Buletin Rancang 1/2014

 

Embed or link this publication

Description

Buletin Rancang 1/2014

Popular Pages


p. 1

1

[close]

p. 2

Alhamdullilah dengan limpah rahmat dan inayahNya dapat kita menerbitkan Buletin Rancang edisi pertama bagi tahun 2014. Buletin Rancangan pada edisi pertama 2014 ini mengandungi pelbagai buletin yang menarik antaranya adalah mengenai ‘Sustainable City’. Bandar Curutiba di Brazil adalah merupakan salah satu contoh terbaik dalam pembangunan “Sustainable City’ sehingga dianugerahkan sebagai ‘World Greenest City’. Bandar ini juga terkenal dalam “Sustainable City ’ kerana telah melaksanakan konsep Transit Oriented Developmet (TOD) di dalam setiap pembangunan yang dirancang. Selain itu, edisi pada kali ini juga memuatkan buletin mengenai Lembaga Rayuan yang mana ianya menerangkan tentang proses dan prosedur bagi orang awam untuk mengemukakan rayuan sekiranya terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) mengenai aspek perancangan bandar dan desa di Negeri Pahang. Oleh yang sedemikian, saya berharap agar segala maklumat perancangan yang telah dimuatkan dalam buletin ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Sehingga bertemu lagi dalam keluaran akan datang. . Pengarah JPBD Negeri Pahang Mei, 2013

[close]

p. 3

Bandar Curitiba, Brazil merupakan sebuah bandaraya utama di Selatan Brazil yang berkonsepkan bandar mampan atau ‘Sustainable City’. Bandar Curitiba ini telah diiktiraf sebagai Bandar Hijau kerana bandaraya paling kurang pencemaran, sikap dan komitmen penduduknya yang mesra alam, penggunaan sumber tenaga alternatif dan pengangkutan awam yang mesra alam, serta pengekalan kawasan hijau terancang khususnya di dalam bandar. Selain itu, Peranan dan dasar datuk bandar (Mayor) dalam melaksanakan polisi mesra alam juga adalah merupakan salah satu faktor yang menjadikan Bandar Curitiba ini sebagai sebuah bandar mampan. Keadaan ini dapat dilihat apabila tiga suku daripada penduduk Bandar Curitiba ini telah menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama mereka. Bus Rapid Transit (BRT) Tube Station adalah salah satu pengangkutan awam digunakan di bandar Curitiba. Salah satu elemen penting bagi sistem pengangkutan BRT di Bandar Curutiba adalah dengan menyediakan laluan khas bagi laluan bas serta mempunyai rekabentuk yang unik dari segi “design speeds’. Keadaan ini menyebabkan kelajuan BRT adalah sama dengan kelajuan sistem kereta bawah tanah. Curitiba BRT Tube Station 3

[close]

p. 4

Salah satu kejayaan Sistem Pengangkutan Awam Bandar Curitiba ialah dengan mengintegrasikan sistem pengangkutan dengan perancangan gunatanah seperti pembangunan perniagaan, infrasrtruktur serta kemudahan masyarakat . Keunikan struktur jalan raya di bandar ini juga dapat dilihat dengan pembahagian laluan khas untuk kegunaan bas ekspres. Ini menyumbang kepada kriteria sistem pengangkutan bandar yang selamat, kebolehbergantungan dan operasi perkhidmatan bas tanpa bahaya ataupun gangguan kelewatan. Selain itu, Curitiba mempunyai sistem pengangkutan yang terbaik di dunia kerana terdapat lebih 1,100 bas di Curitiba yang melakukan rutin perjalanan 12,500 kali sehari dengan 1.3 juta penumpang. Bas yang beroperasi di bandar ini dikelaskan kepada 5 jenis ; Bas ekspres: Operasi di laluan khas untuk bas dan berkapasiti tinggi – beroperasi dengan ‘tube station’; Bas Laju (Rapid Bus) : Operasi kedua-dua laluan serta laluan utama sepanjang bandar. Perjalanan bas ini berubah-ubah mengikut permintaan; Bas Bi-articulated: bas ini termasuk dalam kumpulan bas laju yang mana operasinya tertumpu pada laluan di luar kapasiti tinggi; Bas ‘inter-district’: membawa penumpang antara sektor bandar yang terdapat dalam perantaraan laluan; dan Bas ‘feeder’ : bercampur dengan traffik bandar lain dan membawa penumpang ke stesen pertukaran yang dipanggil ‘District Terminal’ yang telah menjadi kawasan pembangunan dan aktiviti komersial. 4

[close]

p. 5

Bandar Curitiba juga mengamalkan program kitar semula yang dikenali sebagai ‘the green swap’. Program ini menggalakkan penduduk supaya membawa sisa pepejal mereka ke pusat kitar semula. Disini mereka dapat menukarkan hasil sisa pepejal mereka kepada makanan atau kad perjalanan yang dapat digunakan untuk pengangkutan bas di dalam bandar. Amalan program kitar semula dapat menyokong Curitiba sebaga bandar mampan yang berkonsepkan ‘Green City’. Bandar Curitiba ini telah bertukar menjadi satu bandar yang kreatif dan mudah didekati bagi mengatasi masalah bandar. Caranya adalah dengan mengubah dan meningkatkan rekabentuk struktur pertumbuhan bandar. Mobiliti, kemampanan dan strategi penyelesaian punca permasalah bandar dikenali sebagai “Urban Acupuncture”. Ianya sebahagian daripada Pendekatan baru di dalam perancangan bandar bagi menaiktaraf kawasan yang kurang menarik. 5

[close]

p. 6

Lembaga Rayuan merupakan sebuah badan berkecuali yang ditubuhkan di bawah Bahagian VI seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Lembaga Rayuan menjadi saluran atau mekanisme yang bertujuan memudahkan pihak awam dan pihak-pihak yang terkilan untuk mengemukakan rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputuasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) mengenai perancangan bandar dan desa.Ianya merupakan “mahkamah perancangan” yang diwujudkan di bawah seksyen 36 Akta 172 dan berfungsi untuk mendengar kes-kes berkaitan perancangan bandar dan desa. Panduan Pelaksanaan Akta (PPA) 172 : Lembaga Rayuan ini menggariskan aspek penting pentadbiran dan perundangan dalam melaksanakan perjalanan Lembaga Rayuan. Ianya boleh dijadikan rujukan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, ahli-ahli, Pendaftar dan Urus Setia Lembaga Rayuan, pihak perayu (orang yang terkilan) dan pihak responden (PBPT) sebagai pemudahcara pelaksanaan Lembaga Rayuan di Semenanjung Malaysia. 6

[close]

p. 7

Menurut subseksyen 36(10) bidang tugas Lembaga Rayuan adalah seperti berikut; • • • • • • • Mendengar rayuan perayu dan PBPT; Memanggil dan memeriksa saksi; Menghendaki mana-mana orang mengikat dirinya atas sumpah untuk menyatakan yang benar; Memaksa mana-mana pihak mengemukakan dan menyerahkan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan rayuan itu; Mengesahkan, mengubah atau mengakas perintah atau keputusan yang dirayu; Mengawardkan kos; dan Membuat apa-apa perintah sama ada yang diperuntukkan atau tidak oleh, dan yang selaras dengan Akta 172. 7

[close]

p. 8

Seorang pemohon yang terkilan dengan keputusan PBPT yang enggan memberikan kebenaran merancang (KM) atau dengan apa-apa syarat dikenakan oleh PBPT dalam memberikan KM; 8 perkara yang boleh dirayu dibawah Peruntukan Akta 172 Seorang pemohon telah membuat bantahan menurut subseksyen 21(6) iaitu berkenaan dengan bantahan pemunya tanah berjiran dan yang terkilan dengan keputusan PBPT berhubung dengan bantahannya. Jika mana-mana orang terkilan dengan apa-apa amaun pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya dibawah seksyen ini oleh PBPT Seseorang yang terkilan dengan PBPT yang menyampaikan suatu notis rekuisisi untuk menghentikan apa-apa penggunaan tanah dalam tempoh yang ditetapkan Mana-mana orang yang terkilan dengan amaun pampasan sebagai pematuhan notis rekuisisi Rayuan terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok Terkilan dengan pampasan di bawah perintah pemeliharaan pokok yang melibatkan amaun pampasan yang diwardkan Penggantian Pokok melibatkan seseorang yang didapati bersalah di bawah seksyen 35A(4) kerana menebang pokok dan diperintah untuk menggantikan pokok itu dengan menanam pokok yang lain 8

[close]

p. 9

PEKAN DAN RAUB DAERAH PALING BAHAGIA DI NEGERI PAHANG YDP Majlis Daerah Raub, YH Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Mohd Ali (gambar kiri) dan YDP Majlis Daerah Pekan, YH Dato’ Hj. Ahmad Salhi bin Latiff (gambar kanan) menerima Sijil Penghargaan “Happy Community Award” daripada Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena International Conference on Urban Wellbeing and Happiness di Rennaisance Hotel, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2014. Bagi tujuan memastikan kesejahteraan masyarakat dan bandar secara berterusan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dengan kerjasama semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan program penilaian kemampanan bandar iaitu MURNInets dan salah satu kajian adalah mengenai Kajian Indeks Kebahagiaan (Happiness Index). Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran tahap umum penduduk kesejahteraan dengan lebih menyeluruh, termasuk kesihatan mental dan emosional. Kajian persepsi sedikit sebanyak membantu mengenalpasti tahap kegembiraan dan kesejahteraan penduduk. Komponen indeks kebahagiaan ini meliputi kesejahteraan psikologi, komuniti yang berdaya hidup,kepelbagaian budaya dan ketahanan, kesihatan, pendidikan, kepelbagaian ekologi, kualiti kehidupan dan urus tadbir 9

[close]

Comments

no comments yet