Garis Panduan Perancangan GP026

 

Embed or link this publication

Description

Terminal Kenderaan Berat

Popular Pages


p. 1

GP026 Terminal Kenderaan Berat

[close]

p. 2

Terminal Kenderaan Berat Terminal Kenderaan Berat JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 7 Disember 2012

[close]

p. 3

Cetakan Pertama 2012 © Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hakcipta Terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Penerbit ISBN 978-983-2839-28-6 ISBN 978-983-2839-28-6 Diterbitkan di Malaysia Oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

[close]

p. 4

Pemberitahuan Garis panduan ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 9 November 2012 dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 7 Disember 2012. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang sedia ada, khususnya Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Perintah Sekatan Berat (Jalan Persekutuan) (Pindaan) 2003 [P.U.(A)275/2003] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715). Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan umum dan garis panduan khusus yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaraskan dengan rancangan pemajuan (khususnya rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas) yang sedang berkuatkuasa di sesebuah kawasan pihak berkuasa perancang tempatan. Ia juga perlu merujuk kepada dasar-dasar, pekeliling, arahan dan piawaian-piawaian yang digubal dan dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, serta garis panduan-garis panduan perancangan lain yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 7 Disember 2012

[close]

p. 5

i GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT ISI KANDUNGAN 1. 2. TUJUAN LATAR BELAKANG 2.1 Pertambahan Kenderaan Berat 2.2 Isu dan Permasalahan Perletakan Kenderaan Berat 2.3 Tujuan Penyediaan Terminal Kenderaan Berat 2.4 Perundangan Sedia Ada DEFINISI 3.1 Definisi Kenderaan Berat 3.2 Definisi Terminal Kenderaan Berat PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN GARIS PANDUAN UMUM 5.1 Kategori Terminal 5.2 Fungsi dan Saiz Terminal 5.3 Konsep Perletakan Terminal 5.4 Perancangan Tapak GARIS PANDUAN KHUSUS 6.1 Kriteria Perletakan Terminal 6.2 Penyediaan Kemudahan di Kawasan Terminal 6.3 Susun Atur Terminal 6.4 Landskap Kawasan Terminal MEKANISMA PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN TERMINAL 7.1 Terminal Pemindahan 7.2 Terminal Kawasan Rehat dan Letak Kenderaan PENUTUP 1 1 1 1 3 3 5 5 6 6 7 7 8 9 10 12 12 13 14 15 16 16 17 18 3. 4. 5. 6. 7. 8.

[close]

p. 6

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT 1 1 1. TUJUAN 2.2 Isu dan Permasalahan Perletakan Kenderaan Berat Garis panduan perancangan ini disediakan untuk memandu pihak berkuasa negeri (PBN), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi berkaitan di dalam merancang, membangun dan mengawal penyediaan terminal kenderaan berat serta kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya. 2. 2.1 LATAR BELAKANG Pertambahan Kenderaan Berat Ketidakcukupan serta ketiadaan tempat letak kenderaan berat yang sesuai telah menyebabkan kenderaan-kenderaan tersebut diletakkan secara berselerak di kawasan-kawasan perindustrian, perumahan dan perdagangan. Keadaan ini wujud dengan ketara di bandar-bandar baru, bandar industri dan kawasankawasan pelabuhan. Perletakan kenderaan berat secara berselerak seterusnya telah memberi implikasi negatif dan menimbulkan pelbagai masalah seperti berikut (Foto 1 hingga 6): (i) penggunaan ruang di tepi jalan oleh kenderaan berat di kawasan pembangunan menyebabkan berlakunya kerosakan jalan dan bahu jalan; perletakan kenderaan berat secara berselerak di kawasan pembangunan turut menimbulkan keadaan yang tidak selamat kepada pengguna jalanraya. Banyak kes-kes kemalangan maut yang melibatkan orang awam dan kenderaan lain disebabkan oleh penggunaan ruang tepi jalan oleh kenderaan berat; perletakan kenderaan berat di kawasan perumahan telah menghasilkan pencemaran udara dan bunyi kepada penduduk setempat; dan Perkembangan sektor perdagangan dan pesat telah perindustrian yang meningkatkan keperluan terhadap sistem dan operasi pengangkutan barangan darat sama ada bagi barangan domestik mahupun barangan dari dalam dan keluar negara. Kepentingan sistem pengangkutan dan penghantaran barangan dapat dilihat melalui pertambahan atau peningkatan kargo dan kontena yang melibatkan berat penggunaan kenderaan (Lampiran 1). Peningkatan dalam pengendalian dan pengangkutan kargo dan kontena telah secara tidak langsung menyumbang kepada kewujudan isu dan permasalahan berkaitan dengan perletakan tempat letak kenderaan berat. (ii) (iii) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 7

2 (iv) GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT perletakan kenderaan berat secara berselerak di kawasan-kawasan pembangunan dan tidak di kawasan yang sepatutnya mewujudkan pemandangan yang buruk (visual intrusion). 2 Foto 4: Lori yang diletakkan di bahu jalan boleh mendatangkan risiko kemalangan jalan raya kepada pengguna lalulintas (Muadzam Shah, 21.7.2011) Foto 1 : Perletakan kenderaan berat di bahu jalan di sekitar North Port, Klang (19.7.2011) Foto 5: Perletakan kenderaan berat di kawasan perniagaan di sekitar Bandar Klang menyebabkan kerosakan jalan yang teruk (19.7.2011) Foto 2: Lori yang diletakkan secara berselerak di kawasan perniagaan Bandar Sultan Suleiman, Klang (19.7.2011) Foto 6 : Lori yang diletakkan di sekitar kawasan Foto 3: Lori-lori diletakkan secara berselerak di perumahan Bandar Sultan Suleiman, Klang (19.7.2011) tepi jalan di Pekan Chaah, Johor (21.7.2011) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 8

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT Sehingga kini tiada sebarang garis panduan perancangan yang khusus untuk digunapakai dalam perancangan perletakan terminal kenderaan berat dari segi perletakan dan lokasi, reka bentuk, kemudahan sokongan dan lain-lain perkhidmatan. Ekoran daripada ketiadaan garis panduan, terminal-terminal kenderaan berat telah dibangunkan di lokasi yang tidak sesuai seperti di kawasan perumahan, tidak mempunyai kemudahan perkhidmatan serta tidak mempunyai ciriciri keselamatan yang baik. Perletakan terminal yang tidak sesuai menyebabkan ianya tidak berfungsi dan menimbulkan masalah kepada pemandu kenderaan dan penduduk setempat. 2.3 Tujuan Penyediaan Kenderaan Berat Terminal 2.4 berat (iii) 3 3 menyediakan terminal dengan persekitaran yang terancang dan selamat dilengkapi dengan kemudahan asas yang diperlukan oleh pemandu; menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang boleh dikongsi bersama oleh kenderaan berat lain seperti bas sekolah, bas kilang dan sebagainya bagi mengelakkan ianya diletakkan secara berselerak di kawasan perumahan; dan mengurangkan konflik guna tanah dengan adanya satu kawasan terminal kenderaan yang terancang dan teratur. Perundangan Sedia Ada (iv) (v) Penyediaan terminal kenderaan adalah bertujuan untuk: (i) menyediakan kemudahan pemunggahan (transhipment) yang terancang bagi mengelakkan kenderaan berat melebihi 5 tan memasuki pusat bandar untuk penghantaran ke premis-premis perniagaan; menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan berat di kawasan tumpuan aktiviti industri dan perdagangan dengan tujuan untuk mengelakkan perletakan secara berselerak di kawasan bahu jalan; Terdapat beberapa undang-undang sedia ada yang menyentuh aspek-aspek berkaitan dengan penyediaan tempat kenderaan berat iaitu: (i) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Subseksyen 48(1) dan 48(2), Akta 333, memberi kuasa kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan PBT untuk mengalih, mengapit atau menahan kenderaan yang menyebabkan galangan atau kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain. (ii) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 9

4 GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT Pesalah di bawah peruntukan ini boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya. Seksyen 72 pula memperuntukkan mengenai keperluan “mengadakan tempat letak kereta dan tempat perhentian” oleh pihak berkuasa yang berkenaan atau badan awam bagi kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan. Bagi tujuan ini, mana-mana tanah boleh digunakan bagi maksud tersebut yang diperolehi secara sah di sisi undang-undang. Seksyen ini juga membenarkan penggunaan mana-mana bahagian sesuatu jalan untuk digunakan sebagai tempat letak kereta atau tempat perhentian bagi kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan dengan syarat ia tidak menyekat akses ke mana-mana premis yang bersempadanan dengan jalan itu atau menyekat mana-mana orang yang berhak menggunakannya atau hingga menimbulkan aktiviti kacau ganggu. Caj boleh dikenakan bagi penggunaan tempat letak kenderaan dan ia perlu dinyatakan waktu penggunaannya selama mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 4 kenderaan tersebut boleh diletakkan di sesuatu tempat letak kenderaan. Akta ini juga memperuntukkan keperluan memaklumkan kepada pengguna perkara-perkara berikut: a) b) c) d) bilangan dan dimensi yang hendak diadakan; aliran kenderaan di ruang letak kenderaan; ruang dalam kedudukan pintu masuk dan keluar; dan caj yang dikenakan termasuk cara pemungutannya. (ii) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Subseksyen 51(1), Akta 715 telah menggariskan keperluan bagi setiap pengendali kenderaan yang membawa barangan untuk memiliki lesen pengendali yang dikeluarkan menurut peruntukan di bawah Bahagian 3, Akta 715. Bagi tujuan tersebut, subseksyen 52(1), Akta 715 telah menetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai pihak berkuasa bagi meluluskan permohonan lesen pengendali Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 10

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT kenderaan berat. Di antara syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon semasa memohon kelulusan lesen pengendali adalah keperluan untuk mengemukakan surat kelulusan daripada PBT berkaitan dengan lokasi pilihan untuk meletak kenderaan berat (subseksyen 52(2)(b), Akta 715). Selain daripada aspek lesen pengendali kenderaan, Akta 715 juga memperuntukkan keperluan bagi pengendali terminal kenderaan berat untuk memohon dan mendapatkan kelulusan lesen mengoperasi terminal daripada SPAD sebagaimana yang digariskan di dalam seksyen 6, Akta 715. 5 5 daripada dua (2) kategori iaitu (Rujuk Lampiran 2): (i) Kenderaan tegar (rigid vehicle): mempunyai 2 – 4 gandar (tidak melebihi 4 gandar); dan Kenderaan bersendi (articulated vehicle) : mempunyai 3 – 6 gandar yang meliputi treler, kontena dan prime mover. (ii) Terdapat 2 jenis kenderaan berat berbadan tegar (rigid body) dan bersendi (articulated) sebagaimana berikut (Foto 7): (i) Kenderaan berbadan tegar (rigid body vehicle) : a. Kurang dari 1.5 tan Berat kasar (GVW) b. Melebihi 1.5 Tan (GVW) Berat Kasar 3. 3.1 DEFINISI Definisi Kenderaan Berat Secara umumnya, Kenderaan Berat didefinisikan sebagai kenderaan perdagangan atau kenderaan barangan dengan Berat Dalam Muatan (BDM) yang melebihi 5,000 kilogram (5 tan). Jenis kenderaan berat dibezakan melalui bilangan gandar (axle) dan jenis muatan barangan yang dapat diangkut sama ada cecair atau bukan cecair. Merujuk kepada Perintah Sekatan Berat (Jalan Persekutuan) (Pindaan) 2003, [P.U.(A)275/2003], kenderaan berat terdiri Foto 7 : Jenis kenderaan berat berbadan tegar (rigid vehicle) dan bersendi (articulated) (ii) Kenderaan vehicle) : bersendi (articulated a. Minimum 3 gandar (box trailer). Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 11

6 GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT b. Minimum 3 gandar (trailer container seperti trailer minyak, simen, tepung gandum dan sebagainya). c. Minimum 3 gandar (container on the frame). 3.2 Definisi Berat Terminal Kenderaan 6 4. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN Perancangan perletakan terminal kenderaan berat perlu mengambilkira beberapa prinsip perancangan seperti berikut: (i) Lokasi yang strategik aksesibiliti yang tinggi dan Terminal kenderaan berat didefinisikan sebagai tempat atau kawasan persinggahan yang menghubungkan lorilori perkhidmatan pengangkutan jarak jauh antara bandar (intra-city line-haul) dengan lori-lori perkhidmatan pengumpulan dan penghantaran dalam bandar atau dengan rangkaian lalu lintas pengedaran di luar bandar. Peranan utama terminal ini adalah sebagai tempat perletakan kenderaan berat bermuatan atau kosong pada waktu siang atau malam. Ia juga berfungsi sebagai pusat pemindahan muatan (transhipment), pusat penyimpanan, pusat penyenggaraan dan baik pulih kenderaan, pengendalian kargo barangan kecil serta sebagai tempat menunggu dan berehat pemandu. Ia perlu dibangunkan secara terancang dan disediakan di lokasi yang strategik supaya mudah diakses oleh kenderaan berat dan memastikan urusan logistik dan operasi berjalan secara efisien. (ii) Jauh dari kawasan petempatan Tapak terminal kenderaan berat perlu dibangunkan di luar kawasan petempatan bagi mengurangkan risiko pencemaran dan gangguan lalu lintas. (iii) Mengutamakan keselamatan kesihatan dan Perlu dibangunkan dengan memberi fokus kepada aspek keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya, kesesuaian guna tanah dan persekitaran supaya aktiviti logistik dapat dikendalikan dengan selamat dan menjamin kesihatan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 12

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT 7 7 5. GARIS PANDUAN UMUM Garis panduan umum merangkumi empat (4) aspek utama iaitu aspek kategori, fungsi dan saiz, konsep perletakan serta aspek perancangan tapak. 5.1 Kategori Terminal Berdasarkan amalan penyediaan semasa, terminal kenderaan berat boleh dibangunkan berdasarkan dua (2) kategori berikut (Rajah 1): (i) Kategori 1: Terminal Pemindahan (Transhipment Terminal); dan Sebuah terminal kenderaan berat yang terletak di bandar utama yang mempunyai kawasan industri yang besar boleh berperanan sebagai tempat persinggahan lori-lori perkhidmatan pengangkutan jarak jauh. Di samping itu, ia juga boleh berperanan sebagai pusat pemunggahan barangan sama ada untuk diedarkan di dalam bandar atau bagi perjalanan seterusnya atau sebagai tempat memunggah muatan (transhipment) barangan (Foto 8). Bagi terminal kenderaan berat yang tidak menjalankan operasi memunggah dan memindahkan muatan, ia boleh berfungsi sebagai tempat meletak kenderaan tanpa muatan (kontena kosong). Terminal ini diperlukan di kawasan perindustrian dan sekitar kawasan perbandaran. (ii) Kategori 2: Terminal Kawasan Rehat dan Letak Kenderaan Rajah 1: Kategori Terminal Kenderaan Berat Foto 8: Contoh kategori Terminal Pemindahan (Petaling Jaya, 26.3.2012) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 13

8 5.2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT Fungsi dan Saiz Terminal 8 Keperluan saiz terminal kenderaan berat adalah berbeza mengikut kategori dan fungsi-fungsi terminal. (i) Terminal Pemindahan Keluasan yang sesuai bagi terminal ini ialah 5 – 20 hektar. Keluasan ini dapat menampung 40 hingga 100 kenderaan berat. (ii) Terminal Kawasan Letak Kenderaan Rehat dan Fungsi terminal pemindahan ialah sebagai tempat pemindahan muatan (transhipment), gudang simpanan (storage), tempat menerima dan pemunggahan muatan (loading dan unloading), pengelasan barang mengikut pelbagai jenis destinasi, memuatkan barangan / perkongsian muatan (mixed loading), tempat penyediaan maklumat berkaitan dengan pengendalian kenderaan, penyenggaraan dan baik pulih kenderaan secara kecil-kecilan (Foto 9). Kawasan rehat dan letak kenderaan berat berfungsi sebagai tempat persinggahan dan tempat letak kenderaan berat tanpa muatan (kontena kosong). lanya hanya menyediakan ruang untuk meletak kenderaan dengan kemudahan yang minima berbanding dengan terminal pemindahan (Foto 10 ). Foto 9: Contoh terminal kenderaan berat kategori terminal pemindahan. Foto 10: Contoh terminal kawasan rehat dan letak kenderaan (Pasir Gudang, 21.7.2011) Terminal ini berfungsi untuk mengelakkan kenderaan berat dari masuk ke kawasan perumahan dan pusat bandar. Keluasan yang disesuai bagi terminal ini ialah 2 – 5 hektar. Keluasan ini dapat menampung 20 hingga 50 lot kenderaan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 14

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT 5.3 (i) Konsep Perletakan Terminal Terminal Pemindahan 9 9 Bagi memastikan akses yang baik serta tidak mengganggu persekitaran kawasan pembangunan dan penempatan, maka terminal pemindahan hendaklah diletakkan berhampiran dengan lebuhraya atau jalan utama (rizab jalan 40.2 meter) dan mempunyai laluan berkembar (dual carriageway) (Rajah 2). Rajah 3: Persimpangan Searas (at-grade intersection) Rajah 2: Konsep Perletakan Terminal Pemindahan. Rajah 4: Persimpangan Bertingkat (grade separated intersection ) Akses ke tapak sebaik-baiknya melalui persimpangan bertingkat (grade-separated intersection) atau dalam keadaan tertentu persimpangan searas (at-grade intersection) yang mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk memastikan kenderaan berat tidak mempunyai masalah dalam pergerakan membelok (Rajah 3 dan Rajah 4). Kajian `Traffic Impact Assessment (TIA)’ dan `Road Safety Audit’ perlu dijalankan oleh pengendali (pemohon) dan dikemukakan kepada PBT di peringkat permohonan kebenaran merancang. Hasil kajian ini penting bagi memastikan sistem rangkaian jalan raya dan trafik di luar dan dalaman kawasan pembangunan terminal sentiasa cekap, lancar dan selamat. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 15

10 GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT (ii) Terminal Kawasan Letak Kenderaan Rehat dan 10 Bagi memastikan akses yang baik, kawasan rehat dan letak kenderaan hendaklah diletakkan berhampiran dengan jalan utama (rizab 30.5 meter) (Foto 11). Rajah 5: Konsep Perletakan Terminal Kawasan Rehat dan Letak Kenderaan Foto 11: Contoh perletakan terminal kategori kawasan rehat dan letak kenderaan berat. 5.4 Perancangan Tapak perlu kriteria Akses ke tapak boleh melalui persimpangan searas (at-grade intersection) dengan laluan tunggal (single carriageway) (Rajah 5). Rizab jalan 20 meter dan rekabentuk persimpangan perlu menggunakan compound curve. Perancangan tapak terminal mengambilkira beberapa sebagaimana berikut: (i) Kesesuaian Guna Tanah Terminal kenderaan berat tidak boleh dibangunkan di kawasan perumahan dan kawasan perdagangan bagi mengelakkan berlakunya ketidakserasian aktiviti guna tanah serta mengelakkan berlakunya konflik lalu lintas dan kesan pencemaran. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

Comments

no comments yet