Laporan Tahunan 2012 & 2013

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan 2012 & 2013 PKB

Popular Pages


p. 1

LAPORAN TAHUNAN “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” w w w . p k b . g o v. m y

[close]

p. 2

“Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu”

[close]

p. 3

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU PERUTUSAN PENGERUSI PKB Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Sesungguhnya Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme – ETP) telah mendorong PKB untuk melangkah dengan lebih gigih bagi memajukan Kampong Bharu secara menyeluruh. Inisiatif ini bagi membolehkan pemilik tanah dan pewaris mendapat faedah yang optimum melalui pembangunan semula Kampong Bharu dengan wajah dan imej baru setanding dengan kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur melangkaui 2020. Penubuhan PKB akan memacu masa depan generasi baharu di Kampong Bharu yang bersatu-padu dan berdaya saing. Adalah amat diyakini bahawa kualiti dan taraf hidup warga Kampong Bharu digolongkan di kalangan warga yang berpendapatan tinggi. Semoga wawasan dan gagasan penubuhan Perbadanan ini akan membawa Kampong Bharu ke mercu kejayaan dan kegemilangan. Moto PKB : “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” Datuk Astaman Bin Abdul Aziz Pengerusi PKB 2 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu”

[close]

p. 4

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, 1 April 2012 adalah tarikh keramat dengan tertubuhnya Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) inisiatif berani adalah bagi mengisi satu lagi agenda perdana negara dalam mengangkat martabat orang Melayu di kotaraya ini. PKB telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya sebagai agensi penyelaras, pemudahcara dan penggerak utama dalam pembangunan semula Kampong Bharu. Transformasi yang dirancang adalah bagi melonjak momentum peningkatan ekonomi dan kesejahteraan hidup yang seimbang dengan pengekalan nilainilai sejarah, warisan dan budaya Melayu-Islam di Kampong Bharu. Justeru, adalah menjadi misi PKB agar “tiada pemilik tanah di Kampong Bharu akan tertinggal dan terpinggir dalam Arus Pembangunan Semula Kampong Bharu Menjelang 2020”. Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif kepada pemilik-pemilik tanah yang berhasrat untuk membangunkan tanah mereka. Antaranya ialah bantuan khidmat undang-undang, pindaan ke atas masalah sekatan kepentingan, kadar bayaran nominal sebanyak RM1,000 bagi urusniaga tukar syarat nyata tanah di setiap lot, pengecualian fee bagi permohonan pembangunan tanah, pengecualian denda 10% bagi permohonan pindaan kategori dan lainlain. Kesemua insentif adalah tertakluk kepada kelulusan Perintah Pembangunan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang perlu diperolehi terlebih dahulu. PKB akan terus menunjangi wawasan Kerajaan bagi melonjak pendapatan dan kesejahteraan hidup masyarakat Kampong Bharu. Dengan penglibatan lansung dan sokongan padu para pemilik dan pewaris, PKB yakin strategi memperkasakan pembangunan semula kampong bharu ini akan menjadi kenyataan sepenuhnya menjelang tahun 2035. Moto PKB : “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” Haji Naharudin Bin Abdullah (JMW, PCM, KMN) Ketua Pegawai Eksekutif PKB “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 3

[close]

p. 5

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU Isi Kandungan Muka Surat Kronologi Gagasan Pembangunan Semula Kampong Bharu 5 Misi, Visi & Objektif 9 Logo PKB 10 Tujuh (7) Bidang Utama 12 Profil Korporat • Piagam Pelanggan • Ahli Lembaga Anggota PKB • Carta Anggota PKB 2013 - 2015 • Carta Majlis Penasihat PKB 2013 - 2015 • Warga Kerja PKB Bahagian Perancangan dan Pembangunan Ekonomi • Perancang Bandar • Seni Bina • Infrastruktur • Ekonomi 14 15 18 20 22 24 35 50 54 Bahagian Pengurusan dan Komunikasi Korporat • Pengurusan Tanah 58 • Komunikasi Korporat 61 • Pengurusan 66 Laporan Kewangan 78 Penutup & Ahli Jawatankuasa Buku Laporan Tahunan 2012 & 2013 96 4 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu”

[close]

p. 6

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU KRONOLOGI GAGASAN PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU TARIKH PERISTIWA Satu Pasukan Petugas dianggotai oleh DBKL, PKNS dan UDA yang dilantik oleh kerajaan telah menyediakan “Cadangan Pembangunan Kampong Bharu” dan dikemukakan kepada kerajaan. “ Kawasan Simpanan Melayu Wilayah Persekutuan” – Kajian dan Cadangan Pembangunan oleh Jabatan Kemajuan Bandar. “ Cadangan Pembangunan Semula Kampong Bharu” oleh Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan DBKL. “ Kajian Pelan Pembangunan Kampong Bharu ” oleh Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan DBKL. Taklimat kepada YAB Perdana Menteri tentang isu/masalah, perundangan dan fungsi “Malay Agricultural Settlement” (MAS) di Kampong Bharu. Lawatan ke Kampong Bharu juga telah dibuat. Perbincangan mengenai cadangan Pembangunan Semula Kampong Bharu yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Draf Pelan Tempatan Kampong Bharu diterima kerajaan. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 diwartakan. Penyediaan / kajian Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 Penyediaan dan kajian Pelan Tempatan Kampong Bharu Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 dilancarkan termasuklah Jilid 4 : Kampong Bharu Kertas Kabinet mengenai Cadangan Pembangunan Semula Kampong Bharu oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) 1975 1978 1984 1985 1991 1992 1993 2004 2005 2006 2008 2010 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 5

[close]

p. 7

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU TAHUN 2010 TARIKH 6 Februari PERISTIWA Taklimat Pembangunan Kampong Bharu oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur kepada YAB Perdana Menteri dan Sesi Walkabout YAB Perdana Menteri di sekitar kawasan Kampong Bharu, Kuala Lumpur Mesyuarat bersama tokoh-tokoh anak tempatan Kampong Bharu termasuk Persatuan Anak – Anak Kampong Bharu (PAKAM) dan Persatuan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) mengenai Cadangan Pembangunan Kampong Bharu di KWPKB. Mesyuarat Bersama Ketua – Ketua Kampung di Pejabat Pasukan Interim Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Pasukan Interim mengemukakan senarai nama calon-calon Anggota Perbadanan dan Majlis Penasihat Perbadanan kepada Dato’ KSU dan YB Menteri untuk pertimbangan. Lawatan Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA ke Pejabat Pasukan Interim dan melawat tapak sekitar Kampong Bharu. Program Mesra Masyarakat bersama penduduk Kampong Pindah Mesyuarat/ perbincangan isu perpindahan di kawasan tanah jerlus, Kampong Pindah, di Pejabat Pasukan Interim Mesyuarat bersama semua Ahli Lembaga Malay Agricultural Settlement (MAS) di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pengerusi Mesyuarat : YB Menteri WPKB Majlis Penerangan kepada Pemilik dan Pewaris Tanah Kampong Bharu di PWTC Kerja-kerja pengubahsuaian Rumah Rohas bermula Engagement dengan pemilik-pemilik lot yang kritikal di kawasan tanah jerlus yang perlu dipindahkan bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf dan membaik pulih kawasan tersebut oleh pihak JPS Majlis Perjumpaan bersama UMNO Bahagian Titiwangsa mengenai Cadangan Konsep dan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan Kampong Bharu Majlis Penerangan kepada NGO Kampong Bharu mengenai Cadangan Konsep dan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan Kampong Bharu. Pengerusi Mesyuarat : YB Menteri WPKB. Mesyuarat bagi membincangkan mengenai Pembangunan Semula Kampong Bharu bersama Wise-Man Kampong Bharu. Pengerusi Mesyuarat : YBhg. KSU KWPKB Majlis Penerangan Kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu Mengenai Rang Undang – Undang (RUU) Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu di Dewan Kelab Sultan Sulaiman Lab Rang Undang – Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Mesyuarat bagi membincangkan mengenai Pembangunan Semula Kampong Bharu bersama Lembaga Pentadbiran MAS Pengerusi Mesyuarat : YB Menteri WPKB Mesyuarat bagi membincangkan mengenai Pembangunan Semula Kampong Bharu bersama Wise-Man Kampong Bharu Pengerusi Mesyuarat : YBhg. KSU KWPKB Majlis Penerangan kepada Pemilik dan Pewaris Tanah di Kampong Bharu mengenai RUU Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu di Dewan Kelab Sultan Sulaiman. 23 Februari 29 Mac 11 April 17 April 12 Mei 17 Mei 20 Mei 29 Mei 31 Mei 5 Jun 8 Jun 9 Jun 14 Jun 30 Jun 1 – 4 Ogos 23 September 29 September 14 Disember 6 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu”

[close]

p. 8

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU Tahun 2011 TARIKH PERISTIWA Lawatan turun padang bersama YAB Perdana Menteri ke Masjid Jamek Kampong Bharu. YAB Perdana Menteri membuat pengumuman peruntukan membaiki semula Masjid Jamek Kampong Bharu sebanyak RM 20 juta Majlis Penerangan kepada Pemilik dan Pewaris Tanah Kampong Bharu di Dewan Serbaguna Jalan Hamzah Kampong Bharu Mesyuarat bagi membincangkan mengenai pembangunan semula Kampong Bharu bersama Wise-Man Kampong Bharu YAB Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan tapak ke kawasan tanah jerlus dan memberikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dengan bencana tersebut di Dewan Serbaguna Jalan Hamzah, Kampong Bharu YB Menteri merasmikan pembukaan Pejabat Urusetia Pembangunan Kampong Bharu yang terletak di Bangunan Serbaguna, Jalan Hamzah Kampong Bharu Majlis Penerangan kepada Pemilik dan Pewaris Tanah Kampong Bharu di Dewan Sekolah Rendah Agama, Jalan Raja Muda Musa Kampong Bharu Mesyuarat bagi membincangkan mengenai pembangunan semula Kampong Bharu bersama Wise-Man Kampong Bharu Hari Khidmat Setempat Urusan Tanah Kampong Bharu diadakan di Dewan Serbaguna Kampong Paya, Jalan Raja Muda Musa, Kampong Bharu Mesyuarat bagi membincangkan mengenai pembangunan semula Kampong Bharu bersama Wise-Man Kampong Bharu dan GLCs 5 Februari 11 Februari 1 Mac 15 April 19 April 3,5 & 11 Jun 15 Ogos 1&2 Oktober 19 Oktober “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 7

[close]

p. 9

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU Tahun 2012 TARIKH Februari 24 Februari 5 – 7 Mac 12 Mac 16 Mac 21 Mac PERISTIWA Waran Kelulusan Pembentukan Pasukan Interim telah diterima daripada JPA Pasukan Interim telah dibentuk dan mula beroperasi di Pejabat Pasukan Interim, Dewan Serbaguna, Jalan Haji Hashim / Jalan Hamzah Kampong Bharu Lab Penjawatan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah diadakan di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Selangor Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM/OBB) untuk Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Mesyuarat/ Perbincangan dengan KPPA berkaitan permohonan Penjawatan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Engagement dengan Datuk Johari Ghani, Ketua UMNO Titiwangsa, DSP Zulkarnain, OCPD Daerah Dang Wangi dan Tan Sri Amrin Buang, Ketua Audit Negara Perjumpaan/ Perbincangan dengan Datuk Ali Bin Che Mat, Pengarah JAWI WPKL berhubung pembangunan insan,pembangunan Surau dan Masjid sekitar Kampong Bharu. Pasukan Interim telah menubuhkan jawatankuasa teknikal untuk urusan pengubahsuaian Rumah Rohas sebagai Pejabat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Mesyuarat Bersama Ketua – Ketua Kampung di Pejabat Pasukan Interim Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Pasukan Interim mengemukakan senarai nama calon-calon Anggota Perbadanan dan Majlis Penasihat Perbadanan kepada Dato’ KSU dan YB Menteri untuk pertimbangan. Lawatan Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA ke Pejabat Pasukan Interim dan melawat tapak sekitar Kampong Bharu. Program Mesra Masyarakat bersama penduduk Kampong Pindah Mesyuarat/ perbincangan isu perpindahan di kawasan tanah jerlus, Kampong Pindah, di Pejabat Pasukan Interim Kerja-kerja pengubahsuaian Rumah Rohas bermula Engagement dengan pemilik-pemilik lot yang kritikal di kawasan tanah jerlus yang perlu dipindahkan bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf dan membaik pulih kawasan tersebut oleh pihak JPS Pelaksanaan Pemantauan Kesesuaian Inisiatif PKB Mula beroperasi di Rumah Rohas 23 Mac 29 Mac 11 April 17 April 12 Mei 17 Mei 31 Mei 5 Jun 10 Julai 1 September 8 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu”

[close]

p. 10

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU MISI, VISI & OBJEKTIF Tiada pemilik dan pewaris yang akan terpinggir dan tertinggal di dalam arus Pembangunan Semula Kampong Bharu menjelang tahun 2020. • MISI • Menjana potensi hartanah dan mentransformasi ekonomi ke arah peningkatan kesejahteraan hidup yang seimbang dengan pengekalan nilai sejarah, ciri-ciri budaya dan warisan Melayu Kampong Bharu. • VISI • • OBJEKTIF • 1. Menjadi penggerak dan pemudah cara utama dalam melaksanakan dasar, arahan dan strategi yang cekap dan berkesan di dalam kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu; 2. Menyediakan pelbagai inisiatif perkhidmatan pembangunan dan khidmat nasihat yang berdaya maju dalam pembangunan semula atau penambahbaikan kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu; 3. Memacu, meransang dan menggalakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi, komersial dan perindustrian melalui kerjasama dan perkongsian strategik yang menguntungkan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu; 4. Memastikan pengurusan secara profesional dalam pentadbiran pembangunan dan kewangan; dan 5. Memastikan semua ciri-ciri pembangunan berteraskan pengekalan warisan, budaya Melayu dan kemuliaan Islam. “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 9

[close]

p. 11

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU LOGO PKB 10 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu”

[close]

p. 12

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 11

[close]

p. 13

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (Halatuju Strategik Pembangunan Semula Kampong Bharu) • TUJUH (7) BIDANG UTAMA PKB • KB 1 • Peningkatan pertumbuhan dengan menggalakkan penyelesaian dalam perancangan pembangunan tanah secara inovatif; KB 2 KB 3 KB 4 KB 5 KB 6 • Pembangunan semula kawasan dengan aktiviti-aktiviti pemangkin; • Pemeliharaan nilai kebudayaan dan senibina dan warisan berteraskan budaya Melayu-Islam; • Pembangunan rangkaian prasarana dengan kesalinghubungan dan kebolehsampaian yang tinggi; • Penggalakkan rekabentuk perbandaran yang terbaik dan seimbang dengan alam sekitar dan mesrahuni (liveable); • Pembangunan Perbandaran berteraskan teknologi hijau dan; KB 7 • Pembangunan modal insan yang lestari, berdaya tahan, berdaya saing dari segi ekonomi jasmani, emosi, rohani dan intelektual; 12 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu”

[close]

p. 14

PROFIL KORPORAT

[close]

p. 15

LAPORAN TAHUNAN 2012 & 2013 - PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU • PIAGAM PELANGGAN • Selaras dengan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu [Akta 733] dan peraturan yang berkuatkuasa maka: Kami wargakerja Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dengan penuh iltizam berjanji akan menyediakan sistem penyampaian berkualiti tinggi melalui “engagement” dengan telus, professional, berintegriti dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan dalam bidang-bidang utama berikut : i. Memastikan tiada pemilik dan pewaris terpinggir dan tertinggal dalam memajukan hartanah masingmasing selaras dengan peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh Garis Panduan Pembangunan Tanah Kampong Bharu; ii. Memberi bantuan khidmat teknikal: a) Tanpa analisis dalam tempoh dua (2) hari; b) Dengan analisis dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. iii. Memproses perolehan yang lengkap untuk membolehkan keputusan dibuat dalam tempoh (30) hari bekerja dari tarikh tutup iklan; iv. Menjamin segala aduan yang diterima disiasat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan menyediakan kepada pengadu dan pengurusan atasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja; v. Memastikan semua urusan media untuk program berjadual PKB dikeluarkan notis dua (2) hari sebelum program berlangsung; vi. Memastikan kandungan laman web PKB dikemaskini dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja; vii. Mengemukakan keputusan mesyuarat yang diurusetia oleh PKB kepada ‘stakeholders’ dan pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dikemukakan; dan viii. Memastikan draf perjanjian yang dikemukakan oleh pelanggan disemak dan diluluskan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dikemukakan. 14 “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu”

[close]

Comments

no comments yet