik persalinan dan tempat barang, surau, bilik untuk ibu, pusat pertolongan cemas, taman selera dan dewan serbaguna. Ia akan memberikan suatu pengalaman yang sangat mengasyikkan bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk golongan dewasa juga. Pembukaan fasa pertama KWP ini telah menjadi satu tarikan terbaru kepada pengunjung sekali gus telah menjadi pemangkin kepada industri pelancongan di Terengganu khususnya di Tasik Kenyir. Bermula pada hari pertama lagi para pengunjung telah berpusu-pusu mengunjungi KWP ini yang berupaya menampung 600 pengunjung pada satu-satu masa. Pembangunan fasa pertama ini membabitkan beberapa peralatan berasaskan air bertunjangkan ‘Water Play Pool’ dengan ‘water play station’ dan ‘water toys’ di dalam kolam sedalam 600 mm. Ia juga menyediakan kemudahan kolam terapung di dalam tasik serta kemudahan-kemudahan permainan untuk kanak-kanak dan juga gelungsur untuk dewasa,remaja dan kanak-kanak. 1.  Kanak-kanak begitu seronok sekali menikmati peluang bermain di taman tema air yang pertama di Terengganu. 2. Bermandi manda di water play station lengkap dengan gelungsur. 3. Orang ramai tiba di jeti Pulau Poh untuk ke KWP. 5 INFO KETENGAH | MEI 2015

[close]

p. 6

INFO KETENGAH | MEI 2015 1 2 368 PESERTA AMBIL BAHAGIAN DALAM KLIT 2015 1 MEN 18-26 YEARS WOMEN 37 YEARS & ABOVE KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON 1) Lakruwan Wijesiri Dewa 1) Veronica Uhen 2015 MERUPAKAN ACARA TAHUNAN SIRI Sri Lanka - Time - 02:28:26 Malaysia - Time - 03:04:35 2) Nordin bin Sadiga 2) Wendy Wong KE-11 YANG TELAH DIADAKAN SEJAK 2005. Malaysia - Time - 02:36:58 Malaysia - Time - 03:18:32 KEJOHANAN BERTARAF ANTARABANGSA 3) lee Teng Wei 3) Eu Yeok Fay INI MERUPAKAN ACARA ‘SPORTS TOURISM’ Malaysia - Time- 02:39:54 Malaysia - Time - 03:30:30 TASIK KENYIR KINI MEMPUNYAI SATU LAGI TARIKAN TERBAHARU YANG TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI ACARA MEN 27-33KENYIR YEARS WOMEN 27-36 YEARS IAITU TAMAN TASIK ATAU KENYIR WATER PARK TERAS KALENDAR PELANCONGAN NEGERI TEMA AIR1) Jeuland 1) Teryn Tham Perancis - Time - 02:17:45 Singapura - Time 2015. - 03:28:02 (KWP) YANG MULA DIBUKA KEPADA UMUM PADA 31 MEI TERENGGANU 2015. 2) 3) Zuhar bin Ismail Malaysia - Time - 02:23:08 Laurence Gerang Ak Moses Malaysia - Time - 02:33:42 2) 3) Low Mey Ping Malaysia - Time - 03:37:58 Khoo Sher Li Malaysia - Time - 03:41:37 KLIT 2015 ini dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Kerajaan NegeriPENGKALAN GAWI DAN MERUPAKAN FASA PERTAMA DI HADAPAN Terengganu dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan. Ia DARIPADA FASA YANG DIRANCANG. diadakan pada 3 Mei 2015 bertempat di Pengkalan 3 Gawi, Tasik PEMBANGUNAN MEN 34-40 YEARS WOMEN 18-26 YEARS Kenyir. Tiga disiplin yang terlibat ialah berenang sejauh 1.6 km 1) Mohamad Allie Helmy bin Sabtu 1) Nur Iman Nabilah Pembangunan fasa pertama ini membabitkan peralatan berasaskan air bertunjangkan diikuti acara berbasikal 45km sebelum menamatkan cabaran Malaysiabeberapa - Time - 02:29:48 Malaysia - Time - 03:17:38 ‘Water Play Pool’ dengan ‘water play station’ dan ‘water toys’ di dalam kolam sedalam 600 mm. Ia juga 2) Mohd Amran bin Abd Ghani 2) Ruth Ting Xianxian dengan berlari sejauh 11km. menyediakan kemudahan kolam terapung di dalam serta kemudahan-kemudahan permainan untuk Malaysia - Timetasik - 02:30:37 Malaysia - Time - 03:47:23 kanak-kanak dan juga gelungsur untuk dewasa,remaja dan kanak-kanak. 3) Brudi Ak Igar Seramai 368 peserta dari pelbagai negara telah menyertai TERLETAK DI ATAS PULAU POH IAITU PULAU PALING HAMPIR IAITU IA Malaysia - Time - 02:40:49 MEN RELAY kejohanan pada kali ini seperti Australia, Denmark, Perancis, 1) bilik Team 812Time02:05:45 KWP ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti air, bilik persalinan dan Hong Kong, Itali, Jepun, Kenya, Belanda, New Zealand, Norway, MEN 41-47 YEARS 2) Team 801Time02:18:46 Ia tempat barang, surau, bilik untuk ibu, pusat pertolongan cemas, taman selera dan dewan serbaguna. Singapura, Sri Lanka, Thailand dan United Kingdom bagi 1) Tsuyoshi Sawada Amzar Team 820- Time- 02:19:09 akan memberikan suatu pengalaman yang sangat mengasyikkan bukan 3) sahaja untuk kanak-kanak malah merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan berjumlah Jepun - Time - 02:35:05 untuk golongan dewasa juga. RM55,000.00 di dalam 12 kategori. 2) Mit Chamnancol MIXED RELAY Pembukaan fasa pertama KWP ini telah menjadi satu tarikan terbaru kepada pengunjung sekali gus telah 3) Richard Tang 2) Team 915- Time02:24:30 Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh menjadi Tuan pemangkin kepada industri di Terengganu Tasik Kenyir. pelancongan Malaysia - Time - 02:52:38 khususnya 3) di Team 902Time-Bermula 02:36:57pada Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Haji Che hari pertama lagi para pengunjung telah berpusu-pusu mengunjungi KWP ini yang berupaya menampung Zakaria bin Che Awang yang diiringi Pengurus Pelancongan MEN 48-54 YEARS TERENGGANU CLOSE 600 pengunjung pada satu-satu masa. dan Pembangunan Tasik Kenyir, Haji Ahmad Fakaruddin bin 1) Muhamad Razani Husain 1) Rupert Chen Ahmad dan Pengurus Tanah dan Kuasa Tempatan, Encik Malaysia - Time - 02:34:41 2) Mohd Nazri bin Ahmad Mukhtar bin Che Ali. 2) Steen Puggaard 3) Mohd Hazwan bin Abd Razak Pemenang keseluruhan KLIT 2015 bagi kategori lelaki telah dirangkul oleh Jeuland dari Perancis manakala bagi kategori wanita pula dimenangi oleh peserta Malaysia, Veronica Uhen. Pemenang-pemenang mengikut kategori adalah sebagaimana di sebelah: Denmark - Time - 02:49:45 3) Charoen Khangkharo Thailand - Time - 02:58:57 MEN 55 YEARS & ABOVE 1) Khor Ngee Leong Malaysia - Time - 02:54:15 2) Ong Teck Keong Malaysia - Time - 03:18:05 3) Ong Boon Hin Malaysia - Time - 03:24:43 SPECIAL PRIZE (OKU) 1) Mohd Sabki bin Arifin- Malaysia Thailand - Time - 02:44:42 1) Team 912- Time- 02:18:27 1.  Peserta-peserta yang menamatkan acara renang berlari untuk memulakan acara berbasikal. 2.  Tuan Haji Che Zakaria menyampaikan hadiah kepada para pemanang. 6

[close]

p. 7

KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON 2015 7 INFO KETENGAH | MEI 2015

[close]

p. 8

INFO KETENGAH | MEI 2015 1 PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI 4/2015 2 PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI 4/2015 TELAH DIADAKAN PADA 4 MEI 2015 BERTEMPAT DI BALAI ORANG RAMAI (BALORA), BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH TERMASUK DARIPADA UNIT PENGURUSAN PROJEK WILAYAH KETENGAH (UPPWK) DAN JUGA KETENGAH HOLDINGS HADIR. 3 Perhimpunan kali ini turut meraikan Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar yang telah dikurniakan anugerah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu DPMT yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu Ke-53. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan tayangan video aktiviti-aktiviti KETENGAH sepanjang bulan April. Sejurus selesai, majlis diteruskan dengan ucapan Pengurus Besar, Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Dalam ucapannya, Pengurus Besar mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan di atas segala bantuan, sokongan dan kerjasama dalam menguruskan KETENGAH. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada 4 orang kakitangan KETENGAH yang turut mendapat anugerah dan bintang sempena Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu Ke-53. Pengurus Besar juga mengingatkan bahawa bulan April hingga Jun adalah bulan yang sibuk bagi KETENGAH kerana terdapat 2 acara besar yang akan berlangsung. Pertamanya ialah Karnival Pembangunan KETENGAH sempena sambutan ke-42 tahun KETENGAH pada 11 – 13 April 2015. Pada akhir Mei pula KETENGAH akan menganjurkan acara tahunan iaitu Festival Kenyir di Pengkalan Gawi pada 31Mei – 6 Jun 2015. Justeru beliau mengungatkan kakitangan agar memberi sepenuh perhatian dan tumpuan kepada tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah pekerja cemerlang bulanan bagi semua kategori jawatan dan anugerah kecemerlangan dalam PMR yang telah diperolehi oleh anak-anak kakitangan KETENGAH. 1. Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud 2. Kakitangan yang hadir mendengar ucapan daripada Pengurus Besar. 3.  Dato’ Haji Wan Mat Amin diiringi Encik Mukhtar, Encik Said dan Tuan Haji Walid memotong kek bagi meraikan mereka. 8

[close]

p. 9

“FUN RIDE“ TTB, KUALA PING, HULU TERENGGANU 1 2 KARNIVAL TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU (TTB) DAERAH HULU TERENGGANU DAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2015 TELAH BERLANGSUNG PADA 14 MEI 2015 HINGGA 17 MEI 2015 DI DATARAN KUALA PING, HULU TERENGGANU. 3 ini telah dilakukan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail pada jam 8:30 pagi di hadapan Mini RTC, Kuala Ping. Program ini telah disertai oleh kira-kira 200 orang peserta termasuk daripada 3K Bike Kelab Keluarga Ketengah, Kelab Ulu Cycling dan lain-lain yang berkonsepkan kayuhan santai. Sebanyak 50 cabutan bertuah telah disediakan kepada pesertapeserta. Pendaftaran telah dibuka seawal jam 7 pagi dan 200 penyertaan atau pendaftaran terawal telah mendapat baju-t yang disediakan oleh penganjur. Program berlangsung dengan penuh meriah di mana para peserta dapat menikmati keadaan sekitar yang tenang di samping beramah mesra di antara satu sama lain. 4 Program anjuran Kerajaan Negeri ini menyediakan 40 gerai jualan dan pameran oleh para usahawan, agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B. Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman pada 15 Mei 2015. Selain gerai jualan, pameran kerjaya dan pendidikan, karnival ini juga turut dimeriahkan dengan aktiviti sukan dan forum perdana serta pelbagai aktiviti lain. Salah satu program yang dikendalikan oleh KETENGAH ialah Fun Ride TTB sejauh 24km. Flag off acara berbasikal 1.  Tuan Haji Omar (kiri) dan Tuan Haji Fakarudin melepaskan peserta acara Fun Ride TTB Hulu Terengganu. 2. Peserta bersiap sedia untuk memulakan kayuhan. 3. YB Dato’ Haji Rozi (kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang peserta. 4. Fun Ride – beriadah sambil mengeratkan hubungan silaturahim. 9 INFO KETENGAH | MEI 2015

[close]

p. 10

INFO KETENGAH | MEI 2015 1 KETENGAH USAHA LAHIRKAN PENGGERAK MASYARAKAT SEBAGAI PENCETUS UMMAH KETENGAH DENGAN KERJASAMA YAYASAN ISLAM TERENGGANU TELAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MELAHIRKAN ‘PENGGERAK MASYARAKAT’ DI KAMPUNGKAMPUNG WILAYAHNYA MELALUI PENGANJURAN KURSUS PENGGERAK UMMAH (WANITA) WILAYAH KETENGAH PADA 7 HINGGA 9 MEI 2015 BERTEMPAT DI RTC TERENGGANU, BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. 1 Program kali ini mensasarkan kaum wanita sebagai pencetus yang akan menggerakkan masyarakat dengan pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan 2 3 seterusnya bertindak sebagai Dai’e Ummah dalam meningkatkan nilai diri insan. Kursus ini dihadiri oleh 43 peserta yang terdiri daripada guru-guru KAFA DUN Bukit Besi serta 4 orang kakitangan KETENGAH. Ia dibimbing oleh penceramah-penceramah berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr Hasnan Kasan, Ustaz Kamaruddin Omar serta Ustaz Fakhrul Anuar Zukawi. Antara kandungan kursus adalah Isu-isu Kekeluargaan dan Masyarakat, Penghayatan dan Bacaan Dalam Solat serta aktiviti berkumpulan. 1.  Peserta-peserta kursus bergambar kenangan selepas berkursus. 2.  Puan Shujairah menerima hadiah johan pesembahan terbaik berkumpulan. 3.  Sesi kursus yang dijalankan memberi pendedahan akan potensi diri masing-masing. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN… CIK NUR AMALINA BINTI MOHD BASRI MULA BERKHIDMAT: Pegawai Tadbir (Kontrak) pada 14 Mac 2010 Lantikan Ke Jawatan Tetap pada 15 Mac 2015 INFO KETENGAH MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS. PUAN MUZIAKMA BINTI ALI sumbangan banjir kepada Pengurus MULA BERKHIDMAT: Besar untuk kakitangan KETENGAH Pegawai Tadbir (Kontrak) pada 28 yang terlibat banjir. Mac 2010 2. Sebahagian daripada pegawai dan kakitangan hadir. Lantikan Ke Jawatan Tetap yang pada 15 3.  YB Datuk Timbalan Menteri diiringi oleh Mac 2015 Datuk Seri KSU dan timbalan-timbalan KSU. 1.  YB Timbalan Menteri menyampaikan 10

[close]

p. 11

PENGURUSAN KETENGAH PANTAU PROJEK DI TASIK KENYIR 1 2 PADA 8 MEI 2015, PIHAK PENGURUSAN KETENGAH DIKETUAI OLEH PENGURUS BESAR DATO’ HAJI WAN MAT AMIN WAN DAUD TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE PROJEKPROJEK YANG DILAKSANAKAN DI TASIK KENYIR. DI ANTARA PROJEK YANG DILAWATI IALAH TAMAN BURUNG, TAMAN TROPIKA, TAMAN RAMA-RAMA, KENYIR WATER PARK DI PULAU POH DAN KAWASAN PEMBANGUNAN ZON BEBAS CUKAI, PULAU BAYAS. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk melihat sendiri perkembangan yang berlangsung di mana projek-projek ini adalah projek penting yang akan membawa impak yang besar kepada pembangunan Tasik Kenyir. Hadir sama di dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Che Zakaria Che Awang Timbalan Pengurus 3 Besar (Pembangunan), Encik Mahdi Amin Ahmad Pengurus Khidmat Pengurusan dan Tuan Haji Ahmad Fakarudin Ahmad Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir. 1. 2&3. Rombongan bergambar kenangan di Santuari Kelah. Lawatan ke Kenyir Elephant Village. Jasamu dikenang TUAN HAJI CHE AMRAN BIN YAACOB mula berkhidmat di KETENGAH pada tahun 1986 sebagai Penolong Pengurus dan dilantik ke jawatan Pengurus N48 pada 1 Februari 2009. Beliau mengambil keputusan untuk bersara pilihan pada 1 Mei 2015. Pengurusan KETENGAH merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas jasa bakti beliau selama di KETENGAH. Info KETENGAH mengucap kan Selamat Maju Jaya. 11 INFO KETENGAH | MEI 2015

[close]

p. 12

INFO KETENGAH | MEI 2015 1 PENGURUS BESAR KETENGAH MUNCUL DALAM SELAMAT PAGI MALAYSIA SIDANG PENGARANG BAGI MEMPROMOSIKAN FESTIVAL KENYIR 2015 YANG MERUPAKAN ANTARA ACARA TAHUNAN YANG DIADAKAN OLEH KETENGAH DI TASIK KENYIR, PENGURUS BESAR KETENGAH DATO’ HAJI WAN MAT AMIN WAN DAUD TELAH MUNCUL DI TV1 DALAM RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA UNTUK BERCAKAP MENGENAI FESTIVAL KENYIR 2015. 2 Ia bagi menguar-uarkan Festival Kenyir yang akan diadakan pada 31 Mei hingga 6 Jun 2015 bertempat di Pangkalan Gawi Tasik Kenyir. Pelbagai acara menarik akan berlangsung sepanjang Festival Kenyir 2015 termasuklah acara di darat dan di tasik. Beliau juga turut memaklumkan pembukaan Kenyir Water Park yang merupakan produk terbaru di Tasik Kenyir yang mampu menarik pengunjung terutamanya kanakkanak. Akhirnya beliau menyeru agar orang ramai sama-sama dapat hadir di Festival Kenyir 2015 pada 31 Mei – 6 Jun 2015. 1. Penaung  Tn. Haji Wan Mat Amin Wan Daud 2. Penasihat  Tn. Haji Omar Ismail 3. Ketua Pengarang Rosli Haji Ngah 4. Penyelaras/ Jurugambar Mohd Salleh Ibrahim 5. Pengarang Wan Salwadi Wan Sulong 6. Pengarang Norfarhana Maharudin 7. Pengarang 8. Pengarang  Hazrol Eizwal Jasni Alias A. Rashid 9. Pengarang Ahmad Tarmizi Alang Salim 10. Pengarang Latiff Muhamad 11. Pengarang 12. Pengarang Norzaini A. Rahman Noarimi A. Majid 13. Pengarang Norshahira Said 1. 2. Dato’ Haji Wan Mat Amin menerangkan mengenai Fsetival Kenyir 2015. Merakamkan kenangan bersama pengacara SPM di TV1. 12

[close]

Comments

no comments yet