Garis Panduan Perancangan GP027

 

Embed or link this publication

Description

Tadika Dan Taska

Popular Pages


p. 1

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA GP027

[close]

p. 2

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2012

[close]

p. 3

Cetakan Pertama 2012 © Hak cipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hak cipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau pun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu. Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel : 03 – 2698 9211 Fax: 03 – 2692 9994 APRIL 2012

[close]

p. 4

Pemberitahuan Garis Panduan ini disediakan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKPTA) Bil. 2/2011 bertarikh 6 April 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Garis Panduan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Disember, 2011 dan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-65 pada 21 Mac, 2012. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan kandungan Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Garis panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain, sama ada dari segi subjek atau pun pertapakan, yang disediakan di bawah peruntukan perundangan oleh mana-mana pihak. Ia juga perlu dibaca bersama dengan beberapa garis panduan lain yang berkaitan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

[close]

p. 5

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA i 1 GLOSARI CCC CSR CCE EPP JK JBPM JKM JPN JPBD SM kp KAAK KKM KM KPM KPKT KPWKM KTN mp NKEA NKRA OKU OSC PBN PBT PBPT RKK RT SSM TASKA UKBS Certificate of Completion and Compliance (Sijil Siap dan Pematuhan) Corporate Social Responsibility (Tanggungjawab Sosial Korporat) Early Childhood Care and Education (Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Entry Point Projects Jabatan Kesihatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Pelajaran Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kaki persegi Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Kementerian Kesihatan Malaysia Kebenaran Merancang Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kanun Tanah Negara Meter persegi National Key Economic Area (Bidang Ekonomi Utama Negara) National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Orang Kurang Upaya One Stop Centre Pihak Berkuasa Negeri Pihak Berkuasa Tempatan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Rancangan Kawasan Khas Rancangan Tempatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Taman Asuhan Kanak-Kanak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam

[close]

p. 6

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA ii 1 2 3 3 4 4 4 1 ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. TUJUAN LATAR BELAKANG SKOP 3.1 Peruntukan Perundangan dan Peraturan 4. DEFINISI TADIKA DAN TASKA 4.1 Tadika 4.2 TASKA 5. 6. KATEGORI PREMIS BAGI PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 5 PERANCANGAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 6.1 Perancangan Tapak 6.1.1 Pematuhan Rancangan Pemajuan 6.1.2 Bilangan Unit Kediaman dan Nisbah Pengasuh 6.1.3 Lokasi dan Keadaan Tapak 6.2 Reka Bentuk Bangunan 6.2.1 Keluasan Ruang Lantai Minimum 6.2.2 Pencahayaan dan Pengudaraan Semula jadi 6.2.3 Material dan Kemasan Dalaman 11 11 11 14 15 17 18 20 21

[close]

p. 7

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA iii 21 23 23 27 1 7. PROSES PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 7.1 Tidak Perlu Melalui Proses Kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan 7.2 Melalui Proses Permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan 8. TINDAKAN DAN PELAKSANAAN 8.1 Tindakan dan Pelaksanaan Mengikut Rancangan Pemajuan dan Kebenaran Merancang (KM) 27 8.2 Tindakan dan Perlaksanaan Lain Yang Perlu Diberi Perhatian 28 9. KADAR BAYARAN FI PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 9.1 Kadar Bayaran Fi KM dan Pelan Bangunan 9.2 Kadar Bayaran Fi Pendaftaran Tadika dan TASKA 9.3 Kadar Bayaran Lesen Premis Perniagaan 10. PENUTUP 29 29 30 30 32 RUJUKAN LAMPIRAN Borang Permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan, Pendaftaran, Lesen Premis Perniagaan Untuk Penubuhan Tadika dan TASKA

[close]

p. 8

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA iv 4 1 SENARAI JADUAL Jadual 1.0: Jenis TASKA Jadual 2.0: Nisbah Penyediaan Tadika dan TASKA Mengikut Bilangan Unit Kediaman 14 Jadual 3.0: Nisbah Pengasuh dan Kanak-Kanak Jadual 4.0: Keluasan Ruang Lantai Minimum Tadika Jadual 5.0: Keluasan Ruang Lantai Minimum TASKA Jadual 6.0: Kadar Bayaran Fi KM dan Pelan Bangunan Jadual 7.0: Kadar Bayaran Fi Pendaftaran Tadika dan TASKA Jadual 8.0: Kadar Bayaran Lesen Premis Perniagaan Jadual 9.0: Jumlah Keseluruhan Fi Penubuhan Tadika dan TASKA 14 19 20 29 30 31 31 SENARAI RAJAH Rajah 1.0: Rajah 2.0: Rajah 3.0: Rajah 4.0: Contoh Konsep Penyediaan Tadika dan TASKA Secara Berintergrasi Dengan Kemudahan Masyarakat Lokasi Tadika Dalam Rancangan Pemajuan Tidak Perlu Melalui Kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan Melalui Proses Permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan 6 12 25 26

[close]

p. 9

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 1 1. TUJUAN Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) ini disediakan bertujuan untuk memudah cara serta memberi panduan kepada: i. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi teknikal dalam merancang dan menimbang permohonan pembangunan Tadika dan TASKA; Pihak pemaju untuk menyediakan tapak dan membina Tadika dan TASKA mengikut kategori premis yang ditetapkan; dan Pengusaha dalam proses penubuhan, pendaftaran dan permohonan lesen premis perniagaan untuk Tadika dan TASKA. ii. iii. Garis panduan ini adalah: a. b. Berbentuk way forward untuk memenuhi keperluan dan kehendak masa hadapan serta mengambil kira parameter negara maju; Menggabungkan dan mengambilkira keperluan agensi teknikal termasuk PBT, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN); Mengiktiraf penyediaan Tadika dan TASKA sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR); dan Bagi memenuhi kehendak NKRA yang mana sasaran pendaftaran kanak-kanak prasekolah adalah 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Inisiatif yang dilaksanakan melalui NKEA bagi pendidikan telah memberi penekanan kepada kerjasama pihak awam dan swasta [Public-Private Partnership (PPP)] di bawah tema Rapid Scale-Up Initiatives melalui Entry Point Projects (EPP) iaitu EPP11 dan EPP22. c. d. 1 2 EPP 1: Scaling up early child care and education centres. EPP 2: Improving early child care and education training.

[close]

p. 10

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 2 2. LATAR BELAKANG Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam Bil. 2/2011 pada 6 April 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) antara lain telah membincangkan isu-isu berkaitan operasi dan penubuhan Tadika dan TASKA seperti berikut: i. ii. iii. iv. Tempoh permohonan kelulusan tukar syarat, Kebenaran Merancang (KM), pelesenan dan pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama; Peraturan dan syarat dalam menimbang kelulusan yang tidak seragam diantara pelbagai agensi; Fi permohonan KM, lesen premis perniagaan yang baru dan pembaharuan lesen yang tidak seragam di antara PBT; Kewujudan operasi Tadika dan TASKA yang tidak berdaftar (operasi secara haram) di kawasan kediaman telah menyebabkan timbulnya kacau-ganggu terutamanya dari aspek lalu-lintas dan bunyi bising; dan Tapak khas Tadika dan TASKA yang dikenal pasti di dalam Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) tidak dibangunkan. v. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam Bil. 2/2011 tersebut telah memutuskan supaya Tadika dan TASKA dikeluarkan daripada Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat (JPBD 19/97) dan disediakan satu Garis Panduan Penubuhan Tadika dan TASKA secara khusus yang meliputi aspek perancangan tapak, pelesenan dan proses penubuhan Tadika dan TASKA.

[close]

p. 11

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 3 3. SKOP Garis panduan ini adalah terpakai bagi penubuhan Tadika dan TASKA sama ada yang dijalankan oleh pengusaha Kerajaan atau swasta di seluruh Semenanjung Malaysia. Garis panduan ini disediakan dengan memberi perhatian terhadap proses penubuhan sesebuah Tadika dan TASKA mengikut kategori/jenis yang ditetapkan yang meliputi aspek perancangan tapak, penyeragaman fi, lesen dan senarai semak keperluan agensi terlibat. Garis panduan ini juga mengambil kira aspek perancangan, penyediaan kemudahan berkaitan dan perihal tanah dengan merujuk peruntukan Aktaakta berkaitan termasuk Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]. 3.1 Peruntukan Perundangan dan Peraturan Perancangan dan penubuhan Tadika dan TASKA adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perundangan dan peraturan utama seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]; Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]; Akta Pelajaran 1961[P.U.(A)414/72]; Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]; Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [UKBS, 1984]; Peraturan-Peraturan Pendidikan 1997 & 1998; dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985. Peraturan-peraturan lain yang perlu dilihat adalah Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

[close]

p. 12

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 4 4. 4.1 DEFINISI TADIKA DAN TASKA Tadika Di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], Tadika didefinisikan sebagai mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah (4 hingga 6 tahun) disediakan untuk 10 orang murid atau lebih. 4.2 TASKA Menurut peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308], TASKA bermaksud mana-mana premis yang menerima masuk 4 atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dari lebih daripada satu isi rumah (2 atau lebih keluarga) untuk dijaga dengan upah. TASKA terbahagi kepada 4 jenis seperti di Jadual 1.0. Jadual 1.0: Jenis TASKA Jenis a. TASKA di Rumah b. TASKA di Institusi c. TASKA di Tempat Kerja Penerangan Menerima masuk 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan. Taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih. Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan di manamana tempat kerja. Taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih di kawasan keluarga berpendapatan rendah (pendapatan isi rumah RM2,000.00 di kawasan bandar dan kurang RM1,200.00 di luar bandar) dan menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. d. TASKA Komuniti Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2011.

[close]

p. 13

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 5 5. KATEGORI PREMIS BAGI PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA diberi pertimbangan untuk Terdapat 4 kategori premis/tapak yang beroperasi sebagai Tadika dan TASKA iaitu : i. Tapak Khas Yang Telah Didirikan Bangunan Merupakan tapak khas yang telah dikenal pasti oleh sesuatu rancangan pemajuan seperti RT atau RKK dan telah didirikan bangunan sama ada oleh pihak swasta (pemaju), kerajaan ataupun individu. Tapak Khas Yang Belum Didirikan Bangunan Merupakan tapak yang telah dikenal pasti oleh sesuatu rancangan pemajuan seperti RT atau RKK. Sila rujuk perkara 6.1.1 untuk penerangan lanjut mengenai Pematuhan Rancangan Pemajuan dan Perkara 8.1 bagi Tindakan dan Pelaksanaan Mengikut Rancangan Pemajuan dan Kebenaran Merancang. ii. Contoh Tadika di tapak khas.

[close]

p. 14

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 6 iii. Bangunan Tempat Kerja/Institusi/Bangunan Perniagaan/ Bangunan Berintergrasi dengan Kemudahan Masyarakat Tadika dan TASKA digalakkan dijalankan secara integrasi sama ada berpusat atau bertingkat di dalam satu bangunan dengan kemudahan lain seperti perpustakaan, pusat komuniti, klinik (seperti Rajah 1.0) atau di tempat-tempat kerja yang mana perlulah di aras bawah bangunan. Manakala bagi Tadika dan TASKA yang hendak dijalankan di bangunan perniagaan, ia hendaklah di aras bawah atau di aras pertama bangunan perniagaan tersebut. Ini adalah bagi tujuan kemudahsampaian, keselesaan dan keselamatan. Tadika dan TASKA di tempat kerja, institusi, bangunan perniagaan dan bangunan berintergrasi dengan kemudahan masyarakat yang lain merupakan alternatif kepada pemaju bagi mengelakkan penyediaan Tadika dan TASKA di dalam kawasan kediaman. PBT boleh mensyaratkan untuk penyediaan ruang bagi Tadika dan TASKA di kawasan ini semasa permohonan Kebenaran Merancang oleh pemaju. Bagi Tadika dan TASKA yang dijalankan di kawasan institusi seperti sekolah, masjid, surau atau lain-lain rumah ibadat, ia hendaklah disediakan di bangunan yang berasingan dan berpagar. Rajah 1.0: Contoh Konsep Penyediaan Tadika dan TASKA Secara Berintergrasi Dengan Kemudahan Masyarakat TADIKA/TASKA

[close]

p. 15

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 7 TASKA di aras bawah bangunan tempat kerja (JPN Putrajaya, 14 Julai 2011).

[close]

Comments

no comments yet