Pelan Strategik 2015 - 2020

 

Embed or link this publication

Description

pelan terbaru

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

i. Perutusan Yang Dipertua ii. Ringkasan Eksekutif Bahagian 1 : Latar Belakang Organisasi a. b. c. d. e. Pengenalan Struktur organisasi Fungsi dan peranan Punca kuasa Pihak Berkepentingan dan Pelanggan 4 5 8 10 11 12 15 Bahagian 2 : Cabaran dan Isu Semasa a. b. c. d. Analisis Persekitaran – Senario ekonomi Analisis Persekitaran – Senario politik Analisis Persekitaran – Senario sosial Analisis Organisasi i. Analisis kekuatan ii. Analisis kelemahan iii. Analisis peluang iv. Analisis ancaman 16 18 19 20 22 23 24 Bahagian 3 : Visi, Misi dan Nilai-nilai Bersama a. b. c. d. e. Pengenalan Pelan Strategik MPPG Visi Misi Moto Nilai-nilai Bersama 26 26 28 29 30 Bahagian 4 : Pembentukan Strategi MPPG Pengenalan i. Teras Strategik 1 - Memperkukuhkan Perkidmatan Teras Yang Berkualiti Tinggi ii. Teras Strategik 2 - Membangunkan Modal Insan Yang Berkualiti dan Kompetitif iii. Teras Strategik 3 - Pengukuhan Kedudukan Kewangan iv. Teras Strategik 4 - Memartabatkan Pasir Gudang di Persada Antarabangsa v. Teras Strategik 5 - Merealisasikan Pembangunan Mampan vi. Teras Strategik 6 - Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Kondusif vii. Teras Strategik 7 - Meningkatkan Tahap Ekonomi dan Pembangunan Usahawan 32 33 43 49 55 62 68 75 2 3

[close]

p. 3

Assalamualaikum wrh wbt A lhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana atas kebesaran dan limpah rahmatNYA Pelan Strategik MPPG 2015-2020 dapat dibangunkan. Terlebih dahulu ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Task Force Pelan Strategik MPPG serta ketua-ketua jabatan, bahagian dan unit serta para pegawai yang terlibat dalam menyediakan Buku Pelan Strategik ini. Perkhidmatan pihak berkuasa tempatan kini berdepan dengan cabaran dari pelbagai sudut, antara ekspektasi pihak berkepentingan, pengaruh globalisasi dan tempatan serta kehendak masyarakat yang tiada had sempadan. Mahu tidak mahu, sebagai kerajaan peringkat ketiga yang paling hampir dengan masyarakat, perubahan dan penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan dalam melangkaui atau setidak-tidaknya memenuhi ekspektasi tersebut. Selari dengan realiti tersebut, Pelan Strategik MPPG 2011-2015 dikaji semula dan menerusi beberapa siri perbincangan, bengkel dan mesyuarat, strategi yang dikemas kini diharapkan mampu memacu pembangunan ekonomi dan sosio ekonomi setempat. MPPG turut akan membangunkan persekitaran kehidupan yang lebih berkualiti serta meningkatkan kesejahteraan penduduk Pasir Gudang. Buku Pasir Gudang Bandar Sejahtera Tersohor merupakan visi yang menjadi halatuju dalam membawa Pasir Gudang ke arah bandar dikenali dunia yang maju ekonominya dari segi keupayaan pelaburan dan pelancongan serta dilengkapi dengan pembangunan mampan bercirikan bandar hijau. Di samping itu, disediakan strategi untuk meningkatkan nilai-nilai positif masyarakat yang turut selari dengan matlamat Wawasan 2020. Saya yakin dengan komitmen, dedikasi serta kerjasama semua warga pentadbiran ini, di samping sokongan padu daripada Ahli Majlis MPPG serta kerjasama masyarakat Pasir Gudang, pelaksanaan Pelan Strategik MPPG 2015-2020 ini akan dapat direalisasikan. Sekian. Pelan Strategik ini adalah rujukan dan panduan perancangan pentadbiran MPPG bagi tempoh 20152020. Ia terhasil setelah beberapa siri perbincangan yang merujuk kepada kajian impak pelaksanaan Pelan Strategik yang lepas serta pandangan pelbagai golongan masyarakat melibatkan orang awam, warga industri, para peniaga dan agensi berkaitan. Dalam menghasilkan teras strategik, analisis persekitaran dibuat meliputi senario ekonomi, politik dan sosial disokong dengan analisis organisasi dengan mengkaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Aspirasi jangka masa panjang, Pasir Gudang Bandar Sejahtera Tersohor untuk menjadikan kawasan pentadbiran MPPG sebagai sebuah perbandaran sejahtera, dibangunkan secara mampan dengan bercirikan persekitaran bandar hijau menerusi asas sistem sosial yang inklusif. Pelaburan, pelancongan dan penganjuran program-program bertaraf dunia antara strategi yang digarapkan untuk mengangkat nama Pasir Gudang di persada antarabangsa. Teras pertama meliputi perkhidmatan dari aspek pengawasan dan pemantauan kebersihan, pembangunan infrastruktur, penyampaian perkhidmatan, pembangunan fizikal dan kemudahan awam yang dilihat perlu diperkukuhkan dalam memastikan kualiti perkhidmatan MPPG melebihi ekspektasi pelanggan. Bertunjangkan aspirasi tersebut, tujuh teras strategik telah dibangunkan dan diperjelaskan menerusi pelan tindakan, Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan sasaran iaitu : Memperkukuhkan perkhidmatan teras yang berkualiti tinggi Membangunkan modal insan yang berkualiti dan kompetitif Pengukuhan kedudukan kewangan Memartabatkan Pasir Gudang di persada antarabangsa Merealisasikan program pembangunan mampan Mewujudkan persekitaran kehidupan yang kondusif Meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan Md. Za’nal bin Hj. Misran 4 5

[close]

p. 4

Teras seterusnya untuk membangunkan modal insan bagi melahirkan warga kerja yang kompeten, proaktif, responsif, membudayakan kreatif dan inovatif serta mempunyai kepelbagaian bakat. Di samping itu, bertujuan membentuk modal insan yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni serta berdaya saing dalam menempuhi cabaran semasa dan merealisasikan visi dan misi MPPG. Antara asas utama dalam sesebuah pentadbiran adalah kedudukan kewangan yang kukuh. Dalam teras ketiga, perancangan digariskan merupakan strategi bagi meningkatkan kecekapan sistem pengurusan kewangan sedia ada dan menyebar luas akses masyarakat bagi memastikan peningkatan hasil dan lebihan tunai yang mantap di samping mengenal pasti sumber-sumber pendapatan baharu. Teras keempat menggariskan langkahlangkah strategik bagi memartabatkan Pasir Gudang di persada antarabangsa menerusi tarikan pelaburan, pelancongan serta penganjuran program-program bertaraf dunia. Sebagai kawasan yang dibangunkan berasaskan pembangunan perindustrian, Pasir Gudang sememangnya mempunyai infrastruktur perindustrian yang lengkap dan mampu menarik lebih banyak pelaburan. Kegiatan pelancongan boleh diperkasakan di kawasan ini memandangkan telah wujud beberapa produk pelancongan seperti Muzium Layang-layang Pasir Gudang, Sarang Buaya, Pasir Gudang Craft dan lain-lain lagi. Keupayaan agensi pentadbiran ini menguruskan acara-acara tahunan di peringkat antarabangsa seperti Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang yang telah diiktiraf sebagai penganjuran dan sirkit terbaik turut merupakan kekuatan yang boleh diperluaskan lagi dalam menganjurkan lebih banyak program berprestij. Teras kelima bagi merealisasikan program pembangunan mampan dalam memastikan perancangan, pelaksanaan dan pengurusan pembangunan yang lebih efisien untuk kehidupan masyarakat yang kondusif dan berkualiti. Strategi yang direncanakan adalah penerapan budaya masyarakat rendah karbon, memelihara dan memulihara alam sekitar dan menggiatkan pembinaan bangunan berkonsep green building. Teras seterusnya memberikan penekanan kepada strategi untuk meningkatkan persekitaran kehidupan masyarakat supaya Pasir Gudang menjadi penempatan pilihan, selesa, selamat dan harmoni. Langkah strategi dilihat dari aspek kemudahan awam yang disediakan, program-program pengukuhan keharmonian masyarakat, meningkatkan keselamatan awam dan penguatkuasaan undang-undang serta persekitaran kehidupan yang sihat. Teras ketujuh adalah untuk meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan menerusi langkah strategik dengan menyediakan latihan dan peluang serta menaik taraf premis perniagaan sedia ada. Pelan-pelan tindakan, KPI serta sasaran yang telah diwujudkan akan dijadikan rujukan kepada agensi pentadbiran ini dalam membentuk dasar, penyediaan peruntukan, program dan aktiviti yang akan dinilai dari tahun ke tahun untuk memastikannya mencapai visi yang ditetapkan dan memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat pada masa ini, malah untuk generasi akan datang. 6 7

[close]

p. 5

Majlis Perbandaran Pasir Gudang ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) setelah diisytiharkan pada 1 Julai 2010 oleh YAB Menteri Besar Johor. Menelusuri sejarah awal penubuhannya, MPPG bermula pada 1 Julai 1977 apabila Majlis Bandaran Pasir Gudang ditubuhkan menerusi Pengisytiharan Warta Kerajaan Negeri Johor Jil. 21 Bil.4, J.P.U. 10 bertarikh 17 Februari 1977 di bawah Seksyen 3, Enakmen Lembaga Bandaran (Bil 118) dengan Johor Corporation (dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ)) telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Tempatan bagi mentadbir dan memajukan kawasan Majlis Bandaran Pasir Gudang di bawah Seksyen 150, Enakmen Lembaga Bandaran. Ketika pembangunan perindustrian berjalan rancak ketika itu, pada 1 Julai 1985, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju supaya kawasan PBT Pasir Gudang ditadbir di bawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) menggantikan penggunaan Enakmen Lembaga Bandaran 1937 (Bil 118). Sejarah sekali lagi tercatat pada 1 September 2009 apabila pengurusan pentadbirannya dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Tadbir Negeri Johor sebagai pengurusan tertinggi iaitu Yang Dipertua dan dibantu oleh Setiausaha. Pengurusan itu turut dibantu oleh barisan Ahli Majlis yang menjadi penghubung antara MPPG dan masyarakat serta ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua unit. Dalam merancang dan mencorak pembangunan masa depan kawasan pentadbiran serta memberikan perkhidmatan perbandaran untuk memenuhi keperluan semasa penduduk, kawasan pentadbiran MPPG yang berkeluasan 34,434 hektar meliputi Mukim Tiram, sebahagian Mukim Plentong dengan Parlimen Pasir Gudang meliputi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Johor Jaya dan Parlimen Tebrau iaitu DUN Tiram. Jumlah penduduknya kini seramai 235,112 orang dengan majoriti berbangsa Melayu (70%). Kawasan ini yang sedang berkembang pesat bukan sahaja dalam bidang ekonomi, malah mencatat peningkatan dalam aspek sosial dan sosio ekonomi. Pasir Gudang menyediakan lebih 100,000 peluang pekerjaan meliputi dua kawasan industri utama iaitu Kawasan Perindustrian Pasir Gudang yang menumpukan kepada industri sederhana dan kecil serta Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat lebih tertumpu kepada industri berat yang berasaskan petrokimia. Jalinan kemudahan pengangkutan darat dan dua pelabuhan iaitu Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Langsat antara faktor yang telah menjadikan kawasan Pasir Gudang pesat membangun serta menjadi tumpuan industri dan penduduk. Jumlah pegangan harta adalah hampir 55,000 dengan anggaran hasil sebanyak RM86 juta setahun. Selain itu, perjawatan di MPPG turut berkembang dan hingga kini mempunyai seramai 332 wargakerja. 8 9

[close]

p. 6

MPPG terdiri daripada sembilan jabatan, dua bahagian dan lima unit seperti berikut: UNIT INDUSTRI & PENYELENGGARAAN ASET FUNGSI & PERANAN Merancang, mengatur dan mengawal pembangunan bandar, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT JABATAN KAWALAN BANGUNAN CAWANGAN PESURUHJAYA BANGUNAN BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK Menyediakan perkhidmatan perbandaran, kawalan mutu makanan serta kawalan vektor yang membawa penyakit. Menguruskan alam sekitar dengan berkesan Bertanggungjawab sebagai badan kawalan bangunan dalam memastikan kehendak perundangan, dasar dan garis panduan dipatuhi JABATAN PERANCANG BANDAR UNIT PUSAT SEHENTI JABATAN KESIHATAN AWAM BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG DIPERTUA SETIAUSAHA Menilai, menaksir dan memungut cukai Mengawal pengeluaran lesen premis dan lain-lain lesen berkaitan serta menyediakan kemudahan perniagaan Membina dan menyelenggara kawasan rekreasi, riadah dan melaksanakan pengindahan bandar JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM JABATAN PENGUATKUASAAN BAHAGIAN LANDSKAP UNIT UNDANG-UNDANG JABATAN KEWANGAN Bertanggungjawab sebagai badan kawalan bangunan dalam memastikan kehendak perundangan, dasar dan garis panduan dipatuhi Menguruskan aset MPPG dan menguruskan harta-harta bersama sebagai ‘Commission of Buildings’ serta penyewaan harta Menguruskan kewangan dengan berkesan, cekap dan sistematik berdasarkan tatacara kewangan yang ditetapkan Melahirkan masyarakat yang bersatu padu menerusi programprogram kemasyarakatan Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang UNIT AUDIT DALAM JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN JABATAN KEJURUTERAAN 10 11

[close]

p. 7

SENARAI UNDANG-UNDANG / PERATURAN/ AKTA YANG DIGUNA PAKAI UNDANG-UNDANG KECIL MPPG J.P.U. 68 UUK Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (MPPG) 2010 (Akta 171) J.P.U. 69 UUK Mencegah Kekotoran (MPPG) 2010 (Akta 171) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah 1985 J.P.U. 70 UUK Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPPG) 2010 (Akta 171) J.P.U. 71 UUK Penjaja (MPPG) 2010 (Akta 171) J.P.U. 72 UUK Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (MPPG) 2010 (Akta 171) J.P.U. 73 UUK Pengendali Makanan (MPPG) 2010 (Akta 171) J.P.U. 74 UUK Mendapatkan Tunggakan (MPPG) 2010 (Akta 133) J.P.U. 49 UUK Pasar Awam dan Persendirian (MPPG) 2011 (Akta 171) J.P.U. 50 UUK Bayaran Denda (Lesen) (MPPG) 2011 J.P.U. 51 UUK Pengawalan dan Pengawasan Tempat-tempat Makan (MPPG) 2011 J.P.U. 52 UUK Jalan, Parit dan Bangunan (Mengkompaun KesalahanKesalahan) (MPPG) 2011 J.P.U. 53 UUK Pelesenan Iklan (MPPG) 2011 (Akta 171) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) Perintah-Perintah Am Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2010 Kaedah-Kaedah Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor (Pindaan) 2010 12 13

[close]

p. 8

PIHAK BERKEPENTINGAN DAN PELANGGAN Dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya, MPPG sebagai pihak berkuasa tempatan berurusan dengan pelbagai pihak sama ada pelanggan mahupun pihak berkepentingan. MPPG telah meletakkan keutamaan terhadap kepentingan keduadua pihak pada setiap masa dan keadaan. KERAJAAN NEGERI JOHOR Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor Jabatan Kerajaan Tempatan AHLI MAJLIS KERAJAAN PERSEKUTUAN Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Kesihatan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Kementerian Dalam Negeri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Majlis Negara Kerajaan Tempatan Majlis Perancangan Fizikal Negara PELANGGAN Masyarakat di bawah pentadbiran MPPG Agensi-agensi kerajaan dan swasta Pelabur asing dan tempatan Penduduk dan pembayar cukai Komuniti perniagaan Kontraktor dan pembekal Pemaju-pemaju perumahan Pemilik kediaman dan premis perniagaan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pelawat dan pelancong UNDANG-UNDANG KECIL MPPG J.P.U. 54 UUK Vandalisme (MPPG) 2011(Akta 171) J.P.U. 55 UUK Pasar Malam/Sehari (MPPG) 2011 J.P.U. 12 UUK Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPPG) 1988 (Akta 171) J.P.U. 37 UUK Pemungutan Pembangunan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPPG) 1989 (Akta 171) J.P.U. 91 UUK Iklan Pilihanraya (MPPG) 1990 (Akta 171) J.P.U. 1 UUK Tandas Awam (MPPG) 2003 (Akta 171) J.P.U. 2 UUK Taman (MPPG) 1993 (Akta 171) J.P.U. 4 UUK Pelesenan Anjing (MPPG) 1993 (Akta 171) J.P.U. 19 UUK Pemungutan Pembangunan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPPG) 2004 (Akta 171) J.P.U. 13 UUK Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan (MPPG) 2004 (Akta 171) J.P.U. 50 Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MPPG) 2001 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) J.P.U. 44 UUK Kerja Tanah (MPPG) 1995 (Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974) 14 15

[close]

p. 9

SENARIO EKONOMI SENARIO EKONOMI Perancangan Jangka Panjang Perluasan Kawasan Pentadbiran MPPG Pembukaan Taman Perumahan Baharu Pasir Gudang sebagai Flagship oleh Iskandar Malaysia Kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Pembukaan Lebuh Raya Senai-Desaru Perancangan jangka panjang pembangunan Pasir Gudang menerusi Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2001-2020 melibatkan perancangan pembangunan Pasir Gudang yang bersepadu. Perluasan kawasan pentadbiran MPPG akan memberi kesan terhadap pertambahan bilangan pegangan dengan limpahan pembangunan yang dilaksanakan berdasarkan permintaan perkhidmatan yang semakin meningkat. Dalam pada itu, perkhidmatan sedia ada masih memerlukan pelbagai penambahbaikan. Pembukaan taman-taman perumahan baharu di sekitar Pasir Gudang seperti Taman Bukit Dahlia, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Taman Cahaya Masai, Bistari Perdana, Taman Kota Masai, Flora Height dan kawasan berhampiran menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di Pasir Gudang. Pasir Gudang turut dilengkapi dengan Pelabuhan Johor yang merupakan penyumbang industri utama Pasir Gudang. Selain itu, pembangunan Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat menawarkan kemudahan dan infrastruktur serba lengkap seperti pelabuhan dan ‘tank farm’ yang mampu menarik para pelabur. Di samping itu, Pelabuhan Tanjung Langsat di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat berkemampuan memberi perkhidmatan pengendalian import dan eksport produk dan bahan-bahan mentah berasaskan kargo pukal cecair. Kewujudan institusi pengajian tinggi awam dan swasta seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Politeknik Ibrahim Sultan, Maktab Rendah Sains Mara, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti di kawasan sekitar Pasir Gudang telah memberi peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kemahiran menerusi kursus-kursus yang ditawarkan dan seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka. Iskandar Malaysia telah mengenal pasti Pasir Gudang sebagai salah satu ‘flagship’ utama yang dikenali sebagai ‘Flagship D’ dengan beberapa projek utama akan dibawa ke Pasir Gudang yang mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan ini. Pembukaan Lebuh Raya Senai-Desaru oleh kerajaan negeri telah meningkatkan tahap aksesibiliti ke Pasir Gudang dan Tanjung Langsat yang mampu menjadi pencetus kepada kepesatan ekonomi, manakala pembinaan Lebuh Raya Persisiran Pantai Johor Bahru-Pasir Gudang dan pelebaran Lebuh Raya Pasir Gudang mengurangkan masalah kesesakan serta menambah pertumbuhan ekonomi. Faktor-faktor peningkatan dalam jaringan perhubungan ini mampu memangkinkan lagi kepesatan ekonomi. Pasir Gudang yang lokasinya terletak berhampiran dengan Bandar Johor Bahru juga tidak ketinggalan menikmati kesan daripada limpahan pembangunan yang dilaksanakan khususnya dalam projek pembangunan infrastruktur untuk menarik lebih ramai pelabur. 16 17

[close]

p. 10

SENARIO POLITIK SENARIO SOSIAL Kestabilan Politik Negara Jawatankuasa Penduduk & Ahli Majlis MPPG Sebagai Pengerusi Zon Harapan Masyarakat Meningkat Pembangunan Pasir Gudang Mencorak Kehidupan Masyarakat Komposisi Ahli Majlis Yang Terdiri Daripada Pelbagai Kaum Pengawalan Alam Sekitar Perluasan kawasan pentadbiran MPPG akan memberi kesan terhadap pertambahan bilangan penduduk dengan permintaan perkhidmatan semakin meningkat. Dalam pada itu, perkhidmatan sedia ada masih memerlukan pelbagai penambahbaikan kerana penduduk sentiasa menuntut tahap perkhidmatan MPPG yang lebih cekap, cepat dan responsif serta keadaan itu mendesak MPPG untuk sentiasa meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatannya dan mengutamakan kepentingan komuniti. Pengawalan alam di sekitar Pasir Gudang adalah lebih berkesan kerana kilangkilang berisiko tinggi telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti membina loji perawatan sendiri. Kerjasama penduduk dan pekilang untuk bersama-sama menangani masalah alam sekitar menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha MPPG untuk mengawal kualiti alam sekitar di Pasir Gudang. Selain itu, dalam menangani isu-isu keselamatan, MPPG , agensi kerajaan dan kilang bekerjasama rapat menerusi PAGEMA. Perkembangan sektor perindustrian dan perumahan di kawasan Pasir Gudang telah mengubah corak kehidupan penduduk daripada sebuah perkampungan nelayan kepada bandar baharu yang lebih tersusun. MPPG akan memberikan penekanan untuk meningkatkan kehidupan berkualiti yang berteraskan nilai-nilai keagamaan dalam aspek pembangunan rohani dan jasmani penduduk. Pendedahan di peringkat antarabangsa turut dijalankan menerusi usaha dalam menjayakan pelbagai aktiviti bertaraf antarabangsa seperti festival layang-layang, bola tampar dan sebagainya. Kestabilan politik negara menjadi faktor yang memberi kekuatan dalam arus pembangunan negara serta mempengaruhi kemasukan dan keyakinan pelabur asing dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pembuatan, pelancongan dan perkhidmatan di Malaysia, khususnya di Pasir Gudang. Penubuhan Jawatankuasa Penduduk dan perlantikan Ahli-ahli Majlis MPPG sebagai Pengerusi Zon menjadi saluran penting dan utama kepada MPPG dalam usaha menjayakan semua aktiviti yang dianjurkan serta mencapai harapan masyarakat di samping memastikan penglibatan yang lebih menyeluruh daripada semua lapisan masyarakat. Komposisi Ahli Majlis yang terdiri daripada pelbagai kaum juga membolehkan gapaian dan sebaran maklumat serta perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat. 18 19

[close]

p. 11

ANALISIS KEKUATAN ANALISIS KEKUATAN Penubuhan MPPG di bawah Seksyen 3, Akta 171 membolehkan MPPG menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). MPPG sebagai organisasi yang diberi pengiktirafan Persijilan ISO 9001:2008 dan ISO 14001: 2004 mempunyai sistem kerja yang teratur dan telus serta mengutamakan budaya kerja berkualiti. MPPG mempunyai punca pendapatan yang terjamin menerusi sumber utamanya, iaitu hasil cukai harta yang berjumlah lebih RM50 juta setiap tahun. Sektor industri merupakan penyumbang terbesar dengan prestasi kutipan melebihi 90 peratus daripada jumlah tuntutan. Hasil pendapatan yang terus meningkat ini membolehkan MPPG memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat. MPPG mempunyai pelbagai aset yang menjadi penyumbang kepada pungutan hasil bukan cukai iaitu sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil. Teknologi maklumat dan komunikasi lengkap yang disediakan oleh MPPG memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan dan akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih berkesan, baik dan pantas. PAGEMA (Pasir Gudang Emergency Mutual Aid) telah mewujudkan talian kerjasama yang baik bagi mempertingkatkan lagi kesedaran dan pengetahuan masyarakat dan pekilang-pekilang tentang aspek-aspek keselamatan dan alam sekitar. Jalinan kerjasama erat antara pengurusan MPPG dengan pertubuhan bukan kerajaan di Pasir Gudang seperti kumpulan Devitt Pasir Gudang dan Kawasan Rukun Tetangga mampu menjayakan setiap program kemasyarakatan yang dirancang. MPPG mempunyai modal insan yang berpengalaman, kompeten dan berintegriti yang merangkumi tiga era pentadbiran iaitu secara korporat, peralihan dan sepenuhnya kerajaan. Sikap anggota pekerja yang sangat komited, dedikasi, berdisiplin dan mempunyai kesungguhan untuk bekerja kuat merupakan tunjang bagi kejayaan organisasi. MPPG mempunyai Pelan Pembangunan Terancang untuk jangkamasa panjang yang telah mengambil kira pelbagai keperluan masyarakat. 20 21

[close]

p. 12

ANALISIS KELEMAHAN ANALISIS PELUANG Kepimpinan MPPG yang sentiasa berubah akan menjejaskan kesinambungan pelaksanaan projek pembangunan dan program yang telah dirancang. Pungutan tunggakan cukai dan sewaan perlu dipertingkatkan lagi bagi mengelakkan MPPG menanggung tunggakan cukai dan sewaan tidak dapat dipungut yang boleh mengakibatkan hutang lapuk. Selain itu, kecekapan pengurusan penyewaan aset perlu ditingkatkan bagi menambah hasil sewaan. Pengurusan penyelenggaraan rumah pangsa milik MPPG yang lebih berkesan akan mampu meningkatkan kependudukannya . Penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan dengan lebih konsisten akan meningkatkan keyakinan masyarakat. Peluang peningkatan kerjaya boleh diperluas bagi memperkukuhkan motivasi dalam kalangan warga kerja. Penyediaan peralatan dan perkakasan pekerjaan perlu ditambah dan dibaiki bagi meningkatkan kelancaran tugasan yang diberi. Maklumat status tanah perlu diperlengkapkan supaya ulasan terhadap permohonan tanah dapat diberikan dengan cekap dan tepat. Menteri Besar Johor yang pernah menerajui Parlimen Pasir Gudang memberikan kelebihan kepada MPPG untuk mendapat sokongan bagi memperoleh pelbagai jenis peruntukan termasuk projek pembangunan dan sebagainya. Kedudukan MPPG dalam Iskandar Malaysia telah memberi impak pembangunan yang dibawa oleh pihak Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Pembangunan pesat di Pasir Gudang mampu menjana pendapatan kepada MPPG. Pertumbuhan institusi pendidikan telah memberi ruang kepada warga kerja MPPG untuk meningkatkan kemahiran dan taraf pendidikan. Pasir Gudang telah dikenali di peringkat antarabangsa melalui industri dan pelaburan yang telah dibawa masuk. Selain itu, Pasir Gudang turut dikenali menerusi penganjuran program-program bertaraf dunia seperti Festival Layanglayang Sedunia, Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa dan Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa. MPPG mempunyai pelbagai aset dan infrastruktur seperti Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Stadium Bola Sepak, Dataran Sukan dan lain-lain lagi. Pemilikan ini memberikan banyak kemudahan kepada MPPG dalam menganjurkan majlismajlis atau program di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 22 23

[close]

p. 13

ANALISIS ANCAMAN Campur tangan pihak berkepentingan politik memberi gangguan dalam melaksanakan tugas-tugas PBT. Lambakan pekerja asing yang bekerja di kawasan Pasir Gudang telah sedikit sebanyak memberi impak negatif terhadap perkembangan sosial setempat. Tanah-tanah kurnia yang tidak dimajukan menyebabkan perkhidmatan tidak dapat diberikan dengan sempurna dan menjejaskan pengurusan cukai. Terdapat banyak rumah kosong yang ditinggalkan menyumbang kepada tunggakan cukai harta perumahan yang tinggi serta menjadi tempat pembiakan nyamuk, serangga perosak dan lain-lain. Perbuatan pemilik lesen yang sah menyewakan lesennya kepada pihak ketiga terutamanya kepada warganegara asing mengakibatkan tindakan penguatkuasaan yang berkesan tidak dapat dilaksanakan. Pembinaan pengubahsuaian rumah yang dibuat tanpa kelulusan mengakibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan sukar dilaksanakan dan menyebabkan cukai berdasarkan nilaian sebenar tidak dapat dikenakan. Terdapat taman perumahan yang telah dibina pada awal penubuhan kawasan telah mengalami masalah perparitan dan ruang yang kurang selesa dan teratur. 24 25

[close]

p. 14

Untuk mencapai misi jangka masa panjang, MPPG perlu mencapai 2 fasa misi jangka pendek dan sedehana iaitu : VISI PASIR GUDANG BANDAR MAMPAN 2017 Ekonomi berdaya saing dan produktif Kualiti Persekitaran Komuniti Sejahtera Guna tanah dan sumber asli optimum Infrastruktur dan pengangkutan efisien Urus tadbir efektif PASIR GUDANG BANDAR SEJAHTERA TERSOHOR Aspirasi jangka masa panjang untuk menjadikan kawasan pentadbiran MPPG sebagai sebuah bandar sejahtera yang dibangunkan secara mampan dengan ciri-ciri persekitaran bandar hijau serta mengutamakan sistem sosial yang inklusif. Sebagai sebuah bandar tersohor bukan sahaja bagi destinasi pelaburan, malah dalam industri pelancongan serta penganjuran program-program bertaraf dunia. PASIR GUDANG BANDAR HIJAU 2020 Bandar berkarbon rendah Penggunaan tenaga yang cekap dan boleh diperbaharui Penggunaan sumber yang cekap dan berhemah Pengurusan sisa pepejal yang efisien Sistem pengangkutan awam dan pembangunan kejiranan hijau Promosi gaya hidup hijau dalam kalangan masyarakat 26 BAHAGIAN KETIGA - VISI, MISI DAN NILAI BERSAMA Visi 21 27

[close]

p. 15

MISI Dalam merealisasikan visi, MPPG akan memastikan segala perancangan, pengurusan, dan penyampaian perkhidmatan adalah cekap, berkesan dan berkualiti menerusi : MOTO Pembangunan perbandaran yang memenuhi keperluan masyarakat Kemudahan infrastruktur bagi mewujudkan prasarana berkualiti Meletakkan urus tadbir Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada tahap yang cemerlang dan gemilang Memastikan pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan tanpa mengetepikan kelestarian alam dengan menitikberatkan pengindahan dan penghijauan persekitaran. GE Memperkasa dan meningkatkan prestasi modal insan Pengawalan alam sekitar yang berkesan M N ILA G LE AR ST I GLS SEJAHTER A BAHAGIAN KETIGA - VISI, MISI DAN NILAI BERSAMA Pengukuhan kewangan dan kepelbagaian sumber hasil Menjadikan Pasir Gudang sebagai bandar pilihan bagi kediaman dan perniagaan yang selesa, aman, makmur dan selamat. 28 Misi 23 29

[close]

Comments

no comments yet