Garis Panduan Perancangan GP021

 

Embed or link this publication

Description

Papan Iklan Luar

Popular Pages


p. 1

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

[close]

p. 2

GARIS PANDUAN PERANCANGAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

[close]

p. 3

Cetakan Pertama 2009 © Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hakcipta terpelihara Sebarang bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, samada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu ISBN 978-983-2773-97-9 Diterbitkan di Malaysia Oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel.: 03 – 2698 9211 Fax: 03 – 2692 9994

[close]

p. 4



[close]

p. 5

ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. TUJUAN DEFINISI DAN KATEGORI PAPAN IKLAN LUAR PRINSIP PERANCANGAN SKOP GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN UMUM     6.             7. Keselamatan Awam Kualiti Persekitaran Keselesaan Awam Kandungan Pengiklanan Free-Standing Billboard Iklan Dinding Iklan Bumbung Building Wrap Spectacular Gantry Iklan Jejambat Pillar/Column Wrap Pada LRT Projecting Sign Iklan Pagar Iklan Kain Rentang (Poster) Iklan Mekanikal/Trivision/Scrolling/Elektronik Perabot Jalan 1 1 6 6 7 7 9 13 14 18 18 33 34 34 35 36 37 37 38 38 39 39 41 GARIS PANDUAN KHUSUS PENUTUP i

[close]

p. 6



[close]

p. 7

1 1. TUJUAN Jenis papan berikut:  iklan luar adalah seperti Dokumen ini disediakan bagi memandu pemasangan dan kawalan papan iklan luar secara seragam di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Fungsi garis berikut:  panduan adalah seperti Free-Standing Billboard - Merupakan paparan iklan bagi barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang disokong oleh tiang. Kategori ini boleh dipecahkan lagi mengikut saiz iaitu besar, sederhana dan kecil. Billboard bersaiz besar kebanyakannya di dalam bentuk Menara Iklan Setiang atau Unipole yang ditempatkan di atas satu tiang keluli yang tinggi. Digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara seragam di dalam memproses permohonan bagi pemasangan papan iklan luar di kawasan masing-masing; Digunakan oleh agensi yang terlibat khusus Pihak Berkuasa Jalan di dalam menilai sesuatu permohonan bagi pemasangan papan iklan luar; dan Membantu industri pengiklanan mengetahui kehendak yang perlu dipatuhi di dalam pemasangan papan iklan luar.   2. DEFINISI DAN KATEGORI PAPAN IKLAN LUAR Unipole Papan iklan luar merupakan paparan besar yang mengiklankan barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang tidak semestinya dijual di mana pengiklanan itu ditempatkan. Billboard Free-Standing Billboard

[close]

p. 8

2  Iklan Dinding – Panel untuk paparan iklan yang dipasang pada dinding atau pada satu jarak dari dinding atau iklan yang dilukis pada dinding di sebelah luar bangunan yang tidak mempunyai permukaan terbuka.  Building Wrap – Merupakan kaedah pengiklanan yang paling terkini, ianya dipasang pada saiz yang amat besar pada bangunan tinggi dengan menggunakan bahan vinyl mesh. Iklan Dinding  Iklan Bumbung – Paparan iklan yang dipasang pada bumbung bangunan. Building Wrap  Spectacular Gantry - Paparan iklan gantri bersaiz besar yang merentangi keseluruhan jalan kebiasaannya 6 lorong atau lebih di lebuh raya. Iklan Bumbung Spectacular Gantry

[close]

p. 9

3  Gantri – Paparan iklan yang lebih kecil yang merentangi sebahagian atau keseluruhan jalan yang lebih kecil.  Iklan Jejambat – Paparan iklan yang dipasang pada jejambat laluan kenderaan atau jambatan. Gantri Iklan Jejambat  Jejantas – Paparan iklan yang dipasang pada jejantas laluan pejalan kaki.  Pillar/Column Wrap pada LRT – Paparan iklan yang dipasang pada tiang/pier LRT kebiasaannya secara berderet. Iklan Jejantas Pillar/column wrap pada LRT

[close]

p. 10

4  Iklan Pagar – Pengiklanan yang dipasang pada pagar sementara untuk tujuan keselamatan semasa pelaksanaan sesuatu projek binaan atau iklan pada pagar yang dipasang bagi menutup sesuatu visual yang kurang menarik.  Iklan Mekanikal Trivision - Berasaskan kaedah mekanikal untuk memaparkan tiga pengiklanan berasingan secara bergilir menggunakan siri triangular prism. Iklan Pagar Iklan Mekanikal Trivision  Projecting Sign – Pengiklanan kebiasaannya bersaiz besar yang dipasang pada permukaan struktur yang diunjurkan dari dinding sesebuah bangunan.  Iklan Mekanikal Scrolling – Berasaskan kaedah mekanikal untuk memaparkan beberapa pengiklanan secara berturut yang disusun dalam bentuk bergulung. Projecting Sign Iklan Mekanikal Scrolling

[close]

p. 11

5  Iklan Elektronik - Dibangunkan dengan paparan digital. Kaedah ini berfungsi sebagai sebuah peti televisyen yang menyiarkan visual bergerak bagi tujuan pengiklanan.  Iklan Perabot Jalan – Pengiklanan pada objek atau peralatan yang bina di atas atau berdekatan jalan awam. Elemen perabot jalan ialah tong sampah, lampu, turapan laluan pejalan kaki, perhentian bas, pondok telefon dan lain-lain. Iklan Perabot Jalan  Iklan Mekanikal Elektronik Iklan Bergerak – Iklan yang dilekatkan pada kenderaan yang bergerak.  Iklan Kain Rentang (Poster) – Paparan di atas kain rentang di dalam pelbagai saiz yang di pasang pada sesuatu bangunan atau di atas sesuatu kerangka/bingkai (frame). Iklan Bergerak Iklan Kain Rentang (Poster)

[close]

p. 12

6 3. PRINSIP PERANCANGAN 4. SKOP GARIS PANDUAN Pemasangan papan iklan luar hendaklah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:  Keselamatan awam yang sentiasa terjamin melalui pemasangan papan iklan luar yang tidak menghalang penglihatan pejalan kaki dan pemandu kenderaan atau mengacau ganggu kelancaran operasi pemanduan; Kualiti persekitaran yang kondusif melalui pemasangan papan iklan luar yang tidak mencemarkan visual persekitaran dan tidak menghalang pemandangan tertentu serta menggalakkan pada masa yang sama pemasangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan persekitaran dan keceriaan bandar; Keselesaan awam yang sentiasa terjamin melalui perletakan papan iklan luar yang tidak memudaratkan penghuni kediaman serta pengguna di kawasan awam; dan Paparan imej bersesuaian pada kandungan iklan melalui keutamaan di dalam penggunaan Bahasa Melayu serta sentiasa menonjol nilai-nilai sosial, seni, budaya dan warisan masyarakat tempatan. Bagi memenuhi prinsip-prinsip di atas, garis panduan ini merangkumi kawalan papan iklan luar bagi aspek-aspek berikut :   Perletakan; dan Reka bentuk.  Garis panduan ini tidak meliputi papan tanda perniagaan pada premis–premis perniagaan. Bagi kategori ini satu garis panduan berasingan disediakan. Iklan bergerak pada kenderaan perdagangan juga tidak dirangkumkan kerana ianya dibawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Perdana Menteri. Garis panduan ini adalah dokumen sokongan kepada Undang-Undang Kecil Iklan yang disediakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Rancangan Pemajuan sesuatu PBT iaitu Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). Ianya menyentuh aspek perletakan dan rekabentuk papan iklan luar dan hendaklah digunakan dengan mengambilkira keperluan perundangan selainnya yang berkaitan. Perincian teknikal pemasangan papan iklan luar di rizab lebuh raya/ jalan persekutuan adalah masih tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Pemasangan Papan Iklan Di Dalam Rizab Lebuh Raya/ Jalan Persekutuan oleh Kementerian Kerja Raya yang dibuat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.  

[close]

p. 13

7 5. GARIS PANDUAN UMUM  Garis panduan umum ini merupakan kawalan am kepada pemasangan papan iklan luar dan menyokong garis panduan khusus bagi setiap jenis papan iklan luar pada bab berikutnya. Garis panduan umum ini terbahagi kepada 4 aspek iaitu keselamatan awam, kualiti persekitaran, keselesaan awam dan kandungan iklan. Keselamatan Awam  Papan iklan luar yang menjadi traffic hazard kepada pengguna jalan raya seperti mana ditentukan Pihak Berkuasa Jalan tidak dibenarkan; Papan iklan luar yang menghalang atau menganggu pandangan pengguna jalan raya terhadap papan tanda lalu lintas (traffic sign) dan peralatan kawalan lalu lintas (traffic control devices) tidak dibenarkan; Billboard Mesej dan reka bentuk kandungan iklan hendaklah jelas dan tidak mengelirukan pemandu kenderaan; Bilangan perkataan dan grafik yang digunakan hendaklah jelas, terhad, ringkas dan tepat supaya pemandu tidak mengambil masa yang lama untuk membaca mesej yang disampaikan; Papan iklan luar yang menganggu perhatian pemandu kenderaan dan boleh mendatangkan kekeliruan dengan menggunakan perkataan seperti ‘berhenti’, ‘bahaya’ atau apa-apa perkataan, simbol atau warna yang menyerupai mana-mana kandungan papan tanda atau alat kawalan lalu lintas yang boleh mengelirukan pengguna jalan raya adalah tidak dibenarkan;    Papan Tanda Lalu Lintas Papan Tanda Lalu Lintas Iklan jejambat Papan iklan yang berwarna menyerupai papan tanda lalu lintas dan digabungkan dengan simbol arah laluan boleh menyebabkan kekeliruan terhadap pengguna jalan raya dan tidak dibenarkan. X √  Papan iklan luar yang melindungi keberkesanan operasi alat kawalan keselamatan CCTV bagi pengawalan jenayah tidak dibenarkan; Perletakan papan iklan luar yang mengganggu pandangan pengguna jalan raya terhadap papan tanda lalu lintas tidak dibenarkan.  Papan iklan luar yang menghalang jarak pemandangan pemandu kenderaan tidak dibenarkan;

[close]

p. 14

8  Struktur papan iklan luar yang menghalang laluan awam dan boleh menggugat keselamatan pejalan kaki tidak dibenarkan; keberkesanan peralatan kawalan lalu lintas khusus pada waktu malam tidak dibenarkan. Kelulusan tahap pencahayaan hendaklah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Jalan/PBT yang berkenaan;  Bahan struktur papan iklan luar hendaklah dipastikan tahan lama, tidak berkarat dan mampu menampung wind load yang ditentukan Pihak Berkuasa Jalan/PBT; Papan iklan luar tidak dibenarkan menghalang laluan kecemasan semasa kebakaran atau cara-cara untuk menuju ke laluan tersebut serta yang menutup cermin dan tingkat bangunan; Papan iklan disekalikan lintas dan kekeliruan raya; luar tidak boleh dipaut atau dengan papan tanda lalu isyarat yang menyebabkan terhadap pengguna jalan X √  Struktur papan iklan yang menghalang laluan pejalan kaki tidak dibenarkan.  Pemasangan papan iklan luar yang mendatangkan bahaya kepada orang awam dan harta benda dari risiko keruntuhan tidak dibenarkan;  Papan iklan bumbung yang telah rebah akibat angin kencang semasa ribut hujan batu di Petaling Jaya, 2000.  Pemasangan papan iklan luar berlampu yang menyilaukan pandangan dan bercahaya ke tahap yang boleh menghadkan penglihatan pengguna jalan raya dan menjejaskan Pemasangan papan iklan pada jejantas yang disekalikan dengan papan tanda lalu lintas boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya.

[close]

p. 15

9  Papan iklan luar tidak dibenarkan ditempatkan di dalam rizab sesuatu infrastruktur (rizab rentis elektrik, rizab sungai dan lain-lain) tanpa mendapat kelulusan agensi yang berkenaan; Apa-apa peralatan komunikasi yang dipautkan kepada papan iklan hendaklah berpandukan kepada piawaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC); Pencahayaan papan iklan luar hendaklah tidak menyilaukan supaya tidak menjejas pandangan pemandu atau keberkesanan papan tanda lalu lintas (traffic signs) atau peralatan kawalan lalu lintas (traffic control devices) pada waktu malam. Tahap pencahayaan yang dibenarkan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Jalan/PBT; Bahan struktur papan iklan luar hendaklah tahan lama, tidak berkarat dan mampu menampung wind load yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Jalan/PBT. Selain menjamin keselamatan, bahan yang berkualiti dapat memastikan visual persekitaran tidak terjejas; Papan Iklan yang dipasang di dalam rizab dan Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit) hendaklah merujuk kepada Jabatan Keretapi Malaysia: dan  Papan iklan luar yang dipasang dalam jarak 15 kilometer radius dari landasan lapangan terbang hendaklah merujuk kepada Jabatan Penerbangan Awam yang mengawal sebarang pembinaan struktur serta bangunan tinggi berdekatan lapangan terbang yang mungkin menjadi halangan (obstacle) kepada operasi penerbangan. Sempadan landasan   Illustrasi kawasan kawalan pemasangan papan iklan luar di kawasan lapangan terbang.  Kualiti Persekitaran  Pemasangan papan iklan luar hendaklah teratur dari segi bilangan, saiz dan perletakannya supaya tidak menjejaskan kualiti visual persekitaran;  Pemasangan papan iklan yang tidak teratur di Lebuh Raya Utara Selatan menyumbang kepada pencemaran dan kecelaruan pandangan (visual clutter).

[close]

Comments

no comments yet