Info KETENGAH JAN 2015

 

Embed or link this publication

Description

Info KETENGAH JAN 2015

Popular Pages


p. 1

KE ARAH MASYARAKAT BERMAKLUMAT www.ketengah.gov.my JANUARI 2015 BIL 169 SELANJUTNYA DI DALAM MENTERI KKL W LA W A T MANGSA BANJIR

[close]

p. 2

INFO KETENGAH | JANUARY 2015 YB DATO’ SERI SHAFIE SAMPAIKAN BANTUAN BANJIR 1 MUSIM TENGKUJUH DI PANTAI TIMUR PADA TAHUN INI MEMBAWA BENCANA BANJIR YANG AGAK TERUK DI NEGERI TERENGGANU TERMASUKLAH DI WILAYAH KETENGAH DI MANA KETIGA-TIGA BUAH DAERAH IAITU DUNGUN, KEMAMAN DAN HULU TERENGGANU TURUT MENERIMA KESANNYA. Kampung-kampung tradisional di wilayah KETENGAH terutamanya di Hulu Dungun seperti Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor, Kampung Kuala Jengai, Kampung Minda dan Kampung Talong telah dilanda banjir manakala di daerah Kemaman pula termasuklah Kampung Air Putih, Kampung Dadong, Kampung Seberang Tayor dan Kampung Teladas. 2 Sebagai ‘Menteri Kampung’ yang sememangnya amat prihatin dengan masalah rakyat, YB Dato’ Seri Haji Shafie Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diiringi oleh Dato’ Rahim Abu Bakar TKSU (Perancangan), Dato’ Haji Ahmad Zubir Abd. Ghani TKSU (Pembangunan) Dato’ Haji Zainal Abidin Osman Penasihat Kementerian, Dato’ Yusof Dohap Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA dan Encik Mohd Jamaluddin Kasbi Setiausa Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) telah mengadakan lawatan ke wilayah KETENGAH bagi menyampaikan bantuan kepada sebahagian daripada penduduk yang dilanda banjir. Lawatan diadakan pada 12 Januari 2015 di mana YB Menteri telah tiba pada jam 11.00 pagi di Masjid Kampung Minda. Hadir menyambut ketibaan beliau ialah Dato’ Haji Mohd Yassim Awang Pegawai Daerah Dungun, Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH serta ketua-ketua jabatan dan penduduk setempat. 4 YB. Menteri telah menyampaikan bantuan kepada seramai 287 orang Ketua Isi Rumah yang terlibat banjir serta 100 anakanak sekolah dari tiga kampung sekitar iaitu Kampung Minda, Kampung Talong dan Kampung Tepus serta mengambil masa bermesra dengan penduduk tersebut. Antara lain YB Menteri menasihatkan penduduk yang terlibat agar sentiasa bersabar dan redha dengan ujian yang diterima. Beliau menyakinkan penduduk bahawa pihak Kementerian dan agensi-agensi dibawahnya termasuklah KETENGAH akan sentiasa memantau perkembangan dan memberikan apa jua bantuan yang diperlukan. 3 1.  Kanak-kanak sekolah nyata gembira dengan sumbangan beg sekolah serta wang tunai untuk persekolahan mereka 2.   Yb Dato’ Seri Shafie bersama orang ramai menikmati jamuan tengah hari secara kampung 3.  Yb menteri mengusap kepala seorang kanak sekolah yang menerima bantuan persekolahan 4. Salah seorang penduduk menerima bantuan daripada yb menteri 2

[close]

p. 3

1 SUKARELAWAN KETENGAH BERGOTONGROYONG BANTU MANGSA BANJIR KETENGAH YANG DIKETUAI OLEH TUAN HAJI CHE ZAKARIA CHE AWANG PENGURUS KEWANGAN DAN BELANJAWAN TELAH MENYERTAI MENGADAKAN GOTONG-ROYONG DI DABONG KELANTAN PADA 10 DAN 11 JANUARI 2015. Bermula jan 9.30 pagi seramai 40 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH bertungkus lumus membersihkan kawasan termasuk kelas-kelas Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong yang teruk terjejas banjir baru-baru ini. 3 4 Selain pengalaman turun padang ke kawasan terlibat banjir, pegawai dan kakitangan KETENGAH dapat melihat sendiri kesengsaraan yang dialami mangsa terbabit ketika rumah ditenggelami air dan hanya tinggal sehelai sepinggang. Pada 24 Januari pula 2015 sukarelawan KETENGAH melalui Kelab Keluarga KETENGAH sekali lagi bergotong-royong di Kampung Pasir Raja Hulu Dungun. Seramai 30 orang yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad selaku Presiden Kelab Keluarga KETENGAH serta Ahli Jawatankuasa Kelab 3K membuat kerja amal di kampung tersebut. Lokasi gotong-royong ialah Dataran Kejat, kawasan rumah dan dewan makan. Kampung Pasir Raja merupakan salah satu kampung yang teruk terjejas banjir baru-baru ini. Jalan raya yang menghubungi kampung tersebut telah terputus akibat mendapan tanah disebabkan hujan lebat berterusan. 2 Dalam misi ini juga KETENGAH turut menyumbangkan peralatan memasak untuk penduduk Kampung Dabong yang disampaikan oleh Tuan Haji Che Zakaria Che Awang kepada wakil rakyat Kampung tersebut iaitu Datuk Ramzi bin Abdul Rahman. 1. Kakitangan KETENGAH bertungkus lumus bergotong royong membersihkan sekolah di Dabong. 2.  Tuan Haji Che Zakaria Che Awang menyampaikan sumbangan kepada penduduk. 3. Sukarelawan KETENGAH bergambar kenangan di Dabong 4.  Kerja-kerja membersihkan Dataran Kejat di kampung Pasir Raja 3 INFO KETENGAH | JANUARY 2015

[close]

p. 4

INFO KETENGAH | JANUARY 2015 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI TASIK KENYIR MAULIDUR RASUL SAW ADALAH SATU SAMBUTAN YANG DIADAKAN DI SELURUH DUNIA ISLAM DENGAN PELBAGAI CARA BAGI MERAIKAN TARIKH KEPUTERAAN BAGINDA RASULULLAH SAW YANG JATUHNYA PADA 12 RABIULAWWAL. Ia merupakan satu sambutan penting yang menjurus ke arah mengingati, mengenang, menghargai dan menurut jejak langkah Baginda sebagai insan terpuji yang telah dihantar oleh Allah SWT demi menyempurnakan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. 1 3 4 Pada 20 Januari 2015 bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir telah mengadakan satu program gotong royong bagi membersihkan kesan-kesan banjir di kawasan sekitar. Ini termasuklah mengutip dan membuang sampah sarap yang dibawa air tasik yang mencatatkan rekod tertinggi pada tahun ini. Seramai kira-kira 70 orang yang terdiri daripada para pengusaha setempat serta kakitangan Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir telah bergotong royong bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini nyata telah merapatkan lagi hubungan antara para pengusaha dan peniaga dengan kakitangan KETENGAH. Selesai bergotong royong, mereka yang hadir ini telah samasama menjayakan pula Majlis Maulidur Rasul dengan bacaan selawat beramai-ramai memuji dan menghargai Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Ini diikuti dengan solat Zuhur berjamaah di Surau Pengkalan Gawi. Pihak Persatuan juga telah menyediakan makan tengah hari untuk semua peserta yang mengambil bahagian. 1. 2. 3&4. Kerja-kerja gotong-royong yang dijalankan Sebahagian daripada ahli persatuan yang bergotong-royong Majlis selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W 2 4

[close]

p. 5

MB LANCAR PROMOSI RKK BUKIT BESI BUKIT BESI 17 Januari 2015 1 YAB DATO’ HAJI AHMAD RAZIF ABD RAHMAN MENTERI BESAR TERENGGANU HARI INI MELANCARKAN PROMOSI DAN PUBLISITI DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS BUKIT BESI YANG DIKENALI SEBAGAI RKK BUKIT BESI BANDAR BERSEJARAH 2030 BERTEMPAT DI TASIK PUTERI DI SINI. 2 3 Di dalam ucapan perasmiannya YAB Dato’ Haji Ahmad Razif melahirkan keyakinannya bahawa RKK Bukit Besi ini akan menjadi asas yang dapat melonjakkan pembangunan di Bukit Besi. Ia akan menjadi pelengkap kepada pembangunan yang telah dijalankan oleh KETENGAH di Bandar ini meliputi pembangunan fizikal dan pembangunan insan. YAB Menteri Besar yang disertai oleh isteri To’ Puan Hajah Halina Zakaria juga percaya bahawa Bukit Besi mempunyai potensi yang besar dalam bidang pelancongan. Ini kerana sejarah keagungan perlombongan Bukit Besi mampu menarik ramai pengunjung dari seluruh dunia. Lebih-lebih lagi atifak-artifak perlombongan tersebut masih lagi wujud hingga ke hari ini. Justeru, beliau menyeru penduduk agar sama-sama memelihara warisan yang ada demi kelangsungan sejarah dan pelancongan di sini. Beliau kemudiannya melancarkan draf RKK Bukit Besi diikuti dengan lawatan ke gerai-gerai pameran oleh agensi-agensi berkaitan termasuk KETENGAH. Turut hadir mengiringi beliau ialah YB Dato’ Haji Zubir Embong Speaker DUN Terengganu dan isteri, Dato’ Haji Mohd Yassim Awang Pegawai Daerah Dungun dan isteri, Tuan Haji Abd Rahman Che Ali YDP Majlis Perbandaran Dungun dan isteri serta Tuan Haji Mohd Annuar bin Maidin, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Terengganu. Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH juga hadir pada majlis ini. RKK Bukit Besi Bandar Bersejarah secara umumnya sebuah pelan panduan pembangunan yang disediakan khusus bagi memudahkan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam membangun dan menguruskan pembangunan di Bukit Besi sehingga tahun 2025. Kandungan utama RKK ini adalah cadangan zon guna tanah masa hadapan, cadangan projek dan program serta perincian kaedah pelaksanaan mengikut fasa. 1.  YAB Dato’ Haji Ahmad Razif berucap merasmikan majlis 2.  YAB Menteri Besar melawat gerai KETENGAH 3. Antara orang ramai yang hadir 5 INFO KETENGAH | JANUARY 2015

[close]

p. 6

INFO KETENGAH | JANUARY 2015 DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS BUKIT BESI BANDAR BERSEJARAH 2030 DI PROMOSIKAN 1 GUNA TANAH SEMASA DI BANDAR BUKIT BESI Guna tanah semasa yang digunakan adalah kediaman, perniagaan, perkhidmatan, perindustrian,tanah lapang, pengangkutan, pertanian, tanah kosong,kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti. Terdapat juga beberapa pembangunan yang dikenalpasti dalam kawasan RKK dengan komponen perdagangan, perumahan dan pembangunan bercampur. NILAI SEJARAH YANG BERPOTENSI  ekitar tahun 1930-an, Bukit Besi terkenal kerana perngeluaran bijih S besi yang terbesar di Asia Tenggara. Perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun. Kesan daripada aktiviti perlombongan di Bukit Besi tersebut telah meninggalkan beberapa artifak seperti •  Rumah No (1) tempat persinggahan orang kenamaan • Opal (Washing Plant,Terowong Belting Dan Stock Pile) •  ‘Chimney’ sebagai cerobong asap dan tempat memasak bijih besi. •  ‘Crushing Plant’ sebagai tempat pemecah bijih • Tempat Simpanan Bahan Letupan  erdapat sebahagian daripada Kuarters yang berpotensi untuk T pembangunan pelancongan warisan di kawasan RKK Bukit Besi. Terdapat juga artifak yang masih kukuh dan hanya kerja pemuliharaan perlu dijalankan agar artifak tersebut dapat dikekalkan. MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAWASAN RANCANGAN KHAS RKK BUKIT BESI Rancangan Kawasan Khas (RKK ) Bukit Besi akan memfokuskan  kepada pertumbuhan Bandar Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah dengan penekanan kepada pelancongan warisan,pendidikan dan perkhidmatan. Bagi mencapai tujuan tersebut, matlamat penyediaan RKK Bukit Besi adalah “ Menjadikan Bukit Besi Sebagai Bandar Bersejarah Negeri Terengganu”. Pencapaian matlamat ini disokong dengan beberapa objektif kajian: 1)  Memperkasakan peranan Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah Negeri Terengganu dan Daerah Dungun khususnya 2)  Menjadikan bandar ini berdaya maju dan mempunyai dan mempunyai ekonomi yang kukuh untuk menarik pelaburan dan pembangunan PENDAHULUAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) BUKIT BESI,DUNGUN MERUPAKAN SEBUAH PELAN PANDUAN PEMBANGUNAN YANG DISEDIAKAN UNTUK MEMBANGUN DAN MENGURUSKAN PEMBANGUNAN DI BUKIT BESI SEHINGGA TAHUN 2030. PROFIL BANDAR BUKIT BESI Bandar Bukit Besi terletak di Daerah Dungun dengan  jarak di antara kawasan kajian dari Bandar Kuala Terengganu ialah 80km,40km dari Bandar Dungun dan 20 km dari pusat pentadbiran KETENGAH di Bandar Al Muktafi Billah Shah. Bandar Bukit Besi berkeluasan 3,275 hektar (termasuk UITM fasa 1&2 seluas 379.69 dan Taman Rekreasi Tasik Puteri yang berkeluasan 125.60 hektar). 2 6

[close]

p. 7

• P  embangunan Pakej Pelancongan Jejak Warisan - Galeri Warisan Bukit Besi - Pusat Informasi - Pusat Jualan Kraftangan - Replika Stesen Keretapi Bukit Besi PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN INSTITUSI (FLAGSHIP 2) •  Cadangan kluster pendidikan yang merangkumi pelbagai kemudahan awam seperti : - Kemudahan Penginapan - Kemudahan Pengangkutan - Kemudahan Rekreasi - Kemudahan Masyarakat - Kemudahan Sosial - Kemudahan Kesihatan 3)  Menjadikan persekitaran bandar Bukit Besi lebih hijau, sejahtera untuk didiami dan berindentiti dengan pengindahan imej dan landskap bandar KONSEP DAN CADANGAN PEMBANGUNAN BANDAR BUKIT BESI Konsep pembangunan ini dapat memberi  impak yang besar kepada keseluruhan kawasan RKK secara keseluruhannya.Matlamat pelan Konsep ini adalah untuk mempersembahkan rangka pembangunan yang berpotensi untuk dijalankan bagi mencapai tema Bandar Bersejarah Bukit Besi. Cadangan pembangunan mengambilkira komponen peningkatan imej dan identiti Bukit Besi Bandar Bersejarah,zon guna tanah,cadangan sistem pengangkutan dan jaringan jalan,cadangan zon kediaman dan pembangunan bercampur serta cadangan pembangunan projek yang merangkumi 4 Flagship.  ANDAR BERSEJARAH BUKIT BESI (FLAGSHIP 1) B •  Peningkatan imej dan identiti Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah. - Pengukuhan Reka Bentuk Bandar - Perabot Jalan - Landskap Bandar -  ‘Sense Of Welcoming’ dan ‘Sense Of Belonging’ -  Kawasan artifak dizonkan sebagai Zon Warisan Bukit Besi • Pemuliharaan Monumen dan artifak - Rumah Nombor 1 -  Opal (Washing Plant,Terowong Belting & Stock Pile) - ‘Chimney’ - ‘Crushing Plant’ - Tempat Simpanan Bahan Letupan TAMAN TEMA BERASASKAN AIR. (FLAGSHIP 3) Bersebelahan Tasik Puteri dan Kelab Golf Bukit Besi • Komponen Taman Tema Air - Aktiviti Sukan Air - Komersial - Kemudahan penginapan • Komponen Bukit Besi Resort City - ‘Wave Pool’ & ‘Sandy Bay’ - ‘Tree Top Hill’& ‘Tube Riders’ - ‘Adventure River’ - ‘Flying Fox’, ‘Abseiling’, ‘Atv Rider’ , ‘Paintball’ & Rock climbing - ‘Cruise’ & Kayak - Safari Park -  ‘Tiger’ & Lion hill’ , ‘Forest land’ &’Bird Paradise’ -  Hotel,Apartment Servis & Kolej Hospitaliti. CADANGAN BANDAR LEGASI BUKIT BESI(FLAGSHIP 4) Mewujudkan satu kawasan khas yang mengembalikan nostalgia era perkembangan bandar Bukit Besi dengan memberi penekanan terhadap reka bentuk lama serta aktiviti-aktiviti yang menonjol karektor dan identiti Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah. •  Komponen – Bandar Legasi Bukit Besi 1. Dataran Bandar Legasi - Pintu Gerbang - Medan Selera - Konkrit Fasad Bangunan - 3D Street Art - Kiosk - Pusat Informasi - Taman Permainan 2. Bandar Legasi - Galeri Warisan - Bilik Audio Visual - Kedai Cenderahati - Menara Bukit Besi - Menara Tinjau - Air Pancuran - Pocket Park - Klasik Komersial - Taman Morfologi - Taman Arca 3 4 1.  Ringkasan eksekutif RKK Bukit Besi Bandar Bersejarah 2.  Pelawat berkunjung ke salah satu bangunan tinggalan perlombongan di Bukit Besi 3. Satu lagi tinggalan lombong besi 4.  Industri perlombongan di Bukit Besi meninggalkan sebuah tasik yang indah 7 INFO KETENGAH | JANUARY 2015

[close]

p. 8

INFO KETENGAH | JANUARY 2015 PERJUMPAAN BULANAN 1/2015 1 PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH 1/2015 TELAH DIADAKAN PADA HARI AHAD 18 JANUARI 2015 BERTEMPAT DI PEKARANGAN IBU PEJABAT KETENGAH, BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH. IA DIHADIRI OLEH PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH, UNIT PENGURUSAN PROJEK WILAYAH KETENGAH SERTA SYARIKAT ANAK. HADIR SAMA TUAN HAJI WAN MAT AMIN WAN DAUD PENGURUS BESAR, TUAN HAJI WAN ABD RAHMAN AHMAD TIMBALAN PENGURUS BESAR (OPERASI), TUAN HAJI OMAR ISMAIL TIMBALAN PENGURUS BESAR (PEMBANGUNAN) SERTA PENGURUS-PENGURUS BAHAGIAN KETENGAH. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan KETENGAH Bersama Membangun diikuti dengan alunan lagulagu nasyid oleh Kumpulan Nur Marjan yang dianggotai oleh kakitangan KETENGAH disusuli dengan bacaan doa oleh Pegawai Hal Ehwal Agama Islam KETENGAH. Di dalam ucapannya Tuan Haji Wan Mat Amin mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh kakitangan. Beliau meminta kakitangan agar muhasabah diri dengan membuat analisis terhadap perlakuan dan pelaksanaan kerja masing-masing bagi memastikan kakitangan berada di atas landasan yang betul pada setiap masa. Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul bagi meraikan tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Beliau menyoal kakitangan adakah mereka menyintai Rasulullah SAW insan agung yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia. Menurut beliau jika kita benar-benar cintakan Rasulullah SAW maka kita perlulah melaksanakan segala sesuatu yang telah diajar oleh Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan termasuklah semasa bertugas. Beliau turut mengingatkan kakitangan akan cabarancabaran yang dihadapi oleh negara akibat kejatuhan harga minyak, kekurangan pendapatan negara, kejatuhan nilai Ringgit serta keperluan pasca-banjir. Beliau berharap seluruh kakitangan dapat bekerjasama dengan sebaik-baiknya dalam melaksanakan tugas dan amanah masing-masing bagi menghadapi isu-isu semasa. Beliau kemudiannya turut menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1436H serta anugerah kecemerlangan pelajaran anak-anak ahli. Majlis diakhiri dengan salawat beramai-ramai bagi sama-sama meraikan tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 2 3 1. Tuan Haji Wan Mat Amin menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan 1/2015 2. Sebahagian daripada kakitangan KETENGAH yang hadir 3.  Encik Kamarudin Mansor menerima Anugerah Tokoh Maulidul Rasul daripada Pengurus Besar 8

[close]

p. 9

KURSUS MOTIVASI PENINGKATAN KERJAYA 1 PENGURUSAN KETENGAH TELAH MERANGKA 4 SIRI KURSUS MOTIVASI PENINGKATAN KERJAYA KEPADA 171 ORANG KAKITANGAN YANG TELAH LULUS KENAIKAN GRED. OBJEKTIF KURSUS ADALAH UNTUK MEMBERI KESEDARAN DIRI AKAN PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB YANG DIAMANAHKAN MAJIKAN, MELAHIRKAN KAKITANGAN YANG BERFIKIRAN POSITIF KETIKA MENGURUSKAN KERJA, MENINGKATKAN NILAI ETIKA YANG BAIK SELARAS DENGAN MATLAMAT ORGANISASI DAN MENGADAPTASI PELUANG YANG ADA UNTUK MEMAJUKAN DIRI. 3 Kursus Siri II pula telah diadakan pada 6 hingga 7 Januari 2015 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Kursus disertai seramai 28 orang Pembantu Awam dan 20 orang Pemandu Kenderaan ini dikendalikan oleh Dr. Hamidon bin Abu Bakar dari Institut Kemahiran Teknologi Pejabat dan Pengurusan. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Pengurus Khidmat Pengurusan KETENGAH Encik Mahdi Amin bin Ahmad. kursus Siri III telah disempurnakan oleh Encik Hasri bin Omar, Ketua Unit Integriti. Kursus-kursus selama 2 hari 1 malam ini telah mendapat reaksi yang positif daripada kakitangan kerana peserta kursus sangat berpuas hati dengan pengendalian kursus dan modul yang diberikan oleh konsultan yang dilantik. Ia memberikan peluang yang besar dalam menyedari mereka akan potensi diri masing-masing dalam menghadapi dunia pekerjaan yang kian mencabar. 2 Kursus Siri I yang melibatkan 40 orang Pembantu Awam telah diadakan di Permai Hotel Kuala Terengganu pada 23 hingga 24 Disember 2014. Kursus ini dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Cr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip dari Human Specialist Resources. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Radzi bin Md. Noor, Pengurus Pemantauan dan Penilaian KETENGAH. Sementara itu kursus Siri III telah diadakan di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu pada 19 hingga 20 Januari 2015. Kursus yang dikendalikan oleh Dr. Saiful bin Jalun dari Human Specialist Resources melibatkan 23 orang Pemandu Kenderaan, 8 orang Pembantu Operasi dan 13 orang Pembantu Awam. Majlis penutup 1.  Peserta-peserta kursus bergambar kenangan selepas menamatkan kursus di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu. 2.  Encik Hasri Omar menyampaikan sijil penyertaan kepada encik Mazeri Abdullah. 3.  Perbincangan berkumpulan turut diadakan bagi menerapkan semangat kerjasama berpasukan. 9 INFO KETENGAH | JANUARY 2015

[close]

p. 10

INFO KETENGAH | JANUARY 2015 1000 ORANG HADIRI PROGRAM “KETENGAH BERSELAWAT” BAGI MENYUBURKAN JIWA DAN DIRI DENGAN SPIRITUAL SIFAT KEHAMBAAN DAN KEINSANAN, PROGRAM-PROGRAM KEISLAMAN MENJADI SATU ACUAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT YANG HARMONI DAN BERSATU PADU. IA AKAN MEMASTIKAN MASYARAKAT TERUTAMA GENERASI MUDA SENTIASA DEKAT DENGAN KHOLIQ YANG MAHA PENCIPTA. 1 3 Masjid Sultan Mahmud , Bandar Al Muktafi Billah Shah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fakhrurazzi bin Mohamed Zabidi yang merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selesai Solat Isyak berjemaah, Program “KETENGAH Berselawat” telah diadakan di bangunan RTC Terengganu yang merupakan antara uslub dakwah terkini bagi menyampaikan mesej penyeruan ke arah meningkatkan kecintaan kepada Allah dan Rasul. Program yang berlangsung selama 3 jam iaitu dari jam 9.00 malam hingga 12.00 malam ini telah dihadiri seramai 1000 orang . Antara pengisian program ini ialah Bacaan Selawat, Qasidah dan diselangi dengan Tazkirah dan Tausiyyah. Para hadirin telah disediakan teks selawat dan qasidah untuk sama-sama mengikuti alunan bacaan tersebut. Diharapkan program yang dianjurkan oleh KETENGAH kali ini dapat mengeratkan tali ikatan persaudaraan antara masyarakat wilayah KETENGAH dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Di samping itu ia mendedahkan kepada golongan belia dan generasi muda dengan program-program yang dapat menghidupkan fitrah insan. 2 Dengan itu, program “KETENGAH Berselawat” sempena menyambut bulan Maulidur rasul telah diadakan pada 25 Jan 2015 bersamaan 4 Rabiul Akhir 1436 H. Program ini dimulakan dengan solat Magrib berjemaah dan disusuli dengan solat Hajat dan Bacaan Yassin serta doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan warga KETENGAH serta masyarakat dalam wilayah . Seterusnya para jemaah disajikan dengan kuliah ringkas bertajuk “Tauhid dan Kasih Sayang” di 4 1. Persembahan qasidah turut diperdengarkan kepada hadirin 2. Tuan Haji Wan Mat Amin hadir mengikuti ceramah yang disampaikan 3. Kira-kira 1000 orang hadir pada majlis ketengah berselawat 4.  Ceramah agama di Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah. 10

[close]

p. 11

“AMANAH ATAU BEBANAN” 1 TUGAS KETENGAH DALAM MEMBANGUNKAN WILAYAH INI TIDAK TERHAD KEPADA PEMBANGUNAN FIZIKAL SEMATA-MATA MALAH YANG LEBIH PENTING DARIPADA ITU IALAH PEMBANGUNAN INSAN ATAU MANUSIA DI WILAYAH INI. KESEIMBANGAN INI AMAT PENTING DALAM USAHA MEMASTIKAN PENDUDUK DI WILAYAHNYA TURUT DIBANGUNKAN MINDA DAN POTENSI MASING-MASING BAGI BERUBAH MENGIKUT TUNTUTAN MASA BERASASKAN AJARAN ISLAM YANG MAHA SUCI. Justeru, KETENGAH dari semasa ke semasa terus melaksanakan pelbagai program pembangunan insan bagi penduduk wilayahnya terutamanya melalui Bahagian Pembangunan Insan dan Pendidikan. Ia tidak lain tujuannya melainkan untuk memberi bimbingan kepada rakyat dalam pelbagai sudut kehidupan seperti sosial, agama, sukan, keusahawanan dan sebagainya. Salah satu program yang turut diadakan ialah ceramah-ceramah agama di mana para penceramah, ustaz, motivator serta tokoh-tokoh tertentu telah dijemput oleh KETENGAH. Pada 25 Januari 2015 bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1436H satu ceramah bertajuk Amanah atau Bebanan telah diadakan bertempat di Balai Orang Ramai Bandar Al Muktafi Billah Shah. Kira-kira 400 2 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH menghadiri ceramah tersebut yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Mat Seman, seorang penceramah bebas. Intipati daripada ceramah beliau ialah bekerja itu suatu ibadat yang perlu dilakukan dengan sebaikbaiknya kerana Allah. Justeru setiap kakitangan perlu mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi membolehkan organisasi berjalan di atas landasan yang betul dan membawa kejayaan yang cemerlang. Beliau turut mengingatkan kakitangan agar mengamalkan sifat-sifat yang terpuiji yang dituntut oleh Islam seperti amanah, ikhlas, jujur, mengutamakan organisasi, rajin dan tekun, suka membantu dan sebagainya. Apa yang penting ialah kerja yang ikhlas dan sempurna sangat penting dalam usaha mendapat keredaan dan ganjaran yang baik daripada Allah SWT. 1.  Ustaz Abdul Rahman Mat Seman menyampaikan ceramahnya 2.  Pegawai dan Kakitangan KETENGAH khusyu’ mendengar ceramah Selamat Bertugas INFO KETENGAH MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA ENCIK ALFIZAM BIN MOHAMAD YANG TELAH MELAPORKAN DIRI SEBAGAI PEREKA GRED B17 DI KETENGAH PADA 15 JANUARI 2015. 11 INFO KETENGAH | JANUARY 2015

[close]

p. 12

INFO KETENGAH | JANUARY 2015 JASA MU DIKENANG SIDANG PENGARANG “BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH LUMRAH KEHIDUPAN” ITULAH UNGKAPAN YANG SERING DIKATAKAN APABILA TIBA MASA SESEORANG PEGAWAI ATAU KAKITANGAN MENINGGALKAN PERKHIDMATANNYA. 1. Penaung  Tn. Haji Wan Mat Amin Wan Daud 2. Penasihat 3. Ketua Pengarang Tn. Haji Wan Abdul Rosli Haji Ngah Rahman Ahmad 4. Penyelaras/ Jurugambar Mohd Salleh Ibrahim 5. Pengarang Wan Salwadi Wan Sulong 6. Pengarang Norfarhana Maharudin 7. Pengarang 8. Pengarang  Hazrol Eizwal Jasni Alias A. Rashid 9. Pengarang Ahmad Tarmizi Alang Salim Selaras dengan itu, Tuan Haji Wan Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH telah menamatkan perkhidmatannya di KETENGAH apabila beliau bersara wajib pada 22 Januari 2015. Beliau merupakan salah seorang pegawai yang paling lama berada di KETENGAH iaitu bermula 1 Januari 1980 di mana beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah. Tuan Haji Wan Abdul Rahman telah merakam keluar rekod kedatangannya pada 22 Januari 2015 dengan diiringi oleh pegawai dan kakitangan di lobi Ibu Pejabat KETENGAH. Sebagai kata terakhir Tuan Haji Wan Abdul Rahman telah memohon maaf di atas apa jua kesalahan beliau dan beliau turut mendoakan agar KETENGAH terus cemerlang pada masa hadapan. Pengurusan KETENGAH dan seluruh kakitangan mengucapkan selamat bersara dan mendoakan semoga beliau diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT. 10. Pengarang Latiff Muhamad 11. Pengarang Norzaini A. Rahman 12. Pengarang Noarimi A. Majid 13. Pengarang Norshahira Said 1.  YB Dato’ Sri Ahmad Shabery turun padang menyampaikan sumbangan . 2.  Tuan Haji Omar Ismail turut sama hadir di majlis ini. 12

[close]

Comments

no comments yet