Info KETENGAH FEB 2015

 

Embed or link this publication

Description

Info KETENGAH FEB 2015

Popular Pages


p. 1

KE ARAH MASYARAKAT BERMAKLUMAT www.ketengah.gov.my FEBRUARI 2015 BIL 170 SELANJUTNYA DI DALAM DATIN SERI ROSMAH Sampai Bantuan Banjir di Seberang Tayor Kemaman

[close]

p. 2

INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015 DATIN SERI ROSMAH SAMPAI BANTUAN BAKTI KEPADA MANGSA BANJIR 1 DATIN SERI ROSMAH MANSOR ISTERI PERDANA MENTERI TELAH MEMAINKAN PERANAN AKTIF DALAM MELAWAT DAN MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI SELURUH NEGARA. WILAYAH KETENGAH SENDIRI AMAT BERNASIB BAIK DAN BERTERIMA KASIH KERANA DI DALAM KESIBUKAN BELIAU ITU DATIN SERI ROSMAH MASIH SEMPAT BERKUNJUNG UNTUK MELIHAT SENDIRI KESAN-KESAN BANJIR YANG MELANDA, DI SAMPING MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA-MANGSA. 2 Pada 8 Februari 2015 beliau yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah melawat dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.52 juta kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kampung Seberang Tayor, Kemaman. Hadir sama dalam rombongan beliau ialah isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman selaku Timbalan Yang Dipertua BAKTI dan YTM Tengku Puan Pahang selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pahang. Hadir sama ialah Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To’ Puan Halina Zakaria serta Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Negeri Terengganu Datin Seri Tengku Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin Shah. 3 Rombongan telah melawat dan menyampaikan sumbangan pasca banjir di dua tempat iaitu Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor dan Dewan Sivik Felda Seberang Tayor. 1.  Kanak-kanak sekolah nyata gembira dengan sumbangan beg sekolah serta wang tunai untuk persekolahan mereka 2.   YB Dato’ Seri Shafie bersama orang ramai menikmati jamuan tengah hari secara kampung 3. YB menteri mengusap kepala seorang kanak sekolah yang menerima bantuan persekolahan. 2

[close]

p. 3

1 BENGKEL TRANSFORMASI PEMBANGUNAN WILAYAH KETENGAH RMK-11 DALAM USAHA MEMASTIKAN HALATUJUNYA BAGI RANCANGAN MALAYSIA KE-11 TERCAPAI DAN BERHASIL, KETENGAH TELAH MENGADAKAN SATU BENGKEL PEMURNIAN SENARAI PROGRAM BAGI RMK-11 IAITU BAGI TEMPOH 2016 HINGGA 2020. BENGKEL INI TELAH DIADAKAN PADA 1 – 3 FEBRUARI 2015 BERTEMPAT DI SWISS GARDEN BEACH RESORT, KUANTAN DAN MERUPAKAN SAMBUNGAN KEPADA BENGKEL PERTAMA YANG DIADAKAN PADA 6 JANUARI 2015 BERTEMPAT DI RTC TERENGGANU, BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. 3 yang sama beliau menegaskan bahawa ini perlu dalam usaha untuk memastikan KETENGAH berada di atas landasan yang betul serta sentiasa kekal relevan dalam senario pembangunan negara secara keseluruhan yang sedang rancak menuju Wawasan 2020. Seramai 69 orang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional termasuk pengurus-pengurus bahagian menghadiri bengkel ini. Objektif utama bengkel ialah untuk memuktamadkan senarai program dan projek RMK-11 serta menyediakan Creativity Index (CI) bagi setiap projek dan program tersebut. Hadir bagi menyampaikan taklimat serta sebagai fasilitator bagi CI ialah Encik Khalid Muhamed, Timbalan Pengarah Seksyen Bajet Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri. 2 Di dalam ucaptama Bengkel, Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH mengingatkan para peserta bengkel tentang pentingnya penyenaraian projek-projek yang benar-benar perlu serta memberi impak yang maksimum kepada rakyat. Ini bagi menjamin setiap ringgit yang dibelanjakan memberikan pulangan yang sewajarnya. Pada masa 1. Kakitangan KETENGAH bertungkus lumus bergotong royong membersihkan sekolah di Dabong. 2.  Tuan Haji Che Zakaria Che Awang menyampaikan sumbangan kepada penduduk. 3. Sukarelawan KETENGAH bergambar kenangan di Dabong 4.  Kerja-kerja membersihkan Dataran Kejat di Kampung Pasir Raja 3 INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015

[close]

p. 4

INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015 AMBS AKAN JADI HAB PENDIDIKAN 1 KETENGAH AKAN MEMBANGUNKAN BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH SEBAGAI HAB PENDIDIKAN, PERKHIDMATAN DAN PERNIAGAAN SELARAS DENGAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI PUSAT WILAYAH DAN JUGA KEMUDAHANKEMUDAHAN YANG TELAH DIMILIKINYA. INI TERMASUKLAH PUSAT-PUSAT PENDIDIKAN SEPERTI KOLEJ KETENGAH, MARA KETENGAH INTERNATIONAL COLLEGE, SEKOLAH MENENGAH IMTIYAZ DAN AKAN MENYUSUL KOLEJ KOMUNITI. RTC TERENGGANU DENGAN PELBAGAI PERKHIDMATAN TERMASUKLAH OLEH AGENSI KERAJAAN DAN JUGA SWASTA SERTA KEMUDAHAN PERNIAGAAN AKAN MENYEMARAKKAN LAGI PEMBANGUNAN BANDAR AMBS DI MASA HADAPAN. Perkara ini ditegaskan oleh Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH ketika berucap pada Perhimpunan Bulananan KETENGAH 2/ 2015 pada 26 Februari 2015 bertempat di Balai Orang Ramai, Bandar Al Muktafi Billah Shah. Pengurus Besar juga memaklumkan bahawa Bandar Bukit Besi akan dimajukan sebagai Bandar Warisan dan rekreasi, Ketengah Jaya sebagai pusat pertumbuhan baru, Seri Bandi sebagai pengeluar makanan dan produk hiliran manakala Ceneh Baru sebagai hab perindustrian. Tasik Kenyir pula akan terus dibangunkan sebagai hab pelancongan. Pada perhimpunan kali ini juga Tuan Haji Wan Mat Amin meminta agar kakitangan terus menyayangi KETENGAH sebagai agensi yang telah memayungi kita selama ini. Beliau menyeru kakitangan supaya terus memberikan yang terbaik kepada KETENGAH, tekun, berdisiplin dan berintegriti, sentiasa bekerjasama serta bekerja sebagai satu pasukan. Tuan Haji Wan Mat Amin juga menyeru kakitangan agarmenyayangi diri sendiri dengan menjaga akidah, menjaga akal, menjaga rohani dan menjaga jasmani. Beliau menekankan juga tentang pentingnya kesihatan kerana ia akan menjamin kakitangan dapat melaksanakan tugas masingmasing dengan sempurna. 2 3 Seramai 9 orang kakitangan baru yang melapor diri pada 1 Februari 2015 juga diberi peluang memperkenalkan diri masing-masing. Empat orang pekerja terbaik dwi-bulanan juga turut menerima penghargaan dan cenderamata.Mereka adalah Encik Zukaimi Ahmad, Encik Ahmad Shahrul Amri Abdullah, Tuan Haji Manaf Salleh dan Encik Muhamad Sauli Sulaiman. 1. 2. 3&4. Kerja-kerja gotong-royong yang dijalankan Sebahagian daripada ahli persatuan yang bergotong-royong Majlis selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W 4

[close]

p. 5

KOPERASI DI WILAYAH KETENGAH DIPERKASAKAN 1 AGENSI-AGENSI LAIN DI NEGERI TERENGGANU DIMINTA MENCONTOHI KETENGAH YANG MENGAMBIL CAKNA TERHADAP PERKEMBANGAN KOPERASIKOPERASI DI WILAYAHNYA. INI KERANA KOPERASI MEMPUNYAI PERANAN TERSENDIRI SEBAGAI SEKTOR KETIGA SELEPAS SEKTOR AWAM DAN SWASTA YANG DAPAT MEMBANTU PEMBANGUNAN NEGARA SECARA KESELURUHANNYA. JUSTERU, SEKTOR KOPERASI PERLU BIJAK, KREATIF DAN BERKESAN DALAM MENGGEMBLENG MODAL DAN TENAGA PENDUDUK KE ARAH KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR DI MASA HADAPAN. Gesaan ini dibuat oleh YB Encik Roslee Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri ketika berucap merasmikan Bengkel Memperkasakan KoperasiKoperasi Wilayah KETENGAH pada 3 Mac, 2015 bertempat di Bangunan RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah. Hadir pada majlis ini ialah Tuan Haji Omar Ismai Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Pengarah SKM Negeri Terengganu Encik Mahmud bin Kadar, Penguruspengurus bahagian, Pengerusi JKKK serta para peserta kursus. Di wilayah KETENGAH terdapat sejumlah 53 buah koperasi yang terdiri daripada koperasi kampung, Koperasi di bawah Gugusan FELDA, RISDA, FELCRA, KETENGAH dan koperasi sekolah. Sebahagian daripada koperasi ini telah menunjukkan pencapaian yang baik dan telah memenangi pelbagai anugerah serta pengiktirafan. Walau bagaimanapun terdapat juga koperasi-koperasi yang kurang berdaya maju dan kurang aktif. Ini menyebabkan koperasi-koperasi ini gagal menunjukkan keuntungan yang baik serta memberi faedah yang optimum kepada ahli-ahlinya. Justeru, bagi membantu koperasi-koperasi ini KETENGAH telah mengambil beberapa langkah yang bersesuaian termasuklah mengadakan Bengkel Memperkasakan Koperasi Wilayah KETENGAH pada 1 hingga 3 Mac, 2015. Seramai 2 3 20 orang ahli koperasi telah menghadiri bengkel ini. Antara lain tujuan bengkel ini ialah untuk mengoptimumkan sesebuah koperasi mengikut keupayaan dan penglibatan dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan bagi meningkatkan lagi sosioekonomi dan meningkatkan pendapatan anggota-anggota koperasi. 1.  YAB Dato’ Haji Ahmad Razif berucap merasmikan majlis 2.  YAB Menteri Besar melawat gerai KETENGAH 3. Antara orang ramai yang hadir 5 INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015

[close]

p. 6

INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015 KETENGAH ANJUR PROGRAM PEMANTAPAN ROHANI 1 GELOMBANG PERMODENAN YANG MELANDA SELURUH DUNIA SEDIKIT SENAYAK TURUT MEMBAWA BERSAMANYA KESAN-KESAN NEGATIF TERHADAP SAKHSIAH MANUSIA DI MANA ANTARA YANG PALING UTAMA DIKENALPASTI IALAH KERAPUHAN INSTITUSI KELUARGA YANG SUATU MASA DAHULU AMAT DIJAGA OLEH MASYARAKAT TIMUR. BANYAK PERKARA TELAH BERLAKU TERMASUKLAH SIKAP KURANG HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG TUA, SIKAP INDIVIDUALISTIK, TERLALU MEMENTINGKAN HARTA DAN SEBAGAINYA. Di peringkat anak-anak sekolah juga kesan-kesan negatif seperti perbuatan tidak menghormati guru, perbuatan meniru, pergaduhan, pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah dan sebagainya telah menjadi sesuatu yang membimbangkan. Ini kerana perbuatanperbuatan negatif begini jika tidak dibendung, akan menjadi barah yang boleh memusnahkan masyarakat. Menyedari hakikat ini, KETENGAH dari semasa ke semasa telah mengadakan program-program yang menjurus ke arah meningkatkan nilai peribadi, keagamaan dan kemantapan sosial terutamanya untuk anak muda. Justeru KETENGAH telah tampil mengadakan satu program yang dikenali sebagai Pemantapan Rohani Anak Soleh dan Solehah bagi pelajar-pelajar sekolah menengah di wilayahnya. Program ini diadakan dalam dua sesi iaitu Sesi I pada 26 – 28 Februari 2015 manakala Sesi II pada 5 – 7 Mac 2015 bertempat di Mayang Sari Resort, Dungun. Seramai 145 orang pelajar terlibat dalam program ini. Antara lain ia memberi motivasi serta membentuk dan memperkukuhkan asas fardhu ain untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Ia juga memberi kesempatan kepada pelajar untukmemahami ajaran Islam dengan lebih mendalam agar menjadi benteng yang dapat menghalang mereka daripada terlibat dalam aktiviti yang merugikan. 2 3 1. 2. 3&4. Kerja-kerja gotong-royong yang dijalankan Sebahagian daripada ahli persatuan yang bergotong-royong Majlis selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W 6

[close]

p. 7

My REZEKI Fest 2015 BERLANGSUNG MERIAH 1 PERANAN GOLONGAN BELIA DALAM MENTRANSFORMASIKAN NEGARA ADALAH SESUATU YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL LAGI. INI KERANA GOLONGAN BELIA HARI INI MERUPAKAN GOLONGAN YANG BERPENGETAHUAN, BERPELAJARAN SERTA MEMPUNYAI KEMAHIRAN YANG PELBAGAI. JUSTERU TENAGA GOLONGAN BELIA TERMASUKLAH DI LUAR BANDAR PERLU DIGEMBLENG AGAR DAPAT MEMBAWA IMPAK YANG SEBAIK-BAIKNYA KEPADA NEGARA. 2 ialah Tuan Haji Wan Mohd Rubi Wan Jusoh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) serta pengurus-pengurus bahagian KETENGAH. Sementara itu di peringkat wilayah KETENGAH pula ia telah dirasmikan oleh Datuk Seri Ibrahim Muhamad KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertempat di Bangunan RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah pada 21 Februari 2015. Hadir sama ialah Encik Abdul Kahar Abdullah Ketua Unit NKRA KKLW dan Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH. Pelbagai acara telah diadakan ceramah motivasi dan keusahawanan, pameran dan jualan agensi dan usahawan serta pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak. Yang menariknya di RTC Terengganu ia ditambah dengan jualan terus dari gudang dan penyampaian surat lantikan kepada kontraktor untuk projek pembaikan rumah yang terjejas banjir. 3 Selaras itu satu Program Transformasi Belia Luar Bandar MyREZEKI Fest Negeri Terengganu telah berlangsung pada 14 Februari 2015 bertempat di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH. Hadir sama pada majlis ini 1.  Bukit Besi pada zaman kegemilangannya 2.  Pelawat berkunjung ke salah satu bangunan tinggalan perlombongan di Bukit Besi 3. Satu lagi tinggalan lombong besi 4.  Industri perlombongan di Bukit Besi meninggalkan sebuah tasik yang indah 7 INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015

[close]

p. 8

INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015 PUSPANITA KETENGAH HADIRI MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KKLW 1 PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW) TELAH MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-32 PADA 11 FEBRUARI 2015 BERTEMPAT DI AUDITORIUM SULTAN AHMAD SHAH, RISDA. IA DIRASMIKAN OLEH PENASIHAT PUSPANITA CAWANGAN KKLW DATIN SERI HAJAH SYURYANI DATO’ HAJI SHUAIB ISTERI KEPADA YB DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH. 2 PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH selaku ahli gabungan telah menghantar seramai 20 orang ahlinya bagi menghadiri mesyuarat agung tersebut. Seramai 400 ahli PUSPANITA KKLW dan gabungannya telah hadir sebagai sokongan terhadap usaha-usaha yang dijalankan bagi kebajikan ahli di samping meningkatkan imej KKLW. Apa yang membanggakan ialah PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah mendapat pengiktirafan dan anugerah khas sebagai cawangan yang paling aktif dan paling banyak menganjurkan aktiviti sepanjang tahun 2014. Puan Hajah Rose Yaacob Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Datin Seri Hajah Syuryani. Bagi memeriahkan lagi mesyuarat agung kali ini, gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh ahli-ahli 3 Puspanita turut diadakan. PUSPANITA KETENGAH juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dengan memasarkan serta mempromosikan produkproduk yang dihasilkan oleh usahawan wilayah KETENGAH serta produk-produk negeri Terengganu. 1. Tuan Haji Wan Mat Amin menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan 1/2015 2. Sebahagian daripada kakitangan KETENGAH yang hadir 3.  Encik Kamarudin Mansor menerima Anugerah Tokoh Maulidul Rasul daripada Pengurus Besar 8

[close]

p. 9

PENGURUSAN KETENGAH LAWAT PROJEK DI TASIK KENYIR 1 PEMBANGUNAN PESAT YANG BERLANGSUNG DI TASIK KENYIR MEMERLUKAN PENGAWASAN SERTA PEMANTAUAN YANG BERTERUSAN BAGI MENJAMIN IA DAPAT DISIAPKAN MENGIKUT JADUALNYA. INI PENTING BAGI MENJAMIN PROGRAM PEMBANGUNAN INI TIDAK TERBANTUT SERTA MERENCATKAN PERANCANGAN YANG TELAH DISUSUN. 2 3 Di antara projek-projek yang dilawati termasuklah Taman Burung, Taman Rama-rama, Taman Tropika serta Kenyir Water Park. Lawatan juga diadakan ke Pulau Bayas bagi meninjau perkembangan projek zon bebas cukai yang dijangka dapat disiapkan menjelang Ogos 2015. Projek-projek ini amat penting dalam memperkukuhkan lagi kedudukan Tasik Kenyir sebagai sebuah pusat pelancongan yang berasaskan kepada alam semulajadi sesuai dengan tema Tasik Kenyir – Taman Pelancongan Akua Eko. Pada 8 Februari 2015 Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh Pengurus Besar Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud telah mengadakan lawatan tinjauan terhadap projek-projek di Tasik Kenyir. Hadir sama ialah Tuan Haji Omar Ismail Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) serta beberapa orang pengurus bahagian KETENGAH. 1.  Peserta-peserta kursus bergambar kenangan selepas menamatkan kursus di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu. 2.  Encik Hasri Omar menyampaikan sijil penyertaan kepada encik Mazeri Abdullah. 3.  Perbincangan berkumpulan turut diadakan bagi menerapkan semangat kerjasama berpasukan. 9 INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015

[close]

p. 10

INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015 KELAB 3K LANCAR KEJOHANAN MAKSPEN 13 / 20015 SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH PADA 26 FEBRUARI 2015 KELAB KELUARGA KETENGAH ATAU KELAB 3K TELAH MELANCARKAN ‘COUNT DOWN’ SUKAN MAKSPEN KE-13 SEBAGAI MENANDAKAN BERMULANYA PERSIAPAN BAGI MENGHADAPI KEJOHANAN TERSEBUT. IA DISEMPURNAKAN OLEH TUAN HAJI WAN MAT AMIN WAN DAUD, PENGURUS BESAR KETENGAH DENGAN DIHADIRI SAMA OLEH PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH. 1 2 Sukan MAKSPEN Ke-13 akan diadakan pada 12 – 16 Ogos 2015 bertempat di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah. Pada kejohanan kali ini KETENGAH dijangka mengambil bahagian di dalam 20 acara yang menawarkan sejumlah 29 pingat emas. Pengurus Besar KETENGAH sendiri semasa pelancaran ini nyata teruja dan begitu bersemangat sekali. Beliau turut memberikan kata-kata semangat serta perangsang supaya kontinjen KETENGAH dapat memberi satu persembahan yang cukup bertenaga dan mampu menjuarai kejohanan kali ini. Menurut beliau saiz sesebuah agensi itu bukanlah faktor penentu kepada kejayaan di dalam kejohanan ini kerana apa yang penting ialah kesungguhan, keazaman dan persiapan yang rapi serta strategi yang betul. Beliau kemudiannya telah melancarkan moto KETENGAH NELANG LAGI yang menunjukkan bahawa KETENGAH mempunyai kemampuan dan keazaman untuk mengukir kejayaan. 3 5 4 1. Persembahan qasidah turut diperdengarkan kepada hadirin 2. Tuan Haji Wan Mat Amin hadir mengikuti ceramah yang disampaikan 3. Kira-kira 1000 orang hadir pada majlis ketengah berselawat 4.  Ceramah agama di Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah. 10

[close]

p. 11

19 KAKITANGAN BERSARA DIRAIKAN 1 SATU MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH YANG TELAH BERSARA DIADAKAN DI BALAI ORANG RAMAI (BALORA), BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH PADA12 FEBRUARI 2015. MAJLIS INI DIADAKAN BAGI MENGHARGAI DAN MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA 19 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERSARA WAJIB DAN BERSARA PILIHAN SEBAGAI PENGHARGAAN KETENGAH DI ATAS SUMBANGAN BAKTI MEREKA SEPANJANG BERKHIDMAT SEBAGAI PENJAWAT AWAM DI KETENGAH. Pengurus Besar, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud dalam ucapan beliau mengucapkan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan yang dirai dan berharap agar hubungan silaturrahim yang terjalin akan terus berkekalan. Beliau mendoakan agar semua pesara yang diraidi kurniakan kesihatan yang baik dan maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Berikut adalah nama pegawai dan kakitangan KETENGAH yang bersara:1.  Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Ahmad 2. Tuan Haji Dungun bin Mamat 3. Tuan Haji A. Ghani bin Omar 4. Puan Sbariah binti Mamat 5.  Puan Hajah Faezah binti Jaafar 6. Tuan Haji Alias bin Mohamad 7. Encik Harun bin Mahmood 8.   Puan Hajah Nurhayati bin Zakaria 9. Encik Awang bin Mohd 10. Encik Samsudin bin Omar 11. Encik Mohd Zaid bin Seman 12. Encik Mohd Alias bin Ismail 13. Encik A. Rani bin Mohamad 14. Encik Rodi bin Embong 15. Puan Siti Zaliha binti Abdullah 16.   Tuan Haji abdul Majid bin Awang 17. Encik Mamat bin Ngah 18. Encik Abd. Kapar bin Ismail 19. Encik Mohamad bin Ibrahim Jasamu di kenang MOHAMAD ZAID BIN SEMAN Bersara pilihan: 1/2/2015 Pemandu Kenderaan (Gred H11) Bahagian Khidmat Pengurusan DUA ORANG KAKITANGAN TELAH BERSARA PADA BULAN FEBRUARI 2015. AWANG BIN MOHD Bersara wajib: 16/2/2015 PembantuTadbir (P/O) Tinggi (Gred N26) Bahagian Kewangan dan Belanjawan 11 INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015

[close]

p. 12

INFO KETENGAH | FEBRUARY 2015 SELAMAT BERTUGAS KEPADA KAKITANGAN BARU YANG MELAPOR DIRI PADA 1 FEBRUARI 2015 SIDANG PENGARANG INFO KETENGAH MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA 9 KAKITANGAN BARU YANG TELAH MELAPORKAN DIRI DI KETENGAH PADA 1 FEBRUARI 2015.  OHD ZULKIFLI BIN MD M ZAIN Pemandu Kenderaan (Gred H11) Bahagian Tanah dan Kuasa  Tempatan Pejabat KETENGAH Bandar  Bukit Besi  OHD FAREEZ BIN IDZLAN M Pemandu Kenderaan (Gred H11) Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat KETENGAH  Bandar Al Muktafi Billah Shah  OHD ZAMILI BIN AWANG M Pemandu Kenderaan (Gred H11) Bahagian Tanah dan Kuasa Tempatan Pejabat KETENGAH Bandar  Ceneh Baharu MUHAMAD AZIM BIN ABDUL TALIB Pembantu Kemahiran (Gred H17) Bahagian Perumahan Ibu Pejabat KETENGAH  Bandar Al Muktafi Billah Shah MOHD ZULKREE BIN ARIFFIN Pembantu Awam (Gred H11) Bahagian Tanah dan Kuasa Tempatan Pejabat KETENGAH Bandar  Seri Bandi MOHD NAZIR BIN MOHAMED Pembantu Awam (Gred H11) Bahagian Tanah dan Kuasa Tempatan Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah MOHD HAFIZAM BIN MOHAMAD Pembantu Awam (Gred H11) Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah UBADILLAH BIN HASSAN PembantuAwam (Gred H11) Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah MOHD HANIF BIN AB HALIM Pembantu Awam (Gred H11) Bahagian Perancangan Strategik Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah 1. Penaung  Tn. Haji Wan Mat Amin Wan Daud 2. Penasihat 3. Ketua Pengarang Tn. Haji Wan Abdul Rosli Haji Ngah Rahman Ahmad 4. Penyelaras/ Jurugambar Mohd Salleh Ibrahim 5. Pengarang Wan Salwadi Wan Sulong 6. Pengarang Norfarhana Maharudin 7. Pengarang 8. Pengarang  Hazrol Eizwal Jasni Alias A. Rashid 9. Pengarang Ahmad Tarmizi Alang Salim 10. Pengarang Latiff Muhamad 11. Pengarang 12. Pengarang Norzaini A. Rahman Noarimi A. Majid 13. Pengarang Norshahira Said 12

[close]

Comments

no comments yet