Garis Panduan Perancangan GP0013-A

 

Embed or link this publication

Description

Taman Tema

Popular Pages


p. 1

Taman Tema GPP13-A

[close]

p. 2

Taman Tema Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Mac 2012

[close]

p. 3

Cetakan Pertama 2012 © Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hakcipta Terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Penerbit ISBN 978-983-41729-3-6 Diterbitkan di Malaysia Oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

[close]

p. 4

Pemberitahuan Garis Panduan ini menggantikan Garis Panduan Perancangan Pembangunan Taman Tema (JPBD 14/1997). Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan kandungan Rancangan Pemajuan, khususnya Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas. Garis panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain, sama ada dari segi subjek atau pun pertapakan, yang disediakan di bawah peruntukan perundangan oleh mana-mana pihak. Ia juga perlu dibaca bersama dengan beberapa garis panduan berkaitan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Mac 2012

[close]

p. 5

ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. TUJUAN LATAR BELAKANG SKOP PRINSIP PERANCANGAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM 5.1 Pemilihan Lokasi 5.2 Perancangan Tapak 5.3 Jenis Taman tema 5.4 Keluasan Taman tema 5.5 Zon Perancangan 5.6 Kawalan Kepadatan 5.7 Peralatan Permainan 5.8 Kemudahan Sokongan 5.9 Laluan Pejalan Kaki 5.10 Landskap 5.11 Papan Tanda 5.12 Infrastruktur dan Utiliti 5.13 Laluan Kecemasan muka surat 1 1 2 6 7 7 7 7 9 9 9 9 9 10 10 11 11 11 12 12 12 12 12 13 14 6. GARIS PANDUAN PERANCANGAN KHUSUS 6.1 Pembangunan Taman tema di Kawasan Bukit 6.2 Pembangunan Taman tema di Kawasan Pantai 6.3 Pembangunan Taman tema di Kawasan Sungai 6.4 Pembangunan Taman tema di Kawasan Bekas Lombong 6.5 Piawaian Perancangan Pembangunan Taman Tema PENUTUP 7.

[close]

p. 6

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA 1 1. TUJUAN Garis panduan ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju dalam membangun, mengawal dan menentukan kesesuaian lokasi tapak serta kemudahan-kemudahan sokongan bagi pemajuan taman tema. Namun begitu, pembangunan taman tema yang tidak terkawal boleh memberi impak negatif kepada persekitaran dan keadaan sosial masyarakat setempat. Ketiadaan garis panduan yang jelas telah memberi pelbagai implikasi dan kesan seperti berikut:  Lokasi pembangunan taman tema yang tidak sesuai iaitu terletak berhampiran kawasan perumahan; Kesesakan trafik keluar/masuk; terutama di jalan 2. LATAR BELAKANG   Taman tema merupakan tumpuan destinasi pelancongan yang menjana kegiatan ekonomi dengan konsep tertentu seperti taman air, permainan, hiburan, pengetahuan, cabaran dan sebagainya. Ia menjadi tempat beriadah keluarga dan boleh menjadi salah satu sumber pendidikan dan pengetahuan kepada pelbagai peringkat umur. Kini, taman tema turut dibangunkan di dalam atau bersama-sama kawasan pembangunan perdagangan. Ketidakcukupan kemudahan asas dan infrastruktur tertentu serta kemudahan sokongan lain seperti tempat letak kereta, tempat ibadat, kawasan lapang awam, gerai dan sebagainya dalam taman tema; Ketidaksesuaian elemen dan kemudahan rekreasi yang bercanggah dengan budaya tempatan serta merbahaya dari aspek keselamatan; dan Pembangunan komponen dalam sesebuah kawasan taman tema didapati terlalu padat.   Oleh itu, garis panduan bagi tujuan mengawal pembangunan dan komponen pembangunan taman tema adalah diperlukan supaya pembangunan taman tema pada masa depan dapat menerapkan budaya tempatan yang bersesuaian serta ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Foto 1: Contoh taman tema sebagai destinasi pelancongan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 7

2 3. SKOP GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA Selain dimajukan secara individu (sesebuah), pemajuan taman tema juga boleh diintegrasikan dengan komponen pembangunan lain seperti padang golf, perniagaan dan kemudahan penginapan. Contoh-contoh taman tema adalah seperti berikut: Konsep Rekreasi Air seperti Wet World Shah Alam dan Lost World of Tambun. Garis panduan ini adalah terpakai bagi pembangunan baru taman tema. 3.1 Definisi Taman tema dalam konteks tempatan adalah kawasan rekreasi komersil atau bukan komersial yang menerapkan satu tema atau gabungan beberapa tema dan bersifat kekal. Contoh-contoh tema ialah seperti rekreasi air, hiburan, kebudayaan, seni, pendidikan, safari, cabaran, futuristik dan sebagainya. Foto 2: Contoh taman tema rekreasi air. Takrifan taman tema di dalam garis panduan ini adalah bagi taman tema yang mempunyai kawasan yang tetap. Oleh itu, ia tidak termasuk kawasan taman hiburan sementara seperti funfairs dan karnival yang pada kebiasaannya berjalan selama beberapa hari atau minggu. Contoh taman tema berkonsepkan rekreasi air. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Foto 3:

[close]

p. 8

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA Konsep Hiburan seperti Taman tema Genting Highland, The Cosmo’s World dan Sunway Lagoon. 3 Konsep Safari seperti Melaka Bird Santuary, Safari Park, Ostrich Park dan Pulau Orang Utan, Bukit Merah. Foto 5: Contoh taman tema berkonsepkan safari. Foto 4: Contoh taman tema berkonsepkan hiburan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 9

4 GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA Konsep Cabaran atau Adventure seperti Taman Sukan Air Jeram Besu di Pahang, Taman Sukan Lasak Shah Alam dan Sg. Padas, Sabah Konsep Kebudayaan Dan Seni seperti Kampung Budaya, Taman Mini Malaysia dan Taman Negara. Foto 6: Contoh taman tema berkonsepkan kebudayaan dan seni. Foto 7: Contoh taman tema cabaran/ adventure. berkonsepkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 10

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA Konsep Under Water seperti Under Water World di Langkawi dan Akuaria di KLCC. 5 3.2 Dasar dan Perundangan Sedia Ada Pembangunan taman tema hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di dalam rancangan pemajuan atau garis panduan-garis panduan berkaitan yang dikeluarkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) atau mana-mana agensi seperti: i. ii. Undang-undang Seragam 1984; Kecil Bangunan Perintah Kualiti Alam Sekitar (Aktiviti yang ditetapkan-Penilaian Kesan Alam Sekeliling 1987); Garis Panduan Landskap Negara (Edisi 2), Jabatan Landskap Negara 2008; Garis Panduan Kawasan Bukit, Tanah Tinggi dan Kawasan Sekitarnya, JPBD 2009; Garis Panduan Papan Iklan Luar, JPBD 2009; Garis Panduan Reka bentuk Sejagat (Universal Design), JPBD 2011; dan Garis Panduan Pengenalpastian dan Pembangunan Semula Kawasan Brownfield, JPBD 2011. iii. iv. v. vi. vii. Foto 8: Contoh taman tema berkonsepkan under water. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 11

6 4. 4.1 PRINSIP PERANCANGAN Pemeliharaan Sekitar GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA Alam Perancangan taman tema hendaklah menitikberatkan faktor pemeliharaan alam sekitar melalui pengekalan sumber semulajadi yang mengambilkira berbagai faktor geoteknikal seperti topografi dan kecerunan bagi mewujudkan suasana mesra alam sekitar tanpa pencemaran. Aset semula jadi yang ada hendaklah dijadikan daya tarikan utama. Foto 9: Contoh Taman Mini Malaysia 4.2 Mesra Pengguna Selamat dan 4.5 Pengindahan Perancangan, susunatur, rekabentuk dan penyediaan kemudahan di dalam sesebuah taman tema hendaklah mesra pengguna dengan mengambil kira kepentingan semua golongan termasuk orang kurang upaya, kanak-kanak dan warga tua. Perancangan juga mestilah menghindarkan unsur-unsur yang boleh mendatangkan ancaman atau bahaya kepada pengunjung. Kemudahan yang disediakan mestilah tersusun, selesa dan selamat. Perancangan hendaklah menekankan faktor landskap yang serasi dengan konsep taman tema bagi mewujudkan persekitaran dan pemandangan indah, menarik, teratur serta selesa kepada pengguna. 4.3 Reka bentuk Berharmoni dan Menarik Pemajuan taman tema hendaklah unik, menarik dan menyerlah dengan tumpuan kepada tema tertentu agar dapat menarik pengunjung yang ramai. Foto 10: Contoh landskap yang menarik. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 12

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA 4.6 7 Kemudahsampaian Perletakan taman tema henaklah disokong dengan kemudahsampaian yang baik dan kemudahan pengangkutan persendirian dan awam yang selesa, selamat dan efisyen. Pembangunan taman tema perlu dipastikan tidak bercanggah dengan keadaan persekitaran. Zon penampan dengan kelebaran yang bersesuaian hendaklah disediakan bagi mengurangkan impak persekitaran. 5. 5.1 GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM Pemilihan Lokasi 5.3 Jenis Taman Tema Pemilihan lokasi yang bersesuaian adalah penting bagi pemajuan sesebuah taman tema. Faktor jarak yang sesuai dari lebuh raya utama, pembangunan sekitar (bagi pembangunan taman tema secara bersepadu) dan dari stesen terminal / stesen pengangkutan awam utama adalah penting dan hendaklah diambil kira. Pembangunan sesebuah taman tema adalah dibenarkan secara bebas berdasarkan kepada tema-tema tertentu seperti rekreasi air, hiburan, pendidikan, sejarah, budaya, alam semulajadi dan sebagainya. Pemilihan tema yang bersesuaian berupaya memastikan taman tema tersebut berjaya menarik ramai pengunjung. Taman tema boleh dibangunkan berdasarkan jenis-jenis berikut:  Taman tema individu/sesebuah (hanya satu tema sahaja, contoh:rekreasi air); Taman tema dalam kompleks perniagaan (satu atau lebih tema, contoh: hiburan sahaja atau hiburan dan pendidikan); Taman tema bersepadu (gabungan dua atau lebih tema, contoh: rekreasi air, hiburan dan aktiviti lasak); Taman tema replika (mempunyai konsep dan reka bentuk yang sama di pelbagai lokasi). 5.2 Perancangan Tapak dan saliran  Keadaan asal topografi hendaklah dikekalkan. Tumbuhan-tumbuhan dan pokok asal hendaklah dipelihara dan hanya ditebang di mana perlu sahaja bagi memelihara ekosistem kawasan tersebut. Kawasan cerun hendaklah dipelihara dan jika kerja pemotongan perlu dilakukan, ia mestilah pada tahap yang minima. Pembinaan di kawasan cerun perlulah mematuhi garis panduan-garis panduan sedia ada.   Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 13

8 Jadual 1 : Jenis-jenis Tema Tema Rekreasi Air Aktiviti Utama GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA Beberapa tema yang sesuai seperti di jadual berikut boleh dijadikan panduan bagi pemajuan taman tema. Pertimbangan Perancangan Dibenarkan di lokasi yang mempunyai badan air semulajadi atau buatan manusia seperti bekas lombong. Perlu menyediakan zon penampan secukupnya dengan pembangunan bersebelahan. Menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi aktif berasaskan sumber air semula jadi atau buatan manusia seperti kolam air panas, tasik, sungai, bekas lombong dan sebagainya. Menyediakan pelbagai aktiviti hiburan dan permainan untuk golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Hiburan Dibenarkan dengan syarat tidak berpotensi menyebabkan kesesakan trafik yang ketara dan gangguan kepada aktiviti guna tanah berhampiran. Dibenarkan di kawasan yang mempunyai sumber kebudayaan/kesenian dengan syarat tidak menyebabkan gangguan kepada guna tanah sekitar. Dibenarkan dengan syarat tidak menyebabkan gangguan kepada guna tanah sekitar. Budaya seni dan Taman tema yang berasaskan sumber kebudayaan dan seni yang mempamerkan ketulenan budaya dan kesenian bangsa tertentu yang boleh memberi pendedahan dan pendidikan kepada pengunjung. Taman tema yang berasaskan sumber hidupan liar di mana pengunjung boleh merasai pengalaman berada di dalam zon kawasan hidupan liar seperti burung, harimau, gajah dan sebagainya dalam keadaan terkawal. Taman tema yang berasaskan sumber cabaran seperti adventure park, extreme park dan sebagainya. Taman tema yang berasaskan sumber under water yang boleh memberi pendidikan, pendedahan dan kesedaran terhadap hidupan dan ekologi dalam air. Safari Cabaran/ ’Adventure’ Dibenarkan dengan syarat tidak menyebabkan gangguan kepada guna tanah sekitar. Dibenarkan dibina dalam bangunan dan luar bangunan. ‘Under Water’ Sumber: Olahan Kajian semula Taman Tema, 2011 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 14

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA 9 Peralatan Permainan Peralatan permainan perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, tidak merbahaya, selesa digunakan dan sesuai dengan pelbagai peringkat umur dan golongan Orang Kelainan Upaya. Bagi tujuan aspek keselamatan, penyediaan peralatan permainan perlu merujuk kepada agensi berkaitan seperti NIOSH, SIRIM, Jabatan Jentera dan Mesin. Perlu mempunyai identiti atau konsep yang bersesuaian dengan tema yang digunakan. Mempunyai kepelbagaian aktiviti bagi menarik pelbagai golongan pengunjung. Bagi semua peralatan permainan taman tema terutama yang ekstrim, hendaklah mempunyai amaran dan maklumat yang terperinci perlu ditunjukkan secara jelas. 5.4 Keluasan Taman Tema 5.7  Keluasan taman tema mestilah bersesuaian dengan tema yang hendak dibangunkan. Bagi taman tema yang mempunyai satu tema mungkin boleh dibangunkan di kawasan bandar/pinggir bandar. Manakala yang mempunyai lebih dari satu tema memerlukan kawasan yang lebih luas dan jauh dari pusat bandar.  5.5 Zon Perancangan  Pembangunan guna tanah taman tema adalah dibenarkan dalam zon pelancongan dan rekreasi dan juga zon perniagaan.   5.8 Foto 11: Contoh komponen taman tema dalam bangunan perniagaan. Kemudahan Sokongan  Peletakan kemudahan sokongan hendaklah disediakan dalam jarak mudah sampai dengan berjalan kaki. Perabot jalan serta taman seperti lampu, tempat duduk, tong sampah dan papan tanda perlu disediakan dengan secukupnya di tempat yang sesuai. 5.6 Kawalan Kepadatan  Bagi mengawal kepadatan elemen-elemen rekreasi dalam sebuah taman tema, kawasan binaan (built up area) hendaklah tidak melebihi 40% daripada keseluruhan kawasan pembangunan taman tema. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 15

10 5.9  GARIS PANDUAN PERANCANGAN TAMAN TEMA Laluan Pejalan Kaki Rangkaian laluan pejalan kaki perlu menyeluruh dan mudah sampai ke komponen-komponen taman tema. Rekabentuk laluan pejalan kaki perlu menarik dan mesra pengguna dengan penyediaan tempat duduk pada jarak bersesuaian. Rekabentuk laluan pejalan kaki perlu serasi dari segi warna dan bahan binaan dengan konsep taman tema keseluruhannya. Rekabentuk laluan pejalan kaki perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan mempunyai elemen pencahayaan yang baik khususnya di kawasan tertutup. Bahan binaan yang digunakan untuk laluan pejalan kaki perlu selesa dan selamat kepada pengguna. diselenggara dengan baik bagi menghindari suasana tidak selamat kepada pejalan kaki.  Mematuhi prosedur dan garis panduan penanaman pokok yang disediakan di dalam Garis Panduan Landskap Negara, 2008. Rekabentuk elemen landskap kejur perlu bersesuaian dan mampu membentuk identiti taman tema tersebut sama ada berkaitan dengan unsur sejarah atau imaginasi / fantasi mengikut tema tertentu. Rekabentuk dan susun atur elemen seperti gazebo, tempat duduk, arca, lampu, bollard, tong sampah dan sebagainya perlu mengambilkira faktorfaktor seperti ketahanan cuaca dan orientasi matahari bagi mewujudkan suasana selesa kepada pengunjung. Rekabentuk landskap kejur perlulah disesuaikan dengan rekabentuk landskap lembut.        5.10 Landskap  Pemilihan spesis pokok perlu bersesuaian dengan fungsi tertentu sama ada bagi tujuan estetik, teduhan atau penampan. Spesis pokok perlu mampu meningkatkan imej dan konsep taman tema tersebut. Penanaman pokok di sepanjang laluan pejalan kaki perlulah dikawal dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia  

[close]

Comments

no comments yet