Panduan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau(Air Hujan)

 

Embed or link this publication

Description

Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan

Popular Pages


p. 1

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

[close]

p. 2

SENARAI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN SENARAI KANDUNGAN Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Foto Senarai Lampiran 1.0 PENGENALAN 1.1 Tujuan 1.2 Skop 1.3 Objektif METODOLOGI 2.1 Pengumpulan Data 2.2 Bengkel SISTEM PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN SEMULA AIR HUJAN (SPAH) 3.1 Definisi 3.2 Kualiti Air Hujan dan Kegunaan Air Hujan 3.2.1 Kualiti Air Hujan 3.2.2 Kegunaan Air Hujan 3.3 Kepentingan SPAH 3.3.1 Sumber Air Bekalan Mampan 3.3.2 Mengatasi Masalah Bekalan Air 3.3.3 Mengurangkan Bayaran Bil Air 3.4 Komponen Utama SPAH 3.4.1 Komponen SPAH Bangunan 3.4.2 Komponen SPAH Landskap PERUNTUKAN DASAR, PERUNDANGAN DAN GARIS PANDUAN 4.1 Peruntukan Dasar dan Perundangan 4.1.1 Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan-Pelaksanaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH), 1999 4.1.2 Keputusan Majlis Sumber Air Negara 4.1.3 Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) 4.1.4 Dasar Perbandaran Negara, 2006 4.1.5 Rancangan Struktur 4.1.6 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (Pindaan 2011) MUKA SURAT i iii iii iii iv 1 1 1 2 2 2 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5 8 11 11 2.0 3.0 4.0 11 11 11 11 11 12 i

[close]

p. 3

4.2 5.0 4.1.7 Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kejiranan Hijau 4.1.8 Pengurusan Air secara Efisien dalam Pengukuran Green Building Index (GBI) Garis Panduan Sedia Ada Berkaitan dengan SPAH 12 12 13 13 13 14 14 14 19 20 21 22 22 22 22 22 23 23 23 24 24 24 24 24 25 26 26 26 32 32 32 32 INISIATIF PELAKSANAAN SPAH 5.1 Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) 5.2 Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 5.3 Pelaksanaan SPAH untuk Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 5.3.1 SPAH di Pembangunan Perumahan 5.3.2 SPAH di Pembangunan Perumahan Berbilang Tingkat 5.3.3 SPAH di Bangunan Awam 5.3.4 SPAH di Bangunan Institusi 5.4 Pelaksanaan SPAH untuk Landskap di PBT ISU DAN MASALAH PELAKSANAAN 6.1 SPAH untuk Bangunan 6.1.1 Perundangan 6.1.2 Rekabentuk 6.1.3 Penyelenggaraan 6.1.4 Kesedaran dan Penerimaan Orang Awam 6.1.5 Etika Profesional 6.1.6 Bekalan Produk 6.2 SPAH Landskap 6.2.1 Rekabentuk PANDUAN PELAKSANAAN 7.1 Perundangan 7.2 Memperluaskan Pelaksanaan SPAH 7.3 Memenuhi Keperluan Garis Panduan 7.4 Latihan 7.5 Rekabentuk Kreatif 7.6 Manual Pengguna 7.7 Kajian Keberkesanan 7.8 Kesedaran Awam 7.9 Peneraju SPAH di Peringkat Persekutuan 7.10 Insentif 6.0 7.0 32 33 34 35 ii 8.0 PENUTUP SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN

[close]

p. 4

SENARAI JADUAL Jadual 1 Jadual 2 Pemintaan Air Hujan untuk Kegunaan Domestik Ciri-Ciri Tangki Mengikut Bahan Buatan 4 31 SENARAI RAJAH Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Rajah 4 Rajah 5 Rajah 6 Rajah 7 Rajah 8 Rajah 9 Rajah 10 Rajah 11 Lima Komponen SPAH Bangunan Tiga Komponen SPAH Bangunan Contoh First Flush Bersaiz 6 Hingga Atau 8 Inci Sistem Tangki Penyimpanan Atas Tanah (Tanpa Pam) Sistem Tangki Penyimpanan Atas Tanah (Dengan Pam) Sistem Tangki Penyimpanan Bawah Tanah Contoh Tangki Penyimpanan Bawah Tanah Pengaliran Air Hujan ke dalam French Drain Pengaliran Air Hujan ke Kawasan Takungan Pengaliran Air Hujan ke dalam Bermed Landscape SPAH Landskap di Tempat Letak Kereta 6 6 6 7 7 7 8 9 9 9 10 SENARAI FOTO Foto 1 Foto 2 Foto 3 Foto 4 & 5 Foto 6 Foto 7 Foto 8 Foto 9 Foto 10 Foto 11 Foto 12 Foto 13 Foto 14 Foto 15 Foto 16 Foto 17 Foto 18 Foto 19 Contoh Gutter untuk Menyalurkan Air Hujan ke Tangki Air Contoh Bakul Tapisan (Baskets Strainer) Contoh Tangki Penyimpanan Air Atas Tanah Contoh Tangki Penyimpanan di Bawah Tanah Kemudahan Penyimpanan Air On-Site di Kawasan Landskap Dry Detention Pond On-Site Detention di Tempat Letak Kereta On-Site Detention di Plot Kecil On-Site Detention di Sekitar Pokok Tangki Air Polyethylene Berwarna Biru Air Hujan dari Bumbung Rumah Disalurkan melalui Gutter dan disimpan dalam Tangki Air Pengubahsuaian Rumah yang Masih Mengekalkan SPAH, Tetapi Diubah Lokasi Perletakan Tangki Tangki Air Hujan yang Diubah Lokasinya Setelah Kerja Pengubahsuaian Bangunan Dijalankan SPAH di Rumah Berkembar Tangki Air Berwarna Pasir Sambungan di atas Tangki Air Tangki Air di Atas Tanah Kedudukan Tangki Air yang Rendah Menyukarkan Pengambilan Air 6 6 7 8 8 9 10 10 10 15 15 15 16 16 16 16 17 17 iii

[close]

p. 5

Foto 20 Foto 21 Foto 22 Foto 23 & 24 Foto 25 Foto 26 Foto 27 Foto 28 Foto 29 Foto 30 Foto 31 Foto 32 Foto 33 Foto 34 Foto 35 Foto 36 Foto 37 Foto 38 Foto 39 Foto 40 Foto 41 Foto 42 Ketinggian Platform Tangki yang Sesuai untuk Mengambil Air Downpipe Berbentuk “L” Tangki Konkrit Bekas Tapak Tangki Konkrit Tangki Konkrit Bawah Tanah Air Hujan yang Bersih dan Jernih dalam Tangki Bawah Tanah Kedudukan Paip Air Hujan Dipam Keluar dari Tangki Air Bawah Tanah Bentuk Tangki Simpanan Air Hujan Berhampiran Kawasan Tangga Kedudukan Tangki Penyimpanan Air Hujan di Setiap Blok Tangki Air Hujan di Bangunan Awam (DBKU) Tangki Air Hujan di Universiti Monash Kampus Johor Bahru Sistem Plumbing yang Menyalurkan Air dari Bawah Tanah ke Tangki Air Sampah yang Terperangkap dalam Ruang Bawah Tanah Kompartmen Bawah Tanah untuk mengisi Air Hujan Air kolam Takungan Diguna Semula untuk Tujuan Landskap (Bandar Setia Tropika, Johor Bahru) Plumbing Tidak Teratur Memburukkan Pemandangan Kawasan Perumahan Contoh Downpipe yang Teratur (Taman Sri Lagenda, Sandakan, Sabah) Contoh Downpipe yang Teratur (Ken Rimba, Shah Alam) Contoh Downpipe yang Kurang Kemas (Taman Mutiara, Sandakan, Sabah) Contoh Downpipe yang Kurang Kemas (Taman Mutiara, Sandakan, Sabah) Rainwater Downpipe juga Boleh Digantikan dengan Rantai Air Hujan yang Menarik Contoh Rantai Air Hujan 17 17 18 18 19 19 19 19 19 20 21 21 21 21 22 23 27 27 27 27 28 28 SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Petikan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (Pindaan) 2011 Yang Berkaitan dengan SPAH Contoh Projek SPAH Yang Dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Contoh Borang Laporan Penyemakan Pelan Bangunan Baru Dan Penyemakan Pelan Penyambungan Di Majlis Perbandaran Sandakan 35 37 46 iv

[close]

p. 6

1.0 PENGENALAN Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan atau juga dikenali sebagai Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah salah satu daripada Best Management Practice (BMP) dalam pengurusan air yang berkesan. Sistem ini bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan dan menggalakkan penggunaan air secara efisien. Pada masa kini, kebanyakan rantau di seluruh dunia telah menerima pakai penuaian air hujan untuk mengurangkan kesan banjir akibat perubahan iklim. Inisiatif awal pelaksanaan SPAH di Malaysia telah bermula pada tahun 1998 berikutan kejadian krisis air di Kuala Lumpur. Lanjutan itu, Jemaah Menteri telah mengenalpasti pelaksanaan SPAH di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengurangkan masalah bekalan air. Agensi peringkat persekutuan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan juga peringkat kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Sandakan telah melaksanakan SPAH di kawasan pentadbirannya. Selaras dengan komitmen kerajaan ke arah pembangunan hijau (green growth development) serta pelancaran Green Building Index (GBI) dan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau, SPAH telah dikenalpasti sebagai inisiatif hijau untuk menggalakkan penggunaan air secara efisien (water efficiency). SPAH juga dikenalpasti sebagai langkah segera dalam Pelan Tindakan Pembangunan Kejiranan Hijau oleh Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kejiranan Hijau. Di samping itu, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-64 pada 23 Mei 2011 telah meluluskan pindaan UndangUndang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (UKBS) untuk mewajibkan pelaksanaan SPAH di bangunan rumah berkembar, rumah banglo dan bangunan berasingan. Panduan pelaksanaan SPAH ini disediakan dengan mengambilkira masalah dan isu semasa pelaksanaan SPAH untuk dijadikan panduan pelaksanaan di peringkat PBT. 1.1 Tujuan Tujuan penyediaan Panduan Pelaksanaan ini adalah untuk memberi panduan kepada PBT dalam melaksanakan SPAH selaras dengan pelaksanaan inisiatif pembangunan kejiranan hijau bagi menyokong dasar teknologi hijau. 1.2 Skop Skop panduan pelaksanaan ini memberi fokus kepada pelaksanaan SPAH di peringkat PBT. Ia akan memberi keutamaan kepada: i. permohonan pelan pembangunan seperti kebenaran merancang, pelan bangunan atau pelan infrasturuktur; dan ii. SPAH yang dilaksanakan oleh PBT sendiri di bangunan awam yang diuruskan oleh PBT. Jenis SPAH yang boleh dilaksanakan di peringkat PBT adalah untuk bangunan dan landskap. SPAH untuk kegunaan lain seperti SPAH untuk pertanian tidak termasuk dalam skop panduan pelaksanaan ini. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 1

[close]

p. 7

Panduan pelaksanaan ini tidak termasuk projek SPAH yang dijalankan oleh individu kerana ia sukar dinilai serta masalah mendapatkan maklumat dan data. 1.3 i. Objektif Pembacaan dibuat melalui bahan rujukan daripada jurnal, laporan, laman web dan sebagainya. 2.2 Bengkel Mengenal pasti amalan sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan di Malaysia; ii. Mengenal pasti isu dan masalah pelaksanaan sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan di peringkat PBT; dan iii. Mencadangkan penambahbaikan ke atas pelaksanaan sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan di PBT. Bengkel Penyediaan Panduan Pelaksanaan Lima Inisiatif Kejiranan Hijau telah diadakan di Dewan Puspanita, Putrajaya pada 22 Mei 2012. Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas, perkongsian dan pertukaran maklumat, pengetahuan dan pengalaman dari jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri, jabatan-jabatan teknikal, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan profesional dan institusi pengajian tinggi. 2.0 2.1 METODOLOGI Pengumpulan Data 3.0 SISTEM PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN SEMULA AIR HUJAN (SPAH) Definisi Pengumpulan data primer dan sekunder telah diperolehi dari setiap PBT dan lain-lain sumber yang berkaitan. Kaedah pengumpulan data merangkumi lawatan tapak, pembacaan, dekstop study dan temu ramah. Lawatan tapak telah diadakan di beberapa PBT yang terpilih bagi melihat dan menilai tahap keberkesanan dan masalah pelaksanaan inisiatif kejiranan hijau. PBT tersebut adalah: a) Majlis Bandaraya Kuching Utara pada 12 April 2012; b) Majlis Perbandaran Sandakan pada 18 April 2012; c) Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 26 April 2012; dan d) Kampus Universiti Sains Malaysia di Nibong Tebal pada 4 Mei 2012. 3.1 SPAH yang dilaksanakan di bangunan telah ditakrifkan dalam pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (Pindaan 2011), sebagai: “Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan di mana air hujan dikumpul daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan.” Mengikut Indian Institute of Technology Guwahati, definisi SPAH adalah – “Rain water harvesting is a technique of collection and storage of rain water in 2 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 8

surface (storage tanks) or sub surface aquifer before it is lost as surface runoff.” Air hujan telah dijadikan alternatif bagi membekal air untuk kegunaan isi rumah, komersial, industri, landskap, penternakan dan pengairan kawasan pertanian. Manakala SPAH untuk landskap telah ditakrifkan dalam Rainwater Harvesting Guidebook Planning and Design (2009) oleh JPS, sebagai: “In-situ rainwater harvesting constructed from topographically low depression area to collect rainfall which can be utilised particularly for agricultural and domestic purpose.” 3.2 Kualiti Air Hujan dan Kegunaan Air Hujan bahan kotoran dan bahan mikro yang boleh memberi kesan negatif kepada kulit manusia. Apabila hujan, air hujan akan membawa pelbagai kotoran daripada bumbung bangunan seperti daun kering, najis haiwan dan sebagainya. Maka, satu ruang perangkap (by pass trap) boleh dipasang sebagai tapisan pertama air hujan supaya air hujan yang dikumpul adalah bersih daripada kotoran. 3.2.2 Kegunaan Air Hujan Secara umumnya, air hujan boleh digunakan untuk kegunaan minuman (potable use) dan bukan untuk minuman (non-potable use). Air hujan yang digunakan untuk tujuan minuman/makan hendaklah dirawat terlebih dahulu, khususnya air hujan di kawasan bandar. Ini adalah kerana air hujan mengandungi toksik logam iaitu plumbum (lead) melebihi garis panduan World Health Organisation (WTO) (Kajian Penyelidikan NAHRIM). Selain itu, pH air hujan yang terlalu berasid juga tidak sesuai untuk diminum dan ia hendaklah berada antara pH 6.5 hingga pH 8.5. Air bukan minuman tidak perlu dirawat tetapi perlu ditapis untuk membersihkannya dari bahan-bahan kotoran. Contoh kegunaan air hujan adalah seperti mencuci lantai di luar rumah, menyiram tanaman atau landskap, curahan tandas dan mencuci pakaian. Jadual 1 menunjukkan permintaan air hujan bagi kegunaan domestik. 3.2.1 Kualiti Air Hujan Air hujan mengandungi bahan seperti oksigen terlarut (daripada udara), karbon dioksida terlarut (daripada udara), nitrogen oksida (daripada petir atau guruh), sulfur dioksida (daripada gas daripada pembakaran bahan api). Walaupun air hujan mengandungi bahan-bahan tersebut, ia masih boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan tidak digalakkan untuk tujuan minuman. Selain itu, pH air hujan adalah di bawah tahap neutral ia sedikit berasid dengan tahap pH adalah lebih daripada 4.5. Apabila air hujan jatuh di atas permukaan seperti bumbung, gutter dan lain-lain, air itu mungkin terlarut dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 3

[close]

p. 9

Jadual 1 : Pemintaan Air Hujan untuk Kegunaan Domestik Kegunaan A. Dalaman Tandas Mesin Cuci Baju Jenis Single Flush Dual Flush Twin Tub (semi-auto) Front Loading Top Loading nd Purata Penggunaan 9 liter per curahan 6 atau 3 per curahan Purata Jumlah Permintaan Air Hujan 120 liter sehari 40 liter sehari 40 liter sekali 80 liter per cucian 170 liter per cucian 20 – 50 liter per cucian 150 liter sehari 1000 liter per jam 4 liter per jam 200 liter per jam 100-300 liter per cucian Mesin Cuci Pinggan Pembersihan Umum B. Luaran Sprinkler / Handheld Hose Drip System Hosing Path / Driveways Mencuci Kereta dengan Running Hose 10-20 liter per minit 10 – 20 liter per minit 20 liter per minit 10 – 20 liter per minit Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran (2011), 2 Edition - Urban Stormwater Management Manual for Malaysia. 3.3 Kepentingan SPAH 3.3.2 Mengatasi Masalah Bekalan Air Penggunaan air hujan juga dapat mengatasi bekalan air di kawasan bandar. Malaysia bergantung kepada bekalan air dari empangan, sungai atau air tanah. Selaras dengan pertumbuhan penduduk yang pesat, permintaan ke atas air semakin meningkat sehingga melebihi kapasiti pembekalan air dan ini terus menyebabkan berlaku kekurangan bekalan air hujan terutamanya di kawasan bandar. Krisis air yang berlaku di Kuala Lumpur pada 1999 merupakan di antara senario yang amat kritikal. Ini telah memberi kesedaran kepada kepentingan penggunaan air hujan sebagai alternatif untuk membantu mengatasi masalah bekalan air. 3.3.1 Sumber Bekalan Air Mampan Penggunaan SPAH telah dikenali sebagai sumber bekalan air mampan (sustainable domestic water supply) kerana aktiviti ini memelihara alam sekitar melalui pengurangan input tenaga untuk merawat dan mengepam air ke kawasan perkhidmatan yang luas. Ini dapat mengurangkan pengeluaran karbon. Penggunaan air hujan dapat menjimatkan pengunaan air terawat dan seterusnya mengurangkan penebangan hutan untuk membina empangan. Selain itu, penggunaan SPAH dapat melambatkan air larian permukaan yang boleh membantu mengawal banjir khususnya di kawasan bandar serta mengawal hakisan tanah. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 4

[close]

p. 10

3.3.3 Mengurangkan Bayaran Bil Air Dari perspektif ekonomi, penggunaan air hujan dapat mengurangkan bayaran bil air sama ada kegunaan domestik, komersial atau industri. Air hujan boleh digunakan untuk kegunaan bukan minum (non-potable water) seperti mencuci lantai di luar rumah, menyiram tanaman atau landskap, curahan tandas dan mencuci pakaian. Secara umumnya, penggunaan air harian untuk satu isi rumah dianggarkan 64% daripada penggunaan air tersebut boleh digantikan dengan air hujan di mana 22% untuk mencuci baju, 16% untuk mencuci kereta, cucian dalaman dan luaran serta landskap, 26% untuk tandas (News Straits Times, 8 Oktober 2010). Manakala kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NAHRIM pula menunjukkan 34% daripada jumlah penggunaan air bulanan isi rumah boleh digantikan dengan air hujan untuk landskap, curahan tandas dan pembersihan di luar rumah. Kedua-dua kajian menunjukkan penggunaan air hujan boleh mengurangkan bil air antara 34% hingga 64%. Mengikut NAHRIM, air hujan adalah lebih berkualiti iaitu kelas IIB berbanding dengan air tanah atau air permukaan kerana ia tidak bersentuhan dengan tanah atau tidak mengandungi larutan garam dan mineral. Ia juga tidak mengandungi bahan pencemaran seperti yang dijumpai dalam sungai. Tahap ketulenan air hujan yang tinggi ini boleh menarik sesetengah jenis perindustian yang menggunakan air tulen untuk aktiviti pemprosesan seperti komputer mikrocip dan pemprosesan fotografi. 3.4 Komponen SPAH SPAH terdiri daripada tiga (3) komponen asas iaitu kawasan mengumpul (a collection area), sistem saluran (a conveyance system) dan kawasan menakung air (a storage area). Ia diaplikasi ke atas kedua-dua SPAH untuk bangunan dan SPAH untuk landskap. 3.4.1 Komponen SPAH Bangunan Urban Stormwater Management Manual for Malaysia–2nd Edition (2011) menyenaraikan 5 komponen seperti dalam Rajah 1 iaitua) Catchment area – kawasan permukaan untuk mengumpul air hujan seperti bumbung; b) Conveyance – saluran paip yang menyalur air hujan dari kawasan tadahan air ke tangki menyimpan air hujan (Foto 1 dan Foto 2); c) First flush – sistem untuk menapis atau mengeluarkan bahan-bahan kotor dan sampah dengan menggunakan peranti yang berasingan seperti dalam Rajah 3; d) Storage tanks – tangki untuk menakung air hujan; dan e) Distribution – sistem untuk menyalurkan air hujan untuk kegunaan harian, sama ada secara graviti atau pam. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 5

[close]

p. 11

Rajah 1 : Lima Komponen SPAH Bangunan Foto 1 : Contoh Gutter Untuk Mengalirkan Air Hujan ke Tangki Air Sumber:http://www.guttersupply.com/p-micro-mesh-gutterguard.gstml Foto 2 : Contoh Bakul Tapisan (Basket Strainer) Sumber : Texas Water Development Board (2005), The Texas Manual on Rainwater Harversting Bagaimanapun sistem yang mudah dan lebih murah boleh dilaksanakan dengan hanya menggunakan 3 komponen sahaja iaitu Catchment Area (bumbung), Conveyance (gutter dan downpipe) dan Storage Tanks (tangki air) seperti dalam Rajah 2. Rajah 2 : Tiga Komponen Asas SPAH Bangunan Sumber:http://caylawral.blogspot.com/2011_09_01_archive.html Rajah 3 : Contoh First Flush Bersaiz 6 Hingga 8 Inci Sumber : Texas Water Development Board (2005), The Texas Manual on Rainwater Harversting Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 6

[close]

p. 12

Berdasarkan garis panduan Rainwater Harvesting Guidebook Planning and Design (2009) yang disediakan oleh JPS, SPAH boleh diintegrasikan dengan kemudahan on-site detention (OSD) bagi mengawal kejadian banjir setempat semasa minor storm. Selain itu, air hujan yang disimpan secara OSD boleh digunakan semula. Kemudahan OSD atau tempat menyimpan air bagi tujuan SPAH adalah: i) Penyimpanan air atas tanah (aboveground storage) ii) Penyimpanan air bawah tanah (belowground storage) iii) Penyimpanan air di permukaan bangunan (surface storage for OSD) Kaedah penyimpanan tangki atas tanah adalah dengan meletakkan tangki air di atas tanah. Air hujan boleh diguna dengan daya graviti dan pam (Rajah 4 dan Rajah 5). Foto 3 menunjukkan contoh tangki atas tanah. Rajah 4 : Sistem Tangki Penyimpanan Atas Tanah (Tanpa Pam) Rajah 5 : Sistem Tangki Penyimpanan Atas Tanah (Dengan Pam) Sumber : KPKT(1999), Guidelines for Installing a Rainwater Collection and Utilization System Foto 3 : Contoh Tangki Penyimpanan Air Atas Tanah Kaedah tangki penyimpanan bawah tanah adalah di mana tangki air diletak di dalam tanah seperti dalam Rajah 6. Air hujan diguna semula menggunakan pam (Rajah 7, Foto 4 dan Foto 5). Rajah 6 : Sistem Tangki Penyimpanan Bawah Tanah ` Sumber : KPKT(1999), Guidelines for Installing a Rainwater Collection and Utilization System Sumber : KPKT(1999), Guidelines for Installing a Rainwater Collection and Utilization System Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 7

[close]

p. 13

Rajah 7 : Contoh Penyimpanan Tangki Air Bawah Tanah kawasan rendah melalui daya graviti. Air hujan disalurkan melalui swale dan disalurkan ke kolam takungan (wet pond atau dry pond) seperti dalam Foto 6 dan Foto 7. Kolam takungan boleh dijadikan sebagai kawasan rekreasi atau aktiviti berkayak dan memancing. Selain itu, air dalam kolam takungan boleh digunakan untuk menyiram tanaman dan lain-lain kegunaan. Foto 6 : Kemudahan Penyimpanan Air On-Site di Kawasan Landskap Foto 4 dan Foto 5: Contoh Penyimpanan Tangki Air Bawah Tanah Sumber : Perlaksanaan Konsep MSMA di kawasan Pembangunan Taman Kota Warisan, Sepang, Dialog MSMA, 30 Julai 2009 Sumber : Waterlink International, http://www.waterlinkinternational. Bagi kaedah penyimpanan air di permukaan bangunan, air hujan boleh ditakung di atas bumbung yang rata. Bumbung bangunan ini hendaklah menggunakan bahan yang tidak mudah larut dan tidak mudah bocor. Aplikasi ini dalam kawasan perumahan adalah terhad dan ia adalah lebih sesuai dilaksanakan di bangunan institusi, komersial dan industri. 3.4.2 Komponen SPAH Landskap Komponen asas SPAH landskap juga terdiri daripada tiga (3) komponen iaitu mengumpul melalui teknik in-situ topografi di mana air hujan mengalir dari kawasan yang tinggi ke Selain itu, air hujan boleh dikumpul dan disalurkan secara menerus ke kawasan landskap / tanaman pokok. Terdapat tiga (3) sistem pengumpulan air hujan untuk landskap di mana: a) Air hujan mengalir dari bumbung ke tanaman pokok dan selebihnya ke dalam french drain seperti di Rajah 8; b) Air hujan mengalir ke dalam kawasan landskap dan ditakung dalam kawasan lanskap seperti dalam Rajah 9; dan c) Air hujan mengalir ke dalam kawasan landskap dan ditakung dalam bermed landscape seperti di Rajah 10. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 8

[close]

p. 14

Foto 7 : Dry Detention Pond Sebelum Hujan Rajah 9 : Pengaliran Air Hujan Ke Kawasan Takungan Sumber : http://www.tleng.net/Dentention_Pond.html Sumber : Patricia H. Waterfall Harvesting Rainwater for Landscape Use, University of Arizona Cooperative Selepas Hujan Rajah 10 : Pengaliran Air Hujan Ke Dalam Bermed Landscape Sumber : River Engineering and Urban Drainage Research Centre (REDAC), Universiti Sains Malaysia, 2012 Rajah 8 : Pengaliran Air Hujan Ke Dalam French Drain Sumber : Patricia H. Waterfall Harvesting Rainwater for Landscape Use, University of Arizona Cooperative Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 9

[close]

p. 15

Topografi bercerun menyediakan situasi yang sesuai untuk mengalirkan air dari kawasan tadahan ke sebuah kawasan takungan. Saluran, parit dan swales boleh digunakan untuk mengalirkan air. Cut-outs kerb boleh menyalurkan air dari kawasan berturap seperti jalan atau tempat letak kenderaan ke kawasan yang ditanam seperti di Rajah 11 dan Foto 8. Jika tiada aliran graviti, pam mungkin diperlukan untuk mengalirkan air. Plot kecil di sekitar pokok boleh menjadi OnSite Detention seperti di Foto 9 dan Foto 10. Rajah 11 : SPAH Landskap Di Tempat Letak Kereta Foto 9 : On-Site Detention Di Plot Kecil Sumber : http://www.tleng.net/Dentention_Pond.html Foto 10 : On-Site Detention Di Sekitar Pokok Sumber : Guidelines for Stormwater Retention, Shire of Melton (2009) Foto 8 : On-Site Detention Di Tempat Letak Kereta Sumber : http://www.tleng.net/Dentention_Pond.html Sumber : http://www.tleng.net/Dentention_Pond.html Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 10

[close]

Comments

no comments yet