Pelan Strategik

 

Embed or link this publication

Description

Pelan Strategik MDCH 2015-2017

Popular Pages


p. 1

PELAN STRATEGIK Majlis Daerah Cameron Highlands 2015-2017 PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS 2015-2017

[close]

p. 2

Pelan Strategik 2015-2017 Perutusan Yang Dipertua Bismillahirrahmanirrah. Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Pelan Strategik MDCH 2015 – 2017 dapat dihasilkan untuk dijadikan panduan utama pembangunan di Daerah Cameron Highlands. Dokumen ini seharusnya dihayati dan difahami khususnya oleh penjawat awam dalam usaha untuk menterjemahkan dasar – dasar kerajaan dan bentuk projek / program pembangunan untuk rakyat. Seiring dengan pembangunan MDCH sebagai Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) hendaklah memainkan peranan penting bagi menjamin warga Daerah Cameron Highlands menikmati tahap pembangunan yang mampan mengikut objektif dan hala tuju yang telah ditetapkan. Akhir kata, syabas diucapkan kepada semua warga MDCH yang memberi komitmen jitu bagi menjayakan Pelan Strategik MDCH 2015 – 2017 ini. Sekian terima kasih. DATO’ A. RAHMAN BIN HAMZAH DIMP.,AAP.,AMP.,PKC Majlis Daerah Cameron Highlands 1

[close]

p. 3

Pelan Strategik 2015-2017 Sekapur Sireh Assalamualaikum W.B.T dan Salam Satu Malaysia. Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnia-Nya, Pelan Strategik MDCH 2015 – 2017 berjaya disiapkan. Dengan adanya Pelan Strategik ini saya memohon kepada warga MDCH supaya dapat memberi komitmen jitu bagi menjayakan Pelan Strategik yang dirangka dengan menepati garis panduan yang ditetapkan. Ucapan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua warga MDCH juga kerana berjaya melaksanakan semua program yang diadakan dan memastikan kepuasan pelanggan dalaman dan luaran tercapai. Segala pencapaian dan kejayaan MDCH tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada kerjasama daripada semua pihak. Akhir kata saya berharap MDCH sentiasa melangkah ke hadapan seiring dengan kemajuan Pihak Berkuasa Tempatan lain dan meraih banyak kejayaan dimasa akan datang. Sekian terima kasih. MAZLAN BIN MOHAMED ISA,AMP Majlis Daerah Cameron Highlands 2

[close]

p. 4

Pelan Strategik 2015-2017 KANDUNGAN Perutusan Yang Dipertua Sekapur Sireh Setiausaha 1. Latar Belakang 1.1 Pengenalan 1.2 Carta Organisasi 1.2.1 Fungsi Dan Peranan MDCH 1.2.2 Pecahan Kategori Punca Kuasa 1.3 Jawatan Induk Pelan Strategik 1.4 Hubungan Kait MDCH dengan Pihak Berkepentingan 1.5 Pencapaian 1.6 Isu dan Cabaran 1.7 Isu – Isu Strategik 1.8 Analis SWOT Visi, Misi , Moto dan Nilai Bersama 2.1 Pengenalan Pelan Strategik 2.2 Visi 2.3 Misi 2.4 Moto 2.5 Nilai- Nilai Bersama Pembentukan Strategik 5.1 Tema Strategik 5.2 Matlamat dan Strategik 5.3 Peta Strategik 5.4 Objektif, KPI dan Inisiatif Penutup 2. 3. 4. Majlis Daerah Cameron Highlands 3

[close]

p. 5

Pelan Strategik 2015-2017 1. LATAR BELAKANG 1.1 1.2 Pengenalan Carta Organisasi 1.2.1 Fungsi 1.2.2 Objektif 1.2.3 Pecahan Kategori Punca Kuasa Jawatankuasa Induk Pelan Strategik Hubungan Kait MDCH dengan pihak berkepentingan Pencapaian Isu Dan Cabaran Isu – Isu Strategik Analisa SWOT 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Majlis Daerah Cameron Highlands 4

[close]

p. 6

Pelan Strategik 2015-2017 1.1 PENGENALAN Majlis Daerah Cameron Highlands telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No 66 pada 01 Mac 1982 dan keluasan kawasan ketika itu adalah 55.0087 km persegi dan dibahagikan kepada dua ( 2 ) kategori :i. ii. Kawasan yang dikenakan cukai Kawasan yang tidak dikenakan cukai 31.812 km.p 23.725 km.p Bagi peluasan kawasan baru Majlis Daerah Cameron Highlands kawasan yang dicadangkan ialah 33,325.2 Ha SK dengan jumlah penduduk 38,000 orang Pada ketika ini, Pentadbiran MDCH diketuai oleh Yang Dipertua ( Disandang oleh Pegawai Daerah ) dan dibantu oleh Setiausaha, Ketua – Ketua Jabatan/ Unit dan Bahagian. Pengurusan ini turut dibantu oleh Ahli – Ahli Majlis seramai 24 orang dan ex – Officio seramai 4 orang. Sistem mesyuarat yang dilaksanakan adalah di Peringkat Majlis Penuh, Peringkat Jawatankuasa Majlis dan Peringkat Pengurusan. Pada ketika ini, Pentadbiran MDCH mengandungi tujuh ( 7 ) Jabatan, empat ( 4 ) Unit dan sembilan ( 9 ) Bahagian. Selain itu, terdapat tiga ( 3 ) Unit Petempatan Sementara oleh KPKT yang mempunyai perancangan dan strukturnya yang tersendiri. Jabatan – jabatan itu adalah :- Majlis Daerah Cameron Highlands 5

[close]

p. 7

Pelan Strategik 2015-2017 Bil 1 Jabatan / Unit Jabatan Khidmat Pengurusan i ii iii Bahagian Bahagian Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia Bahagian Penguatkuasa 2 3 4 5 6 Jabatan Perbendaharaan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Jabatan Perancangan Jabatan Landskap Jabatan Kejuruteraan & Kawalan Bangunan i ii iii Bahagian Padang Golf Bahagian Kawalan Bangunan Bahagian Kejuruteraan Awam Mekanikal & Elektrikal Bahagian Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Vektor Bahagian Pelesenan 7 Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran i ii iii 8 9 10 11 12 13 14 Unit OSC Unit COB Unit e – PBT Unit Audit Dalam Unit Undang – Undang Unit Perhubungan Awam & Pembangunan Masyarakat Unit Teknologi Maklumat Majlis Daerah Cameron Highlands 6

[close]

p. 8

Pelan Strategik 2015-2017 Hasil dan perbelanjaan MDCH telah bertambah akibat daripada limpahan pembangunan yang begitu pesat terutama dari segi pelancongan. Terdapat banyak bangunan, kedai dan pangsapuri telah didirikan. Kebanyakan projek pembangunan ini telah dibangunkan di kawasan pekan – pekan kecil seperti Kea Farm, Kuala Terla, Tringkap, Kampung Raja dan Habu. Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana ianya tidak lagi hanya tertumpu kepada kawasan Tanah Rata, Brinchang dan Ringlet semata – mata yang telahpun sedia membangun. Selain daripada pembangunan yang dinyatakan Daerah Cameron Highlands juga telah dihubungkan dengan jalanraya baru iaitu Ipoh ke Cameron Highlands yang mana telah memendekkan masa perjalanan dan memudahkan kedatangan para pelancong dari Utara Semenanjung ke Cameron Highlands. Selain itu, terdapat satu lagi jalan baru iaitu dari Gua Musang ke Cameron Highlands yang memudahkan kedatangan para pelancong dari Pantai Timur Semenanjung. Pembukaan jalanraya baru tersebut telah banyak membantu membangunkan kawasan Sempadan Pahang, Perak dan Kelantan. Sebuah jalanraya telah disiap dibangunkan sejak tahun 2010. Pembinaan jalanraya ini membolehkan Daerah Cameron Highlands dihubungkan terus dengan daerah – daerah lain di negeri Pahang . Pentadbiran MDCH sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas – tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu, MDCH akan sentiasa berusaha untuk memberikan dan melaksanakan perkhidmatan – perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pembayar cukai. Majlis Daerah Cameron Highlands 7

[close]

p. 9

Pelan Strategik 2015-2017 1.2 CARTA ORGANISASI Yang Dipertua UNIT OSC UNIT COB UNIT e-PBT UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT Setiausaha UNIT AUDIT DALAM UNIT UNDANG-UNDANG UNIT PERHUBUNGAN AWAM & PEMBANGUNAN MASYARAKAT JABATAN PERBANDARAAN JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA JABATAN PERANCANGAN JABATAN LANDSKAP JABATAN KEJUTERAAN & KAWALAN BANGUNAN JABATAN KESIHATAN AWAM & PERKHIDMATAN PERBANDARAN BAHAGIAN PENTADBIRAN BAHAGIAN PADANG GOLF BAHAGIAN KESIHATAN AWAM BAHAGIAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN PENGUATKUASA BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN BAHAGIAN KAWALAN VEKTOR BAHAGIAN KEJUTERAAN AWAM MEKANIKAL & ELEKTRIKAL BAHAGIAN PERLESENAN NOTA: JABATAN BAHAGIAN UNIT PENEMPATAN SEMENTARA OLEH KPKT Majlis Daerah Cameron Highlands 8

[close]

p. 10

Pelan Strategik 2015-2017 1.2.1 FUNGSI MAJLIS DAERAH CAMERON MDCH melaksanakan fungsi – fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( AKTA 171 ) dan melaluinya MDCH boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan – peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan. Antara fungsi MDCH ialah :Bil 1 2 Fungsi MDCH Mengutip cukai taksiran, lesen perniagaan dan pengiklanan; Merancang, melaksana serta mengawal selia pembangunan selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands dan Dasar – Dasar Kerajaan yang lain; Menyelaras dan memberi kerjasama kepada jabatan – jabatan lain serta pihak swasta untuk pembangunan pelbagai program seperti kemasyarakatan dan alam sekitar; Mengawalselia aktiviti pelupusan sisa pepejal oleh Alam Flora Sdn Bhd( AFSB ) dan pembersihan bandar serta kawasan operasi; Mengawalselia dan menguatkuasakan perkhidmatan kawalan makanan premis jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit bersama – Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands; Memantau dan menyelaras aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar; Mempertingkatkan keindahan dan kebersihan kawasan MDCH disamping memeliharaan dan memulihara landskap semulajadi yang sedia ada; Mewujudkan kemudahan – kemudahan yang berkualiti dan perkhidmatan – perkhidmatan asas dan awam bagi keselesaan penduduk setempat dan pelancong; dan Menggubal dan menguatkuasakan undang – undang, peraturan dan dasar yang berkaitan. 3 4 5 6 7 8 9 Majlis Daerah Cameron Highlands 9

[close]

p. 11

Pelan Strategik 2015-2017 Pelanggan MDCH terdiri daripada dua ( 2 ) kategori iaitu : Pelanggan Dalaman Warga kerja MDCH dan pihak – pihak atasan yang berkepentingan secara langsung keatas MDCH.  Pelanggan Luaran Pembayar cukai, pelesen, orang awam, pemaju, perunding, agensi kerajaan dan swasta. 1.2.2 OBJEKTIF MAJLIS DAERAH CAMERON Majlis Daerah Cameron Highlands bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada masyarakat melalui Bil 1 2 3 Objektif Memastikan pembangunan yang rasional dan dinamik melalui perancangan dan pembangunan yang memelihara mutu alam sekitar; kawalan Menyediakan infrastruktur, kemudahan awam dan rekreasi untuk keselesaan pengunjung dan kesejahteraan hidup masyarakat; Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sektor perumahan, perniagaan dan pelancongan sebagai penggerak pembangunan ke arah matlamat menjadikan Cameron Highlands sebagai kawasan peranginan tanah tinggi yang diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di Negeri Pahang dan Malaysia; dan Mengeksploitasi pelbagai kurniaan alam semulajadi daripada sumber – sumber pelancongan yang sedia ada seperti bukit – bukau, hutan simpan, air terjun, sungai, tasik serta lain – lain warisan alam semulajadi dan budaya tempatan bagi menarik kedatangan pelancong. 4 Majlis Daerah Cameron Highlands 10

[close]

p. 12

Pelan Strategik 2015-2017 1.2.2 PECAHAN KATEGORI PUNCA KUASA AKTA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Perlembagaan Persekutuan Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 ( 172 ) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 ( 133 ) Akta Pengurusan Strata 2013 ( Akta 757 ) Akta Makanan 1983 ( Akta 281 ) Akta Prosedur Kewangan 1957 ( Akta 61 ) & Arahan Perbendaharaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ) Majlis Daerah Cameron Highlands 11

[close]

p. 13

Pelan Strategik 2015-2017 ENAKMEN 1. 2. Enakmen Hiburan 1993 Enakmen Rumah – Rumah Tumpangan UNDANG – UNDANG KECIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Undang – Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Undang – Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1983 Undang – Undang Kecil ( Mengkompaun Kesalahan – Kesalahan ) Kerajaan Tempatan ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1983 Undang – Undang Kecil ( Mengkompaun Kesalahan – Kesalahan ) Jalan, Parit dan Bangunan ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1983 Undang – Undang Kecil Bayaran Pelan dan Permit ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1983 Undang – Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1984 Undang – Undang Kecil Taman (Majlis Daerah Cameron Highlands) 1986 Undang – undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambuut ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1987 Undang – Undang Kecil Kawalan dan Penyeliaan Tempat – Tempat Makan ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1986 Undang – Undang Kecil Iklan ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1988 Undang – Undang Kecil Penjaja ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1989 Undang – Undang Kecil Iklan Pilihanraya ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 1990 Undang – Undang Kecil Stor Kayu dan Kerja Kayu ( Majlis Daerah Cameron Undang – Undang Kecil Pelesenan Anjing ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 2007 Undang – Undang Kecil Kerja Tanah ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 2008 Perintah Lalu Lintas Jalan [ Tempat Letak Kereta Bermeter] ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 2008 Majlis Daerah Cameron Highlands 12

[close]

p. 14

Pelan Strategik 2015-2017 18. 19. 20. 21. 22. Undang – Undang Kecil Vandalisme ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) 2010 Undang – Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) [ Pindaan ] 2011 Undang – Undang Kecil Iklan Pilihanraya ( Majlis Daerah Cameron Highlands ) [ Pindaan ] 2011 Perintah – Perintah Am dan Arahan Pentadbiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam KAEDAH - KAEDAH 1. 2. Kaedah – Kaedah Hiburan 1996 Kaedah – Kaedah Pegawai Majlis Daerah Cameron Highlands ( Kelakuan dan Tatatertib ) Majlis Daerah Cameron Highlands 13

[close]

p. 15

Pelan Strategik 2015-2017 1.3 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 JAWATANKUASA INDUK PELAN STRATEGIK YH Dato’ A. Rahman Bin Hamzah.DIMP.,AAP.,AMP,PKC Yang Dipertua Encik Mazlan Bin Mohamed Isa,AMP Setiausaha Puan Wan Norasmah Binti Wan Derahman Unit Perhubungan Awam & Pembangunan Masyarakat Cik Shantini a/p Rajamanikam Unit Perhubungan Awam & Pembanguan Masyarakat Puan Faridah Binti Ahmad,PKC Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan Puan Siti Zaleha Binti Ab Ghani Ketua Jabatan Perbendaharaan Encik Mohd Rizal Bin Hashim Ketua Jabatan Penilaian & pengurusan Harta Encik Ahmad Ridzuan Bin Abd Mubin Ketua Jabatan Perancangan Encik Mohd Khairil Anuar Bin Asmawi Ketua Jabatan Landskap Encik Elmi Ruzaidi Bin Redzuan Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kawalan Bangunan Encik Muhammad Safwan Izzat Bin Rosli Ketua Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran Encik Muhamad Khamimi Bin Mohd Idris Ketua Unit Pusat Setempat ( OSC ) Encik Abdul Latif Bin Salleh,PJK Ketua Cawangan Pesuruhjaya Bangunan ( COB ) Encik Wan Iskandar Binti Wan Derahman Wakil Unit Audit Dalam Cik Nor Syuaadah Binti Alias Ketua Unit Undang – Undang Puan Wan Zainab Binti Wan Seman Ketua Unit Teknologi Maklumat Encik Rosli Bin Alias.PJK Ketua Bahagian Padang Golf Puan Haslindawati Binti Abd Malek Pembantu Tadbir Harmiza Binti Abdul Rashid Pembantu Setiausaha Pejabat Norliza Binti Ali Pembantu Tadbir ( KEW ) Nor Fazliana Binti Adnan Pembantu Tadbir Pengerusi Setiausaha Koordinator Penolong Koordinator Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Urusetia Urusetia Urusetia Urusetia Majlis Daerah Cameron Highlands 13

[close]

Comments

no comments yet