Garis Panduan Perancangan GP004-A

 

Embed or link this publication

Description

Kemudahan Masyarakat

Popular Pages


p. 1

GARIS PANDUAN PERANCANGAN Kemudahan Masyarakat

[close]

p. 2

GARIS PANDUAN PERANCANGAN Kemudahan Masyarakat JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2013

[close]

p. 3

Cetakan Pertama 2013 © Hak cipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hak cipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau pun dipindahkan ke dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu. ISBN 978-983-41729-9-2 Diterbitkan di Malaysia oleh: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel. : 03–2698 9211 Faks: 03–2692 9994

[close]

p. 4

Pemberitahuan Garis Panduan ini menggantikan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat JPBD 19/97 yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Garis Panduan ini telah diambil maklum oleh Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-66 pada 3 September, 2013. Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan kandungan Rancangan Pemajuan, khususnya Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Garis Panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain, sama ada dari segi subjek atau pun pertapakan, yang disediakan di bawah peruntukan perundangan oleh mana-mana pihak. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan undang-undang sedia ada yang berkaitan. Ia juga perlu merujuk kepada garis panduan lain yang berkaitan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. September, 2013

[close]

p. 5

GLOSARI CCTV CPTED GP IPK IPD JBPM JKP JKM JKR JPBD SM JPN KK KKM KPKT KPTG KTN NKRA NKEA OKU OSC PBT PTG PTP RKK RT TV Litar Tertutup (Closed Circuit TV) Crime Prevention Through Environmental Design Garis Panduan Ibu Pejabat Kontigen Ibu Pejabat Polis Daerah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jabatan/Kementerian/Agensi Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Kerja Raya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jawatankuasa Perancang Negeri Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Kanun Tanah Negara Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas) Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (National Key Economic Activities) Orang Kurang Upaya One Stop Centre Pihak Berkuasa Tempatan Pejabat Tanah dan Galian Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Rancangan Kawasan Khas Rancangan Tempatan

[close]

p. 6



[close]

p. 7

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT i ISI KANDUNGAN GLOSARI 1. 2. TUJUAN LATAR BELAKANG 2.1. 3. SKOP 3.1. 4. 5. Peruntukan Perundangan dan Dasar Keperluan Garis Panduan 1 1 1 2 2 3 7 7 7 9 10 16 16 18 19 29 29 30 30 34 34 34 PRINSIP PERANCANGAN GARIS PANDUAN UMUM DAN KHUSUS 5.1. Kemudahan Kesihatan 5.1.1. Kategori 5.1.2. Garis Panduan Umum (Awam/Swasta) 5.1.3. Garis Panduan Khusus 5.2. Kemudahan Pendidikan 5.2.1. Kategori 5.2.2. Garis Panduan Umum 5.2.3. Garis Panduan Khusus 5.3. Kemudahan Keselamatan - Polis 5.3.1. Kategori 5.3.2. Garis Panduan Umum 5.3.3. Garis Panduan Khusus 5.4. Kemudahan Bomba dan Penyelamat 5.4.1. Kategori 5.4.2. Garis Panduan Umum

[close]

p. 8

ii 5.5. GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT 5.4.3. Garis Panduan Khusus Pusat Komuniti 5.5.1. Kategori 5.5.2. Garis Panduan Umum 5.5.3. Garis Panduan Khusus 5.6. Perpustakaan Awam 5.6.1. Kategori 5.6.2. Garis Panduan Umum 5.6.3. Garis Panduan Khusus 5.7. Kemudahan Kebajikan 5.7.1. Kategori 5.7.2. Garis Panduan Umum 5.7.3. Garis Panduan Khusus 6. 7. PENYEDIAAN KEMUDAHAN MASYARAKAT SECARA INTEGRASI MEKANISME PELAKSANAAN KEMUDAHAN MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNAN 7.1. 7.2. 8. Pelaksanaan Kemudahan Masyarakat Melalui Rancangan Pemajuan Pelaksanaan Kemudahan Masyarakat Melalui Kebenaran Merancang 35 38 38 39 40 41 41 43 44 46 46 49 50 53 56 58 62 65 PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN

[close]

p. 9

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT iii 8 13 14 15 15 16 21 22 25 28 29 31 34 36 38 41 42 45 48 51 55 56 57 SENARAI JADUAL Jadual 1.0: Kategori dan Kriteria Kemudahan Kesihatan Jadual 2.0: Garis Panduan Khusus Hospital Jadual 3.0: Garis Panduan Khusus Klinik Kesihatan Jadual 4.0: Garis Panduan Khusus Klinik Desa Jadual 5.0: Garis Panduan Khusus Klinik 1Malaysia Jadual 6.0: Kategori Kemudahan Pendidikan Jadual 7.0: Garis Panduan Khusus Sekolah Rendah Jadual 8.0: Garis Panduan Khusus Sekolah Menengah Jadual 9.0: Garis Panduan Khusus Sekolah Pendidikan Khas Jadual 10.0: Garis Panduan Khusus Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Kolej/ Politeknik Jadual 11.0: Kategori Kemudahan Keselamatan – Polis Jadual 12.0: Garis Panduan Khusus Kemudahan Polis Jadual 13.0: Kategori Kemudahan Bomba dan Penyelamat Jadual 14.0: Garis Panduan Khusus Balai Bomba Jadual 15.0: Kategori Pusat Komuniti Jadual 16.0: Garis Panduan Khusus Pusat Komuniti Jadual 17.0: Kategori Perpustakaan Awam Jadual 18.0: Garis Panduan Khusus Perpustakaan Awam Jadual 19.0: Kategori Kemudahan Kebajikan Jadual 20.0: Garis Panduan Khusus Kemudahan Kebajikan Jadual 21.0: Keluasan Lantai Minimum Kemudahan Yang Disediakan Secara Integrasi/Bangunan Gunasama Jadual 22.0: Peranan Agensi Dalam Membangunkan Kemudahan Masyarakat Jadual 23.0: Agensi Bertanggungjawab Dalam Pembangunan Kemudahan Masyarakat

[close]

p. 10

iv SENARAI FOTO Foto 1: Foto 2: Foto 3: Foto 4: Foto 5: Foto 6: Foto 7: Foto 8: Foto 9: Foto 10: Foto 11: GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT Reka Bentuk Bangunan Kemudahan Awam Yang Bercirikan Tempatan Kemudahan Kesihatan – Hospital Klinik 1Malaysia di Lokasi Tumpuan Orang Ramai Seperti di Rumah-Rumah Kedai Komponen Utama Kemudahan Kesihatan Kemudahan Pendidikan Kategori Sekolah Menengah Laluan Pejalan Kaki dan Pagar Keselamatan Sebagai Komponen Sokongan Kemudahan Pendidikan Kategori Kemudahan Keselamatan Polis Peralatan dan Kemudahan Sokongan Bomba Kemudahan Pusat Komuniti – Dewan Serba Guna dan Balai Raya Kategori Perpustakaan Awam Ruang Aktiviti dan Multisensori di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) 4 9 11 12 17 24 31 37 40 43 49 SENARAI RAJAH Rajah 1.0: Konsep Perancangan Penyediaan Kemudahan Masyarakat Bagi Sebuah Bandar Rajah 2.0: Konsep Perancangan Penyediaan Kemudahan Masyarakat Bagi Sebuah Subbandar Rajah 3.0: Jarak Antara Kemudahan Pendidikan Dengan Kediaman Rajah 4.0: Contoh Konsep Penyediaan Kemudahan Secara Integrasi/Gunasama Bangunan Rajah 5.0: Pelaksanaan Pembangunan Kemudahan Masyarakat Melalui Rancangan Pemajuan Rajah 6.0: Cadangan Pelaksanaan Pembangunan Kemudahan Masyarakat Melalui Kebenaran Merancang 5 6 26 53 60 64

[close]

p. 11

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT 1 1. TUJUAN Garis Panduan ini disediakan bertujuan membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi pelaksana dan pemaju menyediakan kemudahan masyarakat yang secukupnya dalam membangunkan sesuatu kawasan ke arah mewujudkan komuniti sejahtera. 2. 2.1. LATAR BELAKANG Keperluan Garis Panduan Penyediaan kemudahan masyarakat adalah selaras dengan Dasar Sosial Negara yang menekankan kepada kepuasan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat melalui penyampaian perkhidmatan sosial yang merangkumi aspek:         kebajikan masyarakat; kesihatan; pendidikan; pekerjaan; perumahan; penghayatan nilai dan budaya; keselamatan; dan persekitaran yang sihat. Kemudahan masyarakat merupakan satu komponen penting dalam proses perancangan dan pembangunan negara. Penyediaan kemudahan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti adalah perlu kerana ia bukan sahaja menggambarkan perubahan permintaan tetapi juga sebagai indikator tahap pembangunan mampan negara ke arah pembentukan komuniti sejahtera. Penekanan terhadap kepentingan penyediaan kemudahan masyarakat adalah selaras dengan saranan Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat 1Malaysia serta ke arah mencapai inisiatif Kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA). Pembangunan kemudahan masyarakat memberi fokus terhadap kemahuan dan keperluan rakyat iaitu Rakyat Didahulukan di samping agihan penyediaan kemudahan masyarakat yang sama rata serta adil. Oleh itu, penyediaan kemudahan masyarakat tidak harus dianggap ringan kerana penyediaan yang kurang memuaskan boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat secara keseluruhannya. Kebiasaannya, penyediaan kemudahan masyarakat dilihat oleh pemaju sebagai tidak menguntungkan. Pada realitinya, dengan adanya penyediaan kemudahan masyarakat, nilai hartanah di sesuatu kawasan akan meningkat kerana kemudahan ini memberi faedah kepada penduduk setempat. Garis Panduan ini disediakan untuk menangani isu semasa mengenai perancangan kemudahan masyarakat di dalam merancang sesuatu kawasan. Ini dapat direalisasikan dengan pelaksanaan garis panduan yang lebih rasional supaya penyediaan kemudahan masyarakat mampu memberi manfaat serta memenuhi kehendak masyarakat setempat dan

[close]

p. 12

2 mencapai mampan. 3. SKOP GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT matlamat pembangunan Garis Panduan ini meliputi penyediaan 7 jenis kemudahan masyarakat utama, iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. kesihatan; pendidikan; polis; balai bomba dan penyelamat; pusat komuniti; perpustakaan awam; dan kebajikan. Bagi kemudahan tempat letak kereta termasuk untuk golongan Orang Kurang Upaya yang dinyatakan di dalam Garis Panduan ini perlulah merujuk kepada Garis Panduan Perancangan Tempat Letak Kereta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM). 3.1. Peruntukan Dasar Perundangan dan Peruntukan perundangan dan dasar yang dirujuk dalam perancangan dan pembangunan kemudahan masyarakat adalah: Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; ii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]; iii. Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 50/1965](Seksyen 124A dan 204D); iv. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984; v. Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; vi. Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]; vii. Akta Perkhidmatan Bomba 1998 [Akta 341)]; viii. Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685]; ix. Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]; x. Dasar Sosial Negara, 2003; xi. Dasar Perbandaran Negara, 2006; xii. Convention on the Rights of Persons with Disabilities, 2006; dan xiii. Perundangan dan dasar lain berkaitan. i. Garis Panduan ini memberi penekanan kepada beberapa aspek utama iaitu perancangan tapak, reka bentuk, susun atur dan keperluan-keperluan lain. Tapak untuk kemudahan masyarakat perlulah dikenalpasti semasa penyediaan Rancangan Pemajuan dan proses Kebenaran Merancang untuk memastikan penyediaan kemudahan yang mencukupi mengikut keperluan penduduk, peruntukan perundangan dan dasar semasa. Tapak untuk kemudahan masyarakat seperti tanah lapang awam, tanah perkuburan dan tempat ibadat yang hendak diserah kepada Kerajaan, hendaklah disediakan dengan merujuk kepada Garis Panduan Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi, Garis Panduan Perkuburan dan Krematorium, Garis Panduan Tempat Ibadat Islam, dan Garis Panduan Kuil, Tokong, Gereja dan Gurdwara yang disediakan oleh JPBD SM.

[close]

p. 13

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT 3 4. PRINSIP PERANCANGAN iii. Keselesaan dan Keselamatan Susun atur dan reka bentuk kemudahan masyarakat perlu mengambil kira aspek keselesaan dan keselamatan orang ramai yang mana ia tidak dibina di kawasan yang berisiko bencana, bercerun dan berdekatan laluan talian rentis elektrik. Tempat letak kereta dan ruang menunggu perlulah disediakan dengan mencukupi mengikut keperluan yang ditetapkan agar menyenangkan dan memberi keselesaan kepada orang ramai yang berkunjung ke premis kemudahan awam. iv. Interaksi Kemudahan masyarakat yang disediakan mestilah memupuk semangat kemesraan, menggalakkan interaksi penduduk dan bersesuaian dengan persekitaran serta budaya setempat. v. Reka Bentuk Reka bentuk atau seni bina bangunan hendaklah menekankan seni dan nilai estetik yang tinggi serta mencerminkan ciri budaya tempatan. Elemen Crime Prevention Through Environmetal Design (CPTED) dan reka bentuk sejagat (Universal Design) perlu diterapkan dalam reka bentuk bangunan dan komponen kemudahan sokongan seperti tandas, tempat letak kereta, lif dan sebagainya kerana penggunaannya meliputi semua golongan sama ada golongan dewasa, kanak-kanak, warga tua atau golongan kurang upaya (rujuk Garis Perancangan kemudahan masyarakat perlu berdasarkan kepada prinsip berikut: i. Pengagihan Seimbang Kemudahan Yang Pengagihan kemudahan masyarakat yang mencukupi dan seimbang mengikut hierarki, lokasi yang bersesuaian dan keperluan penduduk. ii. Kemudahsampaian Perancangan dan perletakan kemudahan masyarakat perlu berlandaskan konsep kejiranan yang mana menitikberatkan kemudahsampaian kepada pengguna dalam jarak berjalan kaki yang praktikal kepada semua golongan dengan penyediaan kemudahan seperti laluan pejalan kaki, kemudahan pengangkutan awam, lintasan pejalan kaki dan lain-lain lagi. Perancangan dan perletakan kemudahan masyarakat juga perlu mengambil kira aspek keselamatan yang mana jalan masuk (akses) ke premis tidak dibenarkan dihubung dari jalan utama (jalan persekutuan JKR) sebaliknya hendaklah dihubung dari jalan tempatan. Ini adalah kerana jalan utama JKR mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi, sedangkan aliran kenderan yang memasuki premis ini adalah berkelajuan rendah. Sekiranya premis diakses terus dari jalan utama akan berlakunya percampuran had kelajuan trafik yang akan membawa implikasi berlakunya kemalangan.

[close]

p. 14

4 GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design), JPBD SM 2011). Secara umumnya, konsep perancangan yang digunakan bagi penyediaan kemudahan masyarakat sebuah bandar adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1.0. Bagi 1 unit kejiranan dengan anggaran penduduk seramai 5,000, kemudahan masyarakat yang perlu disediakan antaranya ialah sekolah rendah, balai raya, perpustakaan desa dan balai polis komuniti/pondok polis. Bagi 2 unit kejiranan, perlu disediakan 1 sekolah menengah yang mana perletakan yang sesuai adalah di antara 2 unit kejiranan tersebut. Bagi 1 subbandar kemudahan masyarakat yang perlu disediakan ialah balai polis kategori C, klinik kesihatan dan kemudahan kebajikan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.0. Perpustakaan Awam Pekan Arau, Perlis. Julai, 2011 Sekolah Menengah Presint 9, Putrajaya. Julai, 2011 Foto 1: Reka Bentuk Bangunan Kemudahan Awam Yang Bercirikan Tempatan

[close]

p. 15

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT 5 RAJAH 1.0: Konsep Perancangan Penyediaan Kemudahan Masyarakat Bagi Sebuah Bandar 1 3 2 4 8 1 3 6 2 4 6 5 7 1 3 2 4 9 5 7 1 3 2 4 1 3 2 4 8 1 3 6 2 4 6 5 7 1 3 2 4 9 5 7 1 3 2 4 1 Unit Kejiranan (5,000 penduduk) 1 Sekolah Rendah Perpustakaan Desa Balai Polis Komuniti 5 Balai Polis Kategori C Klinik Kesihatan Kemudahan Kebajikan 8 Sekolah Menengah Balai Bomba Kategori C 1 Subbandar 2 6 9 Rangkaian Jalan 3 7 Hospital 4 Balai Raya

[close]

Comments

no comments yet