Garis Panduan Perancangan GP006-A

 

Embed or link this publication

Description

Laluan Kemudahan Utiliti

Popular Pages


p. 1

LALUAN KEMUDAHAN UTILITI

[close]

p. 2

Laluan Kemudahan Utiliti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

[close]

p. 3



[close]

p. 4

Cetakan Kedua 2012 © Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hakcipta terpelihara Sebarang bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun diipindahkan dalam sebarang bentuk cara, samada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu. ISBN 978-967-5456-20-6 Diterbitkan di Malaysia Oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

[close]

p. 5

Pemberitahuan Garis panduan ini menggantikan Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (Service Protocol), JPBD 20/97. Garis panduan ini merupakan salah satu dari inisiatif Makmal Pembangunan Hartanah (MPH) yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1 Mac hingga 9 April 2010 iaitu Inisiatif 13: Melaksanakan Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti. Garis Panduan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 6 Julai 2011 dan dipersetujui di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri bagi 11 negeri di Semenanjung Malaysia bersama dua inisiatif MPH yang lain iaitu Inisiatif 7 dan 8. Garis Panduan ini telah dibentang dan dipersetujui di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara (JPPN) pada 16 Januari 2012; Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2012; dan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara pada 27 Julai 2012. Pelaksanaan dan penguatkuasaan garis panduan ini perlu diselaras dengan Rancangan Fizikal Negara dan rancangan pemajuan (rancangan struktur, rancangan tempatan) yang sedang berkuatkuasa. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) serta undang-undang sedia ada yang berkaitan. Ianya juga perlu merujuk kepada garis panduan perancangan yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia atau agensi lain yang berkaitan. Ogos 2012

[close]

p. 6

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI v muka surat 1 1 2 3 4 4 5 10 ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. TUJUAN LATAR BELAKANG SKOP PRINSIP PERANCANGAN LALUAN UTILITI BAWAH TANAH TANPA TEROWONG 5.1 Garis Panduan Umum 5.2 Garis Panduan Khusus 5.3 Pelaksanaan dan Pengawalan TEROWONG UTILITI BERSEPADU (COMMON UTILITY TUNNEL) 6.1 Garis Panduan Umum 6.2 Garis Panduan Khusus 6.3 Pelaksanaan dan Pengawalan 12 12 13 17

[close]

p. 7



[close]

p. 8

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI 1 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan membantu P i h ak Berkuasa Negeri ( PBN) , pi h a k berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju dalam perancangan perletakan laluan penyediaan utiliti dalam sesebuah cadangan pembangunan. Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada semua pihak yang berkepentingan bagi mewujudkan perletakan laluan infrastruktur dan utiliti yang bersepadu ke arah mencapai persekitaran yang berkualiti dan pembangunan mampan. Ianya adalah selaras dengan perlaksanaan Dasar Tanpa Korekan (No Dig Policy) yang menggariskan keperluan untuk:• Mengelakkan korekan terbuka dalam pemasangan laluan utiliti baru dan penambahbaikan akan datang. • Meminima gangguan terhadap trafik dan orang awam. • Memberi perlindungan kepada talian atau kabel utiliti. 2. LATAR BELAKANG Infrastruktur dan utiliti memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti. Walaupun begitu penempatan laluan utiliti sering kali tidak dirancang dari peringkat awal cadangan pembangunan. Ketiadaan penyelarasan rangkaian laluan dan kabel bagi kemudahan utiliti telah mengakibatkan ianya diletakkan secara tidak teratur. Penyelenggaraan atau kerja menaik taraf perkhidmatan sering kali melibatkan korekan atas turapan jalan. Ianya memberi kesan negatif ke atas kualiti visual, alam sekitar dan kesejahteraan penduduk serta mengakibatkan pembaziran kos dalam masa yang panjang. Oleh itu perancangan laluan kemudahan utiliti perlulah mempunyai piawaian yang tinggi, efisyen dan berintegrasi. Foto 1: Korekan atas turapan jalan kerana kerjakerja pembaikan laluan utiliti mewujudkan gangguan terhadap aliran trafik, kualiti visual dan keselesaan penduduk.

[close]

p. 9

2 3. SKOP GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI Laluan Kemudahan Utiliti dalam garis panduan ini bermaksud ruang khas yang disediakan untuk menempatkan laluan kabel atau paip untuk kemudahan utiliti yang dikongsi bersama oleh penyedia-penyedia perkhidmatan utiliti. Ianya boleh digunakan bagi menempatkan utiliti-utiliti seperti: i. ii. iii. iv. v. vi. Kabel elektrik; Paip air; Kabel komunikasi; Paip gas; Paip pembentungan; dan L a i n - l a i n ke m u d a h a n u t i l i t i ya n g memerlukan laluan seperti paip air pengudaraan sejuk, paip air pengairan, kabel lampu jalan dan sebagainya. Garis panduan ini merangkumi perancangan rizab laluan kemudahan utiliti di bawah tanah yang terletak di kiri kanan jalan atau di koridor khas untuk laluan utiliti. Ianya terdiri dari 2 bentuk iaitu: i. Penempatan laluan utiliti bawah tanah tanpa saluran terowong tapi berkongsi laluan bersama. ii. Penempatan laluan utiliti bawah tanah di dalam binaan terowong utiliti bersepadu (common utiliti tunnel). Garis panduan ini adalah terpakai bagi pembangunan baru dan pembangunan semula. Foto 2: Penempatan laluan utiliti bawah tanah tanpa saluran terowong tapi berkongsi laluan bersama. Foto 3: Penempatan laluan utiliti bawah tanah di dalam binaan terowong utiliti bersepadu (common utiliti tunnel).

[close]

p. 10

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI 3 Garis Panduan ini memberi penekanan kepada aspek perletakan, saiz, reka bentuk dan pelaksanaan serta pengawalan. Syaratsyarat terperinci yang melibatkan kepakaran kejuruteraan dan teknikal yang lain hendaklah dirujuk kepada agensi pakar yang berkaitan serta keperluan pihak berkuasa tempatan. Garis Panduan ini tidak merangkumi perancangan talian utiliti di atas tanah atau di atas tiang. 4. PRINSIP PERANCANGAN Perancangan tapak untuk laluan kemudahan utiliti yang disediakan adalah berlandaskan beberapa prinsip perancangan iaitu: i. Teratur dan Sistematik Perancangan laluan kemudahan perlu dirancang secara bersepadu, praktikal dan sistematik. ii. Keselamatan Perletakan dan reka bentuk laluan utiliti perlu menekankan aspek keselamatan dan tidak menyebabkan kacau ganggu kepada persekitaran penduduk. iii. Penjimatan dan Ekonomik Perletakan laluan kemudahan utiliti perlu disediakan secara bersepadu, mengambilkira penjimatan kos di samping ekonomik dari segi perlaksanaan dan penyelenggaraan. iv. Keselesaan dan Keindahan Perancangan rizab laluan kemudahan utiliti perlulah mengambilkira pemeliharaan alam semulajadi dan dilandskap dengan elemen yang bersesuaian dan harmoni dengan pembangunan sekitar. Foto 4: Persekitaran yang bersih dan indah dengan penempatan laluan utiliti di bawah tanah.

[close]

p. 11

4 5. GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI LALUAN UTILITI BAWAH TANAH TANPA TEROWONG Laluan bagi pelbagai kemudahan utiliti wajar ditempatkan di dalam ruang khusus di bawah tanah. Ia tidak melibatkan pembinaan terowong tapi laluan dikongsi bersama oleh pelbagai kemudahan utiliti secara sistematik dan bersepadu. 5.1 Garis Panduan Umum i. Laluan utiliti khusus di bawah tanah perlu disediakan berdasarkan kepada keperluan pembangunan. v. Perlu mematuhi dasar dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT, atau yang diperakukan dalam mana-mana rancangan pemajuan berasaskan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, [Akta 172]. vi. PBT digalakkan menggunakan teknologi elektronik dan perkomputeran dalam pengurusan perancangan, pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan utiliti. ii. Penyediaan laluan kemudahan utiliti hendaklah mengambilkira aspek geologi dan geoteknikal kawasan. iii. Perlu mengelakkan pemotongan tanah dan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan penebangan pokok. iv. Pemetaan bagi laluan utiliti sedia ada perlu dibuat secara digital mengikut spesifikasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk diintegrasikan dengan perancangan laluan utiliti baru. Foto 5: Laluan khusus untuk menempatkan pelbagai kemudahan utiliti di bawah tanah tanpa pembinaan terowong.

[close]

p. 12

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI 5 5.2 Garis Panduan Khusus i. Laluan kemudahan utiliti perlu disediakan di kiri kanan jalan bagi jalan berkelebaran 20 meter – 60 meter. iii. Laluan kemudahan utiliti perlu ditempatkan dalam mana-mana koridor yang telah dikenalpasti iaitu di: • Laluan khas di luar rizab jalan; atau • Laluan di dalam rizab lebuhraya, jalan dan lorong (tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Jalan). ii. Saiz kelebaran minima laluan utiliti ialah 3 meter . Walaupun begitu penentuan saiz kelebaran sebenar adalah bergantung kepada bilangan utiliti, hairaki pengagihan dan keperluan rizab yang dicadangkan oleh penyedia utiliti. Foto 8 dan 9: Laluan kemudahan utiliti di dalam rizab jalan yang tidak berturap. Foto 6 dan 7: Laluan khusus untuk kemudahan utiliti di luar rizab jalan.

[close]

p. 13

6 i. GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI 5.2.1 Laluan Khas di Luar Rizab Jalan Laluan kemudahan utiliti di luar rizab jalan adalah perlu bagi memastikan penyediaan dan penyelenggaraan utiliti tidak melibatkan gangguan terhadap rizab jalan (Rajah 1). iv. Permukaan laluan kemudahan utiliti boleh menempatkan:• Ruang siarkaki/laluan basikal. • Ruang landskap. • Jaluran zon penampan. v. Landskap dihadkan kepada tanaman sesuai seperti pokok-pokok renek dan penutup bumi. vi. Perabot jalan dan bahan laluan pejalan kaki hendaklah bersesuaian dan dikoordinasi dengan elemen laluan utiliti seperti kabinet agihan (distribution point) dan lurang utiliti (manhole). ii. Kabel atau paip utiliti ditanam di dalam tanah mengikut susunan tertentu (Jadual 1) di dalam rizab utiliti yang dikhaskan. iii. Aktiviti di atas permukaan tanahnya perlulah sesuai dan tidak mempunyai binaan kekal di atasnya untuk memudahkan proses penyelenggaraan atau pembaikan utiliti. Rajah 1: Keratan Rentas Menunjukkan Laluan Khas Untuk Kemudahan Utiliti Di Luar Rizab Jalan (tidak mengikut skala)

[close]

p. 14

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI 7 5.2.2 Laluan Kemudahan Utiliti di Dalam Rizab Jalan i. Laluan kemudahan utiliti di dalam rizab jalan hanya dibenarkan jika mendapat persetujuan pihak berkuasa jalan berkaitan. v. Bagi jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlulah mematuhi perkara-perkara berikut:• ‘Guidelines For Works Related To Public Utility Installations Within The Road Reserve’ . • ‘A Guide on Geometric Design Of Road’. • ‘Application for the Installation of Public Utility Services with road reserve’. • Arahan Teknik Jalan 8/86. • Syarat-syarat tambahan oleh pihak JKR. ii. Ia perlulah mematuhi garis panduan dan syarat-syarat oleh pihak berkuasa jalan. iii. Kedudukan pemasangan utilliti perlu mengambil jarak yang paling luar atau hampir dengan sempadan jalan iaitu di bawah bahu jalan yang tidak berturap (Rajah 2). iv. Bagi jalan PBT perlu mematuhi syarat dan kaedah yang digunapakai oleh PBT tersebut. Rajah 2: Keratan Rentas Menunjukkan Laluan Kemudahan Utiliti Di Dalam Rizab Jalan (tidak mengikut skala)

[close]

p. 15

8 i. GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI 5.2.3 Lintasan di Bawah Jalan Perlu mematuhi kaedah-kaedah kerja menanam kemudahan utiliti yang ditetapkan dan tidak melibatkan pengorekan secara terbuka (open cut). Hendaklah menggunakan kaedah sesuai contohnya seperti ‘pipe jacking’ atau HDD. Jadual 1: Jarak dan Susunan Utiliti di Dalam Laluan UTILITI Kabel Elektrik JARAK SUSUNAN • Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain. • Saluran elektrik diletakkan berasingan dari paip gas, laluan telekomunikasi dan saluran air. Minima 0.6 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain. Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain. Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain. • 0.3 – 1.2 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain. • 3 – 6 meter dari saluran air bersih atau mengikut piawaian yang dibenarkan oleh penyedia perkhidmatan. • Laluan pembetungan perlu diasingkan dengan saluran air bersih dan diletakkan lebih rendah iaitu dalam jarak minima 1 meter lebih rendah. Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain. Paip Air Kabel Komunikasi Paip Gas Paip Pembentungan ii. Bagi jaringan utiliti yang merentasi jalan, hendaklah menyediakan satu ‘dedicated utilities road crossing’ (DURC). Penyediaan DURC adalah mengikut keperluan seperti yang diluluskan oleh pihak berkuasa jalan. 5.2.4 Susunan Utiliti i. Susunan dan jarak antara setiap laluan juga perlu mengikut ketetapan PBT atau pihak berkuasa jalan serta mengambilkira spesifikasi yang diperlukan oleh penyedia utiliti. Lain-lain ii. Jadual 1 menunjukkan jarak dan susunan utiliti dari sempadan laluan dan juga antara satu utiliti dengan utiliti yang lain. Sumber: Bahagian Koridor Infrastruktur dan Impak Sosial (BKI) Negeri Melaka, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

[close]

Comments

no comments yet