Info KETENGAH APRIL 2015

 

Embed or link this publication

Description

Info KETENGAH APRIL 2015

Popular Pages


p. 1

KE ARAH MASYARAKAT BERMAKLUMAT www.ketengah.gov.my APRIL 2015 BIL SELANJUTNYA DI DALAM 172 YB MENTERI KKLW RASMI KARNIVAL PEMBANGUNAN KETENGAH 2015

[close]

p. 2

INFO KETENGAH | APRIL 2015 KETENGAH SAMBUT ULANG TAHUN PENUBUHANNYA YANG KE-42 1 2 KETENGAH TELAH DITUBUHKAN SECARA RASMI PADA 12 APRIL 1973 MELALUI AKTA PARLIMEN BIL. 104/1973. SEMENJAK ITU KETENGAH TELAH MENGORAK LANGKAH MEMAJUKAN WILAYAH YANG SERBA KEKURANGAN INI DENGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL, PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN INSAN. 3 Pada 12 April 2015 KETENGAH telah merayakan sambutan ulang tahunnya yang ke-42 di mana satu karnival yang dikenali sebagai Karnival Pembangunan KETENGAH 2015 telah diadakan selama 3 hari iaitu mulai 11-13 April 2015. Pelbagai program telah diadakan sepanjang Karnival Pembangunan KETENGAH 2015 termasuklah pameran dari agensi kerajaan dan swasta, jualan produk usahawan, persembahan artis, pertandingan karaoke, forum perdana, pertandingan memancing, sukan rakyat dan banyak lagi. Program telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Hadir sama ialah YB. Encik Roslee Daud Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri, YB. Encik Ghazali Taib Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, YB Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad Ketua Setiausaha KKLW, serta Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH. Di dalam ucapan perasmiannya YB. Menteri telah mengucapkan tahniah kepada KETENGAH di atas kejayaannya membangunkan wilayah ini. Menurut beliau KETENGAH telah melaksanakan transformasi besar terhadap wilayah ini melalui pelbagai program pembangunannya yang telah memajukan wilayah ini. Menurut beliau lagi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan terus melaksanakan program pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira tempat tinggal mereka. Justeru, YB. Dato’ Seri Haji Shafie menyeru penduduk agar melakukan trasformasi terhadap diri dan keluarga agar kehidupan mereka terus meningkat pada masa hadapan sejajar dengan kepesatan pembangunan negara yang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. 1. Ketibaan YB Dato’ Seri Shafie disambut meriah. 2.  “KETENGAH telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dalam membangunkan wilayah ini” tegas YB Menteri. 3. YB Dato’ Seri Shafie memotong kek ulang tahun KETENGAH yang ke-42. 2

[close]

p. 3

1 YB DATO’ SERI SHAFIE LANCAR BAS HENTI-HENTI MARALINER RTC TERENGGANU SEMPENA SAMBUTAN KARVIVAL PEMBANGUNAN KETENGAH 2015 YB. MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL TELAH MELANCARKAN 2 BUAH BAS SYARIKAT MARA LINER YANG BERPUSAT DI RTC TERENGGANU BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. DUA BUAH COASTER INI MENGADAKAN PERKHIDMATANNYA DI DUA LALUAN IAITU BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH KE DUNGUN. 2 Laluan 1 dari RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Billah Shah melalui UiTM Bukit Besi, Bandar Bukit Besi dan ke Bandar Dungun. Laluan 2 pula ialah dari RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Billah Shah melalui Bandar Ketengah Jaya, Paka dan Bandar Dungun. Perkhidmatan bas henti-henti ini sememangnya amat diperlukan kerana ia dapat memberi kemudahan kepada penduduk pedalaman terutamanya di dalam wilayah KETENGAH. YB. Menteri telah memotong riben dan merenjis air mawar pada kedua buah bas tersebut. Hadir di majlis pelancaran tersebut ialah YB. Encik Roslee bin Daud Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri, YB. Encik Ghazali Taib Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tuan Haji Salimi bin Yusof Pengarah MARA Negeri, Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH serta pegawai-pegawai kanan MARA dan KETENGAH. 3 1.  YB Dato’ Seri Shafie memotong riben bagi merasmikan kedua-dua bas. 2.  Perkhidmatan yang akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk luar bandar, kata YB Menteri. 3.  YB Menteri dan tetamu-tetamu kehormat turut mencuba keselesaan bas henti-henti Maraliner RTC Terengganu. 3 INFO KETENGAH | APRIL 2015

[close]

p. 4

INFO KETENGAH | APRIL 2015 PUSAT HEMODIALISIS DI RTC TERENGGANU DIBUKA SATU KEISTIMEWAAN YANG ADA DI RTC TERENGGANU JIKA DIBANDINGKAN DENGAN RTC LAIN DI MALAYSIA IALAH IA MEMPUNYAI SEBUAH PUSAT HEMODIALISIS YANG DAPAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA PARA PESAKIT DIABETIK YANG MEMERLUKAN KHIDMAT MENCUCI DARAH. 1 1 2 Sebanyak 6 unit mesin telah ditempatkan di pusat ini dan dikawal selia oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Dengan pengoperasian pusat ini, pesakit yang tinggal di sekitar Bandar Al Muktafi Billah Shah, Bukit Besi, Ketengah Jaya dan kampungkampung tradisi yang berhampiran kini boleh mendapat perkhidmatan di pusat ini. Sebelum ini pesakit-sakit yang memerlukan perkhidmatan mesin Hemodialisis terpaksa berulang alik ke Hospital Dungun, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan. Kini dengan beroperasinya di RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Billah Shah para penduduk dapat menarik nafas lega kerana tidak lagi perlu pergi jauh untuk khidmat yang diperlukan. Mengiringi YB. Menteri ialah YB. Encik Roslee Daud, YB. Encik Ghazali Taib, Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud serta Dr. Nasibah binti Fadzil Pegawai Kesihatan Hospital Daerah Dungun. YB Menteri turut meluangkan masa untuk meninjau pusat ini dan bertemu dengan orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan. 3 Pusat Hemodialisis di RTC Terengganu ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 12 April 2015 sempena Karnival Pembangunan KETENGAH 2015 barubaru ini. 1.  YB Dato’ Seri Shafie menandatangani plak perasmian Pusat Hemodialisis RTC Terengganu. 2.  Salah seorang pesakit yang menerima perkhidmatan dikunjungi oleh YB Menteri. 3.  YB Menteri turut menyampaikan cenderamata kepada mereka yang mendapatkan perkhidmatan di sini. 4

[close]

p. 5

1 KARNIVAL KESIHATAN RTC TERENGGANU “HEALTH FOR MALAYSIA” 2 PADA 3 HINGGA 4 APRIL 2015 SATU PROGRAM YANG DINAMAKAN KARNIVAL KESIHATAN RTC TERENGGANU “HEALTH FOR MALAYSIA” ANJURAN RTC TERENGGANU BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR TELAH DILANGSUNGKAN. 3 Program ini diadakan bertujuan memudahkan penduduk setempat yang tidak mempunyai kenderaan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital. Lawatan ke rumah-rumah secara percuma turut diadakan. Sepanjang karnival berlangsung selama dua hari, pelbagai program telah diatur di antaranya pameran dan pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan bagi kanak-kanak, derma darah, farmasi, demonstrasi pemakanan sihat dan lawatan kesihatan dari rumah ke rumah. Sambutan dari orang ramai terutamanya pelajar-pelajar UMP, UiTM dan pelajar sekolah menengah di seluruh negeri Terengganu amat menggalakkan. Ia amat baik dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap kesihatan penduduk terutamanya di wilayah KETENGAH. 1.  Acara untuk kanak-kanak diadakan dengan tujuan mempromosikan kesihatan dan kecergasan. 2.  Pemeriksaan kesihatan turut diadakan sepanjang karnival berlangsung. 3.  Lawatan ke rumah-rumah pesakit OKU dan kanak-kanak juga dilakukan. 5 INFO KETENGAH | APRIL 2015

[close]

p. 6

INFO KETENGAH | APRIL 2015 1 2 APC SERAMAI 30 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH TELAH DIPILIH BAGI MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) ATAS SUMBANGAN KHIDMAT CEMERLANG YANG DITUNJUKKAN MEREKA SEPANJANG TAHUN 2014. KETENGAH 2014 BIL NAMA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 3 4 PENERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG JAWATAN BAHAGIAN/UNIT Mahdi Amin bin Ahmad Hazrol Eizwal bin Jasni Ahmad Kamsa bin Deraman @ Abd. Rahman Shuhana binti Sharifudin Rosmizu bin Harun Jusoh Zasenawi bin Ngah Mohd Shukri bin Wahab Rahimah binti Ali Nor Rulzamzamlaila binti Mohamed Salim Aidawati binti Yahaya Norman bin Mohd Noor Kamarul Zaman bin Muda Mat Jusoh bin Mat Amin Zainuddin bin Mohamad Alias bin Mohamad Rosli bin Adam Ratnawati @ Saedah binti Abd. Razak Mohd Rosdi bin Rashid Zurita binti Wahab Mohd Shamsuddin bin Mohamed Zaidi Mohd Zaki bin Mohd Nor Kamarudin bin Mansor Selmu binti Salleh Mohd Zainal bin Mohd Ali Mohd Sabri bin Mat Yunus Ainon bin Rani Mohd Fairuz Amri bin Kamarudin Nik Li bin Nik Abdullah Wan Zaki bin Ngah Pengurus Khidmat Pengurusan Pegawai Teknologi Maklumat  Pem. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pegawai Tadbir Pelancongan & Pembangunan Tasik Kenyir Pegawai Perancang Bandar & Desa Perkhidmatan Teknik Penolong Jurutera Khidmat Pengurusan Penolong Jurutera Kesejahteraan Rakyat Penolong Juruukur Tanah dan Kuasa Tempatan Setiausaha Pejabat Pejabat Pengurus Besar Setiausaha Pejabat Khidmat Pengurusan Setiausaha Pejabat Perancangan Strategik Penolong Pegawai Tadbir Khidmat Pengurusan Penolong Pegawai Penguatkuasa Pelancongan & Pembangunan Tasik Kenyir Penolong Pegawai Pertanian Kesejahteraan Rakyat Penolong Pegawai Pertanian Ekonomi dan Usahawan Pembantu Tadbir Tinggi Khidmat Pengurusan Pembantu Tadbir (P/O) Tanah dan Kuasa Tempatan Pembantu Tadbir (P/O) Pemantauan dan Penilaian Pembantu Tadbir (P/O) Kesejahteraan Rakyat Pembantu Tadbir (P/O) Tanah dan Kuasa Tempatan (Ceneh Baharu) Pembantu Penguatkuasa Pelancongan & Pembangunan Tasik Kenyir Pembantu Penguatkuasa Tanah dan Kuasa Tempatan Juruaudio Visual Komunikasi Korporat Pembantu Operasi Khidmat Pengurusan Pembantu Awam Tanah dan Kuasa Tempatan Pembantu Awam Tanah dan Kuasa Tempatan Pembantu Awam Tanah dan Kuasa Tempatan Pembantu Awam Tanah dan Kuasa Tempatan Pembantu Awam Tanah dan Kuasa Tempatan Penghantar Notis Perumahan Majlis APC KETENGAH 2014 telah diadakan pada 12 April 2015 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah bersekali dengan Karnival Pembangunan Sempena Ulang Tahun Ke-42 KETENGAH. Majlis ini telah disempurnakan perasmian dan penyampaian anugerah oleh YB. Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. YB. Menteri juga turut menyampaikan anugerah kepada 13 orang pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun. PEGAWAI DAN KAKITANGAN LAMA BERKHIDMAT BIL NAMA JAWATAN BAHAGIAN/UNIT Pem. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pembangunan Insan dan Pendidikan Pejabat Pengurus Besar (Unit Audit Dalam) Khidmat Pengurusan Tanah dan Kuasa Tempatan Kewangan dan Belanjawan Perumahan Tanah dan Kuasa Tempatan Pelancongan & Pembangunan Tasik Kenyir Pejabat Pengurus Besar (Unit Undang-Undang) Pemantauan dan Penilaian Tanah dan Kuasa Tempatan (Seri Bandi) 1. Che Wan Ahmad Wan Embong Pengurus 2. Haji Mohd Zain bin Haji Mohd Amin Penolong Pengurus 3. Hajah Wan Naimah Abadi binti Wan Ngah Penolong Juruaudit Kanan 4. Alias bin Mohamad Pembantu Tadbir Tinggi 5. Rosli bin Adam Pembantu Tadbir (P/O) 6. Nor Zuida Hanum binti Ngah Pembantu Tadbir (P/O) 7. Noraidah binti Mohd Nor Pembantu Tadbir (P/O) 8. Haji Manaf bin Salleh Pembantu Tadbir (P/O) 10. Mohamad Hanafiah bin Sosi @ Said Pembantu Penguatkuasa 11. Sulaiman bin Abdul Majeed Pembantu Penguatkuasa 12. Mohamad bin Salleh Pembantu Operasi 13. Mustafa Afifi bin Abdullah Pembantu Awam 1. 2. 3 & 4. YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal. Barisan penerima anugerah bergambar kenangan dengan YB Menteri. YB Menteri menyampaikan anugerah kepada para penerima. 6

[close]

p. 7

SEKITAR KARNIVAL PEMBANGUNAN KETENGAH 2015 7 INFO KETENGAH | APRIL 2015

[close]

p. 8

INFO KETENGAH | APRIL 2015 JAMBORI MTB RTC TERENGGANU TARIK 600 PESERTA 1 2 Sempena dengan Sambutan Karnival Pembangunan KETENGAH 2015, KETENGAH buat pertama kalinya telah menganjurkan Jambori MTB RTC Terengganu pada 11 April 2015. Selaras dengan namanya, acara ini telah bermula dan berakhir di Bangunan RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Billah Shah. Antara lain tujuan acara ini diadakan adalah bagi memperkenalkan lagi kepada umum tentang RTC Terengganu sebagai sebuah pusat yang dapat memberi pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai. Program julung kali ini telah mendapat sambutan yang sangat baik di mana seramai 600 peserta dari seluruh negara menyertai acara sejauh 42km ini di mana 10 km di atas jalan raya dan 32km ‘off road’. Sebanyak 4 kategori telah diadakan iaitu Terbuka Lelaki, Junior, Vateran dan Terbuka Wanita. YB. Dato’ Haji Rozi Mamat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri telah merasmikan acara ini yang berjalan dengan penuh meriah. Hadir sama ialah Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (O) serta pengurus-pengurus bahagian. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Rozi diikuti dengan cabutan nombor bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah kepada peserta. 3 4 1. 600 peserta yang mengambil bahagian memenuhi kawasan RTC Terengganu. 2. Peserta-peserta tidak sabar-sabar untuk memulakan kayuhan. 3.  YB Dato’ Haji Rozi (dua dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang. 4.  Acara pelepasan pserta Jambori MTB RTC Terengganu disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Rozi. 8

[close]

p. 9

KENYIR RANGERS ADAKAN RONDAAN PENGUATKUASAAN BERSEPADU 1 2 RONDAAN PENGUATKUASAAN BERSEPADU KENYIR RANGERS INI TELAH DIADAKAN PADA 29-30 APRIL 2015 DI ZON B, IAITU LALUAN DARI PENGKALAN GAWI KE SUNGAI TERENGGAN, SUNGAI TEMBAT DAN SUNGAI PETUANG TERMASUK KAWASAN PASIR PULAU, SUNGAI MANDAK, SUNGAI SIPUT, LATA TERAP DAN KAWASAN BERDEKATAN SUNGAI MANON. Tujuannya ialah untuk memantau pencerobohan dan kegiatan tangkapan ikan secara haram seperti memukat, menahan bubu dan menuba yang menjejaskan pembiakan ikan di Tasik Kenyir serta mengurangkan populasi ikan di sini. Rondaan ini dianjurkan oleh KETENGAH dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, PERHILITAN, Polis, Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Majlis Daerah Hulu Terengganu. 3 Operasi ini telah menggunakan 2 buah bot Kelah milik KETENGAH semasa rondaan dijalankan. Antara barang yang dirampas dalam rondaan ialah 8 bidang pukat 2” serta gigi dan tulang gajah. 1. Salah sebuah bot yang digunakan untuk rondaan bersepadu. 2 & 3.  Pelbagai peralatan menangkap ikan yang diharamkan telah dirampas semasa rondaan. 3K BIKE ADAKAN KAYUHAN SANTAI KE SEKAYU Kelab Keluarga KETENGAH turut menggalakkan aktiviti berbasikal ini melalui 3K Bike yang kini mempunyai 52 orang ahli. Pada 3 April 2015 seramai 20 orang ahli telah mengikuti program kayuhan santai di Hutan Lipur Sekayu dengan jarak kayuhan sejauh 25km. Selepas penat berkayuh, anggota kumpulan tidak melepaskan peluang untuk menikmati kesejukan air terjun Sekayu yang amat menyegarkan sebelum berlepas balik pada sebelah petangnya. AKTIVITI BERBASIKAL KINI MENJADI SATU AKTIVITI YANG AMAT POPULAR. INI KERANA IA MERUPAKAN SATU BENTUK RIADAH YANG MUDAH, TIDAK TERLALU LASAK SERTA TIDAK MEMERLUKAN PERBELANJAAN YANG BESAR. JUSTERU SEMAKIN RAMAI ANGGOTA MASYARAKAT MEMILIH BERBASIKAL SEBAGAI AKTIVITI RIADAH MEREKA. 1 2 1 & 2. Ahli-ahli 3K Bike bergambar kenangan sempena acara kayuhan santai ke Sekayu. 9 INFO KETENGAH | APRIL 2015

[close]

p. 10

INFO KETENGAH | APRIL 2015 1 FORUM PERDANA ‘BAKTI DITABUR HASIL DITUAI’ 2 SEMPENA SAMBUTAN KARNIVAL PEMBANGUNAN KETENGAH 2015 BAGI MERAYAKAN ULANG TAHUN KE-42 PENUBUHANNYA, KETENGAH TELAH MENGANJURKAN SATU FORUM PERDANA PADA 11 APRIL, 2015 BERTEMPAT DI BANGUNAN RTC TERENGGANU, BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. IA MERUPAKAN SEBAGAI PERMULAAN KEPADA PROGRAM SAMBUTAN SELAMA TIGA HARI YANG BERAKHIR PADA 13 APRIL, 2015. Ia dimulakan dengan program bacaan surah Yasiin dan solat hajat bertempat di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah bagi memohon keberkatan dan keselamatan di atas segala usaha yang dijalankan oleh KETENGAH. Selepas solat Isyaak, Forum Perdana ini telah diadakan dengan membawa tajuk Bakti Ditabur Hasil Dituai. Ahli-ahli panel bagi 1 Forum Perdana kali ini ialah Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah dari Universiti Sultan Zainal Abidin serta Ustaz Abdul Halim Awang yang juga merupakan pensyarah di universiti yang sama. Kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada penduduk setempat, kakitangan KETENGAH dan agensi-agensi sekitar serta para pelajar telah menghadiri forum ini. Turut hadir ialah Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud, Pengurus Besar serta pegawaipegawai kanan KETENGAH. Antara lain ahli-ahli panel telah menyarankan agar umat Islam bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT kepada negara kita termasuklah keamanan dan kemakmurannya. Jika dibandingkan dengan setengah-setengah negara Islam yang lain, kita amat beruntung kerana dapat melayari kehidupan kita dengan aman ULANG dan damai, SEMPENA TAHUN dapat pula menunaikan ibadah tanpa sebarang gangguan dan dapat pula mencari rezeki yang halal. Justeru umat Islam harus terus menabur bakti dan melakukan kerja-kerja amal secara berterusan demi mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT untuk kehidupan akhirat. Segala kebaikan yang kita lakukan hari ini adalah umpama pelaburan yang akan memberikan keuntungan pada masa hadapan. 1.  Pengurus Besar dan penguruspengurus bahagian turut hadir. 2.  Barisan ahli panel yang mengendalikan Forum Perdana. Dato’ Haji Wan Mat Amin PENGURUS BESAR DAPAT ANUGERAH DATO’ SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU YANG KE-53 PADA 26 APRIL 2015, TUAN HAJI WAN MAT AMIN WAN DAUD, PENGURUS BESAR KETENGAH TELAH DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN DATO’ PADUKA MAHKOTA TERENGGANU (D.P.M.T) YANG MEMBAWA GELARAN DATO’. KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU YANG KE-53 PADA 26 APRIL 2015, TUAN HAJI WAN MAT AMIN WAN DAUD, PENGURUS BESAR KETENGAH TELAH DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN DATO’ PADUKA MAHKOTA TERENGGANU (D.P.M.T) YANG MEMBAWA Info KETENGAH mengucapkan GELARAN DATO’. setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Haji Wan Mat Amin Info KETENGAH mengucapkan dengan iringan do’a semoga setinggi-tinggi tahniah kepada terus memandu KETENGAH ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. dengan iringan do’a semoga terus memandu KETENGAH ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. 1.  YB Timbalan Menteri menyampaikan sumbangan banjir kepada Pengurus Besar untuk kakitangan KETENGAH yang terlibat banjir. 2.  Sebahagian daripada pegawai dan kakitangan yang hadir. 3.  YB Datuk Timbalan Menteri diiringi oleh Datuk Seri KSU dan timbalan-timbalan KSU. 10

[close]

p. 11

600 SERTAI PERTANDINGAN RAJA SERAMA TASIK KENYIR PERINGKAT ASEAN 2015 1 2 Pemenang mengikut kategori adalah sebagaimana berikut: PERTANDINGAN AYAM SERAMA MERUPAKAN ACARA TAHUNAN YANG DIANJURKAN OLEH LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) DI TASIK KENYIR. PERTANDINGAN RAJA SERAMA TASIK KENYIR PERINGKAT ASEAN TAHUN 2015 INI TELAH DIKENDALIKAN OLEH KELAB KELUARGA KETENGAH DENGAN KERJASAMA PERSATUAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA NEGERI TERENGGANU PADA 25 APRIL 2015 BERTEMPAT DI PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR YANG DISERTAI HAMPIR 600 PENYERTAAN. Peserta-peserta adalah dari negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan Pahang. Manakala peserta luar negara adalah dari Thailand dan Indonesia. Pertandingan Raja Serama kali ini turut mendapat perhatian dan dihadiri wakil dari kelab Bulgaria. Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan iaitu Serama A (Berat 350 gram Ke Bawah), Serama B (Berat 351 gram – 500 gram), Serama Tanpa Lawi, Serama Muda, Serama Remaja, Serama Anak A (100 gram Ke Bawah dan Ciri-Ciri), Serama Anak B (140 gram Ke Bawah dan Ciri-Ciri) dan Serama Induk. Johan bagi setiap kategori menerima wang tunai RM600.00 dan piala, naib johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai bernilai RM 500.00 dan piala, tempat ketiga bagi setiap kategori pula menerima wang tunai sebanyak RM400.00 dan piala. Bagi Best Of The Best pula menerima wang tunai RM250.00 dan piala, Cabutan Bonanza 1 berjumlah RM1,000.00, Cabutan Bonanza 2 berjumlah RM500.00 dan lain-lain cabutan bertuah turut ditawarkan bagi memeriahkan lagi pertandingan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Omar Ismail TPB (O) KETENGAH. BIL KATEGORI 1 Serama A 2 Seramai B 3 Serama Tanpa Lawi 4 Serama Muda 5 Serama Anak A 5 Serama Anak B 6 Serama Induk PEMENANG 1 Rantau Serama 2 Joe Jambul 3 Kuzai Group 1 Sri Lempeng 2 King Kong GST 3 Zis Group 1 Bawah Air 2 Tok Nadoq 3 Group Tok Ayah 1 Dee Pasir Pekan 2 Man Marang 3 Ewan ST 1 Alias Burger 2 Buyong Marang 3 Din Bachok 1 Zul Tie 2 Nik Ha Kapal Layar 3 MHM Group 1 Din Buah Sri Kenali 2 Geng Anak Timur 3 Tok Teras Kota Bharu NEGERI Selangor Terengganu Kelantan Terengganu Kelantan Terengganu Kelantan Kedah Kelantan Kelantan Terengganu Kelantan Kelantan Terengganu Kelantan Terengganu Kelantan Terengganu Kelantan Terengganu Kelantan 3 1.  Tuan Haji Omar Ismail menyampaikan hadiah perdana cabutan bertuah kepada pemenangnya. 2. Para peserta membuat pendaftaran ayam masing-masing bagi menyertai pertandingan. 3. Seekor ayam serama memperagakan kecantikannya ketika bertanding. 11 INFO KETENGAH | APRIL 2015

[close]

p. 12

INFO KETENGAH | APRIL 2015 1 PROGRAM SEPAGI BERSAMA PENGURUS BESAR SIDANG PENGARANG KETENGAH telah mengadakan satu program bagi mempertemukan ketua-ketua jabatan, guru-guru, pemimpin-pemimpin masyarakat dengan Pengurusan KETENGAH pada 2 April 2015. Program yang dinamakan Sepagi Bersama Pengurus Besar KETENGAH ini telah diadakan di RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah. Di antara objektif program ini ialah: 1.  Menjalin hubungan kerjasama yang lebih erat antara jabatan/agensi kerajaan, swasta dan NGO di Bandar Al Muktafi Billah Shah. 2.  Mengadakan perbincangan tidak rasmi secara bersemuka berkaitan jabatan/ agensi masing-masing dengan pengurusan KETENGAH. 3.  Mengetahui dan mengenalpasti secara langsung kehendak-kehendak kumpulan sasar. 4. Menyampaikan objektif dan dasar-dasar KETENGAH dengan lebih jelas. Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud yang hadir sama pada pagi ini telah menyampaikan ucapan ringkas kepada para hadirin. Program berjalan dalam suasana mesra dan harmoni di mana mereka yang hadir turut beramah mesra di antara satu sama lain. 1. Penaung  Tn. Haji Wan Mat Amin Wan Daud 2. Penasihat  Tn. Haji Omar Ismail 3. Ketua Pengarang Rosli Haji Ngah 4. Penyelaras/ Jurugambar Mohd Salleh Ibrahim 5. Pengarang Wan Salwadi Wan Sulong 6. Pengarang Norfarhana Maharudin 2 1.  Tuan Haji Wan Mat Amin menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin. 2.  Sebahagian daripada jemputan yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan dan pemimpin masyarakat. 7. Pengarang 8. Pengarang  Hazrol Eizwal Jasni Alias A. Rashid 9. Pengarang Ahmad Tarmizi Alang Salim Jasamu dikenang 10. Pengarang Latiff Muhamad 11. Pengarang 12. Pengarang Norzaini A. Rahman Noarimi A. Majid : Encik Alias bin Deraman : Jaga : Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir Pengkalan Gawi Bersara Wajib pada : 11 April 2015 Nama Jawatan Bahagian 13. Pengarang Norshahira Said Pengurusan KETENGAH merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas jasa dan bakti yang telah beliau tabur selama ini dan mengucapkan selamat maju jaya. 12

[close]

Comments

no comments yet