RKK Semerah

 

Embed or link this publication

Description

Rancangan Kawasan Khas Semerah

Popular Pages


p. 1

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 2

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 1.2 PENGENALAN KEPERLUAN PENYEDIAAN RKK 1.2.1 Keperluan Perundangan 1.2.2 Keperluan Pembangunan Berasaskan Isu Setempat KAEDAH PENGGUNAAN LAPORAN RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH MUKA SURAT 1.0-1 1.0-1 1.0-1 1.0-1 1.0-1 1.0-1 2.0-1 2.0-1 2.0-1 2.0-1 2.0-1 2.0-1 2.0-3 2.0-5 2.0-6 3.0-1 3.0-1 3.0-1 3.0-1 3.0-1 KANDUNGAN 4.0 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN 4.1 4.2 MUKA SURAT 4.0-1 4.0-1 4.0-2 4.0-2 4.0-2 4.0-5 4.0-6 4.0-6 5.0-1 1.3 2.0 PROFIL KAWASAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 LATAR BELAKANG PEKAN SENARIO PEMBANGUNAN SEMASA JARINGAN JALAN RAYA HIERARKI PUSAT PETEMPATAN PENDUDUK GUNA TANAH SEMASA SEJARAH DAN BUDAYA TEMPATAN ISU DAN POTENSI UTAMA 5.0 PENDAHULUAN CADANGAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH A. Cadangan Pelan Susunatur Keseluruhan Pekan Semerah B. Cadangan Pelan Penyelarasan Bagi Perniagaan Hadapan Jalan Utama C. Cadangan Kawalan Guna Tanah Kawasan Perumahan 4.3 CADANGAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN IMEJ BANDAR A. Cadangan Peningkatan Infrastruktur SPESIFIKASI DAN TINDAKAN PEMBANGUNAN TERPERINCI 5.1 CADANGAN PEMBANGUNAN PLOT A : PUSAT PEKAN SEMERAH 5.5.5 Cadangan Garis Panduan Pembangunan CADANGAN PEMBANGUNAN PLOT B 5.2.1 Cadangan Garis Panduan Pembangunan 5.01 5.2 3.0 MATLAMAT, OBJEKTIF & KONSEP PEMBANGUNAN 3.1 3.2 3.3 3.4 MATLAMAT KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN TEMA RKK SEMERAH HALA TUJU DAN KONSEP PEMBANGUNAN KAWASAN RKK 5.04 6.0-1 6.0-1 6.0-2 6.0-3 6.0-5 6.0 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN 6.1 6.2 6.3 PENGENALAN CADANGAN FASA PEMBANGUNAN PEKAN SEMERAH KAEDAH PELAKSANAAN PEMBANGUNAN 6.3.1 Pembangunan Tanah Bersepakat Bagi Pembangunan 6.3.2 Kaedah Pengambilan Balik Tanah i

[close]

p. 3

1.0 P E N D A H U L U A N 1.0-1 1.1 PENGENALAN Subseksyen 3 ~ Kepentingan penyediaan Rancangan Kawasan Khas yang mempunyai suatu perancangan terperinci di dalam kawasan Rancangan Tempatan terpilih adalah juga sebagaimana kepentingan penyediaan rancangan tempatan. Selaras dengan pemakaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan kaedah-kaedah Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas), Majlis Perbandaran Batu Pahat dengan persetujuan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Johor memberi keutamaan dalam menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Semerah bagi menterjemahkan cadangan-cadangan di peringkat Rancangan Tempatan bertujuan untuk menggalakkan di samping mengawal, mengatur dan mengurus pembangunan secara lebih komprehensif. Hasil utama RKK Senggarang ini adalah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan dalam bentuk Pelan Susunatur yang disokong oleh Spesifikasi Pembangunan Terperinci dan Jadual Tindakan Pembangunan. Bagi tujuan pengurusan dan pelaksanaan RKK ini akan menyediakan Cadangan Mekanisma Pelaksanaan dan Pembangunan yang mengandungi Fasa, Kos, Agensi Pelaksana dan Pendekatan Pelaksanaan. Rajah 1.1 : Ringkasan Hasil Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan perlaksanaan. Rancangan Kawasan Khas (RKK) disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) (Pindaan) 2001 (A1129) . Melalui Akta tersebut, sistem Rancangan Pemajuan yang diamalkan sekarang berubah dengan adanya hierarki dalam sistem Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK). Bagi penyediaan RKK, umumnya terdapat lima kategori atau jenis kawasan yang boleh disediakan Rancangan Kawasan Khas iaitu: Kategori 1: RKK Bagi Pembangunan Semula Kawasan Dalam Pusat Bandar Kategori 2: RKK Bagi Kawasan Berkepentingan Warisan Kategori 3: RKK Bagi Kawasan Sensitif Alam Sekitar Kategori 4: RKK Bagi Penempatan Semula Penduduk Kategori 5: RKK Bagi Keperluan Khusus RKK Semerah yang disediakan ini adalah tergolong di dalam kategori pertama iaitu RKK Bagi Pembangunan Semula Kawasan Pusat Bandar yang merupakan kawasan pusat petempatan utama di Daerah Batu Bahat bersempadan dengan Daerah Muar. LAPORAN PENDEKATAN 1.2 1.2.1 KEPERLUAN PENYEDIAAN RKK PEKAN SEMERAH Keperluan Perundangan LAPORAN DRAF AWAL RKK Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) menyatakan kepentingan penyediaan Rancangan Kawasan Khas ini di bawah Seksyen 16B di mana:- Subseksyen 1 ~ “Jika pada bila-bila masa, semasa penyediaan atau apabila mula berkuatkuasanya sesuatu rancangan struktur atau rancangan tempatan, Pengarah Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, atas daya usahanya sendiri atau sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa, boleh menyampaikan kepada Jawatankuasa cadangan bagi penetapan suatu kawasan khas bagi pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan, atau sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain, bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu, dan jenis pengolahan yang dicadangkan” Dalam hal ini Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mengambil inisiatif dalam menyediakan RKK Semerah dengan menyampaikan Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan Majlis Penuh mengenai keperluan menyediakan RKK Semerah sebagai panduan perancangan untuk pemajuan, pengelokan serta pemuliharaan dan pengurusan perancangan bagi Pekan Semerah. LAPORAN RKK PEKAN SEMERAH PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN Pelan Susunatur Perincian cadangan pembangunan mengikut blok  Garis Panduan Khusus dan umum, kelas kegunaan tanah serta kawalan pembangunan   PROGRAM PELAKSANAAN Fasa Pembangunan, Projek dan Program  Kos dan Agensi Pelaksana Sumber : Kajian RKK Pekan Semerah, 2012. DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 4

1.0 P E N D A H U L U A N 1.0-2 1.2.2 Keperluan Pembangunan Berasaskan Isu Setempat iii. Peningkatan Kemudahan Landskap dan Rekreasi Penyediaan kemudahan landskap seperti perabot jalan, landskap lembut dan kejur di kawasan pusat bandar adalah perlu bagi memastikan wujudnya persekitaran yang menarik, selesa serta memberi kesan selamat kepada orang ramai. Buat masa ini Pekan Semerah dihiasi dengan pokok-pokok yang seragam di sepanjang utama ke pusat bandar. Keadaan ini memberikan suatu imej dan mewujudkan kualiti visual yang baik terhadap Pekan Semerah. Walau bagaimanapun bagi menyokong serta mengukuhkan lagi fungsinya sebagai Pusat Petempatan Kecil (PPK), reka bentuk landskap bandar perlu ditingkatkan. Pekan Semerah boleh di pertingkatkan dalam aspek kemudahan landskap (contoh: perabot landskap) dan rekreasi (ruang awam) yang dapat menghidupkan suasana Pekan Semerah sebagai pusat perkhidmatan kecil; dan yang utama adalah kedudukannya di pintu masuk daerah bagi menggambarkan persepsi imej landskap yang baik terutama imej sebagai salah satu kawasan pentadbiran MPBP. Keperluan Pembangunan : Isu-isu Pembangunan Setempat Pekan Semerah di dalam RTD Batu Pahat 2020 merupakan pekan bersempadan dengan Daerah Muar. Pekan ini mempunyai ciri-ciri tempatan unik yang memerlukan susunatur perancangan yang lebih terperinci dari aspek peningkatan imej bandar, menyerlahkan identiti pekan kecil berwarisan dan penyediaan kemudahan landskap dan rekreasi bagi memastikan peranan Pekan Semerah sebagai Pusat Petempatan Kecil yang memberi perkhidmatan kepada penduduk. Selain berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kecil, Pekan Semerah juga berperanan sebagai pintu masuk utama Daerah Batu Pahat dari arah utara. Dengan itu, imej bandar yang menarik dan beridentiti perlulah jelas agar dapat mewujudkan karektor Pekan Semerah yang tersendiri berbanding pekan-pekan sedia ada yang lain. Di antara beberapa aspek penting yang menyumbang kepada keperluan RKK bagi pekan Semerah adalah: i. Pembaikan Guna Tanah Semasa Bandar Guna tanah semasa Pekan Semerah pada masa ini agak kurang optimum kerana masih terdapat tanah-tanah kosong di dalam kawasan pusat bandar. Lot-lot tanah kosong yang terbiar ini menjejaskan pemandangan pusat petempatan kerana kedudukannya adalah dicelah-celah lot bangunan kedai. Pembinaan perumahan mampu milik juga menjadi tanggungjawab utama di mana RKK akan mencadangkan kawasan perumahan sebagai kawasan perumahan mampu milik. Peningkatan sistem lalu lintas juga diperlukan melibatkan kemudahan pejalan kaki, tempat menunggu bas dan lain-lain. ii. Peningkatan Rupa Bandar Pekan Semerah adalah sebuah pekan kecil yang bersempadan dengan Daerah Muar di mana sempadan bagi pusat bandar pekan ini telah berkembang dan menganjur sehingga ke daerah tersebut. Kedudukannya di pintu masuk dari arah utara Daerah Batu Pahat, menjadikan pekan ini penting untuk ditonjolkan dengan imej yang menarik, jelas dan beridentiti. Secara keseluruhannya, Pekan Semerah masih yang berfungsi juga sebagai pintu masuk utama daerah tetapi boleh untuk dipertingkatkan. Imej Pekan Semerah agak kurang jelas untuk ditonjolkan sebagai imej awal pintu masuk utama daerah atau kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Penambahan beberapa elemen reka bentuk bandar serta landskap perlu dilakukan bagi menambahbaik imej Pekan Semerah, sekaligus menjelaskan lagi fungsinya sebagai pusat tumpuan penduduk. iv. Keperluan Penggiatan Aktiviti Setempat Kedudukan Pekan Semerah di sempadan Muar dan kegiatan ekonomi pelancongan yang agak rancak di daerah tersebut dengan wujudnya Homestay dan tarikan di Kampung Sarang Buaya, Parit Jawa dan sekitarnya memberi peluang kepada Semerah untuk turut menggiatkan ekonomi pelancongan. Ciri-ciri tempatan seperti rumah-rumah tradisional, kegiatan kebudayaan di Semerah (Kuda Kepang, Gambus dan sebagainya) serta kepentingan Semerah yang menjadi tempat lahir dan menetap tokoh budaya tempatan iaitu Pak Matlob boleh diketengahkan dalam aspek ekonomi terutama pelancongan. DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 5

1.0 P E N D A H U L U A N Jadual 1.1: Ringkasan Isi Kandungan BAB BAB 01 Bagi tujuan mengguna pakai laporan ini, secara ringkasnya laporan Rancangan Khas Kawasan Semerah adalah mengandungi perkara-perkara seperti dijelaskan dalam Rajah berikut : BAB 02 Profil Kawasan Kajian TAJUK Pendahuluan ISI KANDUNGAN Menerangkan keperluan perundangan penyediaan Rancangan Kawasan Khas  Keperluan Perundangan  Keperluan Pembangunan Berasaskan Isu Setempat Menerangkan latar belakang kawasan kajian RKK dari aspek :• Lokasi dan kawasan pentadbiran PBT • Kedudukan Kawasan RKK dalam Konteks Wilayah • Senario Pembangunan Semasa dan Komited, 2008 BAB 03 Matlamat, Objektif dan Konsep Pembangunan Menerangkan hala tuju utama pembangunan kawasan kajian RKK sehingga Tahun 2020 dari aspek :• Matlamat Pembangunan • Objektif Pembangunan • Penemuan dan Hala Tuju Utama Pembangunan • Konsep Pembangunan BAB 04 Pelan Tindakan Pembangunan Menerangkan secara umum cadangan-cadangan utama dalam kawasan kajian RKK yang melibatkan :• Cadangan Pelan Susun Atur Utama • Cadangan Pembangunan Pedagangan • Cadangan Pembangunan Perumahan • Cadangan Sistem Lalu Lintas Bandar dan Infrastruktur • Cadangan landskap, imej dan pengindahan bagi kawasan utama BAB 05 Spesifikasi Pembangunan Terperinci Menerangkan perincian pembangunan berasaskan plot-plot pembangunan • Cadangan Garis Panduan Kawalan Pembangunan • Cadangan Pelan Susun Atur Terperinci • Cadangan Kelas Kegunaan Tanah dan Garis Panduan Pembangunan Utama dari aspek kategori pembangunan, jenis bangunan, nisbah plot, kepadatan, anjakan bangunan dan sebagainya BAB 06 Pengurusan dan Perlaksanaan Penjelasan terperinci yang diringkaskan berhubung kaedah pengurusan dan perlaksanaan yang boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan segala projek-projek yang dicadangkan : • Fasa dan Keutamaan Pelaksanaan • Kos Pelaksanaan • Agensi Pelaksana • Pendekatan Pelaksanaan 1.0-3 1.3 KAEDAH PENGGUNAAN LAPORAN RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 6

2.0 P R O F I L K A W A S A N K A J I A N 2.1 LATAR BELAKANG PEKAN SEMERAH 2.2 SENARIO PEMBANGUNAN SEMASA 2.0-1 Semerah terletak di bahagian barat Daerah Batu Pahat dan merupakan pintu masuk utama dari arah barat yang mana bersempadan dengan Daerah Muar. Semerah yang terletak dalam jarak kira-kira 25km dari Bandar Penggaram secara amnya didominasi oleh bangunan rumah kedai lama dan baru yang menganjur sehingga ke Daerah Muar; secara tidak langsung menjadikan sempadan Pekan Semerah ini unik kerana melibatkan dua buah daerah iaitu Daerah Batu Pahat dan juga Daerah Muar. Walau bagaimanapun kawasan yang terlibat dengan kajian RKK ini hanya meliputi kawasan di dalam Daerah Batu Pahat iaitu sempadan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Luas kawasan yang terlibat adalah 169.276 Hektar. (Rujuk Rajah 2.1 : Satelit Imej Pekan Semerah) Namun demikian, kajian ini juga akan turut melihat pengaruh dan kesan pembangunan kawasan bersebelahan iaitu sebahagian kecil kawasan Pekan Semerah yang berada di dalam sempadan Daerah Muar supaya perkembangan dan pembangunan yang berlaku di Pekan Semerah ini dapat diselaraskan dari pelbagai aspek. Rajah 2.1 Menunjukkan sempadan kawasan kajian RKK Pekan Semerah di dalam Daerah Batu Pahat serta sebahagian kawasan Semerah yang terletak di Daerah Muar yang mana turut diberi perhatian dalam kajian RKK ini. Semerah merupakan sebuah pekan kecil yang terdapat di sempadan barat Daerah Batu Pahat. Pemandangan utama pekan ini dihidupkan oleh beberapa deretan kedai lama dan baru. Aktiviti perniagaan di kawasan ini berkembang di sepanjang jalan utama dan membawa ke daerah bersebelahan (Muar). Pekan Semerah yang bertindak sebagai pusat perkhidmatan penduduk buat masa ini mampu untuk menampung keperluan harian penduduk tempatan. Skala pembangunannya yang sederhana dan jenis aktiviti yang sedia ada wujud dijangka mampu mewujudkan imej dan identitinya yang tersendiri. Sistem perhubungan jalan rayanya juga mudah untuk dihubungi dan penyediaan kemudahan yang mencukupi berada pada tahap memuaskan. Namun begitu, masih terdapat beberapa aspek yang boleh ditingkatkan dan diperbaiki agar setiap kemudahan mampu berfungsi secara lebih optimum. 2.3 JARINGAN JALAN RAYA Pekan Semerah mempunyai kedudukan yang strategik kerana terletak di laluan utama iaitu Laluan Persekutuan 5 atau dikenali sebagai Jalan Muar yang boleh menghubungkan terus Pekan Semerah dengan bandar-bandar lain seperti Bandar Penggaram, Senggarang, Rengit di Batu Pahat, Parit Jawa di Muar dan Benut di Pontian . Manakala lain-lain laluan yang terdiri daripada laluan negeri adalah sebagai akses ke kawasan-kawasan perkampungan yang terdapat di sekitarnya seperti Kampung Sungai Nibong, Pekan Baharu, Kg. Parit Ibrahim dan sebagainya. Sistem perhubungan dan lalu lintas ini adalah penting dalam mempengaruhi sesebuah kawasan itu mengalami proses perkembangan bandar yang lebih cepat berbanding pusat tumpuan lain di sekitarnya. Rajah 2.1 : Pemandangan Pekan Semerah dari foto udara yang meliputi kedua-dua daerah Pekan U 2.4 HIERARKI PUSAT PETEMPATAN Berdasarkan RTD Batu Pahat 2020, Pekan Semerah dikategorikan sebagai Pusat Petempatan Kecil (PPK) dalam hierarki petempatan. Jadual 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan hierarki petempatan bagi seluruh Daerah Batu Pahat seperti mana RTD Batu Pahat 2020. Rajah 2.1: Hierarki Petempatan Bagi Daerah Batu Pahat Hierarki Petempatan Pusat Wilayah Tahap II Daerah Batu Pahat Daerah Muar Pusat Separa Wilayah Pusat Petempatan Utama Bandar / Pekan Bandar Penggaram Parit Raja Rengit Yong Peng Ayer Hitam PEKAN SEMERAH Pusat Petempatan Kecil Kangkar Baru Parit Sulong Sri Medan Semerah Sri Gading Senggarang Parit Yaani Lam Lee DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 7

2.0 P R O F I L K A W A S A N K A J I A N Berdasarkan hierarki petempatan tersebut, Semerah memainkan peranan sebagai PPK bagi kawasan barat Daerah Batu Pahat. Fungsinya akan menyokong peranan pusat-pusat petempatan yang lain dalam memenuhi keperluan dan memberikan perkhidmatan kepada penduduk sekitarannya. Kepelbagaian jenis perniagaan dan perkhidmatan seperti perbankan, kemudahan kesihatan, perkhidmatan pos dan sebagainya amat diperlukan oleh penduduk setempat khususnya bagi memenuhi pelbagai jenis urusan dan keperluan. Justeru, pembangunan pelbagai jenis guna tanah khususnya perniagaan dan perkhidmatan yang optimum amat penting bagi Pekan Semerah. Rajah 2.2 : Hierarki Petempatan Daerah Batu Pahat menurut RTD Batu Pahat 2020 Pusat Petempatan Utama 2.0-2 Hierarki Pusat Wilayah Tahap II Bandar Bandar Penggaram Yong Peng Parit Raja Air Hitam Rengit Parit Sulong Kangkar Bahru Senggarang Seri Gading Sri Medan Lam Lee Semerah Parit Yaa’ni Penduduk Semasa 2000 79,421 5,023 3,024 4,210 1,193 1,771 1,790 1,457 1,377 1,128 501 509 417 101,821 106,343 208,164 128,345 336,509 0.62 Unjuran 2010 2020 97,344 14,196 11,512 8,032 3,581 2,571 2,076 2,282 2,446 2,213 2,097 730 1,013 150,091 128,781 278,872 122,436 401,308 0.68 115,266 23,370 20,000 11,854 5,969 3,370 2,361 3,106 3,515 3,297 3,693 950 1,608 198,360 151,219 349,580 116,527 466,106 0.75 ‘Growth Rate’ 2000-2020 1.88 7.8 9.9 5.31 8.38 3.27 1.40 3.86 4.80 5.51 10.50 3.17 6.98 3.4 1.77 2.63 -0.48 1.64 Pusat Separa Wilayah Pusat Petempatan Kecil JUMLAH BANDAR Jumlah Subur Jumlah Urban Jumlah Luar Bandar Jumlah Daerah Ratio Urban-Daerah Sumber : Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat, 2020. 2.5 PENDUDUK Semerah mempunyai penduduk seramai 509 orang pada tahun 2000. (Sumber : Laporan Teknikal RTD Batu Pahat, 2004). Dengan kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 3.17 peratus, Semerah dijangkakan akan mempunyai penduduk seramai 950 orang menjelang tahun 2020. Kadar pertumbuhan dan jumlah penduduk ini adalah yang terendah di dalam Daerah Batu Pahat. (Rujuk Jadual 2.2). Trend pertumbuhan dan unjuran penduduk yang dibuat menunjukkan Semerah tidak akan mengalami pertambahan penduduk yang banyak dalam tempoh 20 tahun. Walaupun pertambahan penduduk mengalami pertambahan yang sedikit, ini tidak bermakna pekan ini tiada mengalami perkembangan; tetapi ianya dijangka berkembang ke arah kawasan bersempadan iaitu Muar. Oleh itu suntikan pembangunan yang lebih seimbang perlu dilakukan dalam kajian ini sebagai faktor penggerak ke arah perkembangan bandar di dalam Daerah Batu Pahat. DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 8

2.0 P R O F I L K A W A S A N K A J I A N 2.0-3 2.6 GUNA TANAH SEMASA Guna tanah semasa menunjukkan guna tanah kediaman adalah yang tertinggi bagi Pekan Semerah iaitu sebanyak 116.72 hektar yang meliputi hampir 68.94 peratus daripada keseluruhan kawasan kajian. (Rujuk Jadual 2.3). Guna tanah pertanian ini didominasi oleh tanaman getah diikuti oleh kelapa sawit, dan lainlain jenis pertanian. Guna tanah kedua tertinggi adalah perniagaan iaitu 25.49 hektar (15.05%) yang terdiri daripada perniagaan terancang dan tidak terancang; dan kemudian diikuti dengan guna tanah jalan iaitu 19.69 hektar (11.64%). Manakala guna tanah terendah adalah industri yang hanya meliputi 0.01% (0.021 hektar) Keadaan ini juga menggambarkan peratus pertambahan penduduk di Pekan Semerah adalah rendah kerana kurangnya impak daripada guna tanah ini. Ini menunjukkan perlunya suntikan dari segi aktiviti-aktiviti guna tanah agar penggunaan tanah dapat dioptimumkan bagi membantu perkembangan Pekan Semerah. Jadual 2.3 menunjukkan pecahan guna tanah semasa bagi Pekan Semerah. Manakala Rajah 2.3 menunjukkan taburan guna tanah semasa bagi Pekan Semerah. GUNA TANAH KEDIAMAN Perumahan Sedia Ada dan Ditetapkan Perumahan Cadangan PERNIAGAAN & PERKHIDMATAN Perniagaan Sedia Ada dan Ditetapkan Perniagaan Cadangan INDUSTRI Industri Sedia Ada dan Ditetapkan KEMUDAHAN MASYARAKAT Pendidikan Kesihatan Keagamaan Keselamatan Perkuburan Kegunaan Kerajaan/Badan Berkanun Lain-lain Kemudahan Masyarakat TANAH LAPANG & REKREASI Tanah Lapang INFRASTRUKTUR & UTILITI Bekalan Elektrik Telekomunikasi JALAN / JALAN RAYA JUMLAH KESELURUHAN LUAS (HE) 0.97 115.75 116.72 1.74 23.75 25.49 0.02 0.02 5.46 0.11 0.57 0.11 0.28 0.06 0.35 6.94 0.11 0.11 0.06 0.24 0.30 19.69 169.276 PERATUS (%) 0.57% 68.37% 68.94% 1.02% 14.03% 15.05% 0.01 0.01% 3.22% 0.06% 0.33% 0.06% 0.17% 0.04% 0.21% 4.09% 0.07% 0.07% 0.04% 0.12% 11.64 100.00% DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 9

2.0 P R O F I L K A W A S A N K A J I A N Rajah 2.3 : Guna Tanah Semasa Pekan Semerah, 2012 2.0-4 RAJAH 2.3: GUNA TANAH PETUNJUK : SEMASA PEKAN SEMERAH, 2012 KEDIAMAN Perumahan Terancang Perumahan Tidak Terancang PERNIAGAAN & PERKHIDMATAN Perniagaan Terancang Ke Muar INDUSTRI Industri Terancang KEMUDAHAN MASYARAKAT Pendidikan Kesihatan Dewan Keagamaan Keselamatan Pej. Kerajaan / Badan Berkanun Lain-lain Kemudahan Masyarakat TANAH LAPANG & REKREASI SMK Semerah SK Peserian Tanah Lapang Kemudahan Sukan & Rekreasi INFRASTRUKTUR & UTILITI Bekalan Elektrik Telekomunikasi Dari Batu Pahat PERTANIAN Getah Kelapa Sawit Lain-lain Jenis Pertanian Tanah Pertanian Terbiar TANAH KOSONG PENGANGKUTAN DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 10

2.0 P R O F I L K A W A S A N K A J I A N 2.0-5 b) Kebudayaan Tempatan    Masyarakat Semerah juga kaya dengan pelbagai kebudayaan. Sebahagian kawasan masih bergiat aktif dalam aktiviti kebudayaan mereka iaitu Kg. Sungai Nibong Darat. Aktiviti kebudayaan Kg. Sg Nibong Darat seperti kuda kepang, adat dan budaya perkahwinan masyarakat Jawa, makanan dan sebagainya boleh ditonjolkan sebagai produk tarikan bagi menyokong sektor pelancongan setempat. Persekutuan Jambangan Setia - kelab Orang Melayu Semerah (di tubuhkan 1918). Ini menunjukkan tradisi dan budaya Melayu - Jawa mempunyai badan sokongan yang masih aktif untuk menyokong program pelancongan sekiranya dicadangkan. Dari segi sejarah pula Sekolah Perserian asalnya merupakan sekolah berasaskan Inggeris awal. 2.7 SEJARAH DAN BUDAYA TEMPATAN Sejarah dan budaya tempatan juga adalah sebahagian aspek yang berpotensi diketengahkan sebagai produk dan tarikan baru di Pekan Semerah. Sejarah dan budaya tempatan sedia ada ini walau bagaimanapun masih kurang dikenali. Pelbagai sumber budaya Semerah tidak ditonjolkan sebagai identiti setempat. Apatah lagi dengan potensi sejarah juga tidak ditonjolkan. Maka itu kajian RKK ini perlu mengambilkira beberapa potensi daripada sumber sejarah dan budaya masyarakat Semerah yang dijangka mampu mengukuhkan ekonomi tempatan.    Terdapat beberapa rumah yang berseni bina menarik dan pelbagai yang boleh dijumpai di kawasan Semerah. Rumah yang dikenalpasti kebanyakannya bercirikan rumah tradisional yang mengadaptasi yang direka berdasarkan rumah tradisi melayu dan sedikit senibina rumah cina (rujuk foto di sebelah). Rumah–rumah tradisi ini mempunyai reka bentuk terutama fasad yang indah dan menarik; dan kebanyakannya bersenibina Melayu. Terdapat sebuah rumah yang menjangkau usia melebihi 100 tahun. Kelebihan ini sangat berpotensi dijadikan sebagai aset atau produk tarikan pelancong, rujukan untuk R&D dan lain-lain. Antara tarikan budaya dan makanan masyarakat tempatan.   c) Tokoh Sejarah Tokoh sejarah yang perlu ditonjolkan adalah :  Pak Matlob yang merupakan tokoh pejuang tulisan Jawi sehingga pernah memenangi - Hadiah Karyawan Sastera Johor 2009, Tokoh Pejuang Jawi, Anugerah Melayu Cemerlang Beliau juga telah memperkenalkan ejaan jawi baru dan diguna pakai di sekolah-sekolah. Seorang tokoh yang sentiasa menyemarakkan penggunaan tulisan jawi - iaitu seorang penulis di ruangan pembaca Utusan Zaman dalam tulisan jawi.   Rumah berusia 100 tahun bersenibina menarik  a) Senibina & Reka Bentuk Fasad  Contoh senibina fasad menarik - antaranya bangunan surau Fasad rumah bersenibina cina DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 11

2.0 P R O F I L K A W A S A N K A J I A N 2.0-6 2.7 Isu dan Potensi Utama ISU POTENSI Beberapa isu dan potensi utama Pekan Semerah telah dikenal pasti. (Rujuk Jadual 2.4). Isu dan potensi ini akan dijadikan asas utama dalam membentuk cadangan di akhir kajian RKK Pekan Semerah ini. Jadual 2.4: Isu dan Potensi Utama Pekan Semerah ISU GUNA TANAH OPTIMUM Terdapat lot-lot kosong di kawasan pusat bandar  Terdapat tanah-tanah kosong di dalam kawasan Pekan Semerah.  Lot-lot ini terletak di antara lot-lot bangunan kedai di pusat bandar.  Kebanyakan tanah kosong ini ditumbuhi dengan semak-samun atau belukar.    LANDSKAP & REKREASI POTENSI Ketiadaan kawasan rekreasi awam dalam pusat bandar  Pekan Semerah tidak terdapat kemudahan rekreasi awam yang khusus dalam mewujudkan node aktiviti bagi menghidupkan suasana bandar.  Penyediaan kawasan rekreasi awam ini seterusnya dapat mengimbangi antara komponen pembangunan guna tanah.  Pembangunan secara infill di lot-lot kosong. Membangunkan tanah terbiar/kosong sebagai kawasan rekreasi awam dalam pusat bandar. Pewujudan pelbagai jenis aktiviti perniagaan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan penduduk.  Mengoptimumkan potensi tanah-tanah terbiar dengan membangunkannya sebagai kawasan hijau / rekreasi awam dalam pusat bandar. Mewujudkan kawasan rekreasi awam bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. SEJARAH DAN BUDAYA TEMPATAN Senibina dan Reka Bentuk Rumah Tradisional  Senibina Melayu dan reka bentuk fasad yang menarik tidak ditonjolkan dalam reka bentuk elemen Pekan Semerah. Keadaan ini menjadikan Pekan Semerah kurang beridentiti.  IMEJ BANDAR Imej bandar yang kurang jelas  Imej Pekan Semerah perlu beridentiti untuk ditonjolkan sebagai pintu masuk utama daerah.  Struktur elemen yang kekal seperti gerbang masuk, arca dan mercu tanda bagi membentuk rupa bandar.  Deretan kedai lama menonjolkan rupa bangunan yang agak lesu dan uzur.  Ciri-ciri keselamatan dalam bandar masih boleh ditingkatkan terutama bagi mengelakkan konflik kepada pejalan kaki.  Anjakan bangunan  Pembaikan pembangunan semula bangunan usang atau kedai lama  Keperluan laluan basikal atau pejalan kaki  Kurang kemudahan awam seperti tempat menunggu bas, tandas dan lain-lain.    Elemen-elemen reka bentuk bandar serta landskap seperti gerbang masuk, mercu tanda perlu dilakukan bagi menambahbaik imej Pekan Semerah, sekaligus menjelaskan lagi fungsinya sebagai pusat tumpuan penduduk. Penguatkuasaan dan penyelenggaraan yang baik akan mampu menyerlahkan imej yang lebih baik, bersih dan menarik bagi Pekan Semerah. Keperluan penyediaan perabot landskap bandar dengan mengambilkira aspek-aspek ciri keselamatan orang ramai seperti penyediaan laluan pejalan kaki dan lain-lain.  Terdapat beberapa senibina rumah Melayu yang menarik dan boleh diadaptasi dalam meningkatkan reka bentuk fasad bangunan, atau elemen landskap dalam pusat bandar. Rumah-rumah ini berpotensi ditonjolkan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Pelbagai Sumber & Potensi ditonjolkan  Budaya Tidak    LANDSKAP & REKREASI Kurang reka bentuk landskap lembut dan kejur yang membentuk identiti khas  Landskap kejur perlu dibangunkan bagi menonjolkan rupa bandar & identiti setempat.  Penyediaan landskap lembut perlu dirancang dengan teliti agar dapat disesuaikan dengan komponen guna tanah semasa seperti deretan kedai lama.  Penambahan pokok teduhan dan hiasan yang menarik dalam pusat bandar.  Tiada laluan pejalan kaki yang khusus dan selamat dalam pusat bandar.  keperluan mercu tanda khusus seperti gerbang masuk bagi mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari daerah bersempadan. Terdapat sebuah kampung yang aktif menjalankan aktiviti kebudayaan masyarakat tempatan -Jawa. Walau bagaimanapun ianya masih tidak dieksploitasi sepenuhnya dalam mengukuhkan dan menyokong sektor pelancongan tempatan. Sumber budaya sedia ada tidak ditonjolkan sebagai identiti setempat. Sekolah Peserian antara sekolah aliran Inggeris yang wujud sekitar tahun 70an juga kurang diberi perhatian dalam usaha menonjolkannya sebagai salah satu elemen sejarah/budaya.    Potensi untuk mengukuhkan ekonomi tempatan melalui program pelancongan bersama homestay sedia ada. Mewujudkan laman budaya untuk mengetengahkan dan menyokong aktiviti penduduk dalam ekonomi tempatan. Tarikan-tarikan budaya sedia ada boleh diadaptasi bagi menwujudkan identiti masyarakat setempat. Sekolah Peserian boleh menjadikan tarikan salah satu produk pelancongan tempatan.   Penambahan landskap lembut dan kejur seperti penanaman pokok serta perabot jalan terutamanya di sepanjang jalan protokol adalah perlu dalam usaha untuk memberikan imej dan kualiti visual yang lebih baik bagi Pekan Semerah. Menonjolkan identiti dan imej landskap pusat bandar di awal pintu masuk melalui reka bentuk landskap yang beridentiti khas. Tokoh Sejarah (Tokoh Pejuang Tulisan Jawi) tidak ditonjolkan.  Pak Matlob iaitu anak jati Semerah adalah tokoh yang melopor tulisan jawi . Walau bagaimanapun ianya kurang ditonjolkan sebagai ikon sejarah.   Pak Matlob berpotensi untuk ditonjolkan melalui pembinaan galeri yang mempamerkan perihal tokoh sejarawan ini. Menggabungkan tokoh sejarah dan budaya ini agar boleh diadaptasi bagi membentuk imej dan identiti tersendiri Pekan Semerah. DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 12

3.0 M A T L A M A T, O B J E K T I F & K O N S E P 3.0-1 3.1 MATLAMAT KAJIAN 3.4 HALA TUJU DAN KONSEP PEMBANGUNAN KAWASAN RKK Matlamat penyediaan RKK Pekan Semerah ini adalah untuk menyediakan sebuah Pelan Tindakan Pembangunan yang komprehensif bagi meningkatkan imej dan fungsi Pekan Semerah melalui pengoptimuman guna tanah bandar, penaiktarafan imej bandar serta peningkatan penyediaan kemudahan landskap dan rekreasi melalui penambahan bilangan dan perancangan perletakannya di dalam ruang bandar di Pekan Semerah. Elemen-elemen pembangunan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengukuhkan fungsi Pekan Semerah sebagai pusat tumpuan utama penduduk di sekitarannya; sekaligus mengukuhkan lagi fungsi Semerah sebagai Pusat Petempatan Kecil bagi Daerah Batu Pahat amnya. RUMUSAN PENEMUAN Pembangunan Guna Tanah Keseluruhannya penemuan utama pembangunan guna tanah semasa kawasan kajian adalah :1. Kawasan luar bandar menarik dengan pembangunan kampung yang agak kemas, mempunyai reka bentuk rumah Melayu yang beridentiti; yang indah dan menarik. 2. Kebanyakan kemudahan yang berfungsi untuk memberi perkhidmatan kepada dua daerah iaitu Muar dan Batu Pahat. Kemudahan seperti masjid, pasar dan dewan adalah berada di Daerah Muar. Sementara kebanyakan sekolah, pejabat pos dan polis berada di Daerah Batu Pahat. 3. Tumpuan pembangunan perumahan terancang adalah juga di Daerah Muar, di mana di Semerah Batu Pahat hanya terdapat perumahan kampung (perumahan tidak terancang). 4. Terdapatnya bangunan / premis yang kosong; selain daripada fizikalnya yang tidak kemas dan usang terutamanya dalam kawasan pusat Pekan Semerah. 3.2 OBJEKTIF KAJIAN Beberapa objektif telah dikenal pasti bagi mencapai matlamat kajian RKK Pekan Semerah ini iaitu:   Menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan pengezonan guna tanah bagi kawasan RKK Pekan Semerah. Meningkatkan kualiti persekitaran dan imej bandar dengan komponen kemudahan landskap dan rekreasi yang menarik dan sesuai untuk keperluan penduduk melalui cadangan pelan sisip komprehensif / perspektif. Meningkatkan sistem sirkulasi dan aksesibiliti bandar dan mempertingkatkan penyediaan kemudahan sedia ada kepada kemudahan yang lebih berkualiti berdasarkan keperluan penduduk. Mencadangkan penambahbaikan kawasan perdagangan dan meningkatkan aktiviti guna tanah yang sesuai bagi menyokong fungsi dan aktiviti guna tanah sedia ada di Pekan Semerah. Pembangunan Perumahan Keseluruhannya penemuan utama pembangunan perumahan semasa kawasan kajian adalah :1. Kebanyakan perumahan di Semerah, Batu Pahat adalah berkeadaan baik dan kualiti perumahan kampung adalah menarik. 2. Kekurangan taman-taman perumahan terancang. Kebanyakan tanah yang dizonkan perumahan tidak dibangunkan dengan berkesan.   3.3 TEMA RKK SEMERAH Pembangunan Sistem Perhubungan Keseluruhannya penemuan utama sistem perhubungan semasa kawasan kajian adalah :1. Sistem jalan raya utama dan lingkaran perlu diperbaiki dan dipertingkatkan tahap liputannya sama ada untuk hubungan peringkat wilayah, negeri, daerah atau pun peringkat tempatan melalui naiktaraf jalan dan jalan baru. 2. Pembangunan sistem lalu lintas pusat bandar yang lebih kemas dan sistematik dengan penerapan kaedah Bandar Selamat, memberi keutamaan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal serta motosikal sesuai dengan tahap pembangunan di Pekan Semerah. Tema bagi RKK Semerah adalah : SEMERAH “BERBUDAYA dan BERJATIDIRI” Tema tersebut diputuskan berasaskan :  Kewujudan potensi dalam bentuk sejarah dan budaya tempatan yang perlu diambilkira iaitu dalam bentuk seni bina dan seni reka bangunan, tokoh terkenal peringkat nasional iaitu Pak Matlob dan juga budaya tempatan yang menjadi akar umbi sosial penduduk. Ini termasuklah makanan-makanan tradisi, wujudnya sekolah Peserian yang menjadi asas budaya dan pelajaran sejak berzaman, persembahan kebudayaan dan Pak Matlob sebagai pelopor tulisan jawi di Malaysia. Menggunakan asas budaya tempatan untuk diterjemahkan ke dalam bentuk imej kepada pembangunan Pekan Semerah di masa hadapan. Rekabentuk bangunan yang unik bertradisi Melayu berpotensi diintegrasikan dalam reka bentuk fasad bangunan dan lanskap kejur di Pekan Semerah. 3. Keperluan untuk mewujudkan kemudahan sistem pengangkutan awam terutama stesen teksi dan bas.  DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 13

3.0 M A T L A M A T, O B J E K T I F & K O N S E P 3. Pembangunan Infrastruktur dan Utiliti Keseluruhannya penemuan utama infrastruktur dan utiliti semasa kawasan kajian adalah :1. Tiada masalah infrastruktur yang ketara memandangkan pertambahan penduduk yang sedikit iaitu kurang 500 orang dalam tempoh 2000 hingga 2010. Kewujudan sungai utama adalah Sungai Sarang Buaya yang berada di Semerah dalam daerah Muar yang memerlukan penyelenggaraan JPS secara berkala. 2. Walau bagaimanapun, dijangkakan keperluan kemudahan utama bagi menyokong pembangunan perumahan di masa hadapan adalah diperlukan iaitu kemudahan bekalan air, bekalan elektrik dan loji rawatan kumbahan. 4. Pembangunan Perniagaan  Perancangan semula pusat bandar/pusat perdagangan Pekan Semerah 3.0-2 Penyediaan Sistem Perhubungan  Mengukuhkan rangkaian perhubungan dalaman dengan mencadangkan sistem jalan raya di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk pembangunan seperti di kawasan perumahan dan perdagangan. Mencadangkan peningkatan sistem lalu lintas bandar seperti laluan pejalan kaki, laluan berbasikal dan lain-lain sistem sokongan lalu lintas (pondok menunggu bas, wakaf dan sebagainya). Mencadangkan hentian teksi dan bas awam.  Pembangunan Imej Bandar dan Lanskap 1. Kekurangan kemudahan riadah dan rekreasi sama ada aktif dan pasif. 2. Keadaan fizikal bandar yang memerlukan imej yang baik dan bercirikan budaya tempatan sama ada dalam bangunan, landskap kejur dan perancangan pengindahan pusat Pekan Semerah. 3. Kurangnya elemen-elemen landskap lembut dan landskap kejur yang lebih menarik dan sesuai di kawasan laluan utama. 4. Keperluan terhadap penyediaan kemudahan masyarakat dan rekreasi utama sebagai pelengkap dan memenuhi keperluan bagi perkembangan pada masa hadapan.  5. Penyediaan Sistem Infrastruktur  Penambahbaikan kemudahan sedia ada dan perancangan baru. 6. Imej Bandar, Lanskap dan Identiti kawasan  Membentuk dan mengekalkan imej dan identiti kawasan perkampungan, perumahan dan perniagaan yang lebih khusus dan menarik di dalam mewujudkan suasana persekitaran pekerjaan dan kehidupan yang lebih menarik dan mampan. PENEKANAN KEUTAMAAN PEMBANGUNAN RKK SEMERAH Selaras dengan matlamat, objektif, tema dan penemuan utama kawasan RKK, asas pertimbangan dan keutamaan pembangunan bagi kawasan RKK adalah: 1. Pembangunan Guna Tanah     Menyusun dan mengemaskini pembangunan di kawasan pusat bandar Pekan Semerah terutama melibatkan kawasan perdagangan semasa yang kurang baik. Menumpukan kepada kaedah kajian yang bersesuaian bagi penyusunan semula pusat bandar. Pembangunan kemudahan bagi kawasan Semerah Batu Pahat dengan mengenalpasti pembangunan yang boleh menyumbangkan kepada ekonomi penduduk. Penyusunan semula kemudahan-kemudahan di pusat petempatan dengan penyelarasan bersama Daerah Muar.  Menyediakan kemudahan masyarakat / sosial dan rekreasi dengan tumpuan kepada penyediaan kemudahan-kemudahan utama yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan pekerjaan di kawasan RKK. 2. Pembangunan Perumahan   Mewujudkan kawasan berpotensi pembangunan perumahan dan membantu perancangan susunatur dengan cadangan hierarki jalan dan kemudahan yang bersesuaian. Menggalakkan program peningkatan imej, kebersihan kampung dan reka bentuk menarik yang diterjemahkan dan diintegrasikan dengan pembangunan perumahan terancang dan perdagangan sedia ada. DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 14

4.0 P E L A N T I N D A K A N P E M B A N G U N A N 4.1 PENDAHULUAN 4.0-1 Bahagian ini akan menjelaskan cadangan dan memperincikan spesifikasi pembangunan bagi keseluruhan pembangunan Pekan Semerah bagi mencapai matlamat dan tema ‘Semerah Berbudaya dan Berjati Diri’. Secara keseluruhannya tindakan pembangunan bagi Pekan Semerah adalah melibatkan beberapa aspek seperti rajah di sebelah: Cadangan Pelan Susunatur & Garis Panduan Pembangunan Guna Tanah Cadangan Land Re-adjustment di pusat bandar Semerah Cadangan Naik Taraf Jalan Sedia Ada Cadangan Jalan Baru U T A R A Cadangan Peningkatan Landskap & Rekreasi PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN PEKAN SEMERAH Cadangan Peningkatan Infrastruktur & Imej Bandar Ke Mu ar Cadangan Penyediaan Garis Panduan Kawalan Pembangunan Guna Tanah Perumahan / Perniagaan Cadangan Pengukuhan Ekonomi Setempat PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN Berdasarkan analisis, penemuan dan potensi semasa yang telah dikenalpasti, cadangan pelan tindakan ini telah memfokuskan kepada beberapa aspek utama pembangunan iaitu : i) Pembangunan guna tanah - tindakan terhadap aspek ini adalah melalui penyediaan cadangan pelan susunatur bagi keseluruhan kawasan RKK. Cadangan susunatur ini secara tidak langsung melibatkan kepada beberapa pembangunan guna tanah iaitu perumahan, perniagaan dan infrastruktur/ utiliti iaitu melalui ‘land re adjustment’, penyediaan laluan baru serta perincian dari segi garis panduan kawalan guna tanah. ii) Peningkatan infrastruktur dan imej bandar - tindakan peningkatan infrastruktur meliputi cadangan pembaikan sistem perparitan, sistem trafik bandar serta peningkatan elemen kemudahan dalam bandar. Manakala tindakan ke atas imej bandar memfokuskan kepada laluan pejalan kaki, keceriaan bandar serta peningkatan elemen perabot bandar. iii) Peningkatan Landskap & Rekreasi - cadangan peningkatan landskap dan rekreasi menumpukan kepada tindakan terhadap mewujudkan identiti Pekan Semerah khususnya dan Batu Pahat amnya oleh kerana kedudukannya di sempadan daerah. Tindakan yang perlu dibuat antaranya adalah pembaikan landskap pinggir jalan utama dan pusat bandar, menyediakan taman rekreasi awam, mercu tanda/gerbang masuk. iv) Pengukuhan terhadap ekonomi setempat - cadangan tindakan pengukuhan ekonomi yang akan dibuat adalah bagi menyokong galakan sektor pelancongan di Semerah. Melalui cadangan ini dijangka akan dapat menyokong program-program homestay sedia ada di sekitar Semerah. Cadangan Laman Budaya adalah sebagai tarikan baru pelancong untuk mengenali sejarah dan budaya Semerah dengan lebih mendalam. Rajah 4.2 menunjukkan Pelan Tindakan Pembangunan bagi keseluruhan kawasan RKK Pekan Semerah serta cadangan-cadangan tindakan pembangunan berdasarkan aspek-aspek sebagaimana yang dijelaskan. Ke Ke Muar Muar Cadangan Gerbang Masuk di sempadan daerah sebagai mercu tanda utama di sempadan Daerah Batu Pahat /Muar. Cadangan Peningkatan Landskap Pinggir Jalan Utama / Pusat Bandar Ke Ba tu P aha t Pelan Lokasi: Ke Ke Segamat Segamat Ke Ke Paloh Paloh Petunjuk: Cadangan Gerbang Masuk / Mercu Tanda Pengindahan Landskap Pinggir Jalan Kangk Kangkar ar Baru Baru Ke Ke Kuala Kuala Lumpur Lumpur Lam Lam Lee Lee Ke Ke Muar Muar Yong Yong Peng Peng Parit Parit Sulong Sulong Sri Sri Medan Medan Parit Parit Yaani Yaani Ayer Ayer Hitam Hitam Ke Ke Johor Johor Bahru Bahru Ke Ke Kluang Kluang ‘Land Re-adjustment’ Cadangan Jalan 80’ Cadangan Jalan 66’ Semerah Penggaram Penggaram Parit Parit Raja Raja Rengit Rengit Ke Ke Pontian Pontian DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

p. 15

4.0 C A D A N G A N D A N S P E S I F I K A S I P E M B A N G U N A N 4.2 CADANGAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH ii) Cadangan Susunatur Bagi Koridor Utiliti Terdapat beberapa cadangan tindakan bagi pembangunan guna tanah di kawasan RKK iaitu : A) Cadangan Penyediaan Pelan Susunatur Keseluruhan Pekan Semerah. B) Cadangan Pelan Penyelarasan Bagi Perniagaan Hadapan Jalan Utama Rajah 4.3 : Keratan Rentas Koridor Utiliti 4.0-2 (Land Re-adjustment) C) Cadangan Kawalan Guna Tanah Kawasan Perumahan D) Cadangan Kawalan Guna Tanah Kawasan Perniagaan Bermaksud ruang untuk laluan kemudahan utiliti seperti kabel lektrik, telekomunikasi, paip air, paip gas, laluan perparitan, saliran, pembetungan, penempatan bagi talian lampu awam, pondok-pondok telefon dan sebagainya. Tafsiran Koridor Utiliti : A) Cadangan Pelan Susunatur Keseluruhan Pekan Semerah Cadangan pelan susunatur yang dibuat adalah berdasarkan guna tanah yang dicadangkan di dalam Peta Cadangan Draf RTD Batu Pahat 2010-2020 (Pengubahan). Secara keseluruhannya pelan susunatur Pekan Semerah ini tidak melibatkan sebarang pertukaran guna tanah kecuali tapak balai polis sedia ada yang dikekalkan sebagai zon institusi keselamatan. Cadangan tindakan ke atas pelan susunatur yang dibuat adalah setelah mengambilkira keperluan dan tindakan ke atas guna tanah lain iaitu guna tanah perumahan, perniagaan, infrastruktur & utiliti. Penyediaan reka bentuk pelan susunatur ini memfokuskan kepada aksesibiliti terhadap keperluan guna tanah utama seperti perumahan dan perniagaan dalam memastikan kelancaran sistem sirkulasi di keseluruhan Pekan Semerah. Dalam pada itu, sistem perparitan juga direka agar selaras dengan keperluan penyediaan jalan yang dicadangkan. Oleh itu, susunatur yang dibuat hanya meliputi beberapa cadangan jalan baru, menaik taraf jalan sedia ada dan penyediaan laluan bagi utiliti (koridor utiliti). Rujuk Rajah 4.3 untuk cadangan pelan susunatur. i) Cadangan Susunatur Bagi Jajaran Jalan Baru 80’ dan 66’. Berdasarkan sifat fizikal pembangunan Pekan Semerah yang berjajar di sepanjang jalan serta keadaan susunatur tanah membuatkan susunatur berbentuk ‘grid’ adalah lebih sesuai dalam mewujudkan aksesibiliti yang tinggi dan efektif kepada orang ramai. Bagi meningkatkan kadar ketelapan ke sesuatu kawasan agar mudah diakses kajian ini mencadangkan 2 lingkaran jalan yang terdiri daripada jalan 80’. Lingkaran jalan ini bertindak sebagai jalan lingkaran luar kepada Pekan Semerah (Rujuk Rajah 4.3). Lingkaran 1 :  Adalah melalui Jalan Sungai Nibong & Jalan Sungai Nibong Laut yang dihubungkan ke Jalan Semarak Laut (di sempadan Daerah Batu Pahat) melalui 2 buah cadangan jalan baru dengan rizab 80’.  Menghala ke arah barat Pekan Pusat Pekan Semerah (Semerah— Muar) Lingkaran 2 :  Juga melalui Jalan Sungai Nibong & Jalan Sungai Nibong Laut yang dihubungkan melalui 2 buah cadangan jalan baru 80’ ke jalan sedia ada (di sempadan kawasan RKK) melalui 2 buah cadangan jalan baru.  Menghala ke arah timur Pekan Semerah (Semerah- Rengit) Cadangan koridor utiliti selebar 10’ dicadangkan pada setiap jalan berizab 66’. Koridor utiliti ini akan disediakan di luar ROW (Right of Way) di kiri dan kanan iaitu sejajar dengan jalan bagi tujuan laluan kemudahan utiliti. Melalui cadangan laluan utiliti ini, penyediaan seperti laluan kabel, paip air, paip gas dan sebagainya akan dapat mewujudkan impak terhadap kesan visual yang lebih kemas di dalam kawasan pusat bandar Semerah berbanding penyediaan kabel di atas jalan yang dilaksanakan sebelum ini. Selain itu ianya bagi memudahkan kerjakerja penyelenggaraan utiliti (rujuk Rajah 4.3 dan Rajah 4.4). Sumber : Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan B) Cadangan Pelan Penyelarasan Bagi Perniagaan Hadapan Jalan Utama (Land Re-adjustment) Dalam cadangan pelan susunatur, terdapat sebahagian kawasan yang akan dibuat pembaikan dan penyelarasan dari segi anjakan pembangunan melalui ‘land re-adjustment’. Kawasan tersebut merupakan kawasan deretan kedai lama yang mana menjadi kawasan tumpuan utama penduduk di dalam pusat bandar Semerah. Pembaikan kawasan kedai lama ini dijangka akan dapat memberikan imej dan mewujudkan identiti tersendiri Pekan Semerah. Sebanyak 35 - 40 unit kedai akan dengan cadangan pembaikan ini. Cadangan pembaikan kawasan sedia ada ini akan melibatkan sejumlah 35-40 unit kedai meliputi di kiri dan kanan jalan utama (Jalan Muar). Rujuk Rajah 4.4 bagi kawasan yang terlibat dengan pembaikan dan penyelarasan jalan. Cadangan land re-adjustment ini melibatan pelebaran rizab jalan sedia ada daripada 66 kaki kepada rizab jalan 100 kaki. Ini bertujuan mengawal dari segi anjakan bangunan bagi penyediaan kemudahan lain seperti laluan pejalan (2.5m), lorong motosikal / basikal, penyediaan lorong tepi dan belakang. Dalam masa yang sama menyelaras serta memperelok susunatur kedai lama mengikut garispanduan yang akan diperincikan dalam Cadangan Garis Panduan Perancangan Khusus dalam Bab 5. Seterusnya, cadangan jalan 80’ ini akan dihubungkan pula melalui cadangan jaringan jalan 66’ yang mana membentuk jaringan sirkulasi dalaman bagi Pekan Semerah. Cadangan jalan baru 66’ ini dijangka berfungsi sebagai jalan sekunder kepada pembangunan-pembangunan di sekitar pusat bandar Pekan Semerah ini (Rujuk Rajah 4.3). DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS SEMERAH

[close]

Comments

no comments yet