Pelan Strategik PKB 2014 - 2016

 

Embed or link this publication

Description

Pelan Strategik PKB 2014 - 2016

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

Prakata Ketua Pegawai Eksekutif Bismillahirrahmanirahim, Pelan Strategik PKB (2014 – 2016) ini adalah hasil sinergi jitu wargakerja PKB demi merealisasikan gagasan pemerkasaan semula pembangunan Kampong Bharu menjelang 2035. PKB telah beroperasi mulai 1 September 2012. Meskipun usianya yang begitu muda, pada tahun 2013 PKB telah berjaya melaksanakan 22 inisiatif strategik dalam menterjemah aspirasi pemimpin ketika pembukaan PKB. Alhamdullillah atas semangat, ‘beban yang berat sama dipikul’, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’, kehadiran PKB dan warga kerja telah dirasai oleh para pemilik, pewaris dan penduduk sebagai pemudahcara dan pengerak pemerkasaan semula Kampong Bharu. Menyedari bahawa cabaran yang begitu besar samada di peringkat perancangan, pelaksanaan dan pemantauan, Pelan Strategik ini adalah akan memandu arah semua warga PKB. Kejayaan Pelan Strategik (2014 – 2016) ini menuntut iltizam dan nilai bersama wargakerja PKB dan rakan bestari ke arah menjadikan Kampong Bharu ikon Islam dan Melayu di kotaraya Kuala Lumpur, dan negara seluruhnya. Moto PKB: “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” Haji Naharudin Bin Haji Abdullah (JMW, PCM, KMN) Ketua Pegawai Eksekutif

[close]

p. 3

I K S Pengenalan Misi, Visi & Objektif Logo PKB Tujuh (7) Bidang Utama Asas Pembangunan Kampong Bharu Carta Organisasi Fungsi & Kuasa Pembangunan Kampong Bharu Bahagian Perancangan, Pembangunan & Ekonomi Bahagian Pengurusan dan Komunikasi Korporat (Seksyen Pengurusan Tanah) Bahagian Pengurusan dan Komunikasi Korporat (Seksyen Komunikasi korporat) Bahagian Pengurusan dan Komunikasi Korporat (Seksyen Pengurusan, Unit Kewangan) Bahagian Pengurusan dan Komunikasi Korporat (Seksyen Pengurusan, Unit Pengurusan Sumber Manusia) Bahagian Pengurusan dan Komunikasi Korporat (Seksyen Pengurusan, Unit Teknologi Maklumat) M 1-4 4 5-6 7 8-11 12 13-15 16-21 22-26 27-29 30-31 32-33 34-35

[close]

p. 4

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 PENGENALAN Jalan Raja Muda Abdul Aziz Kg Atas A Chow Kit Flat PKNS Jalan Raja Abdullah Kg Atas B Jalan Raja Uda Kg Masjid Kg Sg Bharu Kg Pindah Kg Periok Kg Hujung Pasir Pasar Minggu Kg Paya Zone Kawasan Asal MAS • Kg. Periok • Kg. Hujung Pasir • Kg. Masjid • Kg. Paya • Kg. Atas A • Kg. Atas B Luar Kawasan MAS Area • PKNS Flats • Kg. Sg Bharu • Pasar Minggu Kawasan Pasar Raja Bot (Chow Kit) Area 89.70 ha / 222.76ekar Dalam Kawasan MAS (89.70 ha / 222.76 ekar) Luar Kawasan MAS (18.8ha / 40.29 ekar) 18.8ha / 40.29 ekar Raja Bot 16.3ha / 44.3ekar “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 1

[close]

p. 5

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 Jumlah Keluasan : 121.96 hektar [301.38 ekar] Jumlah Lot: 1377 lots (2013) Kawasan Operasi PKB Kawasan Asal MAS JUMLAH PENDUDUK (2010) : 18,400 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 2

[close]

p. 6

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan yang diperbadankan di bawah Akta Pembangunan Kampong Bharu [Akta 733] pada 1 April 2012. Agenda utamanya ialah menjana potensi hartanah dan sekaligus mengangkat martabat ekonomi dan komersil orang Melayu di sebuah penempatan strategik sebuah perkampungan Melayu tersohor di Kuala Lumpur. PKB diberi tanggungjawab sepenuhnya sebagai agensi penyelaras, pemudahcara dan penggerak utama dalam memperkasakan semula pembangunan Kampong Bharu. PELAN STRATEGIK – SATU TUNTUTAN Program transformasi pembangunan semula Kampong Bharu ini, menuntut kepada kerangka perancangan yang strategik yang mantap dan seimbang demi meningkatkan potensi hartanah dan pembangunan ekonomi. Justeru pemerkasaan hartanah dan ekonomi orang Melayu perlu menjadi pemangkin selaras dengan pembangunan komprehensif, bersepadu dan berdaya saing. Kampong Bharu perlu bangun mengikut acuannya yang tersendiri sebagai sebuah penempatan kediaman dan komersil bandar yang terancang, berkualiti, selesa, selamat, terurus dan mampan dengan identitinya yang unik dan ikonik. Sistem pengangkutan awam dan lalu lintas yang cekap, boleh dipercayai dan selamat merupakan ciri yang mendorong Kampong Bharu menjadi sebuah penempatan yang ceria dan sejahtera. Nilai hartanah di Kampong Bharu akan meningkat setara dengan nilai hartanah di persekitarannya terutama Segi Tiga Emas. PKB perlu menyediakan sistem penyampaian yang berkualiti, yang mencakupi penyelesaian isu tanah secara tuntas, khidmat undangundang yang berwibawa, pelbagai insentif serta proses kelulusan perintah pembangunan yang menepati piagam pelanggan. Kualiti dan ekosistem perkhidmatan PKB perlu memiliki nilai kualiti profesionalisme, integriti yang tinggi serta dilaksanakan “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 3

[close]

p. 7

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 secara tekun, telus dan tersusun. PKB perlu bertindak sebagai penggerak yang dapat dorong pemilik dan pewaris tanah, pemaju dan agensi-agensi pelaksana yang lain dengan tahap keberkesanan strategi komunikasi yang mantap. PKB akan memacu masa depan Kampong Bharu dengan kualiti komuniti yang bersatu padu, berdaya saing dan menjadi sebuah model masyarakat Melayu moden yang berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam dan budaya Melayu serta mendapat pengiktirafan antarabangsa. VISI, MISI & OBJEKTIF MISI Tiada pemilik dan pewaris yang akan terpinggir dan tertinggal dalam arus Pemerkasaan Semula Kampong Bharu melangkaui 2020. VISI Menjana potensi hartanah dan mentransformasi ekonomi ke arah peningkatan kesejahteraan hidup yang seimbang dengan pengekalan nilai sejarah, ciri-ciri budaya dan warisan Melayu Kampong Bharu OBJEKTIF PKB 1. Menjadi penggerak dan pemudah cara utama dalam melaksanakan dasar, arahan dan strategi yang cekap dan berkesan di dalam kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu; 2. Menyediakan pelbagai inisiatif perkhidmatan pembangunan dan khidmat nasihat yang berdaya maju dalam pembangunan semula atau penambahbaikan kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu; 3. Memacu, merangsang dan menggalakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi, komersial dan perindustrian melalui kerjasama dan perkongsian strategik yang menguntungkan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu; 4. Memastikan pengurusan secara pembangunan dan kewangan; dan professional dalam pentadbiran MOTO “Di sini bermulanya Agenda Pemerkasaan Semula Kampong Bharu” “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 4

[close]

p. 8

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 5

[close]

p. 9

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 6

[close]

p. 10

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 TUJUH (7) BIDANG UTAMA PKB TUJUH (7) BIDANG UTAMA PKB (i) KB1: Peningkatan pertumbuhan dengan menggalakkan penyelesaian dalam perancangan pembangunan tanah secara inovatif; KB2: Pembangunan pemangkin; semula kawasan dengan aktiviti-aktiviti (ii) (iii) KB3: Pemeliharaan Nilai Kebudayaan dan senibina dan warisan berteraskan budaya Melayu–Islam; KB4: Pembangunan rangkaian prasarana dengan kesalinghubungan dan kebolehsampaian yang tinggi; KB5: Penggalakan reka bentuk perbandaran yang terbaik, dan seimbang dengan alam sekitar dan mesrahuni (liveable); KB6: Pembangunan Perbandaran berteraskan teknologi hijau; dan KB7: Pembangunan modal Insan yang lestari, berdaya tahan, berdaya saing dari segi ekonomi, jasmani, emosi, rohani dan intelektual. (iv) (v) (vi) (vii) “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 7

[close]

p. 11

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 ASAS PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU Pemerkasaan semula pembangunan Kampong Bharu adalah selari dan selaras dengan halatuju Kuala Lumpur bandar raya bertaraf dunia perlu dilihat secara komprehensif dan bersepadu seperti berikut: Ekonomi, Urusniaga dan Keusahawan Kualiti Kesihatan Prasarana dan Kemudahan Awam PKB Pendidikan dan Modal Insan Perumahan Sukan dan Rekreasi Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan 1. Ekonomi, Urusniaga dan Keusahawanan  Memperkukuh aktiviti ekonomi, perdagangan dan kewangan bertaraf antarabangsa yang berasaskan pengetahuan dengan menjadikan Kampong Bharu sebagai hub perniagaan terulung di Malaysia; Menyedia dan memajukan ruang perniagaan secara lebih optimum; dan  2. Prasarana dan Kemudahan Awam    Mengintegrasi antara pembangunan pengangkutan dan guna tanah melalui pembangunan berorientasikan transit (TOD) di Kampong Bharu; Mengoptimumkan kegunaan tanah melalui strategi pembangunan yang strategik berteraskan Pelan Induk Terperinci PKB 2020 (PITKB 2020); Menambahbaik kawasan hijau dengan menjadikan Kampong Bharu sebagai kawasan yang berimejkan taman tropika; “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 8

[close]

p. 12

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016   Mewujudkan sistem perhubungan pengangkutan bandar yang menyeluruh melalui penyediaan kemudahan pejalan kaki yang mesra pengguna dengan mengoptimumkan penggunaan pengangkutan awam; dan Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infostruktur yang lengkap, mampan dan betaraf dunia. 3. Perumahan  Menjadikan Kampong Bharu sebagai kawasan kediaman utama yang memenuhi keperluan penduduk dalam bandar (urban living) dengan indeks selesa, dinamik, sejahtera, ceria (vibrant), kondusif dan selamat yang mapan dan berdaya saing; Memfokuskan kepada pembangunan ruang kediaman bermutu dan berinovatif serta penyediaan kemudahan awam yang menepati keperluan semasa; dan Menawarkan nilai pasaran hartanah dengan kadar harga yang kompetitif.   4. Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan  Mewujudkan reka bentuk dan ekosistem bandar dan persekitaran Kampong Bharu berkualiti, bersih, dan tersusun dengan ciri pematuhan syariat Islam, kebudayaan dan nilai Melayu; Mewujudkan kawasan yang berkarakter menarik dan berorentasikan global; Mengekal, memelihara, memulihara dan mengoptimumkan penggunaan bangunan warisan dan sejarah sedia ada yang berpotensi; Mempromosikan pelancongan bandar sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi bandar dengan menjadikan Kampong Bharu sebagai salah satu destinasi utama dalam jejak warisan Kuala Lumpur dengan identitinya yang unik. Memperbaiki karakter lanskap jalanan dan visual di jalan-jalan utama;     5. Sukan dan Rekreasi  Mewujudkan ruang pengudaraan bandar yang baik melalui penyediaan kawasan lapang dan jalur hijau yang mesra pengguna terutama dalam aktiviti sukan dan rekreasi;dan “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 9

[close]

p. 13

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016  Mengoptimum dan meningkatkan potensi kecemerlangan dan kesihatan melalui aktiviti sosial, sukan dan rekreasi dengan memanfaatkan kemudahan yang dibangunkan. 6. Pendidikan dan Modal Insan  Mewujudkan ekosistem pendidikan bertaraf antarabangsa, selari dengan sistem pendidikan negara dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, inovatif dan berintegriti; dan 7. Kualiti Kesihatan  Mewujudkan ekosistem kesihatan bertaraf antarabangsa, selari dengan piawaian kesihatan sedunia dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, inovatif dan berintegriti. NILAI-NILAI BERSAMA Kami warga kerja PKB :  mengutamakan pelanggan terutama pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.  sentiasa beriltizam ke arah kecemerlangan dalam sistem penyampaian.  muafakat dan ikhlas atas prinsip sinergi sebagai satu pasukan dan berusaha meningkatkan potensi diri demi kepentingan organisasi.  mendukung dan mengamalkan integriti pada setiap masa dan;  mengimbangi keutamaan persekitaran, manusia dan menjana pendapatan dalam pembangunan Kampong Bharu. KUMPULAN SASAR Pelanggan  Pemilik dan pewaris tanah  Pemaju termasuk GLCs’  Institut Perbankan dan Kewangan  Sektor Swasta  Peniaga dan Penjaja  NGO’s dan Badan Siasah  Penduduk Stake holder  Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)  Anggota PKB  Penasihat PKB  Kementerian Kewangan dan Agensi Pusat “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 10

[close]

p. 14

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 Rakan Strategik  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL)  Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan)  Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)  Agensi Penguatkuasaan  Institusi Kewangan / Perbankan  Government Link Companies (GLCs’) “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 11

[close]

p. 15

PELAN STRATEGIK 2014 - 2016 CARTA ORGANISASI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SETIAUSAHA PEJABAT KOSONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PEGAWAI TADBIR PEMBANTU TADBIR PEMANDU KENDERAAN PEMBANTU OPERASI “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 12

[close]

Comments

no comments yet