Info KETENGAH MAC 2015

 

Embed or link this publication

Description

Info KETENGAH MAC 2015

Popular Pages


p. 1

KE ARAH MASYARAKAT BERMAKLUMAT www.ketengah.gov.my MAC 2015 BIL 171 MALAM GEMILANG KKLW 2015 SELANJUTNYA DI DALAM

[close]

p. 2

INFO KETENGAH | MAC 2015 MALAM GEMILANG KKLW 2014 1 SEBAGAIMANA AMALAN BIASA KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH TELAH MENGADAKAN MAJLIS MALAM GEMILANG KKLW 2014 BERTEMPAT DI HOTEL PALACE OF THE GOLDEN HORSES, KUALA LUMPUR PADA 20 MAC 2015. 2 Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Datuk Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Afdal dan isteri Datin Seri Hajah Shuryani binti Dato Haji Shuaib, Timbalan Menteri KKLW YB. Datuk Elexander Nanta Linggi dan Datuk Seri Ibrahim bin Mohamad Ketua Setiausaha KKLW. Beliau disambut oleh pegawai kanan KKLW serta ketua-ketua agensi MARA, RISDA, KETENGAH, FELCRA, KEMAS, INFRA, JAKOA, KESEDAR, KEJORA dan KEDA di lobi hotel tersebut. Sempena Malam Gemilang ini, KETENGAH turut menerima pengiktirafan melalui Koperasi 3K Berhad yang mendapat tempat keempat dalam Anugerah Koperasi Terbaik. Sementara itu kumpulan Syarikat KETENGAH Holding Sdn. Bhd. pula menyumbang sebanyak RM 200,000.00 kepada Tabung Amanah Bakti Desa KKLW. Sumbangan ini telah diserahkan oleh Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH kepada YB Menteri KKLW. 3 Majlis dimeriahkan oleh beberapa orang artis-artis terkenal iaitu Datuk Ramli Sarip, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Malik Riduan yang telah menyanyikan lagu-lagu hiburan untuk semua hadirin. 1.  Datin Seri Rosmah disambut meriah oleh penduduk di Kg Seberang Tayor. 2.  Kanak-kanak sekolah turut mendapat sumbangan persekolahan. 3.  YAB Menteri Besar dan isteri hadir sama di majlis ini. 2

[close]

p. 3

1 MAJLIS APRESIASI DAN PENYAMPAIAN BANTUAN BANJIR KKLW PADA 26 MAC 2015, KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW) TELAH MENGADAKAN MAJLIS APRESIASI DAN PENYAMPAIAN BANTUAN BANJIR BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA ARAS B1, KKLW DI PUTRAJAYA. MAJLIS INI DIHADIRI OLEH TIMBALAN MENTERI KKLW YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH DATUK SERI IBRAHIM MUHAMAD SERTA KAKITANGAN DARIPADA PELBAGAI AGENSI DI BAWAH KKLW. 3 2 KETENGAH, diketuai oleh Pengurus Besar Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud bersama 30 orang pegawai dan kakitangan turut hadir dalam majlis tersebut. Majlis ini diadakan bagi menghargai semangat dan sumbangan warga kerja KKLW dan agensi-agensi di bawah KKLW dalam khidmat kemasyarakatan kepada mangsa banjir pada tahun 2014. Bersempena majlis ini, YB Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri KKLW turut menyampaikan sumbangan berupa wang daripada Tabung Amanah Bakti Desa KKLW kepada warga KKLW dan kakitangan agensi-agensi di bawah KKLW yang terjejas dalam banjir besar pada tahun 2014. Beliau berharap sumbangan ini dapat membantu mereka yang terlibat di dalam bencana banjir yang lalu menyediakan sebahagian daripada keperluan mereka. 1. Sesi bengkel sedang berjalan. 2.  Pengurus Besar menyampaikan ucaptama dalam menggariskan halatuju KETENGAH menjelang 2020. 3.  Perbincangan kumpulan diadakan bagi mendapat pandangan pegawai dan pelbagai bahagian. 3 INFO KETENGAH | MAC 2015

[close]

p. 4

PROGRAM CAKNA YB MENTERI KKLW 1 INFO KETENGAH | MAC 2015 YB. DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH TELAH MENGHADIRI PROGRAM CAKNA MENTERI KKLW BERSAMA WARGA FELCRA BHD. BERTEMPAT DI DEWAN FELCRA, BANDAR SERI BANDI, KEMAMAN PADA 25 MAC 2015. 2 Hadir sama di majlis ialah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ibrahim Muhamad Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Pegawai Eksekutuf FELCRA Berhad Datuk Haji Ramlee Abu Bakar, Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud serta ketua-ketua agensi di bawah KKLW, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat. Pelbagai acara telah disempurnakan oleh YB. Menteri sepanjang program diadakan. Ia termasuklah merasmikan Stesyen Minyak Shell dan Kilang Kawat Duri Koperasi FELCRA Berhad Seri Bandi serta mengagihkan keuntungan hasil ladang bagi tahun 2014 serta menyerahkan pampasan di bawah Skim Takaful Pampasan Banjir. Semasa berucap merasmikan program, YB Menteri menegaskan bahawa kekurangan dividen yang diagihkan pada kali ini adalah disebabkan pengurangan hasil berikutan projek tanaman semula ladang kelapa sawit dan juga getah. Di samping itu faktor harga komuditi yang tidak stabil juga turut mempengaruhi kekurangan hasil. Oleh itu beliau menyarankan agar tanaman komoditi altenatif turut ditanam di ladang-ladang kerana ia mampu menyeimbangkan hasil ladang apabila harga komiditi utama mengalami ketidakstabilan harga pasaran. 3 1.  Pengurus Besar dan barisan Pengurusan KETENGAH hadir pada Perjumpaan Bulanan 2/2015. 2.  Seorang kakitangan baharu bersalaman dengan Pengurus Besar selepas memperkenalkan diri. 3.  Tuan Haji Abd Manaf Salleh menerima Anugerah Pekerja Terbaik Dwi-Bulanan daripada Tuan Haji Wan Mat Amin. 4

[close]

p. 5

1 KETENGAH TERIMA PENGIKTIRAFAN SAGA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) TELAH MENERIMA PENGIKTIRAFAN DARIPADA JABATAN AKAUNTAN NEGARA (JANM) TERHADAP PEMATUHAN KEPADA STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA) BAGI TAHUN PERLAKSANAAN 2014 PADA 2 MAC 2015. 2 Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia kepada Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Pematuhan terhadap kriteria SAGA oleh KETENGAH ini menandakan keberkesanan tadbir urus kewangan di dalam organisasi ini dengan penyediaan penyata kewangan lebih cepat, tepat dan kemaskini. Selain itu juga, turut diadakan Persidangan Pengguna SAGA bagi tahun 2015 selama 2 hari bermula 3 hingga 4 Mac 2015. Persidangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini berhubung kepentingan kriteria Pematuhan SAGA dalam memastikan amalan terbaik “Best Practice” dapat dilaksanakan di agensi. 3 Di samping itu, persidangan ini juga diharap dapat dimanfaatkan oleh peserta untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman di antara satu sama lain dalam membincangkan isu-isu perlaksanaan SAGA di agensi. 1.  Sebahagian daripada peserta yang mengikuti bengkel. 2.  YB Encik Roslee Daud menyampaikan ucapan penutup. 3.  Gambar kenangan peserta bengkel bersama tetamu khas. 5 INFO KETENGAH | MAC 2015

[close]

p. 6

INFO KETENGAH | MAC 2015 HARI CAKNA PASAR KOMONITI RTC 1 PASAR KOMUNITI RTC TERENGGANU DI BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH MERUPAKAN SEBUAH PASAR YANG STRATEGIK DENGAN BANDAR-BANDAR BERKEKATAN SEPERTI BUKIT BESI, KETENGAH JAYA, SERI BANDI DAN CENEH BAHARU DAN MERUPAKAN TEMPAT PENGUMPULAN DAN MENJUAL HASIL- HASIL PERTANIAN SEGAR KEPADA PEMBORONG. cabutan bertuah. Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa barangan makanan harian yang terdapat di pasar tersebut seperti beras, sardin, sayur-sayur segar dan ikan atau daging pada hari tersebut. 2 Pada 10 Mac 2015 KETENGAH melalui anak syarikatnya iaitu Ketengah Holding Sdn.Bhd. telah mengadakan satu program yang dinamakan Hari Cakna Pasar. Ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai serta penduduk yang tinggal berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah membeli dan mendapatkan barangan harian dengan mudah dan murah. Pada hari tersebut berbagai program turut diadakan. Bermula jam 7.30 pagi pegawai dan kakitangan KETENGAH dan kakitangan syarikat anak yang diketuai oleh Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud serta pengurus-pengurus bahagian bersenamrobik di pekarangan bangunan RTC Terengganu. Selain daripada itu mewarna kanakkanak turut diadakan bagi memeriahkan suasana hari tersebut. Bagi penghuni pasar pada hari itu amat bertuah sekali kerana setiap pembelian layak menerima kupon 3 1.  Pelajar yang hadir menunjukkan minat untuk memperbaiki pencapaian diri. 2. Sesi pendaftaran dibuat sebelum program bermula. 3.  Program turut mempertemukan pelajar daripada sekolah-sekolah di wilayah KETENGAH. 6

[close]

p. 7

1 LAWATAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PUTRAJAYA KE TASIK KENYIR 2 TASIK KENYIR KINI MENGALAMI TRASFORMASI YANG BESAR MELALUI PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN YANG SEDANG GIAT BERJALAN TERUTAMANYA PEMBANGUNAN ZON BEBAS CUKAI DI PULAU BAYAS. Hadir menerima rombongan ini ialah Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH serta pegawai-pegawai dari bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Omar Ismail. Rombongan ini kemudiannya telah melawat komleks Pentadbiran Kastam di Pengkalan Gawi dan seterusnya meninjau projek pembangunan zon bebas cukai yang terletak di Pulai Bayas. Info KETENGAH dimaklumkan bahawa tujuan lawatan oleh Jabatan Kastam DiRaja ini adalah pemantauan awal kepada Kawasan Bebas Cukai di Tasik Kenyir 2015. 3 Ekoran daripada pembangunan ini, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Putrajaya telah mengadakan lawatan di Tasik Kenyir pada 16 Mac 2015. Rombongan seramai 40 orang pegawai yang diketuai oleh Encik Mohd Wizan bin Abdul Rahman tiba di Pusat Pelancongan Kenyir pada jam 10 pagi. 1.  Datuk Seri Ibrahim melancarkan My REZEKI Fest Wilayah KETENGAH 2015. 2.  Ceramah motivasi turut diadakan bagi memberi dorongan kepada penduduk. 3.  CEO Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu menerangkan sesuatu kepada Datuk Seri KSU. 7 INFO KETENGAH | MAC 2015

[close]

p. 8

INFO KETENGAH | MAC 2015 KELAB KELUARGA KETENGAH ANJUR PERTANDINGAN MEMANCING KELAB 3K TELAH MENGANJURKAN PERTANDINGAN MEMANCING BAGI KAKITANGAN KETENGAH DI TASIK KENYIR PADA 6 – 7 MAC 2015. TASIK KENYIR MERUPAKAN TASIK BUATAN MANUSIA YANG TERBESAR DI ASIA TENGGARA DAN MEMPUNYAI SEBANYAK 340 BUAH PULAU DI DALAMNYA. IA SUDAH TENTU MENJADI LUBUK PEMBIAKAN IKAN PELBAGAI SPESIES SEPERTI TEMOLEH, KELAH, LAMPAM, SEBARAU , TOMAN DAN PELBAGAI SPESIES LAIN. 1 2 Seramai 75 orang ahli kelab telah menyahut cabaran ini secara santai 2 hari 1 malam dengan menaiki rumah bot menuju destinasi yang tetapkan. Bermacam ragam dan karenah dapat dilihat dikalangan ahli kelab yang menyertai pertandingan ini. Ada yang mengeluh dan ada yang bersorak apabila mata kailnya disambar ikan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Hadiah tempat pertama telah digondol oleh Puan Norliza bt Mohd Nor yang telah menjinakkan ikan Toman seberat 5.4 Kilogram, tempat kedua dimenangi oleh Encik Hamzah bin Awang, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Fitrie bin Fiee. 3 1. 2. 3. Datin Seri Syuryani menyampaikan anugerah khas kepada Puan Rose. Perwakilan PUSPANITA KETENGAH yang hadir pada mesyuarat agung. Datin Seri Syuryani menyempurnakan upacara memalu gong. 8

[close]

p. 9

BENGKEL PEMANTAPAN LEAN 5S 1 LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH TELAH MENERIMA PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S) PADA TAHUN 2010. EKORAN ITU KETENGAH TELAH MENGORAK LANGKAH KE HADAPAN DENGAN MELAKSANAKAN ADVANCE 5S MELALUI PENGURUSAN LEAN (LEAN OFFICE) DALAM SECTOR PERKHIDMATAN YANG MELIBATKAN PROSES KERJA DAN PROSEDUR DI 14 BAHAGIAN/UNIT BERMULA JUN 2014. 2 bagi memenuhi criteria penilaian pengiktirafan Lean MPC. Pada hari terakhir bengkel, 14 zon yang mewakili 14 Bahagian membentangkan projek Lean masing-masing. Pembentangan ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tuan Haji Omar bin Ismail dan pengurus-pengurus bahagian bagi memberi ruang untuk penambahan idea dan pandangan kepada setiap kumpulan dalam melaksanakan penambahbaikan projek Lean di setiap bahagian 3 Dengan kerjasama Syarikat Ideas Training and Consultancy, satu Bengkel Pemantapan Lean 5S diadakan di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu pada 28 Februari hingga 1 Mac 2015.Bengkel selama dua hari ini melibatkan seramai 49 orang pegawai dan kakitangan dari semua bahagian dan unit di KETENGAH. Objektif utama Bengkel ini adalah untuk menambah baik dan menanda aras projek lean di setiap bahagian 1. 2. 3. Pengurus Besar diberi penerangan mengenai projek di Pulau Bayas. Rombongan membuat tinjauan di projek zon bebas cukai yang kini rancak berlangsung. Lawatan di projek Kenyir Water Park di Pulau Poh. 9 INFO KETENGAH | MAC 2015

[close]

p. 10

INFO KETENGAH | MAC 2015 KURSUS MOTIVASI PENINGKATAN KERJAYA SIRI IV 1 PADA 8 HINGGA 10 MAC 2015, KETENGAH TELAH MENGADAKAN KURSUS PENINGKATAN KERJAYA SIRI IV DI PETANG ISLAND RESORT, TASIK KENYIR. KURSUS YANG DIKENDALIKAN OLEH TUAN HAJI AZHAR BIN SHAMSUDIN DARI MIND PRO TECHNOLOGIES MELIBATKAN 35 ORANG KAKITANGAN KETENGAH YANG TELAH LULUS KENAIKAN GRED. 2 Kursus selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat reaksi yang positif daripada kakitangan kerana peserta kursus sangat berpuas hati dengan pengendalian kursus dan modul yang diberikan oleh konsultan yang dilantik. Mereka percaya pengetahuan dan 3 pengalaman yang ditimba disini mampu menjadikan mereka kakitangan yang lebih cekap, amanah dan berintegriti. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Objektif kursus adalah untuk memberi kesedaran akan peranan dan tanggung jawab yang diamanahkan majikan, melahirkan kakitangan yang berfikiran positif ketika menguruskan kerja, meningkatkan nilai etika yang baik selaras dengan matlamat organisasi dan mengadaptasi peluang yang ada untuk memajukan diri. 1. Tuan Haji Wan Mat Amin menunjukkan jersey untuk pasukan Golf. 2. Pengurus-pengurus permainan bergambar bersama Pengurus Besar. 3.  Pengurus Besar menyepak bola ke gawang sebagai simbolik pelancaran. 10

[close]

p. 11

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI II 1 KEFAHAMAN MASYARAKAT TENTANG ILMU BERKAITAN PENGURUSAN JENAZAH KERANA TUGAS FARDHU KIFAYAH INI ADALAH SANGAT PENTING DAN DITUNTUT DALAM ISLAM. Sejajar dengan kepentingan ilmu ini, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri I dan II bagi peserta lelaki dan wanita bertempat di Dewan Sebaguna Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah pada 12 Mac 2015. 2 Di siri II seramai 100 orang peserta wanita mengikuti kursus yang diadakan ini. Antara pengisian sepanjang kursus ini berlangsung adalah ceramah dan juga latihan praktikal. Dua orang penceramah telah berkongsi ilmu dan pengetahuan iaitu Ustazah Zaini binti Ali dan Ustazah Zaharah binti Ismail dari Pejabat Agama Daerah Dungun. Turut hadir sepanjang kursus ini berlangsung ialah Puan Hajah Rose binti Yaakob, isteri kepada Pengurus Besar KETENGAH merangkap Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil KETENGAH. 3 1. Tuan Haji Wan Mat Amin menunjukkan jersey untuk pasukan Golf. 2. Pengurus-pengurus permainan bergambar bersama Pengurus Besar. 3.  Pengurus Besar menyepak bola ke gawang sebagai simbolik pelancaran. 11 INFO KETENGAH | MAC 2015

[close]

p. 12

INFO KETENGAH | MAC 2015 KENAIKAN PANGKAT DAN PERTUKARAN SIDANG PENGARANG INFO KETENGAH MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PEGAWAI YANG TERLIBAT DENGAN KENAIKAN PANGKAT DAN PERTUKARAN BERKUATKUASA PADA 15 MAC 2015. Pegawai yang terlibat adalah sebagaimana berikut:TUAN HAJI OMAR BIN ISMAIL Jawatan Lama: Timbalan Pengurus Besar Gred N52 (Pembangunan) Jawatan Baru : Timbalan Pengurus Besar Gred N52 (Operasi) TUAN HAJI CHE ZAKARIA BIN CHE AWANG 4. Penyelaras/ Jurugambar Mohd Salleh Ibrahim 5. Pengarang Wan Salwadi Wan Sulong 6. Pengarang Norfarhana Maharudin 1. Penaung  Tn. Haji Wan Mat Amin Wan Daud 2. Penasihat 3. Ketua Pengarang Tn. Haji Wan Abdul Rosli Haji Ngah Rahman Ahmad Jawatan Lama : Pengurus Kewangan dan Belanjawan Gred N52 Jawatan Baru : Timbalan Pengurus Besar Gred N52 (Pembangunan) ENCIK HASRI BIN OMAR Jawatan Lama : Ketua Unit Integriti Gred N44 Jawatan Baru Pengurus Kewangan dan Belanjawan Memangku Gred N48 7. Pengarang 8. Pengarang  Hazrol Eizwal Jasni Alias A. Rashid 9. Pengarang Ahmad Tarmizi Alang Salim TUAN HAJI MOHD ZAIN BIN MOHD AMIN Jawatan Lama : Penolong Pengurus (Pendidikan & Pembagunan Sosial) Gred N44 Jawatan Baru : Pengurus Pembangunan Insan dan Pendidikan (Memangku Gred N48 berkuatkuasa 1 Mei 2015) 10. Pengarang Latiff Muhamad 11. Pengarang 12. Pengarang Norzaini A. Rahman Noarimi A. Majid ENCIK ABDUL GHAFAR BIN IBRAHIM 13. Pengarang Norshahira Said Jawatan Lama : Penolong Pengurus (Perancangan & Belanjawan) Gred N44 Jawatan Baru : Ketua Unit Integriti Gred N44 12

[close]

Comments

no comments yet