Panduan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau(Pejalan Kaki)

 

Embed or link this publication

Description

Penyediaan Laluan Pejalan Kaki

Popular Pages


p. 1

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

[close]

p. 2

SENARAI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN SENARAI KANDUNGAN Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Foto 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 PENGENALAN Tujuan Penyediaan Laporan Skop Objektif Metodologi 1.4.1 Pengumpulan Data 1.4.2 Lawatan Tapak 1.4.3 Bengkel LALUAN PEJALAN KAKI Definisi Pejalan Kaki Definisi Laluan Pejalan Kaki Jenis-jenis Laluan Pejalan Kaki Ciri-ciri Pejalan Kaki 2.4.1 Dimensi Pejalan Kaki 2.4.2 Ketumpatan dan Isipadu Pejalan Kaki 2.4.3 Laju Berjalan dan Sel Penerimaan 2.4.4 Jalanan dan Jarak Berjalan 2.4.5 Faktor-Faktor Pejalan Kaki Tidak Mengadakan Perjalanan Kemudahan Untuk Pejalan Kaki 2.5.1 Lorong Pejalan Kaki 2.5.2 Lintasan Belang 2.5.3 Jejantas 2.5.4 Lintasan Lampu Isyarat Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan Dalam Mereka Bentuk Kemudahan Pejalan Kaki Kepentingan Penyediaan Laluan Pejalan Kaki 2.7.1 Pengatucaraan Lalulintas 2.7.2 Pembaikan Ekonomi Bandar 2.7.3 Pembaikan Mutu Alam Sekitar 2.7.4 Faedah Sosial Teknik Penyelesaian Konflik Pejalan Kaki Dengan Kenderaan M/S i iii iii iii 1 1 2 3 3 3 3 3 2 3 3 3 8 8 8 8 9 10 10 11 11 11 11 12 12 12 13 13 14 14 i 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 3

3.0 3.1 AMALAN SEMASA DI MALAYSIA Peruntukan Dasar, Perundangan dan Garis Panduan 3.1.1 Strategi Rancangan Malaysia KeSepuluh Berkaitan Laluan Pejalan Kaki 3.1.2 Inisiatif Program Transformasi Ekonomi Berkaitan Laluan Pejalan Kaki 3.1.3 Dasar DPN Berkaitan Laluan Pejalan Kaki 3.1.4 Dasar RFN Berkaitan Laluan Pejalan Kaki 3.1.5 Panduan Pelaksanaan Rekabentuk Bandar Selamat Berkaitan Laluan Pejalan Kaki 3.1.6 Garis Panduan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design) Berkaitan Laluan Pejalan Kaki 3.1.7 Garis Panduan Perancangan Lorong Belakang Berkaitan Laluan Pejalan Kaki 3.1.8 Cadangan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau Berkaitan Laluan Pejalan Kaki 3.2 Pelaksanaan Penyediaan Laluan Pejalan Kaki Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 3.2.1 Majlis Perbandaran Pulau Pinang 3.2.2 Dewan Bandaraya Kuching Utara 3.2.3 Dewan Bandaraya Kuching Selatan 3.2.4 Majlis Bandaraya Johor Bahru ISU DAN MASALAH PELAKSANAAN Ketiadaan Pelan Induk Peruntukan Kewangan Penguatkuasaan dan Penyelenggaraan Ciri-ciri dan Elemen Reka Bentuk 15 15 15 15 15 16 16 17 18 18 20 20 21 22 23 24 24 24 25 26 27 27 27 28 39 39 39 40 41 42 43 44 45 ii 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 5.0 PANDUAN PELAKSANAAN 5.1 Pelan Induk 5.2 Kelebaran Laluan Pejalan Kaki 5.3 Ciri-Ciri dan Elemen Rekabentuk 5.4 Peruntukan Kewangan 5.5 Penguatkuasaan Dan Penyelenggaraan 6.0 PENUTUP SENARAI RUJUKAN Lampiran A Lampiran B Lampiran B(i) Lampiran C Lampiran D Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 4

SENARAI JADUAL Jadual 1 Jadual 2 Jadual 3 Jadual 4 : : : : Kenaikan hasil jualan runcit Bandar-bandar yang mengalami perubahan tahap pencemaran selepas penyediaan laluan pejalan kaki Jenis tanaman yang sesuai di kawasan di laluan pejalan kaki Aspek penggunaan bahan turapan di laluan pejalan kaki M/S 13 14 32 33 SENARAI RAJAH Rajah 1 : Penanaman pokok renek sebagai tanaman ‘pagar’ sesuai ditanam di sepanjang laluan pejalan kaki M/S 31 SENARAI FOTO Foto 1 Foto 2 Foto 3 Foto 4 Foto 5 Foto 6 Foto 7 Foto 8 Foto 9 Foto 10 Foto 11 Foto 12 Foto 13 Foto 14 Foto 15 Foto 16 Foto 17 Foto 18 Foto 19 Foto 20 : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : Contoh ruang laluan pejalan kaki sementara yang digunakan untuk aktiviti perniagaan Contoh ruang laluan pejalan kaki sementara yang digunakan untuk aktiviti perarakan atau pembarisan Contoh ruang kaki lima Contoh zon pejalan kaki (pedestrian district) Laluan khas pejalan kaki (pedestrian street) Separa mall (semi mall) Laluan pejalan kaki berbumbung Laluan pejalan kaki berbumbung Jejantas Lorong bawah tanah (subway) Lintasan belang Jejantas Lintasan lampu isyarat Pengasingan laluan pejalan kaki dengan laluan bermotor menggunakan pagar penghadang Laluan pejalan kaki di hadapan bangunan perniagaan Kemudahan lintasan belang untuk pejalan kaki melintas Laluan pejalan kaki yang luas dan selesa Laluan pejalan kaki yang luas dengan penyediaan perabot jalan Laluan pejalan kaki berpagar dengan landskap Pengasingan laluan pejalan kaki dengan laluan bermotor menggunakan pagar M/S 4 4 5 5 6 6 7 7 7 7 11 11 11 20 20 20 21 21 21 21 iii Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 5

Foto 21 Foto 22 Foto 23 Foto 24 Foto 25 Foto 26 Foto 27 Foto 28 Foto 29 Foto 30 Foto 31 Foto 32 Foto 33 Foto 34 Foto 35 Foto 36 Foto 37 Foto 38 Foto 39 Foto 40 Foto 41 Foto 42 Foto 43 Foto 44 Foto 45 Foto 46 Foto 47 Foto 48 Foto 49 Foto 50 Foto 51 Foto 52 Foto 53 Foto 54 Foto 55 Foto 56 Foto 57 : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : Laluan pejalan kaki dengan pokok-pokok yang memberikan teduhan Laluan pejalan kaki terputus dan tidak berterusan Laluan pejalan kaki berpagar Laluan pejalan kaki separuh berpagar Laluan pejalan kaki dengan pokok-pokok teduhan Aspek teduhan meningkatkan keselesaan pejalan kaki Gabungan elemen-elemen landskap lembut dan kejur di laluan pejalan kaki Penyediaan landskap di sepanjang laluan pejalan kaki Laluan pejalan kaki tanpa pokok teduhan Laluan pejalan kaki terputus dan tidak berterusan Rekabentuk laluan pejalan kaki yang kurang kesinambungan Ruang laluan pejalan kaki digunakan untuk meletak motorsikal Ruang laluan pejalan kaki digunakan untuk aktiviti perniagaan Kerosakan laluan pejalan kaki yang tidak dibaiki Kekurangan aspek penyelenggaraan Rekabentuk laluan pejalan kaki yang kekurangan penyediaan elemen landskap Sepanjang laluan pejalan kaki tidak disediakan dengan pokok teduhan Rekabentuk laluan pejalan kaki yang mengambilkira ciri-ciri Bandar Selamat dengan penyediaan rel penghadang Laluan pejalan kaki dengan kemudahan untuk golongan OKU Penyediaan elemen landskap sebagai perteduhan Pokok teduhan di sepanjang laluan pejalan kaki Penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung Pokok Kenanga Pokok Cempaka Contoh laluan pejalan kaki berturapkan konkrit Batu-Batan Semulajadi Jenis ‘sand stone’ Turapan jenis ‘Cobblestone’ Penggunaan ‘Cobblestone’ sebagai turapan laluan pejalan kaki Contoh turapan menggunakan batu-bata Laluan pejalan kaki menggunakan batu-bata Tempat duduk Tong sampah Lampu jalan Gazebo Papan tanda Lintasan belang Jambatan 22 22 22 22 23 23 23 23 24 24 24 25 25 25 26 26 27 29 29 29 30 30 32 32 34 34 34 34 35 35 35 36 36 36 36 36 37 iv Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 6

Foto 58 Foto 59 Foto 60 Foto 61 Foto 62 Foto 63 : : : : : : Lintasan lampu berisyarat Kemudahan OKU Laluan berbumbung Pagar keselamatan Contoh ‘Ramp’ Contoh tangga 37 37 37 37 38 38 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia v

[close]

p. 7

1.0 PENGENALAN Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kejiranan Hijau yang ditubuhkan di bawah Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Negara dan diterajui oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengenal pasti bahawa inisiatif penyediaan laluan pejalan kaki merupakan salah satu langkah segera yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan pengeluaran intensiti karbon yang mencemarkan alam persekitaran. Aspek penyediaan laluan pejalan kaki telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai salah satu komponen penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pembangunan perbandaran yang mampan sepertimana yang telah dikenal pasti di bawah Program Tranformasi Ekonomi, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia KeSepuluh. Perancangan laluan pejalan kaki bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung-pengunjung bergerak ke destinasi yang dituju dengan selamat dan selesa. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengatasi masalah kesesakan yang berlaku akibat pertambahan bilangan kenderaan yang tinggi dari masa ke semasa di bandar-bandar. Keperluan terhadap penyediaan laluan pejalan kaki adalah penting bagi memudahkan pergerakan lalu-lintas. Masalah ketiadaan laluan khusus pejalan kaki untuk bergerak ditambah dengan laluan di kaki lima bangunan yang telah menjadi semakin sempit, menyebabkan pejalan-pejalan kaki terpaksa menggunakan laluan kenderaan yang seterusnya menimbulkan konflik antara pejalan kaki dan kenderaan bermotor. Kesan dari konflik tersebut, sering terjadi kemalangan yang melibatkan pejalan kaki. Dari sini timbul kesedaran terhadap kepentingan penyediaan laluan pejalan kaki bagi memudahkan pengunjung di pusat bandar bergerak di samping mengelakkan berlakunya kesesakan, kemalangan dan lain-lain masalah antara pengguna jalan raya. Kesimpulannya, kepentingan terhadap penyediaan kemudahan laluan pejalan kaki amat perlu dalam menjanakan pengunjung di bandar di samping menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjung. 1.1 TUJUAN PENYEDIAAN LAPORAN Laporan ini disediakan bertujuan sebagai panduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan penyediaan kemudahan laluan pejalan kaki yang komprehensif, selamat, selesa, bersambungan (inter-connected) dan mudah sampai (accessible) selaras dengan prinsip dan inisiatif pembangunan kejiranan hijau. 1.2 SKOP Skop kajian laporan panduan ini adalah mengkaji pelaksanaan penyediaan 1 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 8

kemudahan laluan pejalan kaki awam yang diurus dan dikawalselia oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). 1.3 OBJEKTIF iii. Dewan Bandaraya Kuching Selatan, Sarawak; iv. Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor; dan v. Majlis Perbandaran Pulau Pinang. 1.4.3 Bengkel Bengkel Laporan Panduan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau telah diadakan pada 22 Mei 2012 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Bengkel dan forum perbincangan ini diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas, berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan dan maklumat. Kementerian/jabatan/agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, jabatan-jabatan teknikal, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan professional, institusi pengajian tinggi terlibat dalam program bengkel dan forum perbincangan yang diadakan. 2.0 LALUAN PEJALAN KAKI Tiga objektif kajian yang telah dikenalpasti iaitui. mengenalpasti isu dan masalah pelaksanaan penyediaan kemudahan laluan pejalan kaki; ii. mengenalpasti elemen-elemen rekabentuk laluan pejalan kaki; dan iii. mencadangkan tindakan penambahbaikan bagi penyediaan kemudahan laluan pejalan kaki yang komprehensif, selamat, selesa, bersambungan (inter-connected) dan mudah sampai (accessible). 1.4 METODOLOGI 1.4.1 Pengumpulan Data Pengumpulan data primer dan sekunder telah diperolehi dari setiap PBT dan lainlain sumber yang berkaitan. Kaedah pengumpulan data merangkumi lawatan tapak, pembacaan, desktop study dan temu ramah. 1.4.2 Lawatan Tapak Lawatan tapak telah diadakan di beberapa PBT yang terpilih bagi melihat dan menilai tahap penyediaan dan masalah pelaksanaan kemudahan laluan pejalan kaki. Antara PBT yang dilawati adalahi. Perbadanan Putrajaya; ii. Dewan Bandaraya Kuching Utara, Sarawak; Penyediaan kemudahan laluan pejalan kaki adalah penting sebagai salah satu langkah untuk memperbaiki dan mengawal kualiti alam sekitar di samping dapat mewujudkan interaksi sosial di kalangan masyarakat. Selain itu, ia juga membantu dalam menjana serta merangsang aktiviti ekonomi sesebuah bandar. Ini adalah disebabkan kerana bandar merupakan sebuah pusat tumpuan. Oleh itu, bandar yang dapat menarik ramai pengunjung merupakan sebuah bandar yang pesat membangun. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 2

[close]

p. 9

2.1 Definisi Pejalan Kaki Semua orang boleh dikategorikan sebagai pejalan kaki. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pada umumnya seseorang pejalan kaki merujuk kepada manusia atau orang yang berjalan kaki. Ini termasuklah manusia yang cacat anggota dan yang menggunakan kerusi roda. Di dalam konteks perbandaran, pejalan kaki merupakan salah satu elemen terpenting yang menghidupkan aktiviti perbandaran dengan memenuhi ruang-ruang di dalam bandar atas pelbagai tujuan seperti bekerja, berniaga, membeli-belah, bersiarsiar dan sebagainya. Pejalan kaki tidak hanya bergantung semata-mata kepada laluan yang disediakan. Pergerakan pejalan kaki adalah tidak terhad dan sukar untuk dikawal. Setiap pejalan kaki mempunyai tahap dan kemampuan yang berbezabeza. Ini bergantung di atas faktor fizikal seseorang termasuklah jantina, umur dan ketahanan masing-masing. 2.2 Definisi Laluan Pejalan Kaki Laluan pejalan kaki mempunyai pengertian yang luas terutama di dalam konteks lalu lintas. Ia juga mempunyai kaitan dan pertalian yang erat dengan alam sekitar, aktiviti dan pergerakan manusia. Ianya juga saling berkait rapat dengan elemen-elemen sokongan yang lain di mana setiap elemen yang disediakan mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Menurut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) menyatakan bahawa siar kaki termasuklah lorong pejalan kaki dan jalan kaki lima di sisi jalan. Menurut The Free Dictionary, terdapat beberapa definisi berkaitan laluan pejalan kaki antaranya A paved walkway along the side of a street  A way especially designed for a particular use  A path set aside for walking  A walkway for pedestrians on the side of a street of road  A path designed and sometimes landscaped for pedestrian use  A paved area for pedestrians, usually beside a street or roadway Secara umumnya, laluan pejalan kaki boleh ditakrifkan sebagai Laluan/jalan/ruang/siar kaki/lorong khas berturap yang direkabentuk/disediakan khusus untuk kegunaan pejalan kaki. 2.3 Jenis-jenis Laluan Pejalan Kaki Secara khususnya terdapat dua jenis laluan pejalan kaki. Setiap satu jenis laluan pejalan kaki mempunyai kepentingan tertentu serta fungsinya yang tersendiri. Laluan pejalan kaki tersebut adalah seperti berikuti. laluan pejalan kaki sementara; dan ii. laluan pejalan kaki kekal. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 3

[close]

p. 10

i. Laluan Pejalan Kaki Sementara Pengwujudan ruang laluan pejalan kaki jenis ini adalah dengan cara menutup sebahagian daripada jalan raya untuk jangkamasa dan tujuan tertentu (Foto 1 dan Foto 2). Pihak berkuasa tempatan (PBT) merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk mengendali ruang yang disediakan ini. Salah satu contoh aktiviti yang seringkali diadakan di ruang ini adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan pasar malam yang bermula pada waktu petang hingga malam. Konsep ini bukan sahaja dapat menwujudkan ruang untuk aktiviti perniagaan malah menyediakan ruang pejalan kaki yang selesa, selamat serta terpisah dari gangguan kenderaan bermotor. Ini sekaligus meningkatkan aksessibiliti kepada pejalan kaki untuk menjalankan aktiviti mereka. Antara kebaikan yang diperolehi melalui penyediaan ruang laluan pejalan kaki sementara ini adalahmemberi peluang peniaga-peniaga kecil untuk bertapak selain dapat memperkenalkan barangan mereka; dan sebagai salah satu kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menentukan sama ada kawasan jalan raya yang dijadikan sebagai kemudahan ini berpotensi untuk dijadikan ruang pejalan kaki sepenuhnya atau sebaliknya. Foto 1 : Contoh ruang laluan pejalan kaki sementara yang digunakan untuk aktiviti perniagaan Foto 2 : Contoh ruang laluan pejalan kaki sementara yang digunakan untuk aktiviti perarakan atau pembarisan ii. Laluan Pejalan Kaki Kekal Laluan pejalan kaki kekal terbahagi kepada tujuh jenis. Ianya merupakan zon bebas trafik yang popular di negaranegara Eropah. Antara jenis-jenis laluan tersebut adalah seperti- Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 4

[close]

p. 11

Kaki Lima Ianya merupakan ruang khusus untuk kegunaan pejalan kaki yang terletak di perantaraan jalan raya dengan bangunan. Ianya merupakan ruang yang paling utama di bandar-bandar besar kerana terdapatnya pelbagai aktiviti perniagaan di sepanjang laluan ini. Akan tetapi ianya bukanlah satu jenis laluan yang formal kerana seringkali aktiviti-aktiviti perniagaan sedia ada di sepanjang laluan ini menghalang pergerakan pejalan kaki. Ruang kaki lima juga merujuk kepada sebaris tiang yang menyokong satu struktur yang tergantung atau unjuran yang mana akhirnya membentuk laluan (Foto 3). Ruang ini dibentuk dengan menyokong bahagian atau tingkat sesuatu bangunan. Foto 3 : Contoh ruang kaki lima (Foto 4). Salah satu tujuan zon ini diadakan adalah sebagai langkah pemeliharaan kawasan yang mempunyai bangunan-bangunan kesan peninggalan sejarah supaya dapat dikurangkan kesan pencemaran keatasnya terutama sekali pencemaran yang disebabkan oleh kenderaan yang bermotor. Selain itu juga, kawasan ini boleh dijadikan sebagai kawasan pelancongan yang dapat membantu dalam meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan. Foto 4 : Contoh zon pejalan kaki (pedestrian district) Zon Pejalan kaki (Pedestrian District) Zon pejalan kaki di kawasan bandar merupakan sebuah kawasan di mana kenderaan persendirian tidak dibenarkan memasuki ke dalam kawasan tersebut Laluan Khas Pejalan kaki (Pedestrian Street) Laluan pejalan kaki jenis ini dikhaskan hanya untuk pejalan kaki sahaja manakala kenderaan bermotor tidak dibenarkan melalui kawasan ini (Foto 5). Laluan ini diwujudkan adalah untuk menggalakkan orang untuk berjalan kaki. Dengan adanya laluan khas pejalan kaki ini, tahap keselesaan dan keselamatan pejalan kaki akan lebih terjamin. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 5

[close]

p. 12

Terdapat tiga kemudahan laluan pejalan kaki yang disediakan iaitulaluan yang tidak berkawal seperti lintasan belang, medan tertutup dan lain-lain laluan yang selamat bagi pejalan kaki; ii. laluan yang dikawal sama ada dengan lampu isyarat ataupun dengan papan tanda; dan iii. laluan yang dipisahkan seperti laluan bawah tanah dan jejantas. i. Keutamaan seharusnya diberikan kepada pejalan kaki di mana ia harus menekankan kepada aspek keselamatan dan keadaan sekeliling pejalan kaki. Laluan untuk kenderaan bermotor pula dihadkan supaya kepentingan pejalan kaki dapat dipelihara. Foto 6 : Separa mall (semi mall) Foto 5 : Laluan khas pejalan kaki (pedestrian street) Separa Mall (Semi Mall) Laluan seperti ini mempunyai sedikit perbezaan dengan laluan-laluan yang lain kerana kenderaan persendirian tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini tetapi, ianya dikawal dengan had kelajuan yang tertentu (Foto 6). Konsep separa mall ini lebih sesuai diaplikasikan di dalam kawasan bandar-bandar besar yang menghadapi masalah penutupan jalanjalan utama secara menyeluruh. Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Laluan pejalan kaki yang disediakan adalah dilengkapi dengan bumbung dengan rekabentuk yang menarik (Foto 7 dan Foto 8). Ianya adalah amat selesa untuk digunakan kerana ciri-cirinya yang bersesuaian untuk keadaan seperti di Malaysia yang mengalami iklim panas dan hujan. Penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung ini adalah tidak sesuai dilaksanakan di bandar-bandar kecil kerana penyediaannya melibatkan kos yang tinggi dan kerja-kerja yang rumit. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 6

[close]

p. 13

Foto 7 : Laluan pejalan kaki berbumbung dengan kemudahan untuk golongan OKU Foto 9 : Jejantas Foto 8 : Laluan pejalan kaki berbumbung dengan kemudahan pagar keselamatan Lorong Bawah Tanah (Subway) Ianya adalah berkonsepkan terowong dan menyamai dengan penyediaan sebuah jejantas. Antara kemudahan yang dapat disediakan di ruang ini adalah seperti tangga bergerak dan penghawa dingin. Namun begitu, kos penyediaan kemudahan ini amat tinggi berbanding dengan penyediaan sebuah jejantas (Foto 10). Foto 10 : Lorong bawah tanah (subway) Jejantas Merupakan salah satu daripada kemudahan yang disediakan yang berbentuk jambatan bagi menyeberangi jalan raya (Foto 9). Ianya adalah amat praktikal dan berkesan berbanding pengendalian lalu lintas secara ‘zebra crossing’ kerana tidak melibatkan pengendalian kenderaan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 7

[close]

p. 14

2.4 Ciri-ciri Pejalan Kaki bersama-sama pula memerlukan kelebaran 2.2 kaki setiap seorang. Ketumpatan dan Isipadu Pejalan Kaki Ketumpatan pejalan kaki ditakrifkan sebagai bilangan pejalan kaki perkaki persegi ataupun meter persegi. Selain itu, isipadu pejalan kaki bermaksud bilangan orang yang melintasi suatu jarak tertentu dalam sela masa yang telah ditetapkan. Kedua-dua ketumpatan dan isipadu pejalan kaki mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Halaju pejalan kaki meningkat apabila lebih kawasan perlu digunakan oleh pejalan kaki. Walaupun begitu, aliran isipadu dikatakan tinggi apabila kawasan per kawasan pejalan kaki menurun sehingga ke satu titik kritikal yang dinamakan sebagai pergerakan yang dibatasi oleh kekurangan kawasan. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk menganggarkan bilangan pejalan kaki kerana jumlahnya sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan. Laju Berjalan dan Sel Penerimaan Dalam menganalisis keselamatan pejalan kaki di jalan raya dan mereka bentuk program penentuan masa isyarat lalu lintas, jurutera pengangkutan mengambil kira laju pejalan kaki berjalan dan kesanggupan mereka berjalan melalui beberapa ukuran sela di dalam arus lalu lintas kenderaan. Laju berjalan kaki berubah dengan keadaan fizikal dan sikap psikologi setiap individu. Pada umumnya, 90 peratus dari mana-mana kumpulan 8 2.4.3 2.4.2 Hampir setiap perjalanan pengguna melibatkan sedikit perjalanan kaki, maka setiap orang dinamakan pejalan kaki, melainkan kanak-kanak kecil dan orang kurang upaya yang tidak boleh berjalan sendiri. Lantaran itu, para perancang dan jurutera pengangkutan perlu berusaha mengadakan kemudahan pejalan kaki yang mencukupi sebagai satu bahagian asas dalam semua sistem pengangkutan. Pihak tersebut perlulah memahami ciri-ciri asas pejalan kaki. Pengetahuan ini memudahkan aspek perancangan reka bentuk kaki lima, tempat lintasan, loronglorong jalan, tangga dan tangga bergerak dan laluan jalan kaki. Perancang perlulah mengetahui julat jarak berjalan kaki yang boleh diterima umum agar penentuan lokasi yang sesuai bagi kemudahan meletak kenderaan dan perhentian alihan (Carter, 1994). 2.4.1 Dimensi Pejalan Kaki Data kajian bentuk badan manusia yang ada hubungan untuk perancangan kemudahan pejalan kaki seperti lebar, saiz, tinggi dan tebal badan orang dewasa apabila berjalan dalam pelbagai gaya. Seseorang yang berjalan kaki memerlukan ruang untuk menghayunkan anggota badan agar memberikan keselesaan ketika bergerak. Pada kebiasaannya, pejalan kaki memerlukan ruang 2.5 kaki per individu bagi seseorang yang berselisih antara satu sama lain. Bagi pejalan kaki yang berjalan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 15

pejalan kaki akan berjalan dengan laju 1.2 m/saat atau lebih (4 kaki/saat), dan laju inilah yang digunakan sebagai asas bagi tujuan mereka bentuk. Walau bagaimanapun, apabila keadaan jalan mengalami kesesakan, kadar kelajuan berjalan kaki akan menurun. Terdapat satu kajian mengenai kelajuan dan masa tindak balas antara orang muda dan orang tua. Daripada kajian tersebut, didapati purata kelajuan orang tua ialah 4.11 kaki/saat, manakala orang muda pula 4.95. Masa tindak balas atau masa mula berjalan bagi lelaki berumur ialah 3.66 saat dan perempuan ialah 3.95 saat. Orang muda pula antara 2.76 hingga 3.31 saat (TranSafety, Inc 1997). Bagi pejalan kaki melintas jalan, sela masa antara kenderaan yang diperlukan bergantung pada jenis laluan iaitu sehala atau dua hala dan lebar jalan yang hendak melintasi. Bagi jalan sehala, selebar 44 kaki, sela masa purata lalu lintas yang boleh diterima adalah lebih kurang 5.7 saat. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pemboleh ubah dalam penerimaan sela masa pejalan kaki melintas jalan. Satu kajian di Britain yang mendapati bahawa 50 peratus sampel pejalan kaki sanggup melintas jalan apabila kenderaan yang datang itu berada lebih kurang 4.5 saat jauh darinya dan tidak seorang pun melintas apabila kenderaan yang datang itu kurang dari 1.5 saat jauh darinya dan kesemuanya melintas apabila kenderaan yang datang itu lebih dari 10.5 saat jauh darinya. Kelakuan pejalan kaki juga sangat dipengaruhi oleh keadaan tempatan seperti penguatkuasaan dan tindakan pemandu terhadap kelakuan pejalan kaki. 2.4.4 Jalanan Dan Jarak Berjalan Perjalanan berjalan kaki ini meliputi daripada pengembaraan sehari suntuk atau berjalan beberapa langkah sahaja dari rumah ke garaj atau ke tempat letak kereta tepi jalan. Secara umum, bilangan pejalan kaki akan bertambah apabila pilihan daripada pengangkutan berbentuk lain kurang didapati, menyusahkan dan terlalu mahal. Oleh sebab itu, pengguna kereta lebih banyak berjalan kaki di bandar-bandar besar kerana kesukaran meletak kereta. Adalah menjadi satu masalah utama untuk menganggar bilangan pejalan kaki dalam mereka bentuk kemudahan seperti kaki lima, lintasan pejalan kaki, tangga, tangga bergerak, tempat menunggu di dalam dan berhampiran dengan terminal pengangkutan yang besar. Kumpulan pejalan kaki dengan bas, keretapi, dan kapal terbang menimbulkan perubahan turun naik yang cepat dalam permintaan ruang. Permintaan ini boleh dikira daripada anggaran lalu lintas dalam sistem yang menggunakan terminal tersebut. Jarak berjalan kaki maksimum yang boleh diterima, menentukan kemungkinan mengusahakan kemudahan meletak kenderaan di beberapa lokasi di pusat bandar dan di pusat-pusat aktiviti utama yang lain. Jarak ini juga menentukan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 9

[close]

Comments

no comments yet