Garis Panduan Perancangan GP001-A

 

Embed or link this publication

Description

Perumahan

Popular Pages


p. 1

DRAF KETUJUH (4 Januari 2013) Perumahan GP001-A

[close]

p. 2

Perumahan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 4 Januari 2013

[close]

p. 3

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan Cetakan Pertama (2013) © Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hakcipta Terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Penerbit. ISBN 978-983-41729-6-1 Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel.: 03 – 2698 9211 Fax: 03 – 2693 3964 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia i

[close]

p. 4

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan Pemberitahuan Garis panduan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan (JPP) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bil. 08/2012 pada 17 Disember 2012. Garis panduan ini menggantikan Garis Panduan Perancangan Perumahan Berbilang Tingkat (JPBD 2/99), Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Kos Sederhana Satu dan Dua Tingkat (JPBD 2/2003), Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kos Sederhana Rumah Pangsa (JPBD 3/2003) dan Garis Panduan Perancangan Susun Atur Yang Optima Bagi Kawasan Perumahan (JPBD 4/2003). Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang sedia ada khususnya Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS), 1984. Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan umum dan garis panduan khusus yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaras dengan rancangan pemajuan (khususnya rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas) yang sedang berkuatkuasa di sesebuah kawasan pihak berkuasa perancang tempatan. Ia juga perlu merujuk kepada dasar-dasar, pekeliling, arahan dan piawaian-piawaian yang digubal dan dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, serta garis panduan-garis panduan perancangan lain yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 4 Januari 2013 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia ii

[close]

p. 5

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. TUJUAN LATARBELAKANG DASAR-DASAR PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN 3.1 Dasar Perbandaran Negara 3.2 Rancangan Fizikal Negara Kedua 3.3 Dasar Perumahan Negara 3.4 Rancangan Malaysia Kesepuluh HALATUJU PEMBANGUNAN PERUMAHAN SKOP GARIS PANDUAN PRINSIP PERANCANGAN muka surat 1 1 2 2 3 5 6 8 9 10 12 12 14 18 18 19 21 23 23 25 26 26 26 27 28 29 30 30 iii 4. 5. 6. 7. GARIS PANDUAN UMUM 7.1 Pengukuhan Kerangka Perancangan Perumahan 7.2 Pemantapan Konsep Kejiranan 7.3 Penerapan Konsep Kejiranan Hijau 7.3.1 Konsep Kejiranan Hijau 7.3.2 Penerapan Ciri-Ciri Kejiranan Hijau Dalam Susun Atur Perumahan 7.3.3 Penerapan Ciri-Ciri Kejiranan Hijau Dalam Reka Bentuk Bangunan 7.4 Penerapan Konsep Kediaman Selamat 7.4.1 Penerapan Ciri-Ciri Kediaman Selamat Dalam Susun Atur Perumahan 7.4.2 Penerapan Ciri-Ciri Kediaman Selamat Dalam Reka Bentuk Bangunan 7.5 Kawalan Pemajuan Perumahan 7.5.1 Kawalan Am Kelulusan Pemajuan Perumahan 7.5.2 Kawalan Unit Perdagangan dan Perindustrian Dalam Pemajuan Perumahan 7.5.3 Kawalan Kelulusan Pemajuan Perumahan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 7.5.4 Peruntukan Rumah Kos Rendah dalam Pemajuan Perumahan 7.5.5 Keperluan-Keperluan Lain 7.6 Kawalan dan Panduan Umum Perancangan Tapak 7.6.1 Kesesuaian Tapak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 6

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan 7.7 7.8 7.9 7.10 7.11 7.12 7.13 7.14 7.15 8. 7.6.2 Aksessibiliti 7.6.3 Pemeliharaan Topografi dan Alam Semulajadi 7.6.4 Orientasi Perancangan Sistem Jalan Raya dan Perhubungan Di Kawasan Perumahan 7.7.1 Sistem dan Reka Bentuk Jalan Raya 7.7.2 Penerapan Pendekatan `New Urbanism’ Dalam Perancangan Hierarki dan Reka Bentuk Jalan Raya 7.7.3 Penyediaan Lorong Basikal dan Lorong Pejalan Kaki 7.7.4 Perancangan Pengangkutan Awam dan Sistem `Transit’ Penyediaan Kemudahan Masyarakat Penyediaan Rumah Ibadat dan Tempatan Keagamaan Penyediaan Tanah Perkuburan Penyediaan Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti Penyediaan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi Aktiviti Landskap dan Penanaman Pokok di Kawasan Perumahan Penyediaan Kemudahan Berkonsepkan Rekabentuk Sejagat Penyediaan Tempat Letak Kenderaan 30 30 31 32 32 33 34 35 36 36 36 37 38 39 41 42 43 43 43 44 45 47 47 48 49 50 56 57 58 58 58 60 60 60 63 63 64 GARIS PANDUAN KHUSUS 8.1 Hierarki dan Piawaian Jalan Raya 8.1.1 Jalan Pengumpul Utama 8.1.2 Jalan Pengumpul Kecil 8.1.3 Jalan Tempatan 8.2 Piawaian Perancangan dan Bangunan Perumahan Bertanah 8.2.1 Saiz Tanah dan Ruang Lantai 8.2.2 Saiz Jalan Tempatan 8.2.3 Saiz Lorong 8.2.4 Anjakan Bangunan 8.2.5 Ketinggian Bangunan 8.2.6 Keperluan-Keperluan Tambahan 8.3 Piawaian Perancangan dan Bangunan Perumahan Berbilang Tingkat 8.3.1 Saiz Tanah dan Ruang Lantai 8.3.2 Piawaian Kepadatan 8.3.3 Saiz Jalan 8.3.4 Kawasan Liputan Plot Bangunan 8.3.5 Anjakan Plot Bangunan 8.3.6 Ketinggian Bangunan 8.3.7 Keperluan Unit Kediaman OKU 8.3.8 Keperluan-Keperluan Tambahan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia iv

[close]

p. 7

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan 9. MEKANISME PERANCANGAN GUNA TANAH PERUMAHAN 9.1 Menambah Baik Dasar-Dasar, Strategi dan CadanganCadangan Pembangunan Perumahan 9.2 Menambah Baik Proses dan Pendekatan Kajian Perumahan 9.3 Menambah Baik Kaedah Pengezonan Guna Tanah Perumahan PENUTUP 65 65 66 66 67 10. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia v

[close]

p. 8

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan BAHAGIAN A PEMBANGUNAN PERUMAHAN 1. TUJUAN DASAR DAN HALA TUJU Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak berkuasa negeri (PBN), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi teknikal di dalam merancang dan mengawal pembangunan semua jenis perumahan semasa penyediaan rancangan pemajuan dan memproses permohonan kebenaran merancang. Ia juga bertujuan untuk memandu dan memudah cara pihak pemaju di dalam mereka bentuk susun atur dan menyedia kemudahan awam dan infrastruktur bagi setiap pemajuan perumahan yang dibangunkan. Pematuhan kepada garis panduan ini adalah penting bagi memastikan pembangunan perumahan menepati matlamat dan prinsip-prinsip perancangan. 2. LATARBELAKANG Perumahan bukan sahaja berperanan sebagai komponen guna tanah utama dalam sesebuah bandar, malah turut memainkan peranan sebagai sektor utama yang menjana dan memacu perkembangan industri harta tanah dan pertumbuhan ekonomi di peringkat tempatan dan negara. Sektor ini mengalami perubahan pemikiran dan matlamat dari semasa ke semasa daripada melihat perumahan sebagai `tempat tinggal’ (shelter) kepada mempastikan perumahan disediakan secara mencukupi dan mampu dimiliki oleh pelbagai golongan masyarakat sehinggalah keperluan untuk menikmati persekitaran perumahan yang kondusif, selesa, berkualiti, selamat dan harmoni. Dalam konteks perancangan fizikal, walaupun pelbagai pendekatan dan peraturan perancangan diperkenal dan dilaksanakan, namun usaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif pembangunan perumahan masih belum sepenuhnya tercapai. Pembangunan perumahan di peringkat tempatan masih mengalami pelbagai permasalahan yang antaranya seperti berikut: (i) Penawaran perumahan yang tidak selaras dengan permintaan sebenar penduduk dari segi jenis rumah, harga, lokasi dan sebagainya; Reka bentuk susun atur perumahan masih bersifat konvensional, kurang kreatif dan mengabaikan pemeliharaan topografi dan pengekalan elemen-elemen alam semula jadi; 1 (ii) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 9

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan (iii) Penyediaan kemudahan masyarakat dan infrastruktur yang tidak mencukupi, kurang berkualiti dan ditempatkan di lokasi yang tidak strategik; Sistem jalan raya dan perhubungan yang tidak menyeluruh, tidak selamat dan kurang pertimbangan kepada penyediaan ruang-ruang berjalan kaki dan berbasikal; Penyediaan tanah lapang dan kawasan rekreasi yang kurang mencukupi, terletak di lokasi yang kurang sesuai serta tidak terselenggara; dan Kurang pertimbangan dalam reka bentuk susun atur pembangunan dan bangunan kepada keperluan golongan-golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak. (iv) (v) (vi) Kewujudan pelbagai permasalahan dalam pembangunan perumahan memerlukan tindakan-tindakan dan perubahan secara jangka panjang daripada peringkat perancangan (forward planning) sehinggalah ke peringkat pengawalan, pemantauan dan pelaksanaan perancangan yang turut memerlukan penambahbaikan kepada mekanisme dan peraturan-peraturan perancangan. 3. DASAR-DASAR PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN Kepentingan untuk merancang dan membangunkan perumahan secara lebih cekap bagi mencapai matlamat-matlamat sosial, ekonomi dan alam sekitar telah diberi penekanan di dalam beberapa dasar pembangunan di peringkat negara, khususnya di dalam Dasar Perbandaran Negara (DPN), Rancangan Fizikal Negara Kedua (RFN Ke-2), Dasar Perumahan Negara (DRN) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RM Ke-10). 3.1 Dasar Perbandaran Negara DPN yang digubal pada tahun 2006 telah memberi penekanan kepada keperluan mewujudkan persekitaran bandar yang kondusif dan sejahtera serta beridentiti (Teras 5). Bagi memenuhi teras ini, DPN telah menggariskan satu dasar khusus perkaitan pembangunan perumahan iaitu `Kemudahan Perumahan Yang Mencukupi Perlu Disediakan Berasaskan Keperluan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 2

[close]

p. 10

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan Penduduk’ (DPN 21). Terdapat beberapa langkah yang dicadangkan bagi mencapai dasar ini sebagaimana berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Mempelbagaikan jenis dan kategori rumah mampu milik dan mampu bayar serta reka bentuk berkualiti di lokasi bersesuaian; Mensasarkan matlamat 1 unit rumah bagi 1 isi rumah; Mensasarkan matlamat setinggan sifar pada tahun 2020; Mengenal pasti perletakan kawasan perumahan awam (kos rendah) yang sesuai di dalam rancangan pemajuan; Memastikan lokasi perumahan awam berdekatan dengan tempat kerja, mempunyai aksessibiliti yang baik dan dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan awam yang lengkap; dan Mengambil kira keperluan golongan OKU dan warga emas dalam perancangan perumahan. (vi) 3.2 Rancangan Fizikal Negara Kedua Keperluan untuk membangunkan perumahan secara mampan telah diberikan penekanan, malah telah menjadi prinsip dan matlamat utama RFN Ke-2 dalam perancangan spatial dan guna tanah pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini, RFN Ke-2 telah menggubal beberapa strategi yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti guna tanah perumahan sebagaimana berikut: (i) Keperluan mengoptima kegunaan tanah untuk pembangunan bandar dengan menggalakkan penjanaan semula bandar (urban regeneration), pembangunan secara penuh (infill development) serta mengguna semula tapak-tapak ‘brownfield’ di kawasan bandar bagi mengurangkan pembukaan kawasan pinggir bandar; Keperluan menilai dan membekal keperluan perumahan pada masa hadapan berdasarkan permintaan sebenar isi rumah dari segi kemampuan untuk membayar bayaran bulanan untuk perumahan dan pilihan-pilihan perumahan yang pada asasnya boleh dibahagikan mengikut jenis pemilikan, jenis rumah, bentuk, harga dan pilihan lokasi; dan (ii) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 3

[close]

p. 11

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan (iii) Keperluan untuk hanya membekal keperluan perumahan masa hadapan di dalam kawasan-kawasan yang telah ditetapkan, tanpa mencerobohi (encroach) kawasan-kawasan tanah hutan dan kawasankawasan sensitif alam sekitar. Selain daripada strategi di atas, terdapat dua dasar khusus berkaitan perumahan yang digubal di dalam RFN Ke-2 dengan cadangan langkah-langkah seperti berikut: (i) Dasar RFN19 - `menyediakan perumahan mampu milik dengan mempastikan kemudahan komuniti yang mencukupi termasuk kemudahan keselamatan dan perkhidmatan disediakan di pusatpusat bandar utama bagi memenuhi keperluan penduduk’. (a) Kawasan perumahan yang mencukupi perlu dilengkapi dengan infrastruktur, kemudahan awam dan masyarakat berdasarkan keperluan penduduk; Kawasan perumahan di pusat bandar perlu dirancang untuk mencapai sasaran satu unit rumah untuk satu isirumah; Di pusat-pusat bandar, sasaran setinggan sifar perlu dicapai pada tahun 2020; Kawalan dan keselamatan haruslah dipastikan di semua kawasan persekitaran dan pencegahan jenayah melalui Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) perlu digunakan di skim pembangunan perumahan sektor awam dan swasta; Rancangan Tempatan perlu mengenalpasti kawasan-kawasan bagi perumahan rakyat dengan memastikan jarak ke tempat kerja yang dekat, aksesibiliti yang baik dan mengambilkira keperluan pelbagai kumpulan masyarakat; dan Pelaksanaan land readjustment dan land pooling harus diterima sebagai strategi untuk penyatuan tanah yang berselerak bagi memenuhi keperluan perumahan semasa dan masa depan. (b) (c) (d) (e) (vi) (ii) Dasar RFN20 – `piawaian perancangan dan garis panduan dasar pembangunan bandar perlu digubal bagi memenuhi keperluankeperluan sebagai sebuah negara maju’. 4 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

[close]

p. 12

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan (a) Piawaian perancangan sedia ada perlu ditambah baik selaras dengan piawaian yang diguna pakai di peringkat negara maju dengan memberi penekanan kepada memastikan kualiti kehidupan berstatus negara maju; Pelaksanaan piawaian-piawai yang ditambah baik perlu dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelak kesan-kesan kepada harta tanah dan perubahan harga rumah; dan Garis panduan perancangan perlu memberi penekanan kepada isu-isu perubahan cuaca dan pencapaian kejiranan hijau. (b) (c) 3.3 Dasar Perumahan Negara DRN yang diluluskan pada tahun 2010 telah menetapkan matlamat untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemampanan hidup rakyat. Bagi mencapai matlamat ini, tiga (3) objektif telah digariskan di dalam DRN iaitu: Objektif 1: Menyediakan perumahan yang mencukupi dan berkualiti dengan kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang kondusif; Meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah; dan Menetapkan hala tuju kemampanan sektor perumahan. Objektif 2: Objektif 3: Bagi mencapai objektif-objektif tersebut, DRN digubal berasaskan kepada 6 teras dan 20 pernyataan dasar sebagaimana di Lampiran 1. Dalam konteks perancangan perumahan, Teras 6 yang digariskan di dalam DRN iaitu `peningkatan tahap kemudahan sosial, perkhidmatan asas dan persekitaran yang berdaya huni (liveable)’ adalah amat penting untuk dicapai. Pernyataan dasar bagi teras ini adalah seperti berikut: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 5

[close]

p. 13

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan DRN 6.1: Penyediaan perumahan yang lengkap dan pembangunan yang mampan dengan kemudahan dan perkhidmatan asas mengikut piawaian dan keperluan semasa serta keperluan-keperluan sosial, bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif. Pemantapan mekanisme pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata dan harta bersama yang efiesyen. Pelaksanaan Konsep Bandar Selamat yang berkaitan dengan kawasan perumahan. DRN 6.2: DRN 6.3: 3.4 Rancangan Malaysia Kesepuluh RMKe-10 yang digubal bagi tempoh pelaksanaan 2011 hingga 2015 meneruskan usaha dan langkah bagi meningkatkan penyediaan perumahan yang mencukupi sebagaimana rancangan-rancangan lima tahun terdahulu. Dalam konteks pembangunan bandar dan pembangunan kediaman, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, RMKe-10 telah memberi penekanan khusus kepada mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup di kawasan bandar dan luar bandar. Berkaitan perumahan, terdapat dua (2) strategi khusus yang digariskan di dalam RMKe-10 dengan cadangan langkah-langkah berikut: Strategi 1: Membangunkan kawasan kediaman yang berdaya maju dan menarik. Mempengaruhi bentuk dan ciri kawasan yang boleh menjadikannya tempat yang menarik untuk didiami, bekerja dan beriadah, dengan langkah-langkah seperti di bawah: (a) Membangunkan bandar yang berdaya maju dan sesuai didiami dengan cara menegak berbanding secara tersebar, dengan mengambilkira kesan pembangunan secara tersebar atau rebakan yang akan mengakibatkan masa perjalanan yang lebih panjang, kesesakan dan pencemaran serta menjejaskan kawasan sensitif alam sekitar; Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 6

[close]

p. 14

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan (b) Menerap dan melaksanakan pendekatan baru (menggantikan pendekatan semasa) dalam merekabentuk sistem dan struktur bandar sebagaimana di Jadual 3.1; Jadual 3.1: Pendekatan Baru Untuk mewujudkan Bandar Yang Berdaya Maju dan Sesuai Didiami Elemen Rekabentuk Bandar Pendekatan Semasa Pendekatan Baru Menjadikan bandar Menjadikan kesejahteraan, kualiti menarik secara fizikal. hidup dan kesesuaian didiami sebagai keutamaan bagi setiap projek di bandar. Pembangunan hartanah Pemaju perlu mengutamakan memacu pewujudan kehendak orang awam termasuk bandar. nilai estetika. berasaskan Perancangan berasaskan Perancangan komuniti dan kejiranan. projek fizikal. Pengasingan fungsi pembangunan mengikut jenis kegunaan tanah kediaman, komersial dan industri. Pembangunan bercampur adalah penting untuk menggalak kediaman, bekerja dan aktiviti riadah di dalam kawasan yang sama. Sumber : Rancangan Malaysia Kesepuluh (Unit Perancang Ekonomi, 2010, m.s. 260). (c) Mewujudkan bandar padat dan cekap, selesa dan menarik dengan memastikan setiap bandar satelit atau bandar di sekeliling pusat bandar utama menjadi tempat yang berdaya maju untuk didiami, bekerja dan beriadah; Menggalakkan pembangunan bercampur di mana sistem bandar perlu direka bentuk untuk mengurangkan jarak perjalanan dan menggalakkan aktiviti mesra rakyat di dalam persekitaran bandar dengan menumpukan kepada pelbagai kemudahan dan aktiviti yang mudah diakses; dan Pembangunan bercampur berkepadatan tinggi perlu disepadukan dengan sistem pengangkutan awam secara transit yang cekap berkonsepkan `transit oriented development’ bagi memastikan pemaju mengambilkira keperluan pejalan kaki dan kemudahan akses kepada (d) (e) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 7

[close]

p. 15

Draf Garis Panduan Perancangan Perumahan pengangkutan awam, khususnya dari kediaman ke tempat kerja. Strategi 2: Memastikan akses kepada perumahan yang berkualiti dan mampu milik, dengan langkah-langkah berikut: (a) Memenuhi keperluan penduduk yang meningkat dengan memadankan penawaran dan permintaan terhadap rumah mampu milik dan menggalakkan industri yang lebih cekap dan mampan; Selaras dengan agenda negara dalam mempromosi pembangunan mampan, reka bentuk perumahan perlu mengambil kira elemen dan teknologi Bangunan Hijau serta mesra alam; dan Memperkukuh usaha menyediakan perumahan berkualiti tinggi dan persekitaran mampan melalui usaha mengkaji semula Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984, memperkenalkan Garis Panduan Hijau dan Sistem Penggredan Hijau dan mewujudkan ruang awam di dalam projek perumahan yang lengkap dengan berlandskap dengan kemudahan asas bagi meningkatkan interaksi dan integrasi antara komuniti setempat. (b) (c) 4. HALA TUJU PEMBANGUNAN PERUMAHAN Berpandukan kepada permasalahan yang wujud serta bagi mematuhi strategi, matlamat dan objektif-objektif yang dihasratkan dalam dasar-dasar pembangunan negara, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dan ditambah baik dalam proses perancangan perumahan. Pembangunan perumahan masa depan perlu menerap, memantap dan mencapai aspek-aspek berikut: (i) Penawaran Perumahan – mencukupi untuk setiap isi rumah, mampu dimiliki dan mengambilkira permintaan sebenar pelbagai golongan penduduk dari sudut kemampuan pendapatan dan mampu bayar serta pilihan-pilihan jenis, harga dan lokasi; Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 8

[close]

Comments

no comments yet